Nasib baik benda ni jadi kat negara Jepun, kalau buat kat Malaysia aku pun nak pi derma jugak..
Sumber: Abu Nawas
Kongsi Info: tokkiyai65@gmail.com
Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.
Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.
Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.
Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas.
Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13.
Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya.
Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya.
“Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.
“Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.
Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah.
Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.
Usaha gigih
Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Rosmah semasa di luar negara dalam membantu kerajaan mencari idea dan penyelesaian dalam memperbaiki kehidupan rakyat, sekaligus mempromosikan nama Malaysia kepada masyarakat luar.
Sementara itu, mengenai rakyat Malaysia di Mesir berikutan insiden rusuhan dan tunjuk perasaan di negara itu, Anifah berkata kementerian sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah untuk mendapatkan maklumat lanjut keadaan rakyat Malaysia di sana.
Beliau juga berkata tidak ada rakyat Malaysia yang menyertai demonstrasi jalanan di negara itu bagi membantah pemerintahan 30 tahun Presiden Hosni Mubarak.
Demonstrasi jalanan di beberapa bandar besar seperti Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura dianggap terbesar dalam sejarah Mesir sejak Intifadah Al-Khubz atau Pemberontakan Roti pada 1977. - Bernama
Bagi saya orang yang tersinggung dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz itu hanyalah orang-orang umn0-apco, bukannya seluruh umat Islam di Malaysia yang didakwa Muhyiddin. Anda tahu tentang orang jahiliah dan perangai mereka? Cari dan bacalah buku di atas. TPM itu juga tidak faham apa maksud fatwa sehingga apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu dianggap fatwa. Alahai...
Saya petik:
[MStar] LABIS: Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, Jumaat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. - BERNAMA
[TVS] LABIS 28 JAN: Penafian calon Umno-Barisan Nasional (BN), Azahar Ibrahim dalam kes kecuaian berhubung isu lelongan tanah tanpa kebenaran dianggap menghina mahkamah.
Pengarah Pilihanraya Kecil PAS, Salehuddin Ayub menyifatkan Azahar enggan mengakui keputusan mahkamah walaupun perintah untuk beliau membayar dengan kos kepada pemilik Mansor Mohamad telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2004.
Justeru katanya, calon Umno-BN itu tanpa rasa segan terus menghina daya intelektual rakyat Tenang dengan penafian berterusan.
"Meskipun pendedahan yang PAS lakukan ke atas calon Umno sebelum ini bersandarkan fakta-fakta yang tepat dan disokong dokumen-dokumen mahkamah, beliau masih tidak malu untuk terus berbohong kepada rakyat di DUN Tenang," kata beliau pada sidang media.
Berdasarkan laporan akhbar The Star bertajuk 'Azahar unfazed by allegation' semalam, calon Umno-BN itu memberitahu pemberita bahawa beliau bukan pihak yang disaman dan hanya menjadi saksi dalam kes tersebut.
PAS yang mendedahkan perkara tersebut dua hari lalu terus mengecam Azahar dalam sidang media dan sesi penerangan yang berlangsung di sekitar daerah itu menjelang Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 30 Januari nanti.
Salehuddin berkata, tindakan Umno-BN meletakkan calon yang mempunyai rekod mahkamah membuktikan bahawa parti itu tidak mempedulikan aspek integriti, kredibiliti dan kelayakan terhadap calon yang diketengahkan sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.
"Calon Umno masih menganggap rakyat di Tenang adalah golongan yang tidak cerdik dan tidak dapat membezakan antara pihak yang disaman dengan seorang saksi," jelas beliau.
Dalam kes pada tahun 2003, Azahar pada ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan sengaja melelong tanah milik Mansor Mohamad seluas 8 ekar kepada Rohana Mohd Ali dengan harga RM70 ribu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada Januari 2008 memutuskan bahawa defenden Azahar bersalah dengan melelong hartanah Mansor Mohamad secara haram.
Sejurus itu, pembeli tanah Rohana Mohd Ali menfailkan saman gantirugi sebanyak RM1.5 juta kepada calon Umno-BN itu dengan menamakan Azahar sebagai defenden pertama pada tahun 2009.
Mahkamah Tinggi Muar memutuskan tarikh sebutan kes pada 7 Februari 2011.
[TVS] SHAH ALAM 27 JAN : Seolah-olah berjaya menghidu bahawa kerajaan akan gagal menghalang tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan ke atas Petronas, pelbagai usaha dilakukan termasuk memindahkannya dari Mahkamah Perdagangan ke Mahkamah Sivil.
Menurut Ahli Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Abdul Fatah Harun, perpindahan kes tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri.
Saya petik:
[MStar] LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman berkata, beliau kini tidak lagi berterusan memakai sarung tangan sewaktu berkempen bertemu pengundi bukan Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ramai yang semakin memahami hukum seorang wanita bersalaman dengan bukan muhrim.
Ini katanya adalah hasil penerangan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) khususnya dalam sesi ceramah dan bertemu pengundi kepada masyarakat bukan Islam.
Bagaimanapun, kata calon yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala itu, beliau fleksibel dan bergantung kepada keadaan dan keperluan.
“Sewaktu berkempen, pengundi bukan Islam menghormati saya sebagai wanita Islam yang perlu menjaga adab pergaulan terutama dalam soal bersalaman dengan lelaki bukan Islam atau bukan muhrim. “Ia hasil penerangan pimpinan PR dan mereka nampaknya faham berhubung isu itu. Sesama Islam kalau bukan muhrim juga tidak boleh bersalam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Redong pada Khamis. Justeru, beliau melihat isu itu tidak perlu lagi dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
“Isu penduduk setempat yang lebih penting untuk dibawa ke sidang DUN, bukan isu sebegitu,” katanya.
[HM] KUALA LUMPUR: Bimbang adik perempuannya berusia 16 tahun diperkosa, seorang pereka dalaman berusia 25 tahun terpaksa menyerahkan RM600 dan telefon bimbitnya selepas disamun dua lelaki bersenjatakan parang dan pisau di pejabatnya di Laman Rimbunan, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang Isnin lalu itu, kedua-dua suspek berkeliaran di kawasan berkenaan secara tiba-tiba menghampiri mangsa menurunkan barang daripada keretanya di hadapan premisnya itu.
Menurut sumber, suspek berusia lewat 30-an itu mengugut dengan meletakkan pisau di leher mangsa.
“Mereka juga mengarahkan mangsa masuk ke pejabatnya sebelum diminta menyerahkan wang tunai serta barangan berharga.
“Mangsa mendakwa tiada wang, namun mengalah apabila suspek mengugut mahu merogol adiknya kebetulan dalam premis,” katanya.
(Gambar sekadar hiasan)
Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.
“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.
Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.
Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.
(Gambar: Dokumen saman Mansor terhadap Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Azhar adalah ADO yang bertanggungjawab terhadap kes kecuaian (negligent) ini. Mansor telah menang dalam kes ini)
Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.
Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)
Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.
Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.
Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.
Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.
(Gambar: Dokumen saman yang difailkan Norhana binti Mohd Ali terhadap Azhar secara langsung)
Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.
Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?
Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?
Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?
YB Salahuddin Ayub,
Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.
Berita Berkaitan: Calon BN Tenang , Kerajaan Johor disaman RM 1.5 Juta
Hari yang cerah untuk bekerja. Sosok Normala Sudirman atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala kelihatan bersalaman dan beramah mesra menyantuni para pengundi diiringi beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. Ibu kepada tiga orang anak ini mengambil langkah berani dengan melepaskan jawatan guru yang telah disandangnya sejak 12 tahun lalu, dan menjadi calon PAS untuk pilihanraya kecil DUN Tenang. Tempoh hari kempen yang pendek tidak membantutkan hasrat pendidik ini untuk bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan DUN Tenang sejak hari penamaan calon 22 Januari baru-baru ini.
Dilema Mohd Azhar Ibrahim dan Bebal UMNO Labis
Pilihan raya kecil ini laluan berduri untuk BN. Calon BN DUN Tenang ini pernah kalah dengan teruk dalam pemilihan UMNO Bahagian Labis. Penulis melihat Mohd Azhar Ibrahim menghadapi dua dilema terbesar. Pertama adalah sokongan generasi kedua dan ketiga FELDA yang dilihat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Dilema kedua adalah protes senyap UMNO Labis sendiri. Bayangkan bagaimana seseorang yang tiada jawatan dalam UMNO Labis menjadi calon! Perkara ini amat janggal dan menjadi "pantang tok nenek" dalam tradisi pemilihan calon dalam UMNO.
Ya. Calon BN yang mendapat gelaran Tok Ai ini sudah langgar pantang. Rata-rata AJK dan ahli akar umbi UMNO Labis terperanjat dengan keputusan mencalonkan Mohd Azhar Ibrahim (gambar kanan) dan mempersoalkan mengapa Muhyidin Yassin kelihatan obses dengan calon "luar" ini sehingga ada laporan dalaman UMNO mengatakan terdapat markas UMNO yang ditutup kerana protes.
BN desperado: kering idea-meracau?!
Okay...ia adalah pilihanraya kecil, jadi isunya juga kecil-kecil? Tidak sama sekali. "Lelaki tua" yang terbukti terpalit dengan skandal seks iaitu Chua Soi Lek salah perhitungan apabila memainkan isu "salam" Cikgu Mala manakala Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe kelihatan meracau seolah-olah jika PAS menang di Tenang, Malaysia akan jadi sebuah "negara Islam yang ekstrim". Amat memalukan sekali apabila adab bersalam dalam Islam ini gagal difahami walaupun sudah lebih 50 tahun negara mencapi kemerdekaan.
Isu "negara Islam" adalah isu lapuk tetapi tetap disebut oleh Muhyiddin Yassin manakala MB Johor Abdul Ghani Osman kelihatan sangat "concern" dengan hukum "potong tangan orang yang mencuri". Selain itu, Mahathir Mohamad juga menyentuh isu wanita jadi calon PAS padahal Mahathir sudah lupa bahawa Khadijah Sidek pernah menjadi Ahli Parlimen wanita pertama dari PAS yang memenangi kerusi Dungun pada tahun 1959. Rata-rata pemerhati politik bebas melihat isu-isu yang ditimbulkan BN ini tidak lain mencerminkan ketandusan isu dan tidak lebih dari sebuah tindakan desperado.
Rasuah: Seribu macam janji dan pulut panggang panas
Sangat melucukan apabila Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan wang zakat kepada tiga orang asal semasa pilihanraya kecil di Galas dituduh rasuah dan "perlu bertaubat" akan tetapi apabila Najib mengumumkan peruntukan RM 1.6 billion kepada penduduk FELDA seluruh negara di Labis, ia dianggap apa pula? Kuih bahulu atau Pulut Panggang panas?
Keadaan yang sama berlaku di FELDA Sungai Buaya di PRK Hulu Selangor apabila 100 bekas peneroka dan waris mereka dijanjikan pendahuluan wang sebanyak RM50,000 bagi pampasan tanah kerajaan persekutuan malangnya mereka cuma menerima RM1000 sebagai pendahuluan dan selebihnya tidak diketahui bila akan diperoleh. Rakyat sudah bijak menilai. Setiap kali adanya pilihanraya kecil; pelbagai janji ditabur oleh BN dan muncul apa yang kita sebut sebagai projek-projek "mee segera". Penulis ingin mengingatkan para pengundi di Tenang agar berhati-hati dengan taktik "predator struktural" yang sedang memasang jerangkap ini.
Kemudahan berinformasi dan politik api-air-jalanraya
Jentera kempen BN termasuk dari media massa sering memperlekehkan usaha dan kempen yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Malah, jentera kerajaan digunakan hampir sepenuhnya untuk mana-mana kempen pilihanraya kecil. Ia adalah suatu yang biasa bagi BN dalam menghadapi kemaraan rakyat walaupun sebenarnya adalah satu "penyalahgunaan".
BN takut dengan "dosa-dosa" mereka sendiri. Sebab itu mereka cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya di Tenang. BN perlu ingat, tahun 2011 bukan lagi tahun politik "api-air dan jalanraya kampung". Masyarakat kampung dan FELDA bukan buta informasi. Akses kepada internet boleh didapati di mana-mana manakala tabloid politik seperti Harakah dan Suara Keadilan ibarat pisang panas selepas hujan. Rakyat semakin muak dan tidak lagi tertarik dengan cerita "punggung Saiful" mahupun cerita "penderhakaan". Rakyat tahu. Sepanjang sejarah negara, UMNO telah melakukan banyak penderhakaan ke atas institusi beraja. Hal ini akan saya kupaskan pada masa akan datang.
Menyahut seruan demokrasi
Democracy cannot succeed unless those who express their choice are prepared to choose wisely. The real safeguard of democracy, therefore, is education. Franklin D. Roosevelt
Amat menyedihkan sekali apabila pendemokrasian Malaysia tidak sampai ke tahap yang sewajarnya. Rakyat tidak diajar untuk memahami konsep demokrasi yang tercatat dalam perlembagaan negara. Kita diasuh untuk "takut" dan menjauhkan diri. Kebangkitan rakyat samada melalui jalanraya mahupun pilihanraya dilihat sebagai "musuh" oleh BN. Ini adalah pemahaman yang sesat dan bertentangan dengan semangat demokrasi itu sendiri.
"Lu sapa...!??" Apabila Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran berkempen dan memberi tekanan kepada semua Guru Besar dan Pengetua dalam DUN Tenang termasuk guru-guru kaunseling daerah Segamat agar berkempen dan mengundi Barisan Nasional jelas menunjukkan sikap tidak matang beliau dan memalukan. Ini adalah negara demokrasi. Ia mengenai kebebasan, pilihan dan keyakinan!
Percayalah, kejutan besar akan berlaku!
Kempen pilihanraya akan terus rancak sehingga hari pengundian nanti. Pesta demokrasi ini akan terus diwarnai dengan pelbagai warna dan corak. BN dan Pakatan Rakyat akan terus bersilat. FELDA yang sebelum ini sinonim dengan "fixed deposit" BN bakal menjadi sejarah. Rakyat mula sedar betapa kehidupan semakin terbeban dengan krisis ekonomi dan penyalahgunaan kuasa. Rakyat inginkan kebenaran dan ketelusan.
Janji-janji BN cuma sekadar retorik dan "coklat hacks". BN benar-benar di persimpangan. Mereka ketandusan isu, menjengkelkan dan kesilapan terbesar adalah silap memilih calon. Harapan akhir Barisan Nasional untuk menang mungkin disandarkan pada rasuah? Rakyat di DUN Tenang dinasihatkan untuk bijak memilih. Percayalah, keputusan Pilihanraya kecil DUN Tenang akan memberi kejutan besar buat kita semua.
Sumber: MerdekaReview
Beliau berkata, semasa di Oman, pihak istana menyediakan semua kemudahan untuk delegasi Malaysia yang terdiri daripada anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
''Saya dijemput oleh Menteri Sosial Oman, tapi entah macam mana tiba-tiba istana negara itu dengar (dapat maklumat) saya hendak buat lawatan, pihak istana beri saya semua kemudahan dan mengambil semua tanggungjawab atas lawatan saya ke sana.
''Datuk Seri Najib tanya apa pendirian saya, saya kata tak tahulah tapi saya diberi status lawatan negara. Rupa-rupanya pihak istana telah memberi semua kemudahan kepada kami termasuk pembayaran minyak (tambang) kapal terbang, semuanya ditanggung oleh pihak istana," katanya.
''Semuanya (kos perbelanjaan dan penginapan) ditanggung oleh Oman, jadi pihak di sebelah sana (pembangkang) yang tuduh macam-macam... berdosalah dia, berdosa," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran 'Program Latihan Khidmat Negara Pemangkin Generasi 1Malaysia' di sini hari ini.
Rosmah mengulas kritikan yang dilemparkan ke atasnya kerana mengetuai lawatan rasmi ke seberang laut dengan menuduhnya menyalahgunakan wang kerajaan.
Dalam lawatannya itu, Timbalan Perdana Menteri Oman turut menyatakan bahawa negara Islam di Timur Tengah memandang tinggi terhadap Malaysia.
''Kalau negara lain memandang tinggi, kenapa orang dalam negara tidak merasa bersyukur bahawa kita ini merupakan penduduk di dalamnya.
''Negara ini merupakan negara yang majmuk dan negara Islam yang betul-betul mempraktikkan ajaran Islam, moderate dan menerima semua yang duduk di negara ini," katanya.
Menurut beliau, pembangkang suatu ketika pernah menyelar pihak kerajaan kerana membangunkan Putrajaya tetapi sekarang mahu merampas lokasi yang menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.
''Dulu dia (pembangkang) tidak suka Putrajaya, kata macam-macam... sekarang dia pula yang nak (rampas Putrajaya)," katanya.
Mengulas lanjut mengenai lawatannya itu, Rosmah berkata, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.
-Utusan Meloya
[KS] KUALA LUMPUR - Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini.
Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.
Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh.
"Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.
Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun.
Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti menjual racun apabila Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membongkar sejenis produk minuman ‘tenaga batin’ edaran sebuah syarikat kosmetik terkenal yang dikesan dicampurkan dua jenis kimia berbahaya sekali gus.
Racun kimia analog berkenaan yang dipercayai diseludup dari Taiwan dianggap berbahaya berikutan boleh merosakkan sel saraf tubuh selain meragut nyawa pengguna dalam tempoh singkat.
Tindakan sebuah syarikat memasarkan produk minuman kesihatan berbahaya itu terbongkar selepas pihak penguat kuasa farmasi merampas kira-kira 2,000 botol produk itu bernilai lebih RM100,000.
Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi semalam, sepasukan 30 pegawai penguat kuasa farmasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguat Kuasa Farmasi KKM, Dali Ismail bertindak menyerbu lima premis yang menjual produk itu di Chow Kit, di sini.
Operasi itu dilakukan bertujuan merampas dua jenis produk kesihatan berbahaya yang diedarkan sebuah syarikat kosmetik terkenal beribu pejabat di kawasan berkenaan.
Menurutnya, pengedar produk minuman berharga RM50 sebotol itu bagaimanapun cuba mengaburi pengguna dengan mendakwa cecair berkenaan dihasilkan 100 peratus herba dan rempah terpilih.
“Namun rahsia ramuan istimewa berkenaan adalah palsu selepas produk itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil ujian makmal, pihak KKM mendapati minuman itu mengandungi kimia Hydroxythiohomosildenafil dan Thiosildenafil.
“Kimia sintetik itu jauh berbahaya berbanding kimia sildenafil di dalam produk Viagra berikutan ia mampu merosakkan sistem tubuh dengan lebih cepat termasuk mengakibatkan kematian mengejut,” katanya.
Katanya, syarikat sama turut dikesan mengedarkan sejenis minuman kesihatan yang didakwa mampu membakar lemak serta menguruskan tubuh dalam tempoh pantas.
“Pemeriksaan Jabatan Kimia dilakukan di Pulau Pinang mendapati produk minuman kesihatan itu dicampurkan kimia berbahaya analog Sibutramine yang dikategorikan sebagai racun berjadual,” katanya.
[TVS] LABIS 25 JAN : PAS hari ini mendedahkan bukti calon Barisan Nasional (BN) terlibat dalam kes mahkamah berhubung lelongan tanah di Segamat pada tahun 2003.
Azahar Ibrahim sebelum ini telah disaman pada 2004 oleh pemilik tanah Mansor Mohamad di Mahkamah Tinggi Muar berikutan melelong tanah tanpa kebenaran pemilik ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.
Pengarah Pilihanraya Kecil PAS DUN Tenang, Salehuddin Ayub berkata kecuaian calon BN itu membuktikan beliau tidak seharusnya diberi mandat membela nasib rakyat di kawasan itu.
"Bukankah kerana kecuaian dan kelalaian calon Umno selaku Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan hartanah Mansor Mohamad telah dengan tidak sah dilelong pada 1/12/2003 dengan harga RM 70 ribu," kata beliau dalam sidang media pagi tadi.
Salehuddin turut mempersoalkan isu integriti calon yang diketengahkan BN.
"Pendedahan ini menunjukkan bahawa sejak dari awal Umno dengan sengaja menyembunyikan fakta kerana sedar rakyat akan menolak calon Umno itu," jelasnya lagi.
Pada 18 September 2003, Perintah Jualan telah dikeluarkan oleh Azahar kepada hartanah Mansor Mohamad mengakibatkan tahan beliau dilelongan pada Disember tahun yang sama.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Hakim Datuk Asmadi Asnawi pada tahun 2008 memutuskan lalu membenarkan tuntutan Mansor ke atas Azahar Ibrahim yang pada masa itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian dan kelalaian sebelum beliau ditukarkan ke Pejabat Tanah Daerah Rengit.
Justeru Salehuddin berkata PAS akan menunggu respon daripada calon Umno dan menjelaskan perkara tersebut disamping bersedia untuk bertanggungjawab ke atas dakwaan yang dikemukakan terhadap calon BN DUN Tenang itu.
Salehuddin turut mengingatkan pengundi bahawa tidak mengadaikan maruah dan masa depan dengan memilih calon BN yang telah dibuktikan mahkamah menganiayai rakyat.
"Mengapa calon yang telah dibuktikan oleh mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam diamanahkan namun masih lagi dicalonkan oleh Umno bagi mewakili rakyat DUN Tenang," soalnya.
Dalam sidang media yang sama, mangsa Mansor Mohamad berkata sehingga kini geran tersebut masih belum ditukar ke atas nama beliau.
Tambahnya beliau tidak mengemukakan sebarang saman kepada Pejabat Tanah Daerah Segamat sebaliknya hanya menuntut kembali hak tanahnya.
[MStar] SHAH ALAM: Mahkamah Rendah di sini pada Isnin, menetapkan supaya kes permohonan perceraian secara taklik yang melibatkan Senator Datuk Paduka Nor Hayati Onn disebut semula pada 17 Februari depan bagi membolehkan beliau memperincikan permohonan tersebut.
Hakim Drs Atras Mohamed Zin turut menetapkan supaya kes itu disebut bersama dengan permohonan nusyuz (ingkar) yang difailkan jurutera, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz terhadap isterinya yang juga merupakan Exco Wanita UMNO.
Kes tersebut pada awalnya ditetapkan sebagai perbicaraan pada hari ini, tetapi peguam syarie Muhammad Buruk yang mewakili Mohd Suffian, 53, membuat permohonan supaya Nor Hayati,48, memperincikan fakta yang lengkap dalam permohonan taklik.
Ini kerana, menurut Muhammad Buruk, fakta-fakta tersebut diperlukan oleh pihaknya dalam menyediakan pembelaan terhadap permohonan Nor Hayati.
Permohonan taklik difailkan oleh Nor Hayati pada 19 April lalu kerana mendakwa Mohd Suffian telah melanggar taklik yang ditandatangani pada 23 Mac 2006 di hadapan dua ahli keluarga Nor Hayati.
Mohd Suffian pula memfailkan permohonan nusyuz tersebut pada 18 Februari 2008 mengikut Seksyen 60 (2)(3) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Pada prosiding Isnin, Mohd Suffian yang hadir bersama tiga anaknya, Ahmad Razali, 27, Siti Hasmah, 25, dan Ahmad Ridza, 19, kelihatan agak ‘kesal’ kerana perbicaraan kes ditangguhkan.
“Anak sulung saya yang merupakan juruterbang pulang dari Sabah untuk memberi keterangan hari ini,” katanya. Nor Hayati tidak menghadiri prosiding dan hanya diwakili peguam syarie Rubiah Jaafar.

Pengunjung yang dihormati,
Email: tokkiyai65@gmail.com
© All Rights Reserved. :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
Powered by : Blogger.com | Blogger Templates by SkinPress.com | Blogger Templates