Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

MUNAFIQIN MALAYSIA KHIANATI TGNA

Label:

KOTA BHARU: Dalam kuliah Jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi, TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Kepada tangan-tangan jahat yang berusaha dengan pelbagai cara dan pelbagai isu untuk mencemarkan dan menjatuhkan kepimpinan TGNA di Kelantan, diharap telah berpuas hati dengan pengumuman terbaru TGNA ini. Hasil usaha anda ada sedikit menampakkan hasilnya.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda.Masanya sudah hampir tiba… kebenaran pasti akan teserlah jua.

Buat Exco-exco dan YB-YB yang lain, sekiranya ada lagi yang berhasrat untuk mengambil pembantu-pembantu atau pegawai–pegawai peribadi, berhati-hatilah. Teliti baik-baik dan perhalusilah dengan sedalam-dalamnya… janganlah terambil spesis yang akan merosakkan kita, jemaah kita , parti kita dan negeri kita suatu hari nanti.. ambillah pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang berlaku sehari dua ini sebagai kayu pengukur untuk kita semua.Tidak pernah lagi sepanjang ingatan saya TGNA membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah setelah urusan pemergiannya disempurnakan awal-awal lagi.

SUMBER: pinkturtle.

AGAMA SUKU POLITIK SUKU: KETUA WANITA UMNO T'GANU DISERU BERTAUBAT

Label:

Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu, Senator Fatimah Hamat, supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya juga mendesak Fatimah menarik balik kata-kata beliau yang mendakwa pemimpin politik tidak sepatutnya mencampur aduk antara agama dan politik.

Wan Mohd Faizul berkata ucapan yang dikeluarkan oleh Fatimah merupakan sebahagian dari fahaman sekularisma, yang bukan daripada Islam.

Ucapan beliau (Fatimah) ini sangat berbahaya kepada akidah (umat Islam), sekiranya (kata-kata tersebut) benar-benar dating (keluar) dari mulut beliau,

”Kami (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Fatimah kembali ke pangkal jalan, bertaubat kepada Allah SWT,”katanya kepada Buletinonline semalam.

Wan Mohd Faizul berkata demikian ketika merujuk kenyataan Fatimah yang disiarkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian semalam, 12 November 2009.

Kenyataan Fatimah yang ‘melencong’ dari ajaran Islam itu dipaparkan akhbar tersebut dibawah tajuk "Wanita Umno Marah", dipercayai berkaitan dengan soal bai’ah dalam PAS.

Akhbar tersebut memetik kenyataan Fatimah yang berbunyi "Saya sangat marah dan dukacita sekiranya perkara itu benar-benar wujud, apatah lagi memperlakukan wanita sedemikian rupa. Sepatutnya pemimpin tidak mencampur aduk antara agama dan politik."

Menurut Wan Mohd Faizul, pihaknya sangat kesal kerana masih lagi ada rakyat Terengganu yang berfikiran sempit dan tidak memahami Islam yang syumul, terutamanya ia berlaku kepada pemimpin politik.

Katanya, kenyataan seumpama kata-kata Fatimah boleh menyesatkan akidah umat Islam dan anutan ‘agama suku, politik suku’ ala Marchiavelli itu, pernah dinafikan masih wujud dikalangan orang-orang Umno, oleh pemimpin atasan mereka.

Justeru, katanya, DPPNT juga mendesak agar Majlis Fatwa Negeri Terengganu bersuara untuk membetulkan keadaan ini agar masyarakat Islam tidak terus terpesong dengan ucapan-ucapan pemimpin politik seumpama ini.

SUMBER di sini.

KICKDEFELLA DIPECAT KERANA MASALAH DISIPLIN - ABDUL ARIFFFAHMI

Label:

(Foto: Abdul Ariffahmi)

Pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibuat kerana masalah disiplin dan tiada kena-mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia tidak masuk pejabat. Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK itu, setelah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dikunjungi pegawai SPRM minggu lalu.

Bekas pegawai itu semalam memberitahu Malaysiakini bahawa pemecatannya - yang dibuat secara mendadak - susulan siasatan SPRM apabila ada pihak mendakwa beliau membuat laporan kepada suruhanjaya tersebut dan membocorkan maklumat dalaman kepada seorang wakil rakyat BN.

Semalam pada sidang akhbar di Kota Bharu, Syed Azidi dilaporkan ingin mendedahkan dakwaan "kepincangan" dalam pengurusan GLC itu di bawah pentadbiran Abdul Ariffahmi yang dilantik kepada jawatan tersebut dua bulan lalu.

Syed Azidi yang dikenali juga dengan nama di blognya Kickdafella menuntut Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Ariffahmi mendakwa pemecatan Syed Azidi tidak dibuat secara melulu, sebaliknya beliau merujuk terlebih dahulu kepada bapa mertuanya sebagai pengerusi PMBK.

Abdul Ariffahmi juga berkata, beliau tidak berasa terancam dengan ugutan Syed Azidi membongkar kepincangan itu kerana beliau telah menjalankan perkhidmatan dengan baik dan telus.

"Saya tidak terasa terancam. Kalau dia hendak dedah, dedahlah. Maklumat yang mungkin ada pada dia adalah maklumat yang salah," katanya, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan.

"Saya tidak boleh hendak jelaskan satu persatu sebab perkara ini masih berada adalam siasatan SPRM.

"Perkara yang dia sebut itu perkara remeh-temeh. Tidak ada pun penyelewengan RM10 juta (misalnya)."

Dalam artikel terbarunya di blog peribadinya hari ini, Syed Azidi antaranya mendakwa beliau tidak hadir ke pejabat kerana kemudahan itu telah ditarik balik oleh Abdul Ariffahmi pada awal tahun lalu.

Berhubung perkara itu, Abdul Ariffahmi sebaliknya berkata: "Dia tidak hadir ke pejabat lama sudah. Sebab itu saya tarik balik."

Sementara itu, Syed Azidi berkata, beliau tidak akan terperangkap untuk mendedahkan isu-isu dalam PMBK.

"Saya hendak dedahkan (kepincangan PMBK) pada dia (Abdul Ariffahmi) buat apa? Kita tahu ada konspirasi.

"Dia boleh ubah tarikh ke belakang (dokumen berkaitan) untuk menghalalkan perkara yang tidak halal.

"Saya tidak akan terperangkap dalam strateginya yang mahukan saya membuat pendedahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Syed Azidi sebaliknya berkata, semua pihak patut mengurangkan gangguan terhadap siasatan yang sedang diljalankan SPRM.

Mengulas dakwaan beliau tidak melaporkan tugasannya kepada Abdul Ariffahmi, Syed Azidi mengakui perkara itu dilakukannya kerana ia tidak termaktub dalam kontrak perkhidmatannya.

"Saya laporkan terus kepada (exco negeri) Datuk Husam (Musa). Itu jelas termaktub dalam perjanjian bersama.

"Ditulis juga bidang kerja saya juga tertakluk di bawah (seliaan) Datuk Husam," katanya.

"Bukan taraf dia henda tahu kerja saya. Dan saya fikir, PAS Kelantan dan kerajaan negeri pun tidak mahu tugasan ini didedahkan."

Husam, kini pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Kelantan, dilihat rapat dengan Syed Azidi.

Penulis blog itu semalam mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, ada pihak cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Kontrak Syed Azidi dengan PMBK sepatutnya tamat April 2010.

SUMBER di sini.

ISU ROYALTI: KU LI SETUJU BANTU KELANTAN

Label:

Kelantan akan meneruskan misi tuntutan hak royalti minyak negeri itu dengan memanggil bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberi penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat negeri itu.

Exconya, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu telahpun dipersetujui Tengku Razaleigh dalam pertemuan mereka sewaktu di parlimen baru-baru ini.

''Saya mendapat persetujuan itu dua hari lalu semasa di Parlimen dan Ku Li akan bersama dalam ceramah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri kelak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Antara lain Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu akan memberi penjelasan berhubung perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975.

Kerajaan negeri bagaimanapun belum menetapkan masa untuk megadakan majlis penjelasan tersebut.

"Kita tidak pasti lagi bila ceramah itu akan diadakan kerana Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menunaikan haji di Makkah.

“Kalau sempat, kita buat sebelum Menteri Besar pergi. Jika tidak kita buat selepas itu,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel menuntut wang royalti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, tunggakan bayaran royalti pusat kepada Kelantan kini mencecah RM2 bilion.

Ianya kerana Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) mula mengeluarkan hasil pada 2005, dan Kelantan sepatutnya memperoleh RM400 juta setiap tahun.

Maka sejak dari itu jumlah keseluruhan tunggakan adalah sebanyak RM2 bilion.

'' Mengikut rekod, kerajaan Pusat menerima RM800 juta untuk 2010 dan kita berpendapat separuh dari pembayaran itu yang sepatutnya dilakukan secara tunai adalah untuk Kelantan.

Menurutnya, keadaan itu sama seperti yang dibayar kepada negara Thailand.

''Ini sama seperti yang diamalkan oleh Thailand, negara itu memperoleh RM800 juta dan RM400 juta diberikan kepada wilayah Songkhla," ujarnya.

Kelantan ujarnya tidak wajar dinafikan bayaran royalti kerana Sarawak dan Sabah telah menerima bayaran seumpamanya walaupun operasi perolehan minyak lebih jauh tiga batu nautika daripada perairan negeri tersebut.

Selagi belum mendapat bayaran royalti tersebut, kerajaan negeri tegasnya akan menggunakan seluruh saluran yang ada bagi memastikan hak rakyat negeri itu dikembalikan.

SUMBER: harakahdaily

TUN MAHATHIR PUN KESAL DENGAN TINDAKAN JAIS?

Label:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang seolah-olah `menangkap penjenayah besar yang mengganas`.

Katanya, beliau berdebar apabila membaca berita penangkapan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu yang kemudiannya dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

“Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jais telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap.

“Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras,” katanya dipetik dari laman blognya, semalam.

Asri ditahan Jais kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang 1 November lalu.

Katanya, beliau turut difahamkan bahawa masih tiada sebarang pertuduhan dikenakan oleh Jais terhadap Asri.

“Apakah tidak ada ‘due process’ dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja. Saya tidak nafi ajaran sesat al-Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat,” katanya.

Menurutnya, penguasa agama juga jangan terlalu ghairah mengharamkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam.

“Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang,” katanya.

Beliau juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik yang mengaitkan kesalahan ceramah Asri yang hanya berpandu kepada al-Quran dan hadis, tidak kepada ijmak ulama Sunnah Wal Jamaah.

“Kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

“Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul,” katanya.

Menurutnya, di negara ini terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun menerima fahaman Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh Imam Syafie.

“Di antara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah dikecam apabila menulis di bawah tajuk ‘Hukum Allah’ berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah sama ada benar ia adalah hukum Allah.

“Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

“Teringat saya akan ’Islam Hadhari’ yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah?

“Jika ya, orang Islam di Malaysia kena masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?” katanya.

SUMBER di sini.

SYARIKAT MILIK PEMIMPIN UMNO TIPU 3436 PEMBELI RUMAH

Label:

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - kendalian syarikat milik bekas Exco Kerajaan Negeri dari Umno, yang menyebabkan lebih 3,400 pembeli rumah dan 383 pemilik tanah asal teraniaya.

Dua lagi projek dijangka didedahkan akhir minggu ini dan awal minggu depan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) hari ini.

Dokumen rumah terbengkalai itu yang didedahkan hari ini membabitkan projek perumahan Bandar Alam Perdana, yang dikategorikan sebagai rahsia oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ia juga mendedahkan bagaimana pemilik tanah pertanian dipujuk untuk menandatangani perjanjian pindah milik tanah untuk dijadikan kawasan komersial dengan bayaran RM360,000 termasuk sebuah rumah bernilai RM180,000.

Projek itu bermula tahun 2000 dan sepatutnya selesai dibina pada 2003.

Bagaimanapun ia diisytiharkan terbengkalai tiga tahun yang lalu, kata Khalid.

Ketika mengumumkan pendedahan itu di sini, Khalid berharap langkah ini akan membolehkan pembeli-pembeli rumah dan pemilik asal tanah berkenaan boleh mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan semula wang mereka.

Khalid mendedahkan maklumat itu berdasarkan bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor yang diperuntukkan oleh Seksyen 2(C) OSA.

Semalam ketika membentangkan Bajet 2010 Selangor, Khalid berkata, kerajaan negeri akan mendedahkan mulai hari ini tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat, jelas beliau.

Hari ini Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan yang merupakan penduduk miskin pada asalnya telah diberikan 1.3 hektar (tiga ekar) tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan kelapa sawit di bawah Pelan Revolusi Hijau oleh bekas Menteri Besar Datuk Hormat Rafei pada 1973.

Menurut beliau, pemilik-pemilik terbabit telah menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan sebagai projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Seramai 383 petani terbabit telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 termasuk sebuah rumah manakala seramai 3,436 pembeli pula tidak mendapat rumah yang dijanjikan.

Kesemua mereka tidak mendapat bayaran dan rumah yang dijanjikan.

Dokumen-dokumen yang telah diklasifikasikan semula termasuk disenaraikan nama-nama ahli politik, kakitangan awam, mangsa projek dan personaliti-personaliti lain yang terbabit akan dimuatkan dalam laman web kerajaan negeri esok.

Salinan bercetak juga boleh diperoleh di sekretariat kerajaan negeri dan pejabat-pejabat daerah.

SUMBER di sini.

MB SELANGOR AKAN DEDAH TIGA DOKUMEN OSA UNTUK SIASATAN

Label:

Kerajaan negeri Selangor mahu mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

"Peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA,"katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan pembentangan bajet 2010 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam.

Manakala terdapat satu projek berkaitan projek penghutanan semula,serta berkaitan kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan dan laporan mengenai Bukit Cerakah.

Tan Sri Khalid berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," Jelasnya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.

Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan.

SUMBER di sini.

BAI'AH SENGAJA DIGEMPAR GEMPUR OLEH ORANG YANG ANTI-ISLAM - MURSYIDUL AM PAS

Label:

JELI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu bai’ah wakil rakyat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti sengaja digembar-gemburkan pihak anti-Islam.

Menurutnya, golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut adalah 'mereka yang tiada kerja'.

“Pas sekarang dalam keadaan tenang dan mereka ini sengaja melakukan perkara-perkara pelik disebabkan tiada kerja yang hendak dilakukan.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti dan keluar daripada parti. Mereka ini sengaja mengada-adakan cerita dan mereka ini merupakan golongan anti-Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan secara integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli (MDJ) dan Kelkon Sdn Bhd.

Projek bernilai RM45 juta itu akan dimulakan pada Februari 2010 dan dijangka siap sepenuhnya tahun 2016.

Majlis yang belangsung di Dewan Balora MDJ itu turut dihadiri Yang Dipertua MDJ, Serpudin Mohamed dan Pengerusi Kelkon, Hanifa Ahmad.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tiada halangan untuk membenarkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berceramah di Kelantan.

“Kelantan negeri terbuka, sesiapa sahaja pun boleh berceramah di negeri ini selagi tidak bermasalah.

“Kita tidak akan ambil tindakan selagi tidak bermasalah, jika bermasalah kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

SUMBER di sini.

PENUBUHAN PASUKAN KHAS TIDAK DAPAT KEMBALIKAN IMEJ SPRM - HUSAM

Label:

Pakatan Rakyat mengalu-alukan penubuhan pasukan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menangani kesalahan rasuah dan penyelewengan di kalangan wakil rakyat.
Pemimpin PAS, Datuk Husam Musa berkata langkah ini sewajarnya dilakukan lebih awal ekoran prestasi corot SPRM membasmi salahguna kuasa pemerintah.

"Baguslah tapi kerja SPRM ini banyak yang terbengkalai" katanya.

"Pengarah SPRM tidak buat kerja. Kita telah kehilangan RM 4 bilion baru hendak siasat. Itupun setelah disuruh" ujar beliau dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Husam bagaimanapun melahirkan kebimbangan pasukan khas ini dijadikan alat pemerintah UMNO-BN untuk memburu dan menganggu wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Kebimbangan ini dikongsi oleh rakyat umumnya di mana 70 peratus meragui keupayaan SPRM.

"SPRM memilih dan melakukan kerja apabila disuruh" katanya.
SUMBER di sini.

RASUAH JADI DARAH DAGING UMNO pkfz

Label:

Gejala amalan rasuah telah lama berakar-umbi yang menjadi ‘darah daging’ dan tidak dapat dipisahkan dari Umno dan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Penasihat Undang-undang PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata perkara paling besar yang membelenggu para pemimpin Umno dan kerajaan BN adalah rasuah.

Katanya, gejala rasuah yang buruk itu telah berakar-umbi dalam Umno serta tidak dapat dipisahkan lagi.

“Perkara yang paling besar hari ini iaitu rasuah yang berakar umbi dalam Umno memang tidak dapat dipisahkan lagi,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, di sebuah restoran di Padang Midin, dekat sini, 8 November lalu.

Beliau yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, Umno membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno negeri Selangor sendiri telah membelanjakan lebih RM300 juta dalam PRU ke-12, tahun lalu.

“Saya dimaklumkan, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu. Umno negeri Selangor sahaja membelanjakan lebih RM300 juta untuk menghadapi pilihan raya.

“Duit sebanyak itu ke mana pergi kita pun tidak tahu tetapi bila kalah ‘orang ini’ (pemimpin Umno) tuding jari, ‘orang itu’ (pemimpin Umno) tuding jari.

“Ini kita harap tidak berlaku dalam PAS dan jika tidak akan samalah dengan Umno-BN,” jelasnya.

Dato’ Wan Mutalib kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan penting dalam parti di peringkat negeri kerana memberi laluan kepada pimpinan muda.

Namun begitu, beliau turut melahirkan rasa kebimbangan dengan perkembangan politik ‘dalaman’ parti yang berlaku dimutakhir ini.

“Sebagai orang yang telah lama ‘duduk’ dalam PAS, yang sekarang ini melihat dari luar perkembangan yang berlaku dimutakhir ini.

“Kita rasa menggelisahkan orang ramai dan mencurigakan orang yang hendak memberi sokongan kepada kita (PAS). Ini dua perkara yang amat tidak elok sekali,” ujarnya dihadapan 300 orang hadirin.

Sehubungan itu, Dato’ Wan Mutalib menyarankan agar ahli-ahli serta kepimpinan PAS di semua peringkat kembali bersatu bagi menghadapi ‘musuh’ sebenar dari Umno dan Barisan Nasional.

Ini kerana, katanya dalam keadaan rakyat menolak serta membenci Umno dan kerajaan BN akibat gejala rasuah terbabit.

“Pertama, dalam keadaan orang sudah tidak mahu, benci dan ‘muak’ kepada Umno.

“Dan Barisan Nasional (BN) tidak malu dan segan sendiri berkata bahawa mereka (pemimpin) dan rumah mereka (parti) berada dalam keadaan paling dahsyat sekali.

“Walau pun, Umno kata dia (pemimpin) telah baiki masalah-masalah ‘dalaman’. Cuma dia (Umno) cerna kepada Gerakan, MCA dan MIC,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Yahya Ali, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Alor Limbat, Ahmad Ma’arof Ismail serta Pegawai Penerangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Che Dagang.
SUMBER di sini.

APABILA KETUA MENTERI MELAKA BERCAKAP TENTANG PAS

Label:

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan tidak mustahil Pakatan Rakyat (PR) akan 'runtuh' selepas beberapa kemelut yang melanda Pas.

Sejak menyertai PR, katanya, Pas dilihat sudah tidak mempunyai haluan dan memperjuangkan objektif penubuhannya sendiri, sebaliknya hanya dikuasai DAP dalam pakatan itu.

Ketua Menteri Melaka itu berkata, tidak mustahil Pas akan menarik diri keluar daripada PR jika ingin kembali memperjuangkan objektif mereka iaitu membangun bersama Islam.

"Pas sudah terlajak mengetepikan perjuangan Islam mereka dan mereka sudah hilang punca, malah (kini) dikuasai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dikuasai parti itu (DAP).

"Pemimpin mereka sudah hilang semangat dan Pas akan sukar kembali melakukan cara lama apabila berada di dalam PR,” katanya kepada pemberita semasa melawat Bukit Baru Dalam di sini, semalam.

Krisis antara penyokong Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menginginkan salah seorang pemimpin terbabit meletakkan jawatan, jelas menunjukkan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada.

Sementara itu, Mohd Ali berharap campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu selesaikan kemelut MCA.

Menurutnya, kemungkinan MCA memerlukan sedikit masa untuk memulihkan kembali parti itu, bagaimanapun mementingkan masa depan BN adalah mempunyai keutamaan setiap parti komponen.

"Apabila MCA tenang, saya percaya seluruh komponen BN akan kembali lebih lancar,” katanya.SUMBER: di sini.

TOK KIYAI: ALI RUSTAM SEDAR RUPANYA PAS ADALAH PARTI YANG KUAT. TETAPI ALI TAK SEDAR YANG UMNO DAH LEMAH DAN DAH NAK TERKUBUR....

SETIA ATAU KELUAR PKR - ANWAR

Label:

Di sebalik cakap-cakap bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini alami krisis keyakinan, Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi kata dua kepada pemimpin dan anggotanya — sama ada setia atau keluar daripada parti itu jika tidak mahu mengikut dasar dan keputusan ditetapkan.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersedia untuk menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan ahli-ahli yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” kata beliau dipetik Bernama.

Ini dilihat sebagai pendirian tegas dinyatakan Anwar ekoran perkembangan dalam parti itu sejak beberapa bulan lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam tadi.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar menambah, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” kata beliau lagi.

PKR, yang kini berhadapan dengan masalah dalaman sejak beberapa bulan lalu termasuk isu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi ahli Bebas yang menyokong Barisan Nasional, sedang mengadakan konvensyen peringkat negeri.

Konvensyen PKR Perak akan berlangsung pada 14 November ini dan disusuli Selangor dan Kelantan pada keesokan hari manakala PKR Wilayah Persekutuan pula 16 November, Terengganu (20 November), Negri Sembilan, Melaka dan Johor (22 November) manakala Kedah dan Perlis (10 Disember).

Di Sabah pula krisis dalaman parti itu bermula dengan penentangan terhadap pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri sehingga membawa kepada 18 daripada 25 ketua bahagian menghantar memorandum bantahan ke peringkat pusat.

Sebelum Azmin, PKR negeri diketuai Anwar sendiri yang dilantik menggantikan Ansari Abdullah.

Bagi menyelesaikan kemelut tersebut, PKR pusat melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua perhubungan negeri yang baru.

Bekas Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hanya dilantik sebagai ahli dalam Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak. Keputusan itu mendorong peletakan jawatan Jeffrey dan Ketua PKR bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew daripada semua kedudukan dalam PKR pusat bulan lalu.

Beberapa hari sebelum itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai PKR Jun lalu mengumumkan beliau akan bercuti selama enam bulan dari Biro Politik parti itu, dipercayai ekoran masalah dalaman.

Beliau dilaporkan mengambil keputusan itu selepas dihalang daripada menghadiri program-program di Sabah.

Sementara itu, Anwar yang mengulas pandangan pengunjung-pengunjung blognya berhubung isu "katak dalam parti" yang dipercayai dikaitkan dengan isu ADUN Pelabuhan Klang, berkata, masyarakat Klang dan Selangor arif masalah tersebut.

"Saya dukacita mengenangkan pengorbanan ramai rakan yang berhempas-pulas memenangkan mereka sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

"Namun akhirnya mereka telah memilih jalan untuk mengkhianati amanah rakyat. Ini merupakan satu pengajaran buat kami," katanya.

Oleh itu jelas beliau, pemilihan harus lebih teliti pada masa depan manakala jentera parti harus lebih mantap dan diperkukuhkan di semua peringkat.
SUMBER: Themalaysianinsider
MUNAFIQIN MALAYSIA KHIANATI TGNA
Jumaat, November 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU: Dalam kuliah Jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi, TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Kepada tangan-tangan jahat yang berusaha dengan pelbagai cara dan pelbagai isu untuk mencemarkan dan menjatuhkan kepimpinan TGNA di Kelantan, diharap telah berpuas hati dengan pengumuman terbaru TGNA ini. Hasil usaha anda ada sedikit menampakkan hasilnya.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda.Masanya sudah hampir tiba… kebenaran pasti akan teserlah jua.

Buat Exco-exco dan YB-YB yang lain, sekiranya ada lagi yang berhasrat untuk mengambil pembantu-pembantu atau pegawai–pegawai peribadi, berhati-hatilah. Teliti baik-baik dan perhalusilah dengan sedalam-dalamnya… janganlah terambil spesis yang akan merosakkan kita, jemaah kita , parti kita dan negeri kita suatu hari nanti.. ambillah pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang berlaku sehari dua ini sebagai kayu pengukur untuk kita semua.Tidak pernah lagi sepanjang ingatan saya TGNA membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah setelah urusan pemergiannya disempurnakan awal-awal lagi.

SUMBER: pinkturtle.
Links to this post
AGAMA SUKU POLITIK SUKU: KETUA WANITA UMNO T'GANU DISERU BERTAUBAT
Jumaat, November 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Ketua Pergerakan Wanita Umno Terengganu, Senator Fatimah Hamat, supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Setiausahanya, Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata pihaknya juga mendesak Fatimah menarik balik kata-kata beliau yang mendakwa pemimpin politik tidak sepatutnya mencampur aduk antara agama dan politik.

Wan Mohd Faizul berkata ucapan yang dikeluarkan oleh Fatimah merupakan sebahagian dari fahaman sekularisma, yang bukan daripada Islam.

Ucapan beliau (Fatimah) ini sangat berbahaya kepada akidah (umat Islam), sekiranya (kata-kata tersebut) benar-benar dating (keluar) dari mulut beliau,

”Kami (DPPNT) menyeru dan menasihati agar Fatimah kembali ke pangkal jalan, bertaubat kepada Allah SWT,”katanya kepada Buletinonline semalam.

Wan Mohd Faizul berkata demikian ketika merujuk kenyataan Fatimah yang disiarkan di muka hadapan akhbar Sinar Harian semalam, 12 November 2009.

Kenyataan Fatimah yang ‘melencong’ dari ajaran Islam itu dipaparkan akhbar tersebut dibawah tajuk "Wanita Umno Marah", dipercayai berkaitan dengan soal bai’ah dalam PAS.

Akhbar tersebut memetik kenyataan Fatimah yang berbunyi "Saya sangat marah dan dukacita sekiranya perkara itu benar-benar wujud, apatah lagi memperlakukan wanita sedemikian rupa. Sepatutnya pemimpin tidak mencampur aduk antara agama dan politik."

Menurut Wan Mohd Faizul, pihaknya sangat kesal kerana masih lagi ada rakyat Terengganu yang berfikiran sempit dan tidak memahami Islam yang syumul, terutamanya ia berlaku kepada pemimpin politik.

Katanya, kenyataan seumpama kata-kata Fatimah boleh menyesatkan akidah umat Islam dan anutan ‘agama suku, politik suku’ ala Marchiavelli itu, pernah dinafikan masih wujud dikalangan orang-orang Umno, oleh pemimpin atasan mereka.

Justeru, katanya, DPPNT juga mendesak agar Majlis Fatwa Negeri Terengganu bersuara untuk membetulkan keadaan ini agar masyarakat Islam tidak terus terpesong dengan ucapan-ucapan pemimpin politik seumpama ini.

SUMBER di sini.
Links to this post
KICKDEFELLA DIPECAT KERANA MASALAH DISIPLIN - ABDUL ARIFFFAHMI
Jumaat, November 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto: Abdul Ariffahmi)

Pemecatan Syed Azidi Syed Abdul Aziz dibuat kerana masalah disiplin dan tiada kena-mengena dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), kata ketua pegawai eksekutifnya.

"Dia tidak masuk pejabat. Dia tidak laporkan kerjanya kepada saya, dia tidak pernah pohon cuti. Dia tidak pernah tunjuk cuti sakit," kata Abdul Ariffahmi Abd Rahman.

"Jadi kita putuskan, kita tidak perlu lagi orang macam ini dalam PMBK."

Abdul Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diminta mengulas sebab sebenar pemecatan Syed Azidi, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK itu, setelah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu dikunjungi pegawai SPRM minggu lalu.

Bekas pegawai itu semalam memberitahu Malaysiakini bahawa pemecatannya - yang dibuat secara mendadak - susulan siasatan SPRM apabila ada pihak mendakwa beliau membuat laporan kepada suruhanjaya tersebut dan membocorkan maklumat dalaman kepada seorang wakil rakyat BN.

Semalam pada sidang akhbar di Kota Bharu, Syed Azidi dilaporkan ingin mendedahkan dakwaan "kepincangan" dalam pengurusan GLC itu di bawah pentadbiran Abdul Ariffahmi yang dilantik kepada jawatan tersebut dua bulan lalu.

Syed Azidi yang dikenali juga dengan nama di blognya Kickdafella menuntut Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan demi menjaga nama baik Nik Abdul Aziz.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Ariffahmi mendakwa pemecatan Syed Azidi tidak dibuat secara melulu, sebaliknya beliau merujuk terlebih dahulu kepada bapa mertuanya sebagai pengerusi PMBK.

Abdul Ariffahmi juga berkata, beliau tidak berasa terancam dengan ugutan Syed Azidi membongkar kepincangan itu kerana beliau telah menjalankan perkhidmatan dengan baik dan telus.

"Saya tidak terasa terancam. Kalau dia hendak dedah, dedahlah. Maklumat yang mungkin ada pada dia adalah maklumat yang salah," katanya, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan.

"Saya tidak boleh hendak jelaskan satu persatu sebab perkara ini masih berada adalam siasatan SPRM.

"Perkara yang dia sebut itu perkara remeh-temeh. Tidak ada pun penyelewengan RM10 juta (misalnya)."

Dalam artikel terbarunya di blog peribadinya hari ini, Syed Azidi antaranya mendakwa beliau tidak hadir ke pejabat kerana kemudahan itu telah ditarik balik oleh Abdul Ariffahmi pada awal tahun lalu.

Berhubung perkara itu, Abdul Ariffahmi sebaliknya berkata: "Dia tidak hadir ke pejabat lama sudah. Sebab itu saya tarik balik."

Sementara itu, Syed Azidi berkata, beliau tidak akan terperangkap untuk mendedahkan isu-isu dalam PMBK.

"Saya hendak dedahkan (kepincangan PMBK) pada dia (Abdul Ariffahmi) buat apa? Kita tahu ada konspirasi.

"Dia boleh ubah tarikh ke belakang (dokumen berkaitan) untuk menghalalkan perkara yang tidak halal.

"Saya tidak akan terperangkap dalam strateginya yang mahukan saya membuat pendedahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Syed Azidi sebaliknya berkata, semua pihak patut mengurangkan gangguan terhadap siasatan yang sedang diljalankan SPRM.

Mengulas dakwaan beliau tidak melaporkan tugasannya kepada Abdul Ariffahmi, Syed Azidi mengakui perkara itu dilakukannya kerana ia tidak termaktub dalam kontrak perkhidmatannya.

"Saya laporkan terus kepada (exco negeri) Datuk Husam (Musa). Itu jelas termaktub dalam perjanjian bersama.

"Ditulis juga bidang kerja saya juga tertakluk di bawah (seliaan) Datuk Husam," katanya.

"Bukan taraf dia henda tahu kerja saya. Dan saya fikir, PAS Kelantan dan kerajaan negeri pun tidak mahu tugasan ini didedahkan."

Husam, kini pengerusi Jawatankuasa Tetap Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan Kelantan, dilihat rapat dengan Syed Azidi.

Penulis blog itu semalam mendakwa, sejak berkhidmat pada 17 April 2006, ada pihak cuba menyingkirkannya beberapa kali, antaranya dengan mempengaruhi pentadbiran PMBK supaya menarik balik kemudahan pejabatnya di Kota Bharu tahun lalu.

Kontrak Syed Azidi dengan PMBK sepatutnya tamat April 2010.

SUMBER di sini.
Links to this post
ISU ROYALTI: KU LI SETUJU BANTU KELANTAN
Khamis, November 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kelantan akan meneruskan misi tuntutan hak royalti minyak negeri itu dengan memanggil bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah memberi penjelasan kedudukan sebenar kepada rakyat negeri itu.

Exconya, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu telahpun dipersetujui Tengku Razaleigh dalam pertemuan mereka sewaktu di parlimen baru-baru ini.

''Saya mendapat persetujuan itu dua hari lalu semasa di Parlimen dan Ku Li akan bersama dalam ceramah yang dikendalikan oleh kerajaan negeri kelak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam.

Antara lain Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang itu akan memberi penjelasan berhubung perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975.

Kerajaan negeri bagaimanapun belum menetapkan masa untuk megadakan majlis penjelasan tersebut.

"Kita tidak pasti lagi bila ceramah itu akan diadakan kerana Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menunaikan haji di Makkah.

“Kalau sempat, kita buat sebelum Menteri Besar pergi. Jika tidak kita buat selepas itu,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan negeri juga telah melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel menuntut wang royalti tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, tunggakan bayaran royalti pusat kepada Kelantan kini mencecah RM2 bilion.

Ianya kerana Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) mula mengeluarkan hasil pada 2005, dan Kelantan sepatutnya memperoleh RM400 juta setiap tahun.

Maka sejak dari itu jumlah keseluruhan tunggakan adalah sebanyak RM2 bilion.

'' Mengikut rekod, kerajaan Pusat menerima RM800 juta untuk 2010 dan kita berpendapat separuh dari pembayaran itu yang sepatutnya dilakukan secara tunai adalah untuk Kelantan.

Menurutnya, keadaan itu sama seperti yang dibayar kepada negara Thailand.

''Ini sama seperti yang diamalkan oleh Thailand, negara itu memperoleh RM800 juta dan RM400 juta diberikan kepada wilayah Songkhla," ujarnya.

Kelantan ujarnya tidak wajar dinafikan bayaran royalti kerana Sarawak dan Sabah telah menerima bayaran seumpamanya walaupun operasi perolehan minyak lebih jauh tiga batu nautika daripada perairan negeri tersebut.

Selagi belum mendapat bayaran royalti tersebut, kerajaan negeri tegasnya akan menggunakan seluruh saluran yang ada bagi memastikan hak rakyat negeri itu dikembalikan.

SUMBER: harakahdaily
Links to this post
TUN MAHATHIR PUN KESAL DENGAN TINDAKAN JAIS?
Khamis, November 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang seolah-olah `menangkap penjenayah besar yang mengganas`.

Katanya, beliau berdebar apabila membaca berita penangkapan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu yang kemudiannya dibawa ke balai polis sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

“Seramai 30 anggota polis dan 20 lebih anggota Jais telah melakukan tangkapan ini. Ternampak seolah-olah Asri ini seorang penjenayah besar yang mungkin mengganas apabila ditangkap.

“Tetapi beliau tidak pula memberontak. Sebaliknya beliau turut sahaja tanpa bantahan yang keras,” katanya dipetik dari laman blognya, semalam.

Asri ditahan Jais kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang 1 November lalu.

Katanya, beliau turut difahamkan bahawa masih tiada sebarang pertuduhan dikenakan oleh Jais terhadap Asri.

“Apakah tidak ada ‘due process’ dalam penguatkuasaan undang-undang Islam di negara ini. Apakah mereka yang diberi kuasa dalam melaksanakan hukum Islam boleh dengan sewenang-wenangnya menangkap sesiapa sahaja. Saya tidak nafi ajaran sesat al-Arqam, Ayah Pin dan Rasul Melayu perlu diawasi dan disekat,” katanya.

Menurutnya, penguasa agama juga jangan terlalu ghairah mengharamkan syarahan agama oleh orang yang tidak sebulu dengan mereka tanpa membuktikan ajaran itu memang bertentangan dengan Islam.

“Janganlah terlalu cepat nak tangkap orang,” katanya.

Beliau juga keliru apabila membaca tulisan seorang pengkritik yang mengaitkan kesalahan ceramah Asri yang hanya berpandu kepada al-Quran dan hadis, tidak kepada ijmak ulama Sunnah Wal Jamaah.

“Kita diberitahu ulama adalah pewaris Nabi tetapi mereka bukanlah Nabi. Mereka hanya manusia biasa walaupun terpelajar dalam agama Islam. Manusia biasa boleh membuat kesalahan termasuk kesalahan mentafsir.

“Sebab itulah terdapat banyak tafsiran yang amat berbeza antara mereka sehingga berlaku permusuhan dan peperangan antara pengikut mereka. Ini bermakna ada diantara tafsiran mereka yang mungkin tidak betul,” katanya.

Menurutnya, di negara ini terdapat banyak perbezaan pendapat walaupun menerima fahaman Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh Imam Syafie.

“Di antara sembilan negara dan satu wilayah di Malaysia terdapat banyak perbezaan dari hukum dan ajaran Islam. Hendak tentukan Hari Raya pun terdapat perbezaan pendapat,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah dikecam apabila menulis di bawah tajuk ‘Hukum Allah’ berkenaan apabila sesuatu yang didakwa adalah hukum Allah sama ada benar ia adalah hukum Allah.

“Nampaknya agama Islam di Malaysia ini tidak boleh disoal barang sedikit pun, walaupun untuk mendapat penjelasan.

“Teringat saya akan ’Islam Hadhari’ yang saya dimaklum adalah Islam yang sesuai untuk zaman ini, iaitu Islam moden. Apakah ia sebahagian daripada kepercayaan ahli Sunah wal-Jemaah?

“Jika ya, orang Islam di Malaysia kena masuk Islam Hadhari. Jika tidak apakah tindakan yang perlu diambil oleh penguasa agama Islam terhadap ajaran Islam Hadhari?” katanya.

SUMBER di sini.
Links to this post
SYARIKAT MILIK PEMIMPIN UMNO TIPU 3436 PEMBELI RUMAH
Khamis, November 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mendedahkan dokumen satu daripada tiga projek - kendalian syarikat milik bekas Exco Kerajaan Negeri dari Umno, yang menyebabkan lebih 3,400 pembeli rumah dan 383 pemilik tanah asal teraniaya.

Dua lagi projek dijangka didedahkan akhir minggu ini dan awal minggu depan.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) hari ini.

Dokumen rumah terbengkalai itu yang didedahkan hari ini membabitkan projek perumahan Bandar Alam Perdana, yang dikategorikan sebagai rahsia oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ia juga mendedahkan bagaimana pemilik tanah pertanian dipujuk untuk menandatangani perjanjian pindah milik tanah untuk dijadikan kawasan komersial dengan bayaran RM360,000 termasuk sebuah rumah bernilai RM180,000.

Projek itu bermula tahun 2000 dan sepatutnya selesai dibina pada 2003.

Bagaimanapun ia diisytiharkan terbengkalai tiga tahun yang lalu, kata Khalid.

Ketika mengumumkan pendedahan itu di sini, Khalid berharap langkah ini akan membolehkan pembeli-pembeli rumah dan pemilik asal tanah berkenaan boleh mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan semula wang mereka.

Khalid mendedahkan maklumat itu berdasarkan bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor yang diperuntukkan oleh Seksyen 2(C) OSA.

Semalam ketika membentangkan Bajet 2010 Selangor, Khalid berkata, kerajaan negeri akan mendedahkan mulai hari ini tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat, jelas beliau.

Hari ini Khalid menjelaskan, pemilik tanah berkenaan yang merupakan penduduk miskin pada asalnya telah diberikan 1.3 hektar (tiga ekar) tanah pertanian setiap seorang untuk diusahakan dengan kelapa sawit di bawah Pelan Revolusi Hijau oleh bekas Menteri Besar Datuk Hormat Rafei pada 1973.

Menurut beliau, pemilik-pemilik terbabit telah menyerahkan tanah mereka untuk dimajukan sebagai projek perumahan Bandar Alam Perdana.

Seramai 383 petani terbabit telah dijanjikan untuk dibayar RM360,000 termasuk sebuah rumah manakala seramai 3,436 pembeli pula tidak mendapat rumah yang dijanjikan.

Kesemua mereka tidak mendapat bayaran dan rumah yang dijanjikan.

Dokumen-dokumen yang telah diklasifikasikan semula termasuk disenaraikan nama-nama ahli politik, kakitangan awam, mangsa projek dan personaliti-personaliti lain yang terbabit akan dimuatkan dalam laman web kerajaan negeri esok.

Salinan bercetak juga boleh diperoleh di sekretariat kerajaan negeri dan pejabat-pejabat daerah.

SUMBER di sini.
Links to this post
MB SELANGOR AKAN DEDAH TIGA DOKUMEN OSA UNTUK SIASATAN
Rabu, November 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kerajaan negeri Selangor mahu mendedahkan tiga dokumen berkaitan projek pembangunan negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

"Peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA,"katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan pembentangan bajet 2010 di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, petang tadi.

Menurut Tan Sri Khalid pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam.

Manakala terdapat satu projek berkaitan projek penghutanan semula,serta berkaitan kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan dan laporan mengenai Bukit Cerakah.

Tan Sri Khalid berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," Jelasnya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ini.

Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan.

SUMBER di sini.
Links to this post

JELI - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu bai’ah wakil rakyat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti atau keluar parti sengaja digembar-gemburkan pihak anti-Islam.

Menurutnya, golongan yang sengaja mengapi-apikan perkara tersebut adalah 'mereka yang tiada kerja'.

“Pas sekarang dalam keadaan tenang dan mereka ini sengaja melakukan perkara-perkara pelik disebabkan tiada kerja yang hendak dilakukan.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana adanya bai’ah menceraikan isteri dengan talak tiga sekiranya berhenti dan keluar daripada parti. Mereka ini sengaja mengada-adakan cerita dan mereka ini merupakan golongan anti-Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan peletakan batu asas bagi cadangan projek pembangunan secara integrasi Taman Persiaran Indah di antara Majlis Daerah Jeli (MDJ) dan Kelkon Sdn Bhd.

Projek bernilai RM45 juta itu akan dimulakan pada Februari 2010 dan dijangka siap sepenuhnya tahun 2016.

Majlis yang belangsung di Dewan Balora MDJ itu turut dihadiri Yang Dipertua MDJ, Serpudin Mohamed dan Pengerusi Kelkon, Hanifa Ahmad.

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya tiada halangan untuk membenarkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berceramah di Kelantan.

“Kelantan negeri terbuka, sesiapa sahaja pun boleh berceramah di negeri ini selagi tidak bermasalah.

“Kita tidak akan ambil tindakan selagi tidak bermasalah, jika bermasalah kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

SUMBER di sini.
Links to this post
PENUBUHAN PASUKAN KHAS TIDAK DAPAT KEMBALIKAN IMEJ SPRM - HUSAM
Selasa, November 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Pakatan Rakyat mengalu-alukan penubuhan pasukan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menangani kesalahan rasuah dan penyelewengan di kalangan wakil rakyat.
Pemimpin PAS, Datuk Husam Musa berkata langkah ini sewajarnya dilakukan lebih awal ekoran prestasi corot SPRM membasmi salahguna kuasa pemerintah.

"Baguslah tapi kerja SPRM ini banyak yang terbengkalai" katanya.

"Pengarah SPRM tidak buat kerja. Kita telah kehilangan RM 4 bilion baru hendak siasat. Itupun setelah disuruh" ujar beliau dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Husam bagaimanapun melahirkan kebimbangan pasukan khas ini dijadikan alat pemerintah UMNO-BN untuk memburu dan menganggu wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Kebimbangan ini dikongsi oleh rakyat umumnya di mana 70 peratus meragui keupayaan SPRM.

"SPRM memilih dan melakukan kerja apabila disuruh" katanya.
SUMBER di sini.
Links to this post
RASUAH JADI DARAH DAGING UMNO pkfz
Selasa, November 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Gejala amalan rasuah telah lama berakar-umbi yang menjadi ‘darah daging’ dan tidak dapat dipisahkan dari Umno dan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

Penasihat Undang-undang PAS Terengganu, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong berkata perkara paling besar yang membelenggu para pemimpin Umno dan kerajaan BN adalah rasuah.

Katanya, gejala rasuah yang buruk itu telah berakar-umbi dalam Umno serta tidak dapat dipisahkan lagi.

“Perkara yang paling besar hari ini iaitu rasuah yang berakar umbi dalam Umno memang tidak dapat dipisahkan lagi,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, di sebuah restoran di Padang Midin, dekat sini, 8 November lalu.

Beliau yang juga mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mendakwa dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, Umno membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno negeri Selangor sendiri telah membelanjakan lebih RM300 juta dalam PRU ke-12, tahun lalu.

“Saya dimaklumkan, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang lalu. Umno negeri Selangor sahaja membelanjakan lebih RM300 juta untuk menghadapi pilihan raya.

“Duit sebanyak itu ke mana pergi kita pun tidak tahu tetapi bila kalah ‘orang ini’ (pemimpin Umno) tuding jari, ‘orang itu’ (pemimpin Umno) tuding jari.

“Ini kita harap tidak berlaku dalam PAS dan jika tidak akan samalah dengan Umno-BN,” jelasnya.

Dato’ Wan Mutalib kini tidak lagi memegang apa-apa jawatan penting dalam parti di peringkat negeri kerana memberi laluan kepada pimpinan muda.

Namun begitu, beliau turut melahirkan rasa kebimbangan dengan perkembangan politik ‘dalaman’ parti yang berlaku dimutakhir ini.

“Sebagai orang yang telah lama ‘duduk’ dalam PAS, yang sekarang ini melihat dari luar perkembangan yang berlaku dimutakhir ini.

“Kita rasa menggelisahkan orang ramai dan mencurigakan orang yang hendak memberi sokongan kepada kita (PAS). Ini dua perkara yang amat tidak elok sekali,” ujarnya dihadapan 300 orang hadirin.

Sehubungan itu, Dato’ Wan Mutalib menyarankan agar ahli-ahli serta kepimpinan PAS di semua peringkat kembali bersatu bagi menghadapi ‘musuh’ sebenar dari Umno dan Barisan Nasional.

Ini kerana, katanya dalam keadaan rakyat menolak serta membenci Umno dan kerajaan BN akibat gejala rasuah terbabit.

“Pertama, dalam keadaan orang sudah tidak mahu, benci dan ‘muak’ kepada Umno.

“Dan Barisan Nasional (BN) tidak malu dan segan sendiri berkata bahawa mereka (pemimpin) dan rumah mereka (parti) berada dalam keadaan paling dahsyat sekali.

“Walau pun, Umno kata dia (pemimpin) telah baiki masalah-masalah ‘dalaman’. Cuma dia (Umno) cerna kepada Gerakan, MCA dan MIC,” jelasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Yahya Ali, Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Alor Limbat, Ahmad Ma’arof Ismail serta Pegawai Penerangan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ismail Che Dagang.
SUMBER di sini.
Links to this post
APABILA KETUA MENTERI MELAKA BERCAKAP TENTANG PAS
Isnin, November 09, 2009 | Author: Tuk Kiyai