Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

REZEKI DI SEBALIK KRISIS RUMAH TANGGA?

Label:

Maizawati terkilan ditipu...

“SAYA hampir tertipu..," jelas Maizawati Zainal, isteri Akhil Hayy yang hampir menarik diri daripada bergelar duta program BondaMama oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH).

Maiza berkata demikian setelah seorang wanita menghampiri beliau baru-baru ini dan memberitahu sesuatu yang menghakis kepercayaannya tentang YPNH.

“Saya agak cemas juga kerana pada waktu itu saya tidak tahu apa-apa dan belum lagi membuat persetujuan.

"Selepas menyiasat dan bersemuka dengan pihak YPNH petang semalam, saya dapati ada salah faham," kata Maiza yang teruja untuk meneruskan khidmatnya sebagai Duta BondaMama.

Program BondaMama merupakan program kerja dari rumah yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah bagi membantu ibu-ibu tunggal dan wanita-wanita bekerjaya untuk bergantung antara satu sama lain dalam usaha membimbing, mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

Bonda merupakan gelaran kepada surirumah sepenuh masa yang berhasrat untuk menjadi pengasuh bayi dan kanak-kanak di rumah mereka. Oleh itu, mereka akan diberikan latihan khas oleh Yayasan Pembangunan Nur Hikmah dengan kerjasama Universiti Malaya di bawah Unit Pendidikan Berterusan.

Sementara Mama pula adalah gelaran kepada ibu bapa yang memerlukan pengasuh untuk anak-anak mereka semasa mereka keluar bekerja.

Ditanya mengapa baru sekarang Maiza berasa gembira dengan perlantikannya berbanding ketika sidang media perlantikannya sebagai duta BondaMama pada 5 Jun lalu.

“Waktu tu saya tengah ‘blur’ dan hanya terdiam. Sebab itu apabila wartawan tanya tentang kontrak dan bayaran, saya tidak dapat menjawabnya kerana tidak tahu apa-apa.

“Masa tu saya bodoh dan ‘blank’ kerana saya benar-benar tidak tahu apa-apa ketika itu.

“Semuanya berlaku secara mendadak....tiba-tiba saja saya sudah dilantik menjadi duta ibu tunggal. Saya ingatkan hanya menjadi sebagai tetamu khas untuk slot mereka," kata Maizawati yang diperkenalkan dengan YPNH melalui rakannya, Nordin Jaafar (bekas anggota Raihan).

Maiza telah dipanggil menandatangani kontrak pada hari Isnin lalu namun sehingga kini dia masih belum menandatangani kontrak.

"Saya ingin melihat dulu final draf kontrak.Saya akan ikat kontrak selama 1 tahun untuk menjadi duta BondaMama," kata ibu kepada enam orang anak ini.

Dalam pada itu, Pengasas merangkap Presiden YPNH, Ameer Soekre Ishak berkata pihaknya dengan Maiza telahpun berbincang.

"Maiza telah bersetuju dan membuat keputusan muktamad. Kedua-dua pihak juga berpuas hati dengan bayaran kerana kami saling bantu-membantu.

"Kiranya dia boleh dianggap seperti bekerja dengan yayasan," kata Ameer.
(mstar)

KERAJAAN PERPADUAN: MAHATHIR TIDAK SETUJU

Label:

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai "cermin" kepada kerajaan dan "tidak sihat" mewujudkan negara satu parti.

"Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak," katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga "tidak jelas", sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama.

"Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.

"PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN," Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.

"Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau," katanya sambil tersenyum.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.
(malaysiakini)

ISU SISTERS IN ISLAM: KHIR TOYO SETUJU DENGAN PEMUDA PAS

Dr Mohamad Khir berkata kemarahan PAS terhadap SIS “ada rasionalnya”.

“Kadang kala SIS bertindak di luar dogma dan pemikiran umat Islam di negara ini dan pandangan jumhur ulama. Inilah yang menimbulkan persoalan, ketidakpuasan hati dan kemarahan sesetengah umat Islam di negara ini,”

Malaysiakini pula menyifatkan tulisan khir dalam blognya itu sama dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan yang menggesa SIS menukar namanya kepada “Sisters in Malaysia” jika ingin meneruskan kegiatannya. Baca lanjut KLIK di sini.

Di sini kita melihat bahawa ada kesedaran di pihak Khir terhadap apa yang dilakukan oleh SIS. Cuma beliau selama ini gagal membendung aktiviti pertubuhan berkenaan yang berselindung di sebalik kuasa Pak Lah. Nori Isteri Ketua Pemuda Umno sekarang, Khairy Jamaluddin merupakan penyokong kuat SIS, begitu juga dengan Shahrizat Jalil. Baca lanjut KLIK di sini.

NAJIB SEORANG SUAMI DAN PEMIMPIN YANG PENYABAR - ROSMAH

Label:

Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan kepada para suami supaya mencontohi perilaku suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan seorang bapa, suami, dan pemimpin yang penyabar.

Beliau berkata Najib mempunyai personaliti yang menarik daripada segi kesabaran.

"Saya tak pernah tengok orang penyabar macam dia (Najib)," katanya dalam ucapan ringkas ketika melancarkan buku 'Najib Perdana Menteri ke-6' di Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah turut mengingatkan para suami agar tidak memarahi isteri kerana isteri juga mempunyai tanggungjawab dan mengalami tekanan. Baca lanjut KLIK di sini.

KOMEN: KEPADA PARA PENGUNJUNG BLOG INI YANG BERGELAR SUAMI, RENUNG-RENUNG, FIKIR-FIKIRLAH NASIHAT ROSMAH MANSOR TADI.

KERAJAAN PERPADUAN: TAMPARAN BUAT HAJI HADI?

Label:

(Foto- malaysiakini)
Dalam sebuah akhbar online, Lim Guan Eng menyatakan bahawa kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan dengan Umno mengenai Kerajaan Perpaduan (KP) tahun lalu. Bagi Lim, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Baca lanjut di sini.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka. Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

Malah Lim berkata, "Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Bagi penulis kata-kata Lim itu sungguh menusuk kalbu Haji Hadi.

Lim berkata, sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno. Baca lanjut di sini.

Apakah maksud semua ini? Penulis melihat orang bukan Islam seolah-olah sudah ada rasa sangsi terhadap PAS dalam perkara ini. Apakah benar Kerajaan Perpaduan (dengan kerjasama umno) yang dibawa oleh Haji Hadi ini membawa kesejahteraan rakyat? Adakah tidak boleh Kerajaan Perpaduan ini direalisasikan oleh Pakatan Rakyat sahaja? Bagi penulis, PAS akan hilang kepercayaan rakyat sekiranya bekerjasama dengan umno untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan.

PENGKHIANAT MANDAT RAKYAT: AHMAD AWANG ENGGAN DEDAH

Label:

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang enggan mendedahkan nama pengkhianat mandat rakyat yang menghasut beliau supaya merelakan PAS membentuk kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

"Hanya beberapa orang pemimpin lain dan saya sendiri yang tahu siapa beliau," kata beliau yang hanya tersenyum apabila didesak oleh wartawan yang mahu tahu siapa mereka itu. Baca lanjut di SINI.

PAS MAHU SISTERS IN ISLAM DIHARAMKAN

Label:

Muktamar Tahunan PAS Ke-55 dua hari lepas menggesa kerajaan mengharamkan Sisters in Islam (SIS) jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu usul yang diterima tanpa bahas hari ini.

Usul itu dikemukakan oleh PAS kawasan Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Menjawab isu yang ditimbulkan oleh PAS itu, Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sisters in Islam (SIS) mengecam tindakan PAS meminta parti itu diharamkan jika perjuangannya bertentangan dengan syariat Islam.

Menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuangannya.

"PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini. Baca lanjut sila KLIK di sini.

ISU RAMPASAN KUASA DI PERAK: USUL TUBUH SURUHANJAYA BEBAS DIRAJA DITERIMA

Label:

SHAH ALAM, 7 Jun - Satu usul tergempar mendesak penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja siasat pengambilan secara haram kerajaan Pakatan Rakyat Perak diterima sebulat suara.

Usul yang dibawa oleh PAS Kawasan Tambun, Perak itu diterima untuk dibahaskan setelah menyedari tindakan Umno/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat Perak merupakan perbuatan yang biadap dan tidak menghormati suara rakyat. Berita lanjut KLIK di sini.
REZEKI DI SEBALIK KRISIS RUMAH TANGGA?
Jumaat, Jun 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Jun 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Jun 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai