Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Gadis ini risau gambarnya "DIBOGELKAN" dalam Facebook

Label:

Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya. 

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.

Terima kasih POLIS bantu rakyat BENCI Umno BN!!

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.

Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.

Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.

Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.

“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.

Ku Li: Dalang Video Lucah guna POLITIK LONGKANG

Label:

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 2 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku  dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu,  menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah  beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu -  Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.
Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

[PANAS] Umno Shah Alam dalang komik lucah ‘Raja Lawak’

Label:

Komik itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks.

Saya petik:

[FMT] SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik ‘Kisah Juara Raja Lawak’ yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.

Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam,” katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

“Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

“Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah,” katanya.
Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Khalid gesa Eskay ditahan

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

“Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.

“Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut,” katanya.

Pelawak otai CABUL gadis 13 tahun diburu

Label:

Siapakah pelawak itu?

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.

Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.

Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.

“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.

“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.

Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.

Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.

Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Petrol RON97 naik 20 sen malam ini

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

[PANAS] Kerana RM2 ribu, Adun UMNO ini dipenjara 3 tahun!!

Label:

Adun Lenggeng (tengah)

Saya petik:

[MStar] SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan mengorek pasir dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, turut mendenda Mustafa sebanyak RM20,000 mengikut kesalahan tersebut.

Mahkamah mendapati Mustafa, 51, yang merupakan penggal pertama dipilih sebagai wakil rakyat melakukan kesalahan berkenaan pada 3 Mac lalu.

Bagaimanapun peguamnya merayu supaya hukuman itu ditangguhkan. Hakim Amran membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.

Kalau betul video lucah itu TULEN, siapakah pelakonnya?

Label:

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 1 APRIL : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan rakaman video seks yang didedahkan oleh trio "Datuk T" adalah tulen.

Bagaimanapun, identiti pelaku dalam klip video 21 minit yang sebelum ini didakwa mirip pemimpin kanan Pembangkang, tidak dikenalpasti.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Tidak sengaja makan daging BABI

Label:

TAHUN lalu saya ke China atas urusan kerja syarikat. Di sana, pihak syarikat menyediakan masakan makan tengah hari. Selepas makan, alangkah terkejutnya saya mengetahui daging yang saya makan adalah daging babi.

Apakah hukumnya Dr? Adakah saya berdosa besar dan bagaimana kuman yang ada dalam daging babi yang saya makan itu?

FAHIM,
Perak

HUKUM daging babi adalah haram dimakan. Umat Islam hendaklah mengelak daripada memakan daging babi dan perlu waspada ketika memesan makanan, lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara.

Larangan memakan daging babi terkandung dalam al-Quran, antaranya dalam ayat berikut: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah ayat 173)

Hukum memakan daging babi tanpa sedar atau tidak sengaja tetap haram. Walaupun begitu, dosanya adalah kurang atau dimaafkan berbanding dengan memakan secara sengaja.

-HM

Lagi cerita JIJIK & AIB Datuk Kastam

Label:

Harapkan pagar, pagar makan padi!!  Memalukan!!

Saya petik: 
 
[BH] KUANTAN: Bukan hanya disyaki terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan cubaan mengelak cukai berbilion ringgit, seorang pegawai kastam bergelar Datuk di Pahang dan isterinya yang ditahan reman sejak Isnin lalu, turut disiasat atas kesalahan memiliki pelbagai jenis mercun dan rokok seludup

Ia berikutan penemuan 200 kotak mercun dan 20 kotak mengandungi rokok pelbagai jenama bernilai puluhan ribu ringgit dipercayai diseludup di rumah pasangan itu, di sini kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu susulan penahanan mereka di Temerloh sehari sebelumnya. 

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai nilai sebenar barang seludup itu, termasuk tujuan pasangan suami isteri terbabit menyimpan rokok dan mercun berkenaan.

Berikutan itu, pasangan terbabit yang berusia lingkungan 50-an yang ditahan pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), turut disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Kastam 1967.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui semalam mengesahkan laporan berhubung rampasan barang seludup itu untuk siasatan lanjut.

Dalam serbuan Isnin lalu, pasukan khas dianggotai Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain diketuai SPRM membongkar sindiket kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit hasil penahan pasangan suami isteri terbabit.

Pasangan berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Susulan penahan pasangan itu, empat lagi pegawai KDRM ditahan di Johor, Selasa lalu bagi membantu siasatan dan memberi keterangan berhubung kegiatan terbabit.

Berikutan itu, Mahkamah Majistret Kuantan turut mengarahkan pasangan terbabit ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, wang tunai yang ditemui di bilik di rumah pasangan terbabit hanya berjumlah RM65,000, bukan ratusan ribu ringgit seperti dilaporkan media ketika kes berkenaan terbongkar

RM50 juta setahun untuk selenggara dua kapal selam!!

Label:

Saya petik:

[KOSMO] KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..

Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.

[TERKINI] Polis arah Anwar hadir untuk siasatan bermotif politik, berniat jahat -Surendran

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung  ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

“Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

“Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

“Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa,” tegas beliau.

Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera dan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan BN ke atas pasukan polis.

Pada 27 Mac lalu, sepasukan lebih 200 anggota polis merempuh program ceramah yang dihadiri Anwar di Taman Melawati Gombak.

Dalam kejadian tersebut, Anwar diheret turun dari pentas ceramah,  menyebabkan kira-kira 5,000 yang hadir pada program itu, berang dengan tindakan polis tersebut.

Suami BELASAH isteri mengandung idamkan buah kelur & lempuk durian!!

Label:

Kesian si isteri...

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. 

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.
“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

(Gambar hiasan) 

[PANAS] Betul ke Shuib terima ancaman bunuh??

Label:

Saya petik:

[MK] Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

Mufti Perak kecam video seks?

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.
“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.
“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.
Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.
“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail

Label:

ADA sesuatu yang mencuit hati Elia Suhana ketika berbual dengan peguamnya Fakhrul Azman (kiri) di Kota Bharu semalam.

Saya petik:

[KOSMO] KOTA BHARU - "Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi isteri baginda. Mahkamah dah buat keputusan dan itulah kebenaran yang mahkamah sahkan. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan baginda."

Demikian kata Elia Suhana Ahmad, 32, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 5 Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.

Keputusan itu bererti, Elia Suhana kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang semalam, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah.

[VIDEO] Ceramah Dato' Johari Abdul

Label:

Beginikah sikap profesionalisme POLIS Malaysia?

Label:

Saya petik:

Azmin persoal ceramah politik Muhyiddin di Ampang

[KD] AMPANG: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan polis membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di Kampung Pandan, dekat sini malam tadi.

Sedangkan katanya, ceramah anjuran KEADILAN yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, dihalang polis.
“Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik (kepada Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) di Kampung Pandan malam tadi?

“(Sedangkan) Kelulusan oleh IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) yang sama. (Tetapi mereka) Tak boleh jawab,” lapor Azmin dalam twitternya selepas memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, pagi ini.

Azmin mendakwa, dua laporan polis yang dibuat terhadapnya, dilakukan oleh pihak polis sendiri. Satu daripadanya, dibuat di bawah Akta Hasutan.

Malah, pegawai polis yang merakamkan keterangannya, ASP Dr Vasu dikatakan masih belum lagi melihat laporan tersebut.

“Baru saya dimaklumkan bahawa ada dua laporan polis terhadap saya. Satu lagi ialah di bawah akta hasutan kerana ajak rakyat bawa perubahan,” kata Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Menurutnya lagi, 18 soalan yang dikemukakan kepadanya disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Soalan semua disiapkan oleh IPK Selangor. Hebat!” kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Isnin lalu.

Turut hadir memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen  ‘Tolak Fitnah’ anjuran KEADILAN di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja,  sebelum mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis  ‘mengepung’ rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.

Atas TUTUP bawah DEDAH aurat!!!

Label:

Alahai....Mengapakah jadi begini? 

Kalau nak selak pun, selak di rumah cukup la....

Gadis laknat ini kutuk Nabi Muhammad dalam Facebook

Label:

Entah apa yang ada di fikiran gadis betina laknat ini sehingga  sanggup mempersenda Nabi Muhammad  dan ajaran Islam…

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

-Bestoneoffour

Pemilik tadika ROGOL kanak-kanak 4 tahun

Label:

Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Seorang pemilik sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) di Bukit Dumbar dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam kerana merogol kanak-kanak berusia empat tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhi hukuman itu setelah Ewe Peng Lip, 48, didapati bersalah merogol kanak-kanak terbabit dari jam 8.10 pagi hingga 12 tengahari, antara Januari dan April 2008.

Peng Lip yang diwakili peguam, Datuk C V Prabhakaran gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan itu.

Menurut Sitarun Nisa, keterangan membela diri oleh Peng Lip bersifat penafian semata-mata.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng memohon mahkamah menjatuhi lelaki terbabit hukuman setimpal dengan kesalahan itu.

“Dari segi kepentingan awam, dia tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang juga murid tadika ketika itu.

"Saya mohon supaya mahkamah tidak bersimpati untuk menjatuhkan hukuman kerana ia melibatkan kes rogol kanak-kanak," katanya.

Menurutnya, akibat diperlakukan demikian, kanak-kanak itu difahamkan menjadi trauma.

Peng Lip merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana mempunyai tiga anak dan isteri yang bekerja sebagai guru tadika selain mendakwa tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sitarun Nisa membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

(Gambar hiasan)
  
Gadis bertudung cari kerja untuk MENCURI

Label:

Saya petik:

[KS] SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.

(Gambar hiasan)

Wajah blogger UMNO kaki togok arak!!

Label:

Setelah berteka-teki sejak semalam, kali ini kita bongkarkan wajah blogger gerombolan songkok tinggi yang selama ini tak henti-henti bercakap soal moral, bercerita tentang Islam, memaki hamun ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina. Tapi sebenarnya dia hanyalah seorang kaki botol.

Blogger inilah yang selama ini bermati-matian mahu anda percaya bahawa Parti Islam se-Malaysia, PAS adalah Parti Ajaran Sesat, manakala UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Blogger inilah yang diupah oleh UMNO untuk mempertahankan perjuangan Islam UMNO.

Sumber: MiloSuam

TAKE BEAR! TAKE BEAR!!!

Jackie Chan meninggal dunia adalah berita fitnah!!

Label:

Saya petik:
[MStar] NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.

Media Malaysia jijik– The Jakarta Post

Label:

Saya petik:

[KD] JAKARTA: The Jakarta Post menyifatkan politik di Malaysia, kotor kerana melibatkan seks, media dan video konspirasi yang berterusan.

Kolum editorial akhbar terkenal Indonesia itu memuatkan pandangannya dengan menyentuh siri fitnah terbaru terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa terlibat dengan rakaman video lucah palsu baru-baru ini.

“Minggu lalu media tempatan melaporkan politik kotor terbaru Malaysia (kononnya) melibatkan Anwar Ibrahim dalam video lucah bersama pelacur di hotel.

“Timbul pertanyaan bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Anwar berdepan kes sodomi di mahkamah,” kata  editorial itu yang turut menyebut kerajaan mengawal media untuk diperalat bagi merosakkan imej Anwar, sekalipun terpaksa melanggar etika kewartawanan.

“Media Malaysia tidak melaporkan mengenai orang dalam video tetapi menyatakan lelaki itu mirip Anwar bagi menjatuhkan kredibiliti dan integritinya di mata masyarakat.

“Kebenaran dan pengesahan tidak dihirau apabila ia dijadikan alat propaganda,” kata tulisan, sinis.

Editorial akhbar itu turut menyelar tindakan individu yang terlibat dalam penyebaran video itu sebagai pengecut kerana menggunakan media.

“Sumber video tidak didedah, sikap mereka seperti pepatah Melayu ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tiada sesiapa mahu bertanggungjawab atas penayangan video itu.

“Tetapi media arus perdana melaporkan berita itu daripada sudut pemerhatian mereka,” kata tulisan itu yang menganggap media seperti memberi tekanan kepada Anwar untuk membuat penafian sebagai satub bentuk gangguan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Media meletakkan tanggungjawab pada Anwar untuk menafikan perkara itu, sesuatu yang kemungkinan akan membuatnya sibuk selama beberapa bulan dan bertahun-tahun, sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kita pernah menyaksikan kes seumpama ini ketika Anwar dipenjara buat pertama kali tetapi dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Agong membatalkan kes tersebut,” kata tulisan itu lagi.

Sumber asal: Jakarta Post

Menteri Dalam Negeri bakal disaman!!

Saya petik:

[KD] SHAH ALAM: Mohamed Azmin Ali pada sidang Dewan Negeri (DUN) Selangor, hari ini menyatakan beliau akan menyaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan polis Ampang.

Beliau merujuk  tindakan polis dalam insiden ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’  pada 25 Mac lalu, yang menyaksikan kekecohan berlaku sejurus campur tangan polis.

“Surat saman tersebut akan dikendalikan oleh peguam saya yang akan dihantar secepat mungkin kepada pihak berkuasa itu,” kata Azmin (KEADILAN-Bukit Antarabangsa).

Selain Hishammuddin, turut disaman ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin kerana menceroboh, intimidasi dan serangan terhadap ceramah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ampang.

Saman dibuat berikutan polis bertindak secara mala fide (jahat), menyalahi undang dan tanpa sebab munasabah menyerbu, mengganggu dan menamatkan ceramah berkenaan hingga Azmin ditolak dan jatuh berikutan kekerasan yang digunakan polis.

Polis juga dituntut meminta maaf dan menyerahkan nama 50 anggota dan pegawai polis yang terlibat serta berjanji tidak mengulangi perbuatan itu, dalam tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu turut mempersoalkan sama ada polis akan mengambil tindakan sama terhadap Majlis Makan Malam bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Pandan pada 29 Mac ini.

“Kedua-dua majlis di Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ampang itu adalah satu perhimpunan, maka tindakan ke atas kedua-dua majlis ini mestilah sama.

“Jika polis sendiri mengamal sikap ‘double-standard’, maka agak susah bagi rakyat untuk menghormati mereka,” katanya.

Si Mamat Songkok lima jengkal ini letak jawatan!!

Label:

KUALA LUMPUR: Ketua wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.

Hukum tarian/senaman POCO-POCO adalah haram!!

Label:

Sumber: TT

[VIDEO] Pidato Anwar Ibrahim di Stadium Melawati 28/03/2011 (Part 1)

Label:

VIDEO Tsunami ke-2 membadai Jepun

Label:

Cerai suami guna surat taklik Siam

Label:

Saya petik:

[KS] KANGAR - Proses perceraian selalunya memakan masa lama di mahkamah syariah namun lain pula yang dilakukan oleh seorang isteri di sini terhadap suaminya apabila wanita terbabit bertindak memutuskan ikatan perkahwinannya dengan hanya menghantar surat perceraian taklik dari negara jiran.

Keadaan tersebut menyebabkan si suami yang enggan namanya disiarkan tergamam setelah menerima surat taklik dalam tulisan Jawi beralamat di The Islamic Committee of Songkhla, Thailand. Surat itu diambil oleh si suami di Balai Polis Jitra pada 18 Disember 2010.

Lebih mengejutkan, si suami yang merupakan seorang peniaga berusia 43 tahun mendakwa surat taklik yang dihantar oleh isterinya yang berusia 34 tahun itu rupa-rupanya palsu setelah dia membuat pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Songkhla.

"Saya mempunyai pengesahan surat taklik itu tidak sah kerana perbezaan alamat pada kepala surat dan surat itu juga dikeluarkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

"Isteri saya sanggup menipu semata-mata mahu meninggalkan saya tanpa berbincang atau melalui proses yang sah," kata peniaga itu ketika ditemui di sini semalam.

Menurut peniaga itu, surat taklik tersebut dipercayai dibeli oleh isterinya yang merupakan seorang peniaga ayam daripada seorang jurunikah tidak bertauliah dikenali dengan nama Imam Mohamad di Padang Besar, Thailand dengan harga harga RM300. 

"Sejak isteri memberi surat taklik itu, kami tidak lagi tinggal sebumbung di Padang Sera, Kedah.
"Ekoran itu, saya mahu wanita tersebut kembali setia ke pangkuan saya," ujarnya yang malu dengan tindakan isterinya.

Mengimbau kehidupannya sebelum ini, pasangan itu dinikahkan pada tahun 2006 oleh Imam Mohamad di Padang Besar namun mereka bernikah semula di Songkhla setelah meragui proses pernikahan yang dilakukan oleh Imam Mohamad.

"Ini kerana pada pernikahan pertama, imam tersebut hanya memberi surat nikah tanpa surat pengesahan Konsul namun pada pernikahan kali kedua, kami mendapat surat pengesahan itu," ujarnya.
Jelasnya, dia meragui surat taklik yang diberi isterinya ekoran alamat pada kepala surat Jabatan Agama Islam Songkhla berbeza dengan alamat sebenar.

"Saya mendapat pengesahan dari Jabatan Agama Islam Songkhla yang memberitahu surat itu palsu selain Imam Mohamad difahamkan telah dilucutkan tauliahnya lima tahun lalu," katanya.

Peniaga itu memberitahu, dia terkilan kerana bukan saja ditinggalkan isteri tetapi mendakwa wanita itu juga tidak membenarkan dia menjenguk anak perempuannya yang berusia tiga tahun. Anak itu tinggal bersama wanita tersebut.

Ujarnya, perubahan isterinya bermula apabila dia terlantar akibat lumpuh secara tiba-tiba pada September 2010 menyebabkan hidupnya bergantung kepada wanita itu.

"Isteri tidak menyukai saya dan kemuncaknya pada 8 Disember 2010 dia tidak mahu menanggung saya sehingga sanggup mengusir saya keluar rumah.

"Sepuluh hari kemudian saya menerima surat taklik itu," ujarnya yang kini tinggal di Arau dekat sini.
Selepas berubat, kata peniaga itu, dia kini semakin pulih dan sejak itu telah beberapa kali membawa kesnya ke Mahkamah Syariah Jitra memohon isterinya kembali taat tetapi wanita itu tidak pernah menghadiri prosiding tersebut.

Selain membawa kes meminta isteri kembali taat di Jitra, peniaga itu juga memfailkan kes memohon kembali taat di Mahkamah Syariah Kangar.

Mahkamah Syariah Kangar menetapkan kes dibicara pada 5 April depan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Abdul Malik Hussin berkata, perceraian taklik merupakan permintaan si isteri untuk bercerai setelah tidak menerima nafkah selama tiga bulan daripada suami yang boleh dipohon melalui jurunikah bertauliah.

Bagaimanapun, Abdul Malik berkata, di Perlis surat taklik tidak diperakui dan mahkamah hanya membenarkan fasakh bagi keadilan kedua-dua pihak.

(Gambar hiasan)
Gadis ini risau gambarnya "DIBOGELKAN" dalam Facebook
Sabtu, April 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[Kosmo] KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Fakulti Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian, Kelantan kini hidup dalam keadaan tertekan selepas menerima ugutan daripada seorang penggodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik pertindihan (superimpose) dirinya. 

Pelajar tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Devi, 20, menerima ugutan itu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Rao dan mendakwa bekerja sebagai pereka laman web.

Devi memberitahu, dia menerima ugutan tersebut selepas mengesahkan permintaan lelaki berkenaan untuk menjadi rakan di laman sosial Facebook pada 24 Mac lepas.

Dia mendakwa, selepas itu lelaki berkenaan bertindak mengambil gambarnya yang ada di dalam album di laman sosial itu serta mencuri alamat akaun miliknya.

“Lelaki berkenaan juga menukar kata laluan akaun alamat laman carian Yahoo! milik saya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadi saya sesuka hati,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pengaduan Awam MCA di sini semalam.
Links to this post
Terima kasih POLIS bantu rakyat BENCI Umno BN!!
Sabtu, April 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.

Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.

Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.

Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.

“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.
Links to this post
Ku Li: Dalang Video Lucah guna POLITIK LONGKANG
Sabtu, April 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 2 APRIL : Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku  dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu. Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Dalam wawancara esklusif dengan TVSelangor, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu,  menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," tambah  beliau

Ku Li berkata biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu -  Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat.
Anwar membuat laporan polis bagi membolehkan polis menyiasat siapa pelaku dalam rakaman itu.

Beliau menegaskan pada malam rakaman itu dibuat, beliau di rumah bersama ahli keluarga dan kakitangannya serta berinteraksi dengan kenalan menerusi Twitternya.

Pejabat PKR mengemukakan sembilan pesanan Twitter Anwar, bagi menyokong hujah Ketua Pembangkang itu.

Semalam, Ketua Polis Negara Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Kenyataan Ketua Polis Negara itu menimbulkan pelbagai kecurigaan kerana adalah difahamkan polis tidak mengambil keterangan daripada pihak-pihak yang relevan
untuk memperakukan keterangan Anwar sebelum ini.

Contohnya keterangan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang menghuraikan sembilan catatan Twitter Anwar yang membuktikan Ketua Pembangkang tidak terbabit dalam perlakuan sumbang yang dituduh oleh Rahim dan dua rakannya itu.

Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.
Links to this post
[PANAS] Umno Shah Alam dalang komik lucah ‘Raja Lawak’
Sabtu, April 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Komik itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks.

Saya petik:

[FMT] SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik ‘Kisah Juara Raja Lawak’ yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.

Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam,” katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

“Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

“Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah,” katanya.
Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Khalid gesa Eskay ditahan

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

“Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.

“Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut,” katanya.
Links to this post
Pelawak otai CABUL gadis 13 tahun diburu
Sabtu, April 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Siapakah pelawak itu?

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.

Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.

“Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.

“Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya,” katanya.

Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.

“Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.

“Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.

“Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu,” katanya.

Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

“Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa,” katanya.

Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.

Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.

Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.
Links to this post
Petrol RON97 naik 20 sen malam ini
Jumaat, April 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.
Links to this post
[PANAS] Kerana RM2 ribu, Adun UMNO ini dipenjara 3 tahun!!
Jumaat, April 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Adun Lenggeng (tengah)

Saya petik:

[MStar] SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan mengorek pasir dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, turut mendenda Mustafa sebanyak RM20,000 mengikut kesalahan tersebut.

Mahkamah mendapati Mustafa, 51, yang merupakan penggal pertama dipilih sebagai wakil rakyat melakukan kesalahan berkenaan pada 3 Mac lalu.

Bagaimanapun peguamnya merayu supaya hukuman itu ditangguhkan. Hakim Amran membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.
Links to this post
Kalau betul video lucah itu TULEN, siapakah pelakonnya?
Jumaat, April 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 1 APRIL : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan rakaman video seks yang didedahkan oleh trio "Datuk T" adalah tulen.

Bagaimanapun, identiti pelaku dalam klip video 21 minit yang sebelum ini didakwa mirip pemimpin kanan Pembangkang, tidak dikenalpasti.

Ini adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata kertas siasatan akan diserah kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan seterusnya.

Baru-baru ini, rakaman video seks yang dikatakan menunjukkan aksi seks seorang pemimpin kanan pembangkang, dipertontonkan kepada beberapa editor media.

Ia didedahkan pada 21 Mac lalu oleh bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Links to this post
Tidak sengaja makan daging BABI
Jumaat, April 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
TAHUN lalu saya ke China atas urusan kerja syarikat. Di sana, pihak syarikat menyediakan masakan makan tengah hari. Selepas makan, alangkah terkejutnya saya mengetahui daging yang saya makan adalah daging babi.

Apakah hukumnya Dr? Adakah saya berdosa besar dan bagaimana kuman yang ada dalam daging babi yang saya makan itu?

FAHIM,
Perak

HUKUM daging babi adalah haram dimakan. Umat Islam hendaklah mengelak daripada memakan daging babi dan perlu waspada ketika memesan makanan, lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara.

Larangan memakan daging babi terkandung dalam al-Quran, antaranya dalam ayat berikut: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Baqarah ayat 173)

Hukum memakan daging babi tanpa sedar atau tidak sengaja tetap haram. Walaupun begitu, dosanya adalah kurang atau dimaafkan berbanding dengan memakan secara sengaja.

-HM
Links to this post
Lagi cerita JIJIK & AIB Datuk Kastam
Jumaat, April 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Harapkan pagar, pagar makan padi!!  Memalukan!!

Saya petik: 
 
[BH] KUANTAN: Bukan hanya disyaki terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan cubaan mengelak cukai berbilion ringgit, seorang pegawai kastam bergelar Datuk di Pahang dan isterinya yang ditahan reman sejak Isnin lalu, turut disiasat atas kesalahan memiliki pelbagai jenis mercun dan rokok seludup

Ia berikutan penemuan 200 kotak mercun dan 20 kotak mengandungi rokok pelbagai jenama bernilai puluhan ribu ringgit dipercayai diseludup di rumah pasangan itu, di sini kira-kira jam 2 petang, Selasa lalu susulan penahanan mereka di Temerloh sehari sebelumnya. 

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai nilai sebenar barang seludup itu, termasuk tujuan pasangan suami isteri terbabit menyimpan rokok dan mercun berkenaan.

Berikutan itu, pasangan terbabit yang berusia lingkungan 50-an yang ditahan pasukan khas diketuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), turut disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Akta Kastam 1967.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui semalam mengesahkan laporan berhubung rampasan barang seludup itu untuk siasatan lanjut.

Dalam serbuan Isnin lalu, pasukan khas dianggotai Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain diketuai SPRM membongkar sindiket kegiatan pengubahan wang haram dan mengelakkan cukai bernilai berbilion ringgit hasil penahan pasangan suami isteri terbabit.

Pasangan berkenaan disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Susulan penahan pasangan itu, empat lagi pegawai KDRM ditahan di Johor, Selasa lalu bagi membantu siasatan dan memberi keterangan berhubung kegiatan terbabit.

Berikutan itu, Mahkamah Majistret Kuantan turut mengarahkan pasangan terbabit ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, wang tunai yang ditemui di bilik di rumah pasangan terbabit hanya berjumlah RM65,000, bukan ratusan ribu ringgit seperti dilaporkan media ketika kes berkenaan terbongkar
Links to this post
RM50 juta setahun untuk selenggara dua kapal selam!!
Khamis, Mac 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KOSMO] KUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianggarkan RM50 juta setahun.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat semalam, beliau memberitahu, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn. Bhd..

Jelasnya, kontrak antara kerajaan dan syarikat itu meliputi perjanjian selama enam tahun.
"Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakannya pada bila-bila masa," katanya.
Links to this post
Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung  ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

“Penyiasatan terbaru ke atas Dato’ Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

“Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

“Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa,” tegas beliau.

Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan ‘semak dan imbang’ ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera dan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan BN ke atas pasukan polis.

Pada 27 Mac lalu, sepasukan lebih 200 anggota polis merempuh program ceramah yang dihadiri Anwar di Taman Melawati Gombak.

Dalam kejadian tersebut, Anwar diheret turun dari pentas ceramah,  menyebabkan kira-kira 5,000 yang hadir pada program itu, berang dengan tindakan polis tersebut.
Links to this post
Kesian si isteri...

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan cedera di kepala dan badan apabila dipukul suaminya selepas dia mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suaminya mendapatkan dua jenis makanan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin di sebuah rumah di Bandar Baru Sentul, di sini, wanita terbabit yang berusia 28 tahun dipercayai ditumbuk dan ditendang suaminya yang berusia 30-an. 

Sumber berkata, ketika kejadian si suami baru pulang dari kerja sebelum mangsa memintanya keluar dan membeli makanan berkenaan kerana dia mengidamkannya serta memberitahu tidak dapat tidur jika tidak memakannya.

“Lelaki terbabit yang berkemungkinan tertekan dengan tugas di tempat kerja dan belum sempat berehat tiba-tiba berang sebelum memarahi isterinya itu.
“Tindakan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pertengkaran selama lebih 20 minit sebelum si suami gagal mengawal kemarahan dan menendang serta menumbuk isterinya.

“Walaupun isterinya itu berulang kali merayu dikasihani dan mengatakan bimbang kandungannya itu terjejas, ia langsung tidak dipedulikan.

“Selepas melepaskan geramnya, lelaki terbabit keluar dari rumah dengan meninggalkan isterinya sendirian,” katanya.

Difahamkan, mangsa mula meminta pelbagai makanan dan buah-buahan yang sukar diperoleh di ibu kota kepada suaminya itu kerana mengidam selepas doktor mengesahkan dia mengandung sejak dua minggu lalu.

Sebelum kejadian kelmarin, lelaki terbabit cuba memenuhi setiap permintaan isterinya, namun hilang pertimbangan selepas tidak tahan sikap isterinya yang sering meminta makanan yang pelik dan sukar didapati.

Sumber itu berkata, mangsa yang cedera menghubungi rakannya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungannya.

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, mangsa yang bimbang perkara sama berulang tampil membuat laporan di balai polis menuntut tindakan diambil terhadap suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

(Gambar hiasan) 
Links to this post
[PANAS] Betul ke Shuib terima ancaman bunuh??
Khamis, Mac 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[MK] Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

NONE"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Lindung boss

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

NONERakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri).

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

NONE"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.
Links to this post
Mufti Perak kecam video seks?
Khamis, Mac 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.
Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.
Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.
Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.
“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.
“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.
Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.
“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.
Links to this post
Elia Suhana masih isteri Sultan Ismail
Khamis, Mac 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai

ADA sesuatu yang mencuit hati Elia Suhana ketika berbual dengan peguamnya Fakhrul Azman (kiri) di Kota Bharu semalam.

Saya petik:

[KOSMO] KOTA BHARU - "Syukur Alhamdulillah, saya masih lagi isteri baginda. Mahkamah dah buat keputusan dan itulah kebenaran yang mahkamah sahkan. Saya doakan kesejahteraan dan kebahagiaan baginda."

Demikian kata Elia Suhana Ahmad, 32, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 5 Disember lalu, menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac lalu.

Keputusan itu bererti, Elia Suhana kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.

Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang semalam, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana selaku perayu selepas gagal hadir di mahkamah.
Links to this post
[VIDEO] Ceramah Dato' Johari Abdul
Khamis, Mac 31, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Links to this post
Beginikah sikap profesionalisme POLIS Malaysia?
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

Azmin persoal ceramah politik Muhyiddin di Ampang

[KD] AMPANG: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan polis membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berceramah di Kampung Pandan, dekat sini malam tadi.

Sedangkan katanya, ceramah anjuran KEADILAN yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, dihalang polis.
“Saya bertanya mengapa polis beri permit ceramah politik (kepada Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) di Kampung Pandan malam tadi?

“(Sedangkan) Kelulusan oleh IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) yang sama. (Tetapi mereka) Tak boleh jawab,” lapor Azmin dalam twitternya selepas memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, pagi ini.

Azmin mendakwa, dua laporan polis yang dibuat terhadapnya, dilakukan oleh pihak polis sendiri. Satu daripadanya, dibuat di bawah Akta Hasutan.

Malah, pegawai polis yang merakamkan keterangannya, ASP Dr Vasu dikatakan masih belum lagi melihat laporan tersebut.

“Baru saya dimaklumkan bahawa ada dua laporan polis terhadap saya. Satu lagi ialah di bawah akta hasutan kerana ajak rakyat bawa perubahan,” kata Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Menurutnya lagi, 18 soalan yang dikemukakan kepadanya disediakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Soalan semua disiapkan oleh IPK Selangor. Hebat!” kata Azmin.

Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Isnin lalu.

Turut hadir memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari.

Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen  ‘Tolak Fitnah’ anjuran KEADILAN di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja,  sebelum mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir.

Selasa lalu, sepasukan polis  ‘mengepung’ rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut.
Links to this post
Atas TUTUP bawah DEDAH aurat!!!
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Alahai....Mengapakah jadi begini? 

Kalau nak selak pun, selak di rumah cukup la....

Links to this post
Gadis laknat ini kutuk Nabi Muhammad dalam Facebook
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Entah apa yang ada di fikiran gadis betina laknat ini sehingga  sanggup mempersenda Nabi Muhammad  dan ajaran Islam…

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

-Bestoneoffour
Links to this post
Pemilik tadika ROGOL kanak-kanak 4 tahun
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Seorang pemilik sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) di Bukit Dumbar dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam kerana merogol kanak-kanak berusia empat tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menjatuhi hukuman itu setelah Ewe Peng Lip, 48, didapati bersalah merogol kanak-kanak terbabit dari jam 8.10 pagi hingga 12 tengahari, antara Januari dan April 2008.

Peng Lip yang diwakili peguam, Datuk C V Prabhakaran gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan itu.

Menurut Sitarun Nisa, keterangan membela diri oleh Peng Lip bersifat penafian semata-mata.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Tan Guat Cheng memohon mahkamah menjatuhi lelaki terbabit hukuman setimpal dengan kesalahan itu.

“Dari segi kepentingan awam, dia tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang juga murid tadika ketika itu.

"Saya mohon supaya mahkamah tidak bersimpati untuk menjatuhkan hukuman kerana ia melibatkan kes rogol kanak-kanak," katanya.

Menurutnya, akibat diperlakukan demikian, kanak-kanak itu difahamkan menjadi trauma.

Peng Lip merayu supaya dikenakan hukuman ringan kerana mempunyai tiga anak dan isteri yang bekerja sebagai guru tadika selain mendakwa tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sitarun Nisa membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

(Gambar hiasan)
  
Links to this post
Gadis bertudung cari kerja untuk MENCURI
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[KS] SHAH ALAM - Bermodalkan gaya bertudung dan diselit sikap lemah lembut, seorang gadis berusia 25 tahun disifatkan amat licik apabila dia didakwa dengan mudah diterima bekerja sebelum menghilangkan diri selepas mencuri sejumlah barang berharga di tempat kerjanya.

Difahamkan dalam tempoh dua hari pada 22 dan 23 Mac lalu, gadis terbabit telah melarikan telefon bimbit dan sejumlah kad tambah nilai di tempat dia bekerja sebagai jurujual di dua premis di sini.

Suspek itu didakwa telah pergi ke dua buah premis itu selepas membaca iklan kerja kosong menerusi akhbar. Majikan di kedua-dua premis itu menerima suspek sebagai jurujual selepas terpedaya dengan sikapnya yang lemah lembut dan mengenakan tudung.

Namun selepas diterima bekerja, suspek mengambil kesempatan melarikan barangan jualan di premis tersebut sebelum dia menghilangkan diri pada hari pertama bekerja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian pertama, polis menerima laporan suspek mencuri dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson ketika bekerja di kaunter pameran kedai jualan telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Masalam di sini.

(Gambar hiasan)
Links to this post
Wajah blogger UMNO kaki togok arak!!
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Setelah berteka-teki sejak semalam, kali ini kita bongkarkan wajah blogger gerombolan songkok tinggi yang selama ini tak henti-henti bercakap soal moral, bercerita tentang Islam, memaki hamun ulama, menggelarkan Tuan Guru Nik Aziz dengan gelaran-gelaran yang hina. Tapi sebenarnya dia hanyalah seorang kaki botol.

Blogger inilah yang selama ini bermati-matian mahu anda percaya bahawa Parti Islam se-Malaysia, PAS adalah Parti Ajaran Sesat, manakala UMNO adalah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam. Blogger inilah yang diupah oleh UMNO untuk mempertahankan perjuangan Islam UMNO.

Sumber: MiloSuam

TAKE BEAR! TAKE BEAR!!!
Links to this post
Jackie Chan meninggal dunia adalah berita fitnah!!
Rabu, Mac 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[MStar] NEW DELHI: Bintang filem legenda Hong Kong Jackie Chan, 56, menjadi mangsa terbaru laman sosial Twitter apabila berita mengenai kematiannya ekoran serangan jantung tersebar luas di Internet, Isnin.
Menurut laporan yang dipetik daripada ibnlive.com, khabar angin itu tersebar apabila sebuah artikel palsu yang menggunakan nama CNN telah dimuatnaik oleh seorang penulis blog bergelar Skiphopz.

Susulan artikel berjudul 'Jackie Chan Meninggal Akibat Serangan Jantung' itu, laman Twitter telah dibanjiri limpahan ucapan takziah daripada kalangan peminat.

Laporan itu turut memaparkan ucapan palsu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berhubung kematian Chan yang berbunyi:

"Jackie Chan seorang lelaki berbakat besar dan begitu sinonim dengan imej kemanusiaan. Dia akan terus abadi dalam hati kita semua, seorang lelaki yang memberikan inspirasi kepada pelbagai generasi. Sebelum ini kita telah kehilangan Nate Dogg, kini Jackie Chan pula."

Chan yang masih hidup bagaimanapun dilaporkan bakal muncul dengan filem terbaru iaitu 1911, tahun ini.
Links to this post
Media Malaysia jijik– The Jakarta Post
Selasa, Mac 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai