Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

TERKINI: 7.00 pm: Tak rasmi BN - 51 vs Pakatan - 20, Taib Mahmud Menang

Label:

Barisan Nasional (BN) yang berhadapan dengan saingan paling sengit dalam pilihan raya negeri Sarawak dikatakan memperoleh 51 kerusi, demikian menurut beberapa pemimpin perikatan itu.
 
“Ada burung kecil berbisik kepada bahawa BN, secara tidak rasmi, telah menang sekurang-kurangnya 51 kerusi,” kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam mesej Twitternya.

Baki 20 kerusi dikuasai Pakatan Rakyat.

============================================

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengekalkan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri yang diadakan hari ini.
 
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, yang disebut-sebut sebagai bakal calon Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang, menguasai kerusi di Ba’Kelalan.

Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan mengekalkan kerusi Saribas dan Satok.

Di Balingian, Taib dicabar sepupunya Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah.

Dalam pada itu, DAP dijangka akan menang di 13 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

“Setakat ini, DAP nampaknya akan menang di 10 kerusi. Tiga akan dikuasai. Dua nampaknya akan kalah,” kata Zairil Khir.

-TMI

TERKINI: Pakatan Rakyat mungkin berjaya bentuk Kerajaan?

Label:

Saya petik:

[TMI] KUCHING, 16 April — Pakatan Rakyat dilihat berpeluang besar untuk menguasai lebih banyak kerusi ekoran keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan tiga parti komponen itu mendahului di beberapa pusat mengundi. 

Pakatan Rakyat yang optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah keluar mengundi setakat ini “lebih tinggi daripada biasa”, dipercayai mereka mampu untuk menggantikan kerajaan negeri sedia ada.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri George Chan Hong Nam berkata jumlah keluar mengundi yang mengejutkan itu akan mengekalkan penguasaan kerajaan BN.
Beliau menjelaskan jumlah pengundi yang keluar awal perkara biasa dan kebanyakannya adalah penyokong BN.

“Lebih dari 30 peratus sudah keluar mengundi. Ada kawasan yang agak sukar kerana ia kebanyakan pengundi Cina. Tapi peratus mengundi sekarang bagus.

“Ia sesuatu yang bagus bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kerana biasanya pengundi yang berumur akan mengundi pada waktu pagi sementara yang muda pada tengahari. Ini petanda yang baik,” katanya.

Chan, yang juga Presiden SUPP berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau tapi berkata ia persaingan yang sengit menentang calon DAP Ling Sie Kiong.

SPR pada tengah hari tadi berkata kira-kira 800 dari 1,749 pusat mengundi sudah ditutup.
Pada pukul 2 petang tadi, PKR dilaporkan mendapat keputusan yang positif sekurang-kurang enam kerusi - Ba’Kelalan, Tebedu, Layar, Krian, Kakus and Tamin.

Di Ba’ Kelalan, pertandingan yang sengit Pengerusi PKR Sarawak dan disebut-sebut bakal ketua menteri - Baru Bian dilaporkan menang dengan keputusan tipis mengatasi anak saudaranya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDB) Willie Liau.

Gadis ini makan dagingnya sendiri

Label:

Di rumah yang sederhana iti tinggal seorang anak remaja yang suka memakan dagingnya sendiri. Dia adalah Ningsih (19), warga Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan. Situbondo. Selama sebelas tahun, sepuluh jarinya habis dimakan.

Nining - panggilan akrab gadis ini, selain memiliki gangguan jiwa, suka memakan dagingnya sendiri, sejak  berusia 8 tahun.. Bahkan, sampai saat ini, sepuluh jarinya telah habis dimakan. Kebiasaan tersebut  sudah tidak lagi dilakukan, setelah keluarganya membungkus tebal-tebal kedua tangannya.

Namun baru-baru ini, kebiasaan tersebut datang lagi. Bukannya tangan yang dimakan, Nining sudah mulai memakan daging  di kedua bahunya.

Nining tinggal di rumah itu bersama ayahnya Munasip (40), dan Bunira (60)  nenek yang setiap hari setia merawatnya. Sedangkan Ernanik, ibu kandungnya, sudah sejak lima tahun silam, merantau bekerja ke negeri jiran Malaysia .

“Saya kasihan. Kadang kalau saya marahi supaya tidak makan dagingnya sendiri, dia ketawa, itu yang membuat hati saya semakin teriris-iris rasanya,” tutur Bunira dengan mata berkaca-kaca

Untuk memenuhi keperluan makanan, selain memohon belas kasihan para dermawan, Bunira juga mencari dengan berjualan sayuran keliling. Keadaan Nining anak pasangan Munasib (50) dan Ernanik (40) ini sangat memerlukan perhatian. Sebahagian jarinya hilang di bahagian tangan kanan dan kirinya.

Anehnya, menurut Bunira, Nining tidak pernah merasakan kesakitan saat memakan dagingnya sendiri. Beberapa cara perubatan sudah dilakukan, bahkan sempat dirawat di hospital. Namun hasilnya tetap saja kosong.

Keluarga ini mengaku sudah tidak mampu lagi membawa Nining untuk berUbat, dan terpaksa membiarkannya. Keluarga ini terpaksa hanya menjaga gadis manis itu, agar tidak memakan dagingnya lagi.

Kalau adiknya normal-normal saja. Gadis yang seusia dengan dia sudah ada yang berkeluarga, mungkin ini cubaan bagi keluarga dia,” tutur Ahmadi, tetangga Ningsih. Ahmadi juga berkata selama ini, Nining, tidak pernah mengganggu orang lain. Bahkan, ketika diajak berkomunikasi, dengan tutur bahasa yang terbatas-batas, Ningsih berusaha menjawabnya.

Sumber di sini.

Saya tiada akaun Facebook - Rosmah Mansor

Label:

Gambar Akaun Facebook Kelab Peminat Datin Seri Rosmah Mansor yang mempunyai 174 peminat

Jika anda menaip "Rosmah Mansor" di laman sosial Facebook akan keluarlah beberapa akaun mengenai nama tersebut, antaranya:

Saya petik:

Rosmah dedah penipuan pihak tertentu salah guna nama 

[BH] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan beberapa akaun Facebook menggunakan namanya kerana beliau tidak pernah mendaftar di laman sosial berkenaan. 

Malah, apa yang mengejutkannya, selepas diselidiki, akaun yang digambarkan seolah-olah dikendalikannya dan memaparkan laporan berserta gambarnya ketika menghadiri majlis rasmi yang dipercayai didaftarkan individu atau pihak di luar negara. 

“Saya terkejut kerana sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu bahawa beliau sudah menjadi rakan saya di Facebook.

“Sudah pasti saya hairan, bagaimana itu boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah mendaftar pun di situ. Justeru, anda semua harus berhati-hati dan tidak tertipu.

“Saya tidak akan berbuat begitu (mendaftar dan berkomunikasi menerusi Facebook)...saya sentiasa bertemu dan berinteraksi terus dengan rakyat, bukannya di Facebook,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pameran Smart Kids 2011 anjuran bersama Expomal International Sdn Bhd dan Mutiara Sigma (M) Sdn Bhd, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Hadir sama, Pengerusi Expomal, Tan Sri Mustafa Mansur.

Pada majlis sama, Rosmah turut menyampaikan anugerah Young Malaysian Outstanding Achievement 2011.

Selain itu, Rosmah turut mengingatkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka di internet bagi memastikan mereka memperoleh manfaat dan bukannya terpengaruh dengan gejala negatif dalam talian berkenaan.

“Teknologi internet boleh menjadi alat pendidikan yang menguntungkan namun pada masa yang sama mampu memusnah, membahayakan atau mengancam kesejahteraan emosi serta fizikal anak-anak.

“Sebagai ibu bapa kepada warga digital ini, kita harus membenarkan anak kita membabitkan diri dalam dunia siber dengan pencegahan tertentu. Saya amat percaya, perlindungan terbaik bagi aktiviti dalam talian anak adalah ibu bapa dan juga penjaga,” katanya.

Rosmah berkata, bagi menjadi ‘guru siber’ yang efektif kepada anak-anak, ibu bapa perlu mahir dengan internet terlebih dulu bagi memahami bagaimana dunia siber berfungsi.

Ceramah Grand Finale DAP diganggu Polis, lebih 10,000 tak berganjak dalam hujan

Label:

Gelombang Ngap Sayot di Sarawak tak kenal etnik. Semua mahu tumbangkan BN, tumbangkan Taib Mahmud

Saya petik:

[KD] SARAWAK: Walaupun hujan renyai, kira-kira 10,000 hadir ceramah Grand Finale anjuran DAP – sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat di kawasan tempat letak kereta Restoran Alisan di Stutong.

Namun, ceramah Pakatan Rakyat – seperti biasa mendapat gangguan polis hingga menyebabkan program berkenaan terpaksa, dihentikan seketika.

Ia berikutan sepasukan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) naik ke pentas ketika pengasas DAP Sarawak, Chong Shou Jiang berucap kira-kira jam 7.50 malam.

Mujur, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua selepas mengadakan rundingan denagn polis, memaklumkan kepada hadirin yang ceramah itu dibenarkan untuk disambung.

“Polis kata, mereka hanya jalankan arahan pihak atasan. Pihak atasan itu ialah pemimpin Barisan Nasional (BN),” kata Tony – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dengan disambut sorakan hadirin.

“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,” kata Tony lagi.

Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.

TANGKAP individu yang cuba menipu undi!

Label:

Saya petik:

[tvs] KUCHING 15 April : Angkatan Muda Keadilan merancang untuk membuat tangkapan awam ke atas mana-mana pihak yang meragukan demi memastikan proses pilihan raya tidak tercemar dengan pengundi hantu, kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau percaya akan berlaku penipuan dalam pilihan raya memandangkan beberapa pakar pantau pilihan raya sehingga petang tadi masih dihalang masuk ke sini oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pemantau-pemantua bebas pilihanraya terbabit antaranya S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng.

"Besok saya nak minta rakan-rakan semua (AMK) melakukan tangkapan awam (sivil arrest) seperti mana yang dibenarkan di bawah kanun keseksaan,"

"Mana (pengundi-pengundi) yang cuba membuat cubaan menipu (undi) kena ditangkap dan diambil tindakan dengan laporkan di bilik gerakan PKR dan buat laporan polis," ujarnya pada satu kenyataan media di Dun Satok, Kuching di sini.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak berwajib, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya supaya jangan sesekali bersekongkol menipu proses pembuangan undi yang dijadualkan bermula pada 8 pagi esok dan berakhir pada jam 5 petang hari yang sama.

Amaran itu disuarakannya setelah SPR yang berjanji bahawa tempoh pembuangan undi pos adalah selama dua hari sebelum ini, tiba-tiba dilanjutkan pada hari esok.

"Saya ingin memberi amaran kepada SPR supaya jangan sesekali melakukan penipuan...contohnya, undi Pos disambung satu hari lagi (sedangkan) SPR berjanji dua hari sahaja, ini nak laksana satu hari lagi (iaitu) esok," tegasnya.

(Gambar hiasan)

Apa komen ustaz umno ini mengenai video seks

Label:

Tapi sayang, ulasan ustaz umno ini tidak disiarkan oleh media Malaysia kerana mereka lebih suka menayangkan video lucah untuk tatapan rakyat...

PM rasa dirinya BERSIH selepas pendedahan oleh individu yang diburu polis

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.

Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak.

Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Namun, TV3 melaporkan seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya.

Turut melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah berperang media dengan Deepak Jaikishan.

Deepak pula adalah kenalan rapat Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya sebelum menafikannya.

“Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun.

"Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru,” sindir Tuan Ibrahim. ( gambar)

Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3.

“Sudah ada rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?” kata Tuan Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya untuk “membersihkan” nama Raja Petra.

WARAN TANGKAP terhadap Norman, Memey

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Norman Hakim dan Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap ekoran kegagalan mereka untuk menghadiri prosiding kes khalwat di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Jumaat.

Hakim Syarie Salehan Yatim mengeluarkan waran tangkap tersebut selepas mendapati penjelasan yang diberikan mengenai ketidakhadiran pelakon berkenaan adalah tidak munasabah.

Peguam syarie Munirah A Bakar yang menyebut bagi pihak Fakhrul Azman Abu Hassan yang sedang berada di luar negara terlebih dahulu memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada Norman.

“Norman memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir kerana sakit manakala Suhaiza Suhaimi (Memey) berada di luar kawasan,” katanya.

Bagaimanapun, tiada sebarang sijil cuti sakit dikemukakan di mahkamah.

Perbicaraan kes khalwat Norman dan Memey telah berjalan selama dua tahun akhirnya menampakkan tanda-tanda akan berakhir apabila Salehan menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes tersebut.

Beliau juga menetapkan 20 Mei ini untuk peguam syarie membalas hujahan pihak pendakwaan yang difailkan pada Jumaat, manakala pihak pendakwaan dijadualkan menggulung hujah mereka pada 20 Jun depan.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 34, dan Memey, 23, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP1/2, Taman Ukay Perdana, Ampang, di sini.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 1.45 dan 3 pagi, 30 Oktober 2008.

Pendakwaan terhadap Norman dibuat mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey dituduh mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen yang sama.
Mereka yang didakwa di mahkamah untuk kali pertama pada 20 Januari 2009 kini berhadapan dengan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk membuktikan pertuduhan tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan tujuh saksi pendakwaan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Hasrul Hafizsi Ahmad Kamal.

TV3 putarbelit temubual Raja Petra - MLCM

Label:

Saya petik:

[MK] Presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim berkata, beliau percaya kenyataan pengerusinya, Raja Petra Kamaruddin telah diputarbelit oleh stesen TV3.

Kenyataan berkenaan disiarkan stesen berkenaan dalam slot berita waktu perdana secara berturut-turut sejak malam kelmarin.

Haris menjelaskan, Raja Petra dalam temuramah berkenaan hanya menamakan seorang individu yang didakwa telah memberitahu beliau mengenai dakwaan berhubung penglibatan isteri perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Tetapi suara latar (laporan TV3) itu berkata beliau mendapat maklumat dari beberapa individu," katanya mengulas temubual Raja Petra dengan pengarang kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah.

Kenyataan Raja Petra dalam temubual itu juga bukanlah satu "pengakuan," seperti laporan stesen televisyen berkenaan.

Jelasnya, Raja Petra malah telah meminta pihak berkuasa menyiasat individu yang dinamakannya dalam temubual berkenaan.

Haris juga berkata, temubual itu dijalankan selama lebih sejam Februari lalu.

Raja Petra memberitahu beliau demikian dalam satu perbualan telefon dengan penulis blog popular itu hari ini, kata Haris.

"(Kandungan) temubual selebihnya itu kita masih tidak tahu.

"Jadi saya cabar TV3 untuk siarkan temuramah itu sepenuhnya tanpa suntingan," katanya lagi kepada media di pejabat MCLM hari ini.

Tambahnya, beliau juga percaya Raja Petra telah "terlepas pandang" mengenai "bahaya" yang mungkin timbul apabila ditemuramah TV3.

PANAS: Calon BN didakwa tembak setiausaha sendiri

Label:

Calon BN DUN Bukit Begunan, Mong Dagang

Saya petik:

[MK] Polis Daerah Sri Aman hari ini mengesahkan menerima laporan satu insiden melibatkan tembakan senjata api yang dilepaskan oleh seorang calon BN.

Calon BN bagi DUN Bukit Begunan itu, Mong Dagang didakwa melepaskan tembakan yang mengenai seorang individu, dipercayai seorang pegawainya.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum jelas sama ada tembakan yang dilepaskan itu dibuat dengan sengaja ataupun tidak kerana siasatan polis masih berjalan. 

"Kita siasat bawah Akta Senjata Api. Lepas siasat, kita akan serah laporan pada pihak atasan," kata Ketua Polis Daerah Sri Aman ASP Mat Jusoh Muhamad kepada Malaysiakini.

"Jika dibuat secara sengaja, ada unsur jenayahlah. Tetapi perkara ini masih dalam siasatan dan saksi-saksi akan dipanggil (membantu siasatan)."

Menurut Mat Jusoh, pihaknya menerima aduan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada minggu lalu.

Usaha Malaysiakini menghubungi Mong setakat ini belum berhasil.

Pagi ini, wakil rakyat DAP Jeff Oii menghebahkan perkara itu melalui Twitter dan meminta pengesahan daripada pengikutnya di laman sosial itu.

"Dengar-dengar calon BN (bagi kerusi) N26 Bukit Begunan lepaskan tembakan dan cederakan setiausahanya. Boleh sahkan perkara ini? (Ada) risiko dikeluarkan kelayakan (bertanding)," tulisan anggota parlimen Jelotong itu dipetik.

Kempen: Ada laporan, 'bukan serius'

Ketika ditanya kenapa DAP mahu menjadikan perkara itu isu dalam tempoh berkempen, Jeff menjelaskan, oleh kerana ia didakwa melibatkan pihak bertanding dalam pilihan raya, rakyat mestilah dimaklumkan.

"Calon mestilah bebas daripada sebarang dakwaan jenayah. Polis mestilah mengesahkan sama tembakan yang dilepaskan itu bebas daripada unsur jenayah kerana ia melibatkan pihak yang bertanding (dalam pilihan raya).

"SPR juga mesti dimaklumkan secepat mungkin dan perkara ini mesti dihebahkan kepada pemilih sebelum hari pengundian. Jika beliau didapati bersih, ia mesti diumumkan," katanya kepada Malaysiakini.

Bukit Begunan, kawasan majoriti Iban antara kubu kuat BN dalam pilihan raya negeri kali ini. Mong sebagai penyandang menghadapi persaingan tiga penjuru dengan calon PKR dan SNAP.

Sementara itu, mengulas tentang perjalanan kempen yang tinggal tidak sampai 24 jam lagi, Mat Jusoh berkata ia masih berjalan dengan aman tanpa sebarang insiden.

Ditanya tentang laporan yang diterimanya setakat ini, beliau mengakui ada menerima beberapa laporan tetapi bukan melibatkan perkara yang serius.

Siapa arah anggota UTK bunuh Altantuya?

Label:

Saya petik:
[tvs] KUCHING 15 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab persoalan siapa yang mengarahkan dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata persoalan mengenainya gagal dijawab Najib sehingga hari ini.

Anwar merujuk kepada akuan-akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh P. Balasubraminiam dan Raja Petra Kamaruddin pada 2008.

Menurut Anwar, pendedahan-pendedahan yang dibuat dalam akuan bersumpah tidak dijawab oleh Najib.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Raja Petra dalam temu bual bersama Tv3 oleh wartawan dari sebuah syarikat televisyen swasta.

Pengarang Malaysia Today itu dalam temu bual bersama Tv 3 semalam menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Namun ia hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

" Saya tidak mahu jawab sekarang tentang isu ini. Biar hari ini kita tumpukan sepenuhnya kepada piliharaya Sarawak dan kesedaran baru rakyat Sarawak untuk membuat perubahan.

"Pada 17 hb, mereka (media arus perdana) boleh teruskan serangan peribadi terhadap saya seperti biasa. Tapi hari ini biar kita fokus sepenuhnya kepada Sarawak," kata Anwar pada satu sidang media yang diadakan di sebuah hotel di Kuching hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Tv3, RTM dan media milikan Umno-BN boleh 'mula' membuat serangan kembali ke atas Anwar tepat pukul 6 petang selepas semua pusat pembuangan undi ditutup esok.

"Saya hendak Najib jawab umpamanya akuan bersumpah Bala bahawa beliau mengenali Altantuya pada pameran berlian di Singapura. Saya hendak Najib jelaskan ini," katanya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun.- tvs

Saya tidak edar VIDEO SEKS YB Haji KJ

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

[FMT] PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) mencabar Khairy Jamaluddin membuat laporan polis jika benar beliau mengedarkan video seks kononnya membabitkan ketua pemuda Umno itu.

Badrul Hisham, yang juga Ketua Cabang PKR Rembau itu menegaskan, beliau tidak mengedarkan video di perkarangan masjid Paroi sebagaimana didakwa.

Sebaliknya beliau mendakwa, video tersebut diedarkan oleh orang Umno yang mahu melihat Khairy kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya itu, Khairy menewaskan Badrul Hisham di parlimen Rembau dengan majoriti 5,746 undi.

Bagaimanapun, Badrul Hisham mendakwa kemenangan lawannya itu kerana dibantu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

“Orang Umno mengedarkan video tersebut untuk membantu saya mengalahkan Khairy,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan polis oleh Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Rembau Mohd Safariladira Abdullah di balai polis Chembung, 7 April lalu.

Laporan itu dibuat ekoran kenyataan Badrul Hisham bahawa beliau menerima rakaman video seks dalam kempen pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun, Badrul Hisham berkata, beliau mengarahkan video berkenaan dimusnahkan kerana tidak mahu politik selak kain dijadikan modal kempen.

Beliau juga mendakwa Khairy membuat tuduhan ke atasnya secara melampau dan tidak tentu arah.

“KJ (Khairy Jamaluddin) sudah panik dan terlalu emosi. Saya tahu dia sudah membuat laporan polis terhadap saya, bukan sekali tetapi banyak kali selepas pilihan raya 2008.

“Terpulang kepada beliau nak buat apa, saya tidak peduli lagi,” katanya.

Pelacur ini sudah beri keterangan kepada polis

Label:

Hebat betul PDRM mencari Pelacur dari China ini. Mungkinkah hasil kerjasama Datuk T?

Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR – Siasatan terkini ke atas video seks yang pelakunya seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang memasuki episod baru apabila polis mengesahkan telah merakamkan percakapan semua individu terlibat termasuk pelacur yang dikaitkan dalam kes tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, identiti pelaku dalam video seks berkenaan juga telah dikenal pasti selepas siasatan terperinci dilakukan oleh pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai identiti pelaku dalam video seks itu kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan polis.

“Tidak kira di mana rakaman itu dirakam, yang penting kesahihan video itu penting. Imej itu tidak menggunakan teknik pertindihan.

“Identiti pelaku tersebut juga disahkan berdasarkan fakta-fakta yang kukuh,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini semalam.

Kosmo! pada 22 Mac lalu melaporkan tindakan sekumpulan tiga tokoh yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T membuat pendedahan mengenai rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China di sebuah hotel.

Siasat semula kes Altantuya - MP Balik Pulau

Label:

Saya petik:

[tvs] Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.

TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.

Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.

Namun menurut Yusmadi yang juga Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa yang lebih penting di sebalik temu bual itu ialah pendedahan terbaru Raja Petra mengenai beberapa individu yang boleh membantu siasatan kes kematian misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.

“ Ya memangkan nama Anwar Ibrahim cuba dikaitkan, ini punya kaitan langsung dengan implikasi atau impak terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalampilihanraya kali ini tetapi yang lebih penting di sini ialah temuduga itu telah dibuat sudah lama di Australia. Kenapa ia disiarkan pada masa ini?,"soal Yusmadi.

Yusmadi berkata kenyataan Raja Petra bagaimanapun harus mengundang polis untuk membuka semula siasatan mengenai pembunuhan Altantuya.

" Tapi saya sebagai peguam melihat ini sebagai isu undang-undang dan isu jenayah yang perlu ditangani secara jenayah walaupun cuba dimanfaatkan oleh pihak Barisan Nasional dan TV3 untuk kepentingan politik. Yang penting ialah untuk keadilan kepada mereka yang terlibat dan pihak polis perlu membuka kertas siasatan bagi merungkai banyak persoalan dalam tragedi ini yang menyebabkan kematian seorang warga Mongolia,"katanya.

Semalam dalam temu bual Tv3, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Namun beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu bersandarkan maklumat yang diterima daripada beberapa pihak.

“ Kenyataan Raja Petra berdasarkan interview yang dilakukan di Australia menunjukkan satu perkara yang amat memeranjatkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis kerana ia merujuk kepada apa yang saya lihat sebagai keterangan baru kerana nama-nama yang disebut atau bukti-bukti yang disebut seperti mereka yang kononnya mempunyai maklumat yang relevan untuk kes Altantnya. Antaranya nama-nama seperti leftenan kolonel yang dikata mempunyai maklumat.

" Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah terutama sekali untuk mahkamah menilai terutama sekali apabila kes Altantuya ini untuk rayuan untuk mereka yang tertuduh yang telah didapati bersalah,"jelas Yusmadi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya memberi wawancara kepada TV3 untuk menarik perhatian polis supaya menyiasat kandungan kenyataan bersumpahnya pada Jun 2008.

Akuan bersumpah itu dibuat berasaskan maklumat yang diyakini dimiliki oleh perisikan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) yang mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera ketika Altantuya dibom di Puncak Alam, Shah Alam.

Menurut Yusmadi, nama-nama seperti Lt Kol Azmi Zainal Abidin, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan Din Merican yang disebut Raja Petra adalah penemuan terbaru untuk merungkai misteri kematian Altantuya.

" Jadi di sini adalah wajar dan perlu untuk pihak polis dan pihak bertangungjawab membawa keterangan-keterangan tersebut untuk dinilai oleh mahkamah. Dan kerana kita tahu sehingga hari ini pihak berkuasa iaitu kedua orang polis UTK itu, bahawa mereka tak bersalah dan isu besar yang menjadi tanda tanya ialah isu motif,” kata Yusmadi.

“Apakah motif sekiranya melakukan pembunuhan tersebut. Jadi kenyataan Raja Petra itu perlu dilihat secara serius bahawa ada mereka-mereka yang punya maklumat yang boleh membantu polis dan perlu siasatan itu dibuka semula,"katanya lagi.

Raja Petra dalam portalnya hari ini juga turut mengakui risiko Tv3 kerana memutarbelitkan wawancaranya dan tidak menyiarkannya secara penuh.

Kes kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu pada Oktober 2006 mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

Dua tertuduh yang dijatuhi hukuman Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar masih menunggu rayuan.-tvs

RPK: Jilat 'ludah' makan 'tahi'. Malaysia Today 'hilang' kredibiliti

Label:

PELIK tapi BENAR. Apabila ‘musuh’ memuji ‘musuh’ sudah pasti akan menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan. Apakah ‘musuh’ itu telah jadi ‘kawan’ atau ‘musuh’ sudah hilang akal masing-masing.

Hari ini telah masuk hari kedua apabila ‘rakan’ baik Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamaruddin yang terkenal dengan panggilan ‘RPK’ pengendali laman blog “Malaysia Today” mula berpaling tadah.

RPK telah membuat penafian yang bersungguh-sungguh bahawa beliau tidak pernah menuduh atau mengaitkan nama Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dengan kes pembunuhan Altantunya.

Bahkan, Najib sendiri dikatakan memuji pula RPK dan berterima kasih kerana telah membersihkan namanya dan isteri berkaitan kes tersebut.

Kata Dato’ Seri Najib, beliau bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan pendedahan penulis blog MalaysiaToday, Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Justeru itu, beliau menyerahkan kepada anggota masyarakat dan rakyat seluruhnya untuk menilai ‘pendedahan’ Raja Petra itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia di Lawas, Sarawak, 13 April lalu.

Pada pandangan Awang sendiri tentang pendedahan yang dibuat oleh RPK itu ternyata nampak semacam suatu pembohongan terancang serta tidak jujur. 

Buktinya, setiap kali ucapan dikeluarkan oleh RPK itu kelihatan ‘LIDAH’nya sentiada terjelir keluar dengan menjilat bibirnya. Ini samalah seperti ‘BIAWAK’ yang sesekejap akan mengeluarkan ‘LIDAH BERCABANG’nya.

Maka, ada orang mengatakan yang RPK itu bercakap bohong dan pepatah Melayu bagi orang bercakap bohong dikatakan juga sebagai ‘lidah bercabang’.

Persoalannya, BENARKAH…RPK itu bercakap bohong.? Apakah RPK telah mendapat ‘HABUAN’ yang lumayan dari ‘musuh’ politiknya. Tidakkah semua rakyat Malaysia dan dunia tahu yang RPK adalah ‘MUSUH NO.1 NEGARA’ sebelum beliau lari ke luar negara.

Sehebat-hebat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pun tidak dapat mengesan di mana RPK berada dan melarikan diri ke mana sehinggalah dia ditemubual oleh pihak Eksekutif TV3 dua hari lalu.

Rakyat pun tahu sebagaimana yang diberitakan bahawa RPK seorang ‘pengkhianat’, ‘pemeras ugut di internet’ dan seribu satu macam tuduhan.

Tiba-tiba hari ini, semua pemimpin negara termasuk Najib sendiri memuji dan berterima kasih kepada RPK. Dan RPK pun dijadikan ‘HERO’ baru Umno dan BN yang telah menyelamatkan reputasi PM dan ‘BN’ (Bini Najib).

Dan sesungguhnya, RPK yang menjadi ‘ancaman’ kepada negara suatu ketika dahulu juga telah ‘diselamat-larikan’ oleh salah seorang dari kumpulan Datuk T. Dikatakan orang ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah adalah individu yang bertanggungjawab ‘melarikan’ RPK keluar negara.

Sumber Umno-BN memberitahu Awang, Dato’ Eskay itu adalah ‘pembekal’ wanita-wanita yang ingin ‘dipakai-guna’ oleh setiap pemimpin Umno-BN dan ahli korporat lain di luar negara. Betul atau tidak, itu Awang tidak berani sahkan tetapi maklumatnya macam itulah.
 
Cuba kita perhatikan semula beberapa ungkapan RPT ketika ditemubual oleh pihak wakil TV3 di Australia.

"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."

"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD. 

“Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri Timbalan Perdana Menteri (Rosmah) semasa itu ada di tempat kejadian. 

“Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis." jelasnya.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu yang mempengaruhinya untuk berbuat demikian.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican. Seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama dan RPK kemudian mengaitkan pula dengan nama Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu, kerana tempat itu… kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12.00 malam, saya ingat mustahil kot." ujarnya dalam siaran Buletin TV3.
Tambah Raja Petra, tujuan mereka ialah untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"What do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah".

Menurut RPK lagi, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. 

“Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed." jelasnya.

Manakala, dalam tulisan blognya RPK berkata demikian bagi mempertahankan kebenaran pengakuannya itu.
"Sudah tiga tahun saya menulis untuk menerangkan akuan bersumpah yang saya tandatangani pada Jun 2008. Saya juga telah merakamkan video tentang hal yang sama, kini di Youtube, di samping memberikan ceramah tentang isu ini di merata tempat.

"Tetapi sehingga hari ini, penjelasan saya tidak diambil peduli. Mereka tegas memahami ceritanya adalah: Saya mendakwa Rosmah dan dua Lt Koloner berada di tempat pembunuhan Altantuya di malam beliau dibunuh," tulis Raja Petra dalam blognya.

Kesimpulannya, Awang percaya selepas ini RPK tidak lagi ‘dihormati’ sebagai seorang pejuang keadilan dalam Negara ini. Dan dia (RPK) benar-benar menjadi ‘pengkhianat’ negara.

Selepas ini, laman web “Malaysia Today” yang tersohor dan terkenal itu akan dicemuh oleh seluruh rakyat yang melihat ‘kebenaran’ yang hakiki. Segala-galanya, telah selesai dan RPK telah pun ‘menjilat’ kembali ludahnya dan ‘makan’ semula tahi-tahi yang dibuangnya.

Maka, bermula hari ini orang ramai dan rakyat seluruhnya tidak lagi mempercayai laporan “Malaysia Today” dan “Malaysia Today” akan ‘HILANG KREDIBILITI’nya. Kita tunggu dan lihat….

Sumber: apaorangkata
Barisan Nasional (BN) yang berhadapan dengan saingan paling sengit dalam pilihan raya negeri Sarawak dikatakan memperoleh 51 kerusi, demikian menurut beberapa pemimpin perikatan itu.
 
“Ada burung kecil berbisik kepada bahawa BN, secara tidak rasmi, telah menang sekurang-kurangnya 51 kerusi,” kata Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam mesej Twitternya.

Baki 20 kerusi dikuasai Pakatan Rakyat.

============================================

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengekalkan kerusi Balingian dalam pilihan raya negeri yang diadakan hari ini.
 
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, yang disebut-sebut sebagai bakal calon Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang, menguasai kerusi di Ba’Kelalan.

Barisan Nasional (BN) juga dilaporkan mengekalkan kerusi Saribas dan Satok.

Di Balingian, Taib dicabar sepupunya Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah.

Dalam pada itu, DAP dijangka akan menang di 13 daripada 15 kerusi yang ditandinginya.

“Setakat ini, DAP nampaknya akan menang di 10 kerusi. Tiga akan dikuasai. Dua nampaknya akan kalah,” kata Zairil Khir.

-TMI
TERKINI: Pakatan Rakyat mungkin berjaya bentuk Kerajaan?
Sabtu, April 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[TMI] KUCHING, 16 April — Pakatan Rakyat dilihat berpeluang besar untuk menguasai lebih banyak kerusi ekoran keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan tiga parti komponen itu mendahului di beberapa pusat mengundi. 

Pakatan Rakyat yang optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah keluar mengundi setakat ini “lebih tinggi daripada biasa”, dipercayai mereka mampu untuk menggantikan kerajaan negeri sedia ada.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri George Chan Hong Nam berkata jumlah keluar mengundi yang mengejutkan itu akan mengekalkan penguasaan kerajaan BN.
Beliau menjelaskan jumlah pengundi yang keluar awal perkara biasa dan kebanyakannya adalah penyokong BN.

“Lebih dari 30 peratus sudah keluar mengundi. Ada kawasan yang agak sukar kerana ia kebanyakan pengundi Cina. Tapi peratus mengundi sekarang bagus.

“Ia sesuatu yang bagus bagi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) kerana biasanya pengundi yang berumur akan mengundi pada waktu pagi sementara yang muda pada tengahari. Ini petanda yang baik,” katanya.

Chan, yang juga Presiden SUPP berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau tapi berkata ia persaingan yang sengit menentang calon DAP Ling Sie Kiong.

SPR pada tengah hari tadi berkata kira-kira 800 dari 1,749 pusat mengundi sudah ditutup.
Pada pukul 2 petang tadi, PKR dilaporkan mendapat keputusan yang positif sekurang-kurang enam kerusi - Ba’Kelalan, Tebedu, Layar, Krian, Kakus and Tamin.

Di Ba’ Kelalan, pertandingan yang sengit Pengerusi PKR Sarawak dan disebut-sebut bakal ketua menteri - Baru Bian dilaporkan menang dengan keputusan tipis mengatasi anak saudaranya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDB) Willie Liau.
Gadis ini makan dagingnya sendiri
Sabtu, April 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Di rumah yang sederhana iti tinggal seorang anak remaja yang suka memakan dagingnya sendiri. Dia adalah Ningsih (19), warga Dusun Gumuk, Desa Gelung, Kecamatan Panarukan. Situbondo. Selama sebelas tahun, sepuluh jarinya habis dimakan.

Nining - panggilan akrab gadis ini, selain memiliki gangguan jiwa, suka memakan dagingnya sendiri, sejak  berusia 8 tahun.. Bahkan, sampai saat ini, sepuluh jarinya telah habis dimakan. Kebiasaan tersebut  sudah tidak lagi dilakukan, setelah keluarganya membungkus tebal-tebal kedua tangannya.

Namun baru-baru ini, kebiasaan tersebut datang lagi. Bukannya tangan yang dimakan, Nining sudah mulai memakan daging  di kedua bahunya.

Nining tinggal di rumah itu bersama ayahnya Munasip (40), dan Bunira (60)  nenek yang setiap hari setia merawatnya. Sedangkan Ernanik, ibu kandungnya, sudah sejak lima tahun silam, merantau bekerja ke negeri jiran Malaysia .

“Saya kasihan. Kadang kalau saya marahi supaya tidak makan dagingnya sendiri, dia ketawa, itu yang membuat hati saya semakin teriris-iris rasanya,” tutur Bunira dengan mata berkaca-kaca

Untuk memenuhi keperluan makanan, selain memohon belas kasihan para dermawan, Bunira juga mencari dengan berjualan sayuran keliling. Keadaan Nining anak pasangan Munasib (50) dan Ernanik (40) ini sangat memerlukan perhatian. Sebahagian jarinya hilang di bahagian tangan kanan dan kirinya.

Anehnya, menurut Bunira, Nining tidak pernah merasakan kesakitan saat memakan dagingnya sendiri. Beberapa cara perubatan sudah dilakukan, bahkan sempat dirawat di hospital. Namun hasilnya tetap saja kosong.

Keluarga ini mengaku sudah tidak mampu lagi membawa Nining untuk berUbat, dan terpaksa membiarkannya. Keluarga ini terpaksa hanya menjaga gadis manis itu, agar tidak memakan dagingnya lagi.

Kalau adiknya normal-normal saja. Gadis yang seusia dengan dia sudah ada yang berkeluarga, mungkin ini cubaan bagi keluarga dia,” tutur Ahmadi, tetangga Ningsih. Ahmadi juga berkata selama ini, Nining, tidak pernah mengganggu orang lain. Bahkan, ketika diajak berkomunikasi, dengan tutur bahasa yang terbatas-batas, Ningsih berusaha menjawabnya.

Sumber di sini.
Saya tiada akaun Facebook - Rosmah Mansor
Sabtu, April 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar Akaun Facebook Kelab Peminat Datin Seri Rosmah Mansor yang mempunyai 174 peminat

Jika anda menaip "Rosmah Mansor" di laman sosial Facebook akan keluarlah beberapa akaun mengenai nama tersebut, antaranya:

Saya petik:

Rosmah dedah penipuan pihak tertentu salah guna nama 

[BH] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan beberapa akaun Facebook menggunakan namanya kerana beliau tidak pernah mendaftar di laman sosial berkenaan. 

Malah, apa yang mengejutkannya, selepas diselidiki, akaun yang digambarkan seolah-olah dikendalikannya dan memaparkan laporan berserta gambarnya ketika menghadiri majlis rasmi yang dipercayai didaftarkan individu atau pihak di luar negara. 

“Saya terkejut kerana sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu bahawa beliau sudah menjadi rakan saya di Facebook.

“Sudah pasti saya hairan, bagaimana itu boleh berlaku sedangkan saya tidak pernah mendaftar pun di situ. Justeru, anda semua harus berhati-hati dan tidak tertipu.

“Saya tidak akan berbuat begitu (mendaftar dan berkomunikasi menerusi Facebook)...saya sentiasa bertemu dan berinteraksi terus dengan rakyat, bukannya di Facebook,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pameran Smart Kids 2011 anjuran bersama Expomal International Sdn Bhd dan Mutiara Sigma (M) Sdn Bhd, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. Hadir sama, Pengerusi Expomal, Tan Sri Mustafa Mansur.

Pada majlis sama, Rosmah turut menyampaikan anugerah Young Malaysian Outstanding Achievement 2011.

Selain itu, Rosmah turut mengingatkan ibu bapa memantau aktiviti anak-anak mereka di internet bagi memastikan mereka memperoleh manfaat dan bukannya terpengaruh dengan gejala negatif dalam talian berkenaan.

“Teknologi internet boleh menjadi alat pendidikan yang menguntungkan namun pada masa yang sama mampu memusnah, membahayakan atau mengancam kesejahteraan emosi serta fizikal anak-anak.

“Sebagai ibu bapa kepada warga digital ini, kita harus membenarkan anak kita membabitkan diri dalam dunia siber dengan pencegahan tertentu. Saya amat percaya, perlindungan terbaik bagi aktiviti dalam talian anak adalah ibu bapa dan juga penjaga,” katanya.

Rosmah berkata, bagi menjadi ‘guru siber’ yang efektif kepada anak-anak, ibu bapa perlu mahir dengan internet terlebih dulu bagi memahami bagaimana dunia siber berfungsi.
Gelombang Ngap Sayot di Sarawak tak kenal etnik. Semua mahu tumbangkan BN, tumbangkan Taib Mahmud

Saya petik:

[KD] SARAWAK: Walaupun hujan renyai, kira-kira 10,000 hadir ceramah Grand Finale anjuran DAP – sebuah parti gabungan Pakatan Rakyat di kawasan tempat letak kereta Restoran Alisan di Stutong.

Namun, ceramah Pakatan Rakyat – seperti biasa mendapat gangguan polis hingga menyebabkan program berkenaan terpaksa, dihentikan seketika.

Ia berikutan sepasukan polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) naik ke pentas ketika pengasas DAP Sarawak, Chong Shou Jiang berucap kira-kira jam 7.50 malam.

Mujur, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua selepas mengadakan rundingan denagn polis, memaklumkan kepada hadirin yang ceramah itu dibenarkan untuk disambung.

“Polis kata, mereka hanya jalankan arahan pihak atasan. Pihak atasan itu ialah pemimpin Barisan Nasional (BN),” kata Tony – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dengan disambut sorakan hadirin.

“Kita bertanding bukan kerana mahu kaya atau mahukan kuasa. Kita bertanding untuk kembalikan hak rakyat Sarawak,” kata Tony lagi.

Antara yang hadir ialah Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa.
TANGKAP individu yang cuba menipu undi!
Sabtu, April 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[tvs] KUCHING 15 April : Angkatan Muda Keadilan merancang untuk membuat tangkapan awam ke atas mana-mana pihak yang meragukan demi memastikan proses pilihan raya tidak tercemar dengan pengundi hantu, kata ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau percaya akan berlaku penipuan dalam pilihan raya memandangkan beberapa pakar pantau pilihan raya sehingga petang tadi masih dihalang masuk ke sini oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pemantau-pemantua bebas pilihanraya terbabit antaranya S.Ambiga, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Steven Ng.

"Besok saya nak minta rakan-rakan semua (AMK) melakukan tangkapan awam (sivil arrest) seperti mana yang dibenarkan di bawah kanun keseksaan,"

"Mana (pengundi-pengundi) yang cuba membuat cubaan menipu (undi) kena ditangkap dan diambil tindakan dengan laporkan di bilik gerakan PKR dan buat laporan polis," ujarnya pada satu kenyataan media di Dun Satok, Kuching di sini.

Beliau turut memberi amaran kepada pihak berwajib, khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya supaya jangan sesekali bersekongkol menipu proses pembuangan undi yang dijadualkan bermula pada 8 pagi esok dan berakhir pada jam 5 petang hari yang sama.

Amaran itu disuarakannya setelah SPR yang berjanji bahawa tempoh pembuangan undi pos adalah selama dua hari sebelum ini, tiba-tiba dilanjutkan pada hari esok.

"Saya ingin memberi amaran kepada SPR supaya jangan sesekali melakukan penipuan...contohnya, undi Pos disambung satu hari lagi (sedangkan) SPR berjanji dua hari sahaja, ini nak laksana satu hari lagi (iaitu) esok," tegasnya.

(Gambar hiasan)
Apa komen ustaz umno ini mengenai video seks
Sabtu, April 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Tapi sayang, ulasan ustaz umno ini tidak disiarkan oleh media Malaysia kerana mereka lebih suka menayangkan video lucah untuk tatapan rakyat...

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, Apr 15: Rakyat bukan terkejut dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin, tapi terkejut bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mengambil kata-kata seorang yang diisu waran tangkap sehingga kini masih menjadi buruan polis sebagai muktamad.

Begitulah reaksi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ekoran media tradisional Barisan Nasional yang hangat mempermainkan dan memutarkan kenyataan Raja Petra yang di wawancara bersama TV3 untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini amat tertekan untuk mempertahankan dua pertiga majoriti DUN Sarawak.

Dalam tulisan terbarunya, Raja Petra menegaskan bahawa beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya selama ini seperti mana yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Namun, TV3 melaporkan seolah-olah Raja Petra, seorang yang masih diburu polis sehingga kini telah membersihkan nama Najib dan Rosmah daripada kemelut Altantuya.

Turut melucukan, kenyataannya disambut baik oleh Najib, sebagai ayat sakti dalam membersihkan namanya tanpa menghiraukan bahawa Raja Petra kini masih tengah berperang media dengan Deepak Jaikishan.

Deepak pula adalah kenalan rapat Rosmah yang didakwa beliau membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya sebelum menafikannya.

“Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun.

"Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru,” sindir Tuan Ibrahim. ( gambar)

Tambah Tuan Ibrahim, sekarang mungkin Raja Petra sudah boleh kembali dengan negara, dan rakyat tidak perlu terkejut jika kerajaan menyambutnya dengan karpet merah atas jasa besarnya kononnya telah membersihkan nama Perdana Menteri.

Cuma apa yang dibimbangi, kata Tuan Ibrahim, segala kekotoran yang asal terpalit pada Najib dan Rosmah kini mungkin akan memaluti Raja Petra ekoran wawancaranya bersama TV3.

“Sudah ada rakyat yang mula tengok beliau sebagai seorang yang kotor dan jijik ekoran wawancara itu. Soalnya, siapa yang akan bersihkannya selepas ini?” kata Tuan Ibrahim sambil menambah mungkin media tradisional BN akan digunakan sepenuhnya untuk “membersihkan” nama Raja Petra.
WARAN TANGKAP terhadap Norman, Memey
Jumaat, April 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai