26
Mac
2011
Kongsi Info: tokkiyai65@gmail.com
26
Mac
undefined
26
Mac
undefined
26
Mac
undefined
25
Mac
2011
25
Mac
undefined
25
Mac
undefined
25
Mac
undefined
25
Mac
undefined
24
Mac
2011
24
Mac
undefined
24
Mac
undefined
[KD] KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa raya dijangka menandakan ketiga-tiga barang yang diperoleh secara tipu helah sebagai bahan bukti (ID) hari ini.
9.28am – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di mahkamah.
9.43am- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di mahkamah.
9.47am – Mahkamah mula bersidang. DPP Yusof Zainal Abiden mahu memanggil saksi pendakwa ke-15, bekas Ketua Unit Forensik, Amidon Anan dan saksi pendakwa ke-6, ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Aidora Saedon untuk memberi keterangan.
Aidora dan Amidon dijangka membantu pihak mahkamah menanda tiga barang yang baru diterima mahkamah sebagai I’d (barang bukti).
Peguam Anwar, Karpal Singh mencelah dan berkata beliau ada memfailkan semakan terhadap keputusan hakim semalam.
Hakim Zabidin berkata beliau tiada menerima sebarang kerana jika benar, sepatutnya sudah ada fail di atas meja beliau pagi ini.
Zabidin minta pendakwa meneruskan memanggil saksi.
Kapral membantah dan berkata jika permohonannya tidak didengar sekarang, ia akan menjadi prejudis kepada kliennya, Anwar Ibrahim.
Akhbar akan menyatakan ‘Lelaki Y’ sebelum ini adalah Anwar jika ketiga-tiga barang bukti itu ditanda sebagai ID.
9.51am: Hakim Zabidin memanggil kedua-dua pendakwa raya dan peguam bela ke dalam kamar hakim untuk berbincang.
10.03am: Sankara Nair memberitahu wartawan hakim akan mendengar permohononan semakan keputusan hari ini.
24
Mac
undefined
[HM] KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.
Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.
Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika mangsa berada di rumah mereka, suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah.
“Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.
“Sebaliknya, suspek beralih arah kepada ibunya sebelum dia memaki-hamun wanita berkenaan. Tidak tahan dengan tindakan biadab anak lelakinya itu, wanita terbabit mula mempertikaikan sikapnya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka lebih 20 minit,” katanya.
Difahamkan, bapa tiri suspek masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana pada mulanya dia yakin kedua-dua beranak itu mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri selain tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun hilang pertimbangan sebelum dia dikatakan memecahkan semua barangan dalam rumah itu.
“Walaupun ibunya menangis sambil merayu kepada suspek supaya memberhentikan tindakannya itu, lelaki terbabit tidak mengendahkan rayuan berkenaan sebaliknya dia menjadi lebih agresif,” katanya.
Sumber itu berkata, tidak tahan melihat tindakan anaknya itu, wanita terbabit mula menghalangnya, namun tindakannya menyebabkan dia dipukul anak kandungnya itu.
“Masih tidak puas hati, suspek menghentak ibunya menggunakan pasu bunga dan walaupun wanita terbabit sempat mengelak, hentakan itu tepat mengenai tangan kanannya.
“Melihat ibunya mengerang kesakitan, suspek melarikan diri dari rumah berkenaan. Bapa tiri suspek membawa ibunya ke klinik di kawasan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan tangan kanan mangsa patah,” katanya.
Selepas menerima rawatan, mangsa tampil di balai polis berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana mendakwa bimbang terhadap keselamatan diri dan suaminya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.
(Gambar sekadar hiasan)
24
Mac
undefined
The Malaysian Insider difahamkan beberapa pemimpin kaan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi “orang tengah” bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan.
“Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN.
Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa “akan ada satu kejutan” dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan “mesej” tersebut kepada Anwar.
Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka.
Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini.
“Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian,” kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit.
“Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka,” kata sumber itu lagi.
Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR.
Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini.
Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.
Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.
Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.
“Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya,” kata Anwar dalam laporan polisnya.
Misteri “Datuk T” terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu.
Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Shazryl juga mendedahkan bahawa “Datuk T” sebenarnya bermakna “trio” iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.
Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno.
23
Mac
2011
[TVS] SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution.
Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka.
Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11
1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang"."Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"
"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)
"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama""Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"
2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok,dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar
3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"
23
Mac
undefined
Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.
“Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama,” kata beliau.
“Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.
“Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah,” katanya.
Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi.
Kedua-dua mereka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira 4 petang, empat jam selepas sidang media Johari di Petaling Jaya.
Beliau menjelaskan tindakan mendedahkan video seks itu kerana mahu menunjukkan bahawa “individu yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”
Jelas Abdul Rahim, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.
“Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks ini. Kita boleh letakkan pemimpin Pakatan dalam suruhanjaya ini, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.
“Orang yang terlibat pula boleh membawa pakar forensik untuk tentukan kebenaran, kita hanya mahukan kebenaran,” katanya.
Beliau juga meminta Anwar yang juga Ketua Umum PKR agar meletakkan jawatan mencontohi jejak langkahnya yang sudah bersara dari bidang politik.
“Sekiranya pemimpin mempunyai masalah peribadi yang serius ia boleh merosakkan kepentingan negara.
“Kita tidak akan edarkan video seks ini, harap pihak yang membantah faham,” katanya.
Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.
Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.
Sementara itu, Shazryl yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan video seks itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak termasuk polis sehingga suruhanjaya diraja ditubuhkan.
“Saya beri jaminan video ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak...saya boleh jamin.
“Ia (pita video) ada pada saya,” katanya.
Beliau juga mengaku ada dalam video itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci.
“Saya dalam video itu,” jawabnya.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.
Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.
Anwar juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks itu semalam.
Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.
23
Mac
undefined
23
Mac
undefined
KUALA LUMPUR _ Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Melalui kenyataan akhbar yang disiarkan dalam blog Anwar Ibrahim, Johari mengariskan bahawa pelaku seks itu bukan Anwar berdasarkan;
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.
Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.
Penyiaran video klip yang memaparkan seorang yang menyerupai pemimpin pembangkang negara ini melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dipercayai pelacur dibuat kepada beberapa kumpulan wartawan pada Isnin lalu di Carcosa Sri Negara.
23
Mac
undefined
[HM] AMPANG: Hanya kerana meminta dihidangkan makanan dan diurut badan, seorang lelaki berusia 53 tahun yang terlantar akibat sakit buah pinggang kronik dibelasah dan ditendang isterinya hampir 30 minit di rumah mereka di Jalan Cempaka di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad lalu itu, lelaki terbabit yang sakit sejak setahun lalu hanya mampu menutup kepalanya menggunakan kedua-dua tangan sambil merayu dikasihani isterinya yang berusia 40-an. Mangsa mendakwa kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya kekejaman isterinya itu terpaksa dilaluinya sejak enam bulan lalu dan secara keseluruhan sudah lebih 10 kali dia diperlakukan sedemikian.
Tidak tahan dengan perbuatan keji isterinya, mangsa ditemani beberapa rakan tampil membuat laporan di Balai Polis Ampang di sini, kelmarin, kerana bimbang keselamatannya.
Sumber polis berkata, mangsa mendirikan rumah tangga bersama pasangannya hampir 10 tahun, namun penyakit buah pinggang kronik dialaminya sejak setahun lalu menyebabkan dia terpaksa bergantung hidup kepada isterinya.
“Sejak menghidap penyakit berkenaan, setiap pergerakannya terbatas. Disebabkan itu, dia terpaksa meminta bantuan isterinya untuk mandi, makan, termasuk untuk bergerak ke tandas,” katanya.
Menurut sumber, enam bulan pertama, mangsa dijaga dengan baik oleh isterinya namun wanita terbabit dilaporkan hilang sabar sebaik masuk bulan seterusnya.
“Mungkin wanita itu tertekan untuk mencari nafkah dan dalam masa sama terpaksa menguruskan makan minum suaminya itu. Wanita itu, mula menunjukkan sikap tidak sepatutnya dan dikatakan mula mengabaikan tanggungjawabnya itu.
“Malah, jika suaminya meminta dia menyediakan makanan, mengurut badan yang sedang sakit wanita terbabit akan memaki hamun sebelum memukulnya,” katanya.
Sumber itu berkata, Ahad lalu, mangsa yang lapar dikatakan meminta pertolongan isterinya untuk menyediakan makanan.
“Wanita terbabit memarahinya namun lelaki terbabit masih bersabar. Selepas 10 minit, mangsa sekali lagi meminta isterinya mengurutkan badan dan kakinya yang sakit.
“Permintaan mangsa menimbulkan kemarahan isterinya sebelum mereka bertengkar. Isterinya yang hilang kawalan memukul suaminya.
“Wanita itu menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan kaki dan tangannya lebih 30 minit,” katanya.
Katanya, mangsa hanya merayu dikasihani dan menutup bahagian kepalanya menggunakan kedua tangan.
“Selepas melepaskan geram, wanita terbabit meninggalkan rumah berkenaan,” katanya.
Keesokan harinya (kelmarin), mangsa menghubungi beberapa rakannya meminta bantuan membawanya ke balai polis sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
(Gambar hiasan)

Pengunjung yang dihormati,
Email: tokkiyai65@gmail.com
© All Rights Reserved. :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
Powered by : Blogger.com | Blogger Templates by SkinPress.com | Blogger Templates