Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[VIDEO] Hukum gaji wakil rakyat yang menang dengan cara menipu

Label:

Khairy jilat ludah ‘beruk-beruk di jalanan’

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat melihat keputusan Pergerakan Pemuda Umno yang juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini sebagai satu sokongan (silent support) kepada agenda utama Bersih yang mahukan pemulihan demokrasi dilakukan.

Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, ni sekaligus dilihat sebagai tindakan memperlekehkan ketidakmatangan organisasi Umno dan Perkasa yang sebelum ini beria-ria membuat laporan polis yang kononnya mendakwa perhimpunan aman Bersih 2.0 sebagai ancaman kepada warga Kuala Lumpur dan kestabilan negara.

“Dengan begitu banyaknya laporan polis yang dibuat, akhirnya Pemuda Umno membuat keputusan yang boleh dianggap seperti menjilat ludah sendiri dan menempelak organisasi Umno-Perkasa,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat tidak lupa bagaimana ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin pada 2007 pernah menggelarkan rakyat yang menyertai himpunan Bersih sebagai ‘beruk-beruk di jalanan’.

“Kini beliau sendiri mahu turun ke jalanan atas alasan mahu memperkukuhkan demokrasi. Mungkin dia sudah sedar siapa dirinya,” katanya.

Belau menambah, alasan Khairy itu juga membuktikan bahawa adanya kepincangan dalam sistem demokrasi negara, adanya kecacatan yang harus diperbaiki dan begitu banyak masalah yang belum diselesaikan hingga Pemuda Umno pun mahu berhimpun.

Tambahnya, tidak kisahlah kalau mereka hanya mahu berhimpun kalangan puak-puak mereka sahaja di PWTC dan bukannya bersama rakyat.

Tetapi dengan pengumuman itu, kata Riduan rakyat sudah mendapat signalnya bahawa Pemuda Umno sendiri jelas tidak berpuas hati dengan sistem demokrasi yang ada.

Beliau berkata, phaknya akan mengerahkan semua ahli Pemuda PAS di dalam dan luar negara bagi menyertai himpunan itu sebagai tanda solidariti bersama rakyat.

Justeru, beliau mengajak rakyat turun beramai-ramai pada 9 Julai ini untuk menyatakan bantahan kepada sistem demokrasi yang lemah dan pincang kerana hanya rakyat sahajalah yang mampu membuat perubahan.

Halau ibu kerana dihasut isteri

Label:

Saya petik:

[HM] SERDANG: Tidak mengenang jasa, apabila seorang anak sanggup menghalau ibu bapanya yang sudah tua keluar dari rumahnya di Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, di sini, gara-gara termakan hasutan isteri yang baru dikahwini tiga bulan lalu.

Lelaki berumur 40 tahun itu dikatakan terlalu mengikut kata-kata isterinya berusia 20-an apabila selalu bertengkar dengan kedua-dua orang tuanya hampir saban hari sebelum menghalau kedua-duanya keluar sehelai sepinggang kira-kira jam 1 pagi, Ahad lalu.

Mangsa dikenali sebagai Chor, 69, berkata anak lelakinya itu sepakat dengan isterinya dengan menukar kunci menyebabkan dia dan isteri, May, 65, tidak dapat masuk ke rumah yang didiami sejak 10 tahun lalu.

Katanya, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai pemandu bas sambilan pulang ke rumah bersama isteri, namun terkejut selepas mendapati kunci utama sudah ditukar hingga menyukarkan mereka memasuki kediaman itu.

“Dalam kegelapan malam, saya dan isteri dengan perasaan sedih cuba memasuki rumah itu dengan memanjat pagar tetapi tidak berjaya dan mengambil keputusan menumpang tidur di rumah anak bongsu yang tinggal kira-kira lima kilometer. 

P/s: Tak bau syurga si anak ini....
(Gambar hiasan) 

Ahli JKKK wanita dicekup berjudi

Label:

(Gambar hiasan)
Saya petik: 

[HM] KANGAR: Seorang wanita yang juga ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) sebuah kampung di Mata Ayer di sini, adalah antara empat kaki judi yang dicekup polis dalam serbuan pada Ahad lalu.

Dia bersama seorang lagi wanita termasuk dua lelaki berusia umur 40-an itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Perjudian, Kongsi Gelap dan Pelacuran (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di Kampung Cikgu Ali, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, berkata pihaknya menyerbu premis berkenaan kira-kira jam 10.30 malam ketika kawasan berkenaan dipenuhi hampir 10 pemain sedang leka bermain judi belangkas.

P/s: Tu dia...Kepimpinan melalui teladan.

Lelaki punyai 4 isteri dan 15 anak dipenjara kerana rogol anak jiran

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:  

Ayah nafsu liar dihukum

[BH] KUANTAN: Walaupun sudah mempunyai empat isteri dan 15 anak, nafsu seks melampau seorang buruh akhirnya membawa padah apabila dihukum penjara 22 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah atas dua tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anaknya dan merogol anak jirannya.

Tertuduh berusia 45 tahun dari Kampung Razali, Batu 4, Jalan Gambang, di sini dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen 2 atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap anak perempuannya berusia 11 tahun, di sebuah rumah di Kampung Jaya Gading, di sini, pada 2009.
 
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman terbabit selepas mengambil kira kesan kepada kanak-kanak berkenaan, selain kepentingan awam. Pendakwaan kes dilakukan Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Tertuduh yang kemudian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 1, mengaku salah atas tuduhan merogol anak jirannya berusia 11 tahun di kawasan semak berhampiran jambatan Kampung Seri Damai, di sini antara jam 1.30 petang hingga 2.30 petang, pada 26 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Noradidah Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan dilakukannya.

Mengikut fakta kes, tertuduh mengambil kanak-kanak terbabit pulang dari sekolah dan dalam perjalanan pulang ke rumah, tertuduh mengubah laluan dan membawa mangsa ke kawasan semak di Kampung Seri Damai sebelum merogolnya.

Tertuduh turut memberikan mangsa sedikit duit dan mengarahkannya tidak memberitahu kejadian yang berlaku kepada orang lain. Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kejadian menimpanya kepada keluarga sebelum tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan perlu menyara keluarga yang ramai serta berjanji tidak mengulangi perbuatan sama.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah memohon hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh sebagai pengajaran

Laman Facebook 1.8 juta. Apa kata pakar media dunia

Label:

Saya petik:

[MK] Pakar media sosial Dave Duarte berpendapat harga RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi laman Facebook Pelancongan Malaysia tidak menjamin akan membawa kejayaan besar.

Pengarah urusan Huddlemind Labs di Afrika Selatan itu berkata kempen media sosial yang berjaya harus melabur lebih banyak dalam pengiklanan seperti Google Ads, bagi menarik lebih ramai pengunjung berbanding membangunkan platfom.

Katanya RM300,000 adalah 'agak tinggi' bagi setiap aplikasi Facebook.

“(Laman Facebook) sepatutnya dihubungkan kepada perkara lain seperti, mungkin TV,” katanya ketika diwawancara selepas hadir pada Persidangan Blogger Dunia dan Media Sosial di Kuala Lumpur pagi ini.

Duarte berkata harga yang dibayar Pelancongan Malaysia itu jauh lebih tinggi daripada kos purata kempen media sosial Facebook yang berlegar di sekitar US$30,000 setahun.

Beliau yang pernah mengetuai beberapa kempen media sosial berkata berdasarkan pengalamannya bahawa bajet yang kecil boleh diterjemahkan kepada perniagaan yang besar.

Siti Nurhaliza, lima selebriti sertai Askar Wataniah

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.

Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.

Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
 
"Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih," katanya pada majlis tersebut.

Dia bersedia untuk melakukan latihan pada bila-bila masa bergantung kepada kesesuaian jadual kariernya.

Malah dia lebih seronok jika ramai peminatnya turut serta menyertai askar wataniah.

Sementara Ana Raffali berkata angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.

"Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.

"Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya," katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.

Tanpa berselindung, Ana akui dia pernah mengidap asma. Bagaimanapun, padanya masalah kesihatan tidak akan menghalang dirinya untuk menyumbang sesuatu kepada negara.

Aizat pula begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.

Sementara Shaheizy Sam menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.

Selain selebriti berkenaan, anak sulung Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah,34, yang juga pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM turut menyertai pasukan itu.

Apa kata Ustaz umno ini mengenai BERSIH 2

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM – Tindakan mengadakan perhimpunan secara besar-besaran sehingga mendatangkan kesulitan kepada pihak lain boleh membawa kepada hukum haram kerana mengakibatkan mudarat dan suasana tidak terkawal.

Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya berkata, Islam melarang umatnya melakukan perkara membawa mudarat dan menggunakan kekerasan yang boleh menjejaskan keamanan negara.

Menurutnya, Islam tidak mengajar umatnya menggunakan cara salah untuk menjatuhkan seseorang individu, ia disokong kenyataan Mufti Madinah, Syeikh Soleh As-Suhaimi yang menolak tindakan demonstrasi.

“Kata Syeikh Soleh, sesungguhnya, tiada nas dari al-Quran dan sunnah yang jelas mengenai keharusan mengadakan demonstrasi, sebaliknya wujud riwayat yang lemah dan takwilan terhadap nas secara melulu mengikut hawa nafsu.

“Jadi, berdasarkan ayat ini, apa yang kita nampak, Bersih sebelum ini tidak meninggalkan kesan positif sebaliknya persoalannya kini, apa maksud demonstrasi aman yang cuba diterjemahkan mereka?” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, jika dilihat dalam konteks Islam yang lebih syumul, demonstrasi bukan sahaja mengakibatkan kerosakan, malah dalam perhimpunan yang suasananya tidak terkawal itu, wujud fitnah lisan.

“Sebagai umat Islam, kita perlu menjaga lisan atau percakapan. Jadi, dalam demonstrasi begini, saya perhatikan, kebanyakan mereka tidak menjaga lisan. Di situ berlakunya kutuk mengutuk, maki hamun terhadap pihak lain.

“Kesannya, ia akan mempengaruhi persepsi terhadap seseorang. Kita perlu sedar, fitnah lisan adalah fitnah paling besar dan hukumnya adalah berdosa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd Affendi Yusof berkata, kerajaan perlu menggunakan pendekatan saddu zarai’ iaitu mencegah perkara buruk daripada berlaku.

“Jika kita lihat, banyak implikasi buruk daripada perhimpunan atau demonstrasi jalanan ini, antaranya negara luar akan melabel kita sebagai negara tidak aman, pelabur khuatir untuk datang ke sini.

“Jika dibiarkan perhimpunan ini berlaku, negara akan ditimpa kecelakaan, ramai yang akan mengambil kesempatan terhadap demonstrasi besar-besaran ini. Semua akibat ini memberi kesan tidak baik kepada seluruh rakyat dan negara,” katanya.

Mohd Affendi berkata, hukum asal setiap perkara adalah harus, tetapi, sekiranya memudaratkan pihak lain, ia membawa kepada hukum haram.

“Kita tidak jamin ada nilai positif dalam perhimpunan itu keran suasana tidak terkawal, apa yang kita nampak, banyak keburukan dari kebaikannya,” katanya.

P/s: Kalau penguasa tidak "buat kacau" dan provokasi, BERSIH akan berlangsung dengan aman....

Saida tetap mahu bercerai

Label:

Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR – Siti Nursaida Tarudin, kakak penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, meminta maaf kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam kerana menolak pelawaan umrah oleh suami dan tetap dengan keputusannya mahu bercerai.

“Saya minta maaf, saya bukan nak hal ini berpanjangan tapi saya juga tidak mahu ia berlaku. Saya tetap dengan keputusan saya (cerai),” kata bekas peserta Akademi Fantasia 6 itu kepada Hakim Syarie Mohd. Suhaily Rosdi.

Saida, 35, selaku plaintif membuat permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 pada 6 Oktober tahun lalu dan menamakan suaminya, Mohd. Ghazali Yahya Fikri selaku defendan kes.

Terdahulu, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Mohd. Ghazali memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir pada prosiding semalam kerana ibunya baru meninggal dunia pada 4 Jun lalu.

41 Laman Web Kerajaan Digodam - SKMM

Label:

Saya petik:

[MStar] CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pada Khamis bahawa terdapat percubaan untuk menggodam beberapa laman web kerajaan termasuk laman webnya, www.skmm.gov.my .

"Mengenai ancaman daripada penggodam tidak dikenali untuk menggodam laman web dengan domain .gov.my , sememangnya terdapat percubaan untuk menggodam laman web kerajaan.

"Serangan itu bermula kira-kira 11.30 malam pada Rabu, 15 Jun. Kami dapat mengesahkan sebanyak 51 laman web berdomain .gov.my digodam dan terdapat gangguan di pelbagai peringkat pada sekurang-kurangnya 41 laman web tersebut.

"Bagaimanapun, kami menjangkakan kerja-kerja pemulihan laman web tersebut secara menyeluruh tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan laman web sudah pulih daripada serangan penggodam.

"Pemantauan kami mendapati serangan telah mula berkurangan pada pukul 4 pagi Khamis. Menerusi penilaian lanjutan terhadap serangan itu, kami mendapati serangan tersebut mendatangkan impak yang kecil terhadap pengguna Malaysia.

"Pusat Rangkaian Keselamatan SKMM berusaha sepanjang masa untuk menangani serangan itu. Ia akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan pakar keselamatan malah penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk memantau situasi.

"Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan sebarang maklumat mengenai identiti penggodam tersebut kerana tindakan mereka mengganggu perkhidmatan rangkaian ialah kesalahan yang berat dan boleh dihukum di bawah undang-undangm" kata SKMM dalam satu kenyataan di sini, Khamis. Kenyataan itu menambah, serangan penggodam keatas laman web SKMM tidak berjaya.

==============================================

Antara laman web kerajaan yang digodam

Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off

- Sumber: TT

Wanita ini ingin jual buah pinggang, kornea mata untuk langsaikan hutang suami

Label:

SURIRUMAH dari Kulaijaya yang trauma dengan ugutan syarikat peminjam wang nekad mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta bagi menyelesaikan hutang suaminya.

 Saya petik:

Wanita tawar buah pinggang, sebelah kornea mata pada harga RM1 juta

[BH] JOHOR BAHRU: Trauma diancam samseng pengutip hutang yang dihantar sebuah syarikat kewangan berlesen bagi menuntut hutang ditanggung suaminya, seorang ibu muda dari Kulaijaya di sini, mahu menjual buah pinggang dan kornea matanya pada harga RM1 juta.

Hasrat wanita berusia 35 tahun itu terbongkar ketika dia mengunjungi pejabat Bahagian Pengiklanan, The New Straits Times Press (NSTP) di Bandar Baru UDA di sini, untuk membeli ruangan bagi mengiklankan jualan sebiji buah pinggang dan kornea sebelah matanya. 

Beliau mahu menjual dua organ berkenaan kepada sesiapa saja yang berminat membayar jumlah terbabit, tanpa menyedari perbuatannya adalah menyalahi undang-undang.

Ibu kepada seorang bayi berusia 19 bulan itu, berkata dia nekad mahu menjual organ berkenaan kerana tidak tahan lagi menanggung beban hutang selepas suaminya meminjam dengan sebuah syarikat kewangan berlesen di Kuala Lumpur yang mengenakan faedah sehingga RM6,000 sebulan.

Katanya, suaminya mendapat pinjaman RM30,000 daripada syarikat terbabit selepas seorang rakan menjanjikan kontrak menambak tanah di Terminal Pengangkutan Tambang Murah (LCCT) dekat Sepang, yang perlu disiapkan dalam tempoh dua bulan sebelum Ramadan tahun lalu.

“Suami saya diminta menyediakan 100 hingga 200 lori untuk projek itu menyebabkan dia teruja dan mula berusaha menyediakan lori yang dikehendaki dengan melayari laman web sebelum menemui dua lelaki yang mendakwa mampu menyediakan pengangkutan terbabit.

“Yakin mendapat projek itu, suami saya meminta bantuan abangnya di Kuala Lumpur untuk menguruskan pinjaman dengan syarikat kewangan terbabit dan berjanji membayar RM15,000 sebulan serta ‘duit kopi’ RM6,000 setiap bulan sehingga projek diselesaikan dalam masa dua bulan,” katanya.

Katanya, selepas sebulan berlalu, lori dijanjikan dua lelaki yang dikenali menerusi iklan laman web itu gagal diperoleh, meskipun sudah membayar mereka RM3,000.

“Pada akhir bulan pertama itu, suami saya memulangkan kembali wang pokok RM15,000 serta faedah sebanyak RM6,000, tetapi selepas ini suami sudah kehabisan wang untuk membayar mereka sedangkan baki hutang mula membiak dengan faedah yang dipersetujui dengan syarikat itu.

“Suami saya gagal mendapat projek menambak tanah terbabit dan sejak itu kehidupan kami sekeluarga mula dilanda kebimbangan apabila pengutip wang mula datang ke rumah abang ipar selaku penjamin serta rumah keluarga kami di Kulaijaya.

“Nak makan pun saya tidak ada duit, mujur seorang rakan meminjamkan wang untuk suami yang membolehkan beliau mengusahakan gerai roti canai di Kuala Lumpur dan berhasil membayar RM500 sebulan sepanjang Januari hingga April tahun ini. Namun, masih tidak cukup, kereta juga sudah ditarik bank dan rumah sewa di Kuala Lumpur juga sudah tiga bulan tidak dibayar.

“Namun, mereka (pengutip hutang) tetap datang meminta kami menjelaskan baki bayaran dan sehingga kini faedahnya tidak pernah berkurangan. Saya dan suami kini tersepit apabila diburu pengutip hutang syarikat,” katanya.

Katanya, beliau mengambil keputusan menjual organ itu kerana mahu membina hidup baru walaupun hasrat itu tidak diberitahu suaminya.

Utusan Meloya dikecam hina syariat Islam

Label:

(Kartun yang disiarkan Utusan semalam)

Saya petik:

[HD] KOTA BHARU, 15 Jun: Ketika pemimpin Umno masih ‘trauma’ pendekatan baru diperkenal PAS, Negara Berkebajikan, tiba-tiba Utusan Malaysia menyiarkan kartun disifatkan menghina syariah Islam.

Lakaran kartun tersebut jelas sekali memperlekehkan sistem keadilan dan mempersenda-sendakan syariat Islam.

Ekoran itu Pemuda PAS Kelantan turut tampil mengecam keras lakaran kartun disiarkan akhbar Umno terbabit hari ini.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jelas sekali mesej yang cuba disampaikan Utusan betapa zalim dan primitifnya Islam yang menggariskan syarat empat saksi dalam penghakiman kes zina, liwat dan rogol.

Lakaran kartun yang disiarkan Utusan cuba menggambarkan seorang wanita yang mendakwa dirogol dan membuktikan dengan rakaman handphone ditolak tok penghulu kerana tiada empat saksi.

Manakala ketika wanita sama mengadu kepada polis, bukti rakaman rogol menggunakan telefon bimbit diterima.

Sindiran yang menghina itu dipercayai sengaja dicipta selepas PAS menolak ciptaan terbaru pemimpin Umno dengan video seks didakwa mereka membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Sedangkan firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 4 bermaksud “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, jika saksi tidak dapat dibawa, video atau apa jua bukti lain yang disebut sebagai qarinah boleh diterima, namun perlulah dibuat secara tertutup tanpa sebarang hebahan kepada awam.

Dalam perkembangan lain katanya, menteri yang menjaga agama pula membuktikan tiada kes murtad di Kelantan sejak 10 tahun lalu.

“Ini menggambarkan pentadbiran berteras Islam di negeri ini berjaya mengekang gejala tersebut, sedangkan mahkamah syariah di negeri lain menerima 863 kes murtad dalam tempoh tersebut,” ujarnya.

Kelantan satu-satunya negeri yang tidak mempunyai pemohonan murtad sepanjang 10 tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, Pemuda PAS merakam setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri dan seluruh umat Islam di atas kejayaan mengekang gejala muryad yang sedang melanda negara sekarang.

“Ini ada hubung kaitnya dengan kejayaan dasar Membangun Bersama Islam yang diperkenalkan kerajaan negeri semenjak 1990,” katanya.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan statistik perrmohonan murtad di seluruh negara daripada tahun 2000 hingga 2010.

Dalam tempoh tersebut sebanyak 863 permohonan direkodkan di Sabah dengan 238 kes, Negeri Sembilan (172 kes) dan Selangor (99 kes).

Wanita ini mengaku mencuri dalam surau

Label:

Saya petik:

MELAKA: “Takdir tidak memihak kamu. Selepas kejadian di surau Melaka Mall kira-kira jam 5.20 petang (Sabtu), kamu ditangkap di Mydin MITC dua jam kemudian. Saya tidak pernah berjumpa kes macam ini yang menunjukkan betapa besarnya kuasa Tuhan.”

Begitu kata Majistret Muhammad Hazri Hanafi ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,500 terhadap seorang wanita pekerja kilang, Zalina Shidid, 38, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencuri dompet dan wang tunai RM650 milik Penolong Juruaudit Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Nor Azzren Bazid, 26, di sebuah surau di Melaka Mall, Rabu lalu.

Zalina sebelum itu mengaku bersalah mencuri dompet jenama Cardirino, kad pengenalan, lesen memandu kelas B2/D, dua kad kredit Maybank American Express dan Master Card, kad ATM Ambank, telefon bimbit Nokia E71 yang semuanya bernilai kira-kira RM1,700 kepunyaan Nor Azzren di surau tingkat satu Melaka Mall, Jalan Lebuh Ayer Keroh, dekat sini, pada 8 Jun lalu, kira-kira jam 5.20 petang.

Tertuduh juga mengaku pertuduhan kedua, iaitu mencuri wang tunai RM650 milik pengadu di mesin ATM Ambank Pasaraya Mydin, Jalan Ayer Keroh, pada hari sama, kira-kira jam 7.20 malam.

ETP-EPP hanya jana kekayaan atas kertas

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 15 Jun: PAS menganggap Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’.

“Saya membangkitkan dalam soalan tambahan saya tentang Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sehingga kini hanya mampu ‘menjana kekayaan atas kertas’ dan masih belum menggarap ‘kekangan utama’ atau critical bottle-neck yakni persoalan modal insane atau skilled workforce,” kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, Najib pada 2 hari lalu, mengumumkan 9 inisiatif baru di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dengan jangkaan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta bakal mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Tambahnya, terdahulu PM telah mengumumkan dalam tempoh yang singkat, iaitu dari Oktober 2010 hinggalah April 2011, 70 projek pelaburan yang berpotensi, didakwa bakal memperolehi jumlah pelaburan RM106.4 bilion, mencipta 298,865 peluang pekerjaan dan jumlah pendapatan penduduk (GNI) sebanyak RM153.83 bilion menjelang tahun 2020.

Menurutnya, mutakhir ini berdepan dengan PRU ke-13 yang boleh sahaja beliau umumkan bila-bila masa, Najib semacam terlalu ghairah untuk menyuntik rasa sedap atau feel-good factor di kalangan rakyat Malaysia dan khususnya di kalangan masyarakat bisnes.

“Saya ingatkan PM, sementara saya menyanjungi usaha gigih beliau, saya juga ingin mengingatkan PM supaya tidak keterlaluan dalam membuat pengisytiharan propjek-projek EPP-ETP ini kerana ia bakal memberi kesan sebaliknya khususnya pada pasaran saham yang menjana paper wealth atau kekayaan ke atas seperti yang telah hangus dan lesap berjumlah RM52bilion dari pegangan ekuiti saham bumiputera dari jumlah sebelumnya RM54 bilion!” ujarnya.

Katanya, lebih khusus lagi dan menjadi lebih malang mutakhir ini ialah apabila pengisytiharan demi pengisytiharan yang dibuat Perdana Menteri, apa yang berlaku hanyalah “kekayaan di atas kertas” khususnya kepada syarikat-syarikat yang disebut-sebut, yang masih dalam pelbagai peringkat komitmen bertaraf pelbagai ‘bintang’.

Beliau berkata, harga saham GLC atau syarikat besar swasta telah melonjak seandainya namanya tersenarai dalam EPP-ETP.

Malah, ujarnya ada yang dua kali ganda kadar lonjakan harga sahamnya, antara syarikat yang bermodal kecil yang namanya tersenarai dalam ETP, misalnya Tricubes Bhd yang menanggung kerugian sebelum ini, Karambunai CorpBhd, Petaling Tin Bhd dan lain-lain.

Sebagai contoh, katanya harga saham Tricubes Bhd melonjak dari 5.5 sen pada 18 April kepada 32.5 sen pada 22 April, setelah diumumkan bahawa syarikat ini menerima projek Emel 1Malaysia, bersamaan kadar lonjakan 491%.

Katanya, paling mutakhir saham Tricunes merudum kembali ke paras 10.5 sen.

“Umum tahu bahawa syarikat ini tergolong dalam syarikat GN3 atau dengan kata lain, mempunya permasalahan hutang yang perlu di’strukturkan’ pembayarannya,” katanya.

Kenal bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang ini? Dia bakal jadi jutawan...

Label:

Saya petik:

Bekas Ketua Wanita PKR fail samam RM6 juta terhadap 5 individu, PAS

[BH] GEORGETOWN: Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Aminah Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM6 juta terhadap lima individu dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berhubung kenyataan berbaur fitnah terhadapnya yang disiarkan dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei 2011.

Beliau memfailkan saman itu melalui firma guaman Ambar & Azah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini jam 11.20 pagi tadi.

Beliau menamakan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Norhayati Jaafar sebagai defendan pertama, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung, Jab Samad (defendan kedua), Setiausaha PKR Cabang Jelutong, Anuar Kamaruddin (defendan ketiga), wartawan Harakah, Mohd Sabri Said (defendan keempat), Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman (defendan kelima) dan PAS (defendan keenam).
 
Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada sekitar 20-21 Mei lalu defendan pertama, kedua dan ketiga telah bersama-sama melalui sidang media di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas bertujuan mengaib, menjatuh maruah, nama baik dan reputasinya.

Defendan keempat kemudiannya dengan niat jahat melaporkan kenyataan berkenaan dalam artikel bertajuk "Kenyataan Aminah Bertentangan Syariat" yang disiarkan dalam akhbar Harakah ruangan Fokus di muka surat N18, Koridor Pakatan Rakyat Edisi 20-22 Mei 2011.

Defendan kelima selaku Ketua Pengarang akhbar Harakah telah membenarkan defendan keempat untuk melaporkan kenyataan itu dan defendan keenam selaku pemilik akhbar berkenaan telah menyiarkan keseluruhan kenyataan berkenaan.

Aminah dalam pernyataan tuntutan itu mendakwa laporan akhbar itu antara lain memberi maksud bahawa plaintif adalah seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Plaintif menuntut ganti rugi am untuk fitnah slander (pernyataan fitnah dengan kata-kata atau gerak isyarat, bukan dalam bentuk kekal) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan pertama, kedua dan ketiga.

Plaintif turut menuntut ganti rugi am untuk fitnah libel (pernyatan fitnah dalam bentuk kekal seperti tulisan, gambar ataupun filem) sebanyak RM1 juta setiap seorang daripada defendan keempat, kelima dan keenam. - BERNAMA

P/s: Kaya la si wanita ini.... 

Gadis dibunuh dan dipanggang. Gila!!

Label:

Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang pemuda. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh dan dicincang malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik  gadis ditemukan di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar kota.Dua beg plastik telah dijumpai di dua tempat yang berbeza. Dua pemuda berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian  ini.

Karina dikenali oleh dua orang pembunuh itu. Yuri Mozhnov penjual bunga dan Maxim Golovatskikh penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartment mereka di mana dia kemudian di benamkan ke dalam tub mandi.Kedua mereka mengatakan memakan daging mangsa kerana kelaparan.

Kedua pemuda itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian  untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah dipilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Keduanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Penyiasata mengatakan mereka memutuskan untutk membunuh Karina setelah  gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Tompokan darah ditemukan di paip air dan lantai apartment. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di hospital sakit jiwa.

Sumber: borakkosong

Ingat kisah lelaki yang hilang sebulan lepas? Ini kisah terbaru....

Label:

Berita terdahulu, sila klik di sini.

Saya petik:

'Saya dengar arahan suara'

[BH] JITRA: Seorang doktor pelatih yang dilaporkan hilang hampir sebulan ditemui selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu tetapi tidak dapat menyatakan dengan jelas apa yang berlaku kepadanya. 

Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, berkata di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini, semalam, sepanjang dilaporkan hilang, beliau tidak sedar apa yang berlaku sehingga membawanya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Apa yang saya tahu, saya mendengar arahan daripada satu suara yang saya tidak pasti dari mana. Saya rasakan kehilangan saya hanya empat hari saja,” katanya.

Mohd Noor Azam adalah lulusan Akademi Perubatan Moscow dan sedang menjalani latihan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar sejak Oktober tahun lalu. Menceritakan detik beliau ditemui, Mohd Noor Azam berkata beliau ditahan oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuantan kerana tidak membayar makanan yang dimakannya.

“Ketika ditahan, mereka memeriksa dompet saya untuk memastikan sama ada saya betul-betul tiada wang atau sebaliknya. Ketika membuka dompet saya itu, baru saya berada dalam keadaan sedar.

“Sebaik sedar, saya berasa sangat lapar dan letih. Kaki juga berasa sangat lenguh, mungkin saya berjalan terlalu jauh,” katanya.
Difahamkan, Dr Mohd Noor Azam dilaporkan hilang sejak 16 Mei lalu selepas dihantar ke tempat kerja oleh bapanya.

Katanya, ketika berjalan menuju ke pejabatnya pada hari itu, beliau mendengar suara yang pernah didengarnya sebelum ini dan ketika itulah beliau tidak sedar apa-apa.

Ibunya, Natrah Shaari, 52, berkata beliau menerima maklumat mengenai penemuan anaknya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika beliau dan keluarga dalam perjalanan ke Kuantan.

“Kami tergerak hati untuk pergi sendiri mencari Azam di Kuantan selepas diberitahu dia ada mengeluarkan duit di sebuah mesin ATM di sana,” katanya.

Natrah berkata, apabila sampai di IPD Kuantan, beliau melihat anaknya berada dalam keadaan sihat tetapi pakaian yang dipakainya lusuh dan bukan miliknya.

“Beg kerjanya juga tiada bersamanya, sebaliknya dia menggalas sebuah beg mengandungi berus gigi, berus sabut, kain pelikat, kemejanya yang sudah lusuh dan beberapa barang lagi yang bukan miliknya,” katanya.

Sebelum kejadian itu, Mohd Noor Azam pernah hilang dua kali tetapi kehilangannya hanya dua hari saja. – BERNAMA

Anwar sebagai Perdana Menteri - DAP

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR – DAP memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng menegaskan di sebalik berbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap ketua pembangkang itu, parti-parti komponen PR telah sepakat sejak awal untuk meletakkan pemimpin PKR itu sebagai orang No.1.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika menjawab soalan pada majlis dialog dan makan tengah hari anjuran Bankers Club di sini, semalam.

Pengerusi Bankers Club, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar dan kolumnis Sinar Harian Tan Sri Abdullah Ahmad adalah antara kira-kira 100 tetamu yang hadir, termasuk tokoh korporat dan wakil-wakil kedutaan asing.

Lim telah ditanya apakah beliau akan melaksanakan formula kejayaan Kerajaan Negeri PR di Pulau Pinang, sekiranya diberi peluang untuk mentadbir di Putrajaya sebagai Perdana Menteri.

“Soal saya menjadi Perdana Menteri tidak timbul sama sekali, sebab jawatan tersebut telah kita untukkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita telah sepakat sejak awal mengenai perkara ini.

“Lagi pun saya tidak fikir saya layak memegang jawatan penting itu di peringkat Pusat, sebaliknya saya lebih selesa mengetuai pentadbiran negeri di Pulau Pinang seperti sekarang,” kata beliau.

Lim menjelaskan rakyat tidak perlu bimbang untuk memilih PR dalam pilihan raya umum akan datang, “sebab saya memberi jaminan sekiranya kita berjaya menguasai Putrajaya semuanya akan menjadi lebih baik untuk rakyat.”

Terdahulu dalam ucapannya beliau menarik perhatian bahawa semua negeri-negeri yang diperintah PR selepas PRU 2008 tidak menghadapi masalah untuk membawa pembangunan kepada rakyat.

“Di Pulau Pinang rakyat boleh lihat bagaimana kita membawa banyak perubahan sejak hari pertama kita mengambil alih pentadbiran negeri, menerusi pelaksanaan konsep ‘CAT’, atau ‘competency, accountability, transparency’ dalam setiap urusan.

“Dalam tempoh tiga tahun ini Pulau Pinang berjaya mengalahkan negeri-negeri lain di seluruh negara dari segi pertumbuhan ekonomi, peningkatan modal asing, peningkatan kedatangan pelancong, dan belanjawan ‘surplus’ yang tidak dicapai di negeri lain,” katanya

RM1.8 juta... untuk laman Facebook Kementerian Pelancongan?

Label:

Saya petik:

[MK] Kementerian Pelancongan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.
NONEAnthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.
P/s: Bijak betul BN perintah negara!!

Anonymous ancam godam laman web kerajaan Malaysia Khamis ini

Label:

Saya petik:

[TMI] PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.

Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).

Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.

Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).

Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.

Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.

Siswi pulang bercuti melencong pergi khalwat

Label:

Saya petik: 

[HM] GEORGETOWN: Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.

Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.

Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.

“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.

“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya.

Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

(Gambar hiasan)

Warga Singapura dakwa diarah ketuk ketampi dalam bogel

Label:

Saya petik: 

[MK] Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah.

Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.

Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.

Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.

Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.

Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.

"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.

"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.

Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.

Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.

Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu.

P/s: Warga Singapura itu cuai atau 'kurang ajar'?

Ustazah biar suami rogol anak didakwa

Label:

Saya petik:

Ibu tutup mulut mangsa ketika 'dikerjakan' bapa tiri

[BH] KUALA LUMPUR: Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 15 tahun di kediaman mereka, dua bulan lalu.

Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.
Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.

Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.

Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.

Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.

Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.

Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.

INFO: Pertuduhan

Bagi tuduhan pertama, wanita itu didakwa menyuruh anak perempuan kandungnya berusia 15 tahun dan 1 bulan membuka pakaian dan menutup mulut mangsa ketika dirogol suaminya yang dinikahi hampir setahun lalu di dalam bilik mangsa, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, pada April 2011.

Tuduhan kedua pula, dia dituduh bersubahat dengan suaminya menyuruh mangsa masuk bilik bapa tirinya itu, masa yang sama, pada 12 Mei 2011.

Bagi dua tuduhan merogol, pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun atau 10 sebatan.

Bagi cabul kehormatan, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

(Gambar hiasan)

Perkasa Mahu Halang Demontrasi Bersih

Label:

Saya petik:

[MStar] KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang untuk turut mengadakan perhimpunan bagi menghalang demonstrasi yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) keduapada 9 Julai ini.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan untuk turut sama berhimpun pada hari berkenaan bukan bagi mencetuskan kekecohan sebaliknya demi mempertahankan keselamatan negara.

"Kita nak berhimpun bukan untuk timbulkan kekecohan, tapi nak pastikan kita dapat menghalang perkara ini berlaku, ini yang kita akan buat kerana kami yakin tidak ada sebab untuk mereka menganjurkanperhimpunan Bersih ini.

"Saya akan lawan habis-habisan, ertinya pada hari tersebut akan berlaku pertembungan, kalau ini berlaku, ia untuk kebaikkan,"katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, Isnin.

Beliau berkata tindakan untuk mengerakkan ahli dan penyokong Perkasa bagi mengadakan perhimpunan balas bagi menghalang demonstrasi Bersih juga bertujuan memberi isyarat kepada pihak polis untuk bertindak.

"Mereka sepatutnya boleh berhimpun di stadium, tapi nak juga buat di jalanan ala Mesir yang boleh menimbulkan kekacauan dan kekecohan.

"Saya tak dapat bayangkan bila ada perhimpunan yang besar, ada yanghilang kawalan... baling batu, bakar kereta dan bermacam-macam lagi seperti di Tunisia. Ini semua akan cetuskan suasana tidak tenteram dalam negara," katanya.

Selain itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas membidas penganjur demonstrasi Bersih kerana kononnya menggunakan hak demokrasi untuk menyuarakan pandangan demi kepentingan pihak tertentu.

"Kalau mereka berhak untuk mengadakan perhimpunan atas nama demokrasi,saya juga berhak untuk menghalangnya atas nama demokrasi sebab sayajuga rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu Ibrahim berkata, Perkasa dan lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu lain akan mengadakan persidangan meja bulat bagi membincangkan mengenai langkah yang boleh diambil berhubungdemonstrasi Bersih.

Sekatan terhadap Bersih 2.0 bukti Umno tipu dalam pilihan raya – Anwar

Label:

Saya petik:

[KD] BRICKFIELDS: Umno Barisan Nasional (BN) sentiasa cuba menipu dalam pilihan raya lantaran mereka tidak membenarkan sebarang pemantauan dibuat baik pihak luar mahupun badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada forum ‘Ke Arah Perubahan’ bertempat di Wisma Pandu Puteri Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata, ia berbeza dengan negara lain yang membawa pemerhati luar untuk memantau pilihan raya – merujuk kerajaan Turki yang mengundang wakil dari KEADILAN untuk memantau pilihan raya mereka yang berlangsung hari ini.

“Bayangkan Perdana Menteri (Turki, Recep Toyyip Endorgen) jemput orang luar untuk pantau pilihan raya. Dia yakin pilihan raya negaranya mampu dipantau kerana dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kita di sini, jangankan orang luar, Pengerusi Bersih 2.0 (Datuk Ambiga Sreenevasan) nak pergi pantau pilihan raya Sarawak pun tak boleh.

“Maknanya, Umno ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Mereka mahu tipu dalam pilihan raya,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hampir 2,000 hadirin yang bersesak-sesak mendengar ceramahnya di dewan itu.

Kehadiran Anwar di Brickfield disambut sebagai perwira Sivaji The Boss

Sekalipun sombong dan angkuh, Anwar berkata, Umno menipu dalam pilihan raya kerana takut kehilangan kuasa dan bimbang pilihan raya yang benar-benar adil tanpa penipuan akan membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya sekaligus menumbangkan BN.

“Beliau (Ambiga) sebut arrogance of power (kesombongan kuasa), saya sebut the arrogance of losing power (Kesombongan kerana takut hilang kuasa. Dia (BN) takut kehilangan kuasa, mana boleh dia jalankan pilihan raya yang bebas dan adil. Kalau SPR jalankan pilihan raya bebas dan adil, (sejak) 2008 kita sudah sampai ke Putrajaya.

“Kenapa Umno tidak boleh jalankan pilihan raya yang bebas dan adil? Kerana kalau mereka jalankan pilihan raya yang bebas dan adil, mereka akan kalah,” ulang Anwar lagi.

Kaum India terus memberi sokongan kepada perjuangan Anwar dan Pakatan Rakyat

Ketua Pembangkang itu turut mengulangi komitmennya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 2.9 pada 9 Julai ini dan menganggap perhimpunan itu djamin dalam Perlembagaan.

“Pada 9 Julai, saya akan hadir bersama. Dan saya minta kita berhimpun secara aman kerana ia adalah hak yang paling asas yang dijamin dari segi Perlembagaan. Tuanku Abdul Rahman Al-Haj sewaktu kemerdekaan menjamin Malaysia ini negara yang liberal dan demokratik,” katanya.

Lelaki ini dianiaya polis?

Label:

Hiew Kok Ming

 Saya petik:

[MK] Pengurus sebuah bank yang mendakwa dirinya dianiya polis dinasihatkan supaya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
NONETimbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof berkata, Hiew Kok Ming, perlu membuat satu laporan polis bagi membolehkan satu siasatan dijalankan terhadap insiden yang didakwa berlaku.

"Bagi saya, lelaki terbabit perlu buat laporan polis dan kita akan menjalankan siasatan samada dakwaan dia betul atau pun tidak.

"Itu dakwaan dia, kita perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu. Beliau tidak sepatutnya mengadukan perkara itu kepada pihak yang lain," katanya.

Abu Seman mengulas berhubung laporan di Malaysiakini Sabtu lalu mengenai dakwaan pengurus sebuah bank terbabit yang ditahan di dalam lokap polis selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah hanya atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, bulan lalu.

Dalam laporan itu, Hiew, 26, didakwa mempersoalkan tindakan seorang anggota berpangkat sarjan yang cuba menghentikan kenderaan yang dipandunya dengan berkata: "Lu apa kuasa mahu ambil gua punya lesen dan IC?"

Bagaimanapun, beliau dituduh menghalang polis daripada menjalankan tanggungjawabnya dan akibat dari kata-kata itu membuatkannya bermalam di lokap berkenaan.

Hiew bagaimanapun dengan bahasa Melayu yang lancar menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Dia mendakwa, anggota bertugas yang berpangkat sarjan terbabit telah naik angin apabila beliau bertindak mengambil gambarnya dan dengan segera menghubungi kereta peronda dan empat lagi pegawai untuk menahannya.

Hiew juga mendakwa semasa ditahan, beliau tidak dimaklumkan haknya oleh pihak polis dan tidak membenarkannya menghubungi ahli keluarga dan kawan-kawannya.
[VIDEO] Hukum gaji wakil rakyat yang menang dengan cara menipu
Jumaat, Jun 17, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Jun 16, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Jun 15, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Jun 14, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Jun 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai