Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BEZA MALAYSIA DENGAN NEGARA ISLAM LAIN IALAH UMNO - KHALID

Label:

Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, yang sering mencungkil kontroversi dengan pendiriannya dalam isu agama, diaturkan sebagai panel terakhir untuk berucap.
"Saya rasa, mungkin Malaysia ialah satu-satu negara dunia Islam ini yang kecoh pasal isu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam," beliau menggelakkan satu dewan apabila menyambung, "...apa yang bezakan negara Islam lain dengan Malaysia? Bezanya, UMNO."

Pemimpin PAS ini kemudian menuding jari kepada UMNO, "Mereka mahu menguasai, memiliki Islam ikut takrif mereka. Inilah masalahnya!"

Beliau menyahut pandangan Azwira bahawa tidak ada nas yang mengharamkan penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Islam, "Tak pernah Rasulullah memberitahu mereka (bukan Islam) tak boleh guna nama Allah. Tapi apa yang Rasulullah beritahu ialah, Allah yang kamu maksudkan tidak sama seperti mana Allah yang kita (Islam) maksudkan."

"Saya rasa ianya merupakan satu masalah yang sengaja ditimbulkan," secara terus terang Khalid Samad melontarkan tanggapannya.

Beliau juga membacakan ayat dalam al-Quran, yang mengatakan bahawa Allah perintah orang Islam "Alhamdulillah", apabila bukan Islam menjawab bahawa pencipta adalah "Allah". "...(Allah) bukan ajar kita 'jangan cakap, cakap tokong awak, ataupun cakap tuhan awak!' (kepada bukan Islam)"

"Saya tak faham dari mana datangnya kefahaman yang seperti begini," katanya. Baca selanjutnya di sini.

POLIS PANTAU LAMAN BLOG UTK DAPATKAN MAKLUMAT

Label:

Begitulah besarnya pengaruh dan peranan blog sekarang ini. Apa tidaknya, polis pun memantau laman-laman blog untuk mendapatkan maklumat dalam kes membakar gereja.

Terbaru seorang ahli facebook telah ditahan kerana dikatakan cuba menimbulkan provokasi dalam isu kalimah Allah dan pembakaran gereja tetapi dibebaskan kerana beliau didapati berbuat demikian untuk suka-suka sahaja.

[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pasukan khas, yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan, sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.

BAGAIMANA FAIL SULIT PENJENAYAH BOLEH HILANG?

Label:

Di negara Malaysia Bolehland, Tok Kiyai tak hairan bin ajaib langsung dengan kejadian fail sulit penjenayah yang hilang di Mahkamah Majistret Ampang. Mana tidaknya, kalau enjin jet yang beratus-ratus kilogram boleh hilang apalah sangat setakat helaian kertas yang amat ringan lagi kecil.

Fail sulit itu sama ada dicuri oleh "dalang" yang diupah oleh seseorang atau sebagainya, hanya Allah yang tahu tapi apa yang pasti tahap keselamatan fail-fail sulit di mahkamah perlu dipertingkatkan demi keselamatan dan keharmonian negara. Kita tidak mahu orang yang bersalah/penjenayah terlepas bebas dalam masyarakat dek kerana perkara sebegini.

[KOSMO] KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang membuat laporan polis berhubung kehilangan satu fail siasatan seorang penjenayah yang masih dalam perbicaraan seperti yang dilaporkan di muka depan Kosmo! semalam.

Sumber mahkamah yang enggan dikenali memberitahu, laporan itu dibuat kira-kira pukul 11 pagi semalam di Balai Polis Ampang Jaya.

Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada polis dan mahkamah berharap tertuduh kes dadah itu yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin dapat ditahan secepat mungkin untuk disoal siasat.

Tertuduh lelaki berusia 30 tahun dalam kes itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia yang ditahan polis pada 11 November 2006 dibebaskan selepas seorang wanita membayar wang jaminan sebanyak RM7,000.

Pada 6 Disember lalu, satu waran tangkap telah dikeluarkan selepas lelaki itu gagal menghadiri perbicaraan dan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Februari ini.

Menurut sumber itu, kes tersebut adalah yang pertama membabitkan kehilangan fail sulit dari simpanan mahkamah berkenaan.

Beliau bagaimanapun berpendapat, adalah terlalu awal untuk mengaitkan kehilangan itu dengan peranan kakitangan mahkamah sendiri
.

TARIF ELEKTRIK AKAN DINAIKKAN SELEPAS GULA?

Label:

PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.

"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.

Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.

"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.

Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.
SUMBER
di sini.

BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIGANGGU

Label:

oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Saya telah mengiringi saudara Abdul Qayyum Abdul Rahman, seorang wartawan Suara Keadilan untuk membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11 berkenaan gangguan dan ugutan yang beliau terima daripada sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis semasa membuat liputan lawatan Angkatan Muda Keadilan Malaysia ke rumah keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 10 Januari 2010, jam 3.30 petang. Anggota berkenaan telah memadam semua gambar yang diambil dan mengoyakkan nota berita yang dicatat.

Untuk rekod, keluarga mangsa pembunuhan kejam ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Rosmah Mansor di mana salah seorang mangsa pembunuhan iaitu Allahyarhamah Sufiah Katas merupakan emak saudara Rosmah sendiri. Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah. Apa yang dikesalkan ialah sehingga hari lawatan AMK, Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.

Tindakan “harassment” yang dilakukan kepada wartawan ketika bertugas merupakan tindakan yang memalukan negara apabila kebebasan akhbar yang sepatutnya dijaga dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabul. Saya menyeru kesemua wartawan terutamanya wartawan media alternatif untuk bersama-sama membentuk solidariti bersama Saudara Qayyum dengan menyatakan protes terbuka kepada pihak polis khususnya Ketua Polis Negara.

Tentunya saya yakin dan percaya bahawa terdapat arahan yang jelas untuk menghalang rombongan ziarah AMK di mana kemudiannya pimpinan AMK diketuai oleh Saudara Khairul Anuar a.k.a Jonah dan Ramlan Roes, Exco AMK telah dihalang untuk masuk ke kawasan rumah. Sekadar bertukar-tukar ucapan takziah diluar pagar. Mungkin Rosmah Mansor sibuk untuk membebaskan salah seorang pelajar yang ditahan di Mesir sehingga terlupa menziarahi keluarga sendiri !

Shamsul Iskandar Mohd Akin

SAIFUDDIN NASUTION S/U AGUNG KEADILAN YANG BARU

Label:

Parti Keadilan Rakyat dalam mesyuarat biro politiknya semalam, melantik Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) sebagai setiausaha agung parti bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim.

Datuk Salehuddin Hashim berharap pihak parti memahami kedudukan beliau.

Beliau telah berkhidmat dengan parti selama enam tahun dan sekarang mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan bertumpu kepada perniagaan.

Salehuddin berkata parti (KEADILAN) kini berada dalam keadaan yang stabil.

Beliau terlibat dalam khidmat rundingan bidang minyak dan gas, sebelum berkhidmat sebagai setiausaha agung parti pada tahun 2004.
BEZA MALAYSIA DENGAN NEGARA ISLAM LAIN IALAH UMNO - KHALID
Jumaat, Januari 15, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Januari 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Begitulah besarnya pengaruh dan peranan blog sekarang ini. Apa tidaknya, polis pun memantau laman-laman blog untuk mendapatkan maklumat dalam kes membakar gereja.

Terbaru seorang ahli facebook telah ditahan kerana dikatakan cuba menimbulkan provokasi dalam isu kalimah Allah dan pembakaran gereja tetapi dibebaskan kerana beliau didapati berbuat demikian untuk suka-suka sahaja.

[BERNAMA] KUALA LUMPUR - Polis memantau laman-laman blog dan rangkaian sosial bagi mendapatkan maklumat yang boleh dipercayai berhubung insiden serangan dan cubaan membakar gereja baru-baru ini dan siasatan mengenai kejadian itu masih giat dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata pasukan khas, yang ditubuhkan khusus bagi menyiasat insiden berkenaan, sedang bertungkus lumus mengenal pasti dalang kejadian itu.

"Semua petunjuk diteliti meskipun ia mungkin tidak penting," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohd Bakri mengulas satu laporan yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memberi gambaran seolah-olah polis tidak efektif untuk menjejaki individu dan penjenayah, terutamanya membabitkan jenayah yang mencetuskan minat orang ramai.
BAGAIMANA FAIL SULIT PENJENAYAH BOLEH HILANG?
Rabu, Januari 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Di negara Malaysia Bolehland, Tok Kiyai tak hairan bin ajaib langsung dengan kejadian fail sulit penjenayah yang hilang di Mahkamah Majistret Ampang. Mana tidaknya, kalau enjin jet yang beratus-ratus kilogram boleh hilang apalah sangat setakat helaian kertas yang amat ringan lagi kecil.

Fail sulit itu sama ada dicuri oleh "dalang" yang diupah oleh seseorang atau sebagainya, hanya Allah yang tahu tapi apa yang pasti tahap keselamatan fail-fail sulit di mahkamah perlu dipertingkatkan demi keselamatan dan keharmonian negara. Kita tidak mahu orang yang bersalah/penjenayah terlepas bebas dalam masyarakat dek kerana perkara sebegini.

[KOSMO] KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang membuat laporan polis berhubung kehilangan satu fail siasatan seorang penjenayah yang masih dalam perbicaraan seperti yang dilaporkan di muka depan Kosmo! semalam.

Sumber mahkamah yang enggan dikenali memberitahu, laporan itu dibuat kira-kira pukul 11 pagi semalam di Balai Polis Ampang Jaya.

Katanya, kes tersebut telah diserahkan kepada polis dan mahkamah berharap tertuduh kes dadah itu yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin dapat ditahan secepat mungkin untuk disoal siasat.

Tertuduh lelaki berusia 30 tahun dalam kes itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia yang ditahan polis pada 11 November 2006 dibebaskan selepas seorang wanita membayar wang jaminan sebanyak RM7,000.

Pada 6 Disember lalu, satu waran tangkap telah dikeluarkan selepas lelaki itu gagal menghadiri perbicaraan dan kes tersebut akan disebut semula pada 2 Februari ini.

Menurut sumber itu, kes tersebut adalah yang pertama membabitkan kehilangan fail sulit dari simpanan mahkamah berkenaan.

Beliau bagaimanapun berpendapat, adalah terlalu awal untuk mengaitkan kehilangan itu dengan peranan kakitangan mahkamah sendiri
.

TARIF ELEKTRIK AKAN DINAIKKAN SELEPAS GULA?
Selasa, Januari 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga gula sebanyak RM0.20 sekilogram dan harga roti putih dikeluarkan dari senarai harga kawalan maka kenaikan seterusnya dijangka tarif elektrik.

"Walaupun kabinet belum memutuskan tentang hal ini, kadar tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad dijadual disemak semula pada bulan Januari-Februari ini berikutan dasar kerajaan yang membuat semakan dua dalam setahun," kata penganalisa Alex Goh dari AmResearch.

Beliau berkata, "kemungkinan berlakunya kenaikan tarif elektrik telah mendorong beberapa syarikat dan industri mengambil langkah -langkah penjimatan elektrik.

"Buat masa ini, tarif elektrik di Malaysia adalah ketiga terendah di rantau ini selepas Vietnam dan Indonesia. Semakan tarif ini tidak dapat dielak jika harga gas dan arang batu meningkat, seperti tahun 2007 dan awal tahun 2008." tambahnya.

Harga gas asli telah melambung di sekitar 74% dan harga arang batu naik 17% sejak awal November lalu ekoran permintaan yang tinggi ketika musim sejuk.

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia kali terakhir disemak pada 1 Mac tahun lalu, berkurangan pada kadar purata 3.7% berikutan kenaikan 24% pada Julai 2008.
SUMBER
di sini.

BUAT LAPORAN POLIS KERANA DIGANGGU
Selasa, Januari 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Saya telah mengiringi saudara Abdul Qayyum Abdul Rahman, seorang wartawan Suara Keadilan untuk membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11 berkenaan gangguan dan ugutan yang beliau terima daripada sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis semasa membuat liputan lawatan Angkatan Muda Keadilan Malaysia ke rumah keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 10 Januari 2010, jam 3.30 petang. Anggota berkenaan telah memadam semua gambar yang diambil dan mengoyakkan nota berita yang dicatat.

Untuk rekod, keluarga mangsa pembunuhan kejam ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Rosmah Mansor di mana salah seorang mangsa pembunuhan iaitu Allahyarhamah Sufiah Katas merupakan emak saudara Rosmah sendiri. Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah. Apa yang dikesalkan ialah sehingga hari lawatan AMK, Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.

Tindakan “harassment” yang dilakukan kepada wartawan ketika bertugas merupakan tindakan yang memalukan negara apabila kebebasan akhbar yang sepatutnya dijaga dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabul. Saya menyeru kesemua wartawan terutamanya wartawan media alternatif untuk bersama-sama membentuk solidariti bersama Saudara Qayyum dengan menyatakan protes terbuka kepada pihak polis khususnya Ketua Polis Negara.

Tentunya saya yakin dan percaya bahawa terdapat arahan yang jelas untuk menghalang rombongan ziarah AMK di mana kemudiannya pimpinan AMK diketuai oleh Saudara Khairul Anuar a.k.a Jonah dan Ramlan Roes, Exco AMK telah dihalang untuk masuk ke kawasan rumah. Sekadar bertukar-tukar ucapan takziah diluar pagar. Mungkin Rosmah Mansor sibuk untuk membebaskan salah seorang pelajar yang ditahan di Mesir sehingga terlupa menziarahi keluarga sendiri !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
SAIFUDDIN NASUTION S/U AGUNG KEADILAN YANG BARU
Isnin, Januari 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai