Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Murid Perempuan Tahun 6 Dicabul Kekasih yang Hanya Dikenali Melalui Telefon!!

Label:

(Gambar hiasan)

Darjah 6 pun dah ada boyfriend...Bukannya apa, keseronokan dan kepuasan bagi mereka kerana mempunyai buah hati. Tapi kalau dah jadi macam si budak ni barulah mereka tahu betapa "seronok" dapat buah hati. Menyesal seumur hidup apabila "mahkota" digangbang kekasih dan rakan-rakan yang sebenarnya "buayafriend"...

Takutnya dengan masalah sosial anak remaja kita!!

[HMetro] KUALA TERENGGANU: Penantian penuh debaran empat bulan seorang budak perempuan untuk bertemu dengan kekasih yang hanya dikenali menerusi telefon sebelum ini membawa padah apabila dia menjadi mangsa rogol tiga lelaki durjana.

Mangsa berusia 12 tahun yang masih menuntut di sebuah sekolah rendah di sini, dikatakan berkenalan dengan teman lelakinya yang berusia 22 tahun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon.

Selepas sekian lama memendam rindu dan termakan pujukan lelaki itu, gadis yang berasal dari Kampung Teluk Menara, Manir, dekat sini, itu akhirnya menerima pelawaan kekasihnya untuk bertemu tanpa rasa sangsi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata mangsa kemudiannya keluar menunggu kekasihnya berdekatan Klinik Kesihatan Kubang Jela, tetapi teman lelakinya tidak muncul sebaliknya mewakilkan kepada rakannya pergi mengambil mangsa kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

Katanya, suspek memberitahu kepada mangsa mengatakan teman lelakinya tidak dapat datang dan meminta mengambil gadis berkenaan kerana perlu menyelesaikan satu kerja lain dan mangsa tidak berfikir panjang mengikut suspek.

“Suspek membawa mangsa balik ke rumah sewa di Jalan Sultan Mahmud, dekat sini dan mendapati teman lelakinya sedang menunggu bersama seorang lagi rakan.

“Suspek yang memang mempunyai niat buruk terhadap mangsa akhirnya merogol mangsa dan tidak cukup dengan itu, gadis berkenaan dirogol pula oleh rakan suspek,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 9.30 malam Selasa lalu dan selepas mendapat keterangan daripada mangsa polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek dan kini direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan pembantu farmasi berasal dari Kelantan dan bandar raya ini kini direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pasangan Kekasih Lari Berbogel Apabila Terkejut Dengar Tembakan!!

Label:

(Gambar hiasan)

Pasangan kekasih ini masih bernasib baik kerana tidak terkena tembakan....Kalu tidak jadi arwah ketika memadu asmara....

[HM] KULIM: Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel.

Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan kekasih itu yang tiba di ladang dengan menunggang motosikal, dipercayai mengambil keputusan memadu asmara dalam ladang itu kerana menyangkakan tempat berkenaan selamat.

“Niat untuk melakukan persetubuhan haram terbantut apabila mereka terkejut dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka melarikan diri dalam keadaan bogel.

“Mereka terserempak dengan kumpulan penembak itu dan seorang anggota kumpulan itu menghubungi PADK,” katanya, semalam.

Jurucakap itu berkata, ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa menjemput kekasihnya di rumah kira-kira jam 10 pagi untuk melawat ibu gadis berkenaan yang sakit di hospital tetapi mengambil peluang berkenaan untuk melakukan maksiat di ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari jalan utama ladang berkenaan.

“Anggota PADK yang dimaklumkan mengenai kejadian itu, tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi dan ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku berniat melakukan persetubuhan haram namun terbantut selepas terdengar bunyi tembakan,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, kedua-dua pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sungai Kob dan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

“Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman penjara atau denda RM2,000,” katanya.

Ada Saksi yang Membuktikan N Tharmendran Didera Supaya Mengaku Mencuri Enjin Jet - Peguambela

Label:

Petaling Jaya, 5 Ogos - Pasukan peguambela akan menampilkan saksi yang akan mengesahkan bekas Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran, didera sehingga mengakui kesalahan mencuri dua enjin jet pejuang F-5E.

Peguam N Surendran meminta mahkamah menunda perbicaraan ke satu tarikh baru bagi membolehkan pihaknya memfail afidavit tambahan memperkuat usul meminta pendakwaan terhadap N Tharmendran digugurkan.

Pada 16 Julai lalu Tharmendran memfailkan usul meminta pendakwaan terhadapnya digugurkan atas alasan pihak berkuasa berniat jahat untuk menyabitkan kesalahan mencuri dua enjin milik TUDM terhadapnya.

Persuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh baru untuk mendengar usul Tharmendran bersama afidavit-afidavit baru.

Di luar mahkamah, Surendran memberitahu saksi yang akan mereka tampilkan itu akan mendedahkan amalan penderaan di TUDM melibatkan Tharmendran serta 30 hingga 40 tahanan lain.

Saksi baru ini dipercayai seorang wanita, dan melihatkan sendiri serangan keatas tubuh mangsa.

Tharmendran sebelum ini mendakwa beliau telah didera dua pegawai TUDM berpangkat major memaksa beliau mengakui kononnya telah mencuri dua jet enjin terbabit.

Jet enjin dilapor hilang dibawah kawalan penuh pasukan keselamatan dari pengkalan udara TUDM pada Disember 2007, diseludup keluar tanpa dikesan di Pelabuhan Klang, sebelum dijumpai semula di sebuah negara Amerika Latin.

Setiap satu jet enjin General Electric J85 ini adalah seberat 230 kg, berukur lilit 46 sentimeter dan sepanjang 114 sentimeter.

Kecurian dan penyeludupan jet enjin ini telah memalukan kerajaan Malaysia selepas kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dilaporkan gagal menyelam di perairan tropika.

Tharmendran didakwa bersama-sama seorang pengarah syarikat, K Rajandran Prasad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya 6 Januari lalu.

Pakatan Rakyat meminta kerajaan Malaysia menjelaskan mengapa laporan Ketua Audit Negara gagal menyebut kehilangan dua jet enjin terbabit dari inventori TUDM sejak 2007.

-TVS

Datuk Bernafsu Haiwan, Ratah Cucu Perempuan Setiap Hujung Minggu!!

(Gambar hiasan)

Astaghfirullahal 'azim.....Apa nak jadi dengan manusia sekarang. Sanggup menzalimi darah daging sendiri...

Kesian sungguh pada mangsa. Masa depannya yang sepatutnya digilap dengan kecemerlangan kini gelap gelita angkara datuk bernafsu haiwan...

[HM] BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung minggu lalu.

Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik lebih mendalam sebelum membongkar rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas datuk tirinya.

Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.

Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tinggal bersama nenek serta datuk tiri sejak 2005 dan diperlakukan perbuatan terkutuk itu ketika pulang bercuti dari asrama pada hujung minggu.

Menurutnya, ketika bertemu ibunya yang melawat asrama Jumaat lalu, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu pulang ke rumah neneknya lagi dan perkara itu menimbulkan kecurigaan kepada wanita terbabit.

“Ibu mangsa cuba memujuknya, tapi pelajar tingkatan satu itu berkeras tidak mahu pulang ke rumah neneknya.

“Ibunya kemudian mendesak pelajar itu menceritakan perkara sebenar sehingga mangsa mendedahkan dia sering dirogol datuk tirinya sejak 2005,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan anaknya, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin
Mohd Bukhori berkata, lelaki terbabit turut mengugut tidak mahu menghantar cucu tirinya ke sekolah jika dia memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan polis sedang memburu suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nanga Ajau serta nenek mangsa berusia 40-an untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, kedua-dua suspek dipercayai sudah menghilangkan diri. Polis sudah ke tempat kerja suspek namun gagal menemuinya,” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Siapa Tembak Siapa

Label:

SUNGAI BULOH – Siapa tembak siapa menjadi persoalan kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat , 43, yang ditemui dalam kereta di Kilometer 455.7 Lebuhraya NKVE, semalam.

Siti Rohana, yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, bersama Abdul Aziz, ditemui dengan kesan tembakan di badan dan kepala.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kereta putih jenis Toyota Caldina yang dipandu Abdul Aziz, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi jalan raya selepas tembakan dilepaskan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver milik Abdul Aziz bersama lesen pemilikan senjata api disahkan polis.

"Mangsa memandu di laluan paling kiri (dan) secara tiba-tiba hilang kawalan (dan masuk) ke laluan paling kanan. “Kedua-dua mangsa dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan. Hasil laporan bedah siasat mendapati dua kesan tembakan ditemui pada Siti Rohana dan satu das pada Abdul Aziz," katanya.

Khalid berkata, polis menemui dua kelongsong peluru yang digunakan dan tiga butir peluru lagi masih dalam senjatapi itu.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, anak Abdul Aziz, Mohd Anis Hisham, yang kelihatan tenang ketika ditemui berkata, beliau terkejut mendapat berita itu.

Menurutnya, bapanya seorang penyayang dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum pemergiannya.

Kali terakhir beliau bertemu bapanya adalah kira-kira jam 9 pagi semalam ketika bapanya keluar dari rumah di Seksyen 9, Shah Alam, untuk ke Tanjung Karang bagi menghadiri satu majlis.

Katanya, bapanya memang mempunyai lesen memiliki pistol untuk tujuan keselamatan sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2004 hingga 2008.

Mohd Anis Hisham, yang juga terlibat dalam politik, menyifatkan bapanya sebagai mentor.

Sementara itu, jenazah Abdul Aziz dituntut oleh ahli keluarga pada jam 5.25 petang manakala Siti Rohana pada jam 6.45 petang semalam.

Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri Datin Siti Fatimah Mohd Noor, 62, bersama dua anak perempuan Nor Azila, 40, Nor Azian, 37, di samping Mohd Anis Hisham.
-Sharian

China Rancang Bina Bas Besar yang Boleh Bergerak Dalam Kesesakan

Label:

Hebat! Reka bentuk yang mengagumkan.
Bas ini boleh bergerak walaupun dalam kesesakan. Ini kerana bas tersebut mempunyai lorong/terowong untuk membolehkannya melepasi kereta dan kenderaan kecil lain yang berada di hadapan.

Sumber di sini.

Bekas ADUN BN (Selangor) Ditemui Mati dengan Kesan Tembakan!!

Label:

KUALA LUMPUR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, ditemui mati bersama dengan seorang wanita dalam kenderaan yang dinaiki mereka di Sungai Buloh, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa," katanya melalui laman facebooknya di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.

Katanya, polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta Abdul Aziz.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

-SinarHarian

Gempar!! Laman Web Filem Porno Ditayang di Parlimen!!

Label:

(GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com menunjukkan laman web lucah pada skrin maklumat terkini politik di depan bilik wartawan di Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam)

Bagaimanakah agaknya jika insiden seperti ini berlaku di parlimen Malaysia?

[KOSMO] JAKARTA - Laman filem lucah yang disiarkan pada skrin perkhidmatan maklumat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu Parlimen di Indonesia telah menggemparkan wartawan-wartawan dan birokrat semalam.

Skrin perkhidmatan itu pada kebiasaannya menyiarkan berita terkini mengenai politik di negara tersebut.

Imej laman filem lucah yang diambil daripada Internet itu berlangsung selama 15 minit sebelum pengawal keselamatan berjaya menutupnya.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana imej kurang sopan itu boleh muncul di skrin.

Namun Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan bahawa sesiapa yang didapati bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut akan dihukum.

"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya.

Insiden itu pastinya memalukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong gesaan agar kawalan ke atas Internet diperketatkan berikutan timbulnya skandal video seks melibatkan tiga selebriti terkenal negara berkenaan iaitu penyanyi band Peterpan, Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi

ISA - Tangkapan Dedah Sikap Munafik Kerajaan

Label:

KUALA LUMPUR - Tangkapan besar-besaran peserta himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi bercanggah dengan janji kerajaan untuk meminda akta tersebut dan membongkar sikap munafik kerajaan.

Demikian kenyataan media bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), hari ini.

Sehubungan itu, mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan keras polis menyuraikan perhimpunan aman memasang lilin berhubung memansuhkan ISA dan menahan sebanyak 36 orang.

“Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” ujar Datuk Dr. Toh Kin Woon, Presiden LLG; Wong Chin Huat, Presiden WAMI dan Liao Kok Fah, Pengerusi KLSCAH dalam kenyataan itu.

Menurut mereka, Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung Jun lalu bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di Parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman.

Hishammuddin pernah berkata: “Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman”.

“Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat,” ujar merela lagi.

Ini ditambah dengan sebanyak 589 orang ditahan dalam perhimpunan anti-ISA pada 2009, jumlah tahanan disebabkan membantah ISA dalam masa dua tahun telah mencecah 625 orang.

Bagi mereka, jumlah tangkapan yang mengejutkan itu menunjukkan kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat, seolah-olah Malaysia telah memasuki era negara polis, slogan “Rakyat didahulukan” adalah janji kosong sahaja.

“Maka, kami meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera meletak jawatan untuk memikul tanggungjawab terhadap tindakan polis yang mencabul hak rakyat berhimpunan secara aman,” kata mereka lagi.

Setelah Parlimen meluluskan ISA pada 1960, akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas pembangkang dan mereka yang berlainan pendapat dengan pemerintah.

“Sehubungan dengan ini, kami mendesak kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah hilang objektif asalnya,” ujar mereka.

-harakahadaily

KONSPIRASI II - Anwar Ibrahim Mohon Pertuduhan Liwat Terhadapnya Digugurkan

Label:

(Gambar: Tim. Pendakwa raya yang didakwa mempunyai "hubungan romantis" dengan Saiful)

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

Peguam utama Anwar Karpal Singh yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.

"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.

Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.

Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama. Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan. Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu. Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan. Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.

Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.

Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

-Malaysiakini

Anak Muram & Enggan ke Sekolah Rupanya Dicabul

Label:

(Gambar hiasan)

AMPANG: Hairan melihat anaknya sentiasa muram dan enggan ke sekolah membuatkan hati seorang ibu tertanya-tanya sebelum dia terkejut apabila mengetahui kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa cabul pemandu van sekolah.

‘Rahsia’ terbabit terbongkar kelmarin apabila ibu kanak-kanak berusia lima tahun itu bertanyakan anaknya mengapa dia sering muram dan berat hati setiap kali hari persekolahan tiba.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, kanak-kanak terbabit yang bersekolah di sebuah tabika di Ampang menjadi mangsa cabul apabila kemaluannya diraba pemandu van hujung Jun lalu.

“Bagaimanapun, mangsa takut menceritakan kejadian berkenaan dan memendam rasa sebelum ibunya bertanyakan kepadanya.

“Selepas hampir sebulan, kanak-kanak berkenaan menceritakan dia takut ke sekolah kerana pemandu van meraba kemaluannya,” katanya.

Menurut Abd Jalil, ibu kanak-kanak berkenaan terkejut apabila mendengar cerita itu sebelum dia membuat laporan polis, Sabtu lalu.

“Kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, susulan laporan ibu mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga pemandu van sekolah terbabit bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu yang berusia 20-an ditahan kira-kira jam 2 petang semalam di rumahnya di kawasan Ampang dan kami akan mendapatkan perintah untuk menahan reman.

“Ketika ditahan lelaki terbabit tidak melawan dan memberikan kerjasama dan polis turut merampas van yang digunakannya,” katanya.

[HM]

BN Mahu Selesaikan Tiga Isu Sebelum Bubar Parlimen

Label:

Tiga isu utama yang ditekankan oleh pemimpin umno BN untuk diselesaikan sebelum membubarkan parlimen.

1. Skandal PKFZ

2. Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

3. Kes kematian Teoh Beng Hock

Semua kes-kes di atas adalah yang berprofil tinggi yang boleh melemahkan umno BN. Sebab itulah BN seolah-olah hendak menyelsaikannya dengan cara yang terbaik supaya rakyat tidak terus menolak BN pada PRU 13 nanti.

[TMI] KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Barisan Nasional (BN) dilihat mahu mengutamakan penyelesaian perkara-perkara berkaitan tiga isu utama — skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kematian misteri Teoh Beng Hock sebelum mempertimbangkan idea mengadakan pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan pemimpin-pemimpin BN dalam pertemuan mereka baru-baru ini telah bersetuju agar memberi tumpuan kepada ketiga-tiga isu ini bersama dengan usaha menangani persekitaran ekonomi sebelum BN boleh yakin untuk membubarkan Parlimen.

Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

“Ketiga-tiga isu ini perlu diselesaikan,” kata seorang pemimpin BN kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu sambil menekankan, tiada pilihan lain bagi mereka untuk bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Meskipun ada cakap-cakap yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan mahu memanggil pilihan raya tergempar bersama pilihan raya negeri Sarawak, yang mandatnya akan berakhir Julai 2011, tetapi konsensus kalangan pemimpin BN ialah negeri terbesar itu mengadakan pilihan rayanya terlebih dahulu.

Ada yang meletakkan Oktober ini iaitu selepas sambutan Aidilfitri sebagai kemungkinan pilihan raya umum negeri Sarawak.

Kerajaan-kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) pula kemungkinan tidak akan mengikut langkah BN sekiranya diadakan pilihan raya tergempar di peringkat persekutuan atas alasan memerlukan masa untuk menunaikan janji-janji pilihan raya mereka.

Ia turut disahkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Jumaat lalu.

Economist Intelligence Report edisi Ogos 2010, yang menyentuh soal Malaysia menyebut bahawa ia tidak yakin Najib sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya umum sebelum 2012.

“Walaupun prestasi baik dalam pilihan raya umum ke-13 akan memperkukuhkan mandat beliau, keputusan pilihan-pilihan raya kecil baru-baru ini mengesyorkan bahawa pengundi kelihatan mudah berubah hati khususnya bukan Melayu, dan tiada jaminan yang pelan pembaharuan kerajaan, yang memihak kepada Bumiputera memenuhi selera kalangan etnik minoriti,” kata laporan itu.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berpandangan bahawa paling cepat kemungkinan Najib akan memanggil pilihan raya adalah 2012.

Abdul Aziz juga menyenaraikan beberapa alasannya dalam mengetengahkan hujah itu.

Pemimpin-pemimpin BN juga berkata, soal kenaikan harga barangan ekoran penyelarasan subsidi dan protes berhubung soal agama, perjudian dan undang-undang pencegahan keselamatan juga kemungkinan akan melewatkan langkah kerajaan pusat memanggil pilihan raya umum.

Bagaimanapun difahamkan Najib telah meminta agar pihak berkuasa menyelesaikan beberapa isu semasa yang dilihat sebagai beban kepada BN.

Antaranya ialah tindakan membawa beberapa lagi individu yang terlibat dalam skandal PKFZ ke muka pengadilan. Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik muncul sebagai individu berprofil tinggi dihadapkan di mahkamah kerana menipu Kabinet persekutuan dalam soal penilaian tanah pada 2002. Termasuk beliau setakat ini lima orang telah dibawa ke mahkamah.

Pentadbiran Najib juga dikritik kerana mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang, pemilik PKFZ, agar menjelaskan bon-bon yang diambil oleh vendor tanah dan kontraktor utama Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) meskipun wujudkan litigasi antara kedua-dua pihak berkenaan.

Isu kedua ialah kes liwat Anwar yang disambung semula hari ini dengan peguam-peguam beliau akan meneruskan sesi soal balas ke atas saksi-saksi berkaitan dengan aduan dibuat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah kes itu menjadi perhatian ramai apabila Saiful dikatakan menjalin hubungan romantis dengan salah seorang timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif. Pasukan pendakwa telah menggugurkan Farah Azlina minggu lalu.

Anwar, Ketua Pembangkang di Parlimen, mendakwa kes itu sengaja direka untuk memasukkannya beliau kembali ke penjara selepas PR memperoleh 82 kerusi di Dewan Rakyat dua tahun lalu.

Salah satu lagi isu yang menghantui BN ialah menyelesaikan misteri kematian Teoh, yang mati ketika berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 16 Julai 2009. Pembantu politik DAP itu ditemui mati pada pagi dia sepatutnya mendaftar perkahwinan dengan tunangnya.

Inkues itu mengejutkan ramai apabila pakar dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand, yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor memberitahu bahawa kematian dia kemungkinan “80 peratus adalah kerana dibunuh”, bukannya membunuh diri.

Penganalisis-penganalisis politik berpendapat Najib kini memfokus terhadap isu-isu ini yang boleh menjejaskan populariti BN, selain isu-isu sosioekonomi yang muncul selepas beliau menerajui kerajaan pada April 2009.

“Najib juga memfokus terhadap soal ekonomi khususnya untuk menggerakkan Model Baru Ekonomi (MBE),” kata seorang pegawai Najib kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun ada yang berpandangan bahawa Najib tidak dapat mempertahankan syor-syor MBE ekoran protes daripada kumpulan-kumpulan mempertahankan hak Melayu seperti Perkasa.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berazam untuk membuka ekonomi yang berdaya saing dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Bulan lalu pentadbiran Najib memperkenalkan dasar penyelarasan subsidi, yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat - langkah yang dilihat akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan.

BN juga perlu berhadapan dengan bantahan berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang di mana lebih 10,000 orang telah ditahan sepanjang lima dekad kewujudannya. Kerajaan berjanji untuk meminda akta itu dan hanya akan dibawa ke Parlimen Oktober ini.

Malam tadi, polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan seorang di Ipoh yang menyertai kempen nyalaan lilin mendesak agar undang-undang itu dimansuhkan.

Kerajaan BN juga berusaha untuk menyelesaikan isu dan ketegangan yang bersangkutan dengan polemik penggunaan kalimah “Allah” selepas Mahkamah Tinggi akhir tahun lalu membenarkan akhbar gereja Katolik menggunakan perkataan itu dalam penerbitan mereka.

(Gambar hiasan)

Darjah 6 pun dah ada boyfriend...Bukannya apa, keseronokan dan kepuasan bagi mereka kerana mempunyai buah hati. Tapi kalau dah jadi macam si budak ni barulah mereka tahu betapa "seronok" dapat buah hati. Menyesal seumur hidup apabila "mahkota" digangbang kekasih dan rakan-rakan yang sebenarnya "buayafriend"...

Takutnya dengan masalah sosial anak remaja kita!!

[HMetro] KUALA TERENGGANU: Penantian penuh debaran empat bulan seorang budak perempuan untuk bertemu dengan kekasih yang hanya dikenali menerusi telefon sebelum ini membawa padah apabila dia menjadi mangsa rogol tiga lelaki durjana.

Mangsa berusia 12 tahun yang masih menuntut di sebuah sekolah rendah di sini, dikatakan berkenalan dengan teman lelakinya yang berusia 22 tahun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon.

Selepas sekian lama memendam rindu dan termakan pujukan lelaki itu, gadis yang berasal dari Kampung Teluk Menara, Manir, dekat sini, itu akhirnya menerima pelawaan kekasihnya untuk bertemu tanpa rasa sangsi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata mangsa kemudiannya keluar menunggu kekasihnya berdekatan Klinik Kesihatan Kubang Jela, tetapi teman lelakinya tidak muncul sebaliknya mewakilkan kepada rakannya pergi mengambil mangsa kira-kira jam 4 petang Isnin lalu.

Katanya, suspek memberitahu kepada mangsa mengatakan teman lelakinya tidak dapat datang dan meminta mengambil gadis berkenaan kerana perlu menyelesaikan satu kerja lain dan mangsa tidak berfikir panjang mengikut suspek.

“Suspek membawa mangsa balik ke rumah sewa di Jalan Sultan Mahmud, dekat sini dan mendapati teman lelakinya sedang menunggu bersama seorang lagi rakan.

“Suspek yang memang mempunyai niat buruk terhadap mangsa akhirnya merogol mangsa dan tidak cukup dengan itu, gadis berkenaan dirogol pula oleh rakan suspek,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan polis kira-kira jam 9.30 malam Selasa lalu dan selepas mendapat keterangan daripada mangsa polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek dan kini direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan pembantu farmasi berasal dari Kelantan dan bandar raya ini kini direman selama seminggu dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pasangan Kekasih Lari Berbogel Apabila Terkejut Dengar Tembakan!!
Khamis, Ogos 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Pasangan kekasih ini masih bernasib baik kerana tidak terkena tembakan....Kalu tidak jadi arwah ketika memadu asmara....

[HM] KULIM: Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel.

Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.

Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan kekasih itu yang tiba di ladang dengan menunggang motosikal, dipercayai mengambil keputusan memadu asmara dalam ladang itu kerana menyangkakan tempat berkenaan selamat.

“Niat untuk melakukan persetubuhan haram terbantut apabila mereka terkejut dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka melarikan diri dalam keadaan bogel.

“Mereka terserempak dengan kumpulan penembak itu dan seorang anggota kumpulan itu menghubungi PADK,” katanya, semalam.

Jurucakap itu berkata, ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa menjemput kekasihnya di rumah kira-kira jam 10 pagi untuk melawat ibu gadis berkenaan yang sakit di hospital tetapi mengambil peluang berkenaan untuk melakukan maksiat di ladang kelapa sawit kira-kira 200 meter dari jalan utama ladang berkenaan.

“Anggota PADK yang dimaklumkan mengenai kejadian itu, tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi dan ketika disoal siasat, pasangan itu mengaku berniat melakukan persetubuhan haram namun terbantut selepas terdengar bunyi tembakan,” katanya.

Menurut jurucakap itu lagi, kedua-dua pasangan itu dibawa ke Balai Polis Sungai Kob dan akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.

“Jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman penjara atau denda RM2,000,” katanya.

Petaling Jaya, 5 Ogos - Pasukan peguambela akan menampilkan saksi yang akan mengesahkan bekas Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia, N Tharmendran, didera sehingga mengakui kesalahan mencuri dua enjin jet pejuang F-5E.

Peguam N Surendran meminta mahkamah menunda perbicaraan ke satu tarikh baru bagi membolehkan pihaknya memfail afidavit tambahan memperkuat usul meminta pendakwaan terhadap N Tharmendran digugurkan.

Pada 16 Julai lalu Tharmendran memfailkan usul meminta pendakwaan terhadapnya digugurkan atas alasan pihak berkuasa berniat jahat untuk menyabitkan kesalahan mencuri dua enjin milik TUDM terhadapnya.

Persuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh baru untuk mendengar usul Tharmendran bersama afidavit-afidavit baru.

Di luar mahkamah, Surendran memberitahu saksi yang akan mereka tampilkan itu akan mendedahkan amalan penderaan di TUDM melibatkan Tharmendran serta 30 hingga 40 tahanan lain.

Saksi baru ini dipercayai seorang wanita, dan melihatkan sendiri serangan keatas tubuh mangsa.

Tharmendran sebelum ini mendakwa beliau telah didera dua pegawai TUDM berpangkat major memaksa beliau mengakui kononnya telah mencuri dua jet enjin terbabit.

Jet enjin dilapor hilang dibawah kawalan penuh pasukan keselamatan dari pengkalan udara TUDM pada Disember 2007, diseludup keluar tanpa dikesan di Pelabuhan Klang, sebelum dijumpai semula di sebuah negara Amerika Latin.

Setiap satu jet enjin General Electric J85 ini adalah seberat 230 kg, berukur lilit 46 sentimeter dan sepanjang 114 sentimeter.

Kecurian dan penyeludupan jet enjin ini telah memalukan kerajaan Malaysia selepas kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dilaporkan gagal menyelam di perairan tropika.

Tharmendran didakwa bersama-sama seorang pengarah syarikat, K Rajandran Prasad di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya 6 Januari lalu.

Pakatan Rakyat meminta kerajaan Malaysia menjelaskan mengapa laporan Ketua Audit Negara gagal menyebut kehilangan dua jet enjin terbabit dari inventori TUDM sejak 2007.

-TVS

Datuk Bernafsu Haiwan, Ratah Cucu Perempuan Setiap Hujung Minggu!!
Khamis, Ogos 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Astaghfirullahal 'azim.....Apa nak jadi dengan manusia sekarang. Sanggup menzalimi darah daging sendiri...

Kesian sungguh pada mangsa. Masa depannya yang sepatutnya digilap dengan kecemerlangan kini gelap gelita angkara datuk bernafsu haiwan...

[HM] BETONG: Perbuatan keji seorang datuk bernafsu haiwan yang sering ‘meratah’ cucu perempuannya berusia 13 tahun terbongkar selepas gadis sunti berkenaan berubah sikap secara mendadak apabila dia enggan pulang dari asrama sekolah ke rumah nenek yang menjaganya pada hujung minggu lalu.

Perubahan sikap itu menimbulkan perasaan curiga ibu kanak-kanak berkenaan lalu menyelidik lebih mendalam sebelum membongkar rahsia pelajar terbabit sering menjadi habuan nafsu buas datuk tirinya.

Lebih memilukan apabila nenek remaja itu sendiri didakwa turut bersekongkol dengan merahsiakan perbuatan suaminya berusia 40-an yang meratah tubuh mangsa sejak lima tahun lalu.

Semuanya terbongkar apabila ibu remaja itu mendesaknya menceritakan hal sebenar kenapa dia enggan pulang ke rumah nenek ketika melawatnya di asrama sekolah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai berkata, mangsa tinggal bersama nenek serta datuk tiri sejak 2005 dan diperlakukan perbuatan terkutuk itu ketika pulang bercuti dari asrama pada hujung minggu.

Menurutnya, ketika bertemu ibunya yang melawat asrama Jumaat lalu, mangsa bagaimanapun memberitahu dia tidak mahu pulang ke rumah neneknya lagi dan perkara itu menimbulkan kecurigaan kepada wanita terbabit.

“Ibu mangsa cuba memujuknya, tapi pelajar tingkatan satu itu berkeras tidak mahu pulang ke rumah neneknya.

“Ibunya kemudian mendesak pelajar itu menceritakan perkara sebenar sehingga mangsa mendedahkan dia sering dirogol datuk tirinya sejak 2005,” katanya.

Terkejut dengan pendedahan anaknya, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong di sini, jam 12.45 tengah hari kelmarin
Mohd Bukhori berkata, lelaki terbabit turut mengugut tidak mahu menghantar cucu tirinya ke sekolah jika dia memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan dan polis sedang memburu suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Nanga Ajau serta nenek mangsa berusia 40-an untuk membantu siasatan.

“Setakat ini, kedua-dua suspek dipercayai sudah menghilangkan diri. Polis sudah ke tempat kerja suspek namun gagal menemuinya,” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Siapa Tembak Siapa
Rabu, Ogos 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai

SUNGAI BULOH – Siapa tembak siapa menjadi persoalan kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat , 43, yang ditemui dalam kereta di Kilometer 455.7 Lebuhraya NKVE, semalam.

Siti Rohana, yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, bersama Abdul Aziz, ditemui dengan kesan tembakan di badan dan kepala.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kereta putih jenis Toyota Caldina yang dipandu Abdul Aziz, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi jalan raya selepas tembakan dilepaskan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver milik Abdul Aziz bersama lesen pemilikan senjata api disahkan polis.

"Mangsa memandu di laluan paling kiri (dan) secara tiba-tiba hilang kawalan (dan masuk) ke laluan paling kanan. “Kedua-dua mangsa dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan. Hasil laporan bedah siasat mendapati dua kesan tembakan ditemui pada Siti Rohana dan satu das pada Abdul Aziz," katanya.

Khalid berkata, polis menemui dua kelongsong peluru yang digunakan dan tiga butir peluru lagi masih dalam senjatapi itu.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, anak Abdul Aziz, Mohd Anis Hisham, yang kelihatan tenang ketika ditemui berkata, beliau terkejut mendapat berita itu.

Menurutnya, bapanya seorang penyayang dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum pemergiannya.

Kali terakhir beliau bertemu bapanya adalah kira-kira jam 9 pagi semalam ketika bapanya keluar dari rumah di Seksyen 9, Shah Alam, untuk ke Tanjung Karang bagi menghadiri satu majlis.

Katanya, bapanya memang mempunyai lesen memiliki pistol untuk tujuan keselamatan sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2004 hingga 2008.

Mohd Anis Hisham, yang juga terlibat dalam politik, menyifatkan bapanya sebagai mentor.

Sementara itu, jenazah Abdul Aziz dituntut oleh ahli keluarga pada jam 5.25 petang manakala Siti Rohana pada jam 6.45 petang semalam.

Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri Datin Siti Fatimah Mohd Noor, 62, bersama dua anak perempuan Nor Azila, 40, Nor Azian, 37, di samping Mohd Anis Hisham.
-Sharian

Hebat! Reka bentuk yang mengagumkan.
Bas ini boleh bergerak walaupun dalam kesesakan. Ini kerana bas tersebut mempunyai lorong/terowong untuk membolehkannya melepasi kereta dan kenderaan kecil lain yang berada di hadapan.

Sumber di sini.
Bekas ADUN BN (Selangor) Ditemui Mati dengan Kesan Tembakan!!
Selasa, Ogos 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR - Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, ditemui mati bersama dengan seorang wanita dalam kenderaan yang dinaiki mereka di Sungai Buloh, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa," katanya melalui laman facebooknya di sini, hari ini.

Beliau berkata, wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.

Katanya, polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta Abdul Aziz.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

-SinarHarian

Gempar!! Laman Web Filem Porno Ditayang di Parlimen!!
Selasa, Ogos 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Kompas.com menunjukkan laman web lucah pada skrin maklumat terkini politik di depan bilik wartawan di Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta semalam)

Bagaimanakah agaknya jika insiden seperti ini berlaku di parlimen Malaysia?

[KOSMO] JAKARTA - Laman filem lucah yang disiarkan pada skrin perkhidmatan maklumat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu Parlimen di Indonesia telah menggemparkan wartawan-wartawan dan birokrat semalam.

Skrin perkhidmatan itu pada kebiasaannya menyiarkan berita terkini mengenai politik di negara tersebut.

Imej laman filem lucah yang diambil daripada Internet itu berlangsung selama 15 minit sebelum pengawal keselamatan berjaya menutupnya.

Setakat ini, tidak jelas bagaimana imej kurang sopan itu boleh muncul di skrin.

Namun Speaker Parlimen, Marzuki Alie menegaskan bahawa sesiapa yang didapati bertanggungjawab berhubung kesilapan tersebut akan dihukum.

"Sesiapa yang menggodam skrin ini bersikap kurang ajar dan akan dihadapkan ke pihak berkuasa," katanya.

Insiden itu pastinya memalukan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru-baru ini menyokong gesaan agar kawalan ke atas Internet diperketatkan berikutan timbulnya skandal video seks melibatkan tiga selebriti terkenal negara berkenaan iaitu penyanyi band Peterpan, Ariel dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari. - Agensi

ISA - Tangkapan Dedah Sikap Munafik Kerajaan
Selasa, Ogos 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR - Tangkapan besar-besaran peserta himpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi bercanggah dengan janji kerajaan untuk meminda akta tersebut dan membongkar sikap munafik kerajaan.

Demikian kenyataan media bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Writers Alliance for Media Independence (WAMI) dan Jawatankuasa Hak Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), hari ini.

Sehubungan itu, mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan keras polis menyuraikan perhimpunan aman memasang lilin berhubung memansuhkan ISA dan menahan sebanyak 36 orang.

“Kami menyeru agar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan serta merta untuk bertanggungjawab ke atas tangkapan besar-besaran yang mencabul hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” ujar Datuk Dr. Toh Kin Woon, Presiden LLG; Wong Chin Huat, Presiden WAMI dan Liao Kok Fah, Pengerusi KLSCAH dalam kenyataan itu.

Menurut mereka, Menteri Dalam Negeri pernah menyatakan pada hujung Jun lalu bahawa rang undang-undang pindaan ISA akan dibentangkan di Parlimen dan ia akan menjamin hak rakyat berhimpun secara aman.

Hishammuddin pernah berkata: “Kalau berhimpun di bawah keadaan aman, kami tidak ada alasan mengenakan terlalu banyak batasan dan tidak membenarkan perhimpunan aman”.

“Tetapi, kami berpendapat, tangkapan besar-besaran 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindaan ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat,” ujar merela lagi.

Ini ditambah dengan sebanyak 589 orang ditahan dalam perhimpunan anti-ISA pada 2009, jumlah tahanan disebabkan membantah ISA dalam masa dua tahun telah mencecah 625 orang.

Bagi mereka, jumlah tangkapan yang mengejutkan itu menunjukkan kerajaan tidak bertolerasi terhadap hak perhimpunan aman yang telah diiktiraf oleh dunia sejagat, seolah-olah Malaysia telah memasuki era negara polis, slogan “Rakyat didahulukan” adalah janji kosong sahaja.

“Maka, kami meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negera meletak jawatan untuk memikul tanggungjawab terhadap tindakan polis yang mencabul hak rakyat berhimpunan secara aman,” kata mereka lagi.

Setelah Parlimen meluluskan ISA pada 1960, akta yang membenarkan tahanan tanpa bicara telah disalahgunakan untuk menindas pembangkang dan mereka yang berlainan pendapat dengan pemerintah.

“Sehubungan dengan ini, kami mendesak kerajaan memansuhkan ISA tanpa sebarang syarat, bukan meminda ISA yang telah hilang objektif asalnya,” ujar mereka.

-harakahadaily

(Gambar: Tim. Pendakwa raya yang didakwa mempunyai "hubungan romantis" dengan Saiful)

Perbicaraan kes liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan ketua pembangkang itu untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang timbalan pendakwa raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

Peguam utama Anwar Karpal Singh yang sebelum ini cuti sakit selama 15 hari sehingga menyebabkan perbicaraan terpaksa ditangguhkan sementara, hadir hari ini.

Katanya, timbalan pendakwa raya itu, Farah Azlina Latif dan pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan "seharusnya mengemukakan afidavit berasingan" bagi menjawab dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin. yang mereka mempunyai 'hubungan romantis”.

"Pihak pendakwaan tidak mengesahkan hubungan itu mahupun menafikannya. Berdasarkan ini, kami yakin wujudnya hubungan dan terpulang kepada mereka untuk menafikan dakwaan itu,” katanya di luar mahkamah.

Menurut Karpal, seluruh imej pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, kini tercemar kerana dakwaan itu.

Karpal berkata Farah Azlina telah melanggar Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi manakala Mohd Saiful pula telah melanggar Seksyen 8(2) akta yang sama. Walaupun mengikut jadual, Dr Mohd Razali Ibrahim dari Hospital Kuala Lumpur sepatutnya memberi keterangan dan disoal balas, namun 'hubungan romantis' berkenaan mencuri tumpuan. Peguam Anwar mendesak hakim supaya membuang kes ini berdasarkan dakwaan hubungan berkenaan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Isnin lalu memutuskan Farah Azlina digugurkan dari pasukan pendakwaan agar 'hubungan romantisnya' tidak akan menjejaskan kes itu. Faraf Azlina juga telah dipindahkan dari bahagian pendakwaan, pejabat peguam negara.

Perbicaraan hari ini dimulakan dengan Karpal memfail permohonan supaya pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu digugurkan. Bagaimanapun, ketua pendakwa raya membantah permohonan berkenaan tetapi bersetuju supaya kes itu ditangguh seketika. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersetuju untuk mendengar permohonan Karpal tetapi disebabkan peguam belum bersedia, perbicaraan ditangguh seketika.

Selepas perbicaraan ditangguhkan, Anwar membuat laporan polis terhadap Farah Azlina dan Mohd Saiful di bit polis, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur ini.

Kedua-dua mereka didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kehadiran Anwar di mahkamah pada jam 9 pagi ini diiringi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR termasuk, Saifuddin Nasution dan Dr Xavier Jeyakumar.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

-Malaysiakini
Anak Muram & Enggan ke Sekolah Rupanya Dicabul
Isnin, Ogos 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai