Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Datuk enam cucu ditipu kekasih berusia 17 tahun. Alahai...

Label:

Saya petik:

[SH] KULIM - Hancur luluh hati seorang lelaki 70 tahun apabila sedar cinta yang disulam bersama kekasihnya yang baru berusia 17 tahun, rupa-rupanya hanya bernilai RM7,000.

Dalam keadaan lemah longlai dan bertongkat, lelaki berkenaan hadir di Balai Polis Kulim, di sini, untuk membuat aduan terhadap buah hatinya.

“Dia tipu dan saya sedih sangat apabila panggilan saya tidak dijawab olehnya. Saya sudah habiskan kira-kira RM7,000 untuknya, saya belikan telefon baru, dan selalu tambah nilai prabayar telefonnya.

Sebelum ini, kami sudah berjanji akan kahwin selepas dia selesai duduki peperiksaan SPM hujung tahun ini,” kata lelaki dari Parit Buntar itu, yang mengaku sudah punya enam cucu.

Meskipun begitu, kata lelaki itu, dia masih berharap agar kekasihnya itu pulang semula ke pangkuannya.

Menurutnya, dia mengenali remaja yang masih bersekolah itu sejak Ogos tahun lalu melalui telefon dan sejak itu, mereka sering berhubungan hingga akhirnya, perkenalan yang bermula secara tidak sengaja itu membuahkan bibit-bibit cinta. 
P/s: Sudah jatuh ditimpa tangga...
(Gambar sekadar hiasan)

Pelajar ini jual dara RM218,062

Label:

Saya petik:

[kosmo] AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor. 

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi

P/s: Mungkin ada gadis Melayu Islam yang bangang   melakukan seperti ini cuma cara yang berbeza. Serah dara  atau berzina sebelum pernikahan yang sah adalah HARAM di sini Islam...

Al-Qaeda SAHKAN kematian Osama

Label:

Saya petik:

[kosmo] ISLAMABAD - Kumpulan Al-Qaeda mengesahkan kematian ketuanya, Osama bin Laden dalam satu mesej Internet yang disiarkan semalam yang turut menyatakan akan melakukan balas dendam ke atas Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan.

Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Barack Obama mengumumkan kematian Osama pada malam Ahad lalu.

Mesej itu berbunyi: "Dalam satu hari penuh sejarah bagi umat Islam, pejuang Sheikh Abu Abdullah Osama bin Mohammed bin Laden telah terbunuh di jalan yang dipilih oleh orang sebelum dan selepasnya. Tahniah kepada umat Islam kerana Osama telah mati syahid." 

Kumpulan militan itu menyatakan akan menyiarkan satu pita audio Osama seminggu sebelum kematiannya. 

"Dengan izin Tuhan, sumpahan akan menghantui rakyat AS dan sekutunya. Kegembiraan mereka akan bertukar menjadi tangisan. Darah mereka akan bercampur dengan air mata." 

Sementara itu, isteri Osama bin Laden yang paling muda, Amal Al-Sadah mendedahkan bahawa suaminya itu tidak meninggalkan dua buah bilik di rumah mereka di bandar Abbottabad selama lima tahun, kata beberapa penyiasat Pakistan yang mengesahkan perkara itu kepada wartawan kelmarin.

Amal, 29, ditembak di kaki dalam serbuan pada malam Ahad lalu apabila dia dilaporkan menerpa ke arah pasukan komando Amerika Syarikat (AS) yang menggempur kediaman mereka.

Dia ialah antara tiga isteri Osama yang kini ditahan dan disoal siasat perkhidmatan perisikan Pakistan.

Seorang pegawai keselamatan berkata, dia tidak menyaksikan suaminya dibunuh.

"Kami masih mendapatkan maklumat daripada mereka (ketiga-tiga isteri Osama)," katanya.

Pihak berkuasa Pakistan turut menahan lapan atau sembilan kanak-kanak yang ditemui selepas pasukan komando AS beredar.

Salah seorang daripada mereka iaitu seorang budak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan memberitahu bahawa dia melihat bapanya ditembak mati dan mayatnya diseret ke sebuah helikopter.

Sekurang-kurangnya tiga mayat yang terbunuh dalam serbuan pasukan komando tersebut ditinggalkan di tempat kejadian. 

Seorang bekas komander perkhidmatan perisikan Pakistan, Asad Munir memberitahu saluran berita ABC, semua isteri Osama itu disoal siasat tanpa kekerasan.

"Kami memberikan mereka borang soal selidik yang memiliki 20 soalan. Kami mengubah urutan soalan itu setiap tiga atau empat hari. Anda perlu memiliki daya ingatan yang amat baik jika anda ingin menipu," katanya.
Seorang pegawai kanan perisikan memberitahu akhbar The Times bahawa terdapat 17 orang termasuk empat wanita yang kini ditahan tentera Pakistan untuk mendapatkan maklumat penting tentang Osama dan Al-Qaeda. 

Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Penyiaran British (BBC) melaporkan, Amal memberitahu pasukan penyiasat Pakistan bahawa Osama masih sedarkan diri selepas dia pertama kali ditembak dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun memberitahunya bahawa Osama kemudian ditembak sampai mati.

Wanita itu dan tiga isteri Osama yang lain, mendedahkan maklumat penting yang dapat membantu menyingkap kehidupan rahsia Osama semasa dia bersembunyi daripada pihak berkuasa AS.

Hubungan AS dengan Pakistan kini tegang selepas Islamabad dilaporkan enggan membenarkan Washington menyoal siasat Amal.

Menurut beberapa laporan tersebut, Amal memberitahu, sepanjang tempoh lima tahun berkenaan, Osama hanya membahagikan masanya antara dua bilik berbeza di rumah itu termasuk bilik tempat dia ditembak mati. - Agensi

Artis Melayu ini sanggup beraksi separuh berbogel kerana wang?

Label:

Gambar terlondeh kain sampai ke pungggung di atas adalah milik seorang pelakon Nurul Ain Nordin untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap. Pelakon Melayu rupanya. Hebat!!!
Tajuk filem amat mengerikan bagi orang Islam kerana jika kubur seseorang itu sudah berasap tandanya sesuatu perkara buruk sedang berlaku kepada si mayat. Tapi saya tidak tahu bagaimanakah jalan cerita filem ini sehingga pelakonnya beraksi separuh bogel untuk filem tersebut.

Kita tunggu apa komen Dr Rais Yatim...
 
Dunia lebih aman tanpa Umno-BN, kata Nik Aziz

Label:

Saya petik:

[FMT] KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, dunia lebih aman tanpa Umno-Barisan Nasional (BN).

“Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden),” kata beliau kepada pemberita dipejabatnya di sini kelmarin.

Ujar beliau, “Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam.  Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.

“Tidak timbul soal pengganas dalam hal kematian Osama. Sepatutnya kita berdoa sekiranya mengetahui ada orang Islam meninggal dunia,” kata beliau yang juga Mursyidul Am PAS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam reaksi spontan ekoran terbunuhnya Osama dilaporkan menyebut dunia akan lebih aman, selamat dan adil berikutan kematian Osama.

Kata Nik Aziz, sekiranya Osama benar-benar dibunuh seperti diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Husain Obama, beliau mendoakan rahmat Allah ke atas rohnya dan keampunan Allah swt buat Osama.

“Sebesar mana pun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.

“Adapun keterlibatan Osama dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Barat,” terang beliau.

Isu skirt: Pemuda PAS desak BAM, Putrajaya boikot BWF

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Mei — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Kementerian Belia dan Sukan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) ekoran keputusannya mahu mewajibkan pemakaian skirt ke atas pemain-pemain wanita.

Sayap PAS itu menegaskan pihaknya kesal kerana BAM dan kementerian tidak proaktif bagi membantah keputusan tersebut.

“Pemuda PAS melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ia dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan tidak masuk akal dan remeh.

“Mereka sepatutnya menghormati hak wanita, yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton,” kata Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran gelanggang.

Dalam kenyataan semalam, BWF menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.

Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan “untuk memastikan aksi lebih menarik” untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.

BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.

“Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yakin idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka.

“Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri,” kata beliau lagi.

Kata beliau, pihaknya berharap pertubuhan wanita dan bukan kerajaan Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. 

“Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung diekspolitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi,” kata beliau lagi.

Selain itu kata beliau, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini.

“Dan, ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. 

“Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya,” katanya lagi.

Kamaruzaman berkata, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.

“Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, Pemuda PAS pusat mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. 

“Dan, seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot,” katanya lagi.

Bomoh tua ini rogol anak tiri untuk turunkan ilmu. Gila!!

Label:

Saya petik:

[UM] IPOH 5 Mei – Seorang bomoh berusia 71 tahun tergamak merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun dengan alasan kononnya ingin menurunkan ilmu yang diamalkan kepada gadis tersebut.

Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dipertontonkan kepada ibu mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan tersebut dan ugutan lelaki itu untuk membunuh ibunya, mangsa membuat laporan polis pada 13 Februari tahun lalu menyebabkan bapa tirinya ditahan polis.

Hari ini, warga emas itu yang bekerja sebagai penoreh getah menerima pembalasan apabila dihukum penjara 15 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas disabitkan kesalahan merogol anak tirinya itu.

Hakim Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu setelah lelaki tersebut didapati bersalah merogol mangsa pada pukul 1 pagi, 2 Februari 2010 di rumahnya di Kampung Changkat Tin, Tanjung Tualang, Batu Gajah dekat sini.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Noor Hayati memutuskan demikian setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa mulai tertuduh ditahan reman pada Februari 2010.

Tertuduh diwakili peguam bela Ranjit Singh manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhaimin Aris.

Gambar anak Osama mati ditembak disiarkan

Label:

SEORANG lelaki dipercayai anak Osama bin Laden, Khalid mati terbaring di sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian bapanya  di bandar Abbottabad, Pakistan.

Saya petik:

[kosmo] LONDON - Seorang anak Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden, Khalid dan dua lagi penyampai mesej ketua Al-Qaeda yang ditembak mati dalam serangan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan disiarkan untuk tontonan umum.

Foto itu dirakam selepas serangan komando AS di tempat persembunyian Osama di Abbottabad, Pakistan. gambar itu dikeluarkan oleh agensi berita Reuters semalam. Ia menunjukkan keadaan belakang kepala ketiga-tiga individu berkenaan yang berlumuran darah.

Gambar itu turut menunjukkan salah seorang penyampai mesej itu dan seorang lagi pembantu Osama terbaring di atas lantai. Setakat ini foto Osama yang mati tidak disiarkan atas arahan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana bimbang ia boleh mencetuskan rasa marah penganut Islam. Kematian Osama itu sebelum ini diumumkan Obama di White House, Washington pada malam Ahad lalu. Mayat Osama dibuang ke Laut Arab selepas dia ditembak mati. - Agensi

Lelaki ini akhirnya mati

Label:

GAMBAR menunjukkan Karimah (kanan) dan Shahimi pada hari pertunangan mereka. 

Saya petik:

[kosmo] BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kilang yang dipercayai minum racun rumpai selepas menikam janda muda yang juga merupakan tunangnya berubi-tubi hingga mati di stesen minyak tempat wanita itu bekerja disahkan meninggal dunia kelmarin.

Shahimi Ismail, 37, mati pada pukul 11.55 malam ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini. Dia mati hampir 17 jam selepas membunuh tunangnya.

Menurut sumber, Shahimi minum racun jenis 'paraquat' di kawasan taman rekreasi di Ampang Jajar di sini selepas menikam tunangnya.

"Shahimi sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum dia ditemui di situ," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian Shahimi.

Berita Terdahulu: Minum Racun Selepas Bunuh Tunang

Polis ugut campak peguam ke luar bangunan

Label:

Sidang media Lawyer for Liberty bersama keluarga tahanan Ordinan Darurat

Saya petik:

[KD] PETALING JAYA: Pertubuhan Lawyer For Liberty (LFL) menyelar tindakan polis yang mengugut peguam kepada remaja yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), Fadiah Nadwa Fikri.

Menurut Fadiah, pegawai polis berkenaan mengugut untuk ‘mencampak’ nya ke luar bangunan ketika beliau ingin menemui anak guamnya di Ibu Pejabat Polis daerah Gombak.

Pegawai berkenaan katanya, mendakwa akan melakukan perkara yang sama dilakukan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes Teoh Beng Hock.

Pada sidang media di pejabat LFL pagi ini, Fadiah menjelaskan kehadirannya ke sana bagi mendapatkan keterangan anak guamnya Mohamad Arif Abu Samah, yang ditahan dibawah Seksyen 3 Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

“Seorang pegawai polis mengugut saya dengan berkata – ‘Jangan sampai jadi macam SPRM.

“Ketika saya sedang berurusan dengan anak guam saya, seorang polis datang mengganggu dan meminta nama dan nombor telefon saya. Saya mempersoalkan kehadiran mereka dalam bilik tersebut, dan mereka enggan keluar apabila diminta,” kata Fadiah.

Menurut Fadiah, terdapat 5 anggota polis di dalam bilik tersebut dan memerhatikan perbualan mereka.

“Ini adalah kesalahan besar, kerana komunikasi di antara peguam dan anak guam adalah sulit. Tiada siapa berhak untuk merakam atau campur tangan,” kata Fadiah.

Muhammad Arif Abud Semah, 19 ditangkap sekumpulan anggota polis dari IPD Gombak, 8 Mac lalu dan ditahan di rumahnya di Selayang atas tuduhan mencuri motorsikal.

Ketika ditahan Arif turut mendakwa dipukul dengan teruk di bahagian kaki dengan kayu panjang dan wajar. Menurut Arif, meskipun beliau merayu dan meminta bantuan perubatan, namun ia tidak diedahkan.

Penangkapan Arif di bawah EO dan seksaan fizikal dan mental yang dialaminya dikecam hebat NGO seperti LFL dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Ini kerana tangkapan di bawah EO  itu membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari, yang bertentangan dengan hak asasi manusia untuk mendapatkan pembelaan.

Jodoh: Insya-Allah Tuhan akan makbul, titah Sultan Kelantan

Label:

KOTA BHARU: Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.

Pada satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang Rabu bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: "Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul."

Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai "saya" atau "kita", berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.

"Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insyallah berjaya," titah baginda.

Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 Sept tahun lepas, bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.

Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata. - BERNAMA

Polis tipu ibu ini!!

Label:

Saya petik:

Ibu dakwa ditipu polis

[HM] PETALING JAYA: Seorang ibu mendakwa ditipu sebanyak RM13,000 oleh anggota polis yang menahan dua anaknya yang dipercayai terbabit dengan kes curi motosikal dengan alasan wang tersebut adalah bagi menjamin anak-anaknya. 

Rani Rahmah Ismail, 59, berkata kedua-dua anaknya iaitu Mohamad Ramadan Mohamed Ali, 22, dan Mohd Rafe, 20, ditahan pada 8 Mac lepas di kediaman mereka di Batu Caves, Gombak. "Seramai enam anggota polis mendakwa anak saya perlu ditahan untuk membantu siasatan tapi tidak memberitahu untuk kes apa mereka ditahan," katanya kepada pemberita di pejabat peguam di sini hari ini.

Beliau berkata dua minggu selepas anak-anaknya ditahan, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang dipercayai anggota polis yang menahan kedua-dua anaknya dan meminta wang RM30,000 sebagai wang jaminan untuk membebaskan anak-anaknya. "Masa mereka meminta RM30,000, saya mengatakan tidak mampu untuk membayar. Tiga hari selepas itu mereka telefon lagi dan meminta hanya RM13,000 dan seminggu selepas itu saya memberikan wang tersebut melalui akaun bank," katanya.

Minum racun selepas bunuh tunang....

Label:

Saya petik:

[kosmo] BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita ditemui mati dipercayai ditikam oleh tunangnya di sebuah stesen minyak tempat wanita itu bekerja di Jalan Perusahaan Bukit Tengah di sini semalam.

Mayat Karimah Jusuh, 25, ditemui oleh rakan sekerjanya dalam bilik persalinan di stesen minyak itu pada pukul 8 pagi.

"Mangsa ditikam di beberapa bahagian di perut, leher, dada dan tangan. Kami percaya kejadian itu bermotifkan cemburu," kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar di sini semalam.

Beliau berkata, selepas kejadian itu, tunang wanita berkenaan yang bekerja di sebuah kilang di Perai dikatakan pulang ke rumahnya di Mengkuang Mak Sulong dan meminum racun. 

Mengikut maklumat yang diterima, lelaki itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Lelaki ini gagal tuntut RM20 juta

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Mei —  Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan “komisen” bagi mendapatkan projek “Jambatan Bengkok”, 13 tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang “Datuk T” dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.

Shazryl memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.

Lelaki ini didenda RM1,500 kerana mencuri aiskrim!

Label:

Saya petik:

[SH] GEORGETOWN - Hanya kerana mencuri ais krim yang dianggarkan berharga RM30, seorang penganggur yang lebam matanya selepas dibelasah orang ramai ketika cuba mencuri di sebuah kedai serbaneka, diperintahkan membayar denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Cheah Yew Keong, 35, dari Green Garden, Paya Terubong didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai serbaneka, milik Tan Chui Hui di Jalan Paya Terubong, Ayer itam di sini kira-kira jam 8.45 malam, pada 30 April lalu.

Tertuduh yang didakwa bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 551 Kanun sama bagaimanapun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya Nur Farhana Hashim.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Majistret Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman denda RM1,500 dan penjara selama lima bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda selepas mendengar rayuan yang dibuat tertuduh.

P/s: Cari penyakit betul si lelaki ini...

Angkara cinta Facebook wanita ini rugi RM1 juta

Label:

Saya petik:

[BH] SHAH ALAM: Hubungan cinta dan perniagaan yang dijalin melalui laman sosial Facebook menyebabkan seorang akauntan dari Kota Kinabalu, Sabah, kehilangan lebih RM1 juta kerana ditipu rakan kongsi yang tidak pernah ditemuinya.

Mangsa, Helen Chin Sep Yun, 48, dikatakan berkenalan dan bercinta dengan warga Britain dikenali sebagai Alex Bob menerusi Facebook awal tahun ini dan bersetuju menjadi rakan kongsi perniagaan berkaitan industri hiliran ditawarkan Petronas Carigali Malaysia Berhad (PETRONAS) di Ketereh, Terengganu.
 
Bagaimanapun, lelaki maya itu meminta Helen membantu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan akaun, duti setem, insurans serta pelbagai bayaran lain dengan alasan dia tidak memiliki akaun di negara ini. 

Helen memenuhi permintaan kekasih dan rakan kongsinya itu dengan memasukkan wang tunai berjumlah RM1,110,350 ke dalam akaun lelaki berkenaan secara berperingkat antara 29 Mac hingga 19 April lalu.

Mangsa terpaksa `bergolok gadai' dan meminjam wang daripada rakan bagi menyokong perniagaannya tetapi lelaki maya itu tiba-tiba lesap bulan lalu dan gagal dihubungi melalui telefon, selain memadam profilnya dalam laman sosial popular itu.

Berikutan aduan mangsa baru-baru ini, polis menahan empat rakyat asing dan dua warga tempatan berusia antara 22 dan 33 tahun termasuk lelaki yang menyamar sebagai Alex Bob di Desa Aman Puri, Kepong dekat sini, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata dalam serbuan pada jam 3 petang itu, polis merampas wang tunai RM15,000, 18 keping kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, tujuh telefon bimbit dan sebuah komputer riba dipercayai digunakan kumpulan terbabit.

“Semua suspek yang kini direman di Balai Polis Kepong, akan didakwa minggu depan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Selangor, di sini, semalam.

Katanya, penipuan menerusi laman sosial membabitkan warga asing terus berleluasa dan tahun lalu saja, sebanyak 1,201 kes jenayah dilaporkan berlaku, membabitkan kerugian berjumlah RM20.8 juta.

Beliau mengingatkan orang ramai sentiasa berhati-hati ketika melayari Facebook kerana laman itu kini menjadi tumpuan utama penjenayah mencari mangsa.

P/s: Alahai, mudahnya si amoi ini ditipu! 

(Gambar sekadar hiasan)

[VIDEO] Cara foto Osama yang cedera parah ini dihasilkan

Label:

Beginilah cara bagaimana foto palsu Osama yang cedera dibuat....

Isteri curang yang dicari pasangan khalwat lain serah diri

Label:

Saya petik:

Pasangan khalwat tak sengaja serah diri

[BH] TANAH MERAH: Lain yang hendak diberkas, lain pula yang menyerah diri! Begitulah yang berlaku apabila serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk memberkas isteri curang, tapi pasangan lain yang berada di rumah berhampiran pula keluar menyerah diri.

Begitulah yang berlaku apabila serbuan dilakukan di sebuah rumah teres di Taman Pondok Hidayat, Kampung Chawah, di sini, kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, untuk menahan seorang wanita yang didakwa membawa masuk lelaki ketika suaminya tiada di rumah.

Bagaimanapun, ketukan kuat oleh sepasukan penguat kuasa agama diketuai Roslee Ismail bersama tujuh anggota mengejutkan pasangan yang sedang berkhalwat di rumah berhampiran dan keluar menyerah diri. 

JHEAIK yang tidak menduga kejadian itu terus menahan pasangan berkenaan selepas didapati mereka bukan muhrim dan penguat kuasa mendapati rumah sasaran mereka iaitu isteri yang dikatakan curang, tidak berpenghuni.

Mengikut sumber, JHEAIK menerima maklumat berhubung perbuatan curang seorang wanita yang disyaki sering membawa pulang lelaki ke rumah sebaik suaminya melakukan urus niaga di luar Kelantan.

Sebaik tiba, mereka mendapati suasana di sekitar rumah suspek utama, sunyi dan gelap menyebabkan Roslee terpaksa mengetuk pintu selama 10 minit sambil memperkenalkan dirinya sebagai anggota penguat kuasa agama.

Ketika Roslee memberitahu untuk menghubungi pihak polis jika masih enggan bekerjasama, pasangan yang berada selang dua pintu daripada rumah itu keluar menyerah diri.

Sementara itu, pegawai JHEAIK Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan mengenai penangkapan itu.

P/s: Orang salah memang selalu berasa takut.... 

(Gambar hiasan)

Petrol naik 20 sen lagi malam ini

Label:

Saya petik:

[MK] Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97. 

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

BN Silap Catur Isu Anwar

Label:

oleh Mohd Rashidi Hassan

Barisan Nasional nampaknya sedang memperjudikan nasib mereka dengan percubaan untuk membunuh karektor peribadi Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan menyebarkan video yang didakwa membabitkan beliau.

Kali pertama taktik kotor dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 1988. Kali kedua, takik yang sama diulang oleh Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Motif kedua-dua PM ini mudah, supaya rakyat tahu siapa Anwar dan selepas Anwar di’telanjangkan’ rakyat akan menolak Anwar.

Usaha untuk membunuh keperibadian Anwar dan menghapuskannya di persada politik negara, sudah tentunya merupakan suatu agenda yang difahami, iaitu untuk mempertahankan kuasa PM dan UMNO-BN.

Mahathir ketika menerajui UMNO-BN tidak menyangka rakyat akan bangkit sedemikian rupa selepas mendedahkan sepuluh salahlaku Anwar secara berleluasa dan menghukumnya bersalah, sebelum beliau dibicarakan di mahkamah.

Perkiraan Mahathir ketika itu silap. Tindakan jahat beliau dibalas dengan meletusnya gerombolan reformasi yang ditunjangi rakyat bawahan menentang keangkuhan kuasa pemimpin Umno-BN.

Kesan daripada kesilapan Mahathir besar. BN nyaris-nyaris hilang dua pertiga majoriti pada tahun 1999 dengan undi popular yang jatuh menjunam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Pada ketika itu BN masih kekal berkuasa kerana mendapat dokongan ampuh dari kalangan bukan Melayu.

Amarah rakyat dalam isu yang berkait dengan kezaliman terhadap Anwar, korupsi, kronisme dan nepotisme pada ketika itu tidak menjalar di kalangan bukan Melayu.

Kekuatan BN selepas pertukaran PM kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak banyak mengubah nasib UMNO-BN. Amarah rakyat kepada UMNO-BN macam ‘api dalam sekam’. Ia dibuktikan pada Pilihan Raya Umum 2008 di mana gabungan parti pembangkang berjaya merampas lima negeri dan sekaligus menafikan dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Namun suasana sekarang sudah berubah. Orang Melayu yang tidak menyokong UMNO-BN pada 1998 majoritinya kekal sehingga hari ini. Ditambah pula dengan kebangkitan kaum bukan Melayu yang turut sama menolak BN pada 2008 hingga ke Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini.

Dengan membawa kes kedua Anwar yang dimulakan dengan kes liwat pada 2008 dan kes video seks, UMNO-BN menyangka dengan isu ini mereka boleh membunuh Anwar kali kedua.

Umno-BN berfikir bahawa dengan membunuh karektor peribadi Anwar, perjuangan Anwar akan lenyap dan Pakatan Rakyat akan menjadi lemah.

Mereka ternyata lupa bahawa agenda utama Pakatan Rakyat, yang didokong majoriti rakyat jelata akan tetap menolak UMNO-BN dalam apa jua keadaan.

Asas yang terpenting dalam Pakatan Rakyat adalah konsensus untuk bekerjasama membentuk Kerajaan Pusat dengan menjatuhkan BN pada PRU akan datang.

Waima ada Anwar atau tidak. Perjuangan yang dibawa Anwar sudah merepasi jauh di lubuk hati rakyat, iaitu sudah sampai masanya keangkuhan UMNO-BN dihentikan. Kezaliman UMNO-BN dihapuskan, ketuanan juak-juak politik UMNO-BN diranapkan.

Semuanya digantikan dengan ketuanan rakyat. Ketuanan yang mendukung aspirasi rakyat untuk hidup dengan lebih demokratik, adil dan saksama di bawah naungan Pakatan Rakyat.

Silap catur UMNO-BN akan terus membawa mereka ke jurang kemunahan dan penolakan rakyat.

Bukti Polis tolong KEMPEN memfitnah Anwar. Hebat!!

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar perlu memberi penjelasan mengenai tindakan pegawai kanan polis yang menyebarkan fitnah terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali, berhubung tindakan pegawai kanan Polis, SAC 1, Datuk Dr Abd Rahman Ismail yang berkempen memfitnah Anwar dengan menyatakannya terlibat dalam video seks fitnah.

Ucapan itu disampaikan dalam satu seminar bertajuk “isu-isu keselamatan negara masakini’ melalui 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga pendidik di Kelantan.

“Beliau (Hishamuddin) sebagai menteri yang bertanggungjawab tidak boleh berdiam diri apabila pegawai kanan polis menyebarkan fitnah dan propaganda berlandaskan kepada fakta yang tidak betul dengan menyampaikan ceramah kepada guru-guru untuk menyebarkan fitnah.

“Tindakan polis sebarkan dakyah propaganda kononnya Datuk Seri Anwar dalam video itu adalah satu bentuk pelanggaran etika kepolisian. Sedangkan setiap laporan perlu disiasat dan episod siasatan itu dianggap sulit sebelum kertas pendakwaan diserah kepada pendakwaraya.

Katanya, tindakan Hishamuddin yang bersungguh untuk menyaman Anwar kerana dikaitkan dalam video itu merupakan satu lagi justifikasi bahawa pihak polis hanya menjadi alat kepada Umno-Barisan Nasional.

“Dari awal lagi kita tahu Polis tidak bersungguh untuk menyiasat laporan polis yang dibuat Anwar. Polis hanya menjadi perkakas dan alat kepada penguasa,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Shamsul turut mempersoalkan sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam isu itu. Malah katanya, Ismail turut senyap dalam kes video fitnah yang dikaitkan dengan Anwar.

“Dalam isu ini saya merasa hairan mengapa Ketua Polis Negara cuba melarikan diri, sedangkan Timbalan nya Khalid Abu Bakar pula kelihatan ke depan dengan membuat kenyataan terhadap Datuk Seri Anwar.

“Apakah ini ada agenda sebaliknya. Apakah Ketua Polis negara sendiri tidak bersetuju dengan video fitnah maka kuasa beliau cuba diambil oleh pihak eksekutif iaitu menteri dengan menggunakan timbalannya untuk dijadikan alat supaya  diperkudakan  Umno- Barisan Nasional,” katanya.

Menurut Shamsul, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran juga perlu memberi penjelasan mengapa golongan guru dipergunakan dalam siri kempen fitnah berkenaan.

“Timbalan Perdana menteri yang juga Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab terhadap profesionalisme perguruan dan menjaga guru-guru, apa relevannya peranan guru-guru yang dihidangkan dengan video lucah sedangkan teras dalam hal perguruan adalah untuk mendidik pelajar menjadi masyarakat yang bertamadun,” tegas
beliau.

Moga dia bahagia -Dr Mohd Faiz

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Saya doakan yang terbaik untuk dia...semoga bahagia dan harapan saya, apa yang dia impikan selama ini menjadi kenyataan,” kata Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Bakal Angkasawan Kedua Negara itu mengulas mengenai bekas kekasihnya, pengacara jelita Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, yang membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini.

Dr Mohd Faiz berkata, walaupun hubungan sudah berakhir dan kini membawa haluan masing-masing, tetapi mereka masih menjadi kawan biasa.

“Waktu dengan dia, saya banyak belajar dan hingga sekarang ini pun kita masih berkawan.

“Malah awal April lalu, saya sempat bertemunya di TV3 ketika menjadi tetamu di MHI (Malaysia Hari Ini). Bagaimanapun, dia tidak memberitahu saya yang dia akan bertunang atau melangsungkan perkahwinan,” katanya.

Menurutnya, dia dan Nurul mempunyai hala tuju berbeza, sekali gus menyebabkan mereka terpaksa membawa haluan masing-masing.

Ditanya sama ada dia sudah mempunyai pilihan lain Dr Mohd Faiz berkata, buat masa sekarang dia belum lagi bertemu insan yang memahami dirinya.

“Lagi pun saya sekarang sedang bekerjasama dengan Pusat Sains Negara bagi menjayakan program Perkampungan Sains: Aerospace di sekolah.

“Saya juga sibuk dengan blog bagi menceritakan pengalaman dan sebagainya mengenai angkasawan,” katanya dan orang ramai boleh melayari laman blognya di www.faizkhaleed.com.

Dr Mohd Faiz berkata, Mac lalu dia baru pulang dari Russia untuk latihan angkasa lanjutan yang dijangka akan dimulakan hujung tahun ini atau awal Januari depan.

Harian Metro semalam melaporkan Nurul Syuhadaakhirnya membuat pengakuan bakal menamatkan zaman solo dengan jejaka pilihannya pada Julai ini. Jejaka bertuah yang berjaya menawan hati Nurul ialah Raja Amir Raja Azwa, 29, berasal dari Sri Hartamas, di sini. Pegawai bank bertubuh tinggi itu berdarah kacukan Melayu dan Australia di sebelah ibu. Nurul yang kini menetap di Kuala Selangor berkata, dia berkawan rapat dengan Raja Amir sejak dua tahun lalu sebelum mereka memutuskan untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan.

“Kami juga tidak bertunang sebaliknya hanya mengadakan majlis merisik dan menghantar tanda secara ringkas di rumah keluarga saya pada Januari lalu. “Maaflah, sebelum ini saya tidak memperkatakan mengenai hubungan kami kerana tiada kepastian, namun sekarang ini kami sudah mula membuat persiapan majlis perkahwinan termasuk menempah kad undangan perkahwinan,” dia dilaporkan berkata

Rosmah wanita CONTOH terbaik...wow!!

Label:

ISTANBUL: Datin Seri Rosmah Mansor adalah contoh terbaik bagi wanita khususnya kepada isteri-isteri pemimpin dunia, kata Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011.
 
“Saya melihat Wanita Pertama anda seorang tokoh yang baik untuk dicontohi, dan sebab itu, kami menjemput beliau untuk menyampaikan ucap utama,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini menjelang sidang kemuncak itu yang akan berlangsung di sini dari Khamis hingga Sabtu.

Natividad berkata beliau pernah membaca satu ucapan Rosmah mengenai peranan wanita dan berpendapat bahawa isteri Perdana Menteri Malaysia itu adalah orang yang sesuai untuk berucap pada sidang kemuncak berkenaan.

“Lantas, saya menghantar undangan dan saya amat gembira kerana beliau bersetuju menerimanya,” kata beliau.

Natividad berkata sebagai Wanita Pertama, mereka harus memahami peranan penting mereka yang memberi impak besar terhadap kehidupan rakyat di negara masing-masing menerusi cara yang berbeza daripada kerajaan.

“Saya mahu rakyat juga dapat memahami peranan istimewa ini,” katanya.

Seramai 1,000 peserta dari 81 negara dijangka hadir pada sidang kemuncak tahunan itu.

Ia bertujuan membolehkan tokoh-tokoh penting serta pemimpin-pemimpin negara membincangkan serta menggariskan hala tuju, strategi dan program untuk kemajuan wanita dalam bidang ekonomi dan keusahawanan.

Selain menyampaikan ucap utama, Rosmah juga akan menjadi anggota panel Forum Wanita Pertama yang akan berlangsung pada Jumaat. Dua lagi anggota panel ialah isteri Perdana Menteri Turki, Emine Erdogan, dan Wanita Pertama Namibia, Penehupifo Pohamba.

Hari ini, Rosmah diberi penghormatan membunyikan loceng permulaan sesi urus niaga di bursa saham Istanbul.
- Bernama
Datuk enam cucu ditipu kekasih berusia 17 tahun. Alahai...
Sabtu, Mei 07, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Mei 06, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 05, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Mei 04, 2011 | Author: Tuk Kiyai