Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Anwar yakin beliau akan dipenjarakan lebih lama

Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan ekoran kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu bias terhadapnya.

Atas dasar itu, ketua umum PKR itu mendedahkan pemimpin negara luar termasuk bekas naib presiden Amerika, Al Gore dan presiden Irish Mary Robinson menasihatkan beliau semasa kunjungannya ke London baru-baru ini agar tidak pulang ke Malaysia dan masuk penjara.

Beliau juga berkata, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.

Hari terakhir untuk memfailkan petisyen itu adalah hari ini (Khamis).

Menyifatkan penolakan itu sebagai penyalahgunaan proses kehakiman, Anwar berkata ia jelas satu lagi testimoni bahawa mahkamah dipergunakan pemimpin Umno untuk mengganggu beliau.

"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah)," katanya.

"Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.

"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," kata Anwar, yang berada di Kuching bagi berucap dalam himpunan Reformasi 2.0 malam tadi.

Anwar juga menceritakan gangguan yang didakwa terpaksa beliau hadapi ketika rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Beliau mendakwa, mahkamah mempercepatkan rayuannya sebulan untuk menyesuaikannya dengan tarikh pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Anwar dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di PRK DUN Kajang pada 23 Mac lalu selepas ia dibuat berikutan perletakan jawatan mengejut Adun, Lee Chin Cheh pada 27 Januari.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membuat keputusan segera apabila menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar dengan memutuskan Anwar bersalah dan tidak layak untuk bertanding.

Isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kemudiannya bertanding menggantikan beliau sebagai calon PR.

Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya semalam berkata, walaupun tarikh akhir hari ini, pendaftar Mahkamah Persekutuan mengarahkan Anwar memfailkan permohonan rasmi, termasuk notis permohonan, bagi mendapatkan masa yang lebih untuk memfailkan asas rayuannya.

Karpal Singh yang merupakan ketua peguam Anwar sepatutnya memfailkan rayuan ini.

Namun Karpal bersama pembantunya mati dalam satu kemalangan tragik Khamis lepas.

Latheefa menyifatkan penolakan mahkamah itu sebagai satu tindakan tidak bertoleransi dan kurang simpati serta memahami terhadap apa yang berlaku kepada Karpal.

Anwar dalam pada itu berkata, ketua pasukan peguam beliau yang baru, Datuk Sulaiman Abdullah tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk "mengkaji semua fail dan nota."

"Ia nampak semacam Mahkamah Persekutuan tergesa-gesa dalam rayuan ini dan ia boleh dilihat dalam kegagalannya memberikan tambahan masa," kata Latheefa.

Apa yang berlaku kepadanya menyebabkan Anwar memberikan amaran kepada semua pemimpin pembangkang bahawa mereka juga akan mengalami nasib yang sama seperti beliau.

Katanya, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Naiib Razak "menyalahgunakan peguam negara dan sistem kehakiman", pemimpin pembangkang seperti Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Pandan yang juga Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Adun Batu Buruk, Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi "tersenarai sebagai mereka yang didakwa dan akan dipenjarakan". – 24 April, 2014. -TheMalaysianInsider

Suami terima 10 jahitan akibat dipukul isteri "harimau"

Gambar hiasan

Sebanyak 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan. Itulah ‘harga’ dibayar seorang lelaki berusia 51 tahun selepas menjadi mangsa belasahan teruk isterinya hanya kerana mangsa terlewat membeli juadah sarapan.

Lebih malang mangsa yang menetap di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini, turut dihalau sehelai sepinggang dari kediaman mereka oleh isterinya yang berusia 30-an awal pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur dikejutkan isterinya sebelum mangsa diarahkan membeli sarapan.

“Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Bagaimanapun, isterinya itu terus mendesak mangsa supaya cepat kononnya dia terlalu lapar.

“Lelaki terbabit memberitahu isterinya supaya bersabar sementara dia selesai mandi.

Bagaimanapun wanita terbabit bertindak memaki hamun mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita yang berang kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air berkenaan sebelum meluru masuk dan memukul suaminya itu dengan kayu.

“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu supaya tidak dipukul.

“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri sebelum bertindak mengurung diri di dalam satu bilik di rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah isterinya itu,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak menendang dan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum memukul suaminya itu menggunakan kayu.

“Wanita berlagak samseng itu hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah.

Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terpaksa akur dengan arahan isterinya itu kerana bimbang dipukul selain rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.

“Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas tidak tahan dipukul sejak setahun lalu.

Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -hmetro

Khamis, April 24, 2014 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, April 21, 2014 | Author: Tuk Kiyai