Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pesta maksiat di tengah rimba

Label:

Saya petik:
[kosmo] JELEBU - Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.

Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.

Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.

Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.

Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.

Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.

Baju gadis ini diselak penjual karpet

Label:

Saya petik:
[SH] BALING - “Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.

Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.

“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.

Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.

Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.

“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.

“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.

“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.

Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya.

Kerana cinta, gadis ini sanggup bersuamikan pengedar dadah. Gila!!

Label:

Saya petik:
[SH] Dungun – “Biarpun dia jadi buruan polis dan seorang pe­nge­dar dadah, saya tetap menyintainya malah sanggup jadi isteri jika dia sudi terima saya.”

Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.

Lebih mengejutkan apabila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.

“Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak,” katanya.

Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.

Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.

Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.

“Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.

“Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu,” katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,

Dila berkata, biarpun tahu teman lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.

“Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya,” katanya.

Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.

Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.

Penemuan 10 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis methamphethamine dalam poket seluar suspek menguatkan dakwaan dia terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan tersebut selain turut menasihati golongan remaja agar lebih berhati-hati jika ada hubungan cinta dengan lelaki tidak dikenali untuk mengelakkan diri terbabit dengan perkara menyalahi undang-undang.
P/s: Alahai...Belajar tinggi tetapi...

Najib bukan PM Malaysia tetapi PM BN sahaja. Ini buktinya...

Label:

Saya petik: 

Najib: Tak jemput pemimpin Pakatan, amalan biasa

[MK] Dakwaan pemimpin Pakatan Rakayat tidak dijemput menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 Selasa lalu tidak berbangkit kerana ia merupakan amalan biasa dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, katanya, mesyuarat yang berlangsung dua hari lalu, adalah mesyuarat "penyelarasan" antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, yang diamalkan sejak dulu lagi.

"Jadi kita hadkan menteri besar dan ketua menteri BN sahaja.

"Itu sebab diberi tumpuan bukan sebab peruntukan perlembagaan, kehendak perlembagaan tetapi penyelarasan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.

Sehubungan itu, menurut Najib yang juga pengerusi BN, tidak berbangkit dengan mengetepikan daripada memanggil menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan untuk hadir pada mesyuarat berkenaan.

"Dia pun banyak mesyuarat, tapi tidak jemput kita. Kita pun nak complaint. Dia berpakat sama dia, tak mengapa. Kita nak buat kerja penyelarasan," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa.

Bagaimanapun, Najib berkata pihaknya berpendirian semua mesyuarat yang dikehendaki mengikut perlembagaan, seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Tempatan dan juga yang melibatkan jawatankuasa kewangan negeri tertentu.pihaknya, tetap menjemput pemimpin Pakatan yang terbabit.

"Atas peruntukkan perlembagaan, kita memang menghormati perlembagaan," katanya.

Najib mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang membidas tindakan perdana menteri kerana mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya pada Selasa lalu tanpa membabitkan pemimpin Pakatan.

Sambil menyifatkan tindakan Najib itu sebagai "amat tidak professional", dul Khalid berkata mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Sementara itu, Najib ketika diajukan soalan sama ada pihaknya MT Umno membincangkan isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diselubungi kemelut kerana didakwa berlakunya penyelewengan, hanya berkata: "Kita tidak bincang".

Pada sidang media itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal itu tidak turut serta. Namun, Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir pada mesyuarat MT Umno.

[VIDEO] Mengapa Ustazah ini sudah lama tidak muncul di TV?

Label:

[Video] Majlis Pernikahan Yusri dan Lisa Surihani

Label:

Hotel Marriot Putrajaya

Dicekup khalwat kali kedua

Label:

Saya petik:
[SH] BATU PAHAT – Sepasang kekasih yang pernah dicekup berkhalwat di daerah ini Januari lalu, dicekup buat kali kedua di sebuah hotel murah di sini, petang semalam.

Pasangan masing-masing berusia 40-an itu dicekup sepasukan penguat kuasa Agama Daerah Batu Pahat yang melakukan serbuan di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, ketika serbuan, pasangan terbabit sedang tidur dan terdapat seorang bayi tidur bersebelahan mereka.

“Ketika disoal penguat kuasa, mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan suami isteri atau hubungan mahram.

“Hasil siasatan mendapati bayi tersebut yang berusia dua minggu itu dipercayai adalah bayi hasil hubungan terlarang pasangan terbabit yang dibawa untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang akan menyangka mereka ini adalah suami isteri,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang sebelum ini sarat mengandung langsung tidak dapat dihidu keluarganya yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas mereka diberkas.

“Berdasarkan rekod, ini adalah tangkapan kedua mem­­babitkan pasangan itu di mana serbuan menyasarkan hotel bajet di sini.

“Ketika ditahan pertama kali, wanita terbabit sedang sarat mengandung dipercayai hasil hubungan terlarang mereka,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, difahamkan lelaki terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri, namun kini dalam proses penceraian berikutan ingin mengahwini kekasih hatinya itu.

“Pasangan terbabit yang merupakan warga tempatan itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat bagi proses dokumentasi sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (1) Enakmen Kesalahan Syariah Johor 1997 dan jika disabitkan kesalahan kedua mereka bakal berdepan hukuman denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.a

Datuk dicekup bersama janda

Label:

Gambar hiasan 

Saya petik:
[HM] ALOR SETAR: Seorang lelaki bercucu empat yang menjalin hubungan sulit dengan seorang janda muda berusia 30 tahun sejak dua tahun lalu, dicekup kerana berkhalwat di rumah wanita berkenaan di Kampung Ulu Melaka, Langkawi, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, lelaki berusia 56 tahun itu dan pasangannya dicekup anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) ketika mereka berdua-duaan dalam rumah berkenaan ditemani anak perempuan janda terbabit yang berusia 11 tahun.

Difahamkan, isteri warga emas itu sebelum ini pernah membuat laporan di pejabat agama daerah mengenai perbuatan curang suaminya selepas mengesyaki hubungan mereka.

Penolong Pegawai Agama Daerah, Rosyadah Ramli berkata, sepasukan anggotanya ke rumah berkenaan dan dan mendapati rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, seorang wanita berbaju blaus pendek yang jarang membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Wanita itu kelihatan terkejut dengan kehadiran kami, tetapi memberi kerjasama selepas kami memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa Padal.

“Kami menemui seorang lelaki dalam rumah berkenaan yang berpakaian seragam sebagai pemandu pelancong sebuah syarikat di pulau ini duduk di kerusi dalam keadaan terkejut. Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.

Menurut Rosyadah, wanita yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah hotel empat bintang di pulau itu mendakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya sejak 2007 dan berkenalan dengan lelaki berkenaan sejak lima tahun lalu.

Katanya, lelaki itu pula mengaku kerap datang ke rumah yang disewa wanita itu dengan alasan menemani wanita itu makan atau melawatnya dua beranak selepas habis kerja.

‘Kalau awak tak percaya Najib sila keluar daripada dewan’

Label:

Saya petik:

Taklimat KPF Felda kecoh
[FMT] PETALING JAYA: Taklimat antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan kira-kira 500 pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dikhabarkan kecoh apabila salah seorang peneroka dihalau keluar daripada dewan kerana mempersoalkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan, taklimat antara Isa dan sebahagian pemegang saham diadakan di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur petang tadi susulan pembatalan Mesyuarat Agung Khas (EGM) KPF pada saat-saat akhir yang sepatutnya dijadual berlangsung hari ini.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, insiden itu terjadi apabila soalan yang dikemukakan salah seorang pemegang saham daripada Felda Sendayan di Negeri Sembilan itu gagal dijawab dengan baik oleh Isa.

Katanya, semasa sesi dialog generasi kedua Felda yang berumur dalam lingkungan 50-an itu bangkit bertanyakan Isa mengenai jaminan yang akan diperoleh pemegang saham KPF jika ia disenaraikan dalam Bursa Malaysia.

Namun, menurut Mazlan jawapan yang diberikan Isa hanyalah “Perdana Menteri akan bagi jaminan”.

Isa Samad angkuh

“Lelaki itu tidak berpuas hati dengan jawapan Isa kemudian bertanya lagi kalau Najib lepas ni tak jadi Perdana Menteri dan digantikan dengan orang lain, kalau berlaku masalah dalam KPF siapa yang nak bertanggungjawab?

“Isa kemudiannya menjawab ‘kalau awak tak percaya Najib sila keluar daripada dewan’,” kata Mazlan ketika dihubungi.

Menurut Mazlan, lelaki yang menetap di Felda lebih 50 tahun dan memiliki saham KPF melebihi RM250,000 itu kemudiannya dibawa keluar oleh polis bantuan dalam keadaan dimalukan dan disaksikan pemegang saham yang lain.

Mengulas mengena kejadian terbabit, Mazlan berkata tindakan Isa itu adalah tidak wajar dan tidak profesional memandangkan beliau sendiri yang mahukan dialog itu dijalankan.

“Hasil dialog petang tadi menunjukkan kecenderungan peneroka yang hadir memihak kepada peneroka yang dihalau itu.

“Namun Isa sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menggambarkan sikap pemimpin yang angkuh, ego dan tidak boleh terima teguran,” katanya yang turut kesal dengan kejadian itu.

P/s: Begitukah 'standard' jawapan seorang menteri?

Peragut hamil 4 bulan dicekup

Label:

Saya petik:
[HM] SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang baru empat bulan berkahwin, tetapi aktif melakukan jenayah ragut tumpas dek balingan buah epal oleh mangsa mereka di Pasar Sungai Siput, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.50 pagi dan lebih mengejutkan apabila suspek perempuan yang berusia 22 tahun memberitahu dia hamil anak sulung dengan usia kandungan empat bulan.

Selepas ditahan, suspek lelaki yang berusia 32 tahun memberi alasan mereka melakukan jenayah ragut untuk mencari wang bagi membiayai kos rawatan perubatan isterinya.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan di pasar itu, Lim Shui Yang, 53, berkata sebelum kejadian pasangan terbabit menunggang motosikal dan berpusing beberapa kali di kawasan pasar.

“Saya ketika itu sibuk melayan pelanggan tanpa menyedari si suami menyasarkan bakul berisi wang RM30 hasil perniagaan yang diletak di atas meja jualan.

P/s; Kahwin baru empat bulan, mengandung juga empat bulan. Kah kah kah...

Gadis ini didenda RM500 kerana tidak menutup aurat dengan betul

Label:

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI),, semalam.
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.

Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 tengah hari.

Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM500 maksimum di bawah Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah Seksyen 10 (d) 1983 (Pindaan 1987).

Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.

Tuk Imam ini Baling KASUT ke arah Hakim Mahkamah Persekutuan

Label:

Saya petik:
[MK] Seorang imam yang diusir dari tempat penginapannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Roslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Zaharah Zakaria.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Kubu Umno di Felda Palong 6 mula retak. Lihatlah buktinya...

Label:

Saya petik:
[MK] Usaha PKR cuba menembusi skim Felda Palong di Negeri Sembilan sejak enam bulan lalu mula membuahkan hasil.

Jika jumlah hadirin yang menghadiri ceramah ketua umum PKR Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya Azmin Ali dan ketua sayap Wanita Zuraida Kamaruddin dijadikan ukuran, nyata sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

PKR dikatakan berjaya menambat hati peneroka terutamanya dengan memperjuangkan kepentingan mereka dan membela golongan itu berhubung tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Felda.

Malam tadi, giliran PKR presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menggempur kubu Umno itu. Bertempat di Felda Palong 6, satu antara 6 yang membentuk kelompok dalam skim Felda tersebut, beliau berucap kepada ratusan hadirin.

Wan Azizah juga menyaksikan penubuhan cawangan PKR di Felda Palong 7 dan 8, serta menerima borang keahlian dari 50 orang.

Antara yang tidak dijangkakan adalah sambutan hangat yang diterima dari jawatankuasa masjid Felda Palong 5 - yang ahlinya sebelum ini terdiri daripada penyokong Umno - mereka turut menyertai majlis doa kesyukuran khas sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Jan lalu.

Salah urus

Wan Azizah pada ucapannya, sekali lagi menegaskan bahawa ketidakadilan dan serangan bertali arus dilakukan oleh Umno terhadap Anwar.

"Terdapat lebih penting isu yang dibelenggui Malaysia, seperti salah urus wang negara dan skandal mencecah jutaan ringgit yang membabitkan Perbadanan Fidlot Negara dan salah guna dana zakat...

"Namun Umno adalah lebih cenderung mencela Anwar setiap malam.

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak mentah. Kita perlu meningkatkan taraf hidup rakyat dan tahap pendidikan mereka," katanya.

Felda Palong terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong dan kini diwakili oleh ahli politik Umno, Datuk Aziz Samsuddin.

Kerusi DUN itu terletak dalam parlimen Jempol yang dipegang oleh Lilah Yasin.

Dua tahun lalu, apabila Anwar melawat Felda Palong 10, kira-kira 70 orang - termasuk jawatankuasa penganjur - hadir untuk mendengar beliau berucap.

Namun pada November lalu, tidak kurang 2,000 orang hadir di Felda Palong 6 untuk mengikuti ceramah oleh Ketua Pembangkang itu. Pada majlis itu, 412 peneroka menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Felda Palong 6 kini mempunyai bilangan terbesar ahli PKR dalam kerusi DUN Palong.

Padah promosi DVD lucah kepada polis

Label:

Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Gara-gara mempromosikan cakera video digital (DVD) lucah kepada anggota polis, seorang penjual diberkas polis dalam serbuan di sebuah kedai cetak rompak di Damansara Utama, semalam.

Sumber polis berkata, ketika ditahan, lelaki berusia 28 tahun itu cuba menjual DVD lucah dengan tawaran harga yang agak murah.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas 10 album mempamerkan kulit cakera DVD lucah yang dipamerkan secara terbuka di satu ruangan di premis terbabit.

“Siasatan awal mendapati mereka menjual bahan ini melalui panggilan telefon, jika ada permintaan daripada pelanggan, lelaki ini akan bertindak menghubungi ‘runner’ sebelum DVD ini diserahkan kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan tidak menemui sebarang DVD lucah kerana premis terbabit tidak menyimpan bahan di situ kerana takut dirampas pihak berkuasa.

Sinar Harian pada 16 Februari lalu melaporkan mengenai beberapa premis DVD cetak rompak di Damansara Utama yang didapati turut menjual DVD lucah.

Hasil tinjauan yang dibuat mendapati pakej jualan adalah sekitar RM20 hingga RM30 bergantung kepada kuantiti pembelian.

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan penangkapan lelaki itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 292 kanun keseksaan kerana mempamerkan bahan lucah.

Melacur untuk kumpul duit kahwin

Label:

Saya petik:
[BH] JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.
Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.
Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.
“Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.

“Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

“Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

“Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah,” katanya.

Mengapa Tel Aviv tidak akan serang Iran?

Label:

Saya petik:
[kosmo] BAITULMUQADDIS - Israel sebenarnya bimbang negara berkenaan terdedah dengan serangan balas yang dahsyat jika ia menyerang program nuklear Iran.

Baru-baru ini, beberapa pegawai Israel yang memetik laporan perisikan memberitahu, bandar Tel Aviv di negara itu akan menjadi sasaran utama jika berlaku serangan.

Timbalan Perdana Menteri Israel, Dan Meridor yang juga Menteri Perisikan dan Tenaga Atom, membayangkan pada Sabtu lepas bahawa Israel kini berdepan dengan ancaman baharu.

"Pada masa lalu, perang tertakluk di medan tempur melibatkan pertembungan kereta kebal dengan kereta kebal, pesawat melawan pesawat tanpa mengancam negara. Kini, negara adalah medan tempur," kata Meridor.

"Keseluruhan Israel terdedah kepada puluhan ribu peluru berpandu dan roket dari negara-negara jiran.

"Justeru, sudah tentu kita perlu memahami bahawa paradigma peperangan telah berubah.

"Jika perang berlaku dan saya harap ia tidak akan berlaku, mereka bukan sahaja akan membedil askar-askar Israel tetapi penduduk awam akan menjadi sasaran utama," tambahnya.

Pakar-pakar percaya serangan tentera Israel akan mencetuskan serangan balas Iran yang akan menyaksikan Iran akan menggunakan peluru berpandu jarak jauhnya, Shahab atau serangan balas melalui proksinya iaitu Hizbollah di Lebanon, Hamas di Gaza atau para penyokong Presiden Bashar Al-Assad di Syria.

Ketua perisikan tentera baru-baru ini memberitahu, musuh-musuh Israel kini memiliki sekitar 200,000 buah roket dan peluru berpandu yang disasarkan ke arah Israel.

Namun, kali ini, sasaran turut melibatkan kawasan yang padat dengan penduduk.

Para pemimpin Zionis percaya bahawa bandar-bandar utama Israel akan menjadi sasaran peluru berpandu jarak jauh sekiranya perang berlaku.

Baitulmuqaddis pula dianggap selamat kerana statusnya sebagai tempat suci orang Islam.

Namun, bahagian pantai Mediterranean yang menjadi pusat sebahagian besar populasi Israel termasuk kota metropolitan Tel Aviv merupakan sasaran yang menarik buat musuh.

Terkenal sebagai pusat perniagaan dan kebudayaan Israel dengan lebih dua juta penduduk, Tel Aviv penting kerana ia menampilkan imej Israel sebagai sebuah negara maju dengan gaya hidup Barat.

Beberapa pegawai pertahanan Israel memberi amaran bahawa sekutu rapat Iran, Syria memiliki peluru berpandu kawalan jauh dan senjata kimia yang mampu mengancam Israel terutamanya Tel Aviv.

Hizbollah juga telah meningkatkan keupayaan persenjataannya sejak Perang Musim Panas dengan Israel.

Militan-militan Hizbollah di Genting Gaza dipercayai menyeludup masuk peledak-peledak peluru berpandu dari Libya.

Pegawai-pegawai berkenaan yang enggan identiti mereka didedahkan memberitahu, laporan perisikan menunjukkan bahawa ibu pejabat tentera Tel Aviv akan menjadi sasaran. Justeru, Israel kini menyediakan tapak alternatif untuk dijadikan ibu pejabat tenteranya. Menteri Pertahanan, Ehud Barak menganggarkan bahawa serangan Iran akan menyebabkan kematian kurang 500 orang di pihak Israel yang merupakan kenyataan yang dilihat akan meredakan kebimbangan rakyat tetapi mencetuskan situasi sebaliknya.

Sejak lima tahun lalu, tanggungjawab untuk melakukan persediaan sekiranya Israel diserang diserahkan kepada seorang menteri Kabinet dan timbalan ketua tentera Israel, Matan Vilnai yang baru-baru ini mengumumkan peletakan jawatannya. - Agensi

Gadis ini hilang pada hari kekasih

Label:

NURUL ZAKIAH yang hilang sejak 14 Februari lalu

Saya petik:
[kosmo] KUALA LANGAT – Panahan asmara seorang lelaki Pakistan ke atas kekasihnya yang merupakan seorang pelajar tingkatan lima menyebabkan gadis itu bertindak membelakangkan keluarga apabila dia disyaki melarikan diri selepas cinta mereka mendapat tentangan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, 17, dikatakan hilang pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas tiga minggu berkenalan dan bercinta dengan lelaki dikenali sebagai Samer Khan, 20-an.

Samer Khan digambarkan sebagai lelaki yang kacak tetapi keluarga Nurul Zakiah hanya mendengar cerita mengenai Samer daripada gadis itu dan tidak pernah menemuinya.

Pertemuan yang tidak dirancang hingga melahirkan bibit-bibit cinta itu berlaku ketika Nurul Zakiah bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya manakala Samer pula bekerja di sebuah kedai menjual barang-barang makanan di Pekan Banting di sini. Kedua-dua premis itu terletak berdekatan.

Nurul Zakiah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini sebelum kejadian tinggal bersama ibu saudaranya, Norlaila Saad, 43, sejak 12 tahun lalu selepas kematian ibunya.

Mengimbau semula kejadian itu, Norlaila memberitahu, dia menyedari kehilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Banting dekat sini itu selepas anak saudaranya tidak pulang ke rumahnya di Jalan Masjid, Kanchong Darat setelah tamat waktu belajar.

Lelaki saman hospital RM1.4 juta kerana kemaluannya terpaksa dipotong

Label:

LONDON – Seorang lelaki yang kecewa kemaluannya terpaksa dipotong selepas menghidap barah zakar memfailkan saman terhadap sebuah hospital kerajaan menuntut ganti rugi lebih £300,000 (RM1.4 juta) berhubung tuduhan doktor gagal mengenal pasti penyakit itu.

Boguslaw Faber, 50, cedera ketika bekerja apabila terjatuh ke atas tiang tajam. Namun selepas mendapatkan rawatan perubatan, dia mendakwa doktor di Hospital Diraja London terlepas bukti dia menghidap barah zakar.

Dalam writ Mahkamah Tinggi, Faber mendakwa doktor tersilap membaca biopsi dan secara salah merumuskan dia menghidap penyakit kulit, bukannya penyakit yang jarang berlaku itu.

Beliau mendakwa disebabkan kecuaian doktor, penyakit berkenaan dibiarkan merebak beberapa bulan.

Faber terpaksa menjalani pembedahan menyakitkan untuk membuang sebahagian zakarnya sebelum ia dibentuk semula. Beliau juga memerlukan dua lagi pembedahan selepas kakinya bengkak dan sudah pun menjalani pembedahan membuang sebahagian tiroid.

Gagal tidur angkara syaitan

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Pakar Perubatan Islam tidak menolak penyakit misteri yang dialami seorang pemuda sehingga gagal melelapkan mata sejak lapan tahun lalu disebabkan sihir ataupun saka.

Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, hanya dua faktor berkenaan yang biasa mempengaruhi individu terlibat di mana kedua- duanya adalah angkara syaitan.

“Penyakit yang dialami pemuda berkenaan berpeluang untuk sembuh kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya, yang penting kita berusaha dan berikhtiar serta lakukan rawatan secara konsisten,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zaki berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyakit misteri yang dihadapi seorang pemuda dari Tok’ Uban, Pasir Mas, Ziyan, 26.

Zaki berkata, pihaknya sedia membantu dan percaya akan dapat mengembalikan pemuda berkenaan kepada kehidupan normal seperti manusia lain.

“Saya belum melihat kes ini, dan hanya membaca berita yang disiarkan akhbar ini, namun saya yakin dengan izin Allah dia dapat disembuhka. Saya pernah mengubati pesakit yang tidak dapat tidur selama 14 tahun, dan alhamdulillah selepas lima bulan menerima rawatan, dia kembali menjalani hidup dengan normal,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya bersedia untuk membantu pemuda berkenaan dan yakin turut menceritakan pengalamannya mengubati penyakit seumpama ini.

Menurutnya, Ziyan mungkin boleh mengunjungi Pusat Rawatan Darussyifa’ cawangan Pasir Mas yang terletak di Surau Taman Mekasar pada setiap Sabtu antara 9 pagi hingga 12 tengah hari bagi membolehkan pihaknya membantu.

“Rawatan di rumah juga akan dilakukan, bagi memastikan kawasan rumah juga bebas daripada perkara- perkara yang boleh mengundang semula penyakit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian semalam melaporkan penderitaan dialami Ziyan, yang disyaki disihir sejak berusia 18 tahun sehingga mengubah sebahagian besar kehidupan dan perangainya.

Tel Aviv dalangi krisis Syria

Label:

 PENUNJUK perasaan membakar gambar Presiden Syria Bashar al-Assad ketika membuat bantahan di luar Kedutaan Syria di London kelmarin.
Saya petik:
 Tujuh pegawai Turki mengaku dilatih Mossad gulingkan Bashar 
[BH] DAMSYIK: Pengakuan oleh pegawai Turki yang ditahan di Syria minggu lalu mendedahkan bahawa Tel Aviv terbabit dalam pemberontakan yang diketuai ‘kumpulan bersenjata’ di negara itu untuk menggulingkan regim Bashar Assad, lapor sebuah agensi berita Iran.
Wakil agensi berita Iran, Fars di Damsyik menyatakan bahawa sumber keselamatan Syria mendakwa tujuh daripada 49 pegawai Turki yang ditahan, mengaku bahawa mereka dilatih oleh Mossad Israel untuk melaksanakan operasi keganasan. Mereka juga mendakwa mempunyai hubungan dengan Arab Saudi dan Qatar.
Seorang daripada pegawai Turki berkenaan mengakui bahawa komando Israel menyelinap masuk ke wilayah Syria dan memberikan bantuan untuk membebaskan tentera Syria.

“Mossad juga menghantar satu pasukan ke Jordan untuk melatih ahli al-Qaeda yang datang dari Libya dalam usaha untuk menghantar mereka ke Syria bagi melawan tentera biasa Syria,” kata pegawai itu yang dipetik Fars.

Sumber berkata pihak berkuasa Syria berhati-hati untuk tidak menyiarkan semua pengakuan oleh pegawai Turki berikutan mereka mahu mencapai satu rundingan dengan Ankara yang akan termasuk pembebasan pegawai berkenaan sebagai pertukaran dengan ahli tentera bebas Syria, satu komitmen untuk melemahkan kumpulan pengganas dan mengawal sempadannya bagi menghalang senjata dan kemasukan elemen pengganas.

Ada laporan menyatakan bahawa kawasan antara Ramtha di utara Jordan kini adalah zon tentera tertutup yang melindungi kira-kira 11,000 tentera bersenjata, terutama rakyat Libya yang bertanggungjawab menjalankan operasi tentera menentang tentera Syria sebagai pertukaran dengan bayaran AS$1,000 (RM3,000) sebulan. Laporan itu menyebut Riyahd dan Doha membiayai tentera berkenaan.
Selain itu, sebuah saluran televisyen Amerika Syarikat mendedahkan bahawa pesawat negara itu turut memantau peristiwa di Syria. – Agensi

Misha Omar bertunang hari ini

Label:

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Penyanyi dan pelakon, Misha Omar, 30, menempuh hari bahagianya hari ini, apabila melangsungkan pertunangan dengan seorang juruterbang yang dikenalinya sejak enam tahun lalu.

Menurut sumber, Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar akan melangsungkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly, 30, di rumah keluarganya di Kota Bharu, namun majlis dibuat secara tertutup.

“Misha akan bertunang esok (hari ini), namun majlis ini diadakan hanya untuk ahli keluarga terdekat selain tidak mahu dihebahkan,” katanya. “Majlis pertunangan itu diadakan secara tertutup, namun pada hari perkahwinan majlis akan diadakan secara terbuka,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di kediaman keluarga penyanyi itu semalam, mendapati sebuah khemah putih sudah didirikan di hadapan rumah untuk persiapan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, hanya wakil keluarga Misha menemui wartawan yang berada di luar rumah dan meminta supaya tidak menghebahkan majlis berkenaan.

Wakil keluarga itu memaklumkan Misha berada di dalam rumah dan melayan wartawan dengan baik termasuk menghidangkan air. Ditanya bagaimana perasaan ibu Misha, wakil berkenaan memaklumkan ibu Misha gembira anaknya bertunang kerana mendapat orang baru dalam keluarga.

Faekah dah jemput Noh Omar. Berani ke datang?

Label:

Saya petik:
[HD] SHAH ALAM, 21 Feb: Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dijemput hadir pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor berhubung skandal pasir.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar) berkata, kehadiran Noh itu penting bagi memberikan maklumat dan bukti apa yang didakwanya sebelum ini kononnya wujud penyelewengan dalam pengendalian pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Datuk Seri Noh Omar dijemput untuk menghadirkan diri sepanjang sesi pendengaran awam ini berlangsung supaya beliau dapat memberikan maklumat dan bukti apa yang didakwa penyelewengan dalam KSSB khususnya.

"Kehadiran Noh Omar pada hari sesi pendengaran ini berlangsung amat penting, selain dapat menunjukkan keikhlasan beliau dalam membenteras rasuah, beliau juga boleh mendapat idea, inspirasi dan semangat untuk melakukan perkara yang sama dalam pentadbiran Kerajaan Pusat BN," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pendengaran awam terhadap KSSB, Yayasan Selangor dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) yang ditangguhkan sebelum ini disambung semula selama tiga hari bermula 5 Mac ini.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim berkata keputusan untuk mengadakan pendengaran awam itu diambil selepas Selcat bermesyuarat pada 16 Feb lepas.

Menurut Faekah, meskipun ramai yang sangsi akan kesediaan Noh untuk hadir kerana berpendapat bahawa Noh berkobar-kobar dalam isu KSSB semata-mata mahu menutup skandal NFC yang telah mempalit lumpur kepada Umno dan seluruh kabinet BN, namun beliau masih mahu memberi faedah dari keraguan (benefit of the doubt) kepada Noh.

Tambah Faekah lagi, pendengaran Selcat akan mampu menghapuskan reputasi buruk yang cuba dibayangkan sesetengah pihak terhadap anak-anak syarikat kerajaan negeri tersebut.

Pada masa yang sama, jika benar terdapat penyelewengan dan salah guna kuasa katanya, tindakan sewajarnya akan tetap diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab.

"Dasar kerajaan negeri adalah jelas- tidak akan berkompromi dalam isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.

"Justeru itu, kita mencabar, jika benar ketelusan yang mahu diperjuangkan oleh Noh, maka Kerajaan Pusat atau Noh Omar selaku Menteri Pertanian turut mengadakan sesi pendengaran awam atau mahkamah rakyat bagi membongkar penyelewengan dana NFC yang disalah guna oleh keluarga rakan baiknya, Datuk Seri Shahrizat Jalil," cabarnya.

Pasangan Kekasih Dipukul, Dipaksa Bogel dan Dirakam selepas Dibelasah

Label:

Gambar hiasan 

Saya petik:
[kosmo] DUNGUN – Malang menimpa sepasang kekasih apabila mereka bukan sahaja dipukul, malah turut dipaksa berbogel sebelum gambar mereka dirakam sekumpulan tiga lelaki dalam kejadian di kawasan pantai Sura Hujung di sini Sabtu lalu.

Kejadian berlaku ketika pasangan berusia 20-an itu sedang bermadu kasih di dalam sebuah kereta pada pukul 3 pagi sebelum didatangi tiga lelaki yang terus memasuki kereta mereka dan memukul kedua-dua mangsa.

Takut dicederakan lebih teruk, kedua-dua mangsa kemudian menuruti arahan suspek dengan menanggalkan pakaian sebelum aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Sumber memberitahu, ketiga-tiga suspek juga bertindak meminta wang sebanyak RM2,000 daripada mangsa sekiranya pasangan itu tidak mahu gambar bogel mereka didedahkan.

‘Saya pernah cinta Elizabeth’

Label:

Saya petik:
[kosmo] BATAM, Indonesia – Hilmi Hazimin Malek, rakyat Malaysia yang ditangkap di sini kerana terbabit dalam kes pemalsuan dokumen pengenalan diri, mengaku dia pernah bercinta dengan Elizabeth Wong tetapi menafikan dia menyebarkan gambar-gambar kontroversi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Kosmo! di sini semalam, Hilmi enggan mengaku mahupun menafikan mengenai dakwaan bahawa dia merakam gambar-gambar kontroversi Elizabeth, wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang tersebar di Internet pada Februari 2009.

Hilmi memberitahu Kosmo!, dia tidak sejahat seperti yang sesetengah pihak di Malaysia fikirkan mengenai dirinya.

Menurut lelaki berusia 37 tahun itu, gambar-gambar Elizabeth, bekas kekasihnya yang berusia 40 tahun, tersebar dalam Internet tidak lama selepas telefon bimbit miliknya hilang.

“Saya tidak tahu siapa yang sebarkan. Yang saya tahu telefon bimbit itu sudah lama hilang,” cerita Hilmi yang terkejut dengan kehadiran wartawan Kosmo! di Batam semalam.

[VIDEO] Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia

Label:

P/s: Apa kata MERCY Malaysia?

Al-Fatihah buat Latiff Ibrahim

Label:

Saya petik:
[MStar] PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Debat Najib - Anwar boleh mengundang BAHAYA, kata Raja Sesumpah

Label:

Saya petik:
[SH] KLANG - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan boleh mengundang “bahaya.”

Sehubungan itu kata Ezam, Anwar akan menggunakan pentas debat demi kepentingan dan akan merosakkan negara.

"Orang macam Anwar ini akan mengundang bahaya. Dia tak layak debat dengan Najib. Contoh, apa yang Anwar dah buat ialah kononnya pada 16 September akan mentadbir negara, tapi dia tipu. Sama juga macam isu Israel. Ini kes khianat," kata beliau kepada Sinar Harian Online selepas berucap pada majlis perhimpunan Waris Malaya di sini, semalam.

Beberapa pihak mencadangkan satu debat diadakan antara Najib dan Anwar ekoran debat disertai Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kelmarin.

Selain itu, Ezam berkata, secara umumnya, debat merupakan satu perkara yang bagus tetapi perlu berhati-hati kerana ia boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik.

Jelasnya lagi, elemen khianat dalam berdebat juga boleh tercetus berdasarkan situasi politik negara.

"Debat akan berguna jika kita tampilkan orang-orang yang bertanggungjawab. Kalau macam Anwar ini, tak payah la. Debat ini sama seperti benda lain. Ia boleh diadakan dan tidak boleh diadakan. Bergantung pada faktor," katanya. 

P/s: Kenyataan yang teramat "BANGANG"

Amah yang baru kerja 3 hari songlap RM55,000

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Seorang amah warga Indonesia yang baru tiga hari ditugaskan mengasuh anak majikannya meninggalkan kanak-kanak berusia dua tahun itu sendirian sebelum melarikan diri bersama wang tunai, barang kemas, beg tangan berjenama dan telefon bimbit majikannya bernilai RM55,000.

Kejadian itu disedari majikan terbabit, seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun, selepas dimaklumkan pemandunya mengenai kehilangan amah terbabit di rumahnya di Mutiara Damansara, di sini, jam 3 petang, Jumaat lalu.

Menceritakan kejadian terbabit, bekas suami ahli perniagaan itu yang hanya dikenali sebagai Mahmud, 34, berkata dia menerima panggilan daripada pemandunya memaklumkan amah terbabit meninggalkan anak bongsunya sendirian di rumah bekas isterinya.

“Pemandu itu menghantar seorang lagi anak saya pulang dari sekolah ke rumah bekas isteri sebelum mendapati amah terbabit berusia 37 tahun tiada dan usaha mencari di kawasan berhampiran gagal menemui wanita itu.

“Kami mengesyaki amah terbabit melarikan diri dan bekas isteri yang memeriksa bilik di rumahnya mendapati wang RM30,000, barang kemas bernilai RM20,000, beg tangan berjenama dan telefon pintar Blackberry tiada dalam simpanan,” katanya, semalam.

Susulan itu, Mahmud membuat laporan di Balai Polis Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Pesta maksiat di tengah rimba
Sabtu, Februari 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
 
Jumaat, Februari 24, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Februari 23, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Februari 22, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Februari 21, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Februari 20, 2012 | Author: Tuk Kiyai