Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Raja Petra beri keterangan di Bangkok malam ini

Label:

Saya petik: 

[TMI] KUALA LUMPUR, 23 April – Raja Petra Kamarudin memberi keterangan di Kedutaan Malaysia di Bangkok malam ini, dipercayai berhubung akuan bersumpah 2008 dan pendedahan terbaru menerusi temu bual televisyen dua minggu lalu.

Blogger kontroversial itu kini berada di Bangkok  sempena pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) cabang Thailand.

'Ustaz Amirul' NIKAH 1 Syawal ini

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim, 30, memilih untuk bernikah dengan tunangannya, Noor Dayana Lokman, 24, pada 30 Ogos tahun ini (1 Syawal) di Mekah.

Ashraf memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.

"Dengan izin Allah, kami akan bernikah di Mekah pada 1 Syawal depan. Saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos ini untuk mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertua saya, Lokman Abdul Hamid dan membawa rombongan umrah.

"Saya akan berada selama 18 hari di sana dan bakal isteri saya akan datang ke Mekah menjelang hari pernikahan kami. Selepas nikah, kami akan melakukan tawaf dan menziarahi Mekah sebelum pulang pada 2 September nanti," kata Ashraf ketika sidang media selepas majlis pertunangannya di Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Lokman merupakan rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak.

Berbicara tentang perkahwinannya, Ashraf berhasrat menyunting bakal doktor perubatan itu kira-kira dua bulan lalu setelah berkenalan hampir dua tahun lalu.

Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara.

Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.

Pelakon popular menerusi drama Ustaz Amirul ini tertarik dengan tingkah laku Dayana yang solehah, banyak bertukar idea dan pendapat tentang perubatan moden serta pandai memasak.

Sementara Dayana pula mengakui bakal suaminya itu seorang yang baik dan kagum dengan perubahan diri lelaki yang digelar Abang Ashraf itu.

“Saya tahu, kami senang berjumpa memandangkan saya bekerja di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang berhampiran dengan rumah keluarganya.

“Bagaimanapun, kami selalu beringat untuk menjaga batas dalam hubungan ini. Sebab itu sebolehnya kami ingin segerakan perkara yang baik ini (kahwin) bagi mengelakkan timbulnya fitnah,” ujar Ashraf yang merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan mereka.

Mereka dijangka akan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada 10 September depan di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Pasangan yang menggayakan pakaian pertunangan berkonsepkan moden dan tradsional berwarna putih dan ungu rekaan Ezuwan Ismail itu turut merakamkan gambar bersama-sama di pelamin indah tajaan Azmi Osman dari Orked Bridal House.

Pihak perempuan menerima lima hantaran berupa buah-buahan, persalinan, kek, cincin dan siri junjung manakala tujuh hantaran untuk pihak lelaki iaitu kain songket, persalinan, set wangian, kek, coklat, sirih junjung dan cincin.

Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.

Selepas majlis pertunangan tersebut, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di tempat sama yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Lelaki in MANDUL kerana penangan ‘gadis penyedap’

Label:

Menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi. Bertaubatlah memohon keampunan Allah....

Saya petik: 

[HM] IPOH: Dosa maksiat dengan ratusan ‘gadis penyedap’ sudah lama berlalu, namun episod derita baru bermula buat seorang suami selepas disahkan mandul akibat penyakit kelamin berpunca daripada kelakuan liarnya sebelum ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mail, 38, terkedu apabila doktor memberitahu dia menghidap penyakit berjangkit dikenali sebagai Clymidia yang berpunca daripada hubungan kelamin.

Lebih menyedihkan apabila doktor memberitahu penyakit itu menyebabkan semua spermanya tidak bernyawa dan mustahil boleh menghasilkan zuriat.

“Berikutan semua masalah itu, saya kini menimbang kemungkinan untuk melepaskan isteri saya kerana tidak mampu menghasilkan zuriat,” katanya.

Menurut Mail, dia bekerja sebagai pemandu treler yang kerap menghantar kontena ke hampir semua bandar besar termasuk Singapura sejak usianya 26 tahun.

Dengan gaji lebih RM2,500 sebulan, dia banyak menghabiskan masa dengan melanggan pelacur murahan setiap kali bermalam atau berhenti di bandar atau pekan kecil dilalui.

Mencuri hanya berseluar dalam!!

Label:

Saya petik:

[HM] KOTA KINABALU: Seorang lelaki anggota geng curi kabel yang hanya memakai seluar dalam maut, manakala rakannya parah selepas ditembak ketika cuba menyerang polis menggunakan parang di Kilometer 6, Jalan Ranau-Telupid, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang, kedua-dua lelaki terbabit ditembak selepas cuba menyerang sepasukan polis sebaik menyedari kegiatan mereka dikesan.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, beberapa petugas Telekom Malaysia (TM) yang melihat kegiatan kedua-dua suspek berkenaan menghubungi polis bagi memaklumkan kegiatan itu.

Berdasarkan laporan, sepasukan enam anggota termasuk seorang pegawai bergegas ke tempat kejadian dan menemui dua kereta diletakkan di tepi jalan dan pemeriksaan di kenderaan itu menemui beberapa gulung kabel di tepi kenderaan terbabit dipercayai dicuri.

Pada masa sama, dua lelaki yang berseluar dalam menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebelum dikejar beberapa anggota polis yang turut melepaskan tembakan amaran ke udara, tetapi tidak diendahkan.

Malah, seorang suspek bersenjatakan parang berpatah balik sebelum cuba melibas parang sehingga memaksa tembakan dilepaskan mengenai rusuk kiri suspek.

Melihat keadaan rakannya yang tersungkur, suspek kedua yang juga bersenjatakan parang berpatah balik dan cuba menyerang polis, tetapi menerima nasib sama apabila ditembak di kaki dan paha.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek pertama lingkungan 30-an mati di tempat kejadian, manakala suspek kedua berusia 38 tahun cedera di kaki dan paha kanan.
“Walaupun cedera, suspek kedua masih menyerang polis yang melepaskan tembakan, tetapi dapat ditangkap lima anggota lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menjumpai selonggok kabel sudah dipotong kira-kira 100 meter, dua parang dan seguni padi yang dipercayai digunakan untuk mengupas getah kabel. “Hasil semakan terhadap suspek mendapati seorang daripada mereka memiliki kes lampau iaitu mencuri kabel dengan enam kes dilaporkan di Beaufort dan lima kes di Semporna, manakala suspek pertama belum dikenal pasti identitinya.

“Selain itu juga, semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati nombor pendaftaran sebuah daripada dua kenderaan terbabit digunakan suspek sudah dilupuskan kerana terbabit dalam kemalangan,” katanya.

Hamza berkata, polis akan menyiasat bagaimana kereta yang sudah dilupus digunakan semula nombor pendaftarannya. “Dua kenderaan ini disita, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 307 kanun sama,” katanya.

(Gambar hiasan)

‘1Melayu,1Bumi’ Utusan idea MALAPETAKA - DR M

Label:

Saya petik: 

[TMI] KUALA LUMPUR, 22 April — Dilihat sebagai pendirian yang agak mengejutkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian bertentangan mengenai idea gelombang “1Melayu, 1Bumi” Utusan Malaysia dengan menyifatkannya sebagai satu “malapetaka” jika menjadi kenyataan. 

“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata bekas perdana menteri ini kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disarankan oleh Utusan Malaysia sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa “selesa” lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.

“Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan ruangan Cuit kelmarin, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.

Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.
“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.

Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.
Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”

Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”

Ahad lalu, edisi Mingguan Malaysia menggesa Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu “pemurah” dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam Kabinet negeri yang bakal dibentuk ekoran keputusan pilihan raya Sarawak.

Mingguan Malaysia, yang diterbitkan oleh Kumpulan Utusan berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat yang membawa seruan “mengubah kerajaan negeri” sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat pula 15 dan Bebas satu.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak memperoleh 62 kerusi dan ia meningkat kepada 63 kemudian.
Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan kerusi kali ini. Begitu juga undi popular diperoleh BN semalam berbanding lima tahun lalu.

“Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud.”

Awang Selamat berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi.
“Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP,” kata Awang Selamat dalam ruangannya di Mingguan Malaysia.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu.

Kemudian, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat, yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Kata beliau, pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak.
Dalam responsnya hari ini, Dr Mahathir berkata gerakan sedemikian akhirnya akan membawa kepada sistem dua parti di mana setiap satu akan didominasi oleh satu kaum sahaja.

“Jika kita teruskan dengan ini, akan wujud sistem dua parti... jika satu sebelah didominasi kaum Melayu dan satu lagi oleh Cina, maka ia adalah tidak baik,” kata bekas pengerusi BN dan bekas presiden Umno ini.

Ini kali pertama Dr Mahathir yang juga penaung Perkasa melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang mahu membela hak dan keistimewaan orang Melayu itu.

Pelayan picit punggung warga emas

Label:

Saya petik:

[kosmo] KUALA LUMPUR - Seorang pelayan hotel didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana mencabul seorang wanita warga emas di sebuah surau di Taman Nirwana, Ampang Jaya pada Selasa lepas.

Majistret Wan Karimah Wan Md. Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas Salahudin Hassan Sha, 23, mengaku memicit bahagian punggung pesara guru berusia 64 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di bilik sembahyang wanita di surau berkenaan pada 4.55 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Salahudin yang tidak diwakili peguam, membayar denda itu. - Bernama

(Gambar hiasan) 

p/s: Gila seks...

Ketua Polis Negara PENGSAN pagi ini, dimasukkan ke hospital

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman. 

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.
Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.
Ismail dibawa ke hospital itu  sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

“Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

“Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa,” katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.

Hingus wartawan wanita keluar semasa buat liputan

Label:

Saya petik: 

[kosmo] TORONTO - Seorang wartawan di Kanada, Saphia Khambalia merah padam apabila hingusnya meleleh dari hidungnya semasa dia membuat liputan di depan kamera dan disaksikan oleh penonton, lapor sebuah akhbar semalam.

Insiden yang memalukan itu berlaku baru-baru ini semasa wanita itu yang bekerja untuk stesen televisyen City TV News Toronto membuat laporan langsung di sebuah dewan di sini.

Ketika itu, dia membuat liputan mengenai kehadiran pelakon popular Hollywood, Charlie Sheen di bandar ini.

Semasa kali pertama hingusnya keluar, Khambalia, 23, menyapunya dengan menggunakan rambutnya tetapi sejurus kemudian, hingusnya masih lagi meleleh.

Bagi mengelakkan dirinya daripada terus malu, dia segera menamatkan laporannya apabila melihat hingusnya terus meleleh dan mengenai mikrofon yang dipegangnya. - Agensi

Masih adakah wanita yang sanggup menerima saya? Roslin Hashim

Label:

Saya petik: 

[kosmo] KUALA LUMPUR – Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim memberitahu yang dia tidak serik untuk berkahwin lagi tetapi dalam masa sama bimbang jika tiada wanita yang sudi berkongsi hidup dengannya selepas pelbagai kontroversi mengenai dirinya tersebar.

Roslin, 39, mengakui walaupun dia sedih selepas gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Faezah Mohamad, 34, dan Norhayati Othman, 39, naluri kelelakiannya tetap mahukan hidupnya diserikan dengan kehadiran seorang isteri.

Dakwanya, kontroversi itu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya tetapi dia tidak dapat tidak terpaksa reda dengan ketentuan itu.

“Memang saya ingin berumah tangga lagi tetapi persoalannya masih adakah wanita yang sanggup menerima saya selepas pelbagai kontroversi mengenai saya tersebar?

“Kalau boleh saya ingin mencari gadis beriman. Bagaimanapun saya belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat kerana saya masih belum mempunyai teman wanita,” akuinya ketika ditemui semalam.

P/s: Banyakkan bertaubat kepada Allah...

Tidak mustahil Polis BOCOR maklumat kepada Berita Harian- Surendran

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan.

“Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai.

“Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.

Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

“Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.

“Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional,” Ujar Surendran.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali ‘dipasang’ (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini,” katanya

Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya.

“Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Lelaki video seks SEPADAN Anwar - Berita Harian

Label:

Saya petik:

[MK] Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar - yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.

Sebelum ini, blog-blog pro-Umno sibuk melaporkan bahawa jam tangan itu adalah hadiah daripada kerabat diraja Arab Saudi tetapi Berita Harian hari ini melaporkan polis mengesan jam itu dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

"Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008.

“Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar bagi polis mengenalpasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” kata sumber akhbar tersebut.

Isu video seks itu pertama kali timbul apabila sebulan lalu, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - yang menggunakan nama samaran 'Datuk T' - menjemput wartawan terpilih menyaksikan tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Beliau bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim, kemudiannya mendedahkan bahawa mereka adalah dalang di sebalik video tersebut dan mengaku bertanggungjawab.

Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan

Label:

Saya petik: 

[FMT] PETALING JAYA: Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.
 
Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.

Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.

Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknya calon SUPP kecundang satu demi satu.

Pada pengamatan pemerhati politik trend pengundi Cina menyokong pembangkang akan berterusan sehingga PRU akan datang.

Ini bermakna parti Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan menghadapi masa depan yang gelap. Dan sebaliknya para pemimpin DAP ternyata gembira dengan sokongan pengundi Cina di Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan ia petanda baik kepada parti dalam PRU ke 13.

Tetapi menghukum pengundi Cina semata-mata kerena mereka tidak menyokong parti kerajaan tidak semestinya akan menyebabkan mereka kembali menyokong kerajaan, beliau dipetik sebagai berkata.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau juga menghukum kaum Cina yang tidak menyokong kerajaan BN tetapi mereka tetap menolak parti kerajaan.

Mesti diingat bukan kaum Cina sahaja yang tidak menyokong parti kerajaan. Orang Melayu juga ramai yang berfikiran sama.

Orang Melayu tolak Umno

Di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, orang Melayu menolak calon Umno secara besar-besaran. Kedah dan Kelantan dikuasai PAS, musuh ketat Umno.

Pada PRU 1999, orang Melayu di Terengganu menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi menteri besar sejak tahun 1978 lagi.

Maka Dr Mahathir menghukum kerajaan PAS Terengganu dengan menghentikan pembayaran royalti minyak yang dianggarkan RM800 juta setahun kepada negeri itu.

Begitu juga nasib orang Melayu Kelantan yang membantu PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990. 

Kerajaan Pusat telah meminggirkan Kelantan semata-mata kerana Umno kalah di negeri itu.

Penganalisis politik tempatan menganggap menghukum pengundi Cina yang tidak sealiran mereka adalah tindakan yang sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Apakah demokrasi negara kita sama dengan beberapa negara Timur Tengah di mana penentang dihukum? Era hanya kerajaan sahaja yang benar sudah berlalu. Jika rakyat tidak suka dengan kerajaan, mereka tentu tidak sokong.

“Mengapa orang (pengundi) Cina tidak sokong kerajaan? Kerana mereka tidak terkongkong dengan kerajaan, mereka kumpulan yang berdikari dan berfikiran terbuka,” kata seorang penganalis Zulkifli Hassan

Lelaki ini cabar Nik Aziz, Hadi sumpah laknat

Label:

Apabila kita melakukan sumpah laknat, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak melakukan sumpah laknat, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar. 

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar mengangkat sumpah laknat kerana menafikan kebenaran rakaman video aksi seks didakwa melibatkan pemimpin pembangkang.

Sedangkan, kedua-dua pemimpin itu mendakwa masih belum menonton video berkenaan.

Bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim (gambar) berkata, selain dua pemimpin tertinggi Pas ini, beliau turut mencabar beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain melakukan perkara sama dengan bersumpah mengatakan video itu fitnah.

Menurutnya, kebenaran video ini perlu kerana tindak-tanduk pemimpin pembangkang itu sudah melampaui batas dan rakyat perlu mengetahui wajahnya yang sebenar walaupun menyedari beliau boleh didakwa di mahkamah.

“Saya amat berpuas hati walaupun didakwa di mahkamah dan dipenjara sekalipun jika dapat membuktikan dialah pelakon dalam video itu.

“Saya amat yakin dialah pelakon video itu, jadi saya cabar Abdul Hadi dan Nik Aziz bersumpah dengan mengatakan video itu fitnah, saya juga mencabar pemimpin itu bersumpah menafikan dia dalam video tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Selain itu, Shuaib turut menolak dakwaan beberapa pihak yang menuduh beliau bersama dua lagi individu digelar ‘Datuk T’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengedar bahan lucah.

Katanya, mereka hanya menunjukkan video tersebut kepada kira-kira 15 wartawan untuk melihat sendiri siapa pelakonnya kerana wartawan diketahui amat rapat dengan pemimpin-pemimpin negara.

“Kita hanya tunjuk kepada wartawan tertentu untuk mencari kebenaran, kita tidak edar video tersebut kepada awam.

“Jika benar tuduhan kami mahu edar video lucah tersebut, sudah lama kami boleh edarkan video tersebut tetapi kami tidak lakukannya,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata siasatan rakaman video aksi seks itu mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.

Acryl berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.

49 Remaja Hamil Dapat Manfaat Daripada Sekolah Mengandung

Label:

Saya petik

[MStar] JASIN: Sejak dibuka pada September lepas, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49 remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim.

Beliau berkata buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.

"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di sini, Khamis.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini pukul 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.

Ab Rahaman berkata remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.

Ab Rahaman berkata pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.

"Pada tahun lepas, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Beliau berkata kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. "Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.

Katanya pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka sekitar RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lepas.

Beliau juga berkata sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.

Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah tersebut seperti usaha untukmenikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik. - BERNAMA

(Gambar hiasan)

Menantu durjana. Ludah, Pijak kepala Mak Mentua

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Menantu durjana. Itulah ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 29 tahun apabila sanggup menampar, menendang dan memijak kepala ibu mentuanya di rumah mereka di Desa Rejang, Setapak gara-gara mangsa bersetuju menerima sofa yang mahu diberikan adik iparnya, semalam.

Lebih kejam, lelaki terbabit meludah muka ibu mentuanya berusia 59 tahun ketika memijak kepala mangsa.

Ketika kejadian, wanita terbabit baru selesai mengambil wuduk bagi menunaikan solat Subuh.

Difahamkan, suspek mendakwa tindakan ibu mentuanya bersetuju menerima sofa berkenaan sebagai menyindirnya sebelum bertindak membelasah wanita itu hampir 20 minit.

Malah, kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku, sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul suspek sejak enam bulan lalu terutama ketika ketiadaan dua anak kandungnya termasuk isteri suspek di kediaman berkenaan.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak.
(Gambar sekadar hiasan)

"1Melayu, 1Bumi" PENGHINAAN Terbuka terhadap Dasar 1Malaysia Najib

Label:

P/s: Senjata makan tuan!!

Saya petik: 

[TVS] SHAH ALAM 21 APRIL: Selepas pencapaian memberangsangkan Pakatan Rakyat dengan kemenangan 15 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak minggu lalu, slogan 1Malaysia yang dijaja oleh Perdana Menteri Najib Razak kini mula dipertikaikan.

Akhbar Utusan Malaysia yang dianggap lidah rasmi parti itu kini mula mempersoalkan dasar tersebut melalui penulisan artikel setengah muka bertajuk "Ayuh! Gerakkan Segera 1Melayu, 1Bumi".

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihubungi Tv Selangor menyifatkan ianya sebahagian daripada sindrom gagal menerima hakikat menerusi keputusan luar jangka pengundi Cina terhadap parti Barisan Nasional (BN).

Katanya, senjata perkauman yang dijulang BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat di negara ini.

"Sedangkan itu satu analisa yang salah sebab kalau kita lihat secara terperinci, perubahan undi paling besar adalah daripada kaum bumiputera baik Islam atau bukan Islam di Sarawak kepada Pakatan Rakyat adalah pengundi PKR. Tapi tentu analisis ini tidak akan ditunjukkan sebab akan lari dari skrip perkauman mereka," kata beliau.

Jelas Rafizi, perubahan undi kepada calon-calon PKR beragama Islam sebanyak 15 hingga 17 peratus membuktikan sentimen kaum dan agama yang cuba dimanipulasi BN kepada pengundi di Sarawak tidak boleh diterima pakai.

"Maknanya Umno dan Utusan akan tenggelam dengan mesej perkauman sendiri kerana mereka sampai sekarang berada dalam sindrom tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat mahu prinsip ketelusan," katanya.

Justeru beliau menasihatkan kepimpinan Pakatan Rakyat berhati-hati membuat sebarang kenyataan bagi mengelak daripada Umno-BN dan sekutunya memutarbelitkan fakta yang berkaitan kaum dan agama.

Semalam, Timbalan Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan dalam artikelnya mencadangkan kepada Umno untuk melancarkan gerakan 1Melayu, 1Bumi bagi mempertahankan kuasa politik orang Melayu.

Penulisannya turut menyentuh bagaimana masyarakat Melayu telah hilang perpaduan berbanding kaum Cina selain memperlekehkan slogan 1Malaysia yang digembar-gemburkan Najib Razak.

Sementara itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berpendapat artikel dari lidah rasmi Umno-BN itu secara jelas mempermainkan dasar 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri sejak tahun 2009.

Katanya, Najib dilihat sebagai boneka dalam Umno-BN kerana gagal menyatupadukan mentaliti kepimpinan parti itu berhubung dasar beliau sendiri.

Tambahnya lagi, dakwaan bahawa DAP akan merampas kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan adalah tidak berasas justeru menyifatkan seruan Timbalan Ketua Pengarang Utusan itu sebagai menggangu-gugat ketenteraman awam.

"Tiada tolak ansur dalam perkara ini. Kalau dia tidak ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia, ini bererti dasar 1Malaysia beliau adalah pembohongan dan kedua ia menunjukkan Najib tidak ada kuasa dalam Umno untuk memastikan dasar beliau diterima dalam parti sendiri," jelas beliau.

Lelaki rakam AKSI SEKS jiran maut kena tikam

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

[BH] KOTA KINABALU: Ia bermula dengan mencuri rakam aksi seks pasangan suami isteri yang juga jiran berhampiran rumahnya menggunakan telefon bimbit kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin.
 
Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit menunjukkan rakaman curi berkenaan kepada anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 17 tahun dan beberapa jiran sambil melemparkan beberapa komen sinis.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral itu berakhir dengan tragedi apabila La Kampo, 47, maut akibat ditikam dengan pisau oleh lelaki dalam rakaman itu, kira-kira tujuh jam kemudian.

Kejadian berlaku di perkampungan setinggan Kampung Bukit, Batu 2 1/2, Sandakan, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rowell Marung, berkata suspek mendapat tahu aksinya di kamar tidur dirakam apabila terdengar suara mangsa berbual dengan anaknya di ruang tamu.

Katanya, mangsa dikatakan menunjukkan rakaman di telefon bimbit itu kepada anak remaja suspek di rumahnya (suspek) sambil melemparkan kata-kata sinis dan didengar oleh suspek.

“Melihat suspek keluar dari bilik, La bergegas meninggalkan rumah suspek dan menunjukkan pula rakaman sama kepada beberapa jiran.

“Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan pergi ke rumah La dan memberi salam sambil meminta izin untuk masuk.

“Suspek kemudian mengarahkan La duduk di kerusi manakala isterinya berada berhampiran. Secara tiba-tiba, suspek mengeluarkan pisau sepanjang kira-kira 15 sentimeter (sm) lalu menikam perut serta lengan La sebanyak lima kali, mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

“Suspek kemudian keluar dari rumah itu dan terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan dengan membawa pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Mengesahkan kedua-duanya bukan warga tempatan, Rowell berkata, La mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat.

Katanya, suspek kini ditahan reman, manakala kes disiasat menerusi Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. 

P/s: Terpengaruh dengan Datuk XYZ la ni...Tayang video seks!!

Pelacur ini rupa-rupanya pelajar kolej di ibu kota

Label:

Saya petik: 

[HM] KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam.

Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

“Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu,” katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

“Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan,” katanya.

Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April lalu.

P/s:   Lokasi  rakaman seks diadakan di kondominium di Kuala Lumpur? Bukan rakam di Thailand? Bukan di hotel seperti yang didakwa Datuk T? Kenapa ada tulisan Thailand di dalam video tersebut?

Pemimpin PAS hanya ditukar jika langgar syariat Allah

Label:

Saya petik:

[TMI] KUALA LUMPUR, 20 April — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu. 

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai “langkah kurang tepat”, Mursyidul Am PAS berkata, “pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Laporan media semalam memetik penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan

untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

“Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana
mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

“Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT,” kata beliau lagi.

Nik Aziz juga berkata Aziz selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

“Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding pada pilihan raya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihan raya.

“Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik,” katanya.

Raja Petra beri keterangan di Bangkok malam ini
Sabtu, April 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, April 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, April 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai