Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CARA JUAL ARAK: NIK AZIZ PELAWA RONNIE LIU KE KELANTAN

Label:

Kerajaan PAS Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.

“Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

“Kalau boleh saya tak mahu campur urusan negeri Selangor itu kerana saya sendiri tidak tahu secara jelas apa punca kejadian itu, selain dari surat khabar dan media,” katanya.

Sementara itu di SHAH ALAM, Ronnie menyambut baik pelawaan Nik Aziz menjemput beliau ke Kelantan untuk melihat bagaimana Kerajaan Kelantan melaksanakan penguatkuasaan mengenai minuman keras.

“Saya difahamkan, negeri-negeri di Pantai Timur tidak mengharamkan penjualan minuman keras dan tiada halangan untuk berbuat demikian, Cuma penjualannya perlu mempunyai lesen.

“Kaedah permohonan lesen adalah sama dengan negeri-negeri lain iaitu sebarang permohonan perlulah mendapat kelulusan daripada Pegawai Daerah masing-masing,” katanya, semalam.

Mengulas desakan Datuk Dr Hasan Mohammed Ali, Ronnie berkata: “Beliau seorang pemimpin yang baik, malah hubungan beliau dengan saya sama ada dari segi peribadi dan urusan kerja tidak mempunyai sebarang masalah, berbeza pendapat adalah biasa."
-SinarHarian

DARAH DI TANGGA. ADAKAH MILIK TEOH?

Label:

Lawatan Koroner Azmil Muntapha Abas dan pegawai inkues ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam telah menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.

Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.

Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.

"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.

"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.

Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.

Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.

"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.
SUMBER di sini.

TIADA LARANGAN MENYELURUH JUAL ARAK DI SELANGOR - MB

Label:

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menegaskan bahawa tiada pengharaman penjualan alkohol di negeri itu tetapi penjual harus mengamalkan "kawalan kendiri".

Kata Tan Sri Khalid, langkah ini adalah bersifat sementara kerana garis panduan lengkap tentang penjualan minuman itu akan disiapkan dalam tempoh sebulan.

MB Selangor memaklumkan perkara itu selepas mesyuarat majlis ekonomi negeri di Shah Alam pagi tadi.

Isu penjualan arak di Selangor hangat diperkatakan apabila Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hasan Ali, yang juga exco hal-ehwal Islam Selangor, mendesak pengharaman menyeluruh jualan arak di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

DEMO "BUBAR DUN PERAK" IKUT SARANAN PM - NIZAR

Label:

Siapa yang betul? Perdana Menteri bersedia membenarkan namun Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula berpendapat perhimpunan di stadium akan membuatkan rakyat hidup tidak tenteram.

Malah tidak cukup dengan itu Zambry dipetik sebagai berkata bahawa permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka semata-mata.

Kenyataan ini diselar bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyatakan bahawa permohonan untuk berhimpun di stadium itu adalah sejajar dengan saranan Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sedia membenarkan dan menyediakan tempat yang bersesuaian kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman, seperti di stadium untuk mengelak daripada berhimpun di jalanan.

"Kita boleh bagi mereka stadium, di mana mereka boleh bertempik sampai subuh, tapi janganlah buat kacau di jalanan," kata Najib mengulas perhimpunan anti-ISA, 1 Ogos lalu.

Nizar berpendapat Zambry terpaksa berbeza pendapat dengan Najib kerana bimbang dengan kebangkitan rakyat Perak, yang telah dibuktikan dengan perhimpunan anti-ISA, di mana terdapat jumlah rakyat Perak yang turut serta di samping melaungkan juga gesaan agar DUN Perak dibubarkan.

"Sekarang siapa betul, Najib atau Zambry? Sama ada Najib tidak serius dengan kenyataannya atau Zambry terpaksa lawan cakap bosnya, atau kedua-duanya mempermainkan kenyataan-kenyataan untuk mengelirukan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menjelaskan antara program perhimpunan Dun Perak itu adalah pengisian ceramah di samping menyambut kedatangan bulan Ramadan, yang dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat diketuai Dewan Pemuda PAS Perak.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan belum ditentukan dan beragntung kepada permohonan kebenaran kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak, kata Nizar.

Selain itu, jelajah konvoi seluruh Perak yang bakal dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk gerakan 'Bubarkan Dun Perak' akan diadakan di bulan Puasa dan destinasi yang dituju ialah di Lumut dan Pangkor, kawasan kubu Zambry.

"Rakyat Perak masih bersemangat tinggi, dan kita masih meneruskan tindakan politik serta undang-undang, selagi Dun Perak tidak dibubarkan.

"Saya percaya kerana itulah Zambry takut dan mengeluarkan kenyataan berputar-belit, demi survival politiknya yang makin jatuh di mata rakyat Perak," katanya yang juga Timbalan Dua Pesuruhjaya PAS Perak.
SUMBER: harakahdaily

DAKWA JIM EKSTERMIS: JEFF OOI TARIK BALIK KENYATAAN

Label:

Foto: Sebahagian 27 NGO Islam Pulau Pinang berkumpul di hadapan komtar untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk mendesak Jeff Ooi meletakkan jawatan berikutan kenyataannya yang menuduh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis Islam kelmarin

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi akan menarik balik kenyataanya yang mendakwa Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebuah pertubuhan ekstremis, atas nasihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan ahli JIM, dan JIM pula meletakkan visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Katanya, beliau telah dinasihatkan oleh Lim bahawa JIM bukan sebuah pertubuhan ekstremis dan oleh itu "adalah wajar untuk saya menarik balik kenyataan saya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 2 Ogos lalu".

ISU ARAK: UMNO SELANGOR AKAN BERDEMO DI MASJID ESOK?

Label:

Pemuda PAS negeri Selangor menafikan akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor menukar portfolio exconya, Ronnie Liu.

Timbalannya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat.

Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut.

"Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya.

Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat.

"Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti Melayu," tegasnya.
SUMBER di sini.

ISU ARAK: MUFTI SELANGOR SETUJU DENGAN HASAN ALI

Label:

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang memperjuangkan larangan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam di sesebuah kawasan.

Menurutnya, langkah ini wajar dilakukan untuk menjauhkan umat Islam daripada amalan meminum arak yang jelas haram dalam hukum Islam.

“Hukum arak tidak boleh dipertikaikan, haram tetap haram, biarpun sedikit atau banyak jumlah alkohol di dalamnya, minuman itu tetap haram,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas desakan Pas Selangor kelmarin yang mendesak Kerajaan Negeri melarang penjualan arak di kawasan majoriti Islam.

Tamyes berkata, larangan penjualan arak di kawasan majoriti penduduk Islam ini telah lama dibangkitkan sejak isu pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi tetapi masih tidak berkesudahan sehingga kini.

“Arak bukan sahaja haram, bahkan orang Islam yang berkaitan dengan penjualan arak juga hukumnya adalah haram,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Tamyes berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepatutnya diberikan kuasa untuk merampas arak di premis berlesen ekoran penjualannya di kawasan majoriti Islam.

“Pengharaman arak pada umat Islam sudah termaktub di dalam hukum, biarpun penjualannya boleh diadapati secara terbuka kini, pokok pangkalnya adalah diri sendiri,” katanya.

Tamyes juga menyifatkan tindakan mempersoalkan tindakan PBT dan Jais seperti membuka ‘ikatan tali yang diikat erat’.
SUMBER di sini.

JAMALUDDIN JARJIS DIMINTA LETAK JAWATAN

Label:

Kerajaan Barisan Nasional dicadangkan agar meminta Datuk Dr Jamaluddin Jarjis melepaskan jawatannya sebagai anggota Parlimen Rompin sebelum beliau berlepas ke Amerika Syarikat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke negara itu.

Inilah pandangan umum bagi memastikan rakyat kawasan Rompin mempunyai wakil rakyat yang berkhidmat.

Semalam Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyampaikan watikah perlantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat yang bertaraf menteri kepada Jamaluddin.

Mohd Fadzli Ramly dari Dewan Pemuda PAS Pahang dalam responnya mengucapkan tahniah kepada Jamaluddin. Sebagai anak jati Rompin dan kenal baik dengan Jamaluddin, Fadzli secara peribadi gembira dengan perlantikan tersebut dan berharap agar beliau mampu menjalankan tugas barunya ini dengan baik.

Walau bagaimanapun, Fadzli dalam kenyataannya turut melahirkan kebimbangan dan kecurigaan atas perlantikan ini. Jamaluddin adalah Ahli Parlimen Rompin, timbul persoalan bagaimana Jamaluddin yang akan berpindah ke Amerika Syarikat boleh memastikan keberadaannya bersama rakyat Rompin yang diwakilinya, dalam keadaan beliau dan rakyat di parlimennya akan mempunyai dua lokaliti yang jauh berbeza? Jamaluddin yang diakui Fadzli memang jarang pulang ke Rompin sudah tentu selepas ini tidak akan menunjukkan muka langsung.

Dalam komennya, Fadzli juga berpendapat yang tindakan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak melantik Jamaluddin sebagai Duta Besar dalam masa beliau masih lagi seorang Ahli Parlimen adalah satu tindakan yang kurang bijaksana. Lebih teruk, ia seolah-olah menghina kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Rompin kepada Jamaluddin.

Fadzli dengan tegas mendesak supaya Jamaluddin, sebelum berangkat ke Amerika Syarikat bagi menjalankan tugas barunya sebagai Duta Besar bertaraf menteri di sana, meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Rompin dengan seberapa segera.

Ini bagi membuka ruang satu pilihanraya kecil diadakan di Rompin untuk memilih pengganti Jamaluddin yang betul-betul boleh memberi khidmat kepada rakyat di kawasan itu. Meminjam slogan Najib, ujar Fadzli, rakyat sepatutnya sentiasa didahulukan.

Bagi Fadzli, beliau tidak punya masalah atas keputusan kerajaan persekutuan melantik seorang tokoh politik sebagai duta ke negara luar. Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu yang tewas dalam Pilihanraya Umum 1999, telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 2000–2005.

Tetapi yang berbezanya, ketika Wan Mokhtar dilantik, beliau tidak lagi memegang apa-apa amanah atau sandaran tanggungjawab dari rakyat yang memerlukan beliau berada dalam negerinya, berbeza dengan Jamaluddin yang sampai hari ini masih lagi bergelar wakil rakyat.

Persoalan besar yang timbul ialah, apa perlu Najib mengangkat kembali Jamaluddin sedangkan di negeri Pahang sendiri, Jamaluddin seolah-olah menjadi tokoh yang terbuang dan dihilangkan, padahal sebelum ini beliau adalah Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri ini.
SUMBER di sini.

JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI RUJUKAN - YDP AGONG

Label:

Malam tadi semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru umat Islam supaya kembali menjadikan Al-Quran sebagai tunggak rujukan dan melaksanakan arahan serta pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Baginda bertitah untuk menjadi umat terbaik ialah dengan memiliki ciri-ciri kecemerlangan dan bahan yang boleh merangsang kecemerlangan itu ialah Al-Quran.

"Oleh itu umat Islam perlu sentiasa menggali segala mutiara yang terkandung dalam Al-Quran secara berterusan.

"Mutiara yang diperoleh darinya akan menyuntik semangat baru yang boleh merubah minda umat kepada budaya bertindak yang matang dan mantap," titah baginda.

[KOMEN: Tok Kiyai sangat bersetuju dengan apa yang dititahkan oleh YDP Agong itu. Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad yang kekal hingga hari kiamat. Semua orang tahu. Yang menjadi masalahnya ialah sejauh manakah orang Islam menghayati isi kandungan Al-Quran? Berapa kalikah kita membaca Al-Quran setiap hari? Atau tidak langsung membacanya kerana kesibukan mengejar harta dunia malah menjadikan Al-Quran hanya sebagai hiasan. Atau kita tidak tahu membaca Al-Quran (buta Al-Quran). Nah, bagaimana kita hendak menghayati isi kandungan Al-Quran? Berapa ramaikah ibu bapa yang mendidik anak mereka untuk mencintai Al-Quran? Tanyalah anak-anak kita, mana yang mereka lebih tahu antara surah Al-‘Asr dengan lagu Faizal Tahir.]

KES TEOH: KETUA PESURUHJAYA SPRM TERIMA SURAT UGUTAN BUNUH?

Label:

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan polis telah menerima laporan ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

"Kita mengesahkan menerima laporan berhubung kes ugutan bunuh itu dan kita masih menyiasat," katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Khalid berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata surat ugutan itu dihantar ke pejabat SPRM Selangor kira-kira seminggu lepas.

Ahmad Said dilaporkan menerima ancaman bunuh berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selepas disoal siasat SPRM baru-baru ini.

Surat tulisan tangan tersebut yang dialamatkan kepada Ahmad Said dikatakan diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lepas.

Dalam surat tersebut, penulisnya menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh.
-Sumber di sini.

DEMO ANTI-ISA: PERSATUAN PENJAJA TUNTUT GANTI RUGI RM10 JUTA

Label:

RM10 juta!!!
Itulah jumlah kerugian yang dituntut oleh Persatuan Penjaja Wilayah Persekutuan. Persatuan itu akan menuntut kerugian daripada pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Begitu lebih kurang berita yang Tok Kiyai dengar dari TV? suku sebentar tadi.

Banyak tu beb...Mana GMI nak cari duit tu?

Ha ha ha... lawak lawak

Pada Sabtu lepas ramai penjaja mengalami kerugian kerana keropok, air batu, pisang goreng, pakaian, dan barangan dagangan mereka terkena air asid dari water canon FRU.

Dalam berita berkaitan, polis sedang mencari 9 lagi peserta demo dari luar lembah Klang untuk disoal siasat kerana menimbulkan kekecohan Sabtu lepas. Mungkin orang Perak, Pulau Pinang, Terengganu?

Ha ha ha... Lawak lawak

DEMO ANTI-ISA: NAJIB GAGAL LIHAT MESEJ - GMI

Label:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih gagal melihat mesej anti-ISA apabila mahu menyediakan tempat yang sesuai bagi penunjuk perasaan menyuarakan pandangannya, kata Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

"Pertama, beliau (Najib) patut lihat pada mesej yang dibawa (penunjuk perasaan), bukan tempat berhimpun. Kita berhak berhimpun di mana-mana pun.

"Kedua, bukan tidak pernah ada perhimpunan di stadium, tetapi tidak ada tindak balas kerajaan.

"Jadi, tidak timbul isu di mana (demonstrasi), tetapi apakah tindak balasnya (berhubung demonstrasi rakyat)," kata Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau diminta mengulas kenyataan Najib pada Ahad lalu yang berjanji menyediakan tempat yang bersesuaian bagi mengadakan perhimpunan bagi mengelak penunjuk perasaan "membuat kacau" di jalan.

Syed Ibrahim berkata, cadangan Najib itu hanyalah "perkara teknikal semata-mata".

"Soalnya, apa jaminan kerajaan akan mendengarnya? Mereka patut lihat tuntutan rakyat. Mereka (rakyat) datang dari setiap pelusuk negeri tanpa sebarang imbuhan.

"Soal (perhimpunan) di stadium atau tidak, itu pada saya persoalan teknikal semata-mata," katanya kepada Malaysiakini.

Buat masa ini, GMI belum berbincang bagi mengadakan demonstrasi susulan berhubung kesediaan Najib menyediakan tempat berhimpun itu, katanya.

Mengulas siasatan polis terhadap 11 individu, termasuk beliau sendiri, Syed Ibrahim berkata, sehingga kini beliau belum dihubungi untuk memberi keterangan.
-Malaysiakini

ARAK JANGAN DIJUAL DI KAWASAN MAJORITI MELAYU - PAS SELANGOR

Label:

Semalam PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Bagaimanapun menurut Dr Hasan, langkah sedemikian tidak membabitkan hak masyarakat bukan Islam di negeri ini.

"PAS Selangor tidak pernah menuntut agar arak diharamkan dijual atau diminum di kalangan masyarakat bukan Islam.

"Inisiatif yang diambil adalah untuk membebaskan umat Islam Selangor dari pengaruh dan budaya arak yang haram hukumnya di sisi Islam dan bukan untuk mengganggu-gugat hak masyarakat bukan Islam."

Oleh itu jelasnya, PAS Selangor kesal apabila inisiatif untuk mengawal pengurusan penjualan dan aktiviti minum arak di kalangan masyarakat Islam telah dicampuri oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semalam yang menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan yang dipegang Ronnie Liu dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini. Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Bagi Tok Kiyai, peniaga bukan Islam yang menjual arak seharusnya sensatif dengan suasana masyarakat sekeliling kerana bagi orang Islam, arak adalah haram.

Bagi orang Islam pula, kenapa la suka sangat teguk AIR SYAITAN tu? Mereka ni tak tahu hukum ke? Atau sengaja suka-suka nak teguk? Bertaubatlah...

DEMO ANTI-ISA: PENGERUSI GMI MENGAKU PESERTA DEMO DAPAT "IMBUHAN"

Label:

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh (foto) mengakui peserta demontrasi yang membantah akta ISA yang zalim Sabtu lalu mendapat "imbuhan".

"Ya, memang mereka mendapat imbuhan. Imbuhannya adalah PAHALA DARIPADA ALLAH. Mereka mahu menyeru kepada keadilan dan mahu kezaliman dimansuhkan. Semua yang datang atas sebab keprihatinan dan kesedaran yang tinggi untuk menegakkan keadilan dan mencegah kemungkaran, kezaliman,” katanya kepada wartawan Malaysiakini.

"Sesiapa yang menyatakan mereka mendapat imbuhan, sila kemukakan bukti, jangan cakap sahaja, tak baik. Nanti diazab oleh Allah," kata Syed Ibrahim yang juga timbalan presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengatakan anak muda yang mengambil dalam demostrasi secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak.

LAGI DEMO NAMUN TIADA YANG DITAHAN

Label:

(Foto: mStar)

Lawatan sambil belajar yang disertai 40 pengundi dari kawasan Sekinchan dan Sungai Panjang anjuran Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim meninjau banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo di Seksyen 7 di sini pagi semalam berakhir dengan demonstrasi. Demikian lapor mStar.

Rombongan tiba di "Istana" Khir Toyo kira-kira pukul 10.40 pagi dengan sebuah bas persiaran yang ditempah khas. Setiap orang difahamkan membayar RM50 untuk tambang demi melihat istana wakil rakyat mereka.

Mereka menghabiskan masa kira-kira sejam untuk meninjau lebih dekat banglo itu yang telah mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM24 juta.

Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.

Rombongan tersebut bergambar sambil memegang kain rentang yang tertulis "LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ISTANA KT YANG LUAR BIASA DAN MENAKJUBKAN"

DEMO ANTI-ISA: PESERTA DEMO DIPERCAYAI DIUPAH - DR RAIS YATIM

Label:

Utusan Meloya hari ini melaporkan bahawa sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais berkata, "Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga."

Dr. Rais Yatim berkata, sumber yang diperoleh pihaknya turut mendapati motif perhimpunan bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap beberapa kes mahkamah termasuk kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[KOMEN: Tok Kiyai minta Dr Rais Yatim nyatakan pihak yang mengupah anak-anak muda ini. Nyatakan jumlahnya berapa ringgit, RM 50, RM100? Jangan pandai tuduh sahaja. Anda sanggup ke berdemo, kena gas pemedih mata, kena bermalam di lokap semata-mata kerana wang?
Nak alih isu kes liwat Anwar? Aduh, ada juga manusia yang bertaraf menteri boleh bercakap begitu. Kes Anwar dengan demostrasi mansuhkan ISA tidak ada kaitan langsung!! Demo anti-ISA adalah untuk mendesak kerajaan menghapuskan akta yang zalim itu kerana menahan seseorang tanpa bicara.]

DEMO ANTI-ISA: JUAK-JUAK PRO-ISA DESAK POLIS TANGKAP ANWAR, HADI, DAN KIT SIANG

Label:

...............................Barisan juak-juak pro-ISA.............................
(Foto: malaysiakini)

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.
Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami."

Itulah gesaan Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara semalam, demikian lapor malaysiakini. Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu sabtu lepas.

Mohd Khairul Azam berkata, kegagalan GMI mematuhi arahan polis supaya membatalkan perhimpunan anti-ISA, telah mengakibatkan kerosakan harta awam dan mengganggu kebebasan orang awam.

Sehubungan itu, beliau berkata, Magaran juga sedang mengumpulkan bukti kerugian peniaga dan orang awam bagi digunakan untuk menyaman GMI.

Gabungan NGO Melayu itu meminta orang ramai dan peniaga yang mengalami kerugian, memaklumkan nilai kerugian mereka mereka melalui telefon (012-9770412) atau emel kepada demorugi@gmail.com

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA.

[KOMEN: Wah, berani dan lantang sungguh juak-juak pro-ISA ni! Mereka bukan sahaja menjadi pembela akta ISA yang zalim itu tetapi pembela kepada pemandu teksi dan penjual jambu di tepi-tepi jalan. Berjiwa rakyat rupanya mereka ni. Si Juak Khairul kata GMI melakukan keganasan terancang. Mana ada ganas!! Yang Tok Kiyai nampak polis yang bertindak sedemikian. Kalau polis tak buat kacau, demostrasi Sabtu lepas berjalan dengan aman. Tak payah la dok tunjuk hero...]

DEMO ANTI-ISA: SIVARASA RASIAH DIBEBASKAN

Label:

Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah telah dibebaskan di Mahkamah Sesyen hari ini setelah dua malam "menghuni" di lokap polis..

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 12.05 tengah hari tadi tetapi perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi 17 Ogos ini.

Sivarasa, ketika ditemui berkata, tiada dakwaan akan dikenakan kepadanya buat masa ini.

Beliau antara kira-kira 600 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara Sabtu lalu.

LAPORAN NEW YORK TIMES MENGENAI DEMO ANTI-ISA

Label:

(Foto: New York Times)

Malaysian Arrests Put in Question Vow of Rights

BANGKOK — Soon after coming to power four months ago, Najib Razak, the Malaysian prime minister, vowed to temper the country’s repressive laws and respect civil liberties though they have often been ignored.

But Malaysia’s honeymoon of liberalism hit the rocks over the weekend, when the police broke up a large rally in Kuala Lumpur, arresting nearly 600 people and reaffirming the governing party’s longstanding policy of zero tolerance toward street protests.

Opposition parties, which organized the rally, were calling for the repeal of a law that allows the government to jail its critics indefinitely without charge. The opposition is also pressing the government to expand an inquiry into the recent death under mysterious circumstances of a political aide after a late-night interrogation by anticorruption officials.

News services estimated that the rally on Saturday, which was broken up by thousands of police officers using tear gas and water cannons, drew about 20,000 protesters, making it the largest demonstration in two years.

“We can provide them stadiums where they can shout themselves hoarse till dawn, but don’t cause disturbance in the streets,” Mr. Najib said Sunday, according to the Malaysian news media.

Since taking office in April, Mr. Najib has gained favor with investors and businesspeople by partly dismantling a system of racial preferences that long caused resentment among the country’s minorities.

He also released 13 political detainees held without trial. An opinion poll conducted from June 19 to July 1 showed 65 percent of respondents were satisfied or very satisfied with his performance. The poll, by the Merdeka Center for Opinion Research, surveyed 1,060 voters.

More recently, Mr. Najib’s government has been criticized as reverting to the authoritarian tactics of previous administrations.

A former health minister and stalwart of the governing coalition, Chua Jui Meng, defected to the opposition in July, saying that Mr. Najib represented an “iron fist behind the velvet glove.”

Lim Kit Siang, a prominent opposition politician, said in a blog entry on Sunday that the large number of people detained “underlines” that the “greatest violators of human rights are often the police and the law enforcement agencies.”

The death of the political aide, Teoh Beng Hock, in July has galvanized opposition parties and caused widespread outrage, especially among the minority Chinese.

Mr. Teoh, a legislative aide in the opposition-controlled state of Selangor, was found dead beneath the 14th-story window of the offices of the country’s anticorruption commission after a nightlong interrogation. A pathologist’s report said he died of internal injuries from a fall.

A government minister initially said Mr. Teoh, 30, committed suicide, but his belt and back pockets were torn, adding to speculation that he might have been forced out the window.

After initial resistance, the government bowed to public pressure and ordered an inquiry into Mr. Teoh’s death as well as the interrogation tactics of the anticorruption officers.

Deaths in police custody have increased in recent years, according to Suaram, a human rights group. According to the Malaysian Home Ministry, 1,535 people died in police custody between 2003 and 2007, the latest year for which data is available.
SUMBER: NEW YORK TIMES

PRO-ISA KATA BERJAYA SERAH MEMORANDUM, POLIS KATA TIDAK

Label:

Kelmarin Setiausaha Gabungan NGO Bersama Malaysia, Mohd. Jurit Ramli memberitahu mStar Online bahawa kumpulan pro-ISA iaitu Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) telah berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara lewat petang Sabtu lalu melalui seorang wakilnya.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Mohd Khairul Azam, penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), di pintu belakang Istana kira-kira pukul 5.30 petang.

Mohd Jurit berkata, "Oleh kerana pihak polis tidak akan benarkan ramai orang dan atas faktor keadaan hari ini, kami memutuskan untuk menghantar seorang sahaja dan menyerahkan memorandum telah berjaya diserahkan," katanya.

Hari ini pula mStar melaporkan bahawa polis menafikan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) berjaya menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan penasihat undang-undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.
Sehubungan itu tegas beliau, tahap kawalan keselamatan di kawasan Istana Negara juga tidak pernah dicerobohi, demikian lapor wartawan mstar.

"Memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan (kepada Istana Negara), wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum," katanya.

Jelas Wan Abdul Bari, apabila Khairul cuba untuk melepasi sekatan jalan yang dikenakan, beliau telah dibawa ke pusat subtaktikal berhampiran dan maklumat peribadinya diambil.

Katanya lagi, Khairul telah dilepaskan kemudian kerana beliau tidak memperlihatkan sebarang ciri-ciri mengancam keselamatan.

Manakah satu yang betul?
- Mohd Jurit Ramli mendakwa Mohd. Khairul Azam menyerahkan memorandum kepada istana pada pukul 5.30 petang.
- Polis pula mendakwa Mohd. Khairul Azam ditahan polis pada pukul 7 petang ketika beliau mendekati kawasan Istana Negara.
- atau Mohd. Khairul Azam ditahan selepas menyerahkan memorandum kalau dilihat pada masa

DEMO ANTI-ISA: 5 WANITA AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH HARI INI

Label:

Lima orang wanita yang ditahan dalam perhimpunan aman menentang ISA dijangka akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta, jam 10 pagi ini, demikian lapor harakahdaily.

Mereka yang akan dihadapkan ke Mahkamah antaranya isteri tahanan ISA, Norlaila Othman; Nashita Mohd Noor; AJK DMPP, Athirah Aiman dan dua orang wanita yang lain.

Selepas penangkapan pada 1 Ogos, mereka telah ditahan reman di balai Polis Bukit Jalil. Mereka ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, demikian lapor wartawan harakah Saidah Hairan.

Norlaila yang juga merupakan aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ditahan bersama enam yang lain, termasuk anaknya, Suhaib.

Suaminya, Mat Sah Satray dikurung hampir lapan tahun dan merupakan antara tahanan paling lama di Kamunting.

ADUN KEMASIK, TERENGGANU DITAHAN SPRM

Label:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Rosli.

Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Rosli dikatakan seorang ADUN dari kem mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh.
SUMBER di sini.

GAMBAR DEMO ANTI-ISA 1 OGOS KUALA LUMPUR

Label:

Aksi polis yang "mesra" rakyat...

Hujan emas di negeri orang, hujan asid di negeri sendiri...

Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...

Hidup rakyat!!!!!

Heroin malaya...

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah ditahan...

Hero-hero rakyat....

(Foto:malaysiakini)
CARA JUAL ARAK: NIK AZIZ PELAWA RONNIE LIU KE KELANTAN
Sabtu, Ogos 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Ogos 07, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Ogos 06, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Ogos 05, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Ogos 04, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Ogos 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Ogos 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai