Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Umno berhimpun untuk hentam pembangkang, tiada agenda rakyat

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Perjalanan Perhimpunan Agung Umno bukti jelas bahawa parti itu masih lagi angkuh dan tidak mahu mengakui kesilapan-kesilapan mereka.

Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar, rakyat memerhati dengan jelas persidangan itu yang disiar TV arus perdana secara meluas.

Terpalit dengan pelbagai skandal, yang terbaru skandal lembu NFC, rakyat mahu melihat sama ada Umno akan mengakui kesilapan mereka, kata Khairul Anuar yang lebih dikenali sebagai Jonah.

“Kita tak lihat ‘self-criticism’ ada berlaku dalam Umno. Soal laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan mereka.

“Kita lihat isu skandal lembu NFC, semua pertahankan. Sedangkan, inilah masa terbaik untuk Umno memulihkan imej mereka dan membuktikan yang mereka benar-benar ikhlas berkhidmat untuk masyarakat.

“‘Denial syndrome’ masih lagi lagi menebal dalam Umno walau pun selepas 2008 dahulu mereka berikrar mahu berubah untuk mengembalikan sokongan rakyat,” kata Khairul Anuar.

Berbeza dengan Umno, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah bertekad untuk membariskan calon yang tidak akan mengkhianati perjuangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, KEADILAN sebelum ini dikhianati beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan berpaling tadah kepada Umno demi kepentingan peribadi.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional KEADILAN kelapan di Johor Bahru dua minggu lalu.

Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 29 November sehingga 3 November esok turut menyaksikan pelbagai kata-kata nista dihamburkan kepada Pakatan Rakyat.

Perkataan seperti ‘pondan’, ‘bapuk’ dan cubaan mengaitkan DAP dengan insiden 13 May diucapkan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar pimpinan tertinggi.

Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menyifatkan Umno memilih strategi ‘menyerang’ parti-parti Pakatan Rakyat kerana mahu menutup kelemahan dalaman mereka.

“Kalau tak menyerang, perwakilan akan sebut tentang masalah dalaman parti. Namun, kita lihat ia tetap dibangkitkan contohnya pemilihan ‘winnable candidates’ untuk pilihan raya. Inilah masalah dalaman Umno yang sangat kritikal,” kata Suhaizan.

Skandal NFC yang tidak dibincangkan mahu pun diberikan perhatian juga adalah bukti bahawa parti itu sebenarnya sedang ‘busuk menuju kehancuran’ – seperti digambarkan mantan Presidennya, Tun Dr Mahathir, kata Suhaizan.

“Masalah dalam Umno tetap tidak boleh selesai seperti politik wang dan juga politik tikam belakang. Pada masa sama, masalah rasuah tidak diberikan perhatian oleh Umno.

“Ini yang Mahathir sebut dahulu – Umno sedang membusuk dari dari dalam. Mereka sedang menuju kehancuran, masanya sahaja kita tidak tahu,” kata Suhaizan.

[VIDEO] Ratusan Kereta tenggelam dalam banjir di kajang petang tadi

Label:

 Saya petik:
 
[MK] Kira-kira 200 buah kereta ditenggelami banjir yang melanda bandar Kajang petang tadi.

ADUN Kajang, Lee Kim Sin berkata banjir sedalam dua hingga tiga kaki itu akibat hujan lebat selama beberapa jam petang tadi.

Banjir yang menurut Lee yang terburuk sejak 1971 telah menenggelamikan satu perempat bandar Kajang.

Katanya, air banjir turut menenggelamkan tempat letak kereta bawah tanah di pusat membeli-belah Plaza Metro, yang dipercayai membabitkan kira-kira 20 kereta.

Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menghentikan perkhidmatan komuter ke bandar itu.

Sementara itu, Bernama melaporkan, sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas di Kajang berjaya diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air ekoran hujan lebat petang tadi.
  
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.
  
Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira 4 petang tadi.
  
Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya.

Khairul Fahmi ingin bersara awal kerana kontroversi?

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Tindakan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 21, yang terfikir mahu bersara awal daripada arena bola sepak berikutan tidak tahan dengan kontroversi di luar padang mendapat perhatian banyak pihak yang menyifatkan jika benar keputusan itu dibuat, ia sesuatu merugikan kerana prestasi Apek sedang memuncak.

Pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak, 24, berkata, sebagai pemain profesional, Apek perlu melalui semua kontroversi dengan sabar kerana dia adalah ‘selebriti bola sepak’ dan peminat pastinya mahu tahu perjalanan hidupnya termasuk membabitkan soal peribadi.

Katanya, perkara sama pernah dilaluinya dan tidak masuk akal jika Apek meninggalkan karier diraihnya dengan penat lelah hanya disebabkan kontroversi yang dianggap perkara biasa.

“Apek perlu menolak ke tepi semua kontroversi itu dan jangan peduli apa orang cakap. Yang penting Apek tahu apa dia buat, tidak halang perjalanan karier, profesional dan beraksi cemerlang di atas padang,” katanya.

Menurut Zaquan, jika Apek masih berniat meneruskan hasrat bersara, dia perlu berfikir panjang dan menyifatkan tindakan individu menyebarkan gambar mesra Apek sebagai usaha menjatuhkan kariernya, dengki dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

“Fikirlah sebaik-baiknya kerana peluang bermain bola hanya ada bila waktu sihat. Sebolehnya teruskan karier, pandai bawa diri dan jangan mudah percaya orang,” katanya.

Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31, berkata, tugas menjaga gawang lebih sukar daripada menepis kontroversi yang datang.

“Nasihat saya, anggaplah kontroversi itu sekadar ‘come and go’ (datang dan pergi). Sebagai Hero Malaya, peminat perlu menyokong perjalanan karier Apek, apa lagi tugas meneruskan misi negara lebih berat.

“Apa berlaku kepada Apek perkara biasa di mana-mana kelab bola sepak kerana peminat mahu tahu cerita mengenai bintang bola sepak mereka,” katanya.

Pelakon, Neelofa Mohd Noor, 22, berkata, sebagai ‘public figure’, artis mahu pun selebriti sukan pasti dihujani banyak cerita positif dan negatif yang dianggap publisiti, tetapi pelakunya perlu bijak menghadapi.

Artis ini dicerca kerana dekati Islam

Label:

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Digelar ‘ustazah jadi-jadian’ antara cercaan terbaru diterima pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross atau lebih dikenali sebagai Catriona Ross, 31, selepas dia memakai tudung dan banyak terbabit memberi ceramah serta motivasi berkaitan perubahan dirinya.

Catriona yang terkenal dengan drama Mek Salmah Dari Scotland berkata, dia juga dipinggirkan rakan rapat yang terus menghilangkan diri selepas dia lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti berkaitan Islam.

“Sudah menjadi lumrah, apabila kita berubah, akan ada yang mencerca. Ada yang menggelar saya ‘ustazah jadi-jadian’ dan ia datang daripada mereka yang dalam industri seni sendiri.

“Rakan rapat yang dulu sentiasa bersama juga hilang entah ke mana. Ada juga menuduh saya masuk politik,” katanya yang ditemui selepas menjadi panel Program Bual Bicara Hijrah - Antara Usaha atau Hidayah Sempena Majlis Budaya Ilmu Perdana Sempena Maal Hijrah 1433H/2011 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, semalam.

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah UMK, Dr Aminurrasyid Yatiban dan Dr Noorhisham Md Nawi.
P/s: Bersabar dengan cercaan manusia asalkan anda tidak dicerca/dimurkai oleh Allah...Dunia akhir zaman ini, kebanyakan manusia semakin jauh dan terpesong dari agama...

Shahrizat perlu jawab dana NFC untuk keluarga tunai umrah

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 30 Nov: Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab salahguna wang Perbadanan Fidlot kebangsaan (NFC) untuk tujuan ibadat Umrah dan melancong yang digunakan keluarga beliau, kata Ketua Biro Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Beliau berkata demikian susulan reaksi Shahrizat di Perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya pimpinan KEADILAN tidak memainkan isu tersebut.

“Kita sangat dukacita kerana wang rakyat yang diberi untuk NFC diseleweng pula untuk menunaikan Umrah dan melancong.

“Ibadat Umrah tidak salah tetapi mengapa perlu menyalah guna wang NFC yang tujuan asal untuk penternakan lembu,” soalnya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu melenting, sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik suami dan anaknya itu.

“Beliau (Shahrizat) harus jawab dengan mengemukakan bukti dan fakta berkaitan dan bukan mengelak,” kata Aishah.

Pada 21 November lalu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mendakwa NFC membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Manakala 8 November lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pula mendedahkan sejumlah RM827,579 dana NFC disalahguna Shahrizat, suami dan anak-anaknya untuk melancong diluar negara.

Skandal NFC mula terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 mendedahkan projek yang dijalankan syarikat itu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Selain gagal mencapai sasaran, NFC juga didakwa memberikan diskaun kepada restoran mewah milik keluarga Shahrizat, di samping simpanan dalam deposit tetap yang memberi keuntungan ratusan ribu ringgit.

Paling mengejutkan pembelian dua kondominium mewah di Bangsar membabitkan nilai sebanyak RM13.8 juta dari dana RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Lelaki ini suka makan bedak, sabun sejak 17 tahun lalu

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA KANGSAR: “Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.

Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.

“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.

“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam.

Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.

“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.

“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.

“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.

Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.

“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.

“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.

“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.

“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,” katanya.

‘Toyol’ 10 tahun curi komputer riba dirakam CCTV

Label:

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.

Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.

Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.

Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.

Akta Perhimpunan Aman: Kerajaan lebih teruk dari Burma- Anwar

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan langkah kerajaan yang ingin meluluskan Akta Perhimpunan Aman (PAB 2011) lebih teruk berbanding kerajaan Burma.

Katanya, kerajaan Burma sendiri berunding dengan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi sebelum meluluskan undang-undang yang membolehkan perhimpunan dibuat dengan notis lima hari.

“Malaysia lebih minat banding (demokrasi) dengan Burma, tapi hari ini Burma juga pinda undang-undang mereka dan diluluskan dan Myanmar juga terasa bahang perubahan rakyat yang mahu prinsip kebebasan dihormati.

“Jadi rang undang-undang Burma perlukan pihak yang anjurkan perhimpunan maklum lima hari sebelumnya. Jadi kita ketinggalan dengan Burma,” kata Anwar lagi.

Katanya, tindakan kerajaan meluluskan akta yang meletakkan syarat notis sebulan sebelum perhimpunan aman juga lebih teruk berbanding kerajaan Zimbabwe.

“Tapi di Malaysia guna brute force of majority, tanpa debat panjang dan tanpa ambil kira sentimen rakyat,” katanya.

“Tanpa itu sukar bagi kami untuk memberi sokongan,” katanya lagi dalam ucapan ketika membahas rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Pakatan Rakyat katanya bertegas menentang dan menolak Rang Undang Undang berkenaan dan menggesa ia diserahkan kepada jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk dibincangkan.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dalam sidang media di parlimen berkata, semua ahli parlimen termasuk BN wajar menolak rang undang-undang itu kerana ia jelas menyempitkan ruang kebebasan rakyat untuk bersuara di negara ini.

Lim berkata, kebebasan berhimpun sudah lama diamal di Malaysia sebagaimana tindakan Datuk Onn Jaafar membantah Malayan Union sebelum merdeka.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mencabar majlis peguam menubuhkan parti politik.

Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana majlis peguam adalah badan bebas yang bertindak demi kepentingan rakyat Malaysia, berasaskan undang-undang negara yang dijamin dalam perlembagaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyambut kehadiran Lim bersama 9 wakil Majlis Peguam yang mengetuai ribuan peguam dan orang awam yang berarak ke parlimen bagi membantah rang undang-undang berkenaan.

Peguam berarak ke parlimen bantah Akta Perhimpunan Aman

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 29 Nov: Peguam dari seluruh negara berarak ke parlimen bagi membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan hari ini.

Perarakan yang dinamakan Walk For Freedom itu bermula dengan perhimpunan di Kelab Taman Perdana Di raja dan turut disertai orang awam.

Lebih 1000 peguam dan orang ramai menyertai perarakan berkenaan bermula jam 12.30 tengahari.

Presidennya, Lim Chee Wee, sebelum perarakan berkata, peguam seluruh negara tidak boleh berdiam diri dan menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa sebarang tindakan.

Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam, Syahrezan Johan pula berkata perarakan itu tidak bermotif politik, tetapi membantah tindakan tergesa-gesa kerajaan cuba meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan.

Turut kelihatan hadir dalam perhimpunan itu Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar dan timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Mereka yang berarak dilihat bersemangat melaungkan ‘bebas! Bebas! Bebas himpun! dan Bebas Rakyat bagi membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan diundi di dewan rakyat hari ini

Kira-kira 200 anggota polis berserta trak FRU berkumpul di jalan masuk ke parlimen, namun tidak mengganggu peserta berkenaan.

Bagaimanapun, hanya 10 wakil Majlis Peguam yang dibenarkan memasuki parlimen diketuai Presidennya, Lim Chee Wee.

Mereka disambut oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas melepasi pintu pagar parlimen.

Memorandum dari Majlis Peguam bagi membantah Rang Undang-Undang berkenaan disampaikan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K Liew.

Sementara itu, terdapat satu kumpulan dipercayai anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara turut mengadakan perhimpunan.

Mereka melaungkan bantahan terhadap majlis peguam, termasuk membuat provokasi dengan membakar T Shirt, memaksa pihak polis bertindak.

Berita lanjut menyusul.

Hanya pemimpin zalim takut himpunan rakyat

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mendakwa hanya pemimpin dan kerajaan yang zalim sahaja yang takut untuk berdepan bantahan dan himpunan rakyat.

Bercakap sewaktu membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata tindakan kerajaan memperkenalkan RUU itu dilihat seolah-olah semakin menyempitkan ruang kebebasan rakyat.

Selain itu beliau mendakwa, pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa tentunya takut akan perhimpunan aman rakyat.

"Apa alasan kerajaan Malaysia mempersulitkan lagi perhimpunan aman sehingga menjadi teruk daripada negara Zimbabwe dan Myanmar yang demokrasi mereka semakin baik?

"Pemimpin yang zalim sahaja yang takut rakyat buat perhimpunan," katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi dengan tegas menggesa RUU itu ditarik balik dan dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk dibincang dan diteliti.

"Saya mencadangkan sebaik-baiknya menteri tarik balik rang undang-undang ini dan sebaiknya kemukakan dalam tempoh yang singkat untuk dikaji dan diteliti oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan berikan satu contoh bagaimana nak memperkenalka RUU yang begitu penting ini," kata beliau .

Menurut Anwar, ianya kerana RUU itu memberikan impak yang besar kepada rakyat yang mahukan kebebasan untuk bersuara dalam sesuatu isu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata, RUU itu gagal dibahaskan dengan semasak-masaknya sebaliknya kerajaan hanya menggunakan kuasa majoriti mereka untuk meluluskannya.

"Di Malaysia, (kerajaan)selalu guna kuasa majoriti untuk memaksa terima rang undang-undang tanpa perbahasan panjang dan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia yang inginkan kebebasan.

"Saya tegaskan sikap Pakatan Rakyat kepada rakyat untuk menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang ini," katanya.

Layan nafsu dalam kereta

Label:

 Saya petik:

[SH] KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.

Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.

Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.

Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.

Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.

“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.

Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.

Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.

Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.

“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.

“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.
 
Umno berhimpun untuk hentam pembangkang, tiada agenda rakyat
Sabtu, Disember 03, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
[VIDEO] Ratusan Kereta tenggelam dalam banjir di kajang petang tadi
Jumaat, Disember 02, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, November 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, November 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai