Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

UMNO DESAK PAS SELANGOR KELUAR PAKATAN DEMI "KEPENTINGAN MELAYU HAPRAK"?

Label:

Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya
untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu
akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat
perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum
akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah
penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang
untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya
memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya
dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin
oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor
ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang
dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

SUMBER di sini.

NAJIB LIABILITI KEPADA BN DAN NEGARA?

Label:

Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi krisis keyakinan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk menerima belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata oleh pasaran dan tokoh-tokoh perniagaan.

"Perkara itu ditimbulkan dalam pertemuan saya dengan tokoh perniagaan dua hari lalu," katanya.

Dalam peristiwa itu, kerajaan Najib melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperolehi terlalu tipis, di mana BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan tiga undi sahaja (66-63) untuk membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Menurut Salahuddin, mereka mempersoalkan adakah ketidakhadiran begitu ramai ahli Parlimen BN itu adalah satu kebetulan atau sesuatu yang dirancang.

"Bagi mereka, apa yang berlaku itu menunjukkan ketidakmampuan Najib menguasai parti yang diketuainya sendiri.

"Mereka juga tidak menolak kemungkinan Najib adalah Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia dan bukan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi)," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sekurang-kurangnya Abdullah berjaya menguasai Umno dan BN dan mendapat kepercayaan yang lebih baik dari Najib di tahun-tahun awal pemerintahannya, katanya.

Mengenai apa yang didakwa sebagai reformasi ekonomi yang cuba ditonjolkan sebagai kekuatan Najib, Salahuddin tidak melihat perkara itu diterima tanpa dipersoalkan oleh pasaran.

"Pandangan (Prof) Jomo (K Sundaram) bahawa dasar ekonomi terbuka Najib tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dipandang serius oleh pasaran," katanya.

Malah, kata beliau lagi, isu kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut mendapat perhatian serius pasaran dan masyarakat perniagaan.

"Mereka mempersoalkan, jika Najib tidak menunjukkan prestasi yang meyakinkan dalam menjaga hanya satu kementerian, bagaimana beliau boleh memberi keyakinan umum bahawa beliau mampu menunjukkan prestasi yang baik untuk mentadbir sebuah negara?" kata Salahuddin.

Beliau juga memberitahu, tokoh perniagaan yang ditemui itu juga menunjukkan kepadanya indeks penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri yang merudum dengan begitu mendadak dalam masa yang singkat.

Menurut tinjauan Merdeka Center yang ditunjukkan oleh tokoh perniagaan berkenaan kepadanya, kata Salahuddin, kadar penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri mencapai tahap sehingga 65 peratus dalam tempoh 19 Jun hingga 1 Julai tetapi merudum lebih 10 peratus dan berada pada tahap 56 peratus dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu.

"Dalam tempoh antara 19 Jun hingga 1 Julai itu juga, sebanyak 74 peratus responden Melayu dan 74 peratus responden India berpuas hati dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri, manakala tahap sokongan masyarakat Cina pula melonjak sehingga 48 peratus," katanya.

Bagaimanapun, dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu, tahap penerimaan itu merudum kepada 64 peratus di kalangan masyarakat Melayu, 68 peratus di kalangan masyarakat India dan hanya 36 peratus sahaja di kalangan masyarakat Cina, kata Salahuddin lagi.
Beliau tidak menolak kemungkinan Najib semakin dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan negara.

SUMBER: harakahdaily

40 HARI CERAMAH BONGKAR KONSPIRASI UMNO "HAPUSKAN" ANWAR

Label:

Gambar : Yunus (tengah) bersama Madzi (kanan) dan Chan Ming Kai (kiri)

IPOH – Isu salahguna kuasa dan konspirasi terancang UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membunuh karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibongkarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dalam siri ceramah 40 hari di seluruh negeri termasuk 10 parlimen di Perak.

Ketua AMKnya, Abdul Yunus Jamhari berkata, program di Perak akan bermula 24 Disember di Parlimen Sungai Siput dan berakhir di Parlimen Gerik pada hari yang sama.

Menurutnya, penceramah yang diundang adalah terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Mustaffa Kamil Ayob bersama beberapa pimpinan pemuda Pakatan Rakyat dari Pas dan Sosialis DAP.

“Penceramah peringkat pusat pula adalah Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fariz Musa, Khairul Anuar dan Amirudin Shari di samping lapan penceramah dari AMK Perak antaranya, Chan Ming Kai, Kesavan dan Chan Lih Kang” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat PKR di sini, kelmarin.

Beliau berkata, program ini diadakan secara terbuka telah mendapat kelulusan permit dari pihak berkuasa untuk mengadakan ceramah berkenaan.

“AMK mohon kerjasama pasukan keselamatan agar dapat memberikan ruang supaya AMK Perak dapat melaksanakan program ini dengan berjaya serta berharap pihak polis bersikap profesional sama seperti UMNOdan BN buat ceramah dan perhimpunan.”

“Kita juga bersedia menempuh sebarang risiko sekiranya ada cubaan untuk menggagalkan program kita,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Naib Pengerusi Keadilan Negeri, Madzi Hasan berkata, program ini lebih memfokuskan kepada golongan muda untuk menjelaskan konspirasi itu yang berlaku 10 tahun lalu.

“Program AMK ini amat sesuai kerana kita melihat generasi muda kini dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun, mereka sebenarnya tidak tahu sejarah konspirasi pertama kerana ketika itu usia mereka dalam 10 hingga 15 tahun.

“Kita berharap supaya program ini akan menimbulkan kegentaran terhadap pihak yang merancang konspirasi ini serta menunjukkan menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebelum perbicaraan 25 Januari tahun depan,” tegasnya.
SUMBER di sini.

PAS KAJI SEMULA CALON LUAR BERTANDING DI KELANTAN - TG NIK AZIZ

Label:

PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: “Ikut dialah, itu masalah peribadi.”

SUMBER di sini.

SIDANG AKHBAR ROSMAH TERHENTI GARA-GARA SOALAN PEMINDAHAN WANG RM600,000

Label:

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor (gambar) terus diasak dengan soalan yang ‘melemaskannya’ menyebabkan sidang akhbar yang diadakannya terus ditamatkan serta merta.

Isu terbaru pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai Ogos tahun lalu, yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Tian Chua.

Sebelum ini, pada sidang akhbar di Singapura, Rosmah juga ditanya mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadapnya, yang dipercayai mengenai pendedahan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan ‘kehilangan’ nya yang misteri serta pembunuhan model mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Hari ini sekali lagi, beliau disergah dengan soalan ‘cepumas’. Apabila pemberita bertanyakan hal pemindahan wang berkenaan, sidang media itu terus ditamatkan.

"Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. tanyalah soalan yang relevan yang lebih besar untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar yang terhenti separuh jalan selepas majlis pemberian bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Hadir sama menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, Tian Chua mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak RM600,000 kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Ahli Parlimen Batu itu, mendakwa mempunyai dokumen mengenai pemindahan wang itu oleh pihak yang tidak disebutkannya.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

SUMBER di sini.

LEBIH BANYAK KES SELEWENG ALAT TENTERA AKAN DIBONGKAR?

Label:

Tok Kiyai percaya jika sisatan menyeluruh dilakukan pasti ada peralatan tentera yang lain turut lesap. Pastinya rakyat tertanya-tanya, kalau enjin sebesar itu boleh diseludup keluar, bagaimana pula dengan peralatan tentera seperti pistol, peluru, bom, dan sebagainya?
Kita juga berharap Kerajaan melalui Menteri Pertahanan akan membongkar kes-kes tersebut yang melibatkan keselamatan dan maruah negara.

[BERITA HARIAN] Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan, selain dua enjin jet tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini.

Ia susulan pendedahan kehilangan dua enjin itu ketika proses penyelenggaraan rutin yang dilaporkan berlaku dua tahun lalu.

Malah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan akan dibongkar selepas ini.

“Selain dua enjin berkenaan, beberapa peralatan dan kelengkapan lain lesap. Kita sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung perkara itu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamatan Sosial Maldives, Ameen Faisal, di sini semalam.

Beliau mengulas pendedahan akhbar ini semalam mengenai kehilangan satu lagi enjin pesawat F-5E ketika dihantar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara pada 2007.

Mengikut fail siasatan, enjin pertama dibawa keluar dari pengkalan pada 26 Jun 2007 diikuti enjin kedua lima bulan kemudian (1 November 2007) tetapi kehilangan hanya disedari pada Mei 2008 sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos 2008.

Ahmad Zahid berkata, sistem rekod termasuk prosedur inventori di Kementerian Pertahanan dan tiga ketumbukan tentera sangat kemas, tetapi ia bukan jaminan tidak boleh dibolosi.

Beliau mengesahkan identiti pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu sudah dikenal pasti berikutan penahanan empat anggota pangkat rendah di Lembah Klang dan Butterworth yang memantau proses penghantaran enjin berkenaan.

“Keempat-empat anggota masih dalam perkhidmatan tetapi sedang ditahan di sebuah tempat. Mahkamah Tentera sedang menjalankan siasatan lanjut, selain meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil.

“Kementerian juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap pegawai atasan pasukan yang bertugas ketika kejadian berlaku,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kedua-dua enjin terbabit tidak hilang dari gudang simpanannya tetapi besar kemungkinan dilarikan ketika proses penghantaran.

“Kita juga akan menyiasat sebuah syarikat di ibu negara, dipercayai ejen jualan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan,” katanya tanpa mendedahkan ke mana enjin kedua itu dijual.

BAH KUT TEH TETAP HARAM - JAKIM

Label:

Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, makanan itu tidak akan mendapat sijil halal berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim.

“Walaupun mereka mungkin akan membuat permohonan, Jakim tidak akan meluluskan makanan bak kut teh halal itu kerana sudah jelas ia tidak mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam,” katanya.

Tegas beliau Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal.

Menurut Lokman, berdasarkan hukum, bak kut teh adalah merujuk pada sup dan daging babi seperti yang diketahui oleh orang ramai.

“Sehubungan itu saya syorkan penggunaan nama makanan terbabit ditukar kepada nama lain sebaik-baiknya, jangan gunakan lagi nama bak kut teh,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Makanan kegemaran masyarakat Cina itu yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival “Fabulous Food 1 Malaysia” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung dari Dis 18 hingga 20 lalu.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari.

“Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain,” kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia awal bulan ini.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh. Ia dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren.

Menurut Zaffar, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.

Makanan bak kut teh halal itu mengulangi kontroversi yang sama dengan pengenalan “bir halal” minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada Mei 7 lalu.

Malt adalah salah satu ramuan dalam pembuatan minuman beralkohol.

Ia juga ditentang oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.

Maamor berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.

Oleh itu beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.

“Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan,” katanya.

SUMBER di sini.

POLICE RUCKUS IN ROYAL WARD

(Foto: themalaymail)

Siapakah wanita misteri yang berani masuk ke dalam wad Sultan Kelantan di Singapura?

KUALA LUMPUR: Royal guards sneaked two unknown women into the royal suite of the recovering Ruler of Kelantan, Sultan Ismail Petra, at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore in the wee hours of the morning, it has shockingly emerged.

In another disgraceful incident, some 20 royal guards, who are also police personnel, besieged the ward and allegedly insulted the Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Baca lanjut klik di sini.

NENEK KEMPUNAN "MEMADU ASMARA" BERSAMA KEKASIH DICEKUP JAIS

Label:

Ha ha ha....Apa dah jadi? Apa dah jadi? Tuan-tuan bayangkan....Betullah kata orang, nafsu tidak mengenal usia. Apabila syaitan menguasai diri, hukum Allah dicabuli....
Kalau betullah berita di bawah ini, sedih apabila kita memikirkannya. Kubur dah kata mari tapi nafsu masih menghantui....

SABAK BERNAM - Hasrat seorang nenek mahu ‘memadu asmara’ bersama kekasihnya yang berusia 53 tahun tidak kesampaian apabila pasangan berkenaan terlebih dahulu dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dalam satu operasi bersepadu cegah maksiat sekitar Sungai Besar, di sini malam semalam.

Sinar Harian difahamkan, nenek berusia 61 tahun yang juga ibu tunggal itu memberi alasan baru mendaftar masuk ke bilik hotel dan mahu berehat bersama pasangannya yang juga seorang kakitangan awam.

Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan warga emas yang beralamat di Kuala Selangor itu lengkap berpakaian namun gagal menunjukkan sebarang bukti sah perkahwinan atau hubungan sebagai muhrim.

“Ketika anggota penguat kuasa operasi membuat serbuan di bilik suspek, kedua-duanya yang beralamat kad pengenalan dari Kuala Selangor berpakaian lengkap dan mendakwa baru mendaftar masuk ke hotel berkenaan untuk berehat.

“Bagaimanapun mereka gagal menunjukkan sijil nikah ataupun dokumen pengenalan diri yang membuktikan hubungan muhrim menyebabkan mereka terpaksa ditahan,” katanya.

Operasi yang berakhir kira-kira 2 pagi itu membabitkan 48 anggota operasi, termasuk 15 daripada bahagian penguatkuasaan MDSB diketuai Awaluddin sendiri.

Seramai 21 anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), turut menyertai operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mohd Zaidi Zubir, enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Koperal Mohd Jalil Salleh dan enam anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Sabak Bernam diketuai Penolong Pegawai Anti Dadah bahagian penguat kuasa, Mohd Izwan Idris.

SUMBER di sini.

PEGUAM MANGSA FITNAH SPRM?

Label:

Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.

Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perisytiharan harta miliknya.

BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.

Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.

Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.

Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.

Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.

“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.

"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".

Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.

Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.

Kes Rosli bersambung esok.

SUMBER di sini.

KES ENJIN PESAWAT HILANG: ORANG YANG TERLIBAT PERLU DIDAKWA JIKA SIASATAN ADA BUKTI KUKUH

Label:

Tok Kiyai tak berasa hairan dan pelik pun apabila kes kehilangan enjin pesawat hilang. Enjin tersebut sudah sampai kat Amerika Selatan dah pun (kalau mengikut laporan berita arus perdana)

Dalang di sebalik kehilangan engin tersebut bukannya calang-calang orang. Tok Kiyai percaya, kakitangan biasa tak mampu berbuat demikian kalau tiada "kepala" yang hebat. Yelah...macam mana boleh sampai ke Amerika Selatan.

Bagi Tok Kiyai, siasatan yang telus perlu dilakukan. Mereka yang terlibat hendaklah didakwa dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Kes ini perlu dibongkar dan didedahkan kepada rakyat kerana kes ini melibatkan kredebiliti kerajaan Malaysia.

Kita harap kerajaan tidak akan menutup kes seperti yang dijanjikan oleh PM 1Malaysia seperti artikel di bawah ini.

[BERNAMA]- Kerajaan sama sekali tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata malah laporan telah pun dibuat kepada pihak polis apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut yang berlaku semasa beliau menjadi menteri kementerian berkenaan.

"Kita telah pergi kepada polis, ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan. Saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di sini Isnin.

Najib mengulas mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Afrika Selatan.

Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, perdana menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak Tentera Udara dan Angkatan Tentera untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Kita tunggu sehingga laporan penuh dikeluarkan kerana kita telah bekerjasama dengan polis," katanya.

HUSAM CABAR MUSTAPA JADI HERO

Label:

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mencabar Pengerusi Umno negeri itu Datuk Mustapa Mohamed agar "menjadi hero" dengan mengadakan perundingan membabitkan kerajaan negeri itu dan pusat dalam menyelesaikan pertikaian royalti minyak.

"Mengapa tidak Datuk Mustapa menjadi hero rakyat Kelantan dengan memulakan perbincangan dan perundingan dengan Kerajaan Negeri?

"Kemudian, memberikan hak kepada yang berhak, apa lagi untuk negeri tumpah darah beliau juga," kata beliau mengulas kenyataan Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Semalam Mustapa berkata kerajaan pusat belum dapat menentukan jumlah dan kaedah bagaimana pengagihan wang ihsan kepada kerajaan Kelantan sehingga jumlah bahan pengeluaran hasil petroleum di negeri ini ditentukan oleh Petronas.

Menurut Mustapa, yang pastinya jumlah pemberian wang ihsan itu mungkin tidak sama dengan apa yang diperoleh kerajaan Terengganu, Sabah dan Sarawak kerana separuh daripada hasil petroleum negara adalah dari tiga negeri itu.

Sehubungan itu Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan berkata jika dikatakan bertindih menghilangkan kelayakan royalti, mengapa untuk kawasan CAA yang bertindih antara Vietnam dan Terengganu, negeri jiran itu pula dibayar royalti.

"Jika selama ini Terengganu layak, kenapa Kelantan yang turut bertindih dengan Vietnam di bahagian utara CAA tidak berhak menerimanya?

"Sekurang-kurangnya bagi Medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid, kerajaan pusat terhutang kepada Kelantan beratus juta. Difahamkan kerajaan pusat telah menerima AS$700 juta dari kawasan ini selama ini," kata Husam dalam tulisan blognya.

Tambah beliau begitu juga dengan kawasan JDA yang berada dalam perairan Kelantan dan Akta JDA 1990 langsung tidak menidakkan kawasan itu berada dalam perairan Kelantan lama sebelum ia menyertai Malaysia.

"Tidak juga akta itu menjadikan kawasan ini wilayah eksklusif yang terkeluar dari kedaulatan negara kita.

"JDA hanya satu kerjasama yang diberi kuasa untuk mengolah pengeluaran petroleum secara bersama dengan Thailand dan bertanggunjawab membayar royalti seperti tercatat dalam akta itu," katanya.

Husam mendakwa hanya niat buruk untuk mempastikan Kelantan terus miskin sahaja alasan sebenar penafian ini.

"Difahamkan, bagi kawasan JDA, MTJDA telah menghulurkan AS$200 juta sebagai royalti kepada kerajaan pusat. Untuk tahun 2010, ia meningkat kepada RM800 juta. Mana bahagian Kelantan?" katanya lagi.

Husam menambah bagi medan bintang yang bertindih antara Kelantan dan Terengganu, sudah tentu Kelantan juga layak terhadap sebahagian royaltinya.

Menurutnya, difahamkan Petronas telah membayar RM10 bilion sebagai royalti kepada kerajaan persekutuan bagi medan tersebut.

"Jika Kelantan dibayar tunggakan satu pertiga sahaja dari medan Bintang, ia sudah berjumlah RM3.3 billion," katanya sambil menambah, sudah masa bagi kerajaan pusat lebih telus dan lebih bersemangat kekeluargaan.

"Selain adil, saksama dan bersetia dengan perjanjian," katanya.

SUMBER di sini.

Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya
untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Menurut satu sms yang dihantar kepada Harakahdaily, perhimpunan itu
akan diadakan esok 27 Disember jam 11 pagi di perkarangan pejabat
perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Dalam perhimpunan itu, sms itu memaklumkan, satu memorandum
akan diserahkan dan menurutnya memo itu akan diterima sendiri oleh
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," tulis sms itu.

Ketika disemak dari penghantar sms itu, didapati sumbernya adalah
penggerak Umno di negeri ini.

"Dia nak ambil kesempatan dari isu yang berlaku di Selangor sekarang
untuk memecahkan PAS," kata sumber yang menghantar mesej ini kepada Harakahdaily.

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya
memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya
dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin
oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor
ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang
dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

SUMBER di sini.
Links to this post
NAJIB LIABILITI KEPADA BN DAN NEGARA?
Khamis, Disember 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kemenangan tipis Barisan Nasional (BN) dalam pengundian Bajet 2010 di Dewan Rakyat 14 Disember lalu menguatkan lagi persepsi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadapi krisis keyakinan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Hakikat bahawa 71 orang ahli Parlimen BN tidak hadir dalam pengundian untuk menerima belanjawan sulung yang dibentangkan oleh Najib tidak dilihat sebagai suatu kebetulan semata-mata oleh pasaran dan tokoh-tokoh perniagaan.

"Perkara itu ditimbulkan dalam pertemuan saya dengan tokoh perniagaan dua hari lalu," katanya.

Dalam peristiwa itu, kerajaan Najib melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperolehi terlalu tipis, di mana BN berjaya mengatasi pembangkang hanya dengan tiga undi sahaja (66-63) untuk membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Menurut Salahuddin, mereka mempersoalkan adakah ketidakhadiran begitu ramai ahli Parlimen BN itu adalah satu kebetulan atau sesuatu yang dirancang.

"Bagi mereka, apa yang berlaku itu menunjukkan ketidakmampuan Najib menguasai parti yang diketuainya sendiri.

"Mereka juga tidak menolak kemungkinan Najib adalah Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah Malaysia dan bukan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi)," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Sekurang-kurangnya Abdullah berjaya menguasai Umno dan BN dan mendapat kepercayaan yang lebih baik dari Najib di tahun-tahun awal pemerintahannya, katanya.

Mengenai apa yang didakwa sebagai reformasi ekonomi yang cuba ditonjolkan sebagai kekuatan Najib, Salahuddin tidak melihat perkara itu diterima tanpa dipersoalkan oleh pasaran.

"Pandangan (Prof) Jomo (K Sundaram) bahawa dasar ekonomi terbuka Najib tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dipandang serius oleh pasaran," katanya.

Malah, kata beliau lagi, isu kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut mendapat perhatian serius pasaran dan masyarakat perniagaan.

"Mereka mempersoalkan, jika Najib tidak menunjukkan prestasi yang meyakinkan dalam menjaga hanya satu kementerian, bagaimana beliau boleh memberi keyakinan umum bahawa beliau mampu menunjukkan prestasi yang baik untuk mentadbir sebuah negara?" kata Salahuddin.

Beliau juga memberitahu, tokoh perniagaan yang ditemui itu juga menunjukkan kepadanya indeks penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri yang merudum dengan begitu mendadak dalam masa yang singkat.

Menurut tinjauan Merdeka Center yang ditunjukkan oleh tokoh perniagaan berkenaan kepadanya, kata Salahuddin, kadar penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri mencapai tahap sehingga 65 peratus dalam tempoh 19 Jun hingga 1 Julai tetapi merudum lebih 10 peratus dan berada pada tahap 56 peratus dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu.

"Dalam tempoh antara 19 Jun hingga 1 Julai itu juga, sebanyak 74 peratus responden Melayu dan 74 peratus responden India berpuas hati dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri, manakala tahap sokongan masyarakat Cina pula melonjak sehingga 48 peratus," katanya.

Bagaimanapun, dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu, tahap penerimaan itu merudum kepada 64 peratus di kalangan masyarakat Melayu, 68 peratus di kalangan masyarakat India dan hanya 36 peratus sahaja di kalangan masyarakat Cina, kata Salahuddin lagi.
Beliau tidak menolak kemungkinan Najib semakin dilihat sebagai liabiliti kepada BN dan negara.

SUMBER: harakahdaily
Links to this post
40 HARI CERAMAH BONGKAR KONSPIRASI UMNO "HAPUSKAN" ANWAR
Khamis, Disember 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Gambar : Yunus (tengah) bersama Madzi (kanan) dan Chan Ming Kai (kiri)

IPOH – Isu salahguna kuasa dan konspirasi terancang UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang membunuh karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibongkarkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak dalam siri ceramah 40 hari di seluruh negeri termasuk 10 parlimen di Perak.

Ketua AMKnya, Abdul Yunus Jamhari berkata, program di Perak akan bermula 24 Disember di Parlimen Sungai Siput dan berakhir di Parlimen Gerik pada hari yang sama.

Menurutnya, penceramah yang diundang adalah terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Mustaffa Kamil Ayob bersama beberapa pimpinan pemuda Pakatan Rakyat dari Pas dan Sosialis DAP.

“Penceramah peringkat pusat pula adalah Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Fariz Musa, Khairul Anuar dan Amirudin Shari di samping lapan penceramah dari AMK Perak antaranya, Chan Ming Kai, Kesavan dan Chan Lih Kang” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat PKR di sini, kelmarin.

Beliau berkata, program ini diadakan secara terbuka telah mendapat kelulusan permit dari pihak berkuasa untuk mengadakan ceramah berkenaan.

“AMK mohon kerjasama pasukan keselamatan agar dapat memberikan ruang supaya AMK Perak dapat melaksanakan program ini dengan berjaya serta berharap pihak polis bersikap profesional sama seperti UMNOdan BN buat ceramah dan perhimpunan.”

“Kita juga bersedia menempuh sebarang risiko sekiranya ada cubaan untuk menggagalkan program kita,” katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Naib Pengerusi Keadilan Negeri, Madzi Hasan berkata, program ini lebih memfokuskan kepada golongan muda untuk menjelaskan konspirasi itu yang berlaku 10 tahun lalu.

“Program AMK ini amat sesuai kerana kita melihat generasi muda kini dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun, mereka sebenarnya tidak tahu sejarah konspirasi pertama kerana ketika itu usia mereka dalam 10 hingga 15 tahun.

“Kita berharap supaya program ini akan menimbulkan kegentaran terhadap pihak yang merancang konspirasi ini serta menunjukkan menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar sebelum perbicaraan 25 Januari tahun depan,” tegasnya.
SUMBER di sini.
Links to this post
PAS KAJI SEMULA CALON LUAR BERTANDING DI KELANTAN - TG NIK AZIZ
Khamis, Disember 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

PAS Kelantan akan mengkaji sama ada akan terus menerima calon yang bukan anak negeri untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 nanti di negeri itu.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata bahawa dalam Islam, tidak ada perbezaan antara orang dalam atau luar.

“Tetapi jika nampak orang luar tidak perlu lagi tolong Kelantan, kita boleh mencalonkan pemimpin anak negeri ini untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau diminta mengulas saranan Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi, yang mahu anak Kelantan dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Antara pemimpin luar yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan ialah Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang bertanding di Bachok, Naib Presiden Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Bendahari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nasharudin berasal dari Negeri Sembilan, Salahuddin pula dari Johor manakala Hatta adalah dari Perak.

Mengenai keputusan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir melepaskan jawatan, Nik Abdul Aziz berkata: “Ikut dialah, itu masalah peribadi.”

SUMBER di sini.
Links to this post

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor (gambar) terus diasak dengan soalan yang ‘melemaskannya’ menyebabkan sidang akhbar yang diadakannya terus ditamatkan serta merta.

Isu terbaru pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai Ogos tahun lalu, yang didedahkan oleh Pengarah Strategi Pakatan Rakyat, Tian Chua.

Sebelum ini, pada sidang akhbar di Singapura, Rosmah juga ditanya mengenai pelbagai dakwaan buruk terhadapnya, yang dipercayai mengenai pendedahan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan ‘kehilangan’ nya yang misteri serta pembunuhan model mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Hari ini sekali lagi, beliau disergah dengan soalan ‘cepumas’. Apabila pemberita bertanyakan hal pemindahan wang berkenaan, sidang media itu terus ditamatkan.

"Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. tanyalah soalan yang relevan yang lebih besar untuk manfaat semua rakyat Malaysia," katanya pada sidang akhbar yang terhenti separuh jalan selepas majlis pemberian bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Hadir sama menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, Tian Chua mendakwa berlaku pemindahan wang sebanyak RM600,000 kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Ahli Parlimen Batu itu, mendakwa mempunyai dokumen mengenai pemindahan wang itu oleh pihak yang tidak disebutkannya.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

SUMBER di sini.

Links to this post
LEBIH BANYAK KES SELEWENG ALAT TENTERA AKAN DIBONGKAR?
Rabu, Disember 23, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Tok Kiyai percaya jika sisatan menyeluruh dilakukan pasti ada peralatan tentera yang lain turut lesap. Pastinya rakyat tertanya-tanya, kalau enjin sebesar itu boleh diseludup keluar, bagaimana pula dengan peralatan tentera seperti pistol, peluru, bom, dan sebagainya?
Kita juga berharap Kerajaan melalui Menteri Pertahanan akan membongkar kes-kes tersebut yang melibatkan keselamatan dan maruah negara.

[BERITA HARIAN] Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan, selain dua enjin jet tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini.

Ia susulan pendedahan kehilangan dua enjin itu ketika proses penyelenggaraan rutin yang dilaporkan berlaku dua tahun lalu.

Malah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan akan dibongkar selepas ini.

“Selain dua enjin berkenaan, beberapa peralatan dan kelengkapan lain lesap. Kita sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung perkara itu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamatan Sosial Maldives, Ameen Faisal, di sini semalam.

Beliau mengulas pendedahan akhbar ini semalam mengenai kehilangan satu lagi enjin pesawat F-5E ketika dihantar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara pada 2007.

Mengikut fail siasatan, enjin pertama dibawa keluar dari pengkalan pada 26 Jun 2007 diikuti enjin kedua lima bulan kemudian (1 November 2007) tetapi kehilangan hanya disedari pada Mei 2008 sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos 2008.

Ahmad Zahid berkata, sistem rekod termasuk prosedur inventori di Kementerian Pertahanan dan tiga ketumbukan tentera sangat kemas, tetapi ia bukan jaminan tidak boleh dibolosi.

Beliau mengesahkan identiti pihak bertanggungjawab dalam kejadian itu sudah dikenal pasti berikutan penahanan empat anggota pangkat rendah di Lembah Klang dan Butterworth yang memantau proses penghantaran enjin berkenaan.

“Keempat-empat anggota masih dalam perkhidmatan tetapi sedang ditahan di sebuah tempat. Mahkamah Tentera sedang menjalankan siasatan lanjut, selain meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil.

“Kementerian juga sedang mengkaji untuk mengambil tindakan terhadap pegawai atasan pasukan yang bertugas ketika kejadian berlaku,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kedua-dua enjin terbabit tidak hilang dari gudang simpanannya tetapi besar kemungkinan dilarikan ketika proses penghantaran.

“Kita juga akan menyiasat sebuah syarikat di ibu negara, dipercayai ejen jualan untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu siasatan,” katanya tanpa mendedahkan ke mana enjin kedua itu dijual.

Links to this post
BAH KUT TEH TETAP HARAM - JAKIM
Selasa, Disember 22, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Penggunaan istilah bak kut teh halal boleh mengelirukan umat Islam di samping bertentangan hukum syarak kerana bercanggah dengan kaedah fiqah yang ditetapkan oleh Islam.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) Lokman Abdul Rahman berkata, bak kut teh tidak boleh dianggap halal kerana ia masih mengekalkan penggunaan nama yang haram mengikut hukum Islam.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, makanan itu tidak akan mendapat sijil halal berdasarkan prosedur yang ditetapkan oleh Jakim.

“Walaupun mereka mungkin akan membuat permohonan, Jakim tidak akan meluluskan makanan bak kut teh halal itu kerana sudah jelas ia tidak mengikut hukum yang telah ditetapkan di dalam Islam,” katanya.

Tegas beliau Jakim bimbang masyarakat Islam akan salah faham dengan membuat tanggapan bahawa makanan itu sudah halal dimakan jika Jakim memberi pengiktirafan halal.

Menurut Lokman, berdasarkan hukum, bak kut teh adalah merujuk pada sup dan daging babi seperti yang diketahui oleh orang ramai.

“Sehubungan itu saya syorkan penggunaan nama makanan terbabit ditukar kepada nama lain sebaik-baiknya, jangan gunakan lagi nama bak kut teh,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Makanan kegemaran masyarakat Cina itu yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival “Fabulous Food 1 Malaysia” di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung dari Dis 18 hingga 20 lalu.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari.

“Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain,” kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia awal bulan ini.

Antara ramuan yang digunakan termasuklah ayam, makanan laut dan sayur-sayuran bagi menggantikan penggunaan babi dalam bak kut teh yang bermaksud daging, tulang dan teh. Ia dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren.

Menurut Zaffar, ketiga-tiga hidangan itu dijamin 100 peratus halal dari segi ramuan dan bahan-bahan.

Makanan bak kut teh halal itu mengulangi kontroversi yang sama dengan pengenalan “bir halal” minuman malt tanpa alkohol yang dikenali sebagai Istak di Pameran Halal Antarabangsa 2009 (Mihas 2009) pada Mei 7 lalu.

Malt adalah salah satu ramuan dalam pembuatan minuman beralkohol.

Ia juga ditentang oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau tidak bersetuju dengan pengenalan makanan bak kut teh halal itu.

Maamor berpendapat, langkah itu sebagai salah satu cara halus mengurangkan rasa jijik masyarakat Islam pada babi.

Oleh itu beliau bimbang penyalahgunaan istilah itu akan membuatkan umat Islam lama kelamaan tidak lagi rasa jijik terhadap babi.

“Saya harap Jakim dapat bertindak tegas dengan tidak memberikan logo halal terhadap makanan berkenaan,” katanya.

SUMBER di sini.
Links to this post
POLICE RUCKUS IN ROYAL WARD
Selasa, Disember 22, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto: themalaymail)

Siapakah wanita misteri yang berani masuk ke dalam wad Sultan Kelantan di Singapura?

KUALA LUMPUR: Royal guards sneaked two unknown women into the royal suite of the recovering Ruler of Kelantan, Sultan Ismail Petra, at the Mount Elizabeth Hospital in Singapore in the wee hours of the morning, it has shockingly emerged.

In another disgraceful incident, some 20 royal guards, who are also police personnel, besieged the ward and allegedly insulted the Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Baca lanjut klik di sini.

Links to this post
NENEK KEMPUNAN "MEMADU ASMARA" BERSAMA KEKASIH DICEKUP JAIS
Selasa, Disember 22, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ha ha ha....Apa dah jadi? Apa dah jadi? Tuan-tuan bayangkan....Betullah kata orang, nafsu tidak mengenal usia. Apabila syaitan menguasai diri, hukum Allah dicabuli....
Kalau betullah berita di bawah ini, sedih apabila kita memikirkannya. Kubur dah kata mari tapi nafsu masih menghantui....

SABAK BERNAM - Hasrat seorang nenek mahu ‘memadu asmara’ bersama kekasihnya yang berusia 53 tahun tidak kesampaian apabila pasangan berkenaan terlebih dahulu dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dalam satu operasi bersepadu cegah maksiat sekitar Sungai Besar, di sini malam semalam.

Sinar Harian difahamkan, nenek berusia 61 tahun yang juga ibu tunggal itu memberi alasan baru mendaftar masuk ke bilik hotel dan mahu berehat bersama pasangannya yang juga seorang kakitangan awam.

Setiausaha MDSB, Awaluddin Zakaria berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan warga emas yang beralamat di Kuala Selangor itu lengkap berpakaian namun gagal menunjukkan sebarang bukti sah perkahwinan atau hubungan sebagai muhrim.

“Ketika anggota penguat kuasa operasi membuat serbuan di bilik suspek, kedua-duanya yang beralamat kad pengenalan dari Kuala Selangor berpakaian lengkap dan mendakwa baru mendaftar masuk ke hotel berkenaan untuk berehat.

“Bagaimanapun mereka gagal menunjukkan sijil nikah ataupun dokumen pengenalan diri yang membuktikan hubungan muhrim menyebabkan mereka terpaksa ditahan,” katanya.

Operasi yang berakhir kira-kira 2 pagi itu membabitkan 48 anggota operasi, termasuk 15 daripada bahagian penguatkuasaan MDSB diketuai Awaluddin sendiri.

Seramai 21 anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), turut menyertai operasi berkenaan diketuai Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mohd Zaidi Zubir, enam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) diketuai Koperal Mohd Jalil Salleh dan enam anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Sabak Bernam diketuai Penolong Pegawai Anti Dadah bahagian penguat kuasa, Mohd Izwan Idris.

SUMBER di sini.
Links to this post
PEGUAM MANGSA FITNAH SPRM?
Selasa, Disember 22, 2009 | Author: Tuk Kiyai
Peguam kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Rosli Dahlan mendakwa beliau adalah mangsa konspirasi jahat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Rosli mendakwa beliau dianiaya pihak berkenaan hanya kerana bertindak membela Datuk Ramli Yusuff, serta membantu pendakwaan JSJK terhadap watak-watak tertentu pada tahun 2007.

Rosli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan tidak menjawab notis SPRM yang ketika itu dikenali Badan Pencegah Rasuah bersabit perisytiharan harta miliknya.

BPR menuduh Rosli bersekongkol dengan bekas pegawai kanan Datuk Ramli.

Rosli mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Katar.

“ Tadi dia mengatakan bahawa saya diserahkan dengan notis kerana saya dianggap sekutu. Saya katakan saya peguam, macam mana peguam boleh jadi sekutu pula? Tentulah dasar kepada keluhuran undang-undang saya mengatakan saya mengatakan keterangan saya dalam seksyen 27, sebagai seorang peguam saya terikat kepada maklumat sulit. Tapi saya sedia mendedahkan dan saya mendedahkan semuanya bahawasanya saya tidak pernah memegang sebarang asset “ katanya kepada Tv Selangor.

Rosli Dahlan dari firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill mewakili Datuk Ramli Yusuff pada 2007 dalam satu kes sindiket pinjaman wang haram.

Blog Malaysia today kelolaan Raja Petra Kamaruddin mendakwa Datuk Ramli adalah mangsa fitnah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut blog itu, Musa mengambil tindakan terhadap Ramli kerana pegawai itu memberi keterangan dalam kes mata lebam Anwar yang memihak kepada mantan timbalan perdana menteri itu.

Tidak lama selepas itu, Datuk Ramli didakwa BPR atas tuduhan menyalahguna kuasa dan digugurkan dari jawatannya atas tuduhan kononnya beliau memiliki aset RM27 juta.

Rosli berkata kes SPRM menyifatkan kes terhadapnya dan Datuk Ramli begitu ampuh dan penuh kecurigaan.

“ Pengadu adalah pegawai BPR. Dia mengatakan bahawa dia mendapat maklumat bahawa Datuk Ramli melakukan kesalahan. Maklumat itu berdasarkan laporan 0752007. Jadi datuk Kamariendaran meminta laporan 0752007. Bila ditunjukkan kita dapati nama Datuk Ramli tidak disebut langsung" tambahnya lagi.

"Jadi bagaimana pengadu boleh mengatakan Datuk Ramli buat kesalahan rasuah berdasarkan maklumat yang dia terima dalam laporan 0752007 ini. Bila kita pergi kepada laporan 0752007, nama dia tidak ada langsung. Apakah muslihat di sebalik perkara itu?".

Kumarendran adalah peguam yang mewakili Rosli.

Rosli sebelum ini telah memfailkan saman kepada akhbar The Star, ketua editor akhbar tersebut dan dua wartawannya, sebuah lagi akhbar berbahasa Inggeris dan SPRM berhubung penyebaran fitnah ke atasnya.

Kes Rosli bersambung esok.

SUMBER di sini.

Links to this post

Tok Kiyai tak berasa hairan dan pelik pun apabila kes kehilangan enjin pesawat hilang. Enjin tersebut sudah sampai kat Amerika Selatan dah pun (kalau mengikut laporan berita arus perdana)

Dalang di sebalik kehilangan engin tersebut bukannya calang-calang orang. Tok Kiyai percaya, kakitangan biasa tak mampu berbuat demikian kalau tiada "kepala" yang hebat. Yelah...macam mana boleh sampai ke Amerika Selatan.

Bagi Tok Kiyai, siasatan yang telus perlu dilakukan. Mereka yang terlibat hendaklah didakwa dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Kes ini perlu dibongkar dan didedahkan kepada rakyat kerana kes ini melibatkan kredebiliti kerajaan Malaysia.

Kita harap kerajaan tidak akan menutup kes seperti yang dijanjikan oleh PM 1Malaysia seperti artikel di bawah ini.

[BERNAMA]- Kerajaan sama sekali tidak berhasrat untuk menutup kes kehilangan enjin pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata malah laporan telah pun dibuat kepada pihak polis apabila Kementerian Pertahanan menyedari tentang kejadian tersebut yang berlaku semasa beliau menjadi menteri kementerian berkenaan.

"Kita telah pergi kepada polis, ketika itu saya adalah menteri yang berkenaan. Saya membuat keputusan bahawa kita perlu membuat laporan kepada polis," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di sini Isnin.

Najib mengulas mengenai kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E TUDM pada 2007 yang dikatakan telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Afrika Selatan.

Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, perdana menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak Tentera Udara dan Angkatan Tentera untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.

"Kita tunggu sehingga laporan penuh dikeluarkan kerana kita telah bekerjasama dengan polis," katanya.

Links to this post
HUSAM CABAR MUSTAPA JADI HERO
Isnin, Disember 21, 2009 | Author: Tuk Kiyai