Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

MH370: Suatu Perancangan jahat?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAWAW serta sekalian Ahli Baitnya. Dan dengan merekalah kita senantiasa beroleh syafaat dan manfaat baik dunia mahupun akhirat. Semoga terungkai segala misteri yang terbuku di alam Nusantara ini, Amiin.

Ini adalah artikel pertama saya yang ditulis di blog selepas beberapa hari tragedi kehilangan pesawat MH370 dilaporkan pihak media. Sejak 8 Mac sehingga kini, saya diasak bertalu-talu. Inbox saya tidak putus-putus menerima pelbagai mesej dan email daripada orang yang dikenali dan tidak dikenali berkenaan MH370.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menulisnya di wall facebook saya secara peribadi. Setelah beberapa siri artikel saya tulis di facebook, saya kira ia amatlah terhad dan kini setelah hampir 1 minggu kes ini berjalan, saya tergerak untuk menulis artikel ini di sebuah blog baru dan bukannya di blog bradokapak sendiri. Sila pastikan sebelum anda membaca artikel berikut, lengkapkan pengetahuan asas mengenai kes MH370 terlebih dahulu agar memudahkan anda untuk memahami situasi yang hendak diceritakan. Jika belum ada pengetahuan asasnya, boleh baca disini.

Tanpa melengahkan masa, saya nukilkan artikel saya seperti berikut....

MH370: Suatu Misteri

*Amaran Keras! Jangan baca jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru. Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal manusia biasa. Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka.

1. Sebuah pesawat Boeng 777-200 penerbangan MH370 telah dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur Airport (KUL) pada sekitar tengah malam 7 Mac 2014. Selang beberapa jam selepas itu, radar kawalan terputus hubungan dengan pesawat. Selang beberapa jam selepas itu, enjin Roll Royce 1 kipas yang terdapat dalam MH370 juga berhenti memberikan laporan enjin pada sekitar jam 1 pagi 8 Mac 2014.

2. Hanya selang 5 atau 4 jam selepas waktu terakhir pesawat kelihatan dalam radar barulah pihak MAS dan DCA memaklumkannya kepada orang awam.

3. Maka bermulalah sesi mendebarkan bagi seluruh dunia terutamanya warganegara Malaysia dan Beijing sendiri. Kita digemparkan dengan satu kejadian yang aneh lagi ganjil di mana tidak sampai 24 jam selepas itu, pihak berkuasa Amerika Syarikat (US) dengan tergesa-gesa telah menghantar segenap pasukan perisikan anti-pengganas mereka ke rantau ini. Ia terdiri daripada Federal Bureau Inteligence (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan sekutu mereka Interpol. Dalam masa yang sama pihak US juga telah menyeru negara-negara rantau ini untuk sama-sama terlibat dalam misi membantu Search And Rescue (SAR) yang dijalankan pihak Malaysia.

4. Tidak kurang dari 24 jam, pelbagai bantuan telah dihantar oleh negara-negara jiran dan dua negara besar yang jauh, iaitu US dan Australia (Aussie). Seluruh misi SAR ini dikawal selia oleh pihak berkuasa Malaysia dibawah Kementerian Pengangkutan, Pertahanan dan juga pihak DCA, MAS, ATM, TUDM dan sekutu kerajaan. Dibantu oleh pihak media bagi hebahan umum, operasi SAR MH370 telah dilancarkan seawal pagi 8 Mac 2014.

5. Pesawat MH370 tersebut sebenarnya membawa seramai 239 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew termasuk pilot dan co-pilot. Hanya seramai lebih kurang 38 orang sahaja penumpang warganegara Malaysia dan sekitar 10 orang sahaja berbangsa Melayu selebihnya adalah sekitar 152 orang warganegara China dan bakinya adalah pelancong asing daripada Ukraine, Australia dan negara-negara lain. Pilot adalah Kapten Zaharie dan dibantu co-pilot, Farid Hamid, 27 tahun. Info lengkap kronologi dan data penumpang pesawat boleh rujuk disini.

6. Apa yang memeranjatkan dunia adalah pihak US yang tergesa-gesa menghantar bala tentera mereka ke rantau ini kononnya bertujuan membantu misi SAR yang kita anjurkan. Pihak US telah menghantar lebih 30 buah US N. 7th Fleet ke Selat Melaka dan juga ke Laut China Selatan disamping membawa US KIDD, Pickney, Poseidon dan lain-lain kelengkapan canggih vessel dan pesawat mereka.

7. Saya ringkaskan, dalam masa yang sangat singkat sudah hampir 13 buah negara menyertai misi SAR ini dengan kelengkapan melebihi 80 buah jentera bersaiz besar.

8. Saya bersangka baik, semua pihak yang hadir memberi bantuan adalah disebabkan negara kita yang sangat baik hati. Orang kata, buat baik dibalas baik. Negara kita adalah satu-satunya negara yang tidak pernah terlepas misi bantuan ke mana-mana negara yang terkena bencana tak kira bila dan di mana.

9. Namun, saya juga bersetuju jika ada yang mengatakan pihak yang hadir menghantar bantuan SAR ini ada yang mengambil kesempatan.

10. Terutamanya pihak US dan sekutunya serta media antarabangsa yang sudah pasti dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Mereka ini berperanan utama dalam menyebarkan provokasi dan pelbagai spekulasi liar untuk memancing kerajaan negara kita agar membuka pekung yang tersembunyi.

11. Namun saya tidak menolak ada antara mereka yang benar-benar ingin membantu kita dalam menyebarkan berita yang telus dan benar serta berita-berita diluar jangkaan orang awam.

12. Saya amat yakin, setiap kali press conference di adakan, tak kira dimana sekalipun ia dibuat, satu skrip khusus telahpun disediakan agar jalan cerita sama dengan yang dirancangkan.

13. Pada awalnya, skrip agak kucar kacir namun sejak kebelakangan ini ia seakan-akan semakin teliti dan selari menurut kehendak sang pencatur.

14. Okay, sekarang kita berbalik kepada punca dan asbab.

15. Pada satu minggu sebelum kejadian MH370 berlaku, saya telah ke Terengganu. Ketika di sana saya bertemu dengan seorang brader yang menceritakan kepada kami klu-klu kejadian yang berlaku pada minggu ini.

16. Kami langsung tidak menyangka yang kejadian MH370 ini terjadi seawal minggu ini dan ada kaitan dengan apa yang diberitahu kepada kami.

17. Untuk makluman, brader tersebut ada membuat satu upacara memintas masa di satu lokasi tempat berlakunya perang besar. Disitu, ada ramai geng-geng yahudi freemason illuminati yang sedang giat berusaha untuk memintas masa dunia bagi tujuan menjayakan misi NWO mereka.

18. Saya ringkaskan lagi, brader tadi telah memberi pihak kami beberapa klu antaranya adalah, Beijing - Johor, Singapore, Sabah - Sarawak, Cina - China dan juga Komunis - Kapitalis.

19. Apa yang brader tu ceritakan kepada kami, itu tidak dapat saya beritahu kerana ia bersifat classified.

20. Saya ingin mengulas sedikit klu tersebut kerana klu-klu ini pernah saya tulis di wall facebook saya dan saya telah berjanji untuk membahasnya di blog ini. Boleh baca disini sebagai rujukan. Pastikan anda ada akaun facebook terlebih dahulu sebelum membacanya.

21. Mengapa brader tersebut menyebutkan Beijing dan Johor? Kerana... Menurut brader tersebut, sudah lebih 70 ribu orang Cina dari tanah besar dan dari Singapura dibawa masuk ke Johor. Menurutnya lagi, dijangka lebih ramai orang Cina akan dibawa masuk daripada Beijing masuk ke Johor.

22. Ini adalah rancangan teliti yang telah lama direncanakan oleh tangan-tangan ghaib di negara ini.

23. Mengapa Sabah - Sarawak? Pernahkah korang terdengar ura-ura Sabah dan Sarawak hendak keluar daripada Malaysia? Pasti pernah....

24. Korang pernah dengar tak pasal perebutan Kepulauan Spratly antara beberapa buah negara, Malaysia (Sabah), China, Philipines, Vietnam dan US.

25. Kepulauan Spratly ini adalah antara cita-cita besar bagi US. Mereka sangat menginginkan kepulauan tersebut bagi menempatkan pangkalan mereka disitu.

26. Setakat ini, hanya pihak China sahaja yang berani meletakkan batu tanda dikawasan perairan Spratly sehingga perairan Sabah. Pihak China telah meletakkan batu tanda itu beberapa minggu sebelum MH370 dilaporkan hilang.

27. Langsung tiada liputan media terhadap kes ini. Namun, pihak TLDM Sabah telahpun tahu dan mereka masih menanti bantuan ketenteraan untuk dihantar ke Sabah sebagai persediaan andai terjadi apa-apa yang tidak diingini.

28. Kenapa Spratly menjadi rebutan? Kerana, disitu adalah lokasi yang strategik untuk mengawal perairan Laut China Selatan (LCS).

29. Kalau kita ada Pulau Perak di Utara Semenanjung untuk mengawal Straits of Malacca, maka kita perlukan Spratly untuk mengawal LCS.

30. Kerana itu US bercita-cita besar mengambil Spratly kerana mereka mahu meletakkan pangkalan tentera mereka disitu bagi mencapai cita-cita terakhir mereka iaitu menjayakan NWO di peringkat terakhir.

31. Jika Spratly jatuh ke tangan US, maka lengkaplah kesemua perairan yang ada dalam dunia telahpun dikawal oleh US. Semua laluan utama perairan dunia sudahpun dikawal ketat oleh pihak US. Tetapi hanya Spratly dan juga Pulau Perak yang masih belum dikawal oleh mereka.

32. Korang pernah terdengar bukan tentang kata-kata sejarah, "Siapa yang mengawal Selat Melaka, dia bagaikan mengawal Venice" atau lebih kurang begitu. Saya pun tak ingat sangat.

33. Mengapa ada ura-ura mengatakan bahawa pesawat telah berpatah balik dan tiba-tiba sahaja pesawat menuju ke arah Pulau Perak?

34. Sudah pasti ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan mungkin juga ada pihak terlepas cakap. Hal ini telah ditangani dengan cermat oleh pihak TUDM sendiri dengan membuat press conference menafikan radar mereka menemui MH370 berpatah balik ke arah Pulau Perak.

35. Saya setuju dengan tindakan TUDM kerana jika dunia tertumpu ke arah Pulau Perak, nescaya segenap kelengkapan perang yang ada disekitar perairan Malaysia pasti akan tertumpu ke situ dan ada kemungkinan pulau itu di'usik' oleh orang luar. Rujuk status facebook yang ini mengenai Pulau Perak.

36. Apa yang ada di pulau tersebut? Di mana lokasinya? Korang boleh rujuk google map kalau nak tau sangat. Yang pasti, di dalamnya ada banyak batuan granit dan hanya ada satu pusat pelancongan dan satu pangkalan tentera berskala kecil yang hanya mampu menempatkan satu platun tentera sahaja. Di puncak bukit granit itu terdapat satu landasan kecil yang mampu menampung pendaratan helikopter Nuri.

37. Pada sekitar tahun 70-an kalau tidak silap saya, ketika itu Tun Dr Mahatir telah mengarahkan agar kita membuka satu pusat pelancongan disitu dan menempatkan satu pengkalan tentera bagi mengawal kedaulatan pulau tersebut daripada jatuh ke tangan orang lain. Tindakan bijak ini Alhamdulillah telah berjaya menjaga kedaulatan Straits of Malacca sehingga hari ini.

38. Berbeza dengan Pulau-pulau lain yang kebanyakannya sudah jatuh ke tangan orang luar dan ada yang masih menjadi rebutan. Sebagai contoh terdekat, Pulau Batu Putih, Spratly, Andaman dan lain-lain.

39. Kerana itulah saya sebelum ini langsung TIDAK bersetuju akan ura-ura menyatakan pesawat MH370 telah terhempas di sekitar Pulau Perak dan sudah banyak beg mayat dibawa ke sana. Ini adalah satu spekulasi yang tidak menguntungkan negara. Rujuk status ini mengenai pesawat terhempas di Pulau Perak.

40. Saya tinggalkan spekulasi mengenai Pulau Perak. Walaupun secara tiba-tiba ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini langsung tidak pernah tahu mengenai Pulau Perak ini tiba-tiba mengetahuinya. Apapun terima kasih juga kepada orang yang sudi menyebarkan spekulasi tersebut kerana mereka telah berjaya membuatkan ramai orang kita ambil tahu akan geografi negara sendiri. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Sekarang sudah terbukti.

41. Okay, kita berbalik kepada MH370 itu sendiri. Menurut bacaan radar yang disiarkan kepada media, pesawat hilang hubungan sekitar 1.07 pagi 8 Mac 2014 dan terputus imej dari radar ketika itu juga.

42. Menurut radar lain pula (TUDM dan Flightradar online), pesawat telah melakukan pusingan beberapa darjah dan ketika pusingan itu berlaku, ia sedang naik lebih tinggi pada kadar lebih 30ribu kaki dari aras laut. Lantas selepas beberapa saat pusingan dibuat, pesawat telah vanished daripada semua radar yang ada.

43. Disini, sangat banyak persoalan timbul. Kebiasaannya orang akan tertanya-tanya, adakah pesawat berpatah balik? Adakah pesawat sengaja diputuskan hubungan radar? Adakah radar dimatikan? Adakah orang di dalam pesawat sendiri yang mematikan isyarat radar atau kotak hitam?

44. Saya kurang berminat dengan soalan seperti itu. Saya ingin mengajukan satu persoalan diluar akal kita semua. Mungkin ada antara kalian yang terfikir tentang soalan ini... Kemanakah sebenarnya hala tujuan pesawat setelah membuat pusingan beberapa darjah?

45. Jika pesawat berpatah balik, seharusnya pusingan lebih daripada 90 darjah. Sekiranya pesawat terbang terus, kita boleh andaikan pusingan yang berlaku itu adalah saat cemas di dalam pesawat.

46. Untuk menentukan hala tuju pesawat, hanya pilot dan co-pilot yang boleh mengawalnya.

47. Pesawat ini bukanlah pesawat tempur sebaliknya pesawat komersil buatan US daripada syarikat Boeing. Di dalam pesawat terdapat seorang individu yang sangat berharga bagi negara kita.

48. Siapakah dia? Orangnya adalah Kapten Zaharie sendiri iaitu pilot pesawat tersebut. Beliau adalah seorang pilot yang sangat-sangat berpengalaman dalam MAS. Beliau telah terbang lebih 18 ribu jam sepanjang berkhidmat dengan MAS. Beliau seorang yang sangat mahir selok belok pesawat Boeing dan segenap penerbangan MAS. Rujuk artikel ini.

49. Tahukah anda? Kapten Zaharie memiliki satu kemahiran yang sangat unik berbanding pilot lain dalam MAS. Kapten Zaharie mampu mendaratkan sebuah pesawat Boeing dilandasan yang pendek daripada landasan yang sepatutnya. Kapten Zaharie pernah mendaratkan Boeing bersaiz besar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu satu masa dahulu. Sesiapa yang kerja dengan MAS mungkin boleh check kesahihan berita yang saya tuliskan ini. Boleh email saya atau hubungi saya di facebook untuk membetulkan fakta ini jika salah.

50. Sepatutnya pada hari tersebut, Kapten Zaharie harus bercuti sebaliknya dia telah dipanggil untuk menerbangkan pesawat tersebut. Ini saya terima dari seorang rakan yang rapat dengan ahli keluarga Kapten. Jika ada ahli keluarga yang terbaca dan menafikannya, boleh hubungi saya juga untuk membetulkannya.

51. Untuk melakukan pendaratan disesuatu lokasi yang mempunyai landing pad yang pendek, kepakaran yang ada pada Kapten Zaharie amatlah diperlukan. Hanya beliau yang mampu mendaratkan MH370 dimana-mana kawasan yang dirasakan perlu.

52. Disini, sudah ada satu petunjuk bahawa pesawat MH370 ini sebenarnya sudahpun ditarget oleh individu tertentu. Kerana apa? Kerana pesawat ini membawa pelbagai aset berharga, antaranya Kapten Zaharie sendiri dan sekiranya pesawat dikehendaki melakukan misi terahsia, maka kepakaran Kapten Zaharie sangat-sangat diperlukan.

53. Saya tidak mengandaikan Kapten Zaharie terlibat secara langsung sekiranya laporan pesawat dirampas adalah benar. Sebaliknya Kapten Zaharie adalah seorang yang baik dan sedang menjalankan tugasnya dengan patuh dan taat.

54. Begitu juga dengan co-pilotnya yang bernama Fariq Abd Hamid. Saya sifatkan tindakan media antarabangsa menyebarkan berita dan gambaran buruk terhadap co-pilot dan pilot kita ini sebenarnya hanyalah diversion untuk membuatkan mata dunia memandang buruk terhadap kedua-dua mereka sekaligus orang ramai akan melupakan kelebihan yang ada pada mereka berdua.

55. Saya memohon maaf kepada keluarga Kapten dan co-pilot sekiranya ada mana-mana kata-kata saya membuatkan kalian terguris.

56. Selain mereka berdua, ada banyak lagi aset berharga di dalam pesawat MH370. Antaranya adalah seramai 150 orang warga China itu sendiri. Rujuk balik hint yang telah diberi oleh brader yang saya ceritakan dalam point 18 di atas.

57. Antara 150 orang lebih atau kurang itu, terdapat sekurang-kurangnya 20 orang pekerja freescale yang mana mereka bekerja dengan sebuah syarikat US untuk hak paten sebuah cip baru. Boleh rujuk artikel ini.

58. Selain itu, ada 2 orang warganegara Ukraine dan juga beberapa orang warganegara Australia. Di dalam pesawat juga membawa pelbagai muatan.

59. Saya ingin berkongsi sedikit telahan nakal daripada seorang rakan saya. Kata beliau, pesawat MH370 sebenarnya membawa khazanah emas dan juga harta yang dipunggah daripada negara kita untuk dihantar ke China sebagai tukaran kepada suatu benda yang bernilai.

60. Sebaliknya ketika separuh jalan, pesawat telah hilang dan dibawa masuk ke alam ghaib. Ini kerana jin yang menjaga emas-emas Nusantara tersebut marah lantas menghilangkan pesawat untuk mengambil kembali emas yang ada di dalamnya bagi dipulangkan ke tempat asalnya.

61. Lebih nakal lagi, ada rakan saya berkata pesawat MH370 ini sebenarnya membawa dokumen perang antara beberapa negeri. Dokumen ini amat penting bagi mengelakkan Perang Dunia ke-4 daripada tercetus. Sementara itu, US dilihat sangat bercita-cita tinggi untuk melancarkan kempen perang dunia ke-4 bagi menghancurkan blok-blok komunis dan syiah.

62. Paling nakal, ada yang berkata pesawat MH370 sudahpun selamat landing disebuah pulau dan isi berharga sudah dibawa keluar dan ada antara mereka sudah dipanggil pulang ke Malaysia dan masuk melalui KLIA tanpa sedikit halangan dan tidak diketahui umum pun. Sementara itu pesawat masih disimpan untuk tujuan tertentu bagi melancarkan tugas tertentu.

63. Saya tidak menolak ketiga-tiga telahan nakal itu tetapi saya tidak juga menerimanya bulat-bulat.

64. Okay, saya berbalik kepada persoalan yang saya ajukan tadi. Kemanakah sebenarnya pesawat itu terbang setelah menukar arah pergerakannya di udara pada sekitar jam 1.07 pagi 8 Mac 2014??

65. Menurut media 14 Mac 2014, pesawat tidak terbang melebihi 4 jam setelah terputus hubungan. Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan daripada pihak DCA dan MAS sendiri kerana enjin Roll Royce berhenti memberikan laporan pada jam berikutnya.

66. Jadi saya andaikan pesawat tidak berada jauh daripada semenanjung Malaysia. Ini teori saya sendiri. Pesawat masih ada di kawasan berdekatan perairan negara jiran kita. Disebelah mana? Disebelah Laut China Selatan kah atau disebelah Lautan Andaman??

67. Korang cuba cari berdasarkan klu-klu yang telahpun diberikan di atas sana.

68. Saya sendiri TIDAK BERANI hendak memberitahu dimanakah lokasi pesawat. Apa yang pasti, saya berani menyatakan bahawa pesawat masih berada di perairan berdekatan Semenanjung sahaja dan pihak kerajaan kita sudahpun mendapat klu tersebut pada hari ini (14 Mac 2014) iaitu genap 7 hari pesawat hilang.

69. Ada satu persoalan, mengapa pihak US bermati-matian hendak mencari pesawat dipersekitaran Selat Melaka pada awalnya. Saya kira ini sudah terjawab berdasarkan klu pada point 32 dan seterusnya. Perasan tak selepas hari kedua kejadian ini berlaku, pihak US tidak lagi menumpukan perhatian di perairan Selat Melaka sebaliknya cuba mencari alasan untuk naik ke utara sedikit.

70. Ketika itulah mereka cuba memfokuskan kepada Pulau Perak. Namun beberapa hari selepasnya pihak TUDM menyangkal dakwaan tersebut lantas hari yang sama, pihak US telah memfokuskan kawasan sekitar Andaman Sea sehingga kawasan Bay of Bengal.

71. Kenapa mereka tidak pernah menyebutkan Pulau Diego Garcia seperti yang banyak disebut-sebut oleh orang awam di facebook? Kenapa mereka tidak lagi memfokuskan kepada Pulau Perak?

72. Kerana mereka tahu semua andaian-andaian yang tersebar di facebook adalah tidak benar sama sekali. Tidak ada MH370 di Diego Garcia kerana pesawat MH370 sudah pasti tidak cukup bekalan bahan api untuk terbang ke sana melainkan ada pesawat perjuang yang dihantar untuk mengisi kerosen ketika MH370 terbang diudara.

73. Namun, teori itu terbatal kerana pihak US hanya tiba di perairan Malaysia pada siang 8 Mac 2014 iaitu beberapa jam selepas pesawat hilang.

74. Jadi, sekarang ini persoalan besarnya, MENGAPAKAH pihak US bermati-matian memfokuskan pencarian di sekitar Lautan Andaman dan Lautan Hindi sebaliknya pihak kita bermati-matian menafikan pesawat terbang lebih 4 jam dan tidak menuju ke Pulau Perak????????????

75. Tetapi dalam masa yang sama, pihak kita turut bersetuju untuk sama-sama mencari MH370 disekitar Andaman bersama-sama US dan lain-lain negara. Dalam masa yang sama juga China sudah mula menghantar kelengkapannya dari China menuju ke arah perairan Vietnam.

76. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal. Sebenarnya tujuan US menghantar banyak kelengkapannya ke Laut China Selatan pada awalnya adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada China dan sekutunya akan kekuatan US.

77. Selepas menemui satu klu, pihak US tiba-tiba mengundurkan kelengkapannya daripada LCS dan menuju ke Andaman pula. Kebetulan masa yang sama, China telah membawa turun kelengkapannya menghampiri perairan Vietnam.

78. Disitu terserlah ketakutan US selepas melihat China berani menggertak US kembali dengan aksi silap mata tersebut. Kebetulan yang sama, 10 orang delegasi khas daripada China telah dihantar ke Malaysia dan tiba di KLIA sekitar 12 Mac 2014.

79. Apa tujuan dan niat delegasi ini saya tidak tahu tetapi saya berharap ianya baik belaka.

80. Saya kongsikan satu lagi andaian nakal, pihak US sebenarnya sudah menemui satu klu besar yang mana ia amat begitu yakin membawa kelengkapannya ke perairan Andaman dan sekitarnya dan siap ajak India bantu cari di Lautan India lagi tuuuu.....

81. Nah, tiba-tiba pihak kerajaan kita mengeluarkan statement menafikan tetapi dalam masa sama turut mencari disitu.

82. Nah, sekarang cuba kaitkan dengan point 44 dan 68.

83. Okay, sekarang korang dah boleh nampak kan permainan antarabangsa. Permainan global bukannya glokal. Permainan ini adalah wayang dunia dan media berperanan utama untuk mengkaburi mata dunia daripada mengetahui plan terancang para pemimpin setiap negara.

84. Setiap negara mempunyai kepentingan mereka tersendiri. Malaysia sudah pasti mahu menjaga imejnya dan menjaga identiti serta rahsia yang ada di lembah Nusantara ini daripada bocor ke tangan orang luar.

85. Sebaliknya kepentingan media luar adalah mengapi-apikan disamping memprovok kerajaan kita agar terserlah kebodohan yang ada pada pemimpin kita.

86. Saya percaya dan yakin kerajaan kita tidak bodoh seperti yang disangkakan ramai orang. Jika mereka bodoh sekalipun, tetapi penasihat yang ada dibelakang setiap pemimpin kita bukan calang-calang orang.

87. Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau 'bodoh-bodoh' asalkan rahsia negara terjaga.

88. Mengenai bomoh yang bawa pendayung dan buah kelapa tu, saya tak mahu ulas kerana itu adalah bidang ilmu dia. Saya cuma mahu katakan bahawa bomoh tersebut juga berperanan penting dalam hal ini. Pasal apa pula?? Sila rujuk artikel ini....

89. Mengenai parodi yang tersebar sampai satu dunia pun terikut-ikut, itu saya sudah jelaskan dalam point 85 iaitu media berperanan penting untuk memprovok kerajaan kita dalam keadaan genting. Jadi, hentikan sahaja daripada terus menyebarkan parodi atau apa sahaja yang merepek, kerana ia sedikit pun tidak membantu pencarian MH370.

90. Mengenai teori konspirasi lagu Pitbull dan Shakira serta movie Transformers, saya tidak mahu ulas kerana sudah saya ulas dalam artikel ini. Boleh baca untuk memahamkannya.

91. Oh ya, sebelum terlupa. Korang ingat lagi tak ada dakwaan media mengatakan satu orang Iran telah membeli 2 keping tiket penerbangan MH370 dari Pattani, Thailand pada 6 Mac 2014?? Kalau korang masih ingat, mesti korang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berita tersebut senyap dan lenyap begitu sahaja selepas gambar 2 orang mamat Iran yang di-photoshop-kan itu telah terkantoi salah edit pada bahagian kaki?

92. Untuk kupasan mengenai lelaki Iran ini, sila rujuk sini, sini, sini, sini, sini dan sini. Sila pastikan korang baca "sini" tu ikut turutan tau. Persoalannya sekarang, mana pergi mamat Iran 2 orang tu dengan gambar dan hikayatnya? Kenapa media dan pihak berwajib seakan-akan telah mengabaikannya?

93. Jawapannya, 'mereka' gagal mengaitkan Iran dalam rencana perang ini. 'Mereka' juga gagal mengaitkan Iran untuk tuduhan kesalahan merampas kapal terbang kerana tiada eviden kukuh bagi mendakwa 2 orang yang menggunakan passport palsu itu benar-benar adalah warganegara Iran dan benar-benar mampu melakukan rampasan pesawat.

94. Seperti yang banyak saya sebutkan di facebook saya, pesawat MH370 TIDAK terhempas dan TIDAK di hijack. Sehingga kini teori ini saya masih pegang kerana belum ada apa-apa klu terbaru yang boleh menafikannya.

95. Kenapa saya berani berkata begitu? Sehingga 12 Mac 2014, pihak Interpol telah bersidang dan cuba mengandaikan pesawat tersebut telah mendarat di Korea Utara dan telah didalangi oleh Russia.

96. Apa kejadahnya mendarat di Korea Utara?? Jauh tu beb.... pihak TUDM kita pun dah nafikan yang pesawat boleh terbang lebih 4 jam selepas kehilangan dari radar. Jarak antara Beijing ke Korea Utara pun bukan dekat. Sudah pasti minyak yang ada dalam MH370 tidak mencukupi untuknya terbang ke Korea Utara daripada KLIA melainkan pesawat telah mengisi minyak dipertengahan jalan.

97. Akhirnya dakwaan Interpol itu lenyap begitu sahaja. Mereka gagal buat kali kedua untuk mengheret Korea Utara dalam kancah ini setelah gagal mengheret Iran dan Uighur.

98. Terlebih dahulu, Interpol, CIA dan FBI cuba mengheret Uighur dalam kancah tuduhan perang / merampas MH370 hanya kerana di dalam pesawat ramai orang Beijing. Sementelah Uighur adalah kawasan etnik yang ramai memeluk Islam. Namun majoriti mereka adalah Wahabi dan mempunyai link dengan Al-Qaeda. Saya bukan berniat memburukkan etnik Uighur sebaliknya, inilah punca kenapa US berani mengheret Uighur ke dalam kancah tuduhan berat tersebut.

99. Kerana, Al-Qaeda, terorisme dan segenap jenayah perang itu sebenarnya adalah ciptaan US sendiri melalui didikan CIA. Mereka mencipta false flag setiap kali ada mana-mana jemaah Islam yang cuba bangkit di mana-mana negara.

100. Setakat ini, false flag tersebut masih gagal dicipta di Malaysia, iaitu negara bertuah dirantau Nusantara.

101. Apa pasal mereka masih gagal mencipta false flag di negara ini? Pasal pemimpin kita bijak-bijak ke? Pasal rakyatnya baik-baik ke? Pasal kat sini ramai Ahlul Bait ke? Pasal kat sini ada Panji Hitam ke? Pasal apa ye???????

102. Korang fikirlah sendiri....

103. Tetapi cuba JANGAN kaitkan dengan "Tamim" kerana perkataan itu telah lama membuatkan umat Melayu berkhayal dan lari jauh daripada landasan sebenar Bani Hasyim.

104. Fahami sabda Rasulullah SAWAW, yang mafhumnya, "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara iaitu Kitabullah dan Itrah Ahli Keluargaku yang mana sekiranya kalian berpegang teguh dengannya nescaya kalian tidak akan sesat selamanya."

105. Berdasarkan sabda tersebut, korang pasti dapat jawpannya. Yang pasti, jawapannya bukanlah kerana umat Melayu kuat mengikut Quran dan mengamalkan sunnah. Tetapi jawapannya ada pada mafhum hadis yang telah saya catatkan di atas. Anda nak percaya atau tidak, terpulanglah kerana saya tidak memaksa anda untuk mempercayainya.

106. Apa itu Itrah Ahli Bait? Saya kira tidak perlu dikupas disini kerana ini adalah artikel berkenaan MH370 dan misterinya. Jadi kita kembali kepada fokus kita iaitu MH370. Tetapi jika anda ingin tahu juga tentang Itrah, bolehlah selongkar blog saya disini.

107. Berbalik kepada MH370, ada satu lagi persoalan yang sukar dijawab. Adakah kerajaan kita benar-benar TIDAK tahu dimanakah lokasi MH370 atau mereka telah tahu tetapi belum masanya untuk memberitahu kepada umum? Apakah yang sebenarnya sedang dirundingkan antara banyak negara yang hadir sekarang ini?? Apakah kaitan semua ini dengan pergolakan blok komunis-syiah dan blok kapitalis-zionis? Apakah kaitan semua ini dengan situasi politik dalam negara? Please jangan kaitkan dengan DSAI.

108. Saya terangkan sedikit mengenai blok komunis-syiah. Blok komunis-syiah ini sebenarnya merujuk kepada pakatan Shang-Hai Co-Operation yang mana di dalamnya berkumpul beberapa buah negara komunis dan syiah yang bersetuju menjadi sahabat kepada Russia. Antaranya adalah Korea Utara, China, Vietnam, Iran, Syria, Lubnan, Venezuela dan beberapa buah negara lagi.

109. Manakala blok kapitalis-zionis adalah merujuk kepada 'pengawal' dunia sekarang iaitu Amerika Syarikat, Canada, negara-negara Eropah dan seluruh sekutu mereka serta Isreal sebagai dalang dan penentu hala tuju kepada blok ini.

110. Bagi menjayakan New World Order (NWO), pihak Isreal telah menggunakan US sebagai kuda tunggangan untuk menjayakan misi mereka menawan dan menguasai dunia selari dengan prophecy mereka yang mana Yehwah mereka akan turun membantu mereka dalam peperangan terakhir mereka di lembah Mageddo melawan tentera Islam.

111. Bagi mencapai hasrat tersebut, mereka haruslah menawan dunia ini terlebih dahulu dan menyelaraskan seluruh dunia dibawah satu ruling state. Sehingga kini, hanya blok komunis-syiah sahaja yang menjadi penghalang terakhir bagi pakatan kapitalis-zionis ini untuk mencapai hasrat terakhir mereka.

112. Bagi menunaikan hasrat terakhir tersebut, mereka harus menghancurkan Syria sekaligus meletakkan false flag mereka disana sebagai pancing untuk memikat hati umat Islam diserata dunia.

113. Selepas itu mereka harus menghancurkan Lubnan dan target seterusnya adalah salah satu negara komunis-syiah yang berada di rantau tengah seperti Iran, Russia atau Korea Utara.

114. Terkini, kejadian kehilangan misteri pesawat MH370 telah dilihat menjadi satu perkara penting bagi pihak kapitalis-zionis untuk memancing negara-negara komunis-syiah ini ditarik ke dalam kancah perang. Kerana itulah banyak tuduhan melulu dikeluarkan oleh pihak Interpol dan unit anti-terorisme dari CIA dan FBI dengan mendakwa dan cuba mengaitkan Iran, Korea Utara serta Uighur dalam kes Mh370.

115. Sekaligus, pihak kapitalis-zionis ini gagal mencari punca sebenar MH370 hilang dan siapa dalang sebenar kes ini jika ia dirampas. Yang pasti pesawat TIDAK terhempas dan tidak di-hijack.

116. Sehingga kini, klu paling hampir ada di perairan sekitar Andaman dan tidak jauh daripada semenanjung Malaysia.

117. Pelbagai rundingan telah dibuat antara banyak pihak termasuk 10 delegasi dari China dan Vietnam. Terkini, rundingan damai antara Russia dan Crimeria telah membuahkan hasil yang mana Russia setuju untuk menarik balik tenteranya buat sementara waktu daripada sempadan Crimeria.

118. Ini adalah satu berita baik, namun ia bukanlah pengakhirannya sebaliknya banyak lagi yang sedang menanti kita di hadapan sana.

119. Kita, seluruh dunia sekarang ini sedang dalam fasa diambang perang dunia ke-4 (saya sendiri yang menyatakan perang dunia ke-4 bukan ke-3). Hanya sanya TIADA trigger yang dipetik sehingga kini dan kerana itulah belum tercetus apa-apa tindakan diluar kawalan antara semua negara dalam dunia ini.

120. Saya amat bersyukur kerana tindakan bijak pihak-pihak yang berwajib dalam kerajaan negara kita telah berjaya mengelakkan peperangan daripada tercetus. Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam misi mencari dan menyelamat MH370. Saya yakin jawapan kepada kehilangan pesawat ini pasti akan terungkai setelah klu yang ada di perairan Andaman dan keatas sikit ditemui.

121. Saya berharap, TIADA apa-apa perkara diluar kawalan berlaku dalam tempoh terdekat ini bagi mengelakkan kita terkena tempias sekiranya benar-benar ada perang berlaku.

123. Yakinlah dan percayalah bahawa negara-negara luar tidak mahu menyerang kita kerana bijaknya orang kita ini, walaupun ada dua pihak bergaduh tetapi kita masih boleh berdiri kukuh ditengah-tengahnya.

124. Saya percaya, jika api peperangan itu berlaku dan tercetus dinegara ini (rujuk point 18), itu adalah berpunca daripada dalaman negara kita sendiri. Ia adalah ujian terhadap kita selepas banyak kali kita lupa, leka dan lalai daripada mengingat perintah ALLAH SWT.

125. Saya percaya selagi kita di negara ini masih banyak bersedekah, banyak berselawat dan memuliakan Ahli Bait serta tidak melakukan perkara terlarang yang melampau seperti berlakunya pesta seks bebas atau hubungan sejenis yang berleluasa, insyaALLAH tanah Melayu ini masih aman makmur.

126. Saya percaya semua yang berlaku sekarang ini pasti ada hikmahnya. Lihatlah dari satu sudut yang lain daripada kebanyakan orang. Jangan terikut-ikut dengan pandangan majoriti kerana apa yang diyakini oleh majoriti sudah pasti TIDAK BENAR.

127. Secara serius, saya menyeru semua pihak untuk mengambil langkah penyelesaian bagi kes MH370 ini iaitu dengan mula mengamalkan membaca doa mengelak fitnah dajjal pada setiap kali menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Boleh baca doa tersebut disini dan amalkanlah....

128. Saya juga menyeru anda semua secara serius, mulakanlah daripada sekarang dengan membaca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi dan 10 ayat terakhir daripada surah Al-Kahfi. Jika belum hafal, hafallah sekarang sementara masih ada masa. Jika tidak mampu menghafalnya, bacalah banyak-banyak dan tambahkan 20 ayat pertama jika mampu. Kita sekarang sedang berada diambang kemuncak fitnah akhir zaman. Jika kita tidak mengamalkannya daripada sekarang, maka berhati-hatilah terhadap fitnah yang menipu. Rasulullah SAWAW berpesan kepada kita agar membaca ayat ini bagi menghindarkan diri daripada fitnah akhir zaman, sekaligus dapat membuka minda kita untuk keluar daripada majoriti serta dapat berfikir diluar kotak.

129. Saya bukanlah seorang pakar analisa atau orang professional. Saya hanya orang biasa sahaja yang sering mengambil tahu akan isu semasa dunia. Kerana itu saya mampu menulis artikel sepanjang ini dan berani menceritakannya kepada anda semua. Saya juga rakyat biasa seperti adan semua yang rindukan keamanan dan mahukan kebangkitan Islam berlaku secara fathanah.

13.0. Sekiranya ada mana-mana point di atas yang tidak betul atau tidak tepat, silalah hubungi saya untuk membetulkannya. Saya telahpun berkongsi banyak fakta, teori, sangkaan, dakwaan dan juga pelbagai lagi cerita-cerita menarik untuk tatapan seluruh umat Nusantara khususnya Melayu-Islam di negara kita. Saya telah membawa anda kepada punca permasalahan, kaitan-kaitannya, aspek sosio global dan juga penyelesaiannya. Saya amat berharap agar apa yang saya tuliskan ini memberi manfaat kepada anda semua.

Inilah artikel terakhir saya mengenai MH370 sehingga ada klu terbaru yang berskala lebih besar diumumkan oleh pihak media. Saya berharap pengakhiran kepada semua ini adalah baik dan menguntungkan umat Islam. Secara peribadi, saya sebenarnya TIDAK berani memberitahu lokasi kapal tersebut....

WAllahuA'lam Bessawab.

Ya ALLAH, jauhkanlah kami semua daripada fitnah akhir zaman baik yang nyata waima yang tersembunyi. WasALLAHu 'ala Sayyidina Muhammad, an-Nabiyyil Mukhtar, wa 'ala Aalihi wa Itratihi wa Baarik wa Sallam.

Sekian,
Wassalam.
---------
Sumber-sumber, rujukan dan kredit....
1. Facebook.com
2. BBC image.
13. CBC News.
14. AFR.
16. A secret document by FundForPeace
18. Rakan blogger, Shah Paskal.
19. Rakan-rakan facebook saya.
20. Corren Gravanta.
21. Mat Nor.
22. Seluruh Media Malaysia tanpa terkecuali.
23. Pihak berkuasa tempatan.
24. DCA.
25. Pihak pengurusan MAS.
26. Brader dari Terengganu.
27. Dan seluruh warga kerja yang telah turut sama menjayakan artikel ini secara langsung atau tidak langsung.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menunggu dan tidak putus-putus menantikan kehadiran artikel ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang sudah membacanya. Jutaan terima kasih juga kepada anda semua diluar sana. Salam kedamaian daripada saya, mohon ampun dan maaf andai ada banyak kesalahan dan kesilapan.

Sekian daripada saya, semoga segala apa yang saya nukilkan membawa manfaat walaupun kecil kepada anda semua. Anda dibenarkan menyalin semula artikel, memprint, menyebarkan link atau mengambil mana-mana info yang ada di dalamnya.
Terima kasih.

---------
-bradokapak-
Pengkaji Ilmu Akhir Zaman.
Freelance Internet Marketer.
1.35 AM, 15 Mac 2014.

Sumber di sini...

VIDEO - Raja Bomoh Dedah Orang di Belakang Beliau..

Sombongnya.....

3 jururawat yang meniru aksi bomoh 'karpet terbang' bakal berdepan tindakan

Gambar tiga jururawat HKL membuat aksi 'karpet terbang' yang hangat di laman sosial.
Ketawa adalah ubat terbaik namun nasib tiga jururawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh Ibrahim Mat Zin masih tidak diketahui.

Dalam laporan sebelum ini, ketiga-tiganya mungkin digantung perkhidmatan, namun pengguna sosial media memberikan sokongan penuh kepada mereka.

Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang" dalam usahanya mencari pesawat MH370 yang hilang dan gambar mereka menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke media cetak.

Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam Facebooknya berkata:"Jika mereka perlu digantung, bomoh itu perlu dipenjarakan," mendapat ratusan "like", lapor akhbar The Star.

Bagaimana, kata The Star, disahkan kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit.

Susan Abraham berkata, lawak mereka menjadi ubat yang baik, manakala Sip Lee menyokong petugas perubatan yang gembira ketika bertugas dengan berkata:”Petugas yang cantik dengan senyuman di wajahnya akan membantu pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka mengembirakan yang tertekan," lapor akhbar itu lagi.

Jon Navaratnam juga membela mereka dengan berkata:"Mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan selalu tertekan kerana kerja mereka antara 16 ke 24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu bergurau senda. Biarkanlah mereka."

Iswardy Morni berkata, cara mereka membuat lawak untuk bergembira patut mendapat tawaran kerja.

"Jika mereka ditamatkan perkhidmatan, mereka boleh kerja dengan syarikat saya (kami pakar dalam bidang kesihatan). Kami memerlukan lebih ramai pekerja yang berani dan kreatif,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.

Kiran Nesarajah mempertikaikan bagaimana kelengkapan kesihatan dikendalikan sebagaimana yang terdapat dalam gambar itu.

Beliau berkata, alatan dalam gambar itu bukan alat permainan.

Jamielah Yaakob, seorang jururawat berkata, ia boleh dilakukan semasa bertugas tetapi bukan di depan awam.

"Ia boleh kekal di tempat private tetapi ia sepatutnya tidak dikongsi dalam media sosial," katanya.

Bomoh, Ibrahim mengejutkan dunia apabila datang ke KLIA dua hari berturut-turut membuat ritual pelik bagi membantu mencari pesawat MH370 yang hilang itu.

Hari pertama, dia dan pembantunya datang dengan bubu dan teropong buluh manakala hari kedua datang dengan dua biji kelapa dan permaidani yang dinamakan karpet terbang selepas itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan mereka dihantar oleh kerajaan namun sebuah laman web antarabangsa International Business Times (IBTimes) melaporkan, ada yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tiada otak (brainless) apabila membenarkan kejadian seumpama itu.

Susulan dakwaan terhadap beliau, Ibrahim mengugut akan mendakwa mereka.

Beliau juga dilaporkan berkata, akan menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar kerana menggesa beliau ditangkap. – 15 Mac, 2014.
-TheMalaysianInsider

Amerika ada petunjuk MH370 hilang di Lautan Hindi, kapal digerakkan untuk mencari

Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.

Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.

"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.

Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.

AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.

Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata “tumpuan utama pencarian adalah Laut China Selatan” di sebelah timur Malaysia yang merupakan laluan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing itu.

Tetapi misi pencarian diperluaskan awal minggu ini ke kawasan perairan sebelah barat Malaysia selepas radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merekodkan pesawat berpatah balik ke semenanjung Malaysia ke arah Laut Andaman.

Tetapi sehingga kini masih belum disahkan sama ada pesawat yang dikesan itu merupakan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

"Kita sedang bekerjasama rapat dengan FAA dan NTSB tentang isu kemungkinan patah balik itu," kata Hishammuddin, merujuk kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS.

Dalam sidang media pada Khamis, Hishammuddin menafikan laporan awal rakaman satelit dari China yang menunjukkan objek di Laut China Selatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membuat tinjauan ke kawasan berkenaan kemudian mendapati laporan itu tidak benar. Kedutaan China juga kemudiannya memaklumkan imej satelit itu dikeluarkan tanpa kebenaran serta tidak menunjukkan serpihan daripada MH370.

Malaysia turut menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan.

Sambil menyatakan laporan-laporan itu tidak tepat, Hishammuddin berkata, transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.

The Wall Street Journal melaporkan pegawai mencegah keganasan AS sedang memeriksa sama ada MH370 "secara sengaja mengubah haluan" daripada laluan yang dirancang dengan "hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain."

Laporan itu juga dipetik sebagai menyatakan bahawa transponder pesawat itu sengaja ditutup untuk mengelak daripada dikesan radar.

Hishammuddin berkata, berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai data itu, dan syarikat itu berkata laporan itu tidak tepat.

Hishammuddin berkata, isu itu juga tidak pernah dibangkitkan oleh pasukan Rolls Royce dan Boeing, yang berada di Kuala Lumpur sejak Ahad lalu untuk membantu penyiasatan itu.

Pesawat itu, yang menuju ke Beijing, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah sejam berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pada hari keenam semalam, misi mencari pesawat hilang itu masih gagal menemuinya walaupun muncul sedikit harapan apabila satelit China merakamkan imejan kemungkinan serpihan pesawat itu di Laut China Selatan. – 14 Mac, 2014.
-TheMalaysianInsider 

P/s: Pandangan Tuk Kiyai: Dalam kes ini, saya berharap Kerajaan Malaysia tidak terpengaruh dengan permainan politik dajjal (jika ada) yang menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat mereka. Permainan kuasa-kuasa besar dunia untuk berlumba-lumba mencari pengaruh dan sumber ekonomi perlu diberikan perhatian. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada apa yang berlaku sebelum ini. Muslihat di sebalik tragedi 9/11 patut dijadikan pengajaran....Semoga Allah SWT menjauhkan Malaysia daripada ancaman licik musuh-musuh Islam....Kembalilah kepada Islam...

Tentera Laut AS gerakkan pesawat P-8A Poseiden bantu cari MH370

Gambar hiasan

Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya.

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. 
- Bernama, 14 Mac, 2014.
-TMI

Lagi BUKTI MH370 dan Penumpang Masih Selamat....

Kuala Lumpur: Ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit anggota keluarga yang berada dalam pesawat berkenaan.

Akhbar Washington Post melaporkan sebahagian ahli keluarga kepada 239 penumpang yang menaiki pesawat itu mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

Dalam kes lain pula, ada saudara penumpang mendakwa dapat melihat status penumpang yang masih aktif menerusi laman jaringan tempatan China digelar QQ.

Bagaimanapun, panggilan dibuat ahli keluarga tidak dijawab penumpang manakala mesej juga tidak dibalas.
FotoANGGOTA Tentera Udara Indonesia menaiki pesawat di sebuah lapangan terbang di Medan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat, semalam.

“Ahli keluarga turut memaklumkan mengenai akaun QQ yang masih aktif dan maklumat itu disalurkan kepada pegawai MAS di Beijing dengan harapan dapat membantu mengesan kedudukan penumpang dan pesawat itu melalui signal Sistem Pengesanan Global (GPS),” lapor akhbar berkenaan.

Selain itu, dilaporkan, seorang ahli keluarga turut meminta anggota polis China untuk datang ke rumahnya untuk ditunjukkan akaun penumpang yang masih aktif, namun pada petang Isnin, status berkenaan ditukar kepada tidak aktif.-hmetro

P/s: Kita tunggu kesudahan episod MH370 ini...Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT...

Tidak boleh menolak keganasan atas kehilangan MH370 - Ketua CIA

The head of the US Central Intelligence Agency (CIA) said Tuesday that terrorism could not be ruled out in the disappearance of Malaysia Airlines flight MH370.

CIA director, John Brennan (pic), was quoted by AFP as saying that there had been "some claims of responsibility" over the missing jet that had "not been confirmed or corroborated", and that he could not exclude the possibility of a terror link.

Speaking at the Council on Foreign Relations, Brennan described as “very disturbing” that the Boeing 777 had yet to be found.

Flight MH370, carrying 239 people including a 12-member crew, disappeared on Saturday about an hour after departing Kuala Lumpur International Airport for Beijing shortly after midnight.

A massive search and rescue operation by armed forces from several nations including the US entered its fourth day Tuesday, with no sign of the plane.

The discovery that two passengers had boarded the flight using stolen passports has fueled speculation of foul play.

Earlier, a little known group calling itself the Chinese Martyrs’ Brigade reportedly claimed it was behind the disappearance of the jet, but authorities in Malaysia have dismissed the claims as not credible. – March 11, 2014. -TheMalaysianInsider

Terjemahan dari google translate:

Ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat ( CIA) mengatakan Selasa bahawa keganasan tidak boleh diketepikan dalam kehilangan Malaysia Airlines MH370 penerbangan.Pengarah CIA , John Brennan (gambar) , yang dipetik oleh AFP sebagai berkata bahawa terdapat " beberapa tuntutan tanggungjawab" atas jet yang hilang yang telah " belum disahkan atau disokong ", dan bahawa dia tidak boleh menolak kemungkinan keganasan yang link.Bercakap pada Majlis Hubungan Luar , Brennan digambarkan sebagai " sangat membimbangkan " bahawa Boeing 777 masih belum dijumpai.Penerbangan MH370 , membawa 239 orang termasuk anak kapal 12 anggota , hilang pada hari Sabtu kira-kira sejam selepas berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk Beijing tidak lama selepas tengah malam.Mencari dan menyelamat operasi besar-besaran oleh angkatan tentera dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat memasuki hari keempat hari Selasa, dengan tiada tanda-tanda pesawat.Penemuan bahawa dua penumpang itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pasport dicuri telah menguatkan spekulasi unsur jenayah .Sebelum itu, sekumpulan kecil yang dikenali menamakan diri Brigade Syuhada Cina ' dilaporkan mendakwa ia adalah di sebalik kehilangan jet, tetapi pihak berkuasa di Malaysia telah menolak tuntutan tidak boleh dipercayai. - TMI

Utusan Buat Spekulasi Juruterbang Bunuh Diri!

Spekulasi melampau oleh utusan meloya...Kita tunggu apa komen polis

China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370

KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 09, 2014 14:25 (MYT)

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/china-dakwa-jumpa-serpihan-pesawat-mungkin-milik-mh370-31538?cp
MH370: Suatu Perancangan jahat?
Sabtu, Mac 15, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post

Jumaat, Mac 14, 2014 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat akan menggerakkan pesawat P-8A Poseidon untuk membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam berkata, pesawat P-8A mempunyai kelajuan maksimum 490 knot dan mampu terbang pada ketinggian maksimum 12,500 meter.

"Untuk satu misi seperti pencarian MH370, P-8A biasanya terbang pada ketinggian 1,524 meter ke 3,048 meter pada kelajuan 350 knot, dengan masa pencarian di antara lapan hingga sembilan jam bergantung kepada jarak ke kawasan pencarian," katanya.

Ia berkata, P-8A adalah pesawat pelbagai misi yang menyediakan pemantauan dan pengintipan di permukaan dan dasar laut. 
- Bernama, 14 Mac, 2014.
-TMI
Links to this post
Lagi BUKTI MH370 dan Penumpang Masih Selamat....
Rabu, Mac 12, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Kuala Lumpur: Ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit anggota keluarga yang berada dalam pesawat berkenaan.

Akhbar Washington Post melaporkan sebahagian ahli keluarga kepada 239 penumpang yang menaiki pesawat itu mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

Dalam kes lain pula, ada saudara penumpang mendakwa dapat melihat status penumpang yang masih aktif menerusi laman jaringan tempatan China digelar QQ.

Bagaimanapun, panggilan dibuat ahli keluarga tidak dijawab penumpang manakala mesej juga tidak dibalas.
FotoANGGOTA Tentera Udara Indonesia menaiki pesawat di sebuah lapangan terbang di Medan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat, semalam.

“Ahli keluarga turut memaklumkan mengenai akaun QQ yang masih aktif dan maklumat itu disalurkan kepada pegawai MAS di Beijing dengan harapan dapat membantu mengesan kedudukan penumpang dan pesawat itu melalui signal Sistem Pengesanan Global (GPS),” lapor akhbar berkenaan.

Selain itu, dilaporkan, seorang ahli keluarga turut meminta anggota polis China untuk datang ke rumahnya untuk ditunjukkan akaun penumpang yang masih aktif, namun pada petang Isnin, status berkenaan ditukar kepada tidak aktif.-hmetro

P/s: Kita tunggu kesudahan episod MH370 ini...Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah SWT...
Links to this post

The head of the US Central Intelligence Agency (CIA) said Tuesday that terrorism could not be ruled out in the disappearance of Malaysia Airlines flight MH370.

CIA director, John Brennan (pic), was quoted by AFP as saying that there had been "some claims of responsibility" over the missing jet that had "not been confirmed or corroborated", and that he could not exclude the possibility of a terror link.

Speaking at the Council on Foreign Relations, Brennan described as “very disturbing” that the Boeing 777 had yet to be found.

Flight MH370, carrying 239 people including a 12-member crew, disappeared on Saturday about an hour after departing Kuala Lumpur International Airport for Beijing shortly after midnight.

A massive search and rescue operation by armed forces from several nations including the US entered its fourth day Tuesday, with no sign of the plane.

The discovery that two passengers had boarded the flight using stolen passports has fueled speculation of foul play.

Earlier, a little known group calling itself the Chinese Martyrs’ Brigade reportedly claimed it was behind the disappearance of the jet, but authorities in Malaysia have dismissed the claims as not credible. – March 11, 2014. -TheMalaysianInsider

Terjemahan dari google translate:

Ketua Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat ( CIA) mengatakan Selasa bahawa keganasan tidak boleh diketepikan dalam kehilangan Malaysia Airlines MH370 penerbangan.Pengarah CIA , John Brennan (gambar) , yang dipetik oleh AFP sebagai berkata bahawa terdapat " beberapa tuntutan tanggungjawab" atas jet yang hilang yang telah " belum disahkan atau disokong ", dan bahawa dia tidak boleh menolak kemungkinan keganasan yang link.Bercakap pada Majlis Hubungan Luar , Brennan digambarkan sebagai " sangat membimbangkan " bahawa Boeing 777 masih belum dijumpai.Penerbangan MH370 , membawa 239 orang termasuk anak kapal 12 anggota , hilang pada hari Sabtu kira-kira sejam selepas berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk Beijing tidak lama selepas tengah malam.Mencari dan menyelamat operasi besar-besaran oleh angkatan tentera dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat memasuki hari keempat hari Selasa, dengan tiada tanda-tanda pesawat.Penemuan bahawa dua penumpang itu menaiki penerbangan dengan menggunakan pasport dicuri telah menguatkan spekulasi unsur jenayah .Sebelum itu, sekumpulan kecil yang dikenali menamakan diri Brigade Syuhada Cina ' dilaporkan mendakwa ia adalah di sebalik kehilangan jet, tetapi pihak berkuasa di Malaysia telah menolak tuntutan tidak boleh dipercayai. - TMI
Links to this post
Utusan Buat Spekulasi Juruterbang Bunuh Diri!
Isnin, Mac 10, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Spekulasi melampau oleh utusan meloya...Kita tunggu apa komen polis

Links to this post
China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370
Ahad, Mac 09, 2014 | Author: Tuk Kiyai