Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Maria Farida tayang BAJU DALAM di istagram mendapat kutukan peminat...

PETALING JAYA: Pelakon Maria Farida menyifatkan pengikut-pengikut yang memberi komen berbau lucah menerusi foto pakaian dalam yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya adalah mereka yang berfikiran kotor.

Maria, 44, berkata, foto tersebut tidak patut dijadikan isu kerana ia hanyalah beberapa bikini yang diletakkan di atas katil dan bukannya menunjukkan dia memakai pakaian tersebut.

"Ia hanyalah sejenis pakaian mandi yang diletakkan di atas katil. Mereka (pengikut) melenting dan kecoh seolah-olah saya memakai bikini tersebut dan memuat naik gambar saya ke Instagram.

"Takkan mereka tak pernah melihat bikini sebelum ini? Dan saya tidak pernah suruh pun melihat foto-foto yang saya muat naik. Itu hanyalah pemikiran kotor mereka terhadap baju itu. Apa yang mereka cakap semua tidak masuk akal," katanya kepada mStar Online menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Isnin.

Pada Sabtu lalu, Maria telah memuat naik foto beberapa bikini dengan kapsyen 'Can't decide on which one... hmm' (Tak boleh putuskan yang mana satu... hmm).

Foto tersebut telah menimbulkan kekecohan daripada kalangan pengikutnya terutama golongan lelaki yang memberikan komen-komen lucah kepada aktres itu.

Foto bikini yang dimuat naik oleh Maria di Instagram.
Tambah pelakon yang popular dengan filem Datin Ghairah itu, dia turut mendapat kritikan seolah-olah tidak berpegang pada agama Islam dengan menunjukkan foto tersebut.

"Bayangkan ada yang siap mengutuk dan pada masa sama memberi ceramah agama sedangkan apa yang mereka buat dengan mengutuk orang sudah menunjukkan ia salah di sisi agama Islam.

"Entahlah, bagi saya ia hanyalah perkara kecil sahaja dan rasa kelakar pula apabila ramai yang mengambil serius dengan foto tersebut.

"Saya tertanya-tanya adakah pengikut-pengikut lelaki yang memberi komen ini akan menutup mata mereka apabila melalui kedai-kedai pakaian dalam di pusat beli belah?" soalnya.

Dalam pada itu kata Maria lagi, memandang dia mendapat terlalu banyak komen negatif, dia telah meminta pembantu peribadinya untuk membuang komen-komen tersebut.

Maria kini sedang bercuti di Pulau Krabi, Thailand dan akan pulang ke tanah air pada hujung minggu ini. -mStar

P/s: Berat nanang....

Pengurusan pensijilan halal JAIS kurang memuaskan - Ketua Audit Negara

SHAH ALAM : Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 mendapati pengurusan pensijilan halal oleh Seksyen Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah kurang memuaskan dari segi pemprosesan baru Sijil Pengesahan Halal (SPH) dan pemantauan terhadap pemegang SPH.

Menurut laporan itu, antara kelemahan yang ditemui adalah pemprosesan SPH mengambil masa yang panjang di mana ia boleh menjejaskan reputasi serta keyakinan industri terhadap kecekapan JAIS.

Ketua Audit Negara turut mendapati pemantauan terhadap pemegang SPH kurang memuaskan dan aduan terhadap produk atau premis yang diragui halal tidak diurus dengan cekap.

Selain itu kelemahan lain yang ditemui ialah SPH yang belum diambil oleh pengusaha menyebabkan pemohon terbabit menjalankan proses pengeluaran produk makanan tanpa mempamerkan SPH di premis masing-masing.

Sehubungan itu, Ketua Audit Negara mengesyorkan supaya JAIS mengkaji semula prosedur proses permohonan SPH serta pengurusan aduan awam dengan menyediakan norma masa yang lebih jelas dan bersesuaian untuk setiap peringkat pemprosesan agar tempoh penyelesaian permohonan SPH serta aduan dapat dioptimumkan.

JAIS juga disyorkan untuk meningkatkan pemantauan secara berkala terhadap produk perkilangan, premis makanan dan premis sembelihan dengan mempercepatkan pelantikan kakitangan baharu selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Jabatan itu perlu segera memuktamadkan pelantikan Penolong Pengawal Perihal Dagangan yang akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan selaras dengan Seksyen 3 Akta Perihal Dagangan 2011.

Laporan Audit turut mengesyorkan supaya JAIS mengepos SPH kepada pemohon memandangkan sijil yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disertakan dengan surat yang dialamatkan kepada pemohon terbabit.

Mengenai pemantauan terhadap pemegang SPH yang kurang memuaskan, JAIS memberi maklumbalas bahawa tindakan pemantauan akan dijalankan oleh Pegawai Pemantau, Unit Pengawasan Dan Audit di Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunannya.

JAIS juga memaklumkan pihak Ketua Audit Negara bahawa jabatan itu telah menyediakan proses kerja pengurusan aduan berkaitan halal dan menetapkan norma masa 90 hari bagi penyelesaian aduan yang diterima.

Mengenai SPH yang belum diambil oleh pengusaha, JAIS turut memaklumkan bahawa rekod pemakluman berkaitan urusan pengambilan SPH telah diselenggarakan dan pihaknya akan mengepos SPH sekiranya pemohon gagal mengambil sijil dalam tempoh sebulan seperti cadangan pihak audit.

-astrowani