Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Gadis Melayu ini BANGGA hilang dara

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Pengakuan ‘berani mati’ seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat pengguna Internet sejak beberapa hari lalu.

Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010, namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter.

Menerusi tulisan blognya, remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya itu adalah satu kejujuran. Malah, dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas, sebahagian besar mengecamnya, namun ada juga memihak kepada remaja itu.

Pada mulanya, remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.

Bagaimanapun, dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin, mungkin akibat tertekan. Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twitter, tetapi gagal. 
=============================================
Petikan daripada blog adinda evans.

"ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita adeMARUAH DIRI ! thankyou :)"
 
P/s: Punah jahanam anak Melayu!!

TERKINI: Mat Sabu Tim. Presiden PAS!!

Label:

Mohammad Sabu (kanan) berjabat tangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden dengan memperoleh sebanyak 420 undi pada pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 di Taman Melewar di Gombak, Sabtu

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden menewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasharudin Mat Isa.

Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.

Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Salahudin mendapat 753 undi, Husam (660), Mahfuz (616), Idris (491), Nik Amar (321) dan Nizar (217).

Keputusan rasmi itu dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS 2011-2013, Datuk Abdul Halim Abd Rahman kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Lapor polis tak tahan NAFSU GANAS suami

Label:

Saya petik:

[HM] KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag.

“Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin.

“Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah,” katanya.

Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya.

“Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu,” katanya.

P/s: Kaedah gila!!

(Gambar hiasan)

Versi baru video seks di YouTube muncul lagi

Label:

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Klip video seks membabitkan lelaki didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didedahkan di internet semalam dan kali ini versinya dikatakan hampir lengkap. 

Tiga video terbabit yang dimuat naik di sebuah blog bertajuk ‘anwarcctv’ dan sehingga petang semalam, ratusan ribu pengunjung sudah mengunjungi kandungan rakaman berkenaan terutama menerusi laman video YouTube.

Klip video ketiga itu mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikuti lagu dangdut Kelantanese; lagu It Wasn't Me oleh pop reggae Shaggy; lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats –Papa Jahat sebelum diakhiri dengan lagu Zee Avi–Kantoi.

Bagaimanapun, klip video itu disunting menjadi 15 minit dan tiga saat berbanding rakaman selama hampir 22 minit yang ditayangkan oleh ‘Datuk T’ kepada media sebelum ini di Carcosa Seri Negara di sini, pada 21 Mac lalu.

Klip video seks itu bagaimanapun dikatakan dipadam dari YouTube lewat petang semalam kerana dipercayai melanggar syarat dan terma YouTube.

Mac lalu, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bersama ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim mengaku mereka adalah trio yang menggelarkan diri sebagai Datuk T dan bertanggungjawab mendedahkan rakaman video dan menayangkannya kepada media, di Carcosa Seri Negara sebelum diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Polis kemudian mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan bukan rakaman yang diubah suai. Ketulenan rakaman berkenaan disahkan pakar tempatan yang dilantik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu memastikan kesahihan video seks terbabit kerana timbul pelbagai tang-gapan orang ramai mengenainya, terutama Anwar mendakwa ia konspirasi politik bagi menjatuhkannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan rakaman video berkenaan dimuat turun pihak dipertanggungjawabkan membuat salinan rakaman asalnya oleh ‘Trio Datuk T’ sebelum ia diserahkan kepada polis.

Malah, beliau yakin pihak terbabit dapat dikenal pasti dalam tempoh terdekat berdasarkan tarikh, masa dan lokasi rakaman video seks itu dimuat turun dalam laman video berkenaan.

“Apa yang pasti, ini bukan kerja polis, kita boleh tahu jika rakaman itu dimuat naik ‘orang dalam’ polis kerana tapisan keselamatan kita cukup ketat. Besar kemungkinan sumber rakaman video (yang dimuat naik) itu adalah pihak bertanggungjawab yang membuat salinan dari versi asalnya sebelum diserahkan untuk membantu siasatan,” katanya.

Remaja ini sanggup jual buah pinggang untuk beli iPad 2. Gila!!

Label:

Saya petik:

[HM] BEIJING: Seorang remaja yang terdesak mahu mendapatkan iPad 2 nekad menjual satu daripada buah pinggangnya bagi mencapai apa yang diidamkan, lapor media semalam.

Dikenali hanya sebagai Zheng, dia dikatakan menjual organ penting itu pada harga kira-kira RM9,800.

Zheng, 17, berkata dia menjual buah pinggangnya selepas ternampak iklan dalam talian yang menawarkan wang kepada sesiapa yang mahu menjadi penderma organ.

“Saya mahu membeli iPad 2 tapi tak ada wang,” katanya kepada stesen televisyen Shenzhen.

Zheng berkata, melihat wang yang ditawarkan ejen dalam iklan itu, dia pun berunding dan pergi ke bandar Chenzhou di wilayah Hunan untuk menjalani pembedahan.

Dia kemudian dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan pulang tiga hari selepas menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, Zheng mengalami komplikasi dan keadaan kesihatannya yang terganggu itu menyebabkan ibunya menyedari ada yang tidak kena pada remaja terbabit.

Ibu Zheng, Liu, berkata dia terkejut apabila anaknya pulang bersama satu komputer riba serta telefon bimbit Apple.

Curiga dengan apa yang dilihatnya, Liu mendesak Zheng menceritakan apa yang berlaku.

“Akhirnya dia mengaku menjual buah pinggangnya,” katanya.

Liu kemudian pergi bersama Zheng ke Chenzhou dan membuat laporan polis. Bagaimanapun, polis gagal mengesan ejen terbabit kerana nombor telefon yang digunakan sebelum ini dimatikan. - Agensi

Penyokong projek Lynas sepak kaki ketua pemuda MCA?

Label:

Saya petik:

[SH] KUANTAN - Ketua Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota, David Choi meminta polis mengambil tindakan tegas kepada individu yang didakwa menendang kaki kanannya ketika beliau cuba menyerahkan memorandum kepada panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Isnin lalu.

David yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD), di sini, kelmarin berkata, ketika tiba di hotel itu, beliau meminta kebenaran daripada Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff untuk menghantar sendiri memorandum tersebut.

Bagaimanapun, permintaannya itu ditolak kerana beliau perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerajaan.

“Akur dengan arahan yang diberi, saya menunggu Pengerusi MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker untuk menyerahkan memorandum itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob untuk disampaikan kepada panel yang terlibat.

“Dalam masa sama, salah seorang daripada sekumpulan pihak yang menyokong IAEA yang dikenali datang ke arah saya dan kami membincangkan tentang projek Lynas ini,” katanya.

Beliau berkata, dalam perbincangan itu, terdapat percanggahan pandangan antara mereka kerana masing-masing mempunyai pendapat berbeza.

“Mereka turut mempertikai saya memakai baju MCA datang ke situ. Saya menjelaskan kepada mereka kerajaan telah mengumumkan bahawa organisasi kerajaan mahupun swasta, ahli politik serta rakyat dijemput hadir untuk berjumpa dengan panel pada hari tersebut.

“Justeru, sebagai ahli politik, saya mempunyai hak untuk memakai pakaian seragam parti yang saya wakili,” katanya.

David berkata, individu terbabit turut mengarahkannya untuk menanggalkan pakaian seragam itu.

“Salah seorang daripada kumpulan tersebut meninggikan suara kepada saya dan tiba-tiba lebih kurang 10 orang datang ke arah saya. Mereka cuba untuk memukul saya.

“Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka telah menyepak kaki kanan saya,” katanya. 

(Gambar hiasan)

Pelacur dirantai, ditanda: NGO hak asasi berang

Label:

Saya petik:

[MK] Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

penang gro raid 030611 chainWanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

penang gro raid 030611 news clippingPengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.

penang gro raid 030611 marks on chestKatanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

“Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

“Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa,” katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

penang gro raid 030611 chain“Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

“Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan,” katanya.

Gadis diperkosa selepas 'mandi'

Label:

Saya petik:

[HM] AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.

“Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ.

Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.

Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.
P/s: memang mencari nahas.... 

Gaji CEO TNB RM1.8 juta setahun, ketika rakyat tanggung beban

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR : Ketika kerajaan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, gaji Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh didedah sebanyak RM1.8 juta tahun lalu.

Mengulas perkara ini, bendahari KEADILAN, Wiliam Leong berkata, gaji sebanyak itu terlalu besar jika dibandingkan dengan beban dan penderitaan yang ditanggung rakyat Malaysia berikutan kenaikan tarif elektrik.

“Ini tidak selari dengan slogan rakyat didahulukan. TNB sepatutnya memotong kos untuk membayar gaji CEO nya sebelum memaksa rakyat menanggung kenaikan tarif elektrik yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Justeru itu katanya, kerajaan melalui khazanah nasional sepatutnya mengkaji semula bayaran gaji berkenaan.

“Memang perlu dikaji untuk tunjuk kepada rakyat, mengapa TNB tidak boleh berjimat dengan memotong gaji CEO nya terlebih dahulu sebelum meminta rakyat berjimat,” ujarnya.

Sebuah laman portal baru-baru ini mendedahkan gaji sekali ganda yang diterima Che Khalib, berbanding 2009.

Manakala jumlah gaji yang diterimanya untuk tahun kewangan berakhir 2007, ‘hanya’ dicatat sebanyak 1,107,280.00.

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440.

Sementara gaji minima pekerja TNB pula hanyalah RM750.

Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid sebagai berkata TNB hanya menawarkan kenaikan gaji 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung.

Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus tetapi ditolak oleh majikan. TNB memperolehi hasil RM34 juta termasuk RM4.1 juta keuntungan daripada operasinya.

Isteri dilarikan 3 lelaki bertopeng

Label:

Saya petik:

[SH] GURUN – Trauma, marah dan bimbang. Begitulah yang dirasai seorang suami apabila isterinya dilarikan tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang, dan pisau.

Mazri Shariff, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi, pada 1 Jun lalu.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia dan isteri tidur di bahagian atas rumah mereka.

“Saya terjaga dari tidur setelah mendengar bunyi pintu utama ditendang, dan sejurus selepas itu bapa saya menjerit memanggil saya dari bawah rumah.

“Beberapa minit kemudian saya dan isteri dikejutkan lagi apabila pintu bilik kami pula ditendang, kemudian dua lelaki yang tidak dikenali meluru masuk lalu menanggalkan pakaian saya dan isteri.

“Apa yang membuatkan saya terkilan, salah seorang lelaki itu duduk di atas badan isteri saya yang pada ketika itu tiada seurat benang pun,” katanya.

Mazri berkata, ketika itu dia tekad untuk melawan kedua-dua lelaki berkenaan berikutan tidak sanggup melihat isterinya diperlakukan sebegitu rupa.

“Akibat pergelutan itu, saya ditetak di kedua-dua ibu jari tangan dan menerima 12 jahitan.

“Disebabkan pendarahan yang banyak, penglihatan saya menjadi kabur dan dalam pada masa itu saya sempat melihat isteri saya diseret. Selepas itu saya sudah tidak sedarkan diri.

“Beberapa minit kemudian, saya tersedar dan turun ke bawah rumah namun isteri saya sudah tiada. Abang saya memaklumkan tiga lelaki terbabit melarikan diri menggunakan kenderaan Toyota Estima,” katanya.

Sementara itu, Mazri memaklumkan, sebelum dia dan isterinya berkahwin mereka mendapat tentangan hebat daripada mertuanya. Namun, akhirnya mereka membuat keputusan untuk berkahwin di Songkhla di atas kerelaan isterinya dan telah didaftarkan di Malaysia.

“Sebelum kejadian saya menerima panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenali supaya menghantar isteri saya kembali ke rumahnya jika tidak mahu berlaku sebarang pertumpahan darah,” katanya.

Mazri kemudiannya membuat dua aduan berkenaan isterinya diculik dan rumah dipecah masuk di Balai Polis Gurun.

Sementara itu, ibunya Sopiah Ahmad, 67, berkata, dia mulai sedar daripada tidur setelah mendengar jeritan suaminya yang pada ketika itu dicekik oleh salah seorang lelaki terbabit.

“Pada waktu kejadian kami tinggal berenam termasuk Mazri dan isterinya, makcik merasa terkejut apabila suami makcik, Shariff Darus, 79, dicekik oleh salah seorang lelaki berkenaan yang pada waktu itu mengalami lelah sehinggalah anak makcik memberitahu lelaki berkenaan bahawa ayahnya mengalami lelah, barulah ayahnya dilepaskan.

“Kemudian makcik terus naik ke atas rumah untuk mendapatkan anak menantu makcik, tetapi belum sempat menghampiri mereka makcik telah ditolak oleh salah seorang lelaki berkenaan hingga jatuh terlentang,” katanya.

Sopiah juga berkata, dia tidak dapat melupakan kejadian itu dan sehingga kini dia merasa trauma dengan peristiwa hitam yang berlaku di hadapan matanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hashim Ali mengesahkan bahawa beliau menerima aduan itu dan pihak polis masih menjalankan siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 324 kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda-benda merbahaya dan seksyen 363 kerana melarikan orang dalam jagaan yang sah,” katanya. 
(Gambar hiasan)

Saya pernah tidur beralas timbunan duit

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Saya bukan saja pernah membawa wang RM300,000 dalam beg plastik yang dibimbit menaiki kapal terbang untuk diagihkan kepada pelabur di Sarawak, malah tidur saya juga beralaskan duit RM50 dan RM100,” kata bekas pekerja Dina Group Sdn Bhd (Dina Group) yang hanya mahu dikenali sebagai Johan.

Menurut Johan, 28, yang berasal dari Kedah, sepanjang berkhidmat bersama pengasas Dina Group, Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, yang kini diburu Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mengambil pelaburan haram lebih RM200 juta, dia tidak pernah melihat mereka memasukkan wang tunai yang diterima daripada pelabur ke dalam bank.

Sebaliknya, Johan berkata, Ustaz Harun akan menyimpan wang yang mencecah jutaan ringgit itu dalam sebuah bilik khas di rumahnya di Shah Alam atau di rumah orang kanannya yang terletak berhampiran.

“Mereka akan kira secara manual dan kebiasaannya kami yang berada di situ diarahkan untuk berbuat demikian sebelum menyusun kepingan wang terbabit di dalam beg kembara (luggage) berwarna hitam,” katanya.

Johan berkata, kebiasaannya pengiraan wang hibah (keuntungan) yang akan diberikan kepada pelabur akan dibuat di hotel mewah di negeri di mana wang itu akan diedarkan kepada pelabur. 

(Gambar hiasan)

Najib dicabar tunjuk pasport nafi bersama Razak Baginda dan Altantuya ke Macau

Label:

Saya petik:

[KD] KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

“Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih,” kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.

Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu- warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene.

“Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi,” ujar Saifuddin.

Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak- yang dikata menerima komisen bernilai 114 juta Euro.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau berkaitan urusan komisen pembelian kapal berkenaan.

Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Lodin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002,” katanya.

Beliau turut mendedahkan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin kepada Dewan Rakyat pada 2006 bahawa tiada bayaran komisen melainkan bayaran dengan tujuan koordinasi dan khidmat sokongan.

“Ia bercanggah dengan kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amaris, syarikat pembuat kapal selam bahawa komisen itu dibayar oleh kerajaanMalaysia,” katanya menjelaskan saksi tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN Tian Chua berkata, individu misteri yang menyertai Razak Baginda dan Altantuya dalam penerbangan ke Macau boleh digelar sebagai Lelaki ‘Y’.

Beliau mengatakan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bukanlah orang yang sebenarnya tahu mengenai kehadiran Lelaki ‘Y’ tersebut.

“Kita sebagai ahli Parlimen seperti mana juga para wartawan, blogger dan rakyyat Malaysia teruja untuk tahu. Saya rasa bekas Menteri Pertahanan adalah orang yang paling sesuai untuk mendedahkan siapa individu tersebut,” kata Tian.

Fitnah Liwat II: Peguam Belum Dapat Ambil Keterangan Najib-Rosmah

Label:

Saya petik:

[TVS] KUALA LUMPUR 2 JUN: Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa bersedia dengan pembelaannya Isnin ini, pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu belum mendapat laluan untuk mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan.

Perdana Menteri dan isteri adalah antara 71 saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaraya kepada peguam bela Anwar untuk beliau menyediakan pembelaannya terhadap tuduhan liwat fitnah kedua yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Berasaskan keterangan itu, peguam bela akan memutuskan sama ada saksi-saksi berkenaan akan dipanggil ke mahkamah untuk member keterangan.

Peguam Anwar Sankara berkata pihak polis setakat ini masih belum memberi pengesahan sama ada Najib dan Rosmah boleh ditemubual .

Keterangan mereka dilihat penting kerana Saiful di katakana menemui kedua-dua mereka sebelum beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada Jun 2009,  dua hari selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku,

Setakat ini Sankara dan pasukan peguamnya hanya diberi laluan menemuramah lima daripada 25 saksi yang dikehendaki. Perbicaraan kes Anwar dijadual bersambung semula Isnin ini.

“Dalam tempoh tiga minggu lalu, mereka (polis) hanya mengatur untuk kita mengambil keterangan daripada lima saksi.” kata Sankara  kepada Malaysiakini.

Sankara juga mendedahkan bahawa mantan Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Polis Melaka, Rodwan Mohd Yusof tidak hadir untuk memberi keterangan pada Jumaat lalu, tanpa memberi  sebarang alasan.

Saiful dalam keteranganya mengaku berjumpa dengan Rodwan di sebuah hotel dan menalifon Musa sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Rodwan dan Musa terpalit dengan dakwaan mereka  memalsukan bukti terhadap Anwar setelah beliau dipecat dari Umno dan kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Mayat ditemui atas syiling rumah kosong

Label:

Saya petik:

[kosmo] SUNGAI PETANI - Mayat seorang lelaki ditemui di atas siling sebuah rumah yang kosong di Taman Ria Jaya di sini hari ini.

Lelaki berkenaan dipercayai terkena kejutan elektrik ketika cuba mencuri wayar elektrik di rumah itu yang kosong sejak pemiliknya berpindah sejak dua tahun lalu.

Pemilik rumah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah kembali melihat keadaan rumahnya itu hari ini.

"Apabila sampai kira-kira 10.30 pagi tadi, saya ternampak lelehan cecair seperti darah mengalir turun daripada siling rumah saya. Saya lalu memeriksanya dan terbau seperti benda terbakar.

"Saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu terus melaporkan kepada pondok polis berdekatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

(Gambar hiasan)

KJ Nafi sepatutnya NIKAHI Nurul Izzah

Label:

Saya petik: 

[MStar] PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa cakap-cakap kononnya beliau sepatutnya berkahwin dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebelum ini adalah mengarut.

Malah beliau kesal kerana masyarakat lebih gemar mempercayai cerita-cerita karut daripada yang benar.

"Itu adalah cerita merepek, saya tidak pernah mengenali beliau (Nurul Izzah) selain bertemu di Parlimen," katanya dalam segmen sembang secara langsung 'Question Time' di laman web interaktif Yahoo! Malaysia pagi Khamis.

Beliau berkata demikian selepas seorang pembaca yang menggunakan nama Didi mempersoalkan sama ada benar atau tidak Khairy suatu ketika dahulu sepatutnya berkahwin dengan anak Ketua Pembangkang itu.

Dalam pada itu, Khairy turut menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan peribadi dengan Anwar dan keluarganya.

Malah beliau sekali menegaskan hanya berjumpa Anwar di Parlimen bukan di tempat-tempat lain.

"Saya tiada hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan keluarganya," katanya menjawab pertanyaan seorang lagi pembaca dikenali sebagai Shukor.

Hubungan Khairy-Anwar menjadi buah mulut masyrakat selepas Ketua Pemuda Umno itu dikatakan bertemu dengan Ketua Pembangkang berkenaan selepas dibebaskan daripada menjalani hukuman hampir enam tahun dipenjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat pada 2 September 2004.

Khairy dikatakan bertemu sendiri Anwar bagi urusan pasport bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menjalani rawatan di Munich, Jerman pada ketika itu.

P/s: Kalau betul pun apa salahnya. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah...

‘Saya tak pernah jumpa Kickdefella, dakwaan 100 peratus palsu’

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ,” kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider di India malam tadi.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.

Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.
Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini.

“Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan.

Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah “palsu” dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu.

Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya “bangga” kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka.

“Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN),” kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani.

“Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini,” kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik.

“Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” katanya lagi.

“Oleh kerana perkara ini sudah (banyak kali) berulang, seolah-olah ada objektif tertentu, saya akan minta peguam ambil tindakan, bukan saya ini (seorang yang) sensitif atau tidak terbuka (dengan media dan kritikan), tetapi ini satu strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” kata Husam yang turut menekankan bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu - kononnya “rasuah”, melibatkan konsesi pembalakan — telah disaman fitnah oleh beliau.

Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini.

Sehubungan itu, kata Husam, pengendali blog tersebut perlu mencerminkan dulu dirinya sebelum meneruskan serangan dengan dakwaan terbaru sedemikian.

“Faisal kena tengok diri sendiri,” kata Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.

Muktamar PAS Pusat Ke-57 bermula esok, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.

Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.

“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.

Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”

“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Syed Azidi pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti dari PMBK.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”

Ahli sindiket judi dedah rahsia T-Team

Label:

Saya petik: 

[HM] KUALA TERENGGANU: “Ada seorang pemain memiliki RM27,000 di dalam akaunnya. Selepas didesak, dia mengaku itu imbuhan hasil mengatur perlawanan,” demikian kata seorang jurulatih pasukan T-Team mengenai amalan rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain pasukan itu tahun lalu.

Jurulatih yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba menjahanamkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.

Menurutnya, beberapa pemain di bawah jagaannya cuba kembali ke pangkal jalan, namun tindakan mereka menimbulkan kemarahan bookie yang kemudian bertindak mendedahkan nama dan bukti kegiatan pemain mengatur perlawanan kepada pegawai pasukan.

“Seorang wakil bookie menghubungi saya sendiri untuk memberi nama pemain yang menerima wang rasuah dan saya juga diberitahu mengenai masa, tempat dan jumlah wang yang diberikan.

“Pertemuan saya dengan wakil bookie menunjukkan mereka enggan melepaskan pemain dan mahu membinasakan karier mereka.

“Saya mulanya sangsi dengan maklumat bookie itu, namun selepas membuat siasatan sendiri, jelas pemain itu mengatur perlawanan,” katanya.

Jurulatih itu berkata, dia terpanggil membuat pendedahan selepas bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, mendakwa pihak pengurusan tertinggi persatuan bola sepak tidak tegas menangani isu rasuah bola sepak.

Menurutnya, bookie bagaikan manusia bertopengkan syaitan kerana mereka cuma mementingkan diri tanpa mempedulikan nasib atau masa depan pemain yang menjadi ‘hamba’ mereka.

“Jangan bermain api kelak nanti membakar diri, jangan sesekali mendekati bookie, nanti menyesal diri. Saya tidak mahu pemain gelap mata dengan suapan ribuan ringgit.

“Sekali mereka terjebak, tidak ada lagi jalan keluar kerana mereka berada di dalam genggaman bookie sehinggalah kegiatan jahat mereka dihidu pihak berkuasa,” katanya.

Kata jurulatih itu lagi, ramai pemain yang terjebak dalam perangkap bookie sebenarnya masih bermain dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia sekarang, cuma beliau tidak tahu sama ada mereka masih menjalankan kegiatan haram itu apapun sudah insaf.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat, yang juga pengurus pasukan T-Team berkata beliau tidak menerima sebarang laporan mengenai pemain pasukan itu menerima rasuah dan mengatur perlawanan musim ini.

“Saya bukan pengurus pasukan tahun lalu dan tidak dapat memberi komen mengenai kejadian itu namun saya yakin ia sudah pun ditangani dengan sebaik mungkin.

“Jika tidak ada laporan dibuat kepada pihak polis, ia mungkin kerana pengurusan tidak mempunyai cukup bukti untuk membabitkan pemain terbabit,” tegasnya.

Menurut Rozi, arahan pemantauan sudah dikeluarkan ke atas semua pemain agar pasukan bebas daripada jenayah berkenaan.

“Sekiranya ada bukti pemain mengatur perlawanan, kami tidak akan teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Pada masa sama, menurut sumber dalaman pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, belum ada laporan mengenai rasuah bola sepak dibuat setakat ini.

Bagaimanapun, katanya, siasatan membabitkan pemain bola sepak di Terengganu akan dimulakan secepat mungkin.

Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis bantu siasatan – AMK

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan.

Menurutnya, Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002.

“Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak.

“Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa,” kata Shamsul.

Mengulas perspektif undang-undang Shamsul berkata, kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia.

“Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter,” jelas Shamsul.

Persoalannya, kata Shamsul apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain?

Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara.

Mengulas isu yang sama, Shamsul mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?” soal Shamsul.

Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia.

Justeru Shamsul mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat.

“Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara ‘G to G’ (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara,” kata Shamsul.

Justeru, beliau menegaskan adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan.

“Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan ‘jaringan yang terputus’ (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene,” ujarnya.

Bayi maut dicampak dari balkoni pangsapuri

Label:

Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam.

Saya petik:

[BH] KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.

Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan.
 
Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

“Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah,” katanya.

Hamil anak teman sekerja

Label:

Soalan
SUAMI saya bekerja jauh di utara tanah air. Saya berasa risau kerana kini saya hamil mungkin selepas beberapa kali terlanjur dengan teman sekerja.

Saya bimbang suami pasti mengesyaki saya curang terhadapnya kerana mengandungkan anak yang bukan hasil benihnya.

Apakah tindakan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi situasi ini?

LISA

Negeri Sembilan

Jawapan

ANDA hendaklah segera bertaubat kepada Allah s.w.t atas keterlanjuran itu. Perbuatan anda tentu menerima kemurkaan Allah kerana melanggar larangan Allah daripada zina.

Sudah tentu pihak suami berhak marah dengan perbuatan anda menduakannya. Kembali ke pangkal jalan dengan tidak lagi mengulangi dosa yang lalu dan tidak berhubung dengan teman sekerja berkenaan.

Ingatlah firman Allah: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah al-Isra’ (17): 32)

Selain itu anda perlu meminta untuk bertukar tempat kerja dan memilih untuk tinggal serumah dengan suami daripada hidup berasingan.

Ini kerana tinggal berjauhan mengundang kejahatan sedangkan tempat isteri ialah untuk bersama-sama suami. 
-Dr Abdul Salam 

(Gambar hiasan)

Kalau Husam bagi RM30 kat Kickdefella pun orang tak percaya apatah lagi RM300 ribu!!

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” berkata, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding kerusi naib presiden PAS.

Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”
“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.

“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Selain itu, blog tersebut juga bertanya sama ada Syed Azizi ada bertemu dengan Husam di China bagi merancang strategi untuk kemenangan Husam dalam pemilihan PAS.

“Semoga Kickdefella jawab semua seolan ini dan nyatakan secara jujur kepada semua pembaca-pembaca blog di tahap manakah sebenarnya hubungannya dengan Husam,” katanya.

Dakwaan itu ditimbulkan ketika menjelang hari pengundian pemilihan pusat pada hujung minggu ini.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, kali ini bertanding jawatan naib presiden, kerusi yang pernah dipegang sebelum bertanding kerusi timbalan presiden pada 2009.

Syed Azidi pernah berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pegawai perhubungan awam dan dilihat rapat dengan Husam.

Sehubungan itu, beliau pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti akhir 2009.

Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”
“Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa,” katanya.

P/s: Sumbernya dari blog pro-umporno...
Gadis Melayu ini BANGGA hilang dara
Sabtu, Jun 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Jun 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Jun 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Jun 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai