Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

NAJIB KATA UMNO ADALAH PARTI ISLAM. BOLEH TAK ANDA BUKTIKAN?

Label:

SIK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata beliau.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dahulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar,"

"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratusratus batu sematamata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," kata beliau.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peritiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," kata beliau.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan para pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kirakira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan. BERNAMA

APABILA DAJJAL MENGAKU DS MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN DI FACE BOOK

Label:

Asalamu'alaikum. Selamat melaksanakan ibadat puasa dan salam aidil fitri.

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat beberapa usaha nakal kecilan dari sesetengah kalangan pelayar yang telah memalsukan serta menyamar satu laman Facebook yang kononnya dari kepunyaan saya di atas nama saya (MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN) dan menggunakan alamat email seperti berikut "nizar.mb.perak@gov.my". Facebook ini diurus oleh pihak yang tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana mana individu atau institusi untuk tujuan tersebut.

Disyaki penyamar tersebut menggunakan alamat email pentadbiran kerajaan Perak DR yang memuatkan maklumat peribadi dan profile rasmi saya serta penulisan dan perakuan yang cuba untuk mengaibkan saya. Berita serta rencana yang dipos berunsur fitnah dan kesemuanya palsu. Oleh itu melalui blog rasmi saya ini saya menafikan sekeras-kerasnya paparan dari Facebook tersebut yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam. Ianya bukan dari sumber saya.

Saya memohon supaya yang bertanggungjawab membuat fitnah ini berhenti dan sebaliknya paparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi dari menyebarkan kepalsuan dan kebatilan mengenai diri saya. Usaha sedang dibuat dengan pengurusan Facebook supaya memadamkan laman palsu tersebut. Ianya terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya.

Saya sedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mari kita sama mencari sedikit keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadzan ini serta pengampunan dari NYA.

Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri, maaf zohir dan batin.
HIDUP RAKYAT!! BUBAR DUN PERAK!!!

YB DS Mohammad Nizar bin Jamaluddin.

RUNDING ROYALTI YES, RUNDING POLITIK NO - NIK AZIZ

Label:

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima baik jika Perdana Menteri mahu berunding dengan PAS untuk membolehkan royalti minyak diberikan kepada Kelantan.

Tetapi, beliau menolak rundingan politik antara PAS dengan Umno dan menyifatkan ianya perkara lama.

"Itu (royalti) memang hak Kelantan, cuma nak tentu bila ahli Parlimen kita pergi Kuala Lumpur bolehlah runding," katanya kepada wartawan semalam.

Nik Aziz ketika diminta memberi respon berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin bahawa Umno sanggup berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini, menegaskan rundingan itu tidak perlu sama sekali sebaliknya Umno harus menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.

Beliau juga menyifatkan pelawaan Najib itu sebagai isu lama yang sudah tidak perlu ditimbulkan lagi.

"Itu cerita lama. Nak berunding apa lagi? Kalau nak jaga Islam lebih baik dia (Umno) buat sebagaimana yang disebut. Tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Barulah benar-benar nampak yang kita ni ikhlas dengan Islam," tegasnya.

Kata Nik Aziz, Kelantan di bawah pemerintahan PAS sudah hampir 20 tahun mengamalkan dasar Islam dan berjaya mendidik rakyat untuk menuruti ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu sengaja ditimbulkan Najib menjelang pilihanraya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan untuk mengumpan rakyat.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya, Azman Mohd. Nor, 52, dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH) di sini Jumaat lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Allahyarham Azman menang selepas mendapat 6,430 undi mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

"Boleh jadi isu ini timbul sekarang ini sebagai umpan pilihanraya," katanya.

Dalam hal pilihan raya ini, beliau yakin PAS akan meletakkan calon dalam pilihan raya kecil itu namun perkara itu akan diputuskan di peringkat Pusat.

Nik Aziz berkata, adalah penting untuk PAS bertanding kerana pilihanraya merupakan satu medan untuk parti itu menyebarkan dakwah Islam melalui kempennya. Oleh itu ujarnya, PAS tidak harus melepaskan peluang untuk menegakkan ajaran Islam.

"Kita tunggu keputusan PAS pusat dan saya pun belum dimaklumkan," katanya.

"Tapi setiap kali berlakunya pilihanraya kita akan masuk kerana PAS ni bawak Islam di seluruh dunia. Jadi di mana sahaja ada ruang untuk sebar Islam, kita akan guna. Bila ada pilihanraya, kita boleh sampaikan ISlam melalui ceramah dan kempen kita," katanya pada satu sidang media di pejabatnya di Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana menyediakan peruntukan bagi pembangunan negeri ini, khasnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah wajar memandangkan ianya meupakan tanggungjawab kerajaan pusat.

"Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang memberi peruntukan dan telah menolong Kelantan dalam pelbagai bidang kerana itu adalah konsep federalisme.

"Kelantan walaupun di bawah PAS tak terlepas daripada Malaysia, jadi segala hasil dibahagikan ke seluruh negeri termasuk Kelantan," katanya.

SUMBER di sini.

KES DUN PERAK: PERMOHONAN SIVAKUMAR DITOLAK MAHKAMAH

Label:

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Ketika menolak permohonan itu dengan kos semalam, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya juga memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Hakim Azahar berkata, pada fikirannya, tidak ada sebarang keraguan yang Sivakumar telah dilucutkan daripada jawatan Speaker dengan satu resolusi dan satu lagi resolusi telah diluluskan untuk melantik Ganesan sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu.

Beliau menambah, tindakan mempersoalkan kesahihan pelucutan Sivakumar adalah mempersoalkan resolusi DUN.

"Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 May tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

SUMBER di sini.

DASAR PERKAUMAN SEMPIT: PAS TIDAK AKAN BERSAMA UMNO

Label:

Di Manek Urai semalam, Presiden UMNO sekali lagi memalu gendang dengan irama yang sama iaitu mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam.

Ini adalah huluran tangan yang terbaru oleh pemimpin UMNO agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi PAS, pelawaan UMNO itu adalah satu tindakan tersepit. Maklumlah UMNO kini terjebak dengan isu perkauman sempit yang didendang oleh ektremis UMNO sendiri.

Apabila "ektremis-ektremis" UMNO di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, UMNO sekali lagi tersepit. Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

Adakah cara begitu UMNO hendak membela agama Islam dan Melayu dengan mencerca agama lain? Adakah itu yang diajar oleh Islam? Malah ada individu yang bergelar haji sanggup mengeluarkan kata-kata kesat di bulan Ramadan kerana membantah isu kuil.

jelaslah, UMNO kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

UMNO menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

Bagi PAS, yang tertekan bukanlah bangsa Melayu tetapi UMNO...

KES TEOH: LELAKI MANGSA DERA SPRM BERI KETERANGAN HARI INI

Label:

Hari ini, seorang lelaki misteri yang telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penderaan ke atasnya akan memberikan keterangan dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock.

Lelaki misteri itu diterima sebagai saksi oleh Koroner Azmil Muntapha apabila dipohon oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo walaupun dibantah oleh peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Adakah SPRM akan berada dalam 'ketakutan' berhubung perkara itu?

Apakah reaksi "kepala" SPRM selepas saksi misteri itu membuat pengakuan dan pendedahan bahawa belaiu pernah didera?

Adakah "kepala" SPRM akan berkata...

"Itu semua adalah fitnah semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti SPRM..."

"SPRM akan mengambil tindakan undang-undang ke atas lelaki yang mendakwa didera kerana membuat dakwaan palsu..."

"Dakwaan lelaki itu yang mendakwa didera SPRM tidak masuk akal..."

Apa-apapun, kita lihat siapa yang kena....

USAHA SELESAI KRISIS UMNO T'GANU: AHMAD SAID DITAWAR JAWATAN MENTERI

Label:

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran untuk menjadi Menteri Pusat bagi membolehkan beliau meletakkan jawatannya di Terengganu.

Tawaran ini adalah sebagai salah satu usaha yang dibuat Umno untuk menyelesaikan krisis di Terengganu sekarang.

Ia dibuat oleh kepimpinan Umno untuk membolehkan Ahmad Said digantikan oleh pemimpin Umno yang lain di Terengganu untuk menyelesaikan krisis.

Mengikut pelan itu, Ahmad akan dilantik menjadi senator dan seterusnya dilantik sebagai menteri penuh.

Dengan penolakan ini, bermakna Umno Terengganu akan terus bergolak. Yang terakhir, majlis Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin diboikot oleh kebanyakan Adun Terengganu yang tidak menyokong Ahmad Said.

Antara yang tidak hadir adalah Adun yang terletak di kawasan Hulu Terengganu sendiri walaupun majlis itu diadakan di kawasan mereka iaitu di Pejabat Umno Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Antaranya Adun Ajil iaitu bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid. Beliau dikira penggerak penting usaha menentang Ahmad Said.

Dalam sidang media selepas majlis perjumpaan itu, Muhyidin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengakui krisis yang melanda Umno Terengganu itu.

Beliau menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan krisis itu.

Tidak diketahui siapakah yang mencadangkan Ahmad Said di“buang” dari Terengganu melalui cara itu. Ini kerana sudah menjadi kebiasaan, mana-mana pemimpin yang bermasalah akan di“buang” dari kawasannya.

Tan Sri Wan Mokhtar, bekas MB Terengganu telah dilantik menjadi duta Malaysia ke Arab Saudi selepas Terengganu jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999.

Datuk Seri Jamaludin Jarjis juga di“buang” dari Pahang ke Amerika Syarikat apabila tidak dilantik sebagai menteri lagi.

Ura-ura untuk melantik Ahmad sebagai menteri telah mula didedahkan oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly dalam laman blognya.

Krisis dalam Umno Terengganu bermula selepas pilihan raya 2008 apabila Datuk Idris Jusoh ditolak oleh Istana Terengganu apabila dicadangkan oleh Umno agar dilantik sebagai MB Terengganu sekali lagi.

Selepas beberapa hari bertegang, akhirnya Umno menerima pemilihan Datuk Ahmad Said, bekas Exco di zaman Idris Jusoh, sebagai MB.

Ekoran itu, Ahmad melantik hanya penyokong beliau sebagai exco dan mengenepikan penyokong Idris Jusoh.

Dalam sidang Dun terbaru, kesemua Adun Umno menyertainya, berbanding dengan membokoitnya sebelum itu. Tetapi mereka hanya mendiamkan diri seribu bahasa sepanjang sidang berlangsung.

SUMBER di sini.

LARI BERCOLI DI BULAN PUASA

Label:

GOMBAK: “Saya tersentak apabila melihat seorang wanita yang hanya bercoli berlari ke arah saya selepas merentasi sungai dan meminta tolong kerana mendakwa dia dirogol.

“Ketika itu, dua lelaki turut dilihat sedang mengejarnya, namun bergegas melarikan diri menuju ke arah hutan sejurus ternampak saya,” kata saksi yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dikerah memburu kedua-dua lelaki dipercayai perogol bersiri di sekitar Pusat Rekreasi Alang Sedayu, Jalan Lama Gombak di sini.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8 pagi semalam itu, seorang wanita berusia 27 tahun mendakwa dirogol kedua-dua lelaki terbabit berhampiran sebuah loji pembersihan air di kawasan perkelahan itu.

Mangsa yang bekerja di sebuah kafe siber di ibu negara kemudian melarikan diri dalam keadaan bercoli dan meminta pertolongan seorang anggota polis bantuan di loji berkenaan.

Suspek yang melarikan diri ke hutan meninggalkan sebuah Perodua Kancil kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta berkenaan mendapati mereka sebelum itu dipercayai turut merogol dan menyamun seorang wanita yang juga ibu kepada tiga anak berusia 27 tahun di sekitar Gombak.

Menurut saksi, selepas memberi tuala untuk menutup tubuh, wanita terbabit memaklumkan dia dirogol dua lelaki yang baru dikenalinya, dua hari lalu.

“Selain itu, mangsa memberitahu tujuannya pergi ke kawasan ini bersama dua lelaki terbabit untuk mencari batu,” katanya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata pihaknya mengenal pasti seorang daripada suspek melalui dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam Perodua Kancil yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.

“Berikutan itu, kami sedang mengesan lelaki berusia 25 tahun terbabit dan rakannya bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati lebih 20 anggota polis yang dibantu anjing Unit K9 memasuki kawasan hutan berkenaan bagi memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan berdekatan.

SUMBER di sini.

PILIHANRAYA DUN BAGAN PINANG: UNDI POS ADALAH "SIMPANAN TETAP" BN - YDP PAS REMBAU

Label:

(Foto: YDP PAS Rembau, Mohd Taufek Abd Ghani)

Pas mengakui terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terutama membabitkan undi pos.

Yang di-Pertua Pas kawasan Rembau, Mohd Taufek Abd Ghani menyifatkan undi pos sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Bagi saya, walaupun Bagan Pinang dilihat sebagai kubu kuat BN, tetapi ia lebih kepada kekuatan undi pos. Saya melihat Bagan Pinang merupakan antara kawasan tertinggi membabitkan undi pos,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Sehubungan itu, katanya, Pas telah mengadakan perbincangan di peringkat pusat untuk menangani isu undi pos, sebelum memanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan.

“Saya berharap kita akan adakan pertemuan dengan SPR dalam masa terdekat ini untuk membincangkan masalah undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, berkata Pas Negeri Sembilan akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dan formula pilihan raya kecil di luar Negeri Sembilan sebelum ini bagi memastikan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Malah, beliau berkata, walaupun DUN Bagan Pinang bakal mencatat sejarah sebagai pilihan raya kecil pertama membabitkan Pas di negeri ini, tetapi ia bukan penghalang untuk mereka menggerakkan jentera dengan sistematik.

“Kita akan gunakan sepenuh pengalaman yang ada ketika membantu rakan kita pada pilihan raya kecil sebelum ini. Azam kita adalah untuk mencatat kemenangan,” katanya.

AL-FATIHAH: BEKAS MENTERI BESAR KELANTAN MENINGGAL DUNIA

Label:

KOTA BAHARU- Mantan Menteri Besar Kelantan Tan Sri Mohamed Yaacob meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur pukul 5.50 pagi ini akibat masalah pernafasan sejak dimasukkan ke pusat perubatan itu Jumaat lepas.

Anak ketiganya, Dr Idora Mohamed ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya Puan Sri Nik Azizah Nik Ahmad dan lima orang anaknya.

Jenazah Allahyarham kini ditempatkan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor hari ini.

Tinjauan Bernama ke rumah Allahyarham di Taman Uda Murni, di sini juga mendapati rumah itu kosong dan tiada sesiapapun berada di rumah berkenaan. Allahyarham menceburi bidang politik sejak tahun 1950 dengan menyertai Umno dan bertanding buat kali pertama dalam pilihan raya umum pada tahun 1969 dengan memenangi kerusi Parlimen Tanah Merah.

Beliau pernah memegang jawatan menteri Kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1978 dan kekal dalam jawatan itu sehingga PAS
menewaskan Umno untuk membentuk kerajaan negeri baru pada 1990.

Allahyarham yang dilahirkan di Palekbang, Tumpat itu juga pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara pada 1996.

Sebelum itu, Allahyarham pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kerajaan termasuk sebagai setiausaha sulit kepada Almarhum Sultan Kelantan, majistret, timbalan pendakwa raya dan Penasihat Undang-undang di Terengganu dan Johor.

SUMBER di sini.

SKANDAL PKFZ: PENGLIBATAN JERUNG-JERUNG UMNO CUBA DITUTUP

Label:

Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tengahari tadi mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

"Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut," jelasnya.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agong PAS, Mahfuz turut menjelaskan, Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB.

"Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor," kata Mahfuz.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas," kata Mahfuz lagi.

Dakwa Mahfuz, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi," dakwanya.

Beliau juga mempertikai keputusan Najib yang mengarahkan Pasukan Khas yang dibentuk PKA sendiri supaya membentangkan laporan lengkap skandal PKFZ itu dalam Kabinet Rabu ini.

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," katanya.

Turut menyertai Mahfuz, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub.

Julai lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berjanji untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung skandal PKFZ sebelum sidang Parlimen depan.

Dalam kenyataannya, Azmi mengakui 405 ektar tanah yang menempatkan gudang, blok, pejabat dan hotel bertaraf empat bintang itu menjadi pertikaian khalayak sejak 2003, apabila kos pembangunannya RM2.5 billion telah melambung pada RM4.6 billion secara misteri.

Disebabkan itu, Azmi sendiri meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membuat apa-apa penjelasan, sehinggalah siasatannya selesai.

Dalam pada itu, Azmi bersama-sama Abdul Ghani memanggil dua bekas Menteri Pengakutan Tun Dr. Ling Liong Sik (berjawatan 1986-2003) dan Datuk Chan Kong Choy (berjawatan 1 Julai 2003 ? 18 Mac 2008) untuk melengkapkan siasatan skandal tersebut, tetapi menafikan keterlibatan kedua-dua menteri terbabit dalam skandal itu.

Dalam pra laporan, Azmi telah memanggil lima syarikat yang disyaki, termasuk PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dikatakan khalayak mendalangi skandal rasuah PKFZ tersebut.

Timbalan PAC yang juga Ahli Parlimen Kepong/Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula sebelum ini turun mendapatkan keterangan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional terbabit yang lain; seperti Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail, Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (MCA) dan sebagainya.

Sumber lain melaporkan bekas Menteri Pengangkutan sebelum ini, Tun Dr. Ling Leong Sik (mantan Presiden MCA) dan Tan Sri Chan Kong Choy juga pernah dikatakan terbabit melindungi watak-watak misteri di sebalik skandal PKFZ dari tahun 2003 hingga 2006.

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.

SUMBER di sini.

PERKUKUH PENTADBIRAN ISLAM: SULTAN RESTUI TINDAKAN HASAN ALI. UMNO BILA LAGI?

Label:

Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sedia menerima teguran daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakannya dalam mengukuhkan struktur pentadbiran Islam di negeri ini.

Beliau yang mengadap Baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang semalam, memberi penjelasan terhadap semua tindakan yang dilakukan, termasuk menguatkuasakan undang-undang syariah sedia ada.

Dr Hassan yang ditemui Tvselangor, petang tadi memberitahu, baginda sultan memahami semua tindakan yang dilakukan dan ia merupakan perjumpaan rasmi untuk melaporkan perkembangan yang berlaku di negeri Selangor.

Beliau berkata, penjelasan tersebut meliputi larangan penjualan arak kepada masyarakat Islam dan penguatkuasaan yang harus dilakukan oleh pegawai masjid dan surau di seluruh negeri Selangor.

“ Soal arak tentang penguatkuasaan itu di mana pegawai masjid, ini ditimbulkan dan untuk saya melaporkan perkara sebenar yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan.

“Alhamdulilah baginda sangat faham apa yang berlaku dan sebab itu saya rasa hal ini bukan menjadi persoalan dan tidak menjadi masalah, cuma kita perlu mengupgrade dan meningkatkan mutu darjah pembangunan agama negeri Selangor,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan akhbar bahawa beliau dipanggil mengadap kerana tindakannya yang dianggap membelakangkan Sultan dalam hal ehwal islam di negeri ini.

“Apa yang dilaporkan oleh akhbar bukan itu kedudukannya, saya yang meminta ehsan tuanku untuk mengadap baginda, dan baginda menetapkan semalam sebagai tarikh untuk saya mengadap, sebagai exco kerajaan negeri Selangor berbagai-bagai perkara yang di laporkan sebagai rutin melaporkan kepada sultan tentang kemajuan dan masalah dihadapi untuk melonjakan Islam di negeri Selangor ini,” katanya.

Dr Hassan ditemui pada majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Al-Munawarah, Shah Alam, petang tadi.

Katanya, banyak perkara tentang perkembangan agama Islam dimaklumkan kepada Baginda, meliputi pendidikan, dakwah, masjid, surau, zakat dan pentadbiran mahkamah syariah di Selangor.

Beliau turut melaporkan tentang lawatannya ke Timur Tengah untuk bertemu pelajar bagi meningkatkan kemajuan pelajar anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sana.

“Kami melawat Syria, Mesir dan Jordan bertemu para pelajar, ini juga perlu diberitahu kepada tuanku, tentang keperluan-keperluan kepada pelajar, langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kemajuan kepada pelajar, dari segi akedemik, kehidupan, sahsiah peribadi dan sebagainya kerana sebahagian besar dari pelajar tersebut menerima bantuan terus daripada Lembaga Zakat Selangor,” katanya.
SUMBER di sini.
NAJIB KATA UMNO ADALAH PARTI ISLAM. BOLEH TAK ANDA BUKTIKAN?
Jumaat, September 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, September 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, September 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, September 07, 2009 | Author: Tuk Kiyai