Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Depan Pemimpin Amerika Laknatullah Mengaku Negara Islam, Depan Pengundi Cina Hina Islam

Label:

Ular memang suka berbelit dan membelit. Kalau ular itu ularlah. Kalau manusia bersifat berbelit dan membelit serta pembelit susah juga.

Semalam Muhyiddin mengaku Malaysia sebagai sebuah Islam dan Malaysia diperakui juga sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton- gurunya. Tentu sedap bau tangan guru sebagai bekalan pulang dari Amerika.

Hari ini Muhyiddin mengaku pula Malaysia bukan negara Islam dengan kenyataan PAS masih menyimpan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Maksudnya pengakuan Muhyiddin berlawananlah dengan pengakuan di hadapan gurunya Hillary Clinton. Dengan pengundi Cina lain pula ceritanya. Kenyataannya hanya PAS yang bercita-cita menubuhkan negara Islam. Cuba lihat lidahnya ada tak semacam lidah ular?

Satu lagi biarlah MCA sahaja mengingatkan masyarakat Cina tentang negara Islam. Mereka itu 'kapiq' dah tentu tak sukakan negara Islam, patutlah bagi mereka. Kalau TPM pun ikut campur sama tak sukakannya, pelik dan kacau jadinya.

Apa-apa pun Cegu Mala, lawan tetap lawan....

-Dipetik dari www.ek-ele.co.cc

[VIDEO] Sidang Media Cikgu Mala

Label:

[VIDEO] MESTI TONTON: Perarakan Hari Penamaan Calon

Label:

Isteri hentak kepala suami dengan kuali hingga pengsan!!

Label:

Saya petik:

[HM] AMPANG: Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.

Ini kerana pasangan berkenaan dalam proses bercerai selepas tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pemandu van pulang ke rumah untuk menjenguk anak dan memberi wang belanja kepada mereka.

Namun, sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah, isterinya terus menghentak kuali ke kepalanya sebelum mangsa yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pengsan.

Menurut sumber polis, mangsa bernasib baik kerana anak perempuannya yang berusia 16 tahun terus menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas melihat bapanya tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita yang juga isteri mangsa berusia 38 tahun sehari selepas kejadian sebelum dibebaskan dengan dijamin ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak berusia belasan tahun, namun mempunyai masalah rumah tangga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, suaminya sudah dua tahun tinggal berasingan dan menumpang di rumah ibu saudaranya di sebuah flat di Kuala Lumpur, namun dia sesekali pulang ke rumah untuk menjenguk anaknya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disukai isterinya yang dikatakan sudah mempunyai kekasih lain dan sebelum ini juga pernah memarahi suaminya yang melawat anak-anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

(Gambar hiasan)

Puluhan ribu penyokong PR banjiri Labis

Label:

Saya petik:

[HD] LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

PAS akan potong tangan pencuri - Ghani Othman

Label:

Jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri".

Amaran mengejutkan di atas bukannya daripada pemimpin MCA atau MIC tetapi dari mulut pemimpin Islam. Itulah wajah sebenar MB Johor negeri karat umno. Kerana ingin menarik sokongan pengundi Cina dan India di Tenang, Ghani Othman sanggup menghina hukum Islam. Apakah beliau tidak tahu hukum menghina hukum hudud?

Adakah pemimpin Islam sebegini mampu membela Islam? Bagi saya kefahaman Islam Ghani Othman sama sahaja dengan pelakon filem porno, Chua Soi Lek!!

Melalui portal berbahasa Inggeris, Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

Saya petik:

[MC] Johor Mentri Besar Ghani Othman has warned voters in Tenang not to vote for PAS, otherwise the Islamist party may “chop off your hands for stealing”.

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,” Malaysiakini reported Ghani as saying.

Ghani’s astonishing and many say irresponsible comments come a day after MCA president Chua Soi Lek had derided PAS candidate Normala Sudirman and PKR president Wan Azizah for wearing gloves when they shook hands with the public.

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS," Chua had said.

Dato' Satim Diman miliki Ph.D palsu/beli?

Label:

Jika benar si lelaki ini memiliki Ph.D tulen, sila tunjukkan tesis yang dihasilkan dan siapakah supervisor tesis itu. Rakyat Selangor ingin melihatnya...

Saya petik:

[SK] EXCO mendesak ketua pembangkang Selangor Dato’ Satim Diman agar menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Tuan Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.

Dr Yaakob Sapari yang juga EXCO Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor beranggapan bahawa membeli Ph.D merupakan satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penyelidikan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pusat menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Dr Yaakob Sapari meragui ijazah sarjana doktor falsafah Dato’ Satim Diman yang juga Ketua Pembangkang Negeri Selangor. Beliau menggesa agar Dato’ Satim mengisytiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehingga doktor falsafah. Dato’ Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang. -SuaraKeadilan

Semua kenderaan WAJIB pasang "air bag" tahun depan!! Anda setuju?

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Ini satu lagi langkah yang akan mengundang kemarahan rakyat!! Walaupun cadangan tersebut baik, namun kita akan tertanya-tanya, berapakah kos yang akan ditanggung pemilik kenderaan? Adakah semua jenis stereng, dashboard dan sebagainya sesuai untuk dipasang airbag? Apa komen anda!

Saya petik:

[BERNAMA] RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Pemilik OTAK yang masih elok dalam liang lahad akhirnya terjawab!!

Label:

Subhanallah!! Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya. Sesungguhnya orang yang mulia dalam kalangan manusia ialah orang yang bertakwa kepada-Nya. Jadikan pengajaran!!

Saya petik:

Otak milik pendakwah

[SH] SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.

Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

Ro$mah kata lawatan ke luar negara memberi FAEDAH kepada semua rakyat. Komen sikit...

Label:

Betul ke lawatan Ro$mah ke luar negara memberi faedah kepada semua rakyat? Apa feadahnya? Adakah berfaedah kepada hanya dua tiga kerat orang? Berapakah kos lawatan beliau & konco-konconya kali ini? Yang menyewa hotel RM100 ribu semalaman tu apa cerita? Komen sikit...

Saya petik:

Lawatan ke luar negara kerana terima jemputan

[BH] MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.
Isteri Perdana Menteri berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita negara terbabit.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman, kelmarin, Rosmah berkata beliau membuat lawatan apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama pada majlis tertentu.

“Biarlah apa mereka nak kata, lawatan ini sangat berfaedah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau faham politik,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

“Saya berada di sini bukan mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan beliau dan anggota rombongannya diterima baik pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said.

Dalam lawatan itu, Rosmah diiringi beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: “Biarkan saja jika mereka merungut. Saya hanya lakukan tugasan sebagai isteri pemimpin.”

“Ia tanggungjawab saya membantu setakat termampu, terutama berhubung usaha memperkasakan wanita dan isu kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Polis pun berjudi!! Buktinya di sini...

Label:

Alahai polis...

Saya petik:

4 anggota polis antara 9 ditahan berjudi

[KS] KUCHING - Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini hari ini.

Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain judi jenis `holo’ ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau, awal pagi tadi.

Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas. - Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

CEO buang isteri bagai sampah!!

Label:

Wahai si gadis muda semua, jadikan pengajaran!!

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.

Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.

Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.

Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

“Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.

“Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.

“Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga,” katanya. Beliau berkata, ibu muda itu sanggup datang berjumpanya di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan.

“Si suami berani bertindak demikian kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini.

“Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah.

“Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik,” katanya. Zaidi berkata, firmanya sudah menghantar surat kepada suami wanita terbabit untuk perbincangan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

“Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, baru-baru ini kami memfailkan permohonan cerai taklik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami tunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

[VIDEO] Penjelasan Speaker DUN Selangor isu DUN Pelabuhan Klang

Label:

Bapa bernafsu syaitan!!

Label:

Saya petik:

[SH] DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai peranginan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah mengadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang ‘bernafsu syaitan’, akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.

Satu lagi p/raya kecil di negeri karat umno!!

Label:

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.

Pasangan lari lintang pukang diserbu khalwat

Label:

Saya petik:

[KS] BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.

Najib, berdebatlah sehingga Anwar DEMAM!!

Label:

Surat tawaran debat terbuka kepada PM Najib

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

ADUN Pelabuhan Klang Tak Mengaku Ponteng Sidang DUN!!

Label:

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menegaskan beliau masih wakil rakyat yang sah kawasan tersebut mengikut undang-undang.

Beliau juga menolak pengumuman yang dibuat Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi yang dimenanginya itu pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegasnya, kenyataan Teng bahawa beliau tidak hadir sidang DUN Selangor selama lebih setengah tahun adalah tidak benar.

"Saya masih ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang yang sah.

"Tak benar kalau beliau kata saya tidak hadir sidang DUN selama enam bulan...tak benar sama sekali," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Speaker Selangor berhubung kekosongan kerusi berkenaan petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Ditanya sama ada beliau pernah tidak hadir pada mana-mana sidang DUN sebelum ini, beliau berkata: "Waktu saya masih ADUN Bebas saya ada hadir dan waktu saya sudah menyertai Umno juga saya hadir.

"Cuma saya pernah menghantar surat cuti kepada speaker sewaktu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 16 November atas masalah kesihatan, katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakannya selepas ini sama ada mahu mencabar keputusan Speaker Selangor, Badrul Hisham berkata beliau akan berbincang mengenainya dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor untuk tindakan lanjut.

Badrul Hisham meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra Barisan Nasional (BN) tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Beliau memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi menewaskan calon BN Roselinda Abd Jamil.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding Roselinda yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Lelaki ini lawan Mala di Tenang!!

Label:

Saya petik:

[MStar] LABIS: Barisan Nasional (BN) sebentar tadi mengumumkan Penolong Pegawai Daerah Rengit, Azhar Ibrahim sebagai calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Khamis.

Azhar merupakan ahli biasa di Umno Bahagian Labis.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Januari dan hari pengundian pada 30 Januari ini.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

[PANAS] Suspek letak surat ugutan bunuh YB Teo dikenal pasti!!

Label:

Difahamkan suspek yang meletakkan surat ugutan bunuh terhadap MP Serdang, YB Teo Nie Ching mungkin dapat dikenal pasti melalui rakaman cctv kedai bersebelahan pejabat MP itu. Selepas ini kita berharap suspek berjaya ditangkap polis dan mengetahui siapakah dalang TENTERA JIHAD itu!!

Saya petik:

[HD] KAJANG, 19 Jan: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, seorang kakitangan yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.

"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

[PANAS] DUN Pelabuhan Klang kosong. Satu lagi PRK!!

Label:

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang yang diwakili ADUN Badrul Hisham Abdullah kosong ekoran kegagalannya menghadiri persidangan DUN selama lebih setengah tahun.

Pada Oktober 2009, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang itu telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta. Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Berebut duit syiling di lebuh raya. Gila!!

Label:

Dulu ibu bapa kita pesan, "HARAM kita ambil duit orang lain walaupun satu sen." Kalau satu sen pun kita dilarang mengambilnya, apatah lagi berjuta-juta ringgit. Tak kisahlah dengan cara rasuah, rompak, curi dan bermacam-macam cara lagi yang haram.

Anda rasalah, yang ramai-ramai duk kutip duit syiling tu, agak-agaknya dia orang tolong kutip untuk serah kepada tuan punya duit tu ke atau buat balik?

Saya petik:

[KS] SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

"Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Dicekup khalwat: Nenek pun nak buat maksiat!!

Label:

Punah-ranah masyarakat Islam kita. Maksiat berleluasa. Bermula dari peringkat remaja hinggalah dewasa yang dah separuh abad usianya. Nak salahkan siapa? Salahnya ialah kita semua...Amar makruf nahi mungkar sudah pudar dalam diri setiap individu. Yang amar mungkar berlambak...Tapi masih ada lagi manusia yang berani mencegah kemungkaran...Tahniah!!

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 24 tahun di sebuah hotel murah di Shahab Perdana, Mergong, di sini, awal pagi semalam.

Wanita itu dicekup kira-kira jam 2 pagi dalam serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di hotel itu.
Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang cucu itu dikatakan menjalin hubungan dengan kekasihnya sejak sebulan lalu selepas tersilap mendail nombor telefon.

Ketua Operasi JAIK, Mohd Nasir Md Dali, berkata anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum ia dibuka seorang wanita yang berbaju tidur paras lutut.

Katanya, ketika pemeriksaan bilik itu dalam keadaan gelap dan hanya diterangi lampu televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki hanya berseluar jeans tanpa baju sedang tidur di atas katil.

“Pemeriksaan menemui seluar dalam, dipercayai milik wanita itu yang ditemui di atas katil bilik berkenaan.

“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram, menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Imam umno sibuk rai Najib hingga lupa imamkan solat Jenazah setiausaha umno cawangan Felda Tenang!!

Label:

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid pagi Selasa semalam)

Saya petik:

[HD] LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia hari ini apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi Selasa lepas.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa lepas. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tida

Lawatan kerja Nazri Aziz di Kelantan

Label:

Kunjung Hormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz ke pejabat YAB Menteri Besar Kelantan sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan pada 18 Januari 2011. Sebelah kiri ialah Dato Sri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Apakah yang dibincangkan oleh mereka berdua?

Sumber di sini.

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.

Sultan Beri Perkenan Sidang DUN Selangor 24 Januari Ini

Label:

Saya petik:

[MStar] SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. -BERNAMA

"Seks 30 minit": Awasi anak-anak anda!!

Label:

LOKASI premis yang berselindung di sebalik pusat kesihatan dipercayai menawarkan perkhidmatan seks di kalangan wanita tempatan di Jalan Penang.

Pantaulah anak-anak dara anda. Perhatikan gerak-geri mereka. Kita tidak mahu mereka terjebak dan terpedaya dengan sindiket di bawah ini.

Saya petik:

Sindiket pelacur tempatan di Jalan Penang, Lebuh Chulia

[BH] GEORGETOWN: Satu sindiket pelacuran beroperasi di sekitar Pulau Pinang dipercayai merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pekerja seks atau 'teman wanita sementara' kepada pelancong asing dan rakyat tempatan yang berkunjung ke negeri ini.

Kebanyakan gadis tempatan yang direkrut berusia 20-an dan mempunyai pekerjaan termasuk peniaga makanan, pekerja kilang, pengurus jualan langsung, kakitangan firma kewangan dan tidak ketinggalan kakitangan kerajaan. Mereka dibayar kira-kira RM110 bagi setiap 30 minit perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Bagi ejen yang berjaya membawa pelanggan akan dibayar RM80 iaitu RM50 ditanggung oleh pelanggan, manakala RM30 lagi dibayar oleh rumah urut.

Bila pula WHI TV3 nak buat segmen "Salahkah lelaki besarkan PEN *S"?

Label:

TV3 ni tak habis-habis dengan isu yang menimbulkan kemarahan masyarakat. Kalau nak tarik penonton pun buat la isu yang membina minda? Nak besarkan payu dara dibincangkannya. Janganlah seronok mengagung-agungkan budaya jahiliyah yang meyimpang daripada Islam. Adakah anda ingin menjadi seperti perempuan-perempuan jahiliyah yang suka dan bangga menunjuk-nunjukkan bentuk bodi kepada khalayak??

Saya petik:

Isu payu dara undang kritikan

[KS] KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Tragis: Mayat ditanam dalam keadaan duduk

Label:

Saya petik:

[HM] KOTA SAMARAHAN: Bimbang rahsia kegiatan jenayah mereka terbongkar, sekumpulan lelaki dipercayai ahli sindiket curi motosikal dan pecah rumah membelasah remaja berusia 15 tahun hingga mati sebelum menanam mayatnya dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di Kampung Pendam, Sadong Jaya.

Jenayah itu dikatakan dilakukan ahli sindiket terbabit bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan bahaya.

Mangsa dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, dari Kampung Iboi, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan duduk dalam lubang cetek di belakang rumah suspek kira-kira jam 8 pagi semalam.

Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun ketika menunggang motosikal milik remaja berkenaan di sekitar kawasan kampung berkenaan beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui.

Suspek yang juga penganggur membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam, di belakang rumahnya selepas disoal siasat polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika ke kedai membeli barang keperluan dapur dengan menunggang motosikal Modenas Kris milik abangnya.

Katanya, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari kelmarin dan polis yang menjalankan siasatan tidak menunggu lama untuk menyelesaikan kes itu apabila menahan seorang lelaki menunggang motosikal mangsa di sekitar Kampung Pendam.

Beliau berkata, suspek yang tinggal berseorangan dipercayai mengenali mangsa dan berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dibunuh kerana mengetahui kegiatan suspek bersama beberapa lelaki lain yang terbabit dalam aktiviti mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah menggunakan kayu sebelum mayatnya ditanam dalam keadaan duduk di dalam lubang sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di lokasi mayat ditemui mendapati mangsa berpakaian lengkap itu mempunyai kesan luka di kepala.

Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, polis menjejaki lima lagi suspek berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.

(Gambar sekadar hiasan)

Norman Hakim Nafi "Duduk Serumah" dengan Memey

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR:
Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.

“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.

Norman yang sebelum ini berdiam diri tampil membuat kenyataan selepas diajukan soalan berkenan walaupun pada mulanya dia enggan bercerita mengenai perkara itu.

Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey.

Kata Norman, dia tidak mahu perkara itu terus mengeruhkan lagi keadaan dan bertindak mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Bagaimanapun Norman berkata dia sudah lali dengan macam-macam ujian yang dihadapinya termasuklah tohmahan dan tuduhan daripada bekas isteri sendiri.

“Saya dah biasa dengan pengalaman macam ini. Malah sebelum ni pun saya dah lalui benda yang lebih berat,” katanya.

Ditanya benarkan dakwaan dia dan Memey sebenarnya tinggal serumah, Norman menafikan perkara itu,.

Jelas Norman, menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak mereka, Marissa Dania Hakim yang berusia enam tahun ke sekolah pada waktu pagi sementara anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim,8, pada waktu petang.

Selain dua anak itu, Norman turut mempunyai seorang lagi anak, Maria Danish Hakim yang berusia tiga tahun.

Katanya, ada;ah tidak salah untuk menikmati sarapan pagi dengan tunang tetapi apabila perkara sedemikian telah disalahtafsirkan, ia mampu menjadi isu yang besar.

Mengenai khabar angin mengatakan pendedahan Abby itu menyebabkan tawaran berlakon untuknya turut terjejas, Norman berkata perkara itu tiada kena mengenai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Saya masih dapat tawaran berlakon seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah pun. Saya tahu syarikat produksi semuanya profesional. Apa yang berkalku (pendedahan Abby) itu adalah kes yang berlainan,” ujarnya yang tidak mahu memikirkan perbuatan buruk yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

Si Gadis ini Akui Terima RM28,615 daripada Perdana Menteri Tapi Bukan untuk Seks!!

Label:

Saya petik:

[KS] ROM - Seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun, Karima El Mahroug mengaku Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi memberinya 7,000 euro (RM28,615) ketika dia menghadiri parti Hari Kekasih pada tahun lalu.

Menurutnya, dia menghadiri parti itu di sebuah vila milik Berlusconi tetapi menjelaskan mereka tidak melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, pendakwa raya di Milan melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa Berlusconi membayar gadis bawah umur itu untuk melakukan seks dan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kesalahan itu.

Remaja itu lebih dikenali sebagai Ruby berbanding nama asalnya merupakan penari di sebuah kelab malam.

Ketika sesi temu bual dengan stesen televisyen Sky TG24 kelmarin, Ruby mengaku bahawa dia menyamar sebagai wanita dewasa yang berumur 24 tahun ketika menghadiri parti itu.

Menjawab soalan kenapa Berlusconi memberinya wang itu, Ruby menjawab: "Saya baru sahaja sampai ke Milan pada ketika itu dan dia tahu kesusahan keluarga saya. Dia ingin membantu."

Menurut Ruby, Berlusconi tidak mengetahui bahawa ketika itu dia merupakan remaja bawah umur.

Pada Jumaat lalu, pendakwa raya menghantar notis saman untuk perdana menteri itu dan peguamnya hadir untuk disoal siasat berhubung isu tersebut. - AP

Tragis: Ibu suruh saya dirogol & dijual!!

Label:

SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.

Ibu lahanat & gila!!

Saya petik:

[HM] KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Beberapa Tokoh Veteran Umno akan serta PKR dalam masa terdekat ini!!

Label:

Kalau vateran umno pun dah meluat dengan umno, anak-anak muda tunggu apa lagi?

Saya petik:

[HD] TEMERLOH, 17 Jan: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman mengesahkan beberapa orang veteran Umno negeri ini akan menyertai parti tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, mereka ialah dua orang bekas Exco negeri ini, dua orang bekas ahli parlimen, beberapa orang bekas Adun dan seorang bekas tokoh penting di Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur.

“Saya mahu umumkan dua orang bekas Exco, dua orang bekas ahli parlimen, beberapa orang bekas Adun dan seorang yang berstatus pernah menjadi orang penting di Ibu Pejabat Umno datuk akan menyertai PKR.

“Perbincangan dengan mereka sedang berjalan rancak dan kita jangkakan penyertaan rasmi akan diumumkan semasa lawatan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang bulan depan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya wartawan sejurus selesai mesyuarat jawatankuasa MPN yang pertama sesi 2011 – 2013 di Rumah Rehat Temerloh sebentar tadi. Fauzi baru dilantik semula sebagai Pengerusi MPN bagi penggal kedua oleh PKR Pusat.

Sebelum ini, beberapa blog telah menyiarkan cerita beberapa veteran Umno dari negeri Pahang akan mengisytiharkan menyertai PKR kerana kecewa dengan perkembangan dalam Umno pada hari ini.

Bagaimanapun menurut sumber berkenaan, Umno Pahang sedang cuba memujuk tokoh-tokoh berkenaan supaya tidak meninggalkan parti itu.

Mengenai organisasi PKR Pahang, menurut Fauzi, mesyuarat telahpun melantik timbalan-timbalannya dan setiausaha perhubungan negeri.

“Mesyuarat tadi telah melantik setiausaha perhubungan iaitu Mohamad Musa bagi menggantikan Razali Alias yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. Sementara bagi timbalan-timbalan kita telah kemukakan beberapa nama kepada Pusat dan minta Pusat yang tentukan.

“Kita juga ucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang juga Ketua PKR Cabang berkenaan kerana diberi kepercayaan oleh Pusat untuk menjadi Pengerusi MPN Terengganu,” ujarnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan datang, Fauzi berkata mesyuarat tadi mendedahkan Pakatan Rakyat boleh mencapai kemenangan sehingga menguasai negeri ini kerana swing yang diperlukan hanya 5 peratus.

“Pakatan Pahang hanya perlukan swing sekitar 5 peratus tambahan daripada keputusan PRU 12 untuk memerintah. Jika Pakatan memperoleh lonjakan 5 peratus itu bermakna 19 kerusi dewan undangan negeri (Dun) BN yang dimenangi sekarang akan jatuh ke tangan Pakatan.

“Jadi dicampur dengan empat kerusi kerusi dimenangi pakatan sekarang dan satu kerusi bebas, Pakatan akan memiliki 24 kerusi daripada 43 kerusi Dun yang ada,” jelasnya.

Ular memang suka berbelit dan membelit. Kalau ular itu ularlah. Kalau manusia bersifat berbelit dan membelit serta pembelit susah juga.

Semalam Muhyiddin mengaku Malaysia sebagai sebuah Islam dan Malaysia diperakui juga sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton- gurunya. Tentu sedap bau tangan guru sebagai bekalan pulang dari Amerika.

Hari ini Muhyiddin mengaku pula Malaysia bukan negara Islam dengan kenyataan PAS masih menyimpan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya. Maksudnya pengakuan Muhyiddin berlawananlah dengan pengakuan di hadapan gurunya Hillary Clinton. Dengan pengundi Cina lain pula ceritanya. Kenyataannya hanya PAS yang bercita-cita menubuhkan negara Islam. Cuba lihat lidahnya ada tak semacam lidah ular?

Satu lagi biarlah MCA sahaja mengingatkan masyarakat Cina tentang negara Islam. Mereka itu 'kapiq' dah tentu tak sukakan negara Islam, patutlah bagi mereka. Kalau TPM pun ikut campur sama tak sukakannya, pelik dan kacau jadinya.

Apa-apa pun Cegu Mala, lawan tetap lawan....

-Dipetik dari www.ek-ele.co.cc
Links to this post
[VIDEO] Sidang Media Cikgu Mala
Sabtu, Januari 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
[VIDEO] MESTI TONTON: Perarakan Hari Penamaan Calon
Sabtu, Januari 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
Isteri hentak kepala suami dengan kuali hingga pengsan!!
Sabtu, Januari 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] AMPANG: Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.

Ini kerana pasangan berkenaan dalam proses bercerai selepas tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pemandu van pulang ke rumah untuk menjenguk anak dan memberi wang belanja kepada mereka.

Namun, sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah, isterinya terus menghentak kuali ke kepalanya sebelum mangsa yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pengsan.

Menurut sumber polis, mangsa bernasib baik kerana anak perempuannya yang berusia 16 tahun terus menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas melihat bapanya tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita yang juga isteri mangsa berusia 38 tahun sehari selepas kejadian sebelum dibebaskan dengan dijamin ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak berusia belasan tahun, namun mempunyai masalah rumah tangga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, suaminya sudah dua tahun tinggal berasingan dan menumpang di rumah ibu saudaranya di sebuah flat di Kuala Lumpur, namun dia sesekali pulang ke rumah untuk menjenguk anaknya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disukai isterinya yang dikatakan sudah mempunyai kekasih lain dan sebelum ini juga pernah memarahi suaminya yang melawat anak-anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

(Gambar hiasan)

Links to this post
Puluhan ribu penyokong PR banjiri Labis
Sabtu, Januari 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[HD] LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.
Links to this post
PAS akan potong tangan pencuri - Ghani Othman
Sabtu, Januari 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Jangan mengundi calon PAS, jika tidak "Parti Islam itu akan memotong tangan anda jika mencuri".

Amaran mengejutkan di atas bukannya daripada pemimpin MCA atau MIC tetapi dari mulut pemimpin Islam. Itulah wajah sebenar MB Johor negeri karat umno. Kerana ingin menarik sokongan pengundi Cina dan India di Tenang, Ghani Othman sanggup menghina hukum Islam. Apakah beliau tidak tahu hukum menghina hukum hudud?

Adakah pemimpin Islam sebegini mampu membela Islam? Bagi saya kefahaman Islam Ghani Othman sama sahaja dengan pelakon filem porno, Chua Soi Lek!!

Melalui portal berbahasa Inggeris, Malaysia Chronicle, beliau berkata seperti berikut,

Saya petik:

[MC] Johor Mentri Besar Ghani Othman has warned voters in Tenang not to vote for PAS, otherwise the Islamist party may “chop off your hands for stealing”.

“What will happen when PAS comes to power? PAS already came to the Felda areas, saying that they want to form an Islamic state. They say they want laws to chop off your hands for stealing. That is the content of their campaign with the Malays in Chemplak in Tenang,” Malaysiakini reported Ghani as saying.

Ghani’s astonishing and many say irresponsible comments come a day after MCA president Chua Soi Lek had derided PAS candidate Normala Sudirman and PKR president Wan Azizah for wearing gloves when they shook hands with the public.

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS," Chua had said.

Links to this post
Dato' Satim Diman miliki Ph.D palsu/beli?
Jumaat, Januari 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Jika benar si lelaki ini memiliki Ph.D tulen, sila tunjukkan tesis yang dihasilkan dan siapakah supervisor tesis itu. Rakyat Selangor ingin melihatnya...

Saya petik:

[SK] EXCO mendesak ketua pembangkang Selangor Dato’ Satim Diman agar menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Tuan Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

Beliau juga harus mengumumkan kepada rakyat apakah bentuk program pengajian yang diambil dan universiti yang menganugerahkan Ph.D tersebut.

Dr Yaakob Sapari yang juga EXCO Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Negeri Selangor beranggapan bahawa membeli Ph.D merupakan satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penyelidikan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Pusat menegur segelintir institusi pendidikan yang menawarkan kursus-kursus pengajian dengan berasaskan keuntungan tanpa melalui akreditasi dan piawaian negara.

Dr Yaakob Sapari meragui ijazah sarjana doktor falsafah Dato’ Satim Diman yang juga Ketua Pembangkang Negeri Selangor. Beliau menggesa agar Dato’ Satim mengisytiharkan taraf pendidikan beliau bermula daripada ijazah pertama, sarjana sehingga doktor falsafah. Dato’ Satim Diman telah menggunaan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk diedarkan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar DUN Sri Serdang. -SuaraKeadilan
Links to this post
Semua kenderaan WAJIB pasang "air bag" tahun depan!! Anda setuju?
Jumaat, Januari 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Ini satu lagi langkah yang akan mengundang kemarahan rakyat!! Walaupun cadangan tersebut baik, namun kita akan tertanya-tanya, berapakah kos yang akan ditanggung pemilik kenderaan? Adakah semua jenis stereng, dashboard dan sebagainya sesuai untuk dipasang airbag? Apa komen anda!

Saya petik:

[BERNAMA] RANTAU PANJANG, 21 Jan. - Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Links to this post
Pemilik OTAK yang masih elok dalam liang lahad akhirnya terjawab!!
Jumaat, Januari 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Subhanallah!! Itulah tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya. Sesungguhnya orang yang mulia dalam kalangan manusia ialah orang yang bertakwa kepada-Nya. Jadikan pengajaran!!

Saya petik:

Otak milik pendakwah

[SH] SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Selepas lebih seminggu menjalankan siasatan dan kajian sebaik kejadian aneh itu didedahkan pada 13 Januari lalu, otak yang ditemui timbul di permukaan air itu dipercayai milik seorang pendakwah dari Indonesia yang dikenali sebagai Tok Haji Hassan Acheh.

Beliau datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1870an untuk berdakwah dan tinggal berdekatan Mas­jid Permatang Tok Labu yang dahulunya adalah sebatang anak sungai yang menjadi laluan utama ketika itu.

Othman Hassan (gambar), 67, yang mengaku piut Allahyarham berkata, selepas bermastautin di sini kira-kira lima tahun, Tok Haji Hassan Acheh berpakat dengan seorang ulama tempatan, Tok Labu untuk membina masjid berdekatan anak sungai itu sebagai kemudahan pengguna berhenti rehat dan bersolat.

“Masjid berkenaan dibina daripada kayu hutan dan menjadi tumpuan pedagang sebelum diubah suai penduduk selepas beberapa tahun kemudian,” katanya.

Othman berkata, Tok Labu diangkat menjadi imam masjid manakala Tok Haji Hassan Acheh membantunya.

“Selepas kematian Tok Labu, beliau dilantik menjadi imam. Penduduk pernah mengesyorkan nama beliau diabadikan pada masjid itu tetapi Tok Haji hassan Acheh menolak," katanya.
Othman berkata, Tok Haji Hassan Acheh juga dikenali sebagai seorang yang rajin membaca al-Quran di samping mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

“Beliau berkahwin dengan penduduk tempatan dan mempunyai tiga anak. Sebelum meninggal dunia sekitar tahun 1940-an beliau dikatakan berwasiat agar dikebumikan bersebelahan masjid kerana ingin ‘melihat’ masjid itu terus diimarahkan sepanjang masa.
Othman berkata, beliau meminta maaf jika terdapat kesilapan dari segi fakta kerana beliau hanya menceritakan apa yang didengarinya daripada waris yang terdahulu.

Links to this post
Betul ke lawatan Ro$mah ke luar negara memberi faedah kepada semua rakyat? Apa feadahnya? Adakah berfaedah kepada hanya dua tiga kerat orang? Berapakah kos lawatan beliau & konco-konconya kali ini? Yang menyewa hotel RM100 ribu semalaman tu apa cerita? Komen sikit...

Saya petik:

Lawatan ke luar negara kerana terima jemputan

[BH] MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.
Isteri Perdana Menteri berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita negara terbabit.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman, kelmarin, Rosmah berkata beliau membuat lawatan apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama pada majlis tertentu.

“Biarlah apa mereka nak kata, lawatan ini sangat berfaedah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau faham politik,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

“Saya berada di sini bukan mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan beliau dan anggota rombongannya diterima baik pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said.

Dalam lawatan itu, Rosmah diiringi beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: “Biarkan saja jika mereka merungut. Saya hanya lakukan tugasan sebagai isteri pemimpin.”

“Ia tanggungjawab saya membantu setakat termampu, terutama berhubung usaha memperkasakan wanita dan isu kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA
Links to this post
Polis pun berjudi!! Buktinya di sini...
Jumaat, Januari 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Alahai polis...

Saya petik:

4 anggota polis antara 9 ditahan berjudi

[KS] KUCHING - Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini hari ini.

Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain judi jenis `holo’ ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau, awal pagi tadi.

Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas. - Bernama

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
CEO buang isteri bagai sampah!!
Jumaat, Januari 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Wahai si gadis muda semua, jadikan pengajaran!!

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.

Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.

Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.

Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

“Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.

“Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.

“Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga,” katanya. Beliau berkata, ibu muda itu sanggup datang berjumpanya di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan.

“Si suami berani bertindak demikian kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini.

“Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah.

“Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik,” katanya. Zaidi berkata, firmanya sudah menghantar surat kepada suami wanita terbabit untuk perbincangan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

“Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, baru-baru ini kami memfailkan permohonan cerai taklik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami tunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan,” katanya.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
[VIDEO] Penjelasan Speaker DUN Selangor isu DUN Pelabuhan Klang
Khamis, Januari 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
Bapa bernafsu syaitan!!
Khamis, Januari 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai peranginan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah mengadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang ‘bernafsu syaitan’, akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.
Links to this post
Satu lagi p/raya kecil di negeri karat umno!!
Khamis, Januari 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.

Links to this post
Pasangan lari lintang pukang diserbu khalwat
Khamis, Januari 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KS] BESUT - Dua lelaki lari lintang-pukang meninggalkan kekasih masing-masing apabila rumah yang mereka jadikan sarang maksiat dan penagihan dadah di Kampung Lak Lok di sini diserbu sepasukan penguat kuasa dari Pejabat Agama Daerah Besut kelmarin.

Ketika serbuan pada pukul 2.40 petang itu, seorang daripada lelaki berusia 24 tahun itu memanjat siling rumah untuk bersembunyi manakala rakannya yang berusia 29 tahun pula naik ke atas bumbung rumah tersebut.

Bagaimanapun, usaha kedua-dua lelaki itu untuk bersembunyi memakan diri apabila seorang suspek yang bersembunyi di atas bumbung terjatuh selepas atap yang dipijaknya pecah.

Selain suspek yang terjatuh itu dicekup, penguat kuasa dari pejabat agama itu turut menahan suspek yang bersembunyi di atas siling rumah dan dua gadis yang masing-masing berusia 17 tahun.

Links to this post
Najib, berdebatlah sehingga Anwar DEMAM!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Surat tawaran debat terbuka kepada PM Najib

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 19 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jangan terus menikus kerana rakyat benar-benar ingin melihat beliau mengakibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim demam kerana berdebat dengannya.

"Berdebatlah. Cakap besar dari jauh apa gunanya.

"Kalau betul Najib ada semua maklumat mengenai Anwar dan kalau dia dedahkan, Anwar akan demam, tunggu apa lagi?

"Janganlah menikus tak habis-habis. Sambutlah cabaran Anwar untuk berdebat dan dedahkan semua maklumat itu. Rakyat pun nak tahu juga," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sebelum itu, ketika berucap kepada para peneroka di Felda Chemplak, Tenang, Najib berkata: "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam".

Mahfuz juga membidas Najib yang menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya sedangkan beliau sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadinya.

"Tak usahlah menyuruh Anwar menyelesaikan masalah peribadinya kalau diri sendiri tak henti-henti melarikan diri dari masalah peribadi ekoran pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Penyiasat diculik, muka yang didakwa sebagai pembunuh sentiasa ditutup dan hari ini tak tahu di mana mereka berada, akhbar-akhbar antarabangsa tuduh terang-terangan Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya tetapi dia tak berani ambil tindakan walaupun dicabar oleh Tengku Razaleigh tetapi terus bersifat bacul melarikan diri dari masalah peribadi," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengingatkan Najib supaya jangan cuba melarikan diri dari membahaskan masalah ekonomi negara dengan bercakap besar kononnya dia boleh mengakibatkan Anwar demam kalau dia mendedahkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu.

Beliau mengingatkan Najib bahawa debat di antara beliau dan Anwar bukan isu peribadi tetapi debat tersebut adalah untuk rakyat dan berpaksi kepada isu-isu negara.

Anwar, kata Mahfuz, mengajak Najib berdebat dalam hal dan isu pengurusan negara selepas Najib menghentam program 100 hari Pakatan Rakyat (PR).

"Sebagai Perdana Menteri, Najib harus berani mempertahankan dasar-dasar dan tatacara pentadbirannya di khalayak umum ketika Anwar sendiri bersedia mempertahankan program 100 hari PR yang diburuk-burukkan oleh Najib," katanya.

Mahfuz mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidak tahu membezakan hal ehwal negara dengan isu peribadi?

"Kalau isu peribadi, orang tidak berdebat, malah boleh bersembang kedai kopi sahaja. Susahlah negara kalau Perdana Menteri mempunyai gaya pemikiran yang setahap pemikiran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk) Ahmad Maslan," katanya.

Links to this post
ADUN Pelabuhan Klang Tak Mengaku Ponteng Sidang DUN!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[MStar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menegaskan beliau masih wakil rakyat yang sah kawasan tersebut mengikut undang-undang.

Beliau juga menolak pengumuman yang dibuat Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi yang dimenanginya itu pada pilihan raya umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegasnya, kenyataan Teng bahawa beliau tidak hadir sidang DUN Selangor selama lebih setengah tahun adalah tidak benar.

"Saya masih ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang yang sah.

"Tak benar kalau beliau kata saya tidak hadir sidang DUN selama enam bulan...tak benar sama sekali," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Speaker Selangor berhubung kekosongan kerusi berkenaan petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

Ditanya sama ada beliau pernah tidak hadir pada mana-mana sidang DUN sebelum ini, beliau berkata: "Waktu saya masih ADUN Bebas saya ada hadir dan waktu saya sudah menyertai Umno juga saya hadir.

"Cuma saya pernah menghantar surat cuti kepada speaker sewaktu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 16 November atas masalah kesihatan, katanya.

Diminta mengulas mengenai tindakannya selepas ini sama ada mahu mencabar keputusan Speaker Selangor, Badrul Hisham berkata beliau akan berbincang mengenainya dengan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor untuk tindakan lanjut.

Badrul Hisham meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra Barisan Nasional (BN) tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Beliau memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi menewaskan calon BN Roselinda Abd Jamil.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding Roselinda yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.
Links to this post
Lelaki ini lawan Mala di Tenang!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[MStar] LABIS: Barisan Nasional (BN) sebentar tadi mengumumkan Penolong Pegawai Daerah Rengit, Azhar Ibrahim sebagai calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang akan diadakan pada 30 Januari ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini pada Khamis.

Azhar merupakan ahli biasa di Umno Bahagian Labis.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi DUN itu ditetapkan pada 22 Januari dan hari pengundian pada 30 Januari ini.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Links to this post
[PANAS] Suspek letak surat ugutan bunuh YB Teo dikenal pasti!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Difahamkan suspek yang meletakkan surat ugutan bunuh terhadap MP Serdang, YB Teo Nie Ching mungkin dapat dikenal pasti melalui rakaman cctv kedai bersebelahan pejabat MP itu. Selepas ini kita berharap suspek berjaya ditangkap polis dan mengetahui siapakah dalang TENTERA JIHAD itu!!

Saya petik:

[HD] KAJANG, 19 Jan: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, seorang kakitangan yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.

"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

Links to this post
[PANAS] DUN Pelabuhan Klang kosong. Satu lagi PRK!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan DUN Pelabuhan Klang yang diwakili ADUN Badrul Hisham Abdullah kosong ekoran kegagalannya menghadiri persidangan DUN selama lebih setengah tahun.

Pada Oktober 2009, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Pelabuhan Klang itu telah mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa serta-merta. Pada satu sidang akhbar di sebuah hotel, Badrul Hisham, 49, berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Links to this post
Berebut duit syiling di lebuh raya. Gila!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Dulu ibu bapa kita pesan, "HARAM kita ambil duit orang lain walaupun satu sen." Kalau satu sen pun kita dilarang mengambilnya, apatah lagi berjuta-juta ringgit. Tak kisahlah dengan cara rasuah, rompak, curi dan bermacam-macam cara lagi yang haram.

Anda rasalah, yang ramai-ramai duk kutip duit syiling tu, agak-agaknya dia orang tolong kutip untuk serah kepada tuan punya duit tu ke atau buat balik?

Saya petik:

[KS] SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

"Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Links to this post
Dicekup khalwat: Nenek pun nak buat maksiat!!
Rabu, Januari 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Punah-ranah masyarakat Islam kita. Maksiat berleluasa. Bermula dari peringkat remaja hinggalah dewasa yang dah separuh abad usianya. Nak salahkan siapa? Salahnya ialah kita semua...Amar makruf nahi mungkar sudah pudar dalam diri setiap individu. Yang amar mungkar berlambak...Tapi masih ada lagi manusia yang berani mencegah kemungkaran...Tahniah!!

Saya petik:

[BH] ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 51 tahun dicekup berkhalwat dengan pasangannya berusia 24 tahun di sebuah hotel murah di Shahab Perdana, Mergong, di sini, awal pagi semalam.

Wanita itu dicekup kira-kira jam 2 pagi dalam serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang membuat pemeriksaan di hotel itu.
Difahamkan, wanita yang mempunyai seorang cucu itu dikatakan menjalin hubungan dengan kekasihnya sejak sebulan lalu selepas tersilap mendail nombor telefon.

Ketua Operasi JAIK, Mohd Nasir Md Dali, berkata anggotanya yang membuat pemeriksaan di hotel murah itu mengetuk pintu sebuah bilik dan memberi salam beberapa kali sebelum ia dibuka seorang wanita yang berbaju tidur paras lutut.

Katanya, ketika pemeriksaan bilik itu dalam keadaan gelap dan hanya diterangi lampu televisyen tetapi selepas lampu dibuka, anggota penguat kuasa mendapati seorang lelaki hanya berseluar jeans tanpa baju sedang tidur di atas katil.

“Pemeriksaan menemui seluar dalam, dipercayai milik wanita itu yang ditemui di atas katil bilik berkenaan.

“Apabila disoal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau mahram, menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya.
Links to this post

(Gambar: Cikgu Normala Sudirman mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham ketika menziarahi jenazah Setiausaha Umno cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi, di masjid pagi Selasa semalam)

Saya petik:

[HD] LABIS, 19 Jan: Para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia hari ini apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan
Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau kerana risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ,"kata seorang saksi kejadian itu pagi Selasa lepas.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pagawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa lepas. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tida
Links to this post
Lawatan kerja Nazri Aziz di Kelantan
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Kunjung Hormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz ke pejabat YAB Menteri Besar Kelantan sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan pada 18 Januari 2011. Sebelah kiri ialah Dato Sri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Apakah yang dibincangkan oleh mereka berdua?

Sumber di sini.
Links to this post
Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 18 Jan: Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.

"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.

Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini.
Links to this post
Sultan Beri Perkenan Sidang DUN Selangor 24 Januari Ini
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MStar] SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. -BERNAMA

Links to this post
"Seks 30 minit": Awasi anak-anak anda!!
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai
LOKASI premis yang berselindung di sebalik pusat kesihatan dipercayai menawarkan perkhidmatan seks di kalangan wanita tempatan di Jalan Penang.

Pantaulah anak-anak dara anda. Perhatikan gerak-geri mereka. Kita tidak mahu mereka terjebak dan terpedaya dengan sindiket di bawah ini.

Saya petik:

Sindiket pelacur tempatan di Jalan Penang, Lebuh Chulia

[BH] GEORGETOWN: Satu sindiket pelacuran beroperasi di sekitar Pulau Pinang dipercayai merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pekerja seks atau 'teman wanita sementara' kepada pelancong asing dan rakyat tempatan yang berkunjung ke negeri ini.

Kebanyakan gadis tempatan yang direkrut berusia 20-an dan mempunyai pekerjaan termasuk peniaga makanan, pekerja kilang, pengurus jualan langsung, kakitangan firma kewangan dan tidak ketinggalan kakitangan kerajaan. Mereka dibayar kira-kira RM110 bagi setiap 30 minit perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Bagi ejen yang berjaya membawa pelanggan akan dibayar RM80 iaitu RM50 ditanggung oleh pelanggan, manakala RM30 lagi dibayar oleh rumah urut.

Links to this post
Bila pula WHI TV3 nak buat segmen "Salahkah lelaki besarkan PEN *S"?
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

TV3 ni tak habis-habis dengan isu yang menimbulkan kemarahan masyarakat. Kalau nak tarik penonton pun buat la isu yang membina minda? Nak besarkan payu dara dibincangkannya. Janganlah seronok mengagung-agungkan budaya jahiliyah yang meyimpang daripada Islam. Adakah anda ingin menjadi seperti perempuan-perempuan jahiliyah yang suka dan bangga menunjuk-nunjukkan bentuk bodi kepada khalayak??

Saya petik:

Isu payu dara undang kritikan

[KS] KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini.

Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan.

Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka.

Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam.

Links to this post
Tragis: Mayat ditanam dalam keadaan duduk
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] KOTA SAMARAHAN: Bimbang rahsia kegiatan jenayah mereka terbongkar, sekumpulan lelaki dipercayai ahli sindiket curi motosikal dan pecah rumah membelasah remaja berusia 15 tahun hingga mati sebelum menanam mayatnya dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di Kampung Pendam, Sadong Jaya.

Jenayah itu dikatakan dilakukan ahli sindiket terbabit bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan bahaya.

Mangsa dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, dari Kampung Iboi, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan duduk dalam lubang cetek di belakang rumah suspek kira-kira jam 8 pagi semalam.

Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun ketika menunggang motosikal milik remaja berkenaan di sekitar kawasan kampung berkenaan beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui.

Suspek yang juga penganggur membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam, di belakang rumahnya selepas disoal siasat polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika ke kedai membeli barang keperluan dapur dengan menunggang motosikal Modenas Kris milik abangnya.

Katanya, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari kelmarin dan polis yang menjalankan siasatan tidak menunggu lama untuk menyelesaikan kes itu apabila menahan seorang lelaki menunggang motosikal mangsa di sekitar Kampung Pendam.

Beliau berkata, suspek yang tinggal berseorangan dipercayai mengenali mangsa dan berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dibunuh kerana mengetahui kegiatan suspek bersama beberapa lelaki lain yang terbabit dalam aktiviti mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah menggunakan kayu sebelum mayatnya ditanam dalam keadaan duduk di dalam lubang sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di lokasi mayat ditemui mendapati mangsa berpakaian lengkap itu mempunyai kesan luka di kepala.

Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, polis menjejaki lima lagi suspek berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
Norman Hakim Nafi "Duduk Serumah" dengan Memey
Selasa, Januari 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR:
Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.

“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.

Norman yang sebelum ini berdiam diri tampil membuat kenyataan selepas diajukan soalan berkenan walaupun pada mulanya dia enggan bercerita mengenai perkara itu.

Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey.

Kata Norman, dia tidak mahu perkara itu terus mengeruhkan lagi keadaan dan bertindak mengambil pendekatan untuk berdiam diri.

Bagaimanapun Norman berkata dia sudah lali dengan macam-macam ujian yang dihadapinya termasuklah tohmahan dan tuduhan daripada bekas isteri sendiri.

“Saya dah biasa dengan pengalaman macam ini. Malah sebelum ni pun saya dah lalui benda yang lebih berat,” katanya.

Ditanya benarkan dakwaan dia dan Memey sebenarnya tinggal serumah, Norman menafikan perkara itu,.

Jelas Norman, menjadi rutin hariannya untuk menghantar anak mereka, Marissa Dania Hakim yang berusia enam tahun ke sekolah pada waktu pagi sementara anak sulung mereka Mohamed Danish Hakim,8, pada waktu petang.

Selain dua anak itu, Norman turut mempunyai seorang lagi anak, Maria Danish Hakim yang berusia tiga tahun.

Katanya, ada;ah tidak salah untuk menikmati sarapan pagi dengan tunang tetapi apabila perkara sedemikian telah disalahtafsirkan, ia mampu menjadi isu yang besar.

Mengenai khabar angin mengatakan pendedahan Abby itu menyebabkan tawaran berlakon untuknya turut terjejas, Norman berkata perkara itu tiada kena mengenai dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Saya masih dapat tawaran berlakon seperti biasa. Tak ada apa-apa masalah pun. Saya tahu syarikat produksi semuanya profesional. Apa yang berkalku (pendedahan Abby) itu adalah kes yang berlainan,” ujarnya yang tidak mahu memikirkan perbuatan buruk yang dilakukan oleh bekas isterinya itu.

Links to this post
Saya petik:

[KS] ROM - Seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun, Karima El Mahroug mengaku Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi memberinya 7,000 euro (RM28,615) ketika dia menghadiri parti Hari Kekasih pada tahun lalu.

Menurutnya, dia menghadiri parti itu di sebuah vila milik Berlusconi tetapi menjelaskan mereka tidak melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, pendakwa raya di Milan melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa Berlusconi membayar gadis bawah umur itu untuk melakukan seks dan menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kesalahan itu.

Remaja itu lebih dikenali sebagai Ruby berbanding nama asalnya merupakan penari di sebuah kelab malam.

Ketika sesi temu bual dengan stesen televisyen Sky TG24 kelmarin, Ruby mengaku bahawa dia menyamar sebagai wanita dewasa yang berumur 24 tahun ketika menghadiri parti itu.

Menjawab soalan kenapa Berlusconi memberinya wang itu, Ruby menjawab: "Saya baru sahaja sampai ke Milan pada ketika itu dan dia tahu kesusahan keluarga saya. Dia ingin membantu."

Menurut Ruby, Berlusconi tidak mengetahui bahawa ketika itu dia merupakan remaja bawah umur.

Pada Jumaat lalu, pendakwa raya menghantar notis saman untuk perdana menteri itu dan peguamnya hadir untuk disoal siasat berhubung isu tersebut. - AP

Links to this post
Tragis: Ibu suruh saya dirogol & dijual!!
Isnin, Januari 17, 2011 | Author: Tuk Kiyai