Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

ORANG UMNO P.PINANG SABOTAJ UMNO DI PRK PERMATANG PASIR

Label:

oleh: cheGuBard
Semalam cheGuBard di Permatang Pasir. Jujurnya kelihatan suhu pilihanraya kali ini masih 'sejuk'. Tiba di Tanah Liat jam 9.30 malam, sempat mengisi pentas ceramah selepas YB Senator Zailah dari PAS. Sebaik sahaja menamatkan ceramah terus ke Markas induk KEADILAN PRK Permatang Pasir. Rupanya malam tadi juga diadakan ceramah di depan Markas. Ketika sampai jam 10.45 malam kelihatan polis sedang hentikan ceramah Pakatan Rakyat atas arahan Ketua Polis Daerah.

Selepas melawat Markas Utama, teman -teman di Pulau Pinang telah membawa che'GuBard untuk satu sesi minum dengan sembang-sembang. Rupanya mereka telah 'set' pertemuan dengan seorang pemimpin Umno dalam Pulau Pinang yang bergelar Dato'.
Sembang politik selama 2 jam itu menyelusuri banyak isu. Salah satu isu yang menarik rupanya Umno Pulau Pinang tengah berdepan dengan masalah dalaman yang serius.

Pemimpin Umno Pulau Pinang rupanya tidak bersetuju dengan Najib yang menurunkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Perhubungan, mereka juga ramai yang tidak setuju dengan Datuk Zainal Abidin Osman (Non Panjang). Majoriti mereka lebih suka dengan Datuk Azhar (Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang). Menurut pemimpin Umno yang bergelar Dato' yang ditemui semalam menyatakan Non Panjang ini kalah pilihanraya umum yang lalu kerana ditolak oleh Umno Nibong Tebal. Hujahnya ialah bukan KEADILAN kuat di Nibong Tebal tetapi orang Umno undi KEADILAN sebab tak suka dengan sikap sombong dan menunjuk kemewahan oleh Non Panjang. Dato' ini kecewa kerana isyarat ini tidak dibaca oleh Umno pusat.

che'GuBard membuat pertanyaan nakal bagaimana kalau tidak disukai Umno Non Panjang boleh menang Majlis Tertinggi..... Dato' itu menjawab bagaimana tak menang kalau perwakilan dirasuah...dia antara dua orang MT yang kem Pak Lah terlepas sebab pakai banyak duit, sama macam Khairy, hujah Dato' itu.

Zahid Hamidi pula dihantar tanpa bincang dengan pemimpin negeri. Menurut Dato' itu pemimpin Umno Pulau Pinang malu sebab macam tidak ada pemimpin layak di Pulau Pinang. Dato' itu hujahkan kenapa tidak lantik Datuk Azhar yang terbukti kredibiliti masih boleh menang dalam arus sonsang PRU ke 12 yang lalu.

Sebab itu katanya kali ini dalam PRK Permatang Pasir, pemimpin Umno negeri sengaja mendiamkan diri dengan cadangan Zahid, Non Panjang yang mencadangkan pada Muhiyuddin untuk mencalonkan Rohaizat, walaupun Umno Pulau Pinang tahu Rohaizat punya banyak masalah yang boleh dijadikan peluru kepada Pakatan Rakyat.

Pasal lesen guaman yang digantung pun mula sekali yang sebarkan ialah orang Umno sendiri. Katanya percayalah sehari dua ini banyak lagi isu mengenai calon ini akan keluar lagi. Dato' ini bawa orang kampung Rohaizat..... teman ini banyak ceritakan macam - macam cerita tambahan lagi.

PERMATANG PASir: LAGI PENDEDAHAN BARU TERHADAP ROHAIZAT!!

Label:

Dalam sidang media semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman. Demikian lapor harakahdaily.

Menurut beliau, pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.

"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.

"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu.

Sama-sama kita tunggu apakah pendedahan itu....

PERMATANG PASir: MARUAH UMNO HANYA PADA WANG?

Label:

"TOLONG MENANGKAN CALON BN"

Itulah nota ringkas yang diterima oleh beberapa penduduk di kawasan Permatang Pasir bersama tiga keping wang palsu RM100.

Adakah itu harganya bagi sebuah perjuangan untuk membela bangsa?

Walaupun kita tidak tahu siapa yang melakukannya, tetapi perkara ini merupakan taktik kotor dan menjijikkan untuk membeli undi penduduk Permatang Pasir.

Janganlah memperbodohkan Penduduk Permatang Pasir dengan taktik itu. Tok Kiyai percaya penduduk Permatang Pasir bijak menilai dan tidak sebodoh yang disangkakan.

Biarlah kita miskin harta tapi kaya dengan budi dan semangat membela agama, bangsa, dan negara.

KES TEOH: SURAT MISTERI KEPADA GOBIND SINGH DEO

Label:

Surat misteri yang dihantar kepada peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo, menuduh seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dengan kematian pembantu Exco Selangor itu.

Surat itu yang juga menamakan pegawai kanan itu sebagai orang yang terlibat secara peribadi menyoal Teoh di saat-saat terakhir sebelum beliau mati.

Sambil menuntut supaya pegawai kanan itu disiasat, pengirim surat itu yang mendakwa diri mereka sebagai "para pegawai SPRM" juga menuduh pegawai kanan itu terlibat dengan rasuah.

Di bawah ini adalah surat misteri itu yang Tok Kiyai salin & tampal dari Malaysia Today.
Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

PERMATANG PASir: KENYATAAN BEKAS RAKAN KONGSI ROHAIZAT MENAFIKAN TUDUHAN UMNO

Label:

(Foto: Yusri Ishak)

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Sayugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Maslan ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.
SUMBER di sini.

DUN KOTA SEPUTEH: UMNO TAKUT AKAN HILANG KERUSI?

Label:

Nada TPM Muhyiddin Yasin yang dilaporkan media seolah-oleh takut kalau-kalau DUN Kota Seputeh diisytiharkan kosong. Maklumlah majoriti yang dimenangi BN pada pilihanraya lalu tidaklah ketara sangat bezanya.

Kalaulah ditakdirkan DUN Kota Seputeh kosong dan berlakunya pilihanraya, adakah BN akan dapat dikekalkan atau BN akan ditalkinkan?

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif dari Umno dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya.

Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan, mengalahkan lawannya, Ismail Wan Teh dari PAS dengan majorti 495 undi.

Tok Kiyai menjangkakan SPR tidak akan mengisytiharkan DUN Kota Seputeh kosong.

PERMATANG PASir: DITUDUH EKSTREM BILA INGIN MEMPERBETULKAN AKIDAH UMAT

Label:

Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al-Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Begitulah taraf seorang mufti memberi komen tentang isu ini.

Betul. Memang tiada nas tentang itu. Semua orang tahu dalam Al-Quran tiada disebut parti PAS, UMNO, dan PKR.

Apa yang ingin Tok Kiyai ingin jelaskan di sini ialah politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Oleh itu, tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara boleh merosakkkan akidah seseorang.

Lebih parah lagi jika pemerintah yang beragama Islam yang tidak mahu melaksanakan hukum Islam menghalang pihak yang mahu melaksanakan Islam melalui kuasa yang mereka miliki.

Tidak terlepas juga pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam. Mereka juga pastinya jauh daripada mendapat balasan syurga.

Apabila akidah rosak, macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Bagi Tok Kiyai, kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali.

Nah, di mana anda sekarang?

Adakah anda penyokong/ahli UMNO?

MINUM ARAK: BAPA MAHU ANAK DISEBAT DI TEMPAT TERBUKA

Label:

“Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi (foto) akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.

“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu.

Dia juga mempertikaikan mengapa anaknya perlu dibawa ke penjara kerana Kartika Sari bukan seorang banduan dan hukuman penjara yang dijatuhkan kepadanya sudah diketepikan.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadap Kartika Sari, 32, selepas disabitkan kesalahan meminum arak. Baca lanjut di sini.

PERMATANG PASir: CALON BN HILANG KELAYAKAN DARI SEGI MORAL

Label:

"Dari segi undang-undang beliau memang layak bertanding tetapi dari segi moral beliau hilang kelayakan.

"Isunya jelas...Majlis Peguam membatalkan lesen beliau (Rohaizat) atas isu-isu berkaitan peribadi seperti pecah amanah RM161 ribu wang Koperasi Pekebun Kecil tahun lalu.""

Itulah kata-kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mahfuz Omar.Demikian lapor harakahdaily.

Tegas Mahfuz lagi, bagaimana seorang yang sah pecah amanah boleh menguruskan amanah rakyat di Permatang Pasir kelak.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula berkata, dari segi undang-undang tiada masalah bagi Rohaizat untuk bertanding dan telah memenuhi segala syarat untuk bertanding dalam pilihan raya (DUN) Permatang Pasir.

Dr. Mohammad Hatta Ramli pula berkata, tidak ada maknanya seseorang bakal Adun Permatang Pasir berkelulusan tinggi, jika dibelit pelbagai kes pecah amanah.

Bagi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, kes pecah amanah itu tidak boleh dikaitkan dengan peribadi Rohaizat, sebaliknya ianya adalah kesalahan firma serta rakan kongsi Rohaizat.

Bagaimana pun, Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan menegaskan pergantungan Rohaizat oleh Majlis Peguam atas kesalahan peribadi, bukannya atas firma guamannya atau rakan kongsi beliau.

Lantas itu, penamaan Rohaizat terus dianggap suatu penghinaan kepada pengundi Dun itu sendiri kerana tidak bersih dan menghadapi beberapa masalah moral.

CERAMAH MEMBONGKAR KISAH-KISAH RAHSIA MALAM INI

Label:

Datanglah beramai-ramai...

PERMATANG PASir: MEDIA "TALI BARUT" UMNO AKAN DISAMAN

Label:

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. Demikian lapor harakahdaily.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana menyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

PERMATANG PASir: CALON BN SEORANG YANG TIDAK AMANAH?

Label:

Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

Ragunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.

Apabila Ragunath menyebutkan "kesalahan yang serius" dan "sama seperti salah laku jenayah," persoalan yang timbul ialah adakah para pengundi di Permatang Pasir akan mengundi seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Adalah dipercayai, isu pemecatan Rohaizat dari Majlis Peguam akan akan menjadi isu utama yang berpanjangan sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah mengapa BN khususnya Umno membelakangkan ingatan Dr Mahathir dan berkeras mahu mencalonkan seseorang yang terdedah kepada tuduhan mempunyai pekung di dada?

Jika dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil itu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk," adakah Rohaizat "benar-benar pilihan yang sangat baik"?
SUMBER di sini.

UMNO AMAL POLITIK DAJJAL - PRESIDEN PAS

Label:

Umno-BN sentiasa mengamalkan 'Politik Dajal' dalam usaha mengekalkan kekuasan memerintah negara.

"Lantaran itu kita wajib menyingkir mereka walaupun penyakit itu sudah lama melanda negara kita,"kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah di Markas Permatang Luar di sini semalam.

Katanya, jika mereka terus diberi kuasa, politik seperti ini akan tetap diamalkan kerana pada mereka inilah cara terbaik lagi halal untuk mengaburi mata rakyat.

"Politik Dajal ini ialah mengutamakan sahabat handai dan kaum keluarga dalam usaha mereka menyalurkan kekayaan negara dan pelbagai kemudahan,"katanya.

Dalam kes Pulau Pinang, katanya, sejak berpuluh tahun BN memerintah yang sebelumnya Perikatan, apa wakil Umno buat untuk menyenangkan orang Melayu.

"Wakil Umno dalam Dewan Undangan Negeri mengatasi wakil dari Gerakan dan MCA juga MIC. Cakap saja nak tolong orang Melayu. Bohong saja,"katanya.

Sementara itu di tempat yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Haron Taib sependapat dengan Dato' Seri Hadi bahawa Umno senantiasa membodoh-bodoh rakyat.

"Mereka sering menggula-gula rakyat (Melayu) dengan pelbagai tawaran yang kononnya merekalah (Umno) yang hanya mampu mentadbir negara dan menyalur segala harta kekayaan,"katanya.

Ingat, katanya, "kita jangan sekali-kali terperangkap dengan dakwaan mereka lagi.

"Mari kita nyahkan mereka segera dan jadikan Pilihan raya Permatang Pasir sebagai medan awal untuk meruntuh kekuasaan Umno-BN pada pilihan raya kebangsaan akan datang," katanya kepada lebih dua ribu orang yang hadir mendengar ceramah di sini.
SUMBER di sini.

PAS: DULU DAN SEKARANG

Label:

oleh ZAID IBRAHIM

Saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar anjuran PAS di Kota Bharu pada Sabtu lalu (15 Ogos). Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PAS Kelantan kerana penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Maklumlah sayalah orang yang menyaman kerajaan negeri pada suatu masa dulu berhubung soal hukum hudud. Namun sebagaimana yang pernah saya jelaskan dahulu, saman itu dibuat atas dasar perundangan dan Perlembagaan, dan tidak ada kena-mengena dengan agama. Kalau ingin tahu lebih lanjut hal itu, saya telah jelaskan dalam buku saya “Saya Pun Melayu”.

Yang menarik dalam seminar Sabtu lalu adalah perbincangannya berkisar hal-hal dalamam dan permasalahan parti yang diperkatakan secara terbuka. Itulah tanda keterbukaan PAS masa kini. Seminar itu diadakan di dewan Kelantan Trade Centre, sebuah bangunan canggih bertaraf 5 bintang, untuk membuat post-mortem keputusan pilihan raya kecil Manek Urai serta merangka perancangan kekuatan PAS di masa depan. Kalau dalam tahun 1990 dulu bila UMNO teruk, pemimpin mereka berkata PAS hanya dapat bertahan satu penggal saja. Kini terbukti PAS telah memerintah Kelantan selama lima penggal dan sekarang menguasai Kedah pula. PAS telah bertambah maju manakala UMNO bertambah tempang.

Di seminar itu, saya telah mencadangkan PAS supaya jangan berpuas hati sebagai parti orang Kelantan sahaja. PAS, sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, dan sekarang berkuasa di Kedah, harus befikir sebagai parti nasional. Putrajaya mesti menjadi sasaran PAS dan Pakatan Rakyat. Amatlah perlu PAS meneroka jalan baru dalam usahanya meluaskan pengaruh. Bukan saja intipati mesej politiknya perlu disampaikan dengan yang lebih canggih, pendekatan baru juga diperlukan supaya lebih ramai orang Melayu dan Islam menerimanya. PAS harus yakin bahawa ia adalah alternatif kepada UMNO untuk orang Melayu.

Pada masa yang sama, mesej politik PAS pula mestilah mendapat sokongan semua kaum, atau sekurang-kurangnya orang bukan Islam tidak menentang atau menolak PAS. PAS mesti memperjuangkan hak asasi maanusia atau ‘human rights” yang memangpun dituntut oleh Islam. PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia ada lebih 100 suku kaum dan kepercayaan agama yang berbeza. Saya setuju dengann kata-kata YB Dato Nik Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, iaitu cara atau proses penyampaian sama pentingnya dengan dasar dan intiparti perjuangan parti. Kita mesti bulatkan kata. Jangan pula pepat di luar, pencong di dalam.

Walau pun sudah banyak perubahan dalam PAS hari ini berbanding tahun-tahun 1990an dahulu, masih ada segolongan kecil pemimpin mereka yang was-was tentang cita-cita parti lain dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada juga parti lain dalam Pakatan yang turut syak wasangka terhadap PAS. Ini mesti berubah dan perlu diatasi oleh pucuk pimpinan Pakatan. Hanya kekuatan muafakat sebenar dari ketiga-tiga parti Pakatan ini mampu mengatasi Barisan Nasional.

Kita tahu UMNO akan sentiasa mempermainkan cita-cita kita dalam Pakatan kerana memang tabiat mereka suka memperlekehkan keupayaan orang lain. Bukan sahaja Pakatan, malah orang Melayu dan Islam yang mereka tak suka juga mereka hina dan jatuhkan maruah. Tetapi itu tidak mengapa. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP serta parti parti lain di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi BN jika pilihan raya yang bersih dan adil dapat diadakan. Syaratnya kita mesti teguh bersatu. Ketiga-tiga parti Pakatan ini tahu bahawa mereka hanya mampu mengatasi BN dengan dasar yang kukuh dan kemas yang dicapai secara perundingan dan konsensus serta boleh dipercayai oleh rakyat semua kaum.Menjadi rakan hanya untuk membantu dalam masa berkempen pilihan raya tidak cukup. Kita harus menjadi sahabat dan saudara seperjuangan untuk memastikan berakhirnya era ketidakadilan UMNO dan BN.

Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti ini sudah pun bersetuju dengan prinsip-prinsip utama perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma huraian yang terperinci perlu dibuat di atas platform dan dasar bersama ini. Jika ini dapat dipenuhi dengan isi yang memuaskan, maka proses untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan atau wadah rasmi akan berjaya tidak lama lagi. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, apa-apa isu remeh dan salah faham sesama pemimpin dan ahli perlu diselesaikan segera. Rakyat pula diharap bersabar dengan proses ini. Saya yakin jika rakyat dapat menanggung sengsara UMNO dan BN lebih 50 tahun, apa salahnya diberi peluang untuk Pakatan bersiap sedia mengharungi badai politik. InsyaAllah hasrat rakyat melihat Pakatan bersatu melawan BN satu lawan satu akan tercapai juga akhirnya.

TINDAKAN POLIS TIDAK PROFESIONAL - KERAJAAN SELANGOR

Label:

Kerajaan Negeri Selangor kecewa dengan pihak polis yang cuba mencari kesalahan Exco Pakatan Rakyat dengan menjalankan siasatan ke atas pegawai kerajaan negeri hanya berdasarkan maklumat daripada laman web blog.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jeyakumar berkata, tindakan pihak polis mengambil keterangan pegawai kerajaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini adalah tidak profesional dan menakutkan pegawai kerajaan.

“Pihak polis sewajarnya menjalankan siasatan berdasarkan bukti kukuh untuk dijadikan rujukan, dan bukannya secara rambang dan tanpa asas.”

“Sekiranya sumber dari blog dapat menjadi kayu ukur kepada sesuatu siasatan, maka sebahagian besar wakil rakyat, Exco serta Menteri juga harus disiasat kerana nama mereka secara luas dikaitkan dengan kes-kes tertentu dan disebarkan melalui blog,” kata Xavier.

Xavier berkata deman dalam sidang media yang diadakan selepas pihak polis mengambil keterangan saksi daripada dua orang pegawai kerajaan. Exco yang turut hadir ialah Ean Yong Hian Wah.

Tambah Xavier, tindakan polis ini adalah satu lagi bukti institusi polis dan agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) digunakan dan dikerah sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Pegawai Turus Siasatan Jenayah Komersial, Mohamed Osman dan Pegawai Siasatan Unit Siber Multimedia, Azizi Abdul Halim tiba di Pejabat SUK Selangor kira-kira 12 petang ini untuk mengambil keterangan saksi ekoran laporan polis yang dibuat berhubung dengan dakwaan pejabat Exco digunakan oleh kongsi gelap yang disiarkan di dalam blog Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong.

Menurut Mohamed, tiada nama spesifik yang ditujukan dalam laporan polis tersebut. Walau bagaimanapun Mohamed yang enggan mendedahkan nama individu yang membuat laporan polis pada 12 Julai itu memaklumkan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan yang sama di pejabat Exco selainnya.

Kerani Ean Yong, Norazah Binti Ismail dan kerani Ronnie Liu, Siti Fairos Shohaime telah memberi keterangan di pejabat Exco masing-masing bermula 1 petang dan berakhir 3:30 petang. Buku pelawat pejabat Exco Ronnie Liu dirampas sebagai bahan bukti.

Ean Yong dalam sidang media yang sama juga menegaskan pihak kerajaan bersedia bekerjasama dengan pihak polis dan berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas dengan profesional.

SEKRETARIAT AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
SUMBER di sini.

PERMATANG PASir: UMNO DENGAR NASIHAT NIK AZIZ?

Label:

Pagi tadi Tok Kiyai terdengar berita radio yang menyebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin menasihatkan penyokong-penyokong PAS supaya mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz supaya tidak melakukan serangan peribadi semasa berkempen.

Menurut Tuan Guru, pemimpin politik yang menyerang peribadi lawan politiknya dianggap sebagai "samseng politik" dan tidak profesional.

Baguslah kalau Hishamuddin akur dan mendengar nasihat Tuan Guru itu. Bagi Tok Kiyai, bukan senang orang umno apatah lagi pemimpin mereka hendak mendengar nasihat pemimpin PAS kecuali perkara yang menguntungkan politik mereka.

Tok Kiyai juga berharap semoga Hishamuddin nasihatkan juga rakan-rakan pemimipin dalam Umno terutama Timbalan Perdana Menteri. Jangan la duk serang peribadi pemimipin Pakatan Rakyat. Yang duk kata pengkhianat bangsa tu serangan peribadi la tu....

PERMATANG PASir: NGO ANTI-ISA INGIN MENANGKAN PAS?

Label:

Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen bagi memenangkan calon PAS Mohd Salleh Man atas pendiriannya membantah dasar kontroversi itu.

Setiausaha gabungan NGO itu Hasni Abas memberitahu Malaysiakini hari ini, A Samad, atau panggilan mesranya Pak Samad, akan berceramah dan mengedarkan risalah anti-PPSMI.

"GMP akan berada di Permatang Pasir pada 21 Ogos malam. Pak Samad dan exco GMP akan ke sana," jelas Hasni, juga pengerusi kesatuan sekerja kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hasni menjelaskan, dalam mesyuarat GMP Sabtu lalu bagi membincangkan tindakan susulan badan itu susulan pengumuman pemansuhan PPSMI, badan itu tidak akan mengambil langkah berdemonstrasi sekali lagi – dalam masa terdekat.

"Pak Samad ada usulkan perkara itu. Tetapi kita putuskan tidak perlu buat masa ini, kita tidak mahu (bersikap) provokatif. Kita jumpa dulu," katanya.

Sebaliknya, tambah Hasni, GMP akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pelajaran mempersoalkan kelambatan pemansuhan itu, tidak seperti proses pelaksanaannya pada 2003 yang hanya mengambil masa enam bulan.

GMP juga ingin bertemu dengan menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membangkitkan isu tersebut.

PERMATANG PASir: KETUA PEMUDA UMNO YANG MUFLIS MODAL KEMPEN

Label:

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu."

Itulah cerita Ketua Pemuda UM-no Malaya, Khairy Jamaluddin mengenai pengundi hantu selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, demikian lapor Bernama.

Si budak Khairy kata, sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi hantu didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Ha ha ha, yang jadi hantu sekarang ni melibatkan semua kaum. Cina ada Melayu pun ada. 1Malaysia lah katakan....

Hah, bila pulak SPR "dikuasai" oleh Pakatan Rakyat? Setahu Tok Kiyai, "tangan ajaib" di sebalik SPR ni sudah tentu orang-orang yang pro-BN.

Satu lagi, yang duk kecoh pasal pengundi hantu ni biasanya orang Pakatan Rakyat. Sekarang ni orang um-no pulak yang keluarkan isu ini.

Dah tak ada modal dah pemuda um-no ni....

PRU 13: BUKAN ISLAM BOLEH GUNA LAMBANG PAS

Label:

Orang bukan Islam yang menyertai Kelab Penyokong PAS akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Demikian beritahu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang hari ini.

Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu.

Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku.

Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Menurut Mustafa, pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan yang bertubi-tubi dari orang bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli Kelab Penyokong PAS yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ianya masih dalam perancangan namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan, " jelasnya ketika membentangkan ulasan kepada Ucapan Dasar Presiden bertajuk 'Islam Pemimpin Perubahan' di Dewan Datuk Ahmad Badawi, Butterworth.

Ujar beliau lagi, peristiwa sebegitu pernah terjadi di Johor di mana salah seorang ahli KPP meminta menggunakan lambang bulan pada pilihan raya umum lalu tetapi setelah dipersetujui bersama akhirnya beliau diberikan kebenaran menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Atas permintaan ramai itu sambungnya, menunjukan sokongan mereka terhadap PAS terus menjadi agenda utama ekoran ketidak percayaan mereka terhadap Umno yang menjadi teras Barisan Nasional (BN).

Menyentuh mengenai perancangan aktiviti beliau yang juga bekas Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat menambah, melihatkan senario sedemkian maka PAS amat memerlukan ahli yang kreatif bagi menjulang imej PAS menjelang pilihan raya umum kelak.

Tanpa percaturan politik yang tersusun PAS tidak boleh meningkat naik sebaliknya berada di tahap lama dan sukar untuk dibaik pulih.

"PAS amat memerlukan ahli yang kreatif kerana sikap itu dapat menjulang nama PAS pada masa depan, " tegasnya di hadapan kira-kira 100 orang peserta.

Majlis yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man itu turut dihadiri Setiausaha PAS Negeri, Fazhil Kemi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Rosidi Husin, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Shuib Mohd Amin, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Ustazah Rahmah Mat Isa.
SUMBER di sini.
ORANG UMNO P.PINANG SABOTAJ UMNO DI PRK PERMATANG PASIR
Jumaat, Ogos 21, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Ogos 20, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Ogos 19, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Ogos 18, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Ogos 17, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, Ogos 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai