Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

[TERKINI] ADUN Kerdau, Pahang Meninggal Dunia. Satu lagi PRK!!

Label:

TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi.

Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Al-Fatihah.......

Wartawan Utusan Melaon kena "BELASAH"

Label:

Align Center

MEMALUKAN !! Wartawan Utusan Melaon `terkena' dengan YB Saifuddin. Cubaan untuk memerangkap YB Saifuddin memakan diri, di mana YB Saifuddin mencabar wartawan Utusan Melaon untuk `membayar gaji' wartawan tersebut dengan sebulan gaji Ahli Parlimen jika wartawan tersebut sanggup siarkan kenyataannya dalam akhbar. Terkedu wartawan tersebut.

Berdagang dengan Israel. YB Saifuddin tanya, adakah wartawan utusan tersebut bersetuju? Wartawan Utusan menjawab, tidak setuju. YB Saifuddin berkata, inilah yang dilakukan. Dan, adakah Utusan boleh siarkan berita tersebut? Ikuti sepenuhnya video di atas, menggambarkan betapa rendahnya standard wartawan utusan....

Sumber: wfauzdin.blogspot.com

Beranikah si mamat ini menggesa pemimpin umno DEDAH KEKAYAAN mereka?

Label:

Sepatutnya si mamat ni menggesa pemimpin-pemimpin umno BN supaya mendedahkan aset mereka di dalam di luar negara kepada rakyat, tetapi adakah si mamat ini berani berbuat demikian? Kalau tak berani, saya cadangkan cukuplah si mamat ini meminta hanya kepada ketua umno cawangan sahaja supaya mendedahkan kekayaan mereka...

Kekerapan Anwar ke luar negara pun hendak dijadikan isu...

Saya petik:

Anwar digesa dedah kekayaan

[SH] SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mendedahkan segala aset miliknya untuk dinilai oleh rakyat.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kekayaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sememangnya menjadi persoalan termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri.

"Anwar bukan lagi Timbalan Perdana Menteri tetapi kekerapan beliau ke luar negara telah menjadi isu. Untuk apa, dan atas pembiayaan siapa beliau ke luar negara? Ini yang menjadi persoalan, dua hingga tiga kali beliau keluar (negara) dalam tempoh sebulan," katanya.

Anuar berkata, apa yang menjadi persoalan ialah sama ada gaji dan elaun yang diterima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, adakah mencukupi untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara dengan begitu kerap.

“Kerajaan perlu melihat perkara ini secara serius dan melakukan siasatan. Ini untuk kepentingan negara kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang di Parlimen kita," katanya.

Menurutnya, Anwar perlu menjawab perkara itu jika beliau mahu dilihat telus sebagaimana kata-kata yang beliau sendiri laungkan.

[VIDEO] Suasana di Dataran Tahrir selepas pemimpin pro-Israel ini letak jawatan. Syabas!!

Label:

Saksikan kegembiraan rakyat Mesir yang berjaya menjatuhkan regim Mubarak di Dataran Tahrir

[VIDEO] Ceramah Menarik SRI KANDI PKR (Sya Reformis)

Label:

[VIDEO] Si DARA ini pula berceramah di Selangor!!

Label:

Anda nilailah sendiri...

Kes Hasbi: Siasat secara menyeluruh

Label:

Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 11 FEB: Siasatan menyeluruh perlu dijalankan oleh polis dan kerajaan teerhadap pengubahan wang haram yang didakwa ke atas bekas Setiausaha Politik Menteri yang membabitkan nilai RM 2.13 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Tv Selangor mengesa ia disiasat hingga ke peringkat akar umbi.

Semalam, Hasbie Satar bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dihadapkan ke mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Bagi saya bahawa siasatan harus lebih menyeluruh bukan hanya pada seorang setiausaha politik sebab pengubahan wang haram ini daripada tahun 2000 sehingga tahun 2008 mengikut apa yang telah didakwa sebelum ini ialah berjumlah RM888 bilion, yang dibawa keluar daripada negara kita.

"Ini bermakna bahawa takkanlah Hasbie sahaja seorang yang didakwa dan diseret ke muka pengadilan. Jadi bagi saya bahawa adalah wajar untuk membuat satu siasatan menyeluruh terhadap dakwaan isu pengubahan wang haram ini," katanya.

Mahfuz juga meluahkan pendapatnya bahawa siasatan juga seharusnya dilakukan kepada pihak-pihak lain yang terlibat dalam kes ini.

"Saya kiranya bahawa siasatan juga harus dibuat terhadap berbagai-bagai pihak lagi termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri dan juga menteri-menteri yang lain.

"Tetapi dalam isu Hasbie ini saya kira bahawa Hasbie pernah menjadi setiausaha politik kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaacob yang berkaitan dengan tanggungjawab beliau terhadap sebarang bentuk kelulusan projek-projek yang diluluskan dibawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Mahfuz juga mengharapkan agar siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) haruslah lebih telus dan bukan hanya menangkap 'ikan-ikan kecil' tetapi melepaskan 'ikan-ikan yang lebih besar'

"Yang sangat dipersoalkan telus dan tulusnya SPRM ini kerana daripada RM888 bilion pengubahan wang haram itu hanya dua juta sahaja seorang iaitu Hasbie. Jadi saya tidak fikir yang SPRM tidak mengetahui tentang pengubahan wang haram dalam tempoh lapan tahun berjumlah RM888 bilion. Jadi sebab itu bagi saya bahawa SPRM harus meyakinkan rakyat Malaysia dengan menjalankan satu siasatan yang lebih telus," jelasnya.

Jika bersalah, Hasbie Satar boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Berita ini menakutkan umno Kelantan!!

Label:

Saya petik:

[HD] KOTA BHARU- 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting esok yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok.

Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun.

Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun.

"Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam.

Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan.

"Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam.

Low Yat Kelantan

Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma.

"Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia.

"Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam.

Tanah Arked Uda

Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu.

Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang.

"Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja.

"Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam.

Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka.

"Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam.

Datuk 89 tahun rogol cucu dalam kandang lembu!!

Label:

Manusia akan jadi seperti lembu atau lebih teruk daripada lembu jika nafsu jahat telah menguasai diri...

Saya petik:

[KS] KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

Asal usul "VALENTINE'S DAY" yang anak muda Islam gila sangat untuk menyambutnya!!

Label:

Valentine's Day atau memperingati Hari Kekasih disambut oleh masyarakat Rom sebelum abad ke-17 sebagai HARI MENCINTAI TUHAN atau PATUNG PUJAAN mereka pada tarikh 14 Februari setiap tahun.

Mereka mengadakan sambutan besar-besaran dengan menyembelih ANJING dan KAMBING betina. Darahnya dilumur pada tubuh dua pemuda dan kemudiannya dibasuh dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda tersebut memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan mencalitkan darah tersebut kepada sesiapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis Rom amat gembira jika mereka dicalit oleh pemuda tersebut kerana mereka percaya tidak akan mandul dan boleh mengandung.

Valentine's Day atau memperingati Hari Kekasih bukan budaya Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kita perlu sedar bahawa golongan yang tidak senang dengan Islam akan cuba menghancurkan Islam dengan berbagai-bagai cara. Mereka berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk hiburan yang bercanggah dengan syarak. Antaranya ialah menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti merayakan hari kekasih. Ini merupakan ancaman yang boleh melemahkan umat Islam.

Kepada anak-anak muda Islam yang ingin meraikan hari kekasih, tak usahlah. Janganlah kerana hari tersebut akidah anda tergadai!!

Berita Berkaitan: Jakim Lancar Kempen Anti Hari Valentine

(Gambar sekadar hiasan)

[SEDIH] Isteri "Facebook" hilang selepas 21 hari berkahwin...

Label:

Saya petik:

[HM] ALOR GAJAH: “Sejak dia menghilangkan diri, saya sentiasa berfikir dan tertanya-tanya pada diri apakah kesalahan besar dilakukan hingga isteri baru dikahwini tergamak meninggalkan rumah tanpa sebarang pesan ketika inai masih merah di jari.”

Begitu keluhan penternak lembu, Nurshahrul Affandi Hashim, 25, dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang, selepas isterinya, Nurhidayah Shamsuddin, 20, dari Taman Seri Jaya, Kluang, Johor, didapati hilang selepas 21 hari mereka bergelar suami isteri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 28 Januari lalu, Nurhidayah dikatakan keluar dari rumah menuju ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli kredit tambah nilai dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego.

Nurshahrul berkata, ketika kejadian isterinya keluar dengan memakai kemeja T berwarna merah jambu dan berseluar sukan tanpa memakai topi keledar dengan mendakwa mahu keluar sekejap sebelum dipercayai bertemu seorang rakannya.

Menurutnya, dia kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada isterinya kira-kira jam 1.30 tengah hari pada hari kejadian selepas lama menunggu sebelum dibalas dengan memaklumkan berada di rumah rakannya dan ia adalah SMS terakhir daripada isterinya.

Katanya, pada masa sama, Nurhidayah turut memaklumkan tidak boleh pulang disebabkan hujan begitu lebat menyebabkannya berusaha menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi tidak berjawab sebelum ia terus dimatikan.

“Saya terus menunggu hingga keesokan harinya, tetapi Nurhidayah masih tidak muncul sehingga timbul pelbagai perkara merunsingkan kerana tidak menyangka isteri yang dikenali menerusi laman sembang sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu, menghilangkan diri.

“Masalahnya, kami kini sudah bergelar suami isteri dan dia tidak sepatutnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah walaupun mempunyai masalah, sebaliknya masih boleh berbincang untuk kebaikan bersama,” katanya.

Katanya, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang, tetapi tidak pasti status kehilangan isterinya sama ada mengikut orang atau dihanyutkan air banjir.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Nurhidayah diharap dapat menghubunginya di talian 017-9653293 atau balai polis berhampiran.

(Gambar sekadar hiasan)

Pelajar lelaki dan perempuan dicekup dalam rumah. Agak-agaknya apa yang mereka lakukan?

Label:

Kalau dah ponteng sekolah, macam-macam aktiviti negatif yang akan mereka lakukan. Hisap rokok sudah tentu. Malah ada yang berani menghisap dadah, minum minuman keras, tonton filem lucah, seks bebas dan macam-macam lagi. Apa nak jadi dengan pelajar kita?

Saya petik:

21 Pelajar Ponteng Ditahan Dalam Rumah Teres

[MStar] KANGAR: Dua puluh satu pelajar termasuk dua pelajar perempuan berusia 14 yang dipercayai ponteng sekolah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan dekat sini, Rabu.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 17 pelajar sebuah sekolah menengah dan empat penuntut kolej berhampiran kawasan itu.

Serbuan pada pukul 12 tengah hari itu membabitkan lima anggota polis, pengetua dan dua guru disiplin sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata ketika serbuan dibuat, kesemua pelajar itu sedang melepak dan ada yang menghisap rokok dalam rumah berkenaan yang berkunci dari dalam.

"Polis menunggu hampir lima minit untuk mereka membuka pintu dan ada di kalangan mereka berpakaian sekolah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini.

Beliau berkata rumah itu disewa oleh seorang daripada penuntut kolej dan premis itu sering dijadikan sebagai 'port' untuk mereka yang ponteng sekolah.

Kesemua 21 pelajar yang ditahan itu berusia 14 hingga 20 tahun dan mereka akan menjalani ujian saringan air kencing dan proses dokumentasi, katanya.

Ismail berkata pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.

Beliau berkata serbuan terhadap rumah teres itu dibuat berikutan aduan penduduk di taman perumahan itu yang mendakwa pelajar terbabit sering membuat bising di rumah berkenaan. - BERNAMA

(Gambar sekadar hiasan)

ANAK DARA dijadikan barang cagaran. Gila!!

Label:

Tahi judi punya pasal!!

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.

“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.

(Gambar sekadar hiasan)

Ada tak pemimpin Malaysia kaya seperti Mubarak?

Label:

Saya petik:

Kekayaan keluarga Mubarak cecah RM212b

[SH] KAHERAH - Kekayaan keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak boleh mencecah AS$70 bilion (RM212 bilion), di mana kebanyakan kekayaannya berada dalam Bank Britain dan Switzerland atau terikat dengan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pantai Laut Merah, menurut analisis Timur Tengah, kelmarin.

Selepas 30 tahun memerintah, Mubarak mempunyai akses kepada transaksi pelaburan yang membawa pulang keuntungan ratusan juta pound.

Agensi akhbar Arab, Al Khabar melaporkan, Mubarak mempunyai harta di Manhattan, New York dan Beverly Hills, California.

Profesor fakulti politik sains Universiti Princeton, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan yang dimiliki Mubarak setanding dengan kekayaan pemimpin besar di negara Teluk yang lain.

"Keuntungan yang dikaut kebanyakannya daripada khidmatnya dalam tentera dan kerajaan di kumpul untuk kekayaan peribadinya. Berlaku banyak kes rasuah dalam rejim ini.

"Ini adalah corak diktator Timur Tengah supaya keyaan mereka tidak diambil ketika berlaku peralihan kuasa," katanya.

Laporan Al Khabar menunjukkan beberapa syarikat besar negara Barat yang bekerjasama dengan Mubarak, menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta (RM46 juta) setahun.

[VIDEO] Anwar akan lantik Najib sebagai Duta Besar ke Mongolia jika PR perintah Malaysia, bukan ke penjara!! haha...

Label:

Itulah antara "jenaka" Anwar kepada Najib dalam ceramah beliau di Gopeng, Perak. Bukannya sikap beliau untuk memenjarakan musuh politik sesuka hati...

[VIDEO] Bertumbuk kerana kemalangan!!

Label:

1Malaysia bertumbuk beb!! Siap dengan aksi kungfu lagi. Gila!!

(Gambar hiasan)

Guru ini kemaruk seks!!

Label:

Saya petik:

[SH] KOTA BHARU – Perlakuan luar batasan kemanusiaan seorang guru yang cuba rogol pelajarnya sendiri, empat tahun lalu akhirnya menerima padah apabila dia dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mohd Nasir Ab Rahman, guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas, didapati bersalah cuba merogol mangsa yang ketika itu berada di tingkatan tiga sekolah berkenaan.

Dia melakukan perbuatan itu di PT1832 Kampung Gaal, Nering, Rantau Panjang, kira-kira jam 12 tengahari, 14 April 2007.

Sebelum itu, kira-kira jam 3.30 petang, 16 Mac tahun sama, dia juga bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa ketika di bilik unit peperiksaan sekolah itu.

Tidak cukup dengan itu, ketika ditahan 24 April tahun itu, pemeriksaan mendapati Mohd Nasir memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya, kira-kira jam 11.25 malam.

Dia bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (guna kekerasan niat mencabul), Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 (cubaan merogol) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar lucah.

Mohd Nasir pada mulanya tidak mengaku dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan akhirnya disabitkan kesalahan dan dihukum lima, lapan dan dua tahun penjara bagi setiap kesalahan, tetapi hukuman berjalan serentak berkuatkuasa, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Zainal L Salleh dalam prosiding jam 10.30 pagi semalam berkata, sebagai golongan pendidik, Mohd Nasir sepatutnya membimbing pelajar, bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka.

”Sebagai guru, dia melakukan satu perbuatan sangat jijik terhadap pelajarnya sendiri,” katanya.

Peguam bela, Shamsul Bahrin Abdullah memohon mahkamah menangguhkan hukuman atas faktor kesihatan anak guamnya yang mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan dan jaminan RM10,000 dinaikkan kepada RM15,000.

TRAJIS: Ibu campak anak dari tingkat 6

Label:

Saya petik:

[HM] SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.

Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.

“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.

Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

“Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

“Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

“Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kanak-kanak ini muntah makan COKLAT BERULAT!!

Label:

AHMAD SAIFOL menunjukkan coklat yang sudah rosak.

Saya petik:

[BH] TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini akibat muntah dan mengadu sakit perut selepas memakan coklat berulat serta mempunyai serangga.

Ahmad Saifol Alimi, dari Kampung Langkap, dekat sini menjamah coklat berjenama terkenal yang dibeli bapanya dari sebuah pasar mini berdekatan rumahnya tanpa menyedari coklat itu sudah berada dalam keadaan tidak baik.

Bapa Ahmad Saifol, Alimi Tamin, 32, berkata anaknya begitu gembira ketika menjamah coklat itu pada 29 Januari lalu tetapi mengadu sakit perut dan terus muntah kira-kira 15 minit kemudian.

“Sebaik melihat dia muntah, saya terus membawa dia ke hospital dan doktor yang merawat Ahmad Saifol memaklumkan anak saya mengalami keracunan makanan.

“Apabila tiba di rumah, saya terus memeriksa tarikh luput coklat itu dan hairan apabila mendapati tarikh luputnya pada 11 Disember 2011.

“Isteri saya yang memeriksa coklat itu terkejut apabila mendapati sebahagian coklat yang saya beli itu sudah rosak, berkulat serta menemui beberapa ekor ulat dan serangga seperti anak kumbang di dalamnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Alimin yang berniaga gerai makanan berkata, dia setakat ini gagal mendapat penjelasan sewajarnya daripada pemilik pasar mini berkenaan.

Gadis ini penagih serbuk pencuci!!

Label:

(Gambar: Tempestt Henderson sedang menjilat sebuk pencuci)

Gila!! Macam la tiada benda lain untuk dimakan.

Saya petik:
[KS] MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.
Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.
Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi

Pendedahan WikiLeaks: Naib Presiden Mesir rapat dengan ISRAEL laknatullah!!

Label:

Saya petik:

[MK] Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

Pada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya. - AFP

Gambar mangsa rogol dan pukul hingga koma

Label:

HAMDAN menunjukkan gambar mangsa yang koma pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, Seremban, semalam.

Saya petik:

Polis cari waris mangsa untuk bantu siasatan

[BH] SEREMBAN: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bagi seorang gadis berusia awal 20-an menjadi kenangan pahit seumur hidupnya apabila dirogol beramai-ramai dan dipukul hingga koma sebelum ditinggalkan di tepi jalan pekan Lukut, Port Dickson, Jumaat lalu.
.

Mangsa yang memakai kemeja-T tanpa kolar merah jambu dengan seluar pendek paras paha dan tidak berkasut, ditemui orang awam terbaring tidak sedarkan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat di pekan Lukut, kira-kira jam 6.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) berikutan kecederaan parah dialaminya.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak belakang kepalanya retak dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul, selain kecederaan lain pada tubuh, termasuk kesan calar pada kedua-dua tangan dan lututnya akibat diseret.

“Mangsa yang masih koma kini menerima rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis percaya mangsa berketurunan Cina dirogol dengan kejam oleh lebih daripada seorang suspek, berdasarkan kesan kecederaan pada keseluruhan tubuhnya.
Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta keluarga yang kehilangan saudara menyerupai gambaran mangsa supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fadilawati Borhan di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, sehingga semalam tiada laporan polis mengenai kehilangan gadis yang menyerupai mangsa, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

P/s: Berhati-hatilah dengan orang yang ada di sekeliling anda kerana mereka itu mungkin menghidapi penyakit GILA SEKS!!

Lagi bukti umno BN bijak memerintah!!

Label:

Saya petik:

'Kos kapal tentera laut mahal 870 peratus'

[MK] Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. NONE

Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.

Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.

"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

Maksiat di lebuh raya!!

Label:

Kerja gila!! Buat projek dalam kereta. Anda tentu dapat bayangkan apa yang mereka lakukan kalau lelaki dan perempuan bersama...

Saya petik:

Kereta dipandu bergerak terhoyong-hayang akibat pemandu hilang tumpuan asyik layan nafsu

[BH] PAROI: Segelintir pasangan kekasih dikesan menjadikan laluan kecemasan Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) berhampiran Taman Bukit Margosa di sini, sebagai `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap.
Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan berkenaan.

Ada sesetengah pasangan turut dipercayai melakukan aksi maksiat itu di dalam kereta yang dipandu perlahan dan sering kali membahayakan pemandu lain kerana dipandu ke kiri dan ke kanan.

Penduduk mendakwa, corak pemanduan berbahaya itu berikutan pemandu terbabit sedang asyik melayan nafsu sehingga tidak dapat memberikan tumpuan ketika memandu.

Aktiviti mereka itu dikesan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Bukit Margosa, yang melakukan rondaan keselamatan setiap malam di kawasan taman berkenaan.

Timbalan Pengerusi SRS, Azizul Rahman Mohd Yusof, 40, berkata pihaknya menemui sekurang-kurangnya empat pasangan memandu kasih di kawasan itu setiap malam antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi.

Beliau berkata, dalam rondaan terbaru kira-kira jam 3 pagi Rabu lalu, pihaknya berjaya mengesan dua pasangan remaja sedang memadu kasih dalam dua kereta berasingan.

"Kegiatan itu dikesan empat anggota SRS yang menunggang dua motosikal lalu mengekori pergerakan kenderaan terbabit. Namun, selepas pasangan itu menyedari diekori, mereka terus memecut laju menghala ke laluan Seremban-Kuala Pilah.

"Kami percaya mereka memilih untuk melakukan kegiatan maksiat itu kerana kawasan berkenaan agak sunyi pada tengah malam dan awal pagi kerana kenderaan agak kurang melalui lebuh raya itu pada waktu berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, katanya mereka seolah-olah tidak memikirkan kesannya kerana tindakan itu boleh mengundang bahaya dilanggar kenderaan lain kerana banyak kes membabitkan kemalangan di lebuh raya termasuk mereka yang meletakkan kenderaan di laluan kecemasan.

Azizul Rahman berkata, pihaknya tidak boleh bertindak menahan kenderaan terbabit kerana ia di luar bidang kuasa mereka, tetapi sekadar memantau bagi memastikan imej taman tidak terjejas selain kegiatan itu dapat dibanteras.

"Kami akan terus memantau kegiatan ini supaya pasangan remaja terbabit tidak terus menjadikan kawasan ini sebagai `port' untuk melakukan maksiat demi kepentingan bersama.

“Ini penting kerana sebelum ini pernah berlaku kes yang mana pasangan remaja terbabit hampir melanggar anggota SRS ketika dikejar," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fadil Baharuddin, 39, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEINS) melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

"Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Jika ada penguatkuasaan, pasti mereka tidak akan melakukan melakukan kegiatan maksiat di kawasan berkenaan," katanya.

(Gambar hiasan)

[PANAS] Skandal pemimpin cawangan umno berkhalwat dengan bini orang masuk metro beb!

Label:

(Gambar isteri mangsa yang ditangkap khalwat)

KESAL...Razif menunjukkan laporan polis berhubung tangkapan khalwat isterinya.

Sebelum ini cerita ini telah disiarkan oleh beberapa blog, sila klik di sini dan di sini. Hari ini HARIAN METRO telah menyiarkan berita tersebut.

Menurut hukum Islam (hukum hudud), jika sekiranya seseorang yang belum berkawin dan didapati bersalah melakukan zina maka hukumannya ialah disebat sebanyak 100 kali sebatan dan jika sekiranya seseorang yang telah berkahwin dan didapati bersalah melakukan perbuatan zina, maka hukumannya ialah DIREJAM SAMPAI MATI!!

Saya petik:

Anak saksi maksiat ibu

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang isteri berusia 38 tahun terkedu apabila dicekup suami sendiri ketika asyik memadu asmara bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Puchong Perdana, dekat sini.

Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk wanita itu turut disaksikan anak perempuannya berusia 18 tahun yang mengikuti serbuan bersama beberapa pegawai sebuah masjid di kawasan itu.

Suami wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Razif, 47, berkata ketika serbuan kira-kira jam 2 pagi pada 2 Februari lalu, isterinya yang bekerja di sebuah hotel di ibu negara, berdua-duaan dengan teman lelakinya berusia 49 tahun.

Menurutnya, kereta lelaki terbabit yang diletak di luar rumah turut ditutup nombor pendaftarannya supaya ia tidak dicam jiran sekeliling, sekali gus melindungi perbuatan maksiat mereka.

“Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat isteri berasmara dengan lelaki itu. Lebih menyakitkan hati, lelaki terbabit turut berlagak samseng apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya di hadapan anak perempuan saya,” katanya.

Menurutnya, selepas dicekup isteri dan kekasihnya itu yang juga seorang kakitangan sebuah universiti terkemuka di ibu negara dibawa ke Balai Polis Bukit Puchong untuk tindakan lanjut termasuk merekodkan laporan mengenai tindakan khalwat mereka.

“Sebaik sampai di balai (polis) tanpa rasa malu atau kesal, lelaki itu bertindak berani apabila meluru masuk untuk membuat laporan kononnya dia tidak bersalah dan rumahnya diceroboh.

“Lebih teruk, dia juga sengaja memeluk serta bermesra dengan isteri di depan kami semua bertujuan untuk menaikkan kemarahan saya,” katanya.

Razif berkata, isterinya dipercayai sudah menjalinkan hubungan dengan lelaki itu sejak empat bulan lalu dan dia sebelum ini sudah mengesyaki perkara itu, namun tiada bukti sehingga kedua-duanya tertangkap. “Kami sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan lima anak. Sekarang keluarga serta anak-anak kucar-kacir disebabkan perbuatan isteri saya yang melampau ini,” katanya.

Ahli Jawatankuasa masjid, Harun Nayan yang terbabit serbuan khalwat itu berkata, tiga ahli kariah termasuk imam masjid di situ membuat serbuan selepas menerima aduan suami wanita terbabit yang mendakwa isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain dalam sebuah rumah.

Menurut Harun, suami serta anak perempuan wanita itu turut serta serbuan berkenaan dan sebaik pasangan terbabit ditahan, mereka dibawa ke balai polis.

“Laporan polis mengenai tangkapan pasangan khalwat itu dibuat imam yang mengetuai serbuan. Ia bagi membolehkan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat siasatan lanjut selepas ini.

“Selepas laporan dibuat kami semua beredar dan kebiasaannya polis akan merujuk kes itu kepada Jais yang kemudian akan memanggil kami untuk mendapatkan butiran kes berkenaan, namun setakat ini kami belum dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid, berkata pihaknya belum menerima laporan kes terbabit, namun akan membuat tindakan susulan termasuk siasatan terperinci terhadap tangkapan itu.

“Walaupun tangkapan dilakukan pegawai masjid bersama penduduk, Jais masih mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan susulan termasuk pendakwaan kerana pegawai masjid dilantik oleh Jais dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Bilal, imam, nazir dan siak adalah pegawai masjid yang dilantik Jais dan tindakan yang diambil mereka tidak boleh dipertikaikan. “Dalam siasatan ini kami akan dapatkan keterangan saksi dan laporan daripada pihak sepatutnya seperti pihak masjid sebelum mengambil tindakan lanjut untuk pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, jika ada bukti menunjukkan pasangan terbabit melakukan kesalahan syariah mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

[TERKINI] ADUN Kerdau, Pahang Meninggal Dunia. Satu lagi PRK!!
Sabtu, Februari 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai
TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (gambar) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi.

Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.

Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

Zaharuddin menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.

Al-Fatihah.......
Links to this post
Wartawan Utusan Melaon kena "BELASAH"
Sabtu, Februari 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Align Center

MEMALUKAN !! Wartawan Utusan Melaon `terkena' dengan YB Saifuddin. Cubaan untuk memerangkap YB Saifuddin memakan diri, di mana YB Saifuddin mencabar wartawan Utusan Melaon untuk `membayar gaji' wartawan tersebut dengan sebulan gaji Ahli Parlimen jika wartawan tersebut sanggup siarkan kenyataannya dalam akhbar. Terkedu wartawan tersebut.

Berdagang dengan Israel. YB Saifuddin tanya, adakah wartawan utusan tersebut bersetuju? Wartawan Utusan menjawab, tidak setuju. YB Saifuddin berkata, inilah yang dilakukan. Dan, adakah Utusan boleh siarkan berita tersebut? Ikuti sepenuhnya video di atas, menggambarkan betapa rendahnya standard wartawan utusan....

Sumber: wfauzdin.blogspot.com
Links to this post
Beranikah si mamat ini menggesa pemimpin umno DEDAH KEKAYAAN mereka?
Sabtu, Februari 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Sepatutnya si mamat ni menggesa pemimpin-pemimpin umno BN supaya mendedahkan aset mereka di dalam di luar negara kepada rakyat, tetapi adakah si mamat ini berani berbuat demikian? Kalau tak berani, saya cadangkan cukuplah si mamat ini meminta hanya kepada ketua umno cawangan sahaja supaya mendedahkan kekayaan mereka...

Kekerapan Anwar ke luar negara pun hendak dijadikan isu...

Saya petik:

Anwar digesa dedah kekayaan

[SH] SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mendedahkan segala aset miliknya untuk dinilai oleh rakyat.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kekayaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sememangnya menjadi persoalan termasuk dalam kalangan ahli PKR sendiri.

"Anwar bukan lagi Timbalan Perdana Menteri tetapi kekerapan beliau ke luar negara telah menjadi isu. Untuk apa, dan atas pembiayaan siapa beliau ke luar negara? Ini yang menjadi persoalan, dua hingga tiga kali beliau keluar (negara) dalam tempoh sebulan," katanya.

Anuar berkata, apa yang menjadi persoalan ialah sama ada gaji dan elaun yang diterima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, adakah mencukupi untuk membiayai perbelanjaannya ke luar negara dengan begitu kerap.

“Kerajaan perlu melihat perkara ini secara serius dan melakukan siasatan. Ini untuk kepentingan negara kerana Anwar adalah Ketua Pembangkang di Parlimen kita," katanya.

Menurutnya, Anwar perlu menjawab perkara itu jika beliau mahu dilihat telus sebagaimana kata-kata yang beliau sendiri laungkan.

Links to this post

Saksikan kegembiraan rakyat Mesir yang berjaya menjatuhkan regim Mubarak di Dataran Tahrir
Links to this post
[VIDEO] Ceramah Menarik SRI KANDI PKR (Sya Reformis)
Jumaat, Februari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
[VIDEO] Si DARA ini pula berceramah di Selangor!!
Jumaat, Februari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Anda nilailah sendiri...

Links to this post
Kes Hasbi: Siasat secara menyeluruh
Jumaat, Februari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TVS] SHAH ALAM 11 FEB: Siasatan menyeluruh perlu dijalankan oleh polis dan kerajaan teerhadap pengubahan wang haram yang didakwa ke atas bekas Setiausaha Politik Menteri yang membabitkan nilai RM 2.13 juta.

Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi Tv Selangor mengesa ia disiasat hingga ke peringkat akar umbi.

Semalam, Hasbie Satar bekas setiausaha politik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dihadapkan ke mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

"Bagi saya bahawa siasatan harus lebih menyeluruh bukan hanya pada seorang setiausaha politik sebab pengubahan wang haram ini daripada tahun 2000 sehingga tahun 2008 mengikut apa yang telah didakwa sebelum ini ialah berjumlah RM888 bilion, yang dibawa keluar daripada negara kita.

"Ini bermakna bahawa takkanlah Hasbie sahaja seorang yang didakwa dan diseret ke muka pengadilan. Jadi bagi saya bahawa adalah wajar untuk membuat satu siasatan menyeluruh terhadap dakwaan isu pengubahan wang haram ini," katanya.

Mahfuz juga meluahkan pendapatnya bahawa siasatan juga seharusnya dilakukan kepada pihak-pihak lain yang terlibat dalam kes ini.

"Saya kiranya bahawa siasatan juga harus dibuat terhadap berbagai-bagai pihak lagi termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri dan juga menteri-menteri yang lain.

"Tetapi dalam isu Hasbie ini saya kira bahawa Hasbie pernah menjadi setiausaha politik kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaacob yang berkaitan dengan tanggungjawab beliau terhadap sebarang bentuk kelulusan projek-projek yang diluluskan dibawah Jabatan Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Mahfuz juga mengharapkan agar siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) haruslah lebih telus dan bukan hanya menangkap 'ikan-ikan kecil' tetapi melepaskan 'ikan-ikan yang lebih besar'

"Yang sangat dipersoalkan telus dan tulusnya SPRM ini kerana daripada RM888 bilion pengubahan wang haram itu hanya dua juta sahaja seorang iaitu Hasbie. Jadi saya tidak fikir yang SPRM tidak mengetahui tentang pengubahan wang haram dalam tempoh lapan tahun berjumlah RM888 bilion. Jadi sebab itu bagi saya bahawa SPRM harus meyakinkan rakyat Malaysia dengan menjalankan satu siasatan yang lebih telus," jelasnya.

Jika bersalah, Hasbie Satar boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Links to this post
Berita ini menakutkan umno Kelantan!!
Jumaat, Februari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HD] KOTA BHARU- 10 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka membuat pengumuman penting esok yang dipercayai mengembirakan para peniaga kecil di Kelantan khasnya peniaga Arked Uda dan Bazar MPKB.

Menurut maklumat tidak rasmi yang diterima Harakahdaily, pengumuman itu dijangka akan dibuat semasa kuliah dhuha beliau di Dataran Ilmu pagi esok.

Dalam mesyuarat kerajaan negeri minggu lepas, Nik Aziz dikatakan bersetuju mengecualikan bayaran apa-apa sewa kepada para peniaga yang berpindah ke Bazaar Tok Guru selama antara 1 - 3 tahun berkuat-kuasa serta merta.

Menurut Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, peniaga di tingkat bawah dijangka akan dikecualikan apa-apa bayaran antara 1 hingga satu setengah tahun.

Peniaga di lot-lot tingkat 1 pula dijangka akan dikecualikan sehingga 3 tahun.

"Perincian mengenainya akan dibincangkan dengan para peniaga nanti," kata Husam.

Nik Aziz dijangka akan bertemu dengan para peniaga kedua-dua pusat perniagaan itu dalam majlis Maulidul Rasul minggu depan.

"Langkah ini adalah sebagai hadiah sempena Maulidul Rasul kepada para peniaga serta dalam rangka kerajaan Kelantan memberikan galakan kepada kepada para peniaga kecil di bandar Kota Bharu," kata Husam.

Low Yat Kelantan

Menurut Husam juga, sejumlah unit lot kedai di tingkat 1 dan 2 akan diperuntukkan kepada para peniaga kecil muda untuk memulakan perniagaan secara percuma.

"Kita akan khaskan untuk peniaga bahan-bahan berasas IT dan Multimedia.

"Tok Guru berharap, Bazar Tok Guru ini akan jadi seperti Plaza Low Yat di Kuala Lumpur," kata Husam.

Tanah Arked Uda

Dalam pada itu, Husam berkata, mesyuarat Exco Rabu lepas telah memutuskan kerajaan negeri mengambil alih semula tanah yang diberi milik kepada Uda di PT 207, Seksyen 11 yang telah diberikan pada tahun 1984 lalu.

Tanah itu sekarang menempatkan peniaga Arked Uda yang terpaksa pindah kerana Uda bercadang membina pangsapuri dan tiga tingkat ruang niaga yang tidak mampu dibeli oleh 115 peniaga Arked Uda sekarang.

"Ruang niaga ini dijangka disediakan Uda dengan kadar harga yang tinggi dan hanya 36 unit sahaja.

"Kerajaan negeri sedia membatalkan tindakan mengambil balik itu jika Uda sedia tempatkan semula kesemua 115 peniaganya di tapak yang sedia ada dalam pembangunan yang dicadangkan oleh mereka," kata Husam.

Husam baru-baru ini telah berunding dengan Pengerusi Uda untuk membincangkan bagi memastikan Uda memasukkan komponen unit-unit kedai peniaga kecil dalam pembangunan mereka.

"Jika Uda enggan, rancangan ambil balik ini akan diteruskan," kata Husam.
Links to this post
Datuk 89 tahun rogol cucu dalam kandang lembu!!
Jumaat, Februari 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Manusia akan jadi seperti lembu atau lebih teruk daripada lembu jika nafsu jahat telah menguasai diri...

Saya petik:

[KS] KOTA BHARU - Seorang datuk berusia 89 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol cucunya berusia 10 tahun enam bulan.

Tertuduh yang hadir dengan memakai kain pelikat dan kopiah tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Zainal L. Salleh.

Mengikut kertas pendakwaan, dia dituduh merogol mangsa di kandang lembu sebuah rumah tanpa nombor di Pasir Puteh pada pukul 9 malam 25 Ogos 2010.

Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Hakim Zainal menasihatkannya mendapatkan khidmat peguam tetapi tertuduh mahu membela dirinya sendiri dengan alasan peguam memerlukan kos.

Zainal berkata: "Kes ini berat, bukan macam curi getah skrap. Kalau minta dibicarakan, kamu mesti menggunakan khidmat peguam sebab jika sabit kesalahan, bukan tiga tahun tetapi boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun."

Links to this post
Valentine's Day atau memperingati Hari Kekasih disambut oleh masyarakat Rom sebelum abad ke-17 sebagai HARI MENCINTAI TUHAN atau PATUNG PUJAAN mereka pada tarikh 14 Februari setiap tahun.

Mereka mengadakan sambutan besar-besaran dengan menyembelih ANJING dan KAMBING betina. Darahnya dilumur pada tubuh dua pemuda dan kemudiannya dibasuh dengan susu sebelum diarak ke tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, pemuda tersebut memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan mencalitkan darah tersebut kepada sesiapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis Rom amat gembira jika mereka dicalit oleh pemuda tersebut kerana mereka percaya tidak akan mandul dan boleh mengandung.

Valentine's Day atau memperingati Hari Kekasih bukan budaya Islam dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Kita perlu sedar bahawa golongan yang tidak senang dengan Islam akan cuba menghancurkan Islam dengan berbagai-bagai cara. Mereka berusaha melalaikan umat Islam dengan pelbagai bentuk hiburan yang bercanggah dengan syarak. Antaranya ialah menyemai budaya yang bertentangan dengan Islam seperti merayakan hari kekasih. Ini merupakan ancaman yang boleh melemahkan umat Islam.

Kepada anak-anak muda Islam yang ingin meraikan hari kekasih, tak usahlah. Janganlah kerana hari tersebut akidah anda tergadai!!

Berita Berkaitan: Jakim Lancar Kempen Anti Hari Valentine

(Gambar sekadar hiasan)
Links to this post
[SEDIH] Isteri "Facebook" hilang selepas 21 hari berkahwin...
Khamis, Februari 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] ALOR GAJAH: “Sejak dia menghilangkan diri, saya sentiasa berfikir dan tertanya-tanya pada diri apakah kesalahan besar dilakukan hingga isteri baru dikahwini tergamak meninggalkan rumah tanpa sebarang pesan ketika inai masih merah di jari.”

Begitu keluhan penternak lembu, Nurshahrul Affandi Hashim, 25, dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang, selepas isterinya, Nurhidayah Shamsuddin, 20, dari Taman Seri Jaya, Kluang, Johor, didapati hilang selepas 21 hari mereka bergelar suami isteri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi pada 28 Januari lalu, Nurhidayah dikatakan keluar dari rumah menuju ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli kredit tambah nilai dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Ego.

Nurshahrul berkata, ketika kejadian isterinya keluar dengan memakai kemeja T berwarna merah jambu dan berseluar sukan tanpa memakai topi keledar dengan mendakwa mahu keluar sekejap sebelum dipercayai bertemu seorang rakannya.

Menurutnya, dia kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS), kepada isterinya kira-kira jam 1.30 tengah hari pada hari kejadian selepas lama menunggu sebelum dibalas dengan memaklumkan berada di rumah rakannya dan ia adalah SMS terakhir daripada isterinya.

Katanya, pada masa sama, Nurhidayah turut memaklumkan tidak boleh pulang disebabkan hujan begitu lebat menyebabkannya berusaha menghubungi telefon bimbit isterinya, tetapi tidak berjawab sebelum ia terus dimatikan.

“Saya terus menunggu hingga keesokan harinya, tetapi Nurhidayah masih tidak muncul sehingga timbul pelbagai perkara merunsingkan kerana tidak menyangka isteri yang dikenali menerusi laman sembang sosial Facebook kira-kira empat bulan lalu, menghilangkan diri.

“Masalahnya, kami kini sudah bergelar suami isteri dan dia tidak sepatutnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah walaupun mempunyai masalah, sebaliknya masih boleh berbincang untuk kebaikan bersama,” katanya.

Katanya, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Kluang, tetapi tidak pasti status kehilangan isterinya sama ada mengikut orang atau dihanyutkan air banjir.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali Nurhidayah diharap dapat menghubunginya di talian 017-9653293 atau balai polis berhampiran.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
Kalau dah ponteng sekolah, macam-macam aktiviti negatif yang akan mereka lakukan. Hisap rokok sudah tentu. Malah ada yang berani menghisap dadah, minum minuman keras, tonton filem lucah, seks bebas dan macam-macam lagi. Apa nak jadi dengan pelajar kita?

Saya petik:

21 Pelajar Ponteng Ditahan Dalam Rumah Teres

[MStar] KANGAR: Dua puluh satu pelajar termasuk dua pelajar perempuan berusia 14 yang dipercayai ponteng sekolah ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah taman perumahan dekat sini, Rabu.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 17 pelajar sebuah sekolah menengah dan empat penuntut kolej berhampiran kawasan itu.

Serbuan pada pukul 12 tengah hari itu membabitkan lima anggota polis, pengetua dan dua guru disiplin sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata ketika serbuan dibuat, kesemua pelajar itu sedang melepak dan ada yang menghisap rokok dalam rumah berkenaan yang berkunci dari dalam.

"Polis menunggu hampir lima minit untuk mereka membuka pintu dan ada di kalangan mereka berpakaian sekolah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini, hari ini.

Beliau berkata rumah itu disewa oleh seorang daripada penuntut kolej dan premis itu sering dijadikan sebagai 'port' untuk mereka yang ponteng sekolah.

Kesemua 21 pelajar yang ditahan itu berusia 14 hingga 20 tahun dan mereka akan menjalani ujian saringan air kencing dan proses dokumentasi, katanya.

Ismail berkata pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar terbabit untuk diberi kaunseling.

Beliau berkata serbuan terhadap rumah teres itu dibuat berikutan aduan penduduk di taman perumahan itu yang mendakwa pelajar terbabit sering membuat bising di rumah berkenaan. - BERNAMA

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
ANAK DARA dijadikan barang cagaran. Gila!!
Khamis, Februari 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Tahi judi punya pasal!!

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Seorang bapa durjana bukan saja mencagarkan anak gadisnya untuk melunaskan hutang dengan ceti haram atau along, malah menganjurkan pakej pelancongan maksiat dengan membenarkan mereka membawa zuriatnya itu bercuti di luar negara.

Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata perkara itu berlaku gara-gara kegagalan lelaki 50-an terbabit melangsaikan hutang kira-kira RM150,000 kepada sindiket berkenaan sejak lebih setahun lalu.

Beliau berkata, kecantikan dimiliki anaknya berusia 20-an termasuk bentuk tubuh menggiurkan selain wajah persis model dijadikan umpan oleh lelaki itu untuk terus berhutang dengan along di bandar raya ini.

Menurutnya, seorang ahli keluarga mendakwa lelaki terbabit ketagih berjudi di kasino di Singapura sehingga berhutang dengan along.

“Perbuatan lelaki itu bukan saja menghancurkan masa depan anak gadisnya, malah mengakibatkan dia terbabit pelbagai masalah sosial.

“Difahamkan pada awalnya gadis berkenaan membantah perjanjian bapanya dengan along itu kerana bercadang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Namun, dia terdesak dan terpaksa akur kehendak bapanya hingga menjadi pemuas nafsu beberapa along termasuk lelaki mata keranjang yang seusia bapanya,” katanya.

Tay berkata, bagi mengelakkan sindiket along menuntut hutang, bapa gadis berkenaan menganjurkan pakej pelancongan maksiat bersama anak perempuannya bertujuan menghiburkan lintah darat itu.

Menurutnya, along juga bebas bercuti dengan gadis itu mengikut tempoh diingini.

“Malangnya, kini anak perempuan lelaki terbabit semakin selesa dengan gaya hidup barunya kerana turut dilimpahi kemewahan. Ketika kami menghubunginya dan menasihatkannya, dia enggan mengubah gaya hidupnya, sebaliknya mahu terus bergelumang dalam maksiat itu,” katanya.

Tay berkata, kes membabitkan pasangan anak beranak itu antara 500 laporan ancaman along terhadap peminjam diterima Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru sejak tiga tahun lalu.

“Pendedahan ini diharap menjadi pengajaran kepada orang ramai terutama penduduk di bandar raya ini supaya tidak berhutang dengan along selain membuang tabiat berjudi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tay menunjukkan Bintang Khidmat Terpuji yang diperoleh di Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, baru-baru ini.

(Gambar sekadar hiasan)

Links to this post
Ada tak pemimpin Malaysia kaya seperti Mubarak?
Rabu, Februari 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

Kekayaan keluarga Mubarak cecah RM212b

[SH] KAHERAH - Kekayaan keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak boleh mencecah AS$70 bilion (RM212 bilion), di mana kebanyakan kekayaannya berada dalam Bank Britain dan Switzerland atau terikat dengan hartanah di London, New York, Los Angeles dan sepanjang pantai Laut Merah, menurut analisis Timur Tengah, kelmarin.

Selepas 30 tahun memerintah, Mubarak mempunyai akses kepada transaksi pelaburan yang membawa pulang keuntungan ratusan juta pound.

Agensi akhbar Arab, Al Khabar melaporkan, Mubarak mempunyai harta di Manhattan, New York dan Beverly Hills, California.

Profesor fakulti politik sains Universiti Princeton, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan yang dimiliki Mubarak setanding dengan kekayaan pemimpin besar di negara Teluk yang lain.

"Keuntungan yang dikaut kebanyakannya daripada khidmatnya dalam tentera dan kerajaan di kumpul untuk kekayaan peribadinya. Berlaku banyak kes rasuah dalam rejim ini.

"Ini adalah corak diktator Timur Tengah supaya keyaan mereka tidak diambil ketika berlaku peralihan kuasa," katanya.

Laporan Al Khabar menunjukkan beberapa syarikat besar negara Barat yang bekerjasama dengan Mubarak, menghasilkan pendapatan sekitar AS$15 juta (RM46 juta) setahun.
Links to this post
Itulah antara "jenaka" Anwar kepada Najib dalam ceramah beliau di Gopeng, Perak. Bukannya sikap beliau untuk memenjarakan musuh politik sesuka hati...

Links to this post
[VIDEO] Bertumbuk kerana kemalangan!!
Rabu, Februari 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai
1Malaysia bertumbuk beb!! Siap dengan aksi kungfu lagi. Gila!!

(Gambar hiasan)
Links to this post
Guru ini kemaruk seks!!
Rabu, Februari 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] KOTA BHARU – Perlakuan luar batasan kemanusiaan seorang guru yang cuba rogol pelajarnya sendiri, empat tahun lalu akhirnya menerima padah apabila dia dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mohd Nasir Ab Rahman, guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Pasir Mas, didapati bersalah cuba merogol mangsa yang ketika itu berada di tingkatan tiga sekolah berkenaan.

Dia melakukan perbuatan itu di PT1832 Kampung Gaal, Nering, Rantau Panjang, kira-kira jam 12 tengahari, 14 April 2007.

Sebelum itu, kira-kira jam 3.30 petang, 16 Mac tahun sama, dia juga bersalah menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa ketika di bilik unit peperiksaan sekolah itu.

Tidak cukup dengan itu, ketika ditahan 24 April tahun itu, pemeriksaan mendapati Mohd Nasir memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbit dan komputer riba miliknya, kira-kira jam 11.25 malam.

Dia bersalah terhadap ketiga-tiga tuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (guna kekerasan niat mencabul), Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 (cubaan merogol) dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar lucah.

Mohd Nasir pada mulanya tidak mengaku dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan akhirnya disabitkan kesalahan dan dihukum lima, lapan dan dua tahun penjara bagi setiap kesalahan, tetapi hukuman berjalan serentak berkuatkuasa, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Zainal L Salleh dalam prosiding jam 10.30 pagi semalam berkata, sebagai golongan pendidik, Mohd Nasir sepatutnya membimbing pelajar, bukannya mengambil kesempatan terhadap mereka.

”Sebagai guru, dia melakukan satu perbuatan sangat jijik terhadap pelajarnya sendiri,” katanya.

Peguam bela, Shamsul Bahrin Abdullah memohon mahkamah menangguhkan hukuman atas faktor kesihatan anak guamnya yang mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Mahkamah membenarkan permohonan dan jaminan RM10,000 dinaikkan kepada RM15,000.

Links to this post
TRAJIS: Ibu campak anak dari tingkat 6
Rabu, Februari 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HM] SERDANG: Merajuk dengan suaminya, seorang wanita tergamak mencampak anak tunggal perempuan mereka berusia lima tahun dari tingkat enam sebuah pangsapuri sebelum dia sendiri nekad terjun dari tingkat 10 blok berasingan di pangsapuri Seri Alam, di sini, semalam.

Akibat kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, dua beranak terbabit mati dalam keadaan mengerikan selepas cedera teruk di kepala dan badan.

Sebelum kejadian, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Tan Meng Leng, 35, marah dan merajuk apabila suaminya yang mahu keluar membaiki kereta di sebuah bengkel berhampiran enggan membawa bersama anak perempuan mereka.

Suaminya, Teoh Hock Hwa, 45, berkata kira-kira 10 minit selepas keluar dari rumahnya, dia mendapat panggilan daripada jiran memaklumkan isteri dan anaknya maut terjatuh dari bangunan.

Katanya, sebelum kejadian kira-kira jam 11 pagi, dia mengambil anaknya itu dari tadika dan menghantarnya ke rumah bersama makanan segera yang dibelinya.

“Ketika itu, isteri saya berada di rumah dan sebaik saya tiba, kami makan bersama dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Sebaik saya ingin keluar untuk ke bengkel bagi membaiki kereta, anak perempuan saya mahu mengikut, namun saya enggan membawanya kerana saya akan terus ke tempat kerja selepas membaiki kereta,” katanya.

Menurutnya, isterinya turut mendesak dia membawa anak mereka, namun tidak dihiraukannya.

“Ketika menyambut Tahun Baru Cina minggu lalu, isteri saya ada bertanya bagaimana mayatnya akan diuruskan selepas dia mati, sama ada dibakar atau ditanam.

“Saya tidak menjawab pertanyaannya itu dan kini baru saya tahu apa dikatakannya itu ada kaitan dengan kejadian hari ini (semalam). Sepanjang cuti hujung minggu lalu juga, isteri saya kelihatan agak sugul,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa tinggal di tingkat dua bangunan pangsapuri berkenaan dan polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kejadian.

“Siasatan awal mendapati, selepas anaknya jatuh dari tingkat enam, ibunya terus naik ke tingkat 10 blok berasingan dan berdiri di atas sebuah kerusi sebelum terjun.

“Anak mangsa maut dengan kepalanya hampir berkecai manakala ibunya parah di seluruh badan dan kepala,” kata ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Links to this post
Kanak-kanak ini muntah makan COKLAT BERULAT!!
Selasa, Februari 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai
AHMAD SAIFOL menunjukkan coklat yang sudah rosak.

Saya petik:

[BH] TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini akibat muntah dan mengadu sakit perut selepas memakan coklat berulat serta mempunyai serangga.

Ahmad Saifol Alimi, dari Kampung Langkap, dekat sini menjamah coklat berjenama terkenal yang dibeli bapanya dari sebuah pasar mini berdekatan rumahnya tanpa menyedari coklat itu sudah berada dalam keadaan tidak baik.

Bapa Ahmad Saifol, Alimi Tamin, 32, berkata anaknya begitu gembira ketika menjamah coklat itu pada 29 Januari lalu tetapi mengadu sakit perut dan terus muntah kira-kira 15 minit kemudian.

“Sebaik melihat dia muntah, saya terus membawa dia ke hospital dan doktor yang merawat Ahmad Saifol memaklumkan anak saya mengalami keracunan makanan.

“Apabila tiba di rumah, saya terus memeriksa tarikh luput coklat itu dan hairan apabila mendapati tarikh luputnya pada 11 Disember 2011.

“Isteri saya yang memeriksa coklat itu terkejut apabila mendapati sebahagian coklat yang saya beli itu sudah rosak, berkulat serta menemui beberapa ekor ulat dan serangga seperti anak kumbang di dalamnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Alimin yang berniaga gerai makanan berkata, dia setakat ini gagal mendapat penjelasan sewajarnya daripada pemilik pasar mini berkenaan.
Links to this post
Gadis ini penagih serbuk pencuci!!
Selasa, Februari 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Tempestt Henderson sedang menjilat sebuk pencuci)

Gila!! Macam la tiada benda lain untuk dimakan.

Saya petik:
[KS] MIAMI – Seorang gadis berusia 19 tahun menghidap penyakit ganjil kerana dia suka makan serbuk pencuci dan sabun, lapor sebuah akhbar semalam. Gadis itu, Tempestt Henderson dari negeri Florida akan memakan lima ketul sabun dan serbuk pencuci pada setiap minggu.
“Sabun dan serbuk pencuci itu amat manis,” katanya yang merupakan seorang pelajar kejururawatan.
Selepas enam bulan memakan sabun, Tempestt menemui doktor untuk mengubati ketagihannya.
Doktor yang merawatnya memberitahu gadis itu bahawa dia menghidap sejenis penyakit ganjil dikenali sebagai Pica.
Penyakit itu menyebabkan dia suka memakan makanan yang tidak mengandungi zat.
Doktor kini menggunakan kaedah terapi bagi mengubati penyakit Tempestt dengan memintanya mengingati benda lain semasa dia berasa mahu memakan sabun.
Dia juga digalakkan untuk pergi berjalan dan mengelak daripada pergi di tempat yang mengandungi sabun seperti di bilik mandi serta kedai dobi.
Tempestt menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci selepas dia berpisah dengan kekasihnya hanya kerana mereka belajar di kolej yang berlainan.
Gadis itu memberitahu, ketagihannya bermula semasa dia menjilat serbuk pencuci yang terdapat pada jarinya.
Tempestt kini dalam proses pemulihan dan dia berharap tidak lagi akan menjadi penagih sabun dan serbuk pencuci buat selama-lamanya. – Agensi
Links to this post
Saya petik:

[MK] Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan tentera Israel dan negara Yahudi itu dikatakan gembira sekiranya beliau dilantik sebagai ketua negara yang baru.

Ia pendedahan menerusi kabel diplomat Amerika Syarikat yang disiarkan akhbar Telegraph, hari ini.

Pada 2008, memo diplomatik Amerika yang dibocorkan kepada akhbar di Britain oleh laman sesawang WikiLeaks melaporkan, penasihat kepada kementerian pertahanan Israel, David Hacham, memberitahu pegawai Amerika bahawa rejim Zionis itu menjangkakan Suleiman yang namanya dieja sebagai "Soliman" akan mengambil alih sebagai presiden Mesir.

“Hacham amat menyanjungi Soliman," kata laporan itu.

"Hacham juga menegaskan bahawa Israel percaya Soliman sekurang-kurangnya akan dilantik sebagai presiden interim sekiranya Mubarak mati atau digulingkan," katanya. - AFP
Links to this post
Gambar mangsa rogol dan pukul hingga koma
Selasa, Februari 08, 2011 | Author: Tuk Kiyai
HAMDAN menunjukkan gambar mangsa yang koma pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, Seremban, semalam.

Saya petik:

Polis cari waris mangsa untuk bantu siasatan

[BH] SEREMBAN: Sambutan Tahun Baru Cina kali ini bagi seorang gadis berusia awal 20-an menjadi kenangan pahit seumur hidupnya apabila dirogol beramai-ramai dan dipukul hingga koma sebelum ditinggalkan di tepi jalan pekan Lukut, Port Dickson, Jumaat lalu.
.

Mangsa yang memakai kemeja-T tanpa kolar merah jambu dengan seluar pendek paras paha dan tidak berkasut, ditemui orang awam terbaring tidak sedarkan diri di sebuah persimpangan lampu isyarat di pekan Lukut, kira-kira jam 6.35 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata mangsa dikejarkan ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) berikutan kecederaan parah dialaminya.

“Pemeriksaan mendapati tengkorak belakang kepalanya retak dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul, selain kecederaan lain pada tubuh, termasuk kesan calar pada kedua-dua tangan dan lututnya akibat diseret.

“Mangsa yang masih koma kini menerima rawatan rapi dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Hamdan berkata, polis percaya mangsa berketurunan Cina dirogol dengan kejam oleh lebih daripada seorang suspek, berdasarkan kesan kecederaan pada keseluruhan tubuhnya.
Katanya, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersamanya.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta keluarga yang kehilangan saudara menyerupai gambaran mangsa supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Fadilawati Borhan di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, sehingga semalam tiada laporan polis mengenai kehilangan gadis yang menyerupai mangsa, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

P/s: Berhati-hatilah dengan orang yang ada di sekeliling anda kerana mereka itu mungkin menghidapi penyakit GILA SEKS!!
Links to this post
Lagi bukti umno BN bijak memerintah!!
Isnin, Februari 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai