Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

NASHARUDIN MAT ISA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

Label:

Foto:siasahdaily

Ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon Manek Urai terjawab apabila gambar beliau di atas katil hospital mula tersebar semalam.

Petang semalam, Nasharudin terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan.

Semasa hari penamaan calon Manek Urai baru-baru ini, cerita ketidakhadiran Nasharudin menjadi berita kebanyakan media sehingga Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang terpaksa menjawab, "kenapa tidak tanya kenapa Datuk Seri Najib tak datang?".

Ia terus menjadi sorotan media sejak beberapa hari. Antara yang menjadi sasaran adalah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menjadi punca Nasharudin tidak datang.

Berikutan tersebarnya gambar Nasharudin di atas katil hospital maka terdedahlah cerita sebenarnya iaitu beliau mengalami masalah kesihatan.

100 HARI PENTADBIRAN NAJIB GAGAL?

Label:

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."
Sumber: Malaysiakini

AWAS, H1NI KIAN SERIUS!

Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Bagi membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.

Berdasarkan laporan, serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.

Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.

DAP KEDAH KEMBALI MENYOKONG PAKATAN RAKYAT KEDAH

Label:

DAP Kedah hari mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran Pakatan Rakyat negeri dan menarik balik pendirian mereka sebelum ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu yang timbul termasuk isu merobohkan rumah penyembelìhan babi dapat diselesaikan dengan baik dalam semangat pakatan rakyat.

DAP Kedah kembali menyokong Pakatan Rakyat Kedah selepas sepuluh hari keluar dari pakatan negeri itu.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selama 6 jam bagi membincangkan masalah dan salah faham yang berbangkit yang telah mewujudkan sedikit salah faham sehingga DAP Kedah telah bertindak keluar daripada pakatan Rakyat.

UMNO BOIKOT TV3 & RTM?

Label:

Sejak Ahmad Maslan jadi Ketua Penerangan Umno ada sedikit perubahan dari segi peranan yang dimainkan oleh TV3 dan RTM.

Kalau dulu menjelang mana-mana PRK & PRU kedua-dua stesen televisyen ini diberikan peranan utama untuk menghentam PAS, kini telah terdapat sedikit perubahan di mana keadaan telah mula kendur. Sebenarnya penggunaan kedua-dua stesen ini sudah tidak releven lagi pada zaman orang sudah muak dengan tipu helah media dalam menyiarkan kebenaran sesuatu berita.

Ketika ini TV3 dan RTM bukan lagi menjadi rujukan pengundi untuk mendapatkan maklumat sebenar menjelang sesuatu pilihanraya, walau pun ianya cara mudah untuk mendapatkan bahan berita tersebut dengan hanya memasang TV di rumah masing-masing. Walau pun susah mereka lebih rela hadir keceramah-ceramah untuk mendengar maklumat tulin dari penceramah yang pada sessi ceramah yang diadakan di samping mengguna media alternatif untuk mendapatkan maklumat dan berita sebenar.

Kaedah yang digunakan oleh Ahmad Maslan, Umno dan BN di PRK Manek Urai ini menyerlahkan lsgi kewibawaan pimpinan PAS, PKR dan DAP bahawa tindakan memboikot kedua-dua stesen ini adalah tepat dan merupakan tindakan paling wajar.

Teringat kata-kata mantan Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik, "Kita hanya menyiarkan berita yang ada nilai berita sahaja" ..... nyata kini Ahmad Maslan, Umno dan BN sudah tidak punya nilai berita lagi.

-Dr. Siti Mariah Mahmud

MANEK URAI: DAP BANTU BERKEMPEN

Label:

“Kami tetap memberi sokongan terhadap Pas terutamanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta berdiri teguh dibelakang PR. Kehadiran saya disini membuktikan DAP tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah media yang mengatakan seolah-olah DAP keluar terus dari PR,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada media selepas Ceramah Perdana anjuran Pas di Lata Rek malam kelmarin.

Walaupun dikejutkan dengan keputusan DAP Kedah yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, parti tersebut tetap turun memberi sokongan terhadap calon PR dari Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Lim menjelaskan DAP tetap berdiri teguh bersama-sama PR walaupun sesetengah pihak memainkan isu tersebut sehingga menggambarkan DAP pada keseluruhannya keluar dari pakatan tiga parti tersebut.

Guan Eng yang juga akan mengeluarkan nasihat agar DAP Kedah memikirkan semula keputusan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.

MANSUH PPSMI: PEJUANG BAHASA GEMBIRA

Label:

sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).

PPSMI AKAN DIMANSUHKAN?

Hari ini kabinet akan membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kabinet akan membuat keputusan itu selepas Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin membentangkan hasil pelbagai kajian terperinci dan menyeluruh mengenai kedudukan PPSMI kepada Jemaah Menteri.

Tok Kiyai berharap kerajaan akan memansuhkan PPSMI ini demi kepentingan pelajar Melayu. Bahasa Melayu bukanlah penghalang untuk pelajar menguasai bidang sains dan teknologi malah akan memperkuatkan lagi jati diri pelajar itu sendiri. Siapa lagi yang dapat membela bahasa ibunda jika bukan kita.

KES LIWAT ANWAR: BILA LA NAK TAMAT.....

Label:

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut.

Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya. Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

BELIA MANEK URAI TOLAK UMNO

Label:

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menyeru pengundi-pengundi di Manek Urai terutama golongan muda untuk terus memberikan sokongan kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai.

Salahuddin menjelaskan bahawa rakyat Kelantan telah lama membuktikan mereka bijak dan matang dalam politik serta tahu menilai parti dan pemimpin mana yang banyak dikaitkan dengan rasuah.

Salahuddin juga menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung isu pemuda PAS Manek Urai beralih sokongan kepada Barisan Nasional ekoran isu kerajaan perpaduan (unity government).

Malah kata Salahuddin, "golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan rasuah dan mereka juga tahu parti mana yang sering dikaitkan dengan rasuah serta salahguna kuasa."

KEZALIMAN ISA TERDEDAH DI SIDANG HAK ASASI PBB DI GENEVA

Label:

"SAYA sangka Malaysia sebuah syurga ...," kata Julunya dari Sudan.

"Semua orang sukakan Malaysia, kami tak tahu ada akta seperti ini di negara kamu," kata Hammara yang berasal dari Pakistan tetapi menetap di London.

"Saya tak sangka ISA begitu kejam bagi sebuah negara yang berimej Islam seperti Malaysia," kata Deena, seorang aktivis hak asasi dari Mesir.

Demikianlah antara komen terus terang kepada saya sebaik saja ucapan dua minit di Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva tamat.

Peserta wanita memelukku sebagai tanda simpati manakala yang lelaki memandang dari jauh dan menganggukkan kepala tanda sokongan terhadap ucapan itu. Saya rasa terharu dan hiba dengan respons mereka. Baca lanjut di sini.

TUN MAHATHIR TIDAK GEMBIRA DENGAN DASAR LIBERALISASI NAJIB

Label:

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia boleh menghakis kepentingan bumiputera negara ini.

Tun Mahathir berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.

"Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya. Baca lanjut di sini.

"ISTANA" KHIR TOYO CETUS KONTROVERSI

Label:

Keluasan Lot Rumah: 50,000 kaki persegi (0.5 hektar)
Harga Tanah: RM3.8 juta
Anggaran Kos Pembinaan Rumah: RM20 juta
Alamat Rumah: Jalan 1/7L, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor: 8 tahun
Anggaran Pendapatan Menteri Besar: RM576,000 setahun

Fakta di atas didedahkan oleh ADUN Sekincan, Ng Suee Lim ketika beliau dan wartawan ke lokasi rumah Khir Toyo di Seksyen 7 Shah Alam. Baca lanjut di sini.

Apakah jawapan Dr Khir Toyo mengenai dakwaan ini? Sila klik di sini.

REZEKI MENJELANG PRK MANEK URAI - 6 RIBU PELAJAR DAPAT BEG, UNIFORM SEKOLAH

Label:

Semalam, seramai 6,142 pelajar sekolah rendah dan menengah di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Terdapat 10 buah sekolah rendah, 12 menengah dan sebuah sekolah aliran Arab di Manek Urai yang layak menerima bantuan tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata, sebagai permulaan 300 pelajar telah menerima bantuan itu mulai semalam dan kesemua bakinya akan menerima secara berperingkat.

Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada beliau untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

Mustafa berkata, "Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini."

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai.

Sebelum itu Mustapa sendiri telah menyampaikan bantuan itu bagi mewakili Muhyiddin di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Bagi Tok Kiyai, penduduk Manek Urai tidak mudah terpengaruh dengan gula-gula umno. Rakyat sudah tahu dengan taktik lama ini. Bagi penduduk Manek Urai yang majoriti petani, apa yang penting bagi mereka ialah nasib mereka sentiasa terbela, bukan pada masa pilihanraya sahaja.

MANEK URAI: PAS vs UMNO

Label:

(Foto-malaysiakini)

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan menyaksikan saingan satu penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dengan PAS.

BN diwakili oleh Tuan Aziz Tuan Mat, 39, manakala PAS pula Mohd. Fauzi Abdullah, 50.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Manek Urai Adnan Hussin mengisytiharkannya sebentar tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menang dengan majoriti 1,352 undi menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 Julai sebagai tarikh pengundian.

10 RIBU PENYOKONG PAS DI MANEK URAI

Label:

MANEK URAI - Mursyidul Am PAS yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengetuai perarakan mengiringi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah ke pusat penamaan calon pada kira-kira jam 8.10 pagi tadi. Turut kelihatan Presiden PAS, Azmin Ali dan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat.

Penyokong kedua belah pihak sudah mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.

Hadir mengiringi calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapa Mohamed,Datuk Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Mohd Shafie Apdal, serta Khairy Jamaluddin dan Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

PAS mengadakan sembahyang hajat di Masjid Al-Jauhar sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

MANEK URAI GELOMBANG TUMBANGKAN UMNO-HUSAM MUSA

Label:

"Kita mahu hantar mesej bahawa rakyat sudah tidak mahu menerima BN. Dan BN Harus bersiap sedia keluar daripada Putrajaya. Dan Manek Urai adalah sebahagian daripada strategi untuk menaikkan gelombang kebangkitan rakyat itu.

Itulah tegasan exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahu menjadikan kemenangan di Manek Urai sebagai satu arus yang membawa gelombang untuk menumbangkan BN yang menguasai kerajaan persekutuan.

Beliau berucap dalam satu majlis "Amanat Tok Guru untuk Anak Manek Urai" di sebuah hotel di ibu negara malam semalam.

Majlis tersebut adalah anjuran Persatuan Anak Kelantan di perantauan (Perakan) dengan kerjasama urusetia penerangan Kerajaan Kelantan yang dihadiri kira-kira 400 pengundi Manek Urai dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Terdapat 867 anak Kelantan daripada Manek Urai yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Fakta Pengundi PRK Manek Urai

Pengundi muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai dengan mereka yang berumur di antara 21 hingga 39 tahun membentuk 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.

5,598 pengundi (21-39 tahun) 45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun) 36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun) 15.75% dari jumlah pengundi

247 pengundi(atas 80 tahun) 2.01% dari jumlah pengundi

---------------------------------
99.2% Pengundi Melayu. Selebihnya adalah pengundi lain-lain bangsa, iaitu:
56 pengundi Cina
28 pengundi India
12 pengundi lain-lain.
25 pengundi POS
NASHARUDIN MAT ISA SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN
Sabtu, Julai 11, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Foto:siasahdaily

Ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon Manek Urai terjawab apabila gambar beliau di atas katil hospital mula tersebar semalam.

Petang semalam, Nasharudin terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan.

Semasa hari penamaan calon Manek Urai baru-baru ini, cerita ketidakhadiran Nasharudin menjadi berita kebanyakan media sehingga Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang terpaksa menjawab, "kenapa tidak tanya kenapa Datuk Seri Najib tak datang?".

Ia terus menjadi sorotan media sejak beberapa hari. Antara yang menjadi sasaran adalah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menjadi punca Nasharudin tidak datang.

Berikutan tersebarnya gambar Nasharudin di atas katil hospital maka terdedahlah cerita sebenarnya iaitu beliau mengalami masalah kesihatan.
100 HARI PENTADBIRAN NAJIB GAGAL?
Jumaat, Julai 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".

Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari esok.

Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.

Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.

Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.

Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.

Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."
Sumber: Malaysiakini
AWAS, H1NI KIAN SERIUS!
Jumaat, Julai 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Wabak influenza A (H1N1) semakin serius sehingga kerajaan mencadangkan pemakaian topeng muka jika berkunjung ke tempat sesak, selain mengamalkan "etika batuk" dan menjaga kebersihan diri dan pengudaraan rumah yang baik.

Bagi membendung pandemik ini daripada terus menular dan merumitkan lagi wabak sehingga boleh terjadi kematian, kerajaan juga menggalakkan langkah proaktif "merenggangkan diri daripada orang ramai" seperti mengurangkan perjumpaan.

Berdasarkan laporan, serangan wabak influenza A (H1N1) masuk ke tahap baru hari ini dengan wujudnya gejala penularan tempatan yang tidak lagi dapat dikesan puncanya, termasuk di sebuah syarikat di Cyberjaya.

Seramai 12 orang, daripada 24 kes tempatan terbaru, di syarikat swasta itu disahkan diserang wabak, sementara 200 lagi kakitangan di aras yang sama sedang diawasi di pejabat.
DAP KEDAH KEMBALI MENYOKONG PAKATAN RAKYAT KEDAH
Jumaat, Julai 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

DAP Kedah hari mengumumkan menyertai dan menyokong semula pentadbiran Pakatan Rakyat negeri dan menarik balik pendirian mereka sebelum ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su selepas semua isu yang timbul termasuk isu merobohkan rumah penyembelìhan babi dapat diselesaikan dengan baik dalam semangat pakatan rakyat.

DAP Kedah kembali menyokong Pakatan Rakyat Kedah selepas sepuluh hari keluar dari pakatan negeri itu.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selama 6 jam bagi membincangkan masalah dan salah faham yang berbangkit yang telah mewujudkan sedikit salah faham sehingga DAP Kedah telah bertindak keluar daripada pakatan Rakyat.
UMNO BOIKOT TV3 & RTM?
Jumaat, Julai 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Sejak Ahmad Maslan jadi Ketua Penerangan Umno ada sedikit perubahan dari segi peranan yang dimainkan oleh TV3 dan RTM.

Kalau dulu menjelang mana-mana PRK & PRU kedua-dua stesen televisyen ini diberikan peranan utama untuk menghentam PAS, kini telah terdapat sedikit perubahan di mana keadaan telah mula kendur. Sebenarnya penggunaan kedua-dua stesen ini sudah tidak releven lagi pada zaman orang sudah muak dengan tipu helah media dalam menyiarkan kebenaran sesuatu berita.

Ketika ini TV3 dan RTM bukan lagi menjadi rujukan pengundi untuk mendapatkan maklumat sebenar menjelang sesuatu pilihanraya, walau pun ianya cara mudah untuk mendapatkan bahan berita tersebut dengan hanya memasang TV di rumah masing-masing. Walau pun susah mereka lebih rela hadir keceramah-ceramah untuk mendengar maklumat tulin dari penceramah yang pada sessi ceramah yang diadakan di samping mengguna media alternatif untuk mendapatkan maklumat dan berita sebenar.

Kaedah yang digunakan oleh Ahmad Maslan, Umno dan BN di PRK Manek Urai ini menyerlahkan lsgi kewibawaan pimpinan PAS, PKR dan DAP bahawa tindakan memboikot kedua-dua stesen ini adalah tepat dan merupakan tindakan paling wajar.

Teringat kata-kata mantan Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik, "Kita hanya menyiarkan berita yang ada nilai berita sahaja" ..... nyata kini Ahmad Maslan, Umno dan BN sudah tidak punya nilai berita lagi.

-Dr. Siti Mariah Mahmud
MANEK URAI: DAP BANTU BERKEMPEN
Jumaat, Julai 10, 2009 | Author: Tuk Kiyai

“Kami tetap memberi sokongan terhadap Pas terutamanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta berdiri teguh dibelakang PR. Kehadiran saya disini membuktikan DAP tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah media yang mengatakan seolah-olah DAP keluar terus dari PR,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada media selepas Ceramah Perdana anjuran Pas di Lata Rek malam kelmarin.

Walaupun dikejutkan dengan keputusan DAP Kedah yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, parti tersebut tetap turun memberi sokongan terhadap calon PR dari Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Lim menjelaskan DAP tetap berdiri teguh bersama-sama PR walaupun sesetengah pihak memainkan isu tersebut sehingga menggambarkan DAP pada keseluruhannya keluar dari pakatan tiga parti tersebut.

Guan Eng yang juga akan mengeluarkan nasihat agar DAP Kedah memikirkan semula keputusan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.
MANSUH PPSMI: PEJUANG BAHASA GEMBIRA
Rabu, Julai 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai
sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA, 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuatkuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya ketika mengumumkan perkata itu di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu ialah mereka yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas.

Muhyiddin berkata pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Bagaimanapun, katanya, perubahan itu tidak melibatkan Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Beliau berkata untuk memastikan pelaksanaan strategi baru itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi-bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti mana yang dihasratkan.

"Apa ysng dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," katanya.

Muhyiddin berkata pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.

"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Selain itu, katanya, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap profisiensi.

Katanya peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya.

Beliau berkata jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan.

Muhyiddin berkata laporan "Trends in Mathematics and Science Study 2007" turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot daripada tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.

"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," katanya.

Beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya.

Katanya berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di SJK(T).
PPSMI AKAN DIMANSUHKAN?
Rabu, Julai 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Hari ini kabinet akan membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Kabinet akan membuat keputusan itu selepas Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin membentangkan hasil pelbagai kajian terperinci dan menyeluruh mengenai kedudukan PPSMI kepada Jemaah Menteri.

Tok Kiyai berharap kerajaan akan memansuhkan PPSMI ini demi kepentingan pelajar Melayu. Bahasa Melayu bukanlah penghalang untuk pelajar menguasai bidang sains dan teknologi malah akan memperkuatkan lagi jati diri pelajar itu sendiri. Siapa lagi yang dapat membela bahasa ibunda jika bukan kita.
KES LIWAT ANWAR: BILA LA NAK TAMAT.....
Rabu, Julai 08, 2009 | Author: Tuk Kiyai
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini telah ditangguhkan kepada 15 Julai kerana peguam utamanya, Sulaiman Abdullah tidak sihat.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah menerima permohonan pihak peguam pembela walaupun pihak pendakwa membantahnya dengan alasan peguam lain boleh mengendalikan kes tersebut.

Rabu ini, mahkamah akan mendengar sebutan untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya. Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
BELIA MANEK URAI TOLAK UMNO
Selasa, Julai 07, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob menyeru pengundi-pengundi di Manek Urai terutama golongan muda untuk terus memberikan sokongan kepada PAS dalam pilihanraya kecil Dun Manek Urai.

Salahuddin menjelaskan bahawa rakyat Kelantan telah lama membuktikan mereka bijak dan matang dalam politik serta tahu menilai parti dan pemimpin mana yang banyak dikaitkan dengan rasuah.

Salahuddin juga menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung isu pemuda PAS Manek Urai beralih sokongan kepada Barisan Nasional ekoran isu kerajaan perpaduan (unity government).

Malah kata Salahuddin, "golongan muda di Manek Urai sebulat suara menolak pemimpin yang diangkat dengan rasuah dan mereka juga tahu parti mana yang sering dikaitkan dengan rasuah serta salahguna kuasa."
KEZALIMAN ISA TERDEDAH DI SIDANG HAK ASASI PBB DI GENEVA
Selasa, Julai 07, 2009 | Author: Tuk Kiyai
"SAYA sangka Malaysia sebuah syurga ...," kata Julunya dari Sudan.

"Semua orang sukakan Malaysia, kami tak tahu ada akta seperti ini di negara kamu," kata Hammara yang berasal dari Pakistan tetapi menetap di London.

"Saya tak sangka ISA begitu kejam bagi sebuah negara yang berimej Islam seperti Malaysia," kata Deena, seorang aktivis hak asasi dari Mesir.

Demikianlah antara komen terus terang kepada saya sebaik saja ucapan dua minit di Konvensyen Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva tamat.

Peserta wanita memelukku sebagai tanda simpati manakala yang lelaki memandang dari jauh dan menganggukkan kepala tanda sokongan terhadap ucapan itu. Saya rasa terharu dan hiba dengan respons mereka. Baca lanjut di sini.
TUN MAHATHIR TIDAK GEMBIRA DENGAN DASAR LIBERALISASI NAJIB
Selasa, Julai 07, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak begitu gembira dengan dasar liberalisasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia boleh menghakis kepentingan bumiputera negara ini.

Tun Mahathir berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sedia diamalkan sama sekali tidak menghalang Malaysia dari terus maju berbanding negara membangun lain tetapi proses liberalisasi akan membantutkan perkembangan bumiputera.

"Faktanya ialah ketika kuota bumiputera masih belum dipenuhi, kuota bukan bumiputera pula semakin meningkat dan bertambah, dan polisi baru yang diperkenalkan ini hanya akan memburukkan keadaan," katanya. Baca lanjut di sini.
"ISTANA" KHIR TOYO CETUS KONTROVERSI
Isnin, Julai 06, 2009 | Author: Tuk Kiyai