Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

ADUN DAP Sekincan ditumbuk ahli umno Batu Karang?

Label:

SHAH ALAM 6 NOV 10: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
-Malaysiakini

PAS kalah di Galas kerana faktor...

Label:

(Ketua Pemuda PAS Gua Musang)

Mungkin ini salah satu faktor PAS kalah di Galas...

Saya petik:

[FMT] GALAS: Mengapa PAS kalah teruk dalam pilihanraya kecil Galas pada hari Khamis lalu? Dr Zulkifli Mohammad kalah 1.190 kepada Abdul Aziz Yusof.

Aziz mendapat 5,324 undi, Dr Zulkifli 4, 134 undi. Aziz adalah setiausaha Umno Gua Musang, Dr Zulkifli pula ketua PAS Gua Musang.

Cakap-cakap di Galas ialah Dr Zulkifli sebenarnya bukan calon pilihan pengundi PAS untuk Galas. Ia calon pucuk pimpinan PAS.

Dalam undian untuk memilih calon, Dr Zulkifli bukan nama yang berada di tempat teratas. Menjadi dasar PAS untuk mengundi beberapa nama sebelum diputuskan untuk menjadi calon PAS.

"Orang yang dapat tempat teratas ialah Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husin. Orang panggil dia Ustaz Abdullah.

"Orang PAS Galas hendak Ustaz Abdullah lawan Aziz. Tetapi tiba-tiba menjadi calon.

"Dr Zul (panggilan untuk Dr ZuIkifli) bukan calon pilihan pengundi PAS Galas tetapi pilihan pemimpin," kata seorang pemimpin PAS ketika ditemui di bandar Gua Musang, pagi Jumaat lalu.

Beliau berkata, jika parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi, akibatnya calon berkenaan akan kalah.

Katanya, walaupun pada pandangan mata pemimpin calon itu baik tetapi pengundi mempunyai cita rasa mereka sendiri.

"Dalam kes Dr Zul, ramai pengundi PAS berkata beliau tidak sesuai lagi menjadi calon Galas kerana sudah kalah dalam pilihanraya lalu ketika bertanding kerusi parlimen Gua Musang.

"Ini kawasan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Mana boleh kita letak calon sembarangan.

"Jangan kata kita menang di Galas pada 2008 kerana kita akan kuat selalu. Itu faktor nasib," katanya.

Dalam pilihanraya umum 2008, calon PAS Che Hashim Sulaima mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Bagaimanapun Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat barah.

Adik Sultan Brunei miliki patung erotik bernilai RM33.9 juta?

Label:

Saya petik:

[KOSMO] MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi

Terkini: BN-2 PR-0

Label:

Keputusan:

Galas

BN: 5,177
PAS: 3,744
MAJORITI: 1,433

Batu Sapi

(Tidak Rasmi)
8.00pm:
Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Undi rosak votes - 420
Majoriti -5,257

Faktor kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi:
- Guna politik wang. Pengundi di Galas dapat RM250 seorang
- Kertas undi tiada logo parti, hanya letak nama calon sahaja
- Guna Helikopter untuk membawa peti undi tanpa disertai wakil dari PR
- Pengundi hantu masih tak dapat di kesan
- Orang asli diperbodohkan oleh UMNO.

Tahniah umno-apco!!!

Umno agih wang "ihsan" di Galas

Label:

Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.

Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.
- Malaysiakini

Syarikat kosmetik milik Sosilawati disaman dua lelaki

Label:

(Pengasas Nouvelle Beauty, Allahyarhamah Sosilawati)

KUALA LUMPUR - Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 5 Ogos lalu itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan.

Media memperoleh writ saman itu melalui carian fail di mahkamah semalam.

Saman itu difailkan 25 hari sebelum Sosilawati, 47, ditemui mati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semalam kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.

Peguam S H Tang yang mewakili dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes itu disebut. Bagaimanapun tiada peguam yang hadir bagi mewakili Nouvelle Beauty.

Mahkamah menetapkan 1 Disember ini bagi mendengar permohonan Low dan Lim untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty kerana Nouvelle Beauty gagal memfailkan balasan selepas 14 hari saman dikemukakan kepada mereka.

Permohonan didengar di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof.

Dalam writ samannya, Low dan Lim mendakwa mengikut surat tawaran dipersetujui dan ditandatangani pihak atau wakil Nouvelle Beauty, pada 2 April lalu, defendan bersetuju menjual sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama kedai pejabat empat tingkat yang dibina di tanah itu, milik Nouvelle Beauty, kepada mereka pada harga RM3 juta.

Low dan Lim berkata, mereka sudah membayar wang kesungguhan RM60,000 semasa surat tawaran jual beli hartanah itu ditandatangani dan baki deposit RM240,000 akan dibayar semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Baki RM2,700,000 pula akan dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani, kata mereka. - Bernam

PRK Galas: Pengundi hantu ditangkap!!

Label:

Saya petik:

GALAS - Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberi amaran kepada pengundi hantu agar menjauhi peti undi sekiranya tidak mahu ditangkap ketika pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang berlangsung hari ini.

Menurut beliau, PAS telah mengenalpasti dan mempunyai senarai nama 2000 orang pengundi tidak berdaftar yang dijangka hadir ke pusat pengundian.

"Kita dapat maklumat yang agak lebih terperinci bahawa pengundi hantu ini berasal luar daripada Kelantan dan berasal dari Johor, lebih kurang 100 orang telah sampai di sini.

"Kita optimis dapat menangkap individu terbabit sekiranya didapati ada cubaan untuk membuang undi.

"PAS akan menempatkan 29 orang peguam bersama Unit Tindakan Khas (UTK) Keselamatan PAS di 13 peti undi seluruh daerah itu memantau pergerakan pengundi hantu," ujar beliau dalam sidang media yang diadakan hari ini, di sini.

Beliau turut memberikan amaran kepada individu berkenaan agar tidak keluar mengundi jika tidak mahu diri mereka ditangkap oleh petugas UTK PAS.

Tambahnya, tindakan tersebut adalah usaha bagi membantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membanteras gejala pegundi hantu yang sering berlaku sewaktu pilihanraya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan keyakinan untuk menarik pengundi Cina yang dijangka akan menyumbangkan 6 peratus untuk kerusi tersebut.

"Pengundi Gua Musang ini lebih mengutamakan calon daripada parti. Parti jadi nombor dua. Jadi oleh kerana itu kita yakin calon kita ini mempunyai potensi besar menarik orang atas pagar untuk menarik golongan-golongan ini terutama orang Cina untuk menyokong kita," jelas beliau lagi.

"PAS juga akan menempatkan ejen-ejen parti untuk memujuk pengundi di kawasan tumpuan pengundi atas pagar yang puratanya 34 peratus dan rata-rata berbangsa Melayu," kata beliau.
-s/keadilan

PM langgan pelacur kelas atasan

Label:

(Gambar: Nadia Macri)

Saya petik:

[KS] ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.

Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.

Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi.

Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu.

Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi.

Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.

Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

"Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya.

Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.

Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. - Agensi

Panggil Tok Guru Syaitan: Noor Deris dituntut mohon maaf

Label:

GUA MUSANG - Bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Mohd Nor Deris diminta memohon maaf dalam tempoh 24 jam bermula selepas laporan polis dibuat berikutan tindakannya menghina Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan panggilan syaitan.

Majlis Tindakan Dun (MTD) Galas memohon tokoh agama Umno Kelantan bertindak demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Gua Musang hari ini (3 Nov).

“Sekiranya Ustaz Nor Idris tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya,” kata Timbalan Pengarah MTD Dun berkenaan, Drs Mohd Zaki Mat Zin selepas membuat laporan polis terhadap Ustaz Nor.

Menurutnya laporan polis juga dibuat terhadap rakaman VCD yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz termasuk rombongan ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad yang disifatkan Nor sebagai syaitan.

Pada kunjungan sebelum ini Menteri Besar bersama 30 ahli rombongan menziarahi keluarga bekas Adun Galas di RPT Sungai Terah.

Sementara itu DAP membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 1.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil DAP Dun Galas, Su Keong Siong.

Laporan polis itu dibuat berhubung laporan sebuah akhbar harian yang bertajuk ‘tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau’.

Menurut Siong laporan akhbar yang dipetik dari kenyataan Ali berunsur fitnah dan berniat jahat dengan tujuan dengki dan benci.

“Lim Kit Siang tidak pernah berada atau menghadiri siri ceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk Penasihat PKR dalam siri ceramah kempen pilihanraya kecil di Galas,” ujarnya.

Katanya, kenyataan berkenaan jelas mahu mencetus permusuhan antara kaum dan agama serta bertentanan dengan Akta Hasutan 1978 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Kita membuat laporan polis hari ini dan berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan fitnah Datuk Seri Ali,” ujarnya.

Akhbar semalam melaporkan Ali sebagai berkata tindakan Kit Siang adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Ali mendakwa kenyataan Kit Siang dibuat pada ceramah yang dihadiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim RPT Sungai Terah.

Pada masa yang sama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSY dan Organisasi Wanita DAP turut membuat aduan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Putrajaya, Hisamudin Yahya dan penerbitan artikel, Berita Harian.

Menurut Kok Seong, pihaknya membuat laporan polis terhadap Hishamudin kerana membuat laporan polis berhubung laporan palsu Ali.
-harakahdaily

VIDEO: Siapakah Syaitan yang Sebenarnya?

Label:

Anda nilailah sendiri kata-kata si lelaki ini....Layakkah digelar ustaz?

Pakcik Sukarelawan didakwa cabul tiga gadis pusat jagaan

Label:

(Gambar hiasan)

Rosaklah anak-anak gadis di pusat jagaan jika ada sukarelawan spesis ini.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tiga remaja belasan tahun yang juga penghuni sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama, di sini, mendakwa pernah dicabul seorang sukarelawan yang dikatakan sengaja bertindak melondehkan seluar selain memegang kemaluan mereka.

Remaja terbabit yang enggan namanya didedahkan mendakwa dia bersama dua rakan lain berusia 14 dan 15 tahun pernah dicabul sukarelawan lelaki berusia 50-an terbabit yang kerap datang ke pusat itu.

Mangsa yang berusia 17 tahun berkata, pengalaman memalukan itu berlaku pada Jun lalu ketika dia dan rakan lain sedang tidur di pusat jagaan berkenaan selepas bermain komputer di ruang tamu.

“Ketika sedang tidur, lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke dalam bilik sebelum sengaja menarik seluar kami. Dia kemudian menyentuh kemaluan kami.

“Bagaimanapun kami sangat takut dan berpura-pura tidur kerana bimbang sesuatu tidak baik berlaku. Dia akhirnya beredar pergi dengan meninggalkan kami begitu sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sejak kejadian memalukan itu, dia dan rakan lain hilang rasa hormat terhadap lelaki berkenaan yang sebelum ini dianggap seperti pak cik mereka.

Sementara itu, sukarelawan yang dituduh mencabul terbabit sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan selepas dipercayai ada kaitan dengan laporan kes cabul terhadap 10 kanak- kanak sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama di sini.

Suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) petang semalam sebelum diambil keterangan lebih sejam oleh pegawai penyiasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik keterangan diambil, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, Sabtu lalu, kira-kira 10 kanak-kanak pusat jagaan itu hadir ke IPKKL bersama pengurus pusat jagaan berkenaan untuk memberi keterangan.

Isu Banglo Mewah: Khir Toyo perlu fail jawapan pembelaan

Label:

(Gambar: Rumah mewah Khir Toyo)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan sehingga 3 Disember ini untuk Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memfailkan jawapan pembelaan yang difailkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disamannya selepas mendakwa wakil rakyat itu memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur mengeluarkan perintah itu selepas prosiding dalam kamar oleh peguam M Athimulan yang mewakili Mohamad Khir dan peguam M Manoharan yang mewakili ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Pada 25 Oktober lalu, Mankiranjit menetapkan semalam tarikh bagi Mohamad Khir memberi penjelasan mengapa fitnah yang difailkan terhadap Suee Lim itu tidak boleh dibatalkan apabila beliau tidak mengambil sebarang tindakan selepas tujuh bulan wakil rakyat DAP itu memfailkan pembelaannya pada 26 Mac lalu.
Manoharan yang ditemui di luar mahkamah, berkata Mankiranjit menetapkan tarikh itu bagi Dr Mohamad Khir memfailkan jawapannya terhadap pembelaan yang difailkan Suee Lim.

Pada 7 Januari lalu, plaintif memfailkan saman fitnah yang tidak dinyatakan jumlahnya terhadap Suee Lim yang didakwa memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini, melalui artikel yang didakwa berbaur fitnah disiarkan akhbar The Star, bertarikh 7 Julai 2009.

Dalam tuntutan saman fitnah itu, Dr Mohamad Khir menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

-BeritaHairan

Isteri tentera pula didaftar pengundi pos

Label:

TASEK GELUGOR: PAS Negeri Pulau Pinang mendakwa satu lagi penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila bertindak mendaftar isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Fadzil Kemi ketika dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Cabang Tasek Gelugor semalam menegaskan, yang peliknya SPR tidak pun memaklumkan kepada isteri tentera terbabit bahawa mereka telah menukar status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos.

Sedangkan, katanya jika mahu berbuat demikian seseorang isteri tentera harus mengisi borang 1 bukan boleh melakukan tanpa pengetahuan mereka terlebih dahulu.

Walhal isteri tentera sebelum ini, ujarnyaadalah pengundi awam yang tertera dalam daftar pemilih dan bercanggah dengan peraturan-peraturan pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) pindaan 2002 dalam seksyen 2(b) yang mana isteri seorang anggota tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (undi pos) atau pengundi awam.

"PAS Pulau Pinang mendapati apa yang berlaku terhadap 630 orang isteri tentera di Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar sebagai undi Pos diragui kerana mereka tidak pun dimaklumkan tentang status pemilih mereka sebelum ini," ujarnya sebagaimana yang terdapat pada pertambahan undi Pos dalam Pendaftar Pemilih Tambahan (DTP) suku ketiga 2010.

Katanya, menjadi persoalan sekarang ialah nama mereka diletakkan di bawah pengundi baru sedangkan mereka mendaftar dan mengundi beberapa kali sebelum ini.

Tambahnya, ia juga bertentangan dengan sistem SPR yang tidak akan membenarkan pendaftaran baru bagi orang yang pernah mendaftar.

Contohnya, Nazirah Mahmood yang sebelum ini mengundi di Jarak, Tasek Gelugor dalam Dun Permatang Berangan tetapi kini namanya tiada lagi sebagai pengundi awam sebaliknya diletakan di daerah mengundi Jalan Masjid dalam Dun Teluk Air Tawar.

"Bila ditanya beliau mengatakan tidak pernah memohon pertukaran status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos. Walaupun beliau seorang isteri tentera namun lebih senang memilih mengundi cara awam daripada pos," katanya yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Jika begitu, sambung Fadhil, ianya berkemungkinan mempunyai agenda tertentu untuk menggunakan undi pos sebagai 'fixed deposit' dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Sertai sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohd Nasir Mohamed dan Setiausaha DAP Bahagian Bagan, Francis Ong Koon Liak.

-Dialog rakyat

[VIDEO] Kelantan adalah kerajaan yang bersih dan tiada rasuah - Saifuddin Nasution

Label:

Umno Bawa Piala Malaysia sebagai bahan kempen di Galas.

Label:

Sungguh terdesak umno-apco ni. Kerana sudah bankrap isu, Piala Malaysia menjadi mangsa. Dibawanya ke Galas. Buat kempen... Seronok mereka pegang dan sambut menyambut piala itu. Kesian umno...Nak termuntah aku tengok...

Pelajar Tahun 6 dirogol ketika ponteng sekolah

(Gambar hiasan)

Wahai pelajar, jadikan iktibar!!!

Saya petik:

[SH] KLANG – Gara-gara tidak mahu aktiviti pontengnya diketahui, seorang murid dirogol di sebuah bilik di klinik pergigian, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, dikenali sebagai Imah, 12, yang masih menuntut dalam tahun enam di sebuah sekolah di sekitar Klang mengunjungi pusat karaoke bersama dua rakannya.

Sumber polis berkata, semasa berada di bilik karaoke dan ketika masing-masing sibuk mendengar lagu yang dinyanyikan rakan lain, suspek dikenali sebagai Sulaiman dan rakannya mendekati mangsa sebelum bertindak merampas telefon bimbit dari tangannya.

“Dalam masa yang sama, suspek memberi amaran akan memaklumkan berkenaan tindakan mangsa ponteng sekolah kepada keluarganya.

“Mangsa yang terkejut cuba merampas semula telefonnya, namun gagal. Suspek bertindak melarikan diri dengan keluar daripada bilik berkenaan dan menuju ke tingkat atas sebuah klinik tidak jauh dari pusat karaoke itu,” katanya.

Menurutnya, suspek memperdaya mangsa supaya mengikutnya ke atas jika inginkan semula telefon bimbitnya.

“Mangsa yang terdesak dan ketakutan segera mengikut lelaki itu sehingga ke sebuah bilik yang terdapat di klinik berkenaan.

“Setibanya di situ, suspek bertindak menarik badan mangsa sebelum mencium dan meraba lalu membuka seluar panjang yang dipakai mangsa dan terus merogolnya.

Beliau berkata, sebaik keluar dari bilik itu, rakan suspek yang berada di situ turut memperdaya mangsa dengan mengugut untuk memaklumkan kepada keluarganya yang suspek telah merogolnya.

“Rakan suspek bertindak sedemikian semata-mata mahu mengambil kesempatan sepertimana yang dilakukan rakannya. Bagaimanapun, tindakannya gagal apabila mangsa tidak mempedulikannya lalu terus berlari turun ke bawah.

“Dua rakan mangsa yang terkejut melihat mangsa menangis kemudian membawanya pulang ke rumahnya di Taman Gembira.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, mangsa tidak memaklumkan perkara itu kepada keluarganya kerana khuatir semua rahsianya terbongkar.

“Namun, bapa saudara mangsa yang juga rakan suspek berjaya menghidu perkara itu,” katanya kepada Sinar harian.

Katanya, bapa saudaranya telah memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa sebelum membawanya ke Balai Polis Bandar Baru Klang untuk membuat laporan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Bagaimanapun menjadi satu kesalahan apabila mangsa yang dirogol berada di bawah umur dan suspek boleh didakwa,” katanya.

Gara-gara jual mercun kepada penonton, tertuduh dipenjara 7 tahun

Label:

Tak pasal-pasal hidup dalam lokap selama tujuh tahun. Menangis anak bini. Kalau nak cari duit lebih pun jangan la menjual sesuatu yang berbahaya...

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu, dia dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret semalam.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam.

Dia didakwa memiliki 40 biji mercun ’bola’, 40 biji mercun ’ketupat’ dan 15 biji mercun ’bunga api gasing’ semasa ditahan.

Sh Ahmad, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya Majistret Abdullah Siddiq tujuan dia memiliki bahan itu, Sh Ahmad menjawab:” Saya menjual pelbagai barangan termasuk barang permainan dan saya menjual bahan ini untuk pengunjung yang datang ketika perlawanan berlangsung.” Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin. - Bernama

[VIDEO] Sidang Media Soberi Shafii isytihar keluar umno-apco

Label:

Kecewa kerana umno tidak seperti dulu....Itulah antara sebab Soberi keluar parti. Baguslah kalau dah sedar yang umno & pemimpin-pemimpinnya sudah punah-ranah. Janganlah pula keluar dari umno kerana kecewa kerana sudah tidak ada lagi projek atau jawatan dalam parti....

Umno P. Pinang akan pulangkan balik wang ehsan kepada kerajaan negeri esok

Label:

Bagusnya umno....Mereka tak nak bantuan daripada duit hasil judi walaupun bos mereka luluskan lesen judi....

Saya petik:

BUKIT MERTAJAM: UMNO Pulau Pinang akan menyerahkan wang ehsan berjumlah lebih RM20,000 yang dipulangkan warga tua dan waris masing-masing kepada kerajaan negeri, esok.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan, dijangka mengetuai sekumpulan warga tua yang mengembalikan wang itu untuk menyerahkan duit berkenaan kepada kerajaan negeri, sama ada di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) atau Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata sehingga kini lebih 300 penerima wang ehsan menyerahkan duit yang diterima untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri kerana was-was selepas mengetahui wang itu hasil kegiatan judi.
-BeritaHairan

Rosmah jadi Pemangku PM?

Label:

Malas nak ulas isu ni. semua dah tahu. Faham-faham sendiri la....

Saya petik:

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mewakili Perdana Menteri dalam majlis yang tidak boleh disertainya menimbulkan pelbagai persoalan kini apakah beliau adalah pemangku perdana menteri.

"Saya keliru. Jika PM tidak sihat, bukankah sepatutnya timbalan perdana menteri yang mewakili beliau dan kerajaan, dan bukan Rosmah? Atau dia (Rosmah) pemangku PM," kata Malik Imtiaz Sharwa seorang peguam terkenal dalam twitternya.

Semalam, Rosmah telah berucap mewakili PM di Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox dan diminta berehat oleh doktor.

Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar itu.

Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.
-harakahdaily

Sanggup Memandu lori beratus km untuk "memadu kasih"" dengan kekasih di IPT

Label:

Saya petik:

[SH] PETALING JAYA – Demi nafsu, seorang pemandu lori sanggup menempuh perjalanan yang jauh dari Gerik Perak, semata-mata mahu memadu asrama bersama kekasih tercinta yang juga seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Shah Alam.

Walau bagaimanapun, hasrat itu terbantut apabila bilik hotel mereka diserbu sepasukan pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di PJS 8, semalam.

Terdahulu penguat kuasa terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum pasangan terbabit membuka pintu.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan yang sah dan dikenakan tindakan kerana disyaki berkhalwat.

Ketika disoal siasat gadis berkenaan memberi alasan mahu berehat selepas sehari suntuk berjalan sebelum dihantar pulang oleh kekasihnya.

Ketua Unit Tindakan Khas Jais Mohd Haffizi Mohd Roslan berkata, kedua-dua pasangan ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya pasangan itu akan menjalani tempoh jaminan dan ibu bapa mereka akan dipanggil untuk melengkapkan siasatan.

“Mereka akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 29 (1) Enakmen jenayah syariah Selangor 9/95 kerana berdua-duaan tanpa ikatan sah.

Dalam serbuan lain di lokasi yang sama tiga lelaki dan enam wanita Islam berusia awal 20-an ditahan ketika bersukaria di sebuah kelab malam.

“Ketiga-tiga lelaki dikenakan kerana didapati minum minuman keras manakala wanita dikenakan tindakan kerana berpakaian tidak senonoh dan menjolok mata.

Katanya, kedua-dua wanita terbabit ditahan untuk diambil butiran diri dan akan dipanggil semula untuk sesi kaunseling yang dikendalikan oleh pihak Jais.

Tindakan diambil di bawah Seksyen 18 dan Sekysen 10 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM 3000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
ADUN DAP Sekincan ditumbuk ahli umno Batu Karang?
Sabtu, November 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM 6 NOV 10: ADUN Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim dimasukkan hospital kerana gegaran otak selepas mendakwa ditumbuk oleh 30 orang kelmarin.

Masih bersemangat tinggi, Ng ketika dihubungi Malaysiakini berharap dapat hadir pada hari kedua sidang DUN Selangor Selasa ini.

Menurut Ng, selepas membuat laporan polis mendakwa dipukul di sebuah kunci air di Tanjung Karang Khamis lalu, beliau berasa pening dan bergegas ke Pusat Perubatan Subang Jaya.

"Saya ditumbuk tiga kali di kepala," dakwanya sambil memberitahu doktor membenarkannya keluar wad esok.

Dalam laporannya polisnya sebelum ini, NG mendakwa dipukul oleh sekumpulan yang disyakinya ahli Umno Tanjong Karang ketika bertemu dengan petani kawasan itu bagi mendengar rintihan tentang isu harga padi.

Timbalan pengerusi Umno Selangor yang juga ketua Umno bahagian itu Datuk Seri Noh Omar bagaimanapun menyifatkan tuduhan Ng terhadap ahli Umno itu sebagai "mengarut".
-Malaysiakini
PAS kalah di Galas kerana faktor...
Sabtu, November 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Ketua Pemuda PAS Gua Musang)

Mungkin ini salah satu faktor PAS kalah di Galas...

Saya petik:

[FMT] GALAS: Mengapa PAS kalah teruk dalam pilihanraya kecil Galas pada hari Khamis lalu? Dr Zulkifli Mohammad kalah 1.190 kepada Abdul Aziz Yusof.

Aziz mendapat 5,324 undi, Dr Zulkifli 4, 134 undi. Aziz adalah setiausaha Umno Gua Musang, Dr Zulkifli pula ketua PAS Gua Musang.

Cakap-cakap di Galas ialah Dr Zulkifli sebenarnya bukan calon pilihan pengundi PAS untuk Galas. Ia calon pucuk pimpinan PAS.

Dalam undian untuk memilih calon, Dr Zulkifli bukan nama yang berada di tempat teratas. Menjadi dasar PAS untuk mengundi beberapa nama sebelum diputuskan untuk menjadi calon PAS.

"Orang yang dapat tempat teratas ialah Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husin. Orang panggil dia Ustaz Abdullah.

"Orang PAS Galas hendak Ustaz Abdullah lawan Aziz. Tetapi tiba-tiba menjadi calon.

"Dr Zul (panggilan untuk Dr ZuIkifli) bukan calon pilihan pengundi PAS Galas tetapi pilihan pemimpin," kata seorang pemimpin PAS ketika ditemui di bandar Gua Musang, pagi Jumaat lalu.

Beliau berkata, jika parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi, akibatnya calon berkenaan akan kalah.

Katanya, walaupun pada pandangan mata pemimpin calon itu baik tetapi pengundi mempunyai cita rasa mereka sendiri.

"Dalam kes Dr Zul, ramai pengundi PAS berkata beliau tidak sesuai lagi menjadi calon Galas kerana sudah kalah dalam pilihanraya lalu ketika bertanding kerusi parlimen Gua Musang.

"Ini kawasan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah). Mana boleh kita letak calon sembarangan.

"Jangan kata kita menang di Galas pada 2008 kerana kita akan kuat selalu. Itu faktor nasib," katanya.

Dalam pilihanraya umum 2008, calon PAS Che Hashim Sulaima mengalahkan calon BN, Saufi Deraman.

Bagaimanapun Che Hashim meninggal dunia 29 September lalu akibat barah.
Adik Sultan Brunei miliki patung erotik bernilai RM33.9 juta?
Jumaat, November 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KOSMO] MANHATTAN - Putera Jefri Bolkiah (gambar) yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah meminta seorang hakim di sini, menghalang juri daripada melihat empat buah patung yang menunjukkannya sedang bersetubuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Permintaan itu disampaikan oleh pasukan peguam Putera Jefri menjelang satu kes sivil terhadap dua bekas peguamnya, Thomas Derbyshire dan Faith Zaman.

Semua patung erotik tersebut disimpan di rumah mewah berharga AS$11 juta (RM33.9 juta) milik putera itu di sini, New York, Amerika Syarikat.

Menurut Mark Cymrot yang mewakili Derbyshire dan Faith patung-patung tersebut diukir oleh seorang artis terkenal, J. Seward Johnson.

Sebuah patung tersebut katanya, menggambarkan Putera Jefri manakala sebuah patung lagi menggambarkan seorang tunangnya. Dua patung yang lain menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

"Muka saya merah kerana segan melihat patung-patung itu," kata Cymrot.

Putera Jefri menyaman kedua-dua peguam itu kerana mendakwa mereka melakukan penyelewengan berjumlah jutaan dolar semasa bekerja untuknya antara tahun 2004 hingga 2006. - Agensi

Terkini: BN-2 PR-0
Khamis, November 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Keputusan:

Galas

BN: 5,177
PAS: 3,744
MAJORITI: 1,433

Batu Sapi

(Tidak Rasmi)
8.00pm:
Linda Tsen (BN-PBS) -8,538
Yong Teck Lee (SAPP) -2,007
Ansari Abdullah (PKR) - 3,281
Undi rosak votes - 420
Majoriti -5,257

Faktor kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi:
- Guna politik wang. Pengundi di Galas dapat RM250 seorang
- Kertas undi tiada logo parti, hanya letak nama calon sahaja
- Guna Helikopter untuk membawa peti undi tanpa disertai wakil dari PR
- Pengundi hantu masih tak dapat di kesan
- Orang asli diperbodohkan oleh UMNO.

Tahniah umno-apco!!!
Umno agih wang "ihsan" di Galas
Khamis, November 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Barisan panjang kelihatan di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Kira-kira 12.30 tengah hari tadi, orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.

Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.

Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.

Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof.
- Malaysiakini
Syarikat kosmetik milik Sosilawati disaman dua lelaki
Khamis, November 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Pengasas Nouvelle Beauty, Allahyarhamah Sosilawati)

KUALA LUMPUR - Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada 5 Ogos lalu itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan.

Media memperoleh writ saman itu melalui carian fail di mahkamah semalam.

Saman itu difailkan 25 hari sebelum Sosilawati, 47, ditemui mati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semalam kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.

Peguam S H Tang yang mewakili dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes itu disebut. Bagaimanapun tiada peguam yang hadir bagi mewakili Nouvelle Beauty.

Mahkamah menetapkan 1 Disember ini bagi mendengar permohonan Low dan Lim untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty kerana Nouvelle Beauty gagal memfailkan balasan selepas 14 hari saman dikemukakan kepada mereka.

Permohonan didengar di hadapan Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof.

Dalam writ samannya, Low dan Lim mendakwa mengikut surat tawaran dipersetujui dan ditandatangani pihak atau wakil Nouvelle Beauty, pada 2 April lalu, defendan bersetuju menjual sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama kedai pejabat empat tingkat yang dibina di tanah itu, milik Nouvelle Beauty, kepada mereka pada harga RM3 juta.

Low dan Lim berkata, mereka sudah membayar wang kesungguhan RM60,000 semasa surat tawaran jual beli hartanah itu ditandatangani dan baki deposit RM240,000 akan dibayar semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Baki RM2,700,000 pula akan dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani, kata mereka. - Bernam
PRK Galas: Pengundi hantu ditangkap!!
Khamis, November 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

GALAS - Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberi amaran kepada pengundi hantu agar menjauhi peti undi sekiranya tidak mahu ditangkap ketika pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas yang berlangsung hari ini.

Menurut beliau, PAS telah mengenalpasti dan mempunyai senarai nama 2000 orang pengundi tidak berdaftar yang dijangka hadir ke pusat pengundian.

"Kita dapat maklumat yang agak lebih terperinci bahawa pengundi hantu ini berasal luar daripada Kelantan dan berasal dari Johor, lebih kurang 100 orang telah sampai di sini.

"Kita optimis dapat menangkap individu terbabit sekiranya didapati ada cubaan untuk membuang undi.

"PAS akan menempatkan 29 orang peguam bersama Unit Tindakan Khas (UTK) Keselamatan PAS di 13 peti undi seluruh daerah itu memantau pergerakan pengundi hantu," ujar beliau dalam sidang media yang diadakan hari ini, di sini.

Beliau turut memberikan amaran kepada individu berkenaan agar tidak keluar mengundi jika tidak mahu diri mereka ditangkap oleh petugas UTK PAS.

Tambahnya, tindakan tersebut adalah usaha bagi membantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membanteras gejala pegundi hantu yang sering berlaku sewaktu pilihanraya.

Beliau dalam pada itu turut melahirkan keyakinan untuk menarik pengundi Cina yang dijangka akan menyumbangkan 6 peratus untuk kerusi tersebut.

"Pengundi Gua Musang ini lebih mengutamakan calon daripada parti. Parti jadi nombor dua. Jadi oleh kerana itu kita yakin calon kita ini mempunyai potensi besar menarik orang atas pagar untuk menarik golongan-golongan ini terutama orang Cina untuk menyokong kita," jelas beliau lagi.

"PAS juga akan menempatkan ejen-ejen parti untuk memujuk pengundi di kawasan tumpuan pengundi atas pagar yang puratanya 34 peratus dan rata-rata berbangsa Melayu," kata beliau.
-s/keadilan
PM langgan pelacur kelas atasan
Khamis, November 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Nadia Macri)

Saya petik:

[KS] ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi yang cukup terkenal dengan sikap suka berfoya-foya berdepan satu dakwaan terbaru apabila beliau dikatakan membayar seorang pelacur kelas atasan untuk mendapatkan khidmat seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur cantik bernama Nadia Macri itu memberitahu dia menghabiskan masa bersama Berlusconi sebanyak dua kali di rumahnya dengan bayaran mencecah AS$14,495 (RM44,738), selain diberi barangan kemas.

Nadia yang berusia 28 tahun itu turut mendakwa melihat Berlusconi melakukan hubungan seks dengan beberapa orang wanita di dalam sebuah jakuzi.

Dakwaan itu dibuat dalam satu kenyataan kepada pihak pendakwa raya yang melakukan siasatan berhubung parti-parti seks dan dadah yang diadakan di rumah percutian milik Berlusconi.

Nadia menyatakan, ganja ditawarkan kepada wanita-wanita pada parti itu.

Menurutnya, dadah itu ada di dalam pesawat rasmi Berlusconi.

Jika benar, dakwaan tersebut boleh menjejaskan karier Perdana Menteri itu.

Peguam Berlusconi, Niccolo Ghedini bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

"Tiada perkara yang tidak senonoh berlaku di rumah Berlusconi," katanya.

Kenyataan Nadia setebal 300 muka surat itu bocor kepada media Itali.

Sebelum ini, Berlusconi mendapat liputan meluas berikutan hubungannya dengan seorang penari gelek, Karima Keyek yang berumur 18 tahun. - Agensi

Panggil Tok Guru Syaitan: Noor Deris dituntut mohon maaf
Khamis, November 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai

GUA MUSANG - Bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Mohd Nor Deris diminta memohon maaf dalam tempoh 24 jam bermula selepas laporan polis dibuat berikutan tindakannya menghina Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan panggilan syaitan.

Majlis Tindakan Dun (MTD) Galas memohon tokoh agama Umno Kelantan bertindak demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Gua Musang hari ini (3 Nov).

“Sekiranya Ustaz Nor Idris tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya,” kata Timbalan Pengarah MTD Dun berkenaan, Drs Mohd Zaki Mat Zin selepas membuat laporan polis terhadap Ustaz Nor.

Menurutnya laporan polis juga dibuat terhadap rakaman VCD yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz termasuk rombongan ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad yang disifatkan Nor sebagai syaitan.

Pada kunjungan sebelum ini Menteri Besar bersama 30 ahli rombongan menziarahi keluarga bekas Adun Galas di RPT Sungai Terah.

Sementara itu DAP membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 1.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil DAP Dun Galas, Su Keong Siong.

Laporan polis itu dibuat berhubung laporan sebuah akhbar harian yang bertajuk ‘tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau’.

Menurut Siong laporan akhbar yang dipetik dari kenyataan Ali berunsur fitnah dan berniat jahat dengan tujuan dengki dan benci.

“Lim Kit Siang tidak pernah berada atau menghadiri siri ceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk Penasihat PKR dalam siri ceramah kempen pilihanraya kecil di Galas,” ujarnya.

Katanya, kenyataan berkenaan jelas mahu mencetus permusuhan antara kaum dan agama serta bertentanan dengan Akta Hasutan 1978 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Kita membuat laporan polis hari ini dan berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan fitnah Datuk Seri Ali,” ujarnya.

Akhbar semalam melaporkan Ali sebagai berkata tindakan Kit Siang adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Ali mendakwa kenyataan Kit Siang dibuat pada ceramah yang dihadiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim RPT Sungai Terah.

Pada masa yang sama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSY dan Organisasi Wanita DAP turut membuat aduan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Putrajaya, Hisamudin Yahya dan penerbitan artikel, Berita Harian.

Menurut Kok Seong, pihaknya membuat laporan polis terhadap Hishamudin kerana membuat laporan polis berhubung laporan palsu Ali.
-harakahdaily
VIDEO: Siapakah Syaitan yang Sebenarnya?
Rabu, November 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Anda nilailah sendiri kata-kata si lelaki ini....Layakkah digelar ustaz?

Pakcik Sukarelawan didakwa cabul tiga gadis pusat jagaan
Rabu, November 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Rosaklah anak-anak gadis di pusat jagaan jika ada sukarelawan spesis ini.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tiga remaja belasan tahun yang juga penghuni sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama, di sini, mendakwa pernah dicabul seorang sukarelawan yang dikatakan sengaja bertindak melondehkan seluar selain memegang kemaluan mereka.

Remaja terbabit yang enggan namanya didedahkan mendakwa dia bersama dua rakan lain berusia 14 dan 15 tahun pernah dicabul sukarelawan lelaki berusia 50-an terbabit yang kerap datang ke pusat itu.

Mangsa yang berusia 17 tahun berkata, pengalaman memalukan itu berlaku pada Jun lalu ketika dia dan rakan lain sedang tidur di pusat jagaan berkenaan selepas bermain komputer di ruang tamu.

“Ketika sedang tidur, lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke dalam bilik sebelum sengaja menarik seluar kami. Dia kemudian menyentuh kemaluan kami.

“Bagaimanapun kami sangat takut dan berpura-pura tidur kerana bimbang sesuatu tidak baik berlaku. Dia akhirnya beredar pergi dengan meninggalkan kami begitu sahaja,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sejak kejadian memalukan itu, dia dan rakan lain hilang rasa hormat terhadap lelaki berkenaan yang sebelum ini dianggap seperti pak cik mereka.

Sementara itu, sukarelawan yang dituduh mencabul terbabit sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan selepas dipercayai ada kaitan dengan laporan kes cabul terhadap 10 kanak- kanak sebuah pusat jagaan di Jalan Klang Lama di sini.

Suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) petang semalam sebelum diambil keterangan lebih sejam oleh pegawai penyiasat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah berkata, sebaik keterangan diambil, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, Sabtu lalu, kira-kira 10 kanak-kanak pusat jagaan itu hadir ke IPKKL bersama pengurus pusat jagaan berkenaan untuk memberi keterangan.

Isu Banglo Mewah: Khir Toyo perlu fail jawapan pembelaan
Rabu, November 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Rumah mewah Khir Toyo)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan sehingga 3 Disember ini untuk Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memfailkan jawapan pembelaan yang difailkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disamannya selepas mendakwa wakil rakyat itu memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur mengeluarkan perintah itu selepas prosiding dalam kamar oleh peguam M Athimulan yang mewakili Mohamad Khir dan peguam M Manoharan yang mewakili ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Pada 25 Oktober lalu, Mankiranjit menetapkan semalam tarikh bagi Mohamad Khir memberi penjelasan mengapa fitnah yang difailkan terhadap Suee Lim itu tidak boleh dibatalkan apabila beliau tidak mengambil sebarang tindakan selepas tujuh bulan wakil rakyat DAP itu memfailkan pembelaannya pada 26 Mac lalu.
Manoharan yang ditemui di luar mahkamah, berkata Mankiranjit menetapkan tarikh itu bagi Dr Mohamad Khir memfailkan jawapannya terhadap pembelaan yang difailkan Suee Lim.

Pada 7 Januari lalu, plaintif memfailkan saman fitnah yang tidak dinyatakan jumlahnya terhadap Suee Lim yang didakwa memfitnahnya berhubung isu banglo mewah di Seksyen 7, di sini, melalui artikel yang didakwa berbaur fitnah disiarkan akhbar The Star, bertarikh 7 Julai 2009.

Dalam tuntutan saman fitnah itu, Dr Mohamad Khir menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk selain memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

-BeritaHairan
Isteri tentera pula didaftar pengundi pos
Rabu, November 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

TASEK GELUGOR: PAS Negeri Pulau Pinang mendakwa satu lagi penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila bertindak mendaftar isteri tentera sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Fadzil Kemi ketika dalam sidang media di Pejabat Parti Keadilan Cabang Tasek Gelugor semalam menegaskan, yang peliknya SPR tidak pun memaklumkan kepada isteri tentera terbabit bahawa mereka telah menukar status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos.

Sedangkan, katanya jika mahu berbuat demikian seseorang isteri tentera harus mengisi borang 1 bukan boleh melakukan tanpa pengetahuan mereka terlebih dahulu.

Walhal isteri tentera sebelum ini, ujarnyaadalah pengundi awam yang tertera dalam daftar pemilih dan bercanggah dengan peraturan-peraturan pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) pindaan 2002 dalam seksyen 2(b) yang mana isteri seorang anggota tentera diberi pilihan sama ada mahu mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (undi pos) atau pengundi awam.

"PAS Pulau Pinang mendapati apa yang berlaku terhadap 630 orang isteri tentera di Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Air Tawar sebagai undi Pos diragui kerana mereka tidak pun dimaklumkan tentang status pemilih mereka sebelum ini," ujarnya sebagaimana yang terdapat pada pertambahan undi Pos dalam Pendaftar Pemilih Tambahan (DTP) suku ketiga 2010.

Katanya, menjadi persoalan sekarang ialah nama mereka diletakkan di bawah pengundi baru sedangkan mereka mendaftar dan mengundi beberapa kali sebelum ini.

Tambahnya, ia juga bertentangan dengan sistem SPR yang tidak akan membenarkan pendaftaran baru bagi orang yang pernah mendaftar.

Contohnya, Nazirah Mahmood yang sebelum ini mengundi di Jarak, Tasek Gelugor dalam Dun Permatang Berangan tetapi kini namanya tiada lagi sebagai pengundi awam sebaliknya diletakan di daerah mengundi Jalan Masjid dalam Dun Teluk Air Tawar.

"Bila ditanya beliau mengatakan tidak pernah memohon pertukaran status pemilih dari pengundi awam ke pengundi pos. Walaupun beliau seorang isteri tentera namun lebih senang memilih mengundi cara awam daripada pos," katanya yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Jika begitu, sambung Fadhil, ianya berkemungkinan mempunyai agenda tertentu untuk menggunakan undi pos sebagai 'fixed deposit' dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Sertai sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man, Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mohd Nasir Mohamed dan Setiausaha DAP Bahagian Bagan, Francis Ong Koon Liak.

-Dialog rakyat

Umno Bawa Piala Malaysia sebagai bahan kempen di Galas.
Selasa, November 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Sungguh terdesak umno-apco ni. Kerana sudah bankrap isu, Piala Malaysia menjadi mangsa. Dibawanya ke Galas. Buat kempen... Seronok mereka pegang dan sambut menyambut piala itu. Kesian umno...Nak termuntah aku tengok...
Pelajar Tahun 6 dirogol ketika ponteng sekolah
Selasa, November 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Wahai pelajar, jadikan iktibar!!!

Saya petik:

[SH] KLANG – Gara-gara tidak mahu aktiviti pontengnya diketahui, seorang murid dirogol di sebuah bilik di klinik pergigian, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, dikenali sebagai Imah, 12, yang masih menuntut dalam tahun enam di sebuah sekolah di sekitar Klang mengunjungi pusat karaoke bersama dua rakannya.

Sumber polis berkata, semasa berada di bilik karaoke dan ketika masing-masing sibuk mendengar lagu yang dinyanyikan rakan lain, suspek dikenali sebagai Sulaiman dan rakannya mendekati mangsa sebelum bertindak merampas telefon bimbit dari tangannya.

“Dalam masa yang sama, suspek memberi amaran akan memaklumkan berkenaan tindakan mangsa ponteng sekolah kepada keluarganya.

“Mangsa yang terkejut cuba merampas semula telefonnya, namun gagal. Suspek bertindak melarikan diri dengan keluar daripada bilik berkenaan dan menuju ke tingkat atas sebuah klinik tidak jauh dari pusat karaoke itu,” katanya.

Menurutnya, suspek memperdaya mangsa supaya mengikutnya ke atas jika inginkan semula telefon bimbitnya.

“Mangsa yang terdesak dan ketakutan segera mengikut lelaki itu sehingga ke sebuah bilik yang terdapat di klinik berkenaan.

“Setibanya di situ, suspek bertindak menarik badan mangsa sebelum mencium dan meraba lalu membuka seluar panjang yang dipakai mangsa dan terus merogolnya.

Beliau berkata, sebaik keluar dari bilik itu, rakan suspek yang berada di situ turut memperdaya mangsa dengan mengugut untuk memaklumkan kepada keluarganya yang suspek telah merogolnya.

“Rakan suspek bertindak sedemikian semata-mata mahu mengambil kesempatan sepertimana yang dilakukan rakannya. Bagaimanapun, tindakannya gagal apabila mangsa tidak mempedulikannya lalu terus berlari turun ke bawah.

“Dua rakan mangsa yang terkejut melihat mangsa menangis kemudian membawanya pulang ke rumahnya di Taman Gembira.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, mangsa tidak memaklumkan perkara itu kepada keluarganya kerana khuatir semua rahsianya terbongkar.

“Namun, bapa saudara mangsa yang juga rakan suspek berjaya menghidu perkara itu,” katanya kepada Sinar harian.

Katanya, bapa saudaranya telah memaklumkan perkara itu kepada ibu mangsa sebelum membawanya ke Balai Polis Bandar Baru Klang untuk membuat laporan.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Bagaimanapun menjadi satu kesalahan apabila mangsa yang dirogol berada di bawah umur dan suspek boleh didakwa,” katanya.

Gara-gara jual mercun kepada penonton, tertuduh dipenjara 7 tahun
Selasa, November 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Tak pasal-pasal hidup dalam lokap selama tujuh tahun. Menangis anak bini. Kalau nak cari duit lebih pun jangan la menjual sesuatu yang berbahaya...

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mengaku menjual mercun kepada peminat bola sepak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, di sini, Sabtu lalu, dia dijatuhi hukuman maksimum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret semalam.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Sh Ahmad Sh Othman, 50, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 95 biji mercun pelbagai jenis semasa ditahan di Stesen LRT di stadium itu kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

Sh Ahmad, pekerja kantin sekolah, diarah menjalani hukuman itu berkuatkuasa semalam.

Dia didakwa memiliki 40 biji mercun ’bola’, 40 biji mercun ’ketupat’ dan 15 biji mercun ’bunga api gasing’ semasa ditahan.

Sh Ahmad, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya Majistret Abdullah Siddiq tujuan dia memiliki bahan itu, Sh Ahmad menjawab:” Saya menjual pelbagai barangan termasuk barang permainan dan saya menjual bahan ini untuk pengunjung yang datang ketika perlawanan berlangsung.” Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin. - Bernama
[VIDEO] Sidang Media Soberi Shafii isytihar keluar umno-apco
Selasa, November 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Kecewa kerana umno tidak seperti dulu....Itulah antara sebab Soberi keluar parti. Baguslah kalau dah sedar yang umno & pemimpin-pemimpinnya sudah punah-ranah. Janganlah pula keluar dari umno kerana kecewa kerana sudah tidak ada lagi projek atau jawatan dalam parti....

Bagusnya umno....Mereka tak nak bantuan daripada duit hasil judi walaupun bos mereka luluskan lesen judi....

Saya petik:

BUKIT MERTAJAM: UMNO Pulau Pinang akan menyerahkan wang ehsan berjumlah lebih RM20,000 yang dipulangkan warga tua dan waris masing-masing kepada kerajaan negeri, esok.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan, dijangka mengetuai sekumpulan warga tua yang mengembalikan wang itu untuk menyerahkan duit berkenaan kepada kerajaan negeri, sama ada di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) atau Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini.

Ketua Penerangan UMNO negeri, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata sehingga kini lebih 300 penerima wang ehsan menyerahkan duit yang diterima untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri kerana was-was selepas mengetahui wang itu hasil kegiatan judi.
-BeritaHairan
Rosmah jadi Pemangku PM?
Isnin, November 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai