Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

"Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis..." -Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis.

"Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam ini.

Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian.

Semalam, Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis pembangkang Haris Ibrahim serta Tamrin Ghafar ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur hasutan.

Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan serta-merta. - Bernama
-sinarharian

Perhimpunan aman: Zahid kata dia ada berbincang dengan pemimpin pembangkang. Siapakah pemimpin pembangkang itu?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diwawancara ketika menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini malam Sabtu. -FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka.

"Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di sini malam Sabtu.

Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu. - BERNAMA 
-mStar

Kes Sosilawati: Bekas Peguam, Tiga Yang Lain Dijatuhi Hukuman Gantung Sampai Mati

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA 
-mStar

‘Kami sudah putus hubungan’

Fizo Omar dan Haas hanya sempat bercinta selama 2 bulan.
 
Kuala Lumpur: “Ya, kami sudah putus hubungan dan setakat itu sajalah hubungan kami.

“Lebih baik berpisah awal secara baik daripada mencetuskan pergaduhan pada masa depan,” kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar, 28 mengakui hubungan cintanya bersama pelajar Universiti LimKokWing, Hans Jaafar, 25 sudah berakhir.

Fizo dihubungi semalam berkata, hubungannya bersama pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan itu hanya bertahan dua bulan selepas tiada keserasian bersama.

“Saya anggap hubungan ini berakhir kerana tiada jodoh dan persefahaman. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” katanya.

Kata Fizo, dia menerima keputusan putus cinta dengan hati terbuka dan mengakui masih berkawan bersama wanita itu. -hmetro

Bebas atau gantung sampai mati? Keputusan hari ini

Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.

Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.

Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38.  -hmetro

Isu Adam Adli : Pegawai khas Sivarasa antara 18 ditahan malam tadi

SHAH ALAM - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, mereka yang ditahan termasuk pegawai khas kepada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa iaitu Peter Chong dan semua yang ditahan telah dihantar ke Balai Polis Jalan Travers.
"Kira-kira jam 9.00 malam, beberapa aktivis ini memulakan ceramah di hadapan Balai Polis Jinjang dan tiba-tiba pihak polis datang memberikan arahan supaya kami bersurai.

"Tempoh masa untuk bersurai adalah 10 minit tetapi tak sampai 5 minit pihak polis terus membuat tangkapan apabila kami teruskan dengan ucapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Adam telah ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B  Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan akan berakhir hari ini untuk didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Jalan Duta.

Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.

Menurut Safwan, yang menjadi persoalan adalah sepanjang lima hari pihak aktivis dan penyokong Adam berada di balai berkenaan, tidak pernah dikeluarkan arahan bersurai.

"Mengapa baru sekarang?

"...tetapi kami tetap akan berada di sini dan akan ikut Adam ke mahkamah," dakwanya lagi. -sinarharian

Perhimpunan haram halang polis tumpu pencegahan jenayah, kata KPN

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Sikap penganjur dan peserta perhimpunan yang tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyukarkan polis untuk menumpukan tugasan hakikinya menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap penganjur yang tidak memaklumkan mengenai perhimpunan dan tidak berbincang dengan pihak polis adalah antara tindakan yang tidak mematuhi syarat dalam APA.

Akibatnya, beliau berkata pasukan polis terpaksa mengambil langkah keselamatan yang lebih dengan menggerakkan anggota pasukan di satu kawasan dalam jumlah yang besar.

"Kerana ingin menjaga ketenteraman awam di perhimpunan itu, kita terpaksa tempatkan ramai anggota kerana khuatir jika ada kumpulan lain yang menentang perhimpunan itu hadir mengadakan demonstrasi dan akhirnya berlaku pergaduhan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.

Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya Jumaat lepas. Katanya selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir, pembangkang telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram di beberapa negeri membantah keputusan pilihan raya umum dan didapati perhimpunan mereka telah melanggar syarat di dalam APA.

Pembangkang telah menganjurkan lima perhimpunan iaitu di Perak, Kelantan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dan kesemuanya adalah perhimpunan haram.

Beliau berkata akibat tindakan menjaga sesuatu perhimpunan itu, tugasan pasukan polis telah terganggu daripada menjalankan rondaan pencegahan jenayah.

"Kita menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan itu, perhatian kita telah dialihkan daripada tugas untuk menangani tugas-tugas lain dalam kepolisan ini, selain mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya," katanya.

Jika pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mematuhi syarat mengikut APA, beliau memberi jaminan perhimpunan yang ingin dianjurkan akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. — Bernama
-TMI

Mati dalam tahanan: Peguam temui kes paling buruk selepas Kugan

Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

NONEPeguam keluarga mangsa N Surendran (kiri) berkata, kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. -malaysikini

Amah diperkosa pekerja mesin rumput

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menonton televisyen manakala majikannya keluar dan anak majikan dalam bilik di tingkat atas.

Sumber polis berkata, lelaki warga Bangladesh itu difahamkan berlegar-legar di perumahan itu sejak beberapa hari lalu dan mangsa tidak pernah bercakap atau mengenali lelaki itu.

Katanya, pada hari kejadian, mangsa berada di dalam rumah dan tanpa disedari lelaki terbabit menyelinap melalui pintu kaca belakang tidak berkunci. -hmetro

Maut tertonggeng dalam baldi

BILIK air tempat kejadian Bilal lemas dalam baldi.

Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.

Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.

Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.

Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah. -hmetro

Paling popularkah Umno setelah guna seluruh jentera kerajaan?

KUALA LUMPUR: “Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini yang melaporkan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuklah di Kelantan,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook beliau.

Justeru, bagi bekas Menteri Besar Kelantan itu, popular atau tidak, itu bukan soal utama.

Beliau menegaskan, kebenaran tidak semestinya popular.

Bahkan, jelas beliau lagi, Rasulullah SAW di Mekah tidak popular tetapi setibanya di Madinah, baginda terus menjadi popular.

“Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno dan Barisan Nasional, siang malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno,” ujar beliau lagi. -harakahdaily

AirAsia nafi laporan Utusan halang penumpang

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Syarikat penerbangan AirAsia menafikan laporan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia yang mengatakan mereka menghalang seorang ibu dan bayi daripada menaiki pesawat dengan sengaja hari ini, langkah yang dilihat bakal menambah ketegangan antara kedua-dua pihak.

Utusan baru-baru ini secara terbuka mengkritik ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani ekoran komennya menerusi akaun Twitter yang meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan akhbar Umno tersebut.

“Kami ingin menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana salah seorang daripada mereka, iaitu seorang bayi, telah didapati dijangkiti dengan virus cacar air,” kata AirAsia dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

“Ini telah disahkan oleh doktor yang bertugas di lapangan terbang, yang juga mengisytiharkan bahawa bayi tersebut tidak berada di tahap kesihatan yang dibenarkan untuk menaiki penerbangan,” kata kenyataan itu lagi.

Akhbar tersebut melaporkan seorang wanita Izan Suhaila Mohd Ali, 36, bersama anaknya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, tidak dibenarkan menaiki pesawatAirAsia, AK 1455 dari Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke Malaysia sebaliknya syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia yang tampil membela mereka.

Utusan juga melaporkan kakitangan AirAsia tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

“Dalam kes ini, laporan perubatan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah dibawa untuk perjalanan hanya 3 hari selepas simptom pertama muncul dan didapati menghidapi demam, mata berair, hidung berair dan ruam pada kebanyakan bahagian badan.

Berdasarkan penemuan ini, doktor mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di tahap kesihatan yang sesuai untuk terbang,” kata AirAsia lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar juga menafikan dakwaan mengatakan pihaknya tidak memberikan bantuan kepada penumpang terbabit, sebaliknya berkata tawaran bantuan oleh AirAsia telah ditolak.

“Pada hari tersebut, wakil kami telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada kedua ibu dan anak tersebut, dan kami telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanahair serta 2 orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja anak kecil itu didapati sihat sepenuhnya oleh pakar perubatan.

“Kami juga ada menawarkan untuk menguruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka mengesahkan bahawa sudah mempunyai apa yang perlu untuk berada di Ho Chi Minh City,” kata Aireen.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan akhbar tersebut menggesa Azran meminta maaf kepada Utusan Malaysia serta kolumnis Awang Selamat juga mencadangan iklan AirAsia tidak diterima oleh akhbar tersebut.

“Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut,” kata Awang Selamat yang dipetik menulis semalam.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian pengarang akhbar yang memainkan isu perkauman serta turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

“Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?,” Abdul Rahman dilaporkan berkata. -themalaysianinsider

Askar minum darah kambing

BEBERAPA bekas askar memanaskan darah kambing pada satu upacara vodoo di Mariani, Haiti kelmarin.

MARIANI - Askar-askar yang dibubarkan percaya ritual meminum darah kambing akan dapat membantu tentera diwujudkan semula di Haiti.

Upacara yang merupakan sebahagian daripada amalan ilmu hitam dikenali sebagai voodoo itu berlangsung di sini kelmarin.

Selepas meminum darah kambing yang dipanaskan, mereka berarak di sepanjang jalan raya di sini untuk meraikan ulang tahun ke-210 kewujudan bendera kebangsaan Haiti.

Askar-askar tersebut menuntut pemerintah mewujudkan semula tentera di negara Amerika Tengah itu.

Angkatan Bersenjata Kebangsaan Haiti dibubarkan pada 1995 kerana ia kerap terlibat menggulingkan pemerintah dan menggunakan kekerasan dalam menangani tunjuk perasaan. - AP
-kosmo

KUALA LUMPUR - Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis.

"Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam ini.

Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian.

Semalam, Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis pembangkang Haris Ibrahim serta Tamrin Ghafar ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur hasutan.

Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan serta-merta. - Bernama
-sinarharian

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diwawancara ketika menjadi tetamu dalam rancangan Helo Malaysia terbitan Bernama TV di Wisma Bernama di sini malam Sabtu. -FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka.

"Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di sini malam Sabtu.

Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu. - BERNAMA 
-mStar

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA 
-mStar
‘Kami sudah putus hubungan’
Khamis, Mei 23, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Fizo Omar dan Haas hanya sempat bercinta selama 2 bulan.
 
Kuala Lumpur: “Ya, kami sudah putus hubungan dan setakat itu sajalah hubungan kami.

“Lebih baik berpisah awal secara baik daripada mencetuskan pergaduhan pada masa depan,” kata pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau Fizo Omar, 28 mengakui hubungan cintanya bersama pelajar Universiti LimKokWing, Hans Jaafar, 25 sudah berakhir.

Fizo dihubungi semalam berkata, hubungannya bersama pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan itu hanya bertahan dua bulan selepas tiada keserasian bersama.

“Saya anggap hubungan ini berakhir kerana tiada jodoh dan persefahaman. Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan lagi,” katanya.

Kata Fizo, dia menerima keputusan putus cinta dengan hati terbuka dan mengakui masih berkawan bersama wanita itu. -hmetro
Bebas atau gantung sampai mati? Keputusan hari ini
Khamis, Mei 23, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.

Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.

Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38.  -hmetro
SHAH ALAM - Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang sedang bersoladariti bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang berkata, mereka yang ditahan termasuk pegawai khas kepada Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa iaitu Peter Chong dan semua yang ditahan telah dihantar ke Balai Polis Jalan Travers.
"Kira-kira jam 9.00 malam, beberapa aktivis ini memulakan ceramah di hadapan Balai Polis Jinjang dan tiba-tiba pihak polis datang memberikan arahan supaya kami bersurai.

"Tempoh masa untuk bersurai adalah 10 minit tetapi tak sampai 5 minit pihak polis terus membuat tangkapan apabila kami teruskan dengan ucapan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Adam telah ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B  Kanun Keseksaan.

Beliau direman selama lima hari bermula Ahad lalu dan akan berakhir hari ini untuk didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Seksyen Jalan Duta.

Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu.

Menurut Safwan, yang menjadi persoalan adalah sepanjang lima hari pihak aktivis dan penyokong Adam berada di balai berkenaan, tidak pernah dikeluarkan arahan bersurai.

"Mengapa baru sekarang?

"...tetapi kami tetap akan berada di sini dan akan ikut Adam ke mahkamah," dakwanya lagi. -sinarharian

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Sikap penganjur dan peserta perhimpunan yang tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menyukarkan polis untuk menumpukan tugasan hakikinya menjaga ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sikap penganjur yang tidak memaklumkan mengenai perhimpunan dan tidak berbincang dengan pihak polis adalah antara tindakan yang tidak mematuhi syarat dalam APA.

Akibatnya, beliau berkata pasukan polis terpaksa mengambil langkah keselamatan yang lebih dengan menggerakkan anggota pasukan di satu kawasan dalam jumlah yang besar.

"Kerana ingin menjaga ketenteraman awam di perhimpunan itu, kita terpaksa tempatkan ramai anggota kerana khuatir jika ada kumpulan lain yang menentang perhimpunan itu hadir mengadakan demonstrasi dan akhirnya berlaku pergaduhan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar di sini, hari ini.

Khalid, 55, menggantikan Ismail, 60, yang tamat kontraknya Jumaat lepas. Katanya selepas pilihan raya umum ke-13 berakhir, pembangkang telah mengadakan beberapa siri perhimpunan haram di beberapa negeri membantah keputusan pilihan raya umum dan didapati perhimpunan mereka telah melanggar syarat di dalam APA.

Pembangkang telah menganjurkan lima perhimpunan iaitu di Perak, Kelantan, Sabah, Selangor dan Pulau Pinang dan kesemuanya adalah perhimpunan haram.

Beliau berkata akibat tindakan menjaga sesuatu perhimpunan itu, tugasan pasukan polis telah terganggu daripada menjalankan rondaan pencegahan jenayah.

"Kita menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan itu, perhatian kita telah dialihkan daripada tugas untuk menangani tugas-tugas lain dalam kepolisan ini, selain mencegah jenayah, mengawal lalu lintas dan sebagainya," katanya.

Jika pihak penganjur memaklumkan kepada polis dan mematuhi syarat mengikut APA, beliau memberi jaminan perhimpunan yang ingin dianjurkan akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal. — Bernama
-TMI

Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

NONEPeguam keluarga mangsa N Surendran (kiri) berkata, kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur. -malaysikini
Amah diperkosa pekerja mesin rumput
Rabu, Mei 22, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Diacu pisau di leher sebelum dirogol pekerja mesin rumput. Begitulah nasib menimpa seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dirogol seorang lelaki yang tugasnya memotong rumput di kawasan rumah majikan mangsa di ibu kota, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 34 tahun sedang menonton televisyen manakala majikannya keluar dan anak majikan dalam bilik di tingkat atas.

Sumber polis berkata, lelaki warga Bangladesh itu difahamkan berlegar-legar di perumahan itu sejak beberapa hari lalu dan mangsa tidak pernah bercakap atau mengenali lelaki itu.

Katanya, pada hari kejadian, mangsa berada di dalam rumah dan tanpa disedari lelaki terbabit menyelinap melalui pintu kaca belakang tidak berkunci. -hmetro
Maut tertonggeng dalam baldi
Rabu, Mei 22, 2013 | Author: Tuk Kiyai
BILIK air tempat kejadian Bilal lemas dalam baldi.

Kuantan: Hanya kira-kira dua minit meninggalkan anak untuk menelefon suami, seorang wanita sesal seumur hidup apabila anak bongsunya berusia 14 bulan maut akibat lemas dalam baldi di rumahnya di Taman Putra Putri, Permatang Badak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Mohamad Bilal Mohd Zawawi ditemui ibunya, Surianti Zahari, 34, dalam keadaan tertonggeng dengan kepalanya berada dalam baldi berisi air manakala kakinya ke atas dalam bilik air di bilik tidur utama.

Sebelum itu, Surianti meninggalkan Mohamad Bilal bersama seorang lagi anaknya, Nur Arina Damia dan anak saudaranya dikenali sebagai Shira, masing-masing berusia lima tahun manakala anak sulung pasangan itu, Mohamad Eusoff, 8, mengikuti Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di Jaya Gading.

Suami wanita itu, Mohd Zawawi Husain, 34, berkata, isterinya yang juga guru sebelum itu baru pulang dari sekolah dan masuk ke bilik tidur rumah sewa mereka bersama tiga kanak-kanak terbabit.

Mohd Zawawi yang juga pegawai bank di Kemaman, Terengganu, berkata, Surianti kemudian menghubunginya untuk berbincang mengenai hasrat mereka membeli rumah. -hmetro
Paling popularkah Umno setelah guna seluruh jentera kerajaan?
Selasa, Mei 21, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: “Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini yang melaporkan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuklah di Kelantan,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook beliau.

Justeru, bagi bekas Menteri Besar Kelantan itu, popular atau tidak, itu bukan soal utama.

Beliau menegaskan, kebenaran tidak semestinya popular.

Bahkan, jelas beliau lagi, Rasulullah SAW di Mekah tidak popular tetapi setibanya di Madinah, baginda terus menjadi popular.

“Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno dan Barisan Nasional, siang malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno,” ujar beliau lagi. -harakahdaily
AirAsia nafi laporan Utusan halang penumpang
Selasa, Mei 21, 2013 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Syarikat penerbangan AirAsia menafikan laporan akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia yang mengatakan mereka menghalang seorang ibu dan bayi daripada menaiki pesawat dengan sengaja hari ini, langkah yang dilihat bakal menambah ketegangan antara kedua-dua pihak.

Utusan baru-baru ini secara terbuka mengkritik ketua pegawai eksekutif anak syarikatnya, AirAsiaX, Azran Osman Rani ekoran komennya menerusi akaun Twitter yang meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan akhbar Umno tersebut.

“Kami ingin menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana salah seorang daripada mereka, iaitu seorang bayi, telah didapati dijangkiti dengan virus cacar air,” kata AirAsia dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

“Ini telah disahkan oleh doktor yang bertugas di lapangan terbang, yang juga mengisytiharkan bahawa bayi tersebut tidak berada di tahap kesihatan yang dibenarkan untuk menaiki penerbangan,” kata kenyataan itu lagi.

Akhbar tersebut melaporkan seorang wanita Izan Suhaila Mohd Ali, 36, bersama anaknya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, tidak dibenarkan menaiki pesawatAirAsia, AK 1455 dari Ho Chi Minh, Vietnam untuk pulang ke Malaysia sebaliknya syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan Tourism Malaysia yang tampil membela mereka.

Utusan juga melaporkan kakitangan AirAsia tidak menghiraukan penjelasan Izan Suhaila anaknya sudah pulih daripada demam campak dan kesan tompokan hitam yang kelihatan merupakan parut akibat penyakit tersebut.

“Dalam kes ini, laporan perubatan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah dibawa untuk perjalanan hanya 3 hari selepas simptom pertama muncul dan didapati menghidapi demam, mata berair, hidung berair dan ruam pada kebanyakan bahagian badan.

Berdasarkan penemuan ini, doktor mengisytiharkan bahawa kanak-kanak itu tidak berada di tahap kesihatan yang sesuai untuk terbang,” kata AirAsia lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar juga menafikan dakwaan mengatakan pihaknya tidak memberikan bantuan kepada penumpang terbabit, sebaliknya berkata tawaran bantuan oleh AirAsia telah ditolak.

“Pada hari tersebut, wakil kami telah menyediakan bantuan yang diperlukan kepada kedua ibu dan anak tersebut, dan kami telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanahair serta 2 orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja anak kecil itu didapati sihat sepenuhnya oleh pakar perubatan.

“Kami juga ada menawarkan untuk menguruskan penginapan hotel dan pengangkutan, namun mereka mengesahkan bahawa sudah mempunyai apa yang perlu untuk berada di Ho Chi Minh City,” kata Aireen.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan akhbar tersebut menggesa Azran meminta maaf kepada Utusan Malaysia serta kolumnis Awang Selamat juga mencadangan iklan AirAsia tidak diterima oleh akhbar tersebut.

“Tanpa Air Asia, Utusan tidak akan hadapi sebarang masalah. Lagipun nilai iklan yang diberi sangat kecil, lebih rendah daripada iklan jamu dan rawatan rambut,” kata Awang Selamat yang dipetik menulis semalam.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian pengarang akhbar yang memainkan isu perkauman serta turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu kemudiaan menyiarkan kenyataan dari pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar Azran sebagai “bongkak” dan “lupa diri”.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

“Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?,” Abdul Rahman dilaporkan berkata. -themalaysianinsider
Askar minum darah kambing
Isnin, Mei 20, 2013 | Author: Tuk Kiyai