Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Budak 3 tahun lemas dalam lubang najis

Label:

Saya petik:
 
[SH] KUALA ROMPIN – Seorang ibu tidak menduga ajakan anaknya ke Pantai Penyabun Endau, Johor, Isnin lalu adalah sebagai permintaan terakhir sebelum dia ditemui mati lemas dalam lubang tangki najis Bangunan Arked Majlis Amanah Rakyat (Mara) Rompin, di sini, petang kelmarin.

Muhammad Izwan Jusoh, 3, dipercayai terpijak papan penutup lubang sebelum tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang najis berkenaan selepas bermain dengan seorang rakan seusianya di kawasan terbabit.

Ibu mangsa, Intan Kamariah Abd Rahman, 28, berkata, sehari sebelum anaknya maut, dia dan suami, Jusoh Muda, 59, sempat membawa anak tunggal mereka itu ke pantai berdekatan rumahnya di Endau, Johor.

“Selalunya Izwan akan merengek dan meminta saya dan suami membawanya keluar berjalan- jalan, tetapi pada hari itu (Isnin lalu) dia memang tekad mahu ke pantai walaupun hari ketika itu hujan.

“Biasanya jika hujan saya tidak akan keluar rumah, namun hati saya tergerak untuk membawa anak saya ke Pantai Penyabung demi memenuhi tuntutannya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Intan Kamariah berkata, semasa berada di pantai itu, Muhammad Izwan seolah-olah tidak mahu pulang ke rumah meskipun sudah diberitahu hari semakin gelap.

“Dia (Muhammad Izwan) beritahu dia tidak mahu balik kerana hari masih cerah dan kami sekeluarga sempat merakam gambar kenang-kenangan bersama di pantai itu,” katanya.

Menceritakan hari kejadian, Intan Kamariah berkata, dia tidak menyedari kehilangan anaknya kerana sibuk berniaga di Pasar Tani Kuala Rompin, sebelum dikejutkan dengan berita anaknya lemas di

lubang najis berkenaan.

“Izwan biasanya tidak pergi jauh dari tempat saya berniaga pakaian di sini, tetapi entah macam

mana semalam (kelmarin) dia pergi jauh dari tempat dia selalu bermain dengan rakannya,” katanya.

Menurutnya, sebaik saja diberitahu anaknya terjatuh ke dalam lubang najis, dia terus ke tempat kejadian dan sebak hatinya apabila mendapati sekujur tubuh kecil tidak lagi bernafas.

Bapa mangsa, Jusoh Muda, 59, berkata, dia terkejut apabila mendapati anak sulung bersama isteri keduanya itu tiada di gerai jualan pakaian mereka dan terus berusaha mencarinya di kawasan sekitar pasar tani berkenaan.

“Saya terkejut apabila kawan anak saya yang bermain bersama-samanya memberitahu Izwan

terjatuh ke dalam lubang najis.

“Sebaik dengar berita buruk itu, saya terus turun ke bawah lubang tangki itu untuk menyelamatkannya, tetapi hampa kerana anak saya sudah tidak bernyawa lagi,” katanya.

Menurutnya, ketika itu, paras air dari lubang najis berkenaan tinggi hingga menyukarkan usaha menyelamat dilakukan.

“Demi menyelamatkan anak, saya tidak memikirkan keselamatan saya ketika itu memandangkan

Izwan adalah anak yang paling saya kasihi dan sayangi selepas berkahwin baru,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang dan mangsa dipercayai terjatuh serta lemas dalam salah satu daripada tiga lubang najis yang terdapat di kawasan itu.

Katanya , mayat mangsa dibawa ke Poliklinik Kuala Rompin sebelum dihantar ke Muadzam Shah untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati lemas.

Remaja koma dibaling topi keledar oleh polis akhirnya meninggal

Label:

Mohd Solihin 14 tahun

Saya petik:

[HM] ALOR SETAR: “Salah tetap salah. Buat masa ini saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata Che Kassim Darus, 49, bapa Mohd Solihin, 14, yang meninggal dunia pagi semalam, selepas lebih sebulan koma akibat cedera parah di kepala terkena topi keledar dipercayai dibaling anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, 6 Ogos lalu.

Che Kassim berkata, anak keduanya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar pada jam 7.43 pagi semalam selepas dipindahkan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Selasa lalu.

Harian Metro pada 10 Ogos lalu melaporkan Mohd Solihin cedera parah di kepala selepas terjatuh dari motosikalnya akibat terkena topi keledar berkenaan. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, remaja yang sudah tidak bersekolah dikatakan menunggang motosikal sendirian manakala dua rakannya menunggang motosikal di belakang apabila dia terjatuh. Rakannya mendakwa ternampak seorang daripada dua anggota polis di situ membaling objek dipercayai topi keledar.

Berikutan itu, mangsa dipercayai terpelanting dan menyebabkan bahagian belakang kepalanya bengkak dan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke HTF sebelum dipindahkan ke HSB selepas keadaannya kritikal.

Che Kassim berkata, walaupun sedih tetapi dia reda dengan pemergian anak kedua daripada sembilan beradik itu kerana jika dia terus hidup, keadaannya teruk kerana terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil berhubung kejadian itu, Che Kassim enggan mengulas kerana belum mahu memikirkan perkara itu. Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Lubuk Sireh petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa.

Katanya, pasukan forensik polis akan menyiasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan sehingga kini mengklasifikasikan kes kematian mengejut.

“Mengenai laporan keluarga mangsa kononnya mangsa maut akibat dibaling topi keledar anggota polis, kami menyerahkan laporan berkenaan kepada penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman,” katanya.

Tunang saya selamat tak?

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] MACHANG: “Mana tunang saya? Dia selamat tak?,” tanya Mariam Husin, 27, kepada beberapa jururawat wad kecemasan Hospital Machang selepas dia dan tunangnya, Noor Iskandar Yusop, 25, terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 32.7, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Tok Bok, di sini, kelmarin.

Pertanyaan spontan itu menimbulkan suasana pilu di kalangan jururawat bertugas menyebabkan ada yang memalingkan muka ke arah lain sebelum Mariam menangis sebaik seorang kenalan rapatnya memaklumkan tunangnya itu meninggal dunia.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Noor Iskandar yang memandu kereta Perodua Myvi milik Mariam meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Mariam pula cedera parah di leher apabila kenderaan dinaiki berlanggar dengan sebuah lori.

Pemandu dan kelindan lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum kedua-duanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjemput Mariam di rumah bakal mentuanya di Kampung Kuchelong, Jelawat, Bachok.

Sebaik tiba di Machang, mereka dipercayai ingin berpatah balik ke Bachok selepas Mariam tertinggal beberapa dokumen penting di rumah keluarganya.

Bagaimanapun, malang buat pasangan ‘berdarah manis’ yang bertunang pada Mei lalu dan dijangka berkahwin pada hujung tahun ini apabila kereta dipandu berlanggar dengan sebuah lori yang datang dari arah Kota Bharu.

Akibat perlanggaran berkenaan, Perodua Myvi yang baru dua tahun dibeli hampir putus dua, selain bumbung tercabut, manakala bahagian depan kereta remuk.

Bapa saudara Mariam, Abdul Aziz Harun, 39, berkata, anak saudaranya itu pulang ke kampung Sabtu lalu bersama seorang lagi bapa saudaranya dengan menaiki kenderaan lain bagi menziarahi neneknya, Fauziah Ismail, 70, yang terlantar sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Katanya, Noor Iskandar yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di KL pula baru tiba awal pagi kelmarin, menaiki kereta Mariam semata-mata ingin mengambil Mariam yang dijangka meneruskan tugasnya semula sebagai pembantu pengurusan murid di Sekolah Rendah Bukit Bandaraya, KL hari ini.

“Noor Iskandar peramah dan mudah mesra dengan ahli keluarga kami dan kali terakhir saya berbual dengannya ialah ketika dia bersama Mariam menziarahi Fauziah di HUSM, kira-kira 7 malam kelmarin.

“Saya tidak tahu jam berapa mereka bertolak ke KL, namun saya sempat menasihati Noor Iskandar supaya berhati-hati memandu kereta,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, dia pernah menasihati Mariam supaya bekerja di negeri kelahirannya sendiri, namun anak saudaranya itu memberi alasan sukar mendapat peluang pekerjaan di Kelantan, selain gaji ditawarkan murah.

Katanya, Mariam bertunang dengan Noor Iskandar Mei lalu dan dijangka melangsungkan perkahwinan sempena cuti persekolahan pada hujung tahun ini.

“Saya terkilan kerana hasrat anak saudara saya untuk mendirikan ‘mahligai’ bersama Noor Iskandar tidak kesampaian apabila tunang kesayangannya menemui ajal dalam kemalangan itu.

“Namun, saya bersyukur ke kerana Mariam terselamat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Machang, awal pagi semalam.

Jenazah Noor Iskandar dibawa ke kampung halamannya di Kampung Melayu Bukit Masjid, Gemas selepas dituntut ahli keluarganya yang tiba dari Negeri Sembilan, awal pagi semalam untuk dikebumikan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan nahas disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 
Wikileaks: Anwar punya bukti kukuh kaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya

Label:

Satu nota daripada kedutaan AS di Malaysia kepada Washington telah dibocorkan dan ia menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembantu peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan dua pengawal peribadi Perdana Menteri itu untuk membunuh Altanutya Shaariibuu.

Penterjemah berbangsa Mongolia itu dikatakan telah membantu dalam perjanjian Scorpenes, telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan Anwar juga mendakwa bahawa wanita itu merupakan kekasih kedua-dua Najib dan rakan baik beliau Razak Baginda.

Nota itu juga ada menyebut bahawa Anwar memiliki maklumat "kukuh", malah "keterangan berdokumen" bahawa Najib telah menerima sogokan daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dan jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003.

Kabel AS tersebut juga mengatakan bahawa rasuah sudah menular semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan akhirnya masuk ke era Najib sebagai Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa tidak berkurangan tetapi berkembang kerana Najib tegas untuk terus berkuasa, dengan rasuah menular dengan pantas ke semua jentera kerajaan, perkhidmatan awam dan badan kehakiman.

Dan ini mungkin menjelaskan peristiwa-peristiwa misteri yang sedang berlaku apabila Malaysia semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka akan berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan.

Suatu petikan dari kabel AS yang bertarikh 24 Januari, 2007, berbunyi:

"Anwar menegaskan bahawa pembantu peribadi TPM Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bahawa Anwar mempunyai bukti yang kukuh mengenai perihal Sukhoi, 2003

Anwar mendakwa bahawa Najib mempunya hubungan romantik dengan wanita Mongolia itu sebelum wanita itu menjalin hubungan dengan Abdul Razak Baginda (ini yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Najib bersubahat membunuh wanita itu), dan Altantuya mempunyai tujuan untuk mendedahkan hal ehwal Najib dan Razak Baginda. Membongkok ke hadapan dan dengan suara yang perlahan, Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai maklumat kukuh bahawa pembantu peribadi Najib mengarahkan dua orang anggota keselamatan Najib (yang telah pun dituduh membunuh) untuk membunuh Altantuya. "

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu ketua polis semasa mesyuarat pada 18 Januari di rumah Anwar di Damansara bahawa rasuah peringkat tinggi telah mencapai tahap berbahaya dan telah merosakkan integriti negara.

Anwar memberi contoh dalam kes pembunuhan Altantuya dan sogokan dibayar kepada DPM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembelian kapal selam Perancis dan pembelian pesawat Sukhoi 2003. Dia berasa berani untuk membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang akhbar baru-baru ini (disiarkan terutamanya oleh perkhidmatan berita internet) kerana dia memiliki maklumat kukuh, termasuk keterangan dokumentar dalam hal perjanjian Sukhoi. Kebanyakan maklumat mengenai kes-kes ini datang daripada pegawai-pegawai kanan yang bertemu dengan Anwar, termasuk Ketua Pengarah dari sekurang-kurangnya satu kementerian dan seorang pegawai kanan di Bank Negara Malaysia. "

Najib tak lena tidur: Adakah Anwar tahu terlalu banyak?

Jadi, adakah Anwar tahu terlalu banyak? Perhatikan bahawa beliau bercakap dengan pegawai-pegawai AS pada tahun 2007 dan serangan terhadap beliau bermula pada tahun 2008, yang didakwa diterajui oleh Najib sendiri.

Adakah Anwar merupakan ancaman besar kepada politik UMNO; parti terbesar dan yang mentadbir negara sejak 5 dekad yang lalu? Adakah masa untuk menjatuhkan Anwar lagi, terutama selepas pilihan raya 2008 di mana beliau telah membawa kejayaan kepada pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir berjaya dalam menjadikan September 16 titik pertukaran kuasa persekutuan dari BN yang dipimpin UMNO kepada Pakatan?

Tidak syak lagi panggilan untuk mengekang kemaraan Anwar sedang memuncak dalam UMNO, di mana beliau pernah menjadi ketua mereka yang paling disayangi sehingga penahanan dan pemecatan atas kes liwat direkacipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Sepuluh tahun kemudian, Najib - masih Timbalan Perdana Menteri - tidak memerlukan galakan untuk melakukan tuduhan liwat untuk kali kedua untuk mempengaruhi masyarakat Melayu membenci Anwar. Bukan sahaja Najib perlu mengekalkan cengkaman beliau ke atas kerusi PM, tetapi yang lebih merunsingkan beliau sehingga tidak lena tidur kerana risau kemungkinan Anwar akan mendedahkan rahsia itu kepada dunia, justeru meninggalkan dia dalam kehinaan, kegagalan dan mungkin juga penjara.

“Dalang “

Kabel AS itu juga menyokong akuan berkanun 2008 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang telah pun memberitahu para penyiasat Perancis bagi membantu siasatan ke atas perjanjian Scorpenes sama ada syarikat pembuat kapal DCN telah merasuah pegawai-pegawai Malaysia termasuk Najib. Bala telah mendedahkan bahawa Razak Baginda memberitahunya bahawa Altantuya adalah bekas kekasih Najib sebelum menjadi kekasihnya.

Dua pengawal peribadi, yang telah dihukum gantung atas kematian Altantuya, juga telah mengesahkan secara berasingan kepada pihak polis bahawa mereka ditanya oleh pembantu khas Najib untuk membantu beliau. Mereka memberitahu mahkamah bahawa Razak Baginda telah mengupah mereka untuk menghentikan Altantuya daripada mengganggu beliau dan keluarganya. Altantuya, dalam sepucuk surat mengaku dia memeras ugut Razak Baginda. Dilaporkan bahawa komisen Altantuya ke atas Scorpenes yang didakwa diterima oleh Razak Baginda bagi pihak Najib berjumlah AS $ 500,000.

Razak Baginda bukanlah orang yang bodoh. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam politik dan kerajaan dari Politeknik London dan mendapat ijazah sarjana dalam Pengajian Perang di King's College London. Pada mulanya dia didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuya, manakala pembantu khas Najib pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tidak hairanlah badan kehakiman Malaysia mengalami krisis terburuk semasa pentadbiran Najib.

Menariknya, Razak Baginda juga memberitahu pegawai AS pelan untuk melumpuhkan Anwar di akhir 1990-an sehingga dia tidak lagi boleh berdiri lagi dalam politik. Datang dari Razak Baginda, seorang yang dipercayai Najib, jelas menunjukkan kesediaan Najib untuk mengkhianati Anwar, walaupun mereka mempunyai perjanjian bahawa beliau akan menjadi Timbalan PM kepada Anwar yang akan menjadi PM sekiranya berjaya menewaskan Mahathir dalam pemilihan UMNO.

Razak Baginda yang menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sebagai pensyarah dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai ketua kajian strategik, kemudiannya membentuk Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai perunding bagi Najib dalam menangani isu Scorpenes. Akhirnya pada tahun 2002, di tengah-tengah tentangan dari orang awam kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kapal rondaan bagi kawasan persisiran pantai cetek di Malaysia, Najib berjaya juga mendapatkan kapal selam tersebut. Beliau pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Razak Baginda bertindak sebagai penyambung atau dalang, seperti yang disifatkan oleh kabel AS dalam perjanjian Sukhoi?

Musuh lama: pukulan siapa akan mengena?

September seolah-olah menjadi bulan yang janggal kepada Najib. Semua perkara buruk seolah-olah tertumpu kepada beliau; seperti kes mahkamah Scorpenes, perintah mahkamah untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar, dan yang terbaru laporan WikiLeaks yang bakal mendedahkan lebih banyak cerita mengejutkan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Untuk menutup cerita buruk, akhbar Utusan milik UMNO telah mengeluarkan cerita yang menegaskan bahawa musuh-musuh Najib telah membayar WikiLeaks untuk menerbitkan laporan berunsur "fitnah" terhadap beliau.

"Ini adalah satu contoh fitnah yang sengaja dicipta dan kemudiannya disiarkan ke laman web seperti WikiLeaks dengan niat untuk mempengaruhi rakyat. Ia adalah fitnah tanpa bukti sama sekali," Ng Lum Yong, bekas ahli PKR yang telah berpaling dan masuk BN, dipetik sebagai berkata dalam edisi hari Jumaat Utusan.

Bagaikan musuh pada zaman dahulu, Anwar dan Najib akan terus bertelagah dan menunggu saat dan ketika yang tepat untuk mengangkat senjata untuk membuat pukulan akhir. Siapakah yang akan menang atau akankah kedua-duanya jatuh?

Memandangkan Najib merupakan PM sekarang, beliau pasti akan memenjarakan Anwar jika UMNO-BN menangi PRU-13. Kadang-kadang, terlalu banyak mengetahui mengenai sesuatu, terutama di negara seperti Malaysia yang masih merupakan negara autoritarian berbanding demokrasi dan undang-undang dan perintah serta tingkah laku sivil masih berada di tempat tertinggi.

Tetapi peluru Anwar masih perlu mencari sasaran, dan sama ada Pakatan kalah atau menang GE-13, Najib hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal bukan hanya kepada jawatan PM tetapi juga jawatan presiden UMNO.

Orang yang mendapat habuannya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan transformasi kuasa kini sudah mula berlaku di Malaysia.
Sumber: Malaysia Chronicle

Lelaki ini cabul warga emas untuk ajak kahwin

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu ‘gilakan’ wanita warga emas, seorang lelaki sanggup menggunakan kekerasan jenayah untuk mengajak wanita pujaannya itu berkahwin dalam satu kejadian di kampung Kubang Ikan, Chendering, Mac lalu.

Bukan itu sahaja, dalam usaha memujuk mangsa yang berumur 62 tahun itu agar bersetuju mengahwininya, lelaki berkenaan juga sanggup mencabul kehormatannya dengan memegang tangan, mencium serta memegang lututnya.

Bagaimanapun, tindakan melampau lelaki itu terbalas setelah Mahkamah Majistret, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan selepas dia mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.

Tertuduh, Zulkefli Salleh, 46, dari Kampung Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu mengaku bersalah melakukan kesalahan itu yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika disabitkan kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 27 Mac lalu, kira-kira jam 2 petang, bertempat di sebuah rumah di kampung Kubang Ikan, Chendering telah menggunakan kekerasan jenayah kepada Siah Ali, 62, dengan niat untuk mencabul kehormatannya.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dustan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut fakta kes, semasa kejadian, mangsa berada di rumahnya bersendirian dan terkejut setelah melihat tertuduh yang dikenali sebagai ‘Pok Keli’ secara tiba-tiba telah masuk melalui pintu dapur dengan membawa sebilah pisau.

Dia didakwa terus memegang tangan, mencium dan memegang lutut mangsa. Selain itu, ‘Pok Keli’ turut mengajak mangsa berkahwin dengannya dan disebabkan ketakutan, mangsa mengikut sahaja apa yang telah diperkatakan demi menyelamatkan diri.

Susulan persetujuan mangsa, ‘Pok Keli’ berkeliaran di pekarangan rumah mangsa dan berjanji akan datang semula pada malam kejadian.

Bimbang keselamatannya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu sejurus lelaki itu meninggalkan rumahnya.

Ako bebas penjara 3 bulan

Label:

Saya petik:
[HM] SHAH ALAM: “Alhamdulillah, saya bersyukur,” kata pelakon Ako Mustapha, selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengetepikan hukuman penjara tiga bulan terhadapnya kerana mengaku berkhalwat dengan seorang jurusolek bukan Islam, di Ampang, dekat sini, empat tahun lalu.

Terdahulu, Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad membuat keputusan itu selepas menerima rayuan Ako terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 April 2009.

Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 39, berkata, dia lega dengan keputusan itu dan berharap meneruskan kehidupannya dengan fokus mendapat rezeki lebih untuk keluarga. “Tiada apa yang saya boleh katakan lagi. Selepas ini, saya cuma nak cari duit dan pastikan makan minum isteri dan pendidikan anak terjamin,” katanya ketika dihubungi, semalam. Pada 21 April 2009, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini menjatuhkan hukuman tiga bulan penjara dan denda RM3,000 selepas mengaku salah berkhalwat.

10 waris anggota polis Bukit Kepong tuntut pencen

Label:

Saya petik:
[SH] MUAR - Sepuluh waris anggota polis Bukit Kepong yang terkorban dalam peristiwa serangan pengganas komunis, menggesa Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan agar mempertimbangkan semula pemberian wang pencen sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang terkorban.

Seorang waris, Jamilah Abu Bakar, 65, (gambar) berkata, pemberian wang pencen tersebut bukan sahaja pampasan tetapi juga sebagai hak mereka sebagai waris terdekat, setelah bapa mereka terkorban ketika berjuang mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Menurutnya, dia menegaskan bahawa sebagai anak atau waris terdekat kepada pejuang tanah air, mereka berhak menerima wang berkenaan, ekoran keringat bapa mereka yang sanggup berjuang mati-matian demi mencapai kemerdekaan.

“Kesemua wira negara ini sudah meninggal dunia lebih tiga puluh tahun lalu, namun sehingga kini tiada sebarang pampasan juga penghargaan.

“Tuntutan ini bukan semata-mata untuk kepentingan peribadinya, namun pemberian itu lebih bererti jika ia dapat digunakan dengan saluran yang sebetulnya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Memperingati Pejuang Negara di Balai Polis Bukit Kepong di sini, semalam.

Jamilah anak kepada Konstabel Abu Bakar Daud berkata, dalam peristiwa tersebut dia menyaksikan sendiri keganasan komunis menyerang penduduk.

“Ketika itu saya berusia empat tahun dan walaupun masih kecil, tetapi masih lagi teringat bagaimana komunis membunuh ramai penduduk yang tidak berdosa,” katanya.

Ekoran keganasan itu, ayah Jamilah turut terkena tembakan di bahagian dada sehingga terpaksa menanggung penderitaan lebih 10 tahun selepas itu.

“Saya bukan mahu mengungkit tapi hanya membangkit banyak perkara yang dijanjikan.

“Tidak keterlaluan mengatakan walaupun bapa kami pejuang negara namun jasanya wajar diberikan penghargaan sewajarnya seperti wang pencen dan sebagainya,” katanya yang ditemani anaknya, Raja Zamzura Raja Buntat, 33.

Seorang lagi waris, Rahimah Ibrahim pula berkata, pemberian skim berkenaan setidak-tidaknya bukan sahaja sebagai simbol penghargaan terhadap wira negara, malah sebagai sagu hati kepada anak-anak pejuang Bukit Kepong yang kini terpahat sebagai sejarah negara.

“Bukannya mahu wang berjuta ringgit mahupun darjat kebesaran bergelar datuk, tapi sewajarnya kami menerima skim wang pencen,” katanya.

Kelar telinga bekas kekasih

Label:

 Saya petik:
[HM] AMPANG: Seorang remaja berusia 19 tahun mengelar telinga bekas kekasihnya selepas berang hubungan cinta mereka putus di tengah jalan.

Kejadian di sebuah restoran di Pandan Indah di sini pada jam 3 pagi Ahad lalu menyebabkan telinga kanan gadis 19 tahun itu hampir putus dan pipi kanannya turut cedera.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima SMS daripada teman lelakinya meminta dia pergi ke sebuah restoran untuk berbincang mengenai masalah hubungan cinta mereka.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya, mangsa mengajak rakan baiknya menemaninya dan sebaik tiba di restoran berkenaan, mereka melihat bekas teman lelaki mangsa meracau seorang diri di luar restoran.

“Mangsa dan rakannya masuk dan duduk di salah satu meja di dalam restoran berkenaan. Menyedari kehadiran mangsa, suspek terus menghampirinya dan memaki-hamun mangsa,” katanya.

Gadis ini mengaku sudah 5 tahun berzina dan gemar rakam aksi panas!!

Label:

TAHAN...wanita dan pasangannya (kiri) disoal siasat sebaik ditahan, semalam

Saya petik:
[HM] GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan ‘mengghairahkan’ kerana hanya memakai seluar ketat nipis.

Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.

Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

5 tetamu kenduri kahwin ditikam

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] SHAH ALAM: Hanya disebabkan tersentuh beberapa tetamu di satu majlis perkahwinan di Taman Subang Mas, Subang Jaya, dekat sini, malam kelmarin, seorang lelaki umpama hilang akal apabila mengamuk dan menikam lima tetamu di majlis itu.

Akibatnya, seorang daripada mangsa warga tempatan berasal dari Sabah cedera parah dan kini dirawat di sebuah hospital akibat terkena tikaman pisau lelaki terbabit.

Sebelum kejadian, suspek dikatakan melalui kawasan majlis perkahwinan itu yang turut diserikan dengan acara berkaraoke satu pasangan dari Sabah.

Disebabkan hujan lebat, suspek berhenti dan menumpang teduh di khemah yang disediakan tidak jauh dari Blok A, pangsapuri berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rosli Mohamad Isa, berkata ketika kejadian kira-kira jam 10.45 malam, suspek menumpang teduh sambil memerhatikan acara karaoke itu di tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, suspek dipercayai salah faham lalu mengamuk apabila badannya tersentuh oleh tetamu di majlis itu menyebabkan dia menikam beberapa mangsa menggunakan sebilah pisau.

Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar. Lupa atau tidak tahu?

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Langkah ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.

[VIDEO] Cukai 6%: Kelab Protes BN himpun sejuta rakyat

Label:

Gadis ini disihir guna gambar dalam Facebook

Label:

Saya petik:
[kosmo] NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).

Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.

Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.

"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.

"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.

"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.

Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.

Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.

"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.

Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
P/s: Jika anda gemar memasukkan gambar-gambar anda terutama gambar penuh, anda perlu mengambil cerita di atas sebagai pengajaran. Malang tidak berbau...

Gadis ini berkurung dan tak mahu bercakap selama 12 tahun. Mengapa?

Label:

TERLANTAR...Abdul Manan melawat Suzana sambil ditemani Sarimah. 

Saya petik:
[HM] KUANTAN: Akibat terlampau sedih dengan kematian bapanya, seorang wanita mengalami kemurungan sehingga enggan bercakap dengan sesiapa termasuk anggota keluarga dan hanya bersembunyi bawah katil sejak 12 tahun lalu.

Ibu wanita berkenaan, Sarimah Majid, 45, berkata, masalah kemurungan itu menimpa anak keduanya, Suzana Salam, 29, sejak kematian suaminya, arwah Salam Abdullah, pada 1999 berikutan arwah amat rapat dan manja dengan Suzana.

Menurut ibu tunggal enam anak itu, disebabkan masalah berkenaan dia tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga Suzana yang hanya terlantar sejak berusia 17 tahun sehingga tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.

Katanya, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara keluarga serta empat anak masih bersekolah. Sarimah berkata, dia sekeluarga bergilir-gilir membantu menguruskan keperluan Suzana kerana bimbang ditimpa penyakit lebih serius.

Dia pernah dirujuk kepada beberapa doktor di klinik kesihatan, namun Suzana disifatkan normal tanpa ada masalah mental atau fizikal.

“Saya tidak mampu membawanya ke klinik secara berterusan atau mendapat rawatan pakar perubatan kerana saya perlu memberi keutamaan untuk menyara keluarga terutama empat anak yang masih bersekolah.

“Oleh itu, saya merayu bantuan pihak yang pakar dengan rawatan mental atau perubatan Islam bagi mengubati Suzana kerana besar harapan saya sekeluarga untuk melihatnya pulih,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, yang menyampaikan sumbangan hari raya kepada keluarga berkenaan kelmarin berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan khidmat pakar perubatan Islam untuk merawat Suzana.

“Penyakit ini perlu penjelasan perubatan lebih saintifik kerana saya mahu memohon mendapatkan elaun kebajikan khusus untuknya jika dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) atau pesakit kronik.

“Manakala, jika dia dikategorikan sebagai pesakit mental, dia perlu ditempatkan di pusat rawatan khusus, justeru ibunya mempunyai ruang masa untuk bekerja bagi menyara keluarga,” katanya.
Budak 3 tahun lemas dalam lubang najis
Khamis, September 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, September 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, September 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, September 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai