Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Senarai 5 Calon Kerusi Parlimen di Perak yang Diumum Anwar

GERIK - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta diberi tempoh 24 jam untuk berbincang dengan penyokongnya di Permatang Pauh sebelum memutuskan kerusi yang akan ditandingi di Perak.

Dalam ucapannya sempena kunjungan ke Program Jelajah Merdeka Rakyat, Gerik, lewat malam tadi, beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak.

"Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar) dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA).

"Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau yang dijadualkan membuat pengumuman senarai penuh calon parti itu di negeri ini, bagaimanapun hanya mengumumkan lima calon kerusi Parlimen.

Beliau yang tiba tepat jam 11.20 malam mengumumkan calon bagi kerusi Bagan Serai, Gopeng, Pasir Salak, Padang Rengas dan Lumut.

- Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Isharra Ishak (Ketua AMK negeri)

- Bagan Serai: Dr Muhamad Nur Manuty (Pengerusi PKR negeri)

- Lumut: Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

- Gopeng: Dr Lee Boon Chye (Timbalan Pengerusi PKR negeri)

- Pasir Salak: Mustafa Kamil Ayub (Pengarah Biro Latihan PKR pusat)

Anwar yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding di Lumut berkata, pemilihan Imran bertanding di Lumut adalah tepat atas latar belakangnya dalam TLDM sejak tahun 90-an. -sinarharian

Hisap Rokok Tidak Boleh Jadi Calon PAS Di Kelantan - Nik Aziz

PETALING JAYA: Setiap calon PAS yang bertanding sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mesti bebas rokok.

Ini ditegaskan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.

"Kalau hisap rokok, tak boleh jadi calon," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Nik Abdul Aziz sebelum ini dilapor pernah menegur sesetengah pemimpin dan penyokong PAS di Kelantan yang merokok di khalayak ramai dan pernah melarang tabiat itu.

Mesyuarat itu berlangsung sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi jaminan pihaknya tidak akan menimbulkan kekacauan pada PRU-13.

"Di pihak DAP dan rakan-rakan yang lain, kita jamin penyokong dan anggota kita akan berkempen secara aman, berdisiplin dan mengikut undang-undang serta tidak akan membuat kekecohan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut disertai Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan pemimpin lain pakatan pembangkang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak hadir kerana mempunyai urusan lain. - BERNAMA

PRU-13: Jui Meng Muncul Semula...

PETALING JAYA: Selepas lebih dua minggu Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri daripada aktiviti politik, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil bagi menjelaskan mengenai 'misteri kehilangannya'.

Beliau dijadualkan akan mengadakan sidang media pada Jumaat mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Johor serta kedudukannya sebagai Pengersui MPN negeri itu.

Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, Chua mengesahkan akan mengetuai sidang media berkenaan bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan sehingga beliau menemui media pada Jumaat.

"Saya tak mahu jawab apa-apa sekarang, tunggu esok (Jumaat)," katanya ringkas.

Adalah difahamkan Chua akan kembali menerajui PKR negeri selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya 'memujuk' bekas naib presiden MCA itu dengan dijanjikan kerusi untuk beliau bertanding.

Pada Rabu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan parti itu sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk ditandingi Chua.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (Khamis) bagi memuktamadkan senarai agihan kerusi serta menyelesaikan isu pertindihan kerusi antara komponen mereka iaitu PKR, PAS dan DAP.

Chua dilaporkan 'menghilangkan' diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pada 18 Mac lalu akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dilobinya (Chua) sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat turut berharap untuk bertanding semula di kerusi yang pernah disandangnya itu atau kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum Lim mengumumkan hasratnya, ketegangan antara pakatan pembangkang lebih awal berlaku antara Chua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou apabila kedua-duanya bertelagah merebut kerusi Gelang Patah untuk parti masing-masing.

Selepas 'kehilangan' Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi.
-mStar

Apa gunanya Anwar lari ke Perak?

Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.

Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.

Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.

Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.

Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.

Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.

Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu.

Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.

Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.

Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.

Jaringan pangkalan kuasa

Kepimpinannya ini bukan sahaja untuk mengejutkan Umno atau BN tetapi juga membariskan kembali parti tersebut setanding dengan sekutu-sekutunya, DAP dan PKR, khususnya di Perak.

Selain pembakar semangat jentera parti, dengan kehadiran fizikal Anwar di negeri itu, PKR akan dipayungi satu tokoh besar Melayu yang berupaya mengimbangi DAP dan sekali gus "mencuri" undi penyokong-penyokong tradisi Umno.

Dalam konteks feudalisme pengundi Melayu, ketokohan dan karisma Anwar diharap-harapkan meluaskan jaringan pengaruh parti baru itu dengan lebih pantas.

Apatah lagi PKR, dan Anwar juga, bermain politik bukan dalam konteks organisasi massa berstruktur ketat seumpama PAS atau Umno.

Tidak jauh bezanya dengan hubungan DAP dan pengundi Cina di kota-kota, PKR sejak awal penubuhannya banyak bermain atas sokongan popular sentimen awam dalam isu panas di media bersama karisma pemimpin-pemimpinnya.

Dalam bahasa mudah, pangkalan sokongan PKR jauh lebih besar daripada jumlah keahliannya dan struktur rasmi parti.

Mereka ini "orang PKR" tetapi bukan ahli parti dan mereka berada di mana-mana sahaja bersandarkan kehangatan isu, publisiti media dan populariti pemimpinnya.

Mereka tidak perlukan struktur atau indoktrinasi parti tetapi sedia bersama parti selagi sandaran-sandarannya itu sentiasa hangat dan menggelegak.

Salah satu ukuran pangkalan kuasa ini dapat dinilai daripada jumlah undi yang diperolehi berbanding ahli rasmi dan jentera parti.

Berada terus-menerus dalam liputan media, seperti yang dilalui Anwar, akan menghidupkan jaringan pangkalan kuasa ini.

3 masalah Pakatan

Namun atas sifatnya yang bebas dan longgar, pangkalan ini perlu tokoh besar sebagai pembangkit cas elektrostatik.

Dalam situasi seumpama ini, kehadiran Anwar diharap-harapkan akan dapat menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga kerajaan Pakatan tumbang pada awal 2009.

Insiden ini, dan siri lompat parti kemudiannya, cukup memalukan Anwar di depan mata awam serta Pakatan sehingga tertonjol PKR "tidak serius" menyongsong idealisme perjuangannya.

Pendek kata Anwar berharap beliau dapat meraih beberapa manfaat besar di Perak dengan mengambil risiko baru berbanding terus berlubuk di kerusi tradisinya sejak 1982.

Risiko inilah yang sedang ditimbang-timbangkan Anwar dan PKR. Sehingga pagi ini, parti tersebut belum sedia mengesahkan kerusinya seperti juga kedudukan Wan Azizah Wan Ismail yang kekal tanda tanya di Selangor.

Berbanding gelombang anti-BN pada 2008, pilihan raya umum kali ini hadir bersama risiko lain.

Tiga daripadanya -- kontroversi peribadi Anwar, prestasi negeri-negeri Pakatan dan dominasi "Cina" dalam kerjasama itu bersama isu-isu kaum dan agama yang membelah Melayu di satu sisi serta bukan Melayu di sisi lain.

Pengundi Pakatan lima tahun lalu, khususnya yang tidak tegar, tentu mengambil kira tiga faktor ini dalam pertimbangan undi mereka.

Sama ada ia wajar atau tidak, diselewengkan atau sebaliknya, pemaparan buruk tiga isu ini di media-media arus perdana tentu berbekas di fikiran pengundi, khususnya Melayu, sasaran yang ingin dibujuk Anwar dalam pakej perpindahannya ke Perak.

Namun, Pulau Pinang sendiri bukanlah negeri yang sudah selesai. Ia datang bersama sejumlah tanggapan dan masalahnya sendiri -- satu tarikan lain yang menyukarkan Anwar menerpa ke Perak semudah Lim terjun ke Johor. -malaysiakini

Fitnah liwat sedarkan rakyat konspirasi Pejabat PM – Anwar

KUALA LUMPUR 3 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah liwat yang dilempar kepadanya menyedarkan rakyat mengenai penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam kes berkenaan.

“Ketua Pendakwa (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) kes Fitnah II, kini
bersama saya, (maknanya) seluruh tuduhan tak berasas.

“Malah, sekarang bapa (Azlan Mohd Lazim) kononnya mangsa liwat (Saiful
Bukhari Azlan) secara terbuka memohon maaf kepada saya dan keluarga.

“Ini penting. Ia memberi isyarat jelas kepada rakyat betapa pejabat Perdana Menteri terlibat dalam dalam hal itu,” katanya kepada stesen TV antarabangsa, Al-Jazeera, petang ini.

Wawancara empat minit secara langsung bermula jam 6.10 petang itu bersempena pembubaran Parlimen hari ini.

Beliau menjawab demikian mengenai kemungkinan kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Menyatakan kedua-dua kes fitnah itu dimenanginya di mahkamah, Anwar berkata, perbuatan itu direka orang seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang berasa tergugat atau takut, lalu cuba membuat konspirasi.

Beliau sekaligus menolak tanggapan kononnya kes fitnah liwat itu menjejaskan peluang Pakatan, malah percaya ia sebaliknya.

Azlan menyertai KEADILAN 11 Mac lalu dan mendedahkan kes Fitnah II didalangi pegawai khas kepada Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh.

Yusof pula menyertai pasukan peguam Pakatan Rakyat selepas kes Fitnah II berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Anwar.

Untuk tonton wawancara penuh, KLIK INI.
(FZL)

-keadilandaily

Anwar sah akan tanding di Perak

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dijadual berlangsung waktu terdekat susulan pembubaran Parlimen hari ini.

Menurutnya, pemilihan Perak adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat di negeri tersebut.

"Saya mengisytiharkan saya bertanding di Perak. Saya mahu melonjakkan semangat rakyat di sana," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.

Anwar berkata, beliau juga akan mengadakan pertemuan sehari esok bagi mengelakkan salah faham di kalangan penyokongnya di Permatang Pauh.

Sambil menekankan Pulau Pinang adalah kubu kuat Pakatan Rakyat, Anwar berkata, beliau yakin dengan sokongan rakyat yang diberikan sejak dahulu akan diteruskan.

Dua minggu lalu, Anwar berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding sama ada di Perak ataupun Selangor.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau akan memulakan 'pembujukan' ke atas rakyat di kawasan Parlimen yang memberi kemenangan kepadanya sepanjang tiga dekad lalu untuk 'pergi' ke Perak.

Beliau juga menyatakan keyakinan terhadap penerimaan rakyat dengan alasan yang diberikan dan percaya akan terus diberi sokongan walaupun akan bertanding di tempat lain.

"Saya akan pujuk mereka, saya percaya mereka akan faham dan melepaskan saya," katanya lagi.

Anwar yang tidak bertanding pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, kembali menjadi wakil rakyat kawasan itu menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008. Beliau mengekalkan kerusi itu sehingga 1999. -sinarharian

SAH...Parlimen Malaysia Dibubarkan Hari ini

Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia melalui televisyen telah memaklumkan bahawa YDP Agong telah perkenan bagi pembubaran Parlimen. Tahniah PM!
Akhirnya penantian rakyat terjawab....
Kita tunggu bilakah pula tarikh pengundian...
 petikan dari akhbar utusex

[VIDEO] Balaci Melayu Umno 'Mabuk" Buat Kecoh ketika Anwar Berucap

P/s: Betullah orang kata UMNO itu bermaksud United Malay No Otak!! Kalau perangai orang umno macam ni, confirm rakyat makin meluat dengan BN....

‘Tak tahu bagaimana adegan panas boleh tersebar’

Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini,” kata pengarah, Kabir Bhatia mengenai satu adegan panas dalam filem barunya, Sembunyi: Amukan Azazil.
Menurutnya, adegan panas membabitkan pelakon Remy Ishak bersama Diana Danielle sebagai pelakon utama melakonkan aksi ranjang di atas katil sudah dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia dimuat naik dalam laman YouTube sejak 30 Mac lalu.

“Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai ‘trailer’ adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kabir berkata, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat filem tempatan lain yang menyelit adegan seperti itu diluluskan untuk tayangan.

“Apa yang ingin saya gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya, menyampaikan cerita dalam konsep artistik,” katanya.

Dalam ‘trailer’ filem ini mengambil durasi selama seminit turut dinyatakan ia adegan dipotong. Namun, apa yang menjadi persoalan adegan panas itu tetap dimuat naik dan dipertontonkan pada khalayak.
Sebagai produser dan pengarah, Kabir tidak menjangka sama ada filem baru ini yang ditayangkan sejak 28 Mac itu mendapat sambutan baik penonton atau sebaliknya.

Filem genre seram ini turut dijayakan Umie Aida, Sharnaaz Ahmad dan Emelda Rosmila sebelum ini ditangguhkan tayangan sepatutnya pada Oktober tahun lalu atas faktor strategi perniagaan. -hmetro

Pelajar 16 tahun tipu ibu dicekup khalwat

LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.
-sinarharian

Ada penglibatan politik ‘luar biasa’ di Lahad Datu- bekas Jeneral ATM

Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein

KUALA LUMPUR 31 Mac: Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein membayangkan wujud penglibatan politik luar biasa dalam operasi pasukan keselamatan dalam menangani pencerobahan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi, beliau berkata, ada sesuatu yang tidak kena dalam cara kerajaan menangani konflik itu.

“Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan profesion tentera, saya lihat peristiwa di Lahad Datu membayangkan ada penglibatan politik yang luar biasa dalam operasi yang sedang dijalankan,”

“Pertama, kita ada panglima (ATM) di Sabah, ada dua markas tentera di sana. Jadi kalau kita lihat dari segi ‘Command and Control’, tugasan (di Lahad Datu) patut diserah kepada mereka.

“Ini kerana mereka lebih arif dengan keadaan tanah, jalan dan kawasan yang mungkin terdedah kepada ancaman,” katanya.

Namun, Md Hashim berkata, pasukan yang dikerah pada peringkat awal di sana kebanyakannya dari semenanjung Malaysia.

“Pada awalnya di Kampung Tanduo, unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Semenanjung yang ditugaskan,” katanya lagi.

Tambahan pula, bilangan penceroboh yang masuk ke Lahad Datu tidaklah terlalu ramai dan pasukan keselamatan yang sudah ada di sana sepatutnya dapat menghadapinya.

“Kenapa kita tugaskan pemerintahan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM untuk pergi ke sana?

“(Jadi) inilah yang saya lihat tidak kena (dalam cara kerajaan tangani insiden Lahad Datu),” katanya lagi.

Menurut Bernama, sehingga kini, jumlah pengganas Sulu yang ditembak mati adalah 67, manakala jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berjumlah 111 orang. -keadilandaily
Senarai 5 Calon Kerusi Parlimen di Perak yang Diumum Anwar
Jumaat, April 05, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, April 04, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, April 03, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia melalui televisyen telah memaklumkan bahawa YDP Agong telah perkenan bagi pembubaran Parlimen. Tahniah PM!
Akhirnya penantian rakyat terjawab....
Kita tunggu bilakah pula tarikh pengundian...
 petikan dari akhbar utusex

P/s: Betullah orang kata UMNO itu bermaksud United Malay No Otak!! Kalau perangai orang umno macam ni, confirm rakyat makin meluat dengan BN....
‘Tak tahu bagaimana adegan panas boleh tersebar’
Selasa, April 02, 2013 | Author: Tuk Kiyai