Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Pihak Penganjur Arah Semua Peserta Perhimpunan Mewujudkan Provokasi

Sumber: utuseks malaysia

P/s:  Semua peserta diarah mewujudkan provokasi? Benarkah begitu? Jika benar, memang hebat maklumat yang diperoleh PDRM itu...

Larian Hari Olimpik di Padang Merbok Ahad ini batal?

PETALING JAYA: Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.

Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini.

Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.

Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu boleh ditangguhkan akibat jerebu.

"Kami sedar tentang keadaan, terutama di Johor dan Singapura, yang merupakan kawasan yang paling teruk. Kami akan membuat keputusan esok (Jumaat)," kata Hamidin. -mStar

Wanita ini digigit bekas suami. Mengapa? Ini puncanya

PUCHONG - “Saya meronta-ronta minta bekas suami berhenti memukul tetapi dia mencekik, memijak perut dan menendang saya berkali-kali tanpa belas kasihan,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zee.

Perbalahan yang didakwa mangsa bermula dengan pertengkaran mulut berakhir tiga jam selepas itu apabila dia berjaya melarikan diri ke pos pengawal keselamatan di kediaman dihuninya di Bandar Kinrara, di sini.

Kejadian pada Ahad lalu katanya, bermula apabila bekas suami yang tinggal berasingan sejak dua bulan lalu tiba-tiba muncul di depan pintu pagar rumahnya.

Menurut wanita berusia 37 tahun itu, bekas suaminya bertanya sama ada dia mahu merujuk semula sekiranya mahkamah mendapati talak dilafaz sebelum ini tidak sah.

Zee, yang bekerja sebagai pereka dalaman sambilan berkata, keengganan dia menuruti kehendak bekas suaminya itu menyebabkan lelaki itu tiba-tiba naik angin dan meludah mukanya beberapa kali.

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu dakwanya terus menarik dan mengheret dia masuk ke dalam rumah sebelum memukulnya berkali-kali.

Sambil memaki hamun dengan menuduh dia perempuan sundal dan pelacur murahan, Zee mendakwa bekas suaminya itu menendangnya.

Dakwanya dia percaya lelaki itu menyerangnya di bawah pengaruh alkohol dan mungkin terjebak
dengan dadah.

“Ketika bergelut itu, dia baling bekas abu rokok namun nasib baik ia tidak mengenai kepala saya. Kejadian disaksikan pembantu rumah dan anak lelaki saya yang berusia lima tahun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, pembantunya tidak berani menolong kerana diugut lelaki itu dan akibat tidak mampu menahan sakit dicekik, dia kemudian bertindak mencakar muka bekas suaminya itu.

Berang dengan tindakan itu, lelaki itu katanya menggigit bahunya dan terus membelasah tubuh badannya sehingga bengkak dan lebam.

Insiden berlaku hampir tiga jam itu, katanya, tanpa mendapat bantuan sesiapa sehinggalah dia mempunyai kekuatan melarikan diri ke pos pengawal untuk menghubungi pihak polis.

“Bekas suami itu tinggal di rumah adiknya tidak jauh dari rumah yang saya sewa, selepas kejadian dia terus mengugut menggunakan SMS, dengan mengatakan tengok malam nanti apa akan jadi, saya rasa takut sangat untuk keluar rumah sekarang.

“Ketika membuat laporan polis awal pagi Isnin lalu, dia tanpa rasa takut dan segan menendang dan meludah ke muka saya meski ada anggota polis di situ,” katanya.

Zee berkata, dia berkahwin dengan bekas suaminya berusia 43 tahun itu pada 2006 selepas berkenalan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun mereka berdua mula tinggal berasingan selepas bekas suaminya melafazkan talak tiga, dua bulan lalu.

Katanya, bekas suaminya memeluk agama Islam pada tahun yang sama namun mula menunjukkan belang dan sikap panas baran dua tahun selepas perkahwinan.

Ketika mengandung anak tunggalnya, Zee berkata, dia pernah ditendang hanya kerana melakukan kesalahan kecil malah dakwanya sepanjang perkahwinan dia sudah lebih 20 kali dibelasah suaminya.

Jelasnya, beberapa hari lalu bekas suaminya menghantar SMS berbunyi, ‘aku akan mati di depan mahkamah Khamis ini (hari ini) kerana enggan rujuk semula'.

“Esok (hari ini) kes kami akan disebut di mahkamah syariah disebabkan itu dia cuba mengugut dan menghantar SMS sedemikian,” katanya yang mengadukan kejadian kepada Adun Kinrara, Ng Sze Han dan Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail. -sinarharian

Pemilik sesawang www.jiwang.org ditahan

PUTRAJAYA – Seorang pengusaha laman sesawang hiburan yang terkenal iaitu www.jiwang.org (JWG) ditahan di Kelantan kelmarin selepas dia didapati menggunakan laman tersebut untuk memuat turun dan naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.

Hasil kegiatan haram sejak dia berusia 19 tahun dengan pendapatan adakalanya mencecah RM10,000 sebulan, lelaki itu yang kini berusia 35 tahun, mampu memiliki banglo, kereta mewah BMW dan lain-lain lagi.

Dia ditahan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 11 Jun lalu berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mendakwa industri kerugian RM10 juta akibat kegiatan lelaki itu.

Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak, ditahan di banglonya di Kubang Kerian, Kota Bharu pada pukul 11.15 pagi.

Beliau berkata, banglo yang didiami suspek itu turut dijadikan pusat operasi haramnya.

“Serbuan dilakukan berikutan aduan oleh RIM mengenai laman web www.jiwang.org yang menjadi saluran popular untuk orang ramai memuat naik filem serta muzik Melayu tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

“Laman web ini disyaki beroperasi sejak tahun 1997 dan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit hasil perkhidmatan iklan serta sumbangan ahli laman web yang disalurkan menerusi akaun bank isteri suspek,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam. -kosmo

KEMELUT ROS-DAP: Apa lagi ROS mahu?

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman semalam meminta DAP mengemukakan bukti mengenai silap kira undi dalam pemilihan CEC pada bulan Disember lepas.

Yang pertama, apakah ia telah menjadi satu prosedur untuk ROS mengeluarkan kenyataan media setiap kali mereka meminta DAP untuk memberikan keterangan atau bukti? Mengapakah hanya siasatan terhadap DAP diberikan perhatian oleh ROS sedangkan siasatan terhadap parti-parti politik yang lain tidak diwar-warkan untuk pengetahuan umum dalam media?

Abdul Rahman berkata ROS perlu membuat kenyataan untuk pengetahuan umum tentang kemajuan proses siasatan ROS untuk mengelakkan manipulasi fakta seperti kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 yang didakwanya telah dimanipulasi oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Saya ingin bertanya kepada Abdul Rahman dan ROS, apakah kandungan surat pada 17 April lalu yang telah dimanipulasi oleh DAP? Dakwaan tersebut adalah satu dakwaan yang melulu dan tidak berasas sama sekali. Setiap kali kita mengadakan sidang akhbar untuk memberikan reaksi terhadap ROS, salinan surat dari ROS diedarkan kepada para wartawan sebagai bukti.

Kenyataan demi kenyataan oleh ROS melalui media hanya bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif orang ramai terhadap DAP dan mengugat keyakinan ramai terhadap kredibiliti pimpinan DAP.

Kami telah berkali-kali mengatakan bahawa kami bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ROS dalam siasatan mereka dan setiap dokumen yang mereka minta dalam tempoh beberapa bulan ini telah pun kami bekalkan kepada mereka. Sekiranya ROS masih tidak dapat menyelesaikan siasatan tersebut, ini hanya menunjukkan kelemahan dan ketidakcekapan mereka dalam menjalankan siasatan.

Apa lagi ROS mahu?

* Penulis adalah Ahli Parlimen DAP untuk kawasan Rasah, Negeri Sembilan
-malaysia-chronicle.com

'Lepaskanlah Dr M...'

SHAH ALAM - PR mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gusar dengan perubahan rakyat pada PRU13, 5 Mei lalu ekoran kenyataannya yang meminta kerajaan supaya tidak berlembut dengan pembangkang.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata komen yang disuarakan Dr Mahathir memperlihatkan kekhuatiran terhadap kerajaan Umno yang akan jatuh ekoran hilangnya kepercayaan rakyat pada PRU13.

Menurutnya, Dr Mahathir tidak perlu campur tangan urusan pentadbiran pemimpin negara kerana zamannya telah berlalu.

"Kenapa beliau gusar? Sedangkan beliau sudah pun bersara...komen beliau menyerlahkan kekhuatiran yang amat mendalam berkenaan kemungkinan kerajaan Umno jatuh.

"Sebab sekiranya Umno gagal, ianya kegagalan perdana menteri sekarang, tiada siapa akan salahkan beliau.

"Beliau perlu belajar melepaskan, beliau telah lakukan apa yang perlu kepada negara, sama ada secara betul atau pun tidak, semua yang telah dilakukannya tidak boleh diulang semula seperti beliau menjadi perdana menteri," katanya pada Sinar Harian Online.

Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri keempat itu menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya.

Mengulas lanjut, Pengerusi DAP, Karpal singh yang dipetik dalam satu portal berita, turut meminta bekas Dr Mahathir yang bersara pada 2003 supaya jangan cuba menguasai kerajaan sekarang.

Karpal secara berseloroh berkata perbuatan tersebut dilihat seperti memperlekehkan pentadbiran perdana menteri sekarang.

Sebaliknya kata Karpal, Dr Mahathir sepatutnya menurut jejak langkah bekas-bekas perdana menteri sebelum ini yang menjalani kehidupan peribadi selepas bersara.

"Mereka tidak berbuat apa-apa untuk mempengaruhi kerajaan semasa," katanya. -sinarharian

Links to this post

Jumaat, Jun 21, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Jun 20, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Jun 19, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Jun 17, 2013 | Author: Tuk Kiyai