Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Malaysia bukan harta pusaka umno-apco

Label:

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.

Ucapan beliau di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.

Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat. Banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin Umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

PAS mengharapkan supaya Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden umno “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.

PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.

PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.

Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber: misabah.blogspot

Gadis setuju dirogol elak motosikal dirosakkan

Label:

(Gambar hiasan)

Jantan lahanat!! Ambil kesempatan daripada kelemahan wanita...Semoga berubah selepas enam tahun dipenjara....

Saya petik:

[SH] Klang - Kerana takut motosikalnya dirosakkan, seorang gadis bersetuju membiarkan dirinya dirogol abang angkatnya di kebun kelapa sawit di Sabak Bernam, dua tahun lalu. Mangsa terpaksa bersetuju dirogol apabila lelaki itu mengugut mencabut tayar motosikal mangsa.

Pekerja ladang itu merogol remaja itu kira-kira jam 3 petang, 18 Disember 2008, dalam kereta.

Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap empat jam selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah.

Pekerja ladang, Hamiruddin Abd Haris, 27, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana merogol adik angkatnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali memerintah hukuman kuatkuasa semalam.

Dalam rayuannya, Hamiruddin, memohon mahkamah mengambil kira keadaannya yang miskin dan ayahnya yang sakit.

Hamiruddin disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.

Serangan pertama oleh Pencacai umno berjaya dipatahkan...

Label:

Sebelum ini blogger umno-apco seperti umno-online dan blogger ini yang mendakwa calon PAS bagi Dun Galas pernah ditangkap khalwat.

Hari ini tuan punya badan menafikan dan mengatakan ia adalah fitnah semata-mata. Jadi, blogger umno telah melakukan FITNAH atau penyambung bagi rangkaian fitnah.
...Mungkin mereka akan kata ia cuma dakwaan. Dakwaan atau fitnah sama sahaja. Bunyinya sahaja yang berbeza. Semua orang Islam tahu bahawa fitnah adalah antara dosa besar yang membawa kemurkaan Allah...

Saya petik:

[MK] Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas. Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.

Bakal Pengantin ini sudah seminggu hilang...

Label:

(Gambar: Siti Sakinah)

Saya petik:

[BH] Pokok Sena: Seorang gadis berusia 25 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November ini dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu.

Siti Sakinah Ismail, kerani di sebuah syarikat kuari keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira jam 7 pagi untuk bekerja tetapi dia tidak datang ke pejabatnya.

Ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, berkata Siti Sakinah yang memakai baju kurung biru dan tudung merah memandu kereta Perodua Viva miliknya dengan nombor pendaftaran KCB 7249.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis seminggu sebelum Ramadan lalu hasil pilihan keluarga.

“Kedua-dua pihak sudah menyediakan pelbagai persiapan, termasuk bunga telur, pakaian pengantin dan kad jemputan.

“Keluarga kami juga sudah menerima wang hantaran daripada pihak lelaki sebanyak RM8,284 tetapi ketika tarikh berkenaan semakin hampir dia pula menghilangkan diri tanpa khabar berita,” katanya.

Zaiton berkata, dia menyedari kehilangan anaknya apabila pengurus tempat anaknya bekerja menelefon pada jam 9.30 pagi Sabtu lalu bertanyakan mengapa dia tidak hadir ke pejabat.

Katanya, dia ada menghubungi telefon bimbit anaknya tetapi tidak berjawab dan pada sebelah petang hari yang sama mereka cuba menghubunginya sekali lagi tetapi gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.

“Tiada perselisihan antara kami sekeluarga dengannya, malah kami gembira kerana dia bakal berkahwin.

“Dia juga tidak membantah calon pilihan keluarga itu. Kami bimbang keadaannya kerana dia memakai barangan kemas,” katanya.

Zaiton berkata, Siti Sakinah seorang anak yang baik kerana tidak suka berpeleseran dan tidak pernah meninggalkan solat.

Katanya, dia mengesyaki anaknya itu dilarikan pihak tertentu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena selepas kehilangannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Sakinah diminta menghubungi talian 019-4649104 atau 019-4783421 atau balai polis terdekat.

Gara-gara Video Porno, Si Perempuan ini Bimbang Diheret Ke Mahkamah

Label:

(Gambar: Cut Tari)

Tahu takut... Sesungguhnya Allah akan campakkan perasaan gelisah kepada pelaku maksiat....Kalau mahkamah manusia pun sudah takut apatah lagi mahkamah Allah...

Saya petik:

[Mstar] JAKARTA: Artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang dengan Ariel, Peterpan iaitu Cut Tari berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di sebuah hospital di Jakarta sejak 17 Oktober lalu.

Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital oleh suamnya untuk mendapatkan rawatan segera.

“Keadaannya semakin pulih. Kalau tak ada masalah dia boleh pulang hari ini (Khamis) atau esok. Bagaimanapun ia bergantung kepada nasihat doktor,” kata jurucakap aktres itu, Ina seperti dipetik portal Inilah.Com, Khamis.

Katanya, selepas mendapatkan suntikan sejak dimasukkan ke hospital, Cut Tari hanya diberikan pil dan juga ubat minum oleh doktor.

“Pada awalnya dia hanya banyak tidur tetapi sekarang dia sudah boleh berjalan dan berbual,” katanya.

Sementara itu portal berkenaan melaporkan Cut Tari turut bimbang mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu.

Cut Tari dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara sama seperti penyanyi lelaki itu selepas dia tidak mengaku terlibat sebagai individu yang melakukan adegan seks dengan Ariel.

Polis Ini Berperangai Gangster?

Label:

(Gambar hiasan)

Rosaklah imej polis Malaysia kalau ada anggotanya berperangai sedemikian. Menggunakan pistol sesuka hati....Mujurlah peluru terkena di punggung. Kalau terbunuh?

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya dalam kejadian di Batu 2, Jalan Kuala Krai, dekat Bunut Payung, semalam.

Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) oleh dua rakannya sebelum menerima rawatan pesakit luar.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Machang menuju bandar ini untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bunut Payung.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kenderaan berkenaan memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya hingga ke Bunut Payung.

Menurutnya, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di kawasan berkenaan.

“Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu.

“Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu milik seorang anggota polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa dihantar dua rakannya ke hospital akibat cedera di punggung kiri dipercayai terkena tembakan dilepaskan anggota polis itu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, anggota polis berkenaan dan rakannya dikatakan datang ke bandar ini kerana terbabit dalam satu kes perbicaraan.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya mengenal pasti seorang daripada anggota terbabit berusia 28 tahun manakala seorang lagi belum dikenal pasti dan mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang.

“Berikutan kes itu, kami menghubungi Ketua Polis Pahang mengambil tindakan disiplin terhadap anggota terbabit. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya

Kenapa Tak Rogol Saya?

Label:

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hamba-Nya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hamba-Nya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Sumber di sini.

Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Asy-Syabab Point Pemuda Pas Kelantan

Label:

Dulu bangunan umno Kota Bharu kini menjadi Asy-Syabab Point milik Dewan Pemuda Pas Kelantan...

Sumber di sini.

Iklan Hari Raya Hina Islam: TV3 Didenda RM50 Ribu

Label:

Saya petik:

[MK] Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.

Himpunan Aman Bantah Tindakan Rosmah di Seluruh Masjid di Malaysia Esok

Label:

(Gambar hiasan)

Saya petik:

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

-Harakahdaily

Rozaliya Dijumpai di Bukit Bintang, KL. Reka Cerita & Lari kerana Tak Mahu Kahwin

Label:

Kepada semua remaja, jangan tiru perangai si gadis ini. Menyusahkan ibu bapa....Kalau tak setuju atau tidak bersedia untuk kahwin lagi, beritahu perkara sebenarnya. Orang tua pastinya memahami...

Saya petik:

[HM] KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.

Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.

“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.

Terdahulu, Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.

Difahamkan, penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.

Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rozaliya, 20, seorang jurujual di kedai menjual telefon milik bapa saudaranya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu dilaporkan hilang sejak 13 Oktober lalu.

Sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Cheneh Baru dengan berpakaian blaus hitam dan seluar denim gelap bersama tunangnya, kira-kira jam 11 pagi untuk membeli persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 12 November depan.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan di sini, tunang wanita itu bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya, kira-kira jam 3 petang hari sama.

Bagaimanapun, Mohd Helmi gagal menemui Rozaliya di tempat dijanjikan dan terus mencarinya hingga jam 6 petang sebelum menghubungi keluarga wanita itu.

Kelmarin, akhbar melaporkan ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, sebagai berkata dia mengesyaki ada yang tidak kena dalam perhubungan anaknya dan Mohd Helmi.

Wanita itu mendakwa, Rozaliya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya.

Semalam, akhbar melaporkan Mohd Helmi tampil di IPD Kuantan untuk menafikan andaian dia terbabit dalam kehilangan tunangnya itu.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, turut menafikan anaknya membawa lari dan menyembunyikan Rozaliya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berharap kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu.

“Siasatan mendapati kejadian ini bebas unsur jenayah dan lebih kepada masalah peribadi atau keluarga,” katanya sambil memaklumkan polis turut mengambil keterangan Rozaliya selepas ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangannya.

Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.

“Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,” katanya

BERITA BERKAITAN: Reka Cerita Elak Kahwin

Mudahnya Mereka Menukar Agama

Label:

(Foto: Rianti Rhiannon Cartwright)

Saya petik

[HM] SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.

[VIDEO] Sidang Media Tok Guru Selepas Penyerahan Bangunan Umno kepada Dewan Pemuda PAS Kelantan

Label:

Umno-BN Rancang Salur RM75 Bilion Dana KWSP Dalam Syarikat Kroni

Label:

KUALA LUMPUR 20 Okt - Pengumuman Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat misteri milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak di dalam pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat lalu gagal mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP lantas menimbul kesangsian bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan licik Umno-Barisan Nasional untuk 'melarikan' aset negara.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail adalah suatu yang tidak masuk akal kerana dana berjumlah RM75 bilion itu akan digunakan untuk pelaburan yang tidak diketahui porfolionya dengan tepat tetapi cuma dikenali sebagai 'foreign portfolio' (portfolio asing).

"Kita tidak tahu portfolio yang mana tapi apa yang saya jangkakan ianya mempunyai kaitan dengan Bursa Saham New York di mana kerajaan mempunyai satu syarikat milik kerajaan yang tersenarai dalam bursa tersebut tetapi sehingga kini syarikat tersebut adalah misteri yang belum terjawab.

"Kita bimbang, dana KWSP akan disuntik ke dalam syarikat tersebut bagi menyelamatkannya kerana jika syarikat itu tidak mempunyai daya tahan maka kerajaan terpaksa menanggung denda yang dikenakan terhadapnya oleh Bursa Saham New York. Saya bimbang sudah wujud saluran yang disediakan di Bursa Saham New York dan pengumuman Najib sebagai persediaan untuk mengalirkan wang milik rakyat kepada syarikat misteri tersebut.

"Saya jangka duit KWSP ini akan digunakan dalam suntikan modal bagi mempertahankan syarikat kaitan kroni itu untuk terus disenaraikan dalam bursa tersebut," dedah Azan kepada Suara Keadilan.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan dasar kerajaan yang memperbesarkan peranan portfolio asing sedangkan Najib dalam pembentangan bajet kali ini menyatakan kerajaan mahu menggalakkan pelaburan swasta atau pelaburan dalam negara.

Tindakan itu katanya bercanggah dengan hasrat untuk mendaya kembali pelaburan swasta bagi mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Apa yang membimbangkan kata Azan lagi, di samping perbelanjaan defisit yang menokok, hutang negara juga meningkat 18 peratus daripada RM378 bilion pada 2009 kepada RM441 bilion tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, kerajaan memperuntukan 5 peratus daripada belanjawan tersebut untuk melunaskan hutang, bermakna daripada RM212 bilion hanya RM10 bilion untuk tujuan pembayaran hutang.

"Ini bermakna daripada RM441 bilion, kita membayar hutang negara kurang daripada 2 peratus dan ini menunjukkan pengurusan hutang yang begitu lemah sekali.

"Keputusan ini adalah tidak munasabah sama sekali apabila kerajaan mencadangkan satu rang undang-undang perbekalan yang bersifat melunaskan hutang negara serendah 2-3 peratus sahaja.

"Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan sanggup menggunakan wang KWSP untuk meningkat pelaburan di luar negara daripada 7 peratus kepada 20 peratus," tegas beliau.

Tambah Azan sikap ini menunjukkan kerajaan lebih rela menggunakan dana awam untuk melabur di luar negara daripada melunaskan hutang.

Azan juga menjelaskan hutang negara terdiri daripada empat kategori akaun iaitu penyata hutang awam luar negara, penyata hutang awam dalam negara, penyata jaminan dalam negara serta penyata jaminan luar negara.

-Skeadilan

Kelantan Perlu Bersih daripada Aktiviti GRO & Aktiviti Maksiat

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Di mana-manapun perbuatan maksiat seperti aktiviti GRO/pelacuran berlaku hatta di Kelantan. Perbuatan tersebut sedikit banyak menjejaskan imej negeri. Kegiatan maksiat yang didalangi warga asing khasnya dari Thailand perlu dibanteras habis-habisan oleh semua pihak termasuk penduduk tempatan. Kita tidak mahu negeri Serambi Mekah ini dicemari oleh mereka yang bernafsu syaitan dan tidak berperanan menjaga nama baik negeri.

Saya petik:

[KS] TUMPAT - Gadis berahi pembuka botol arak. Itulah gelaran popular kepada pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) warga asing yang berkhidmat di berpuluh-puluh restoran Thai yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di daerah ini.

Kebanyakan GRO itu tidak dibayar gaji oleh pengusaha restoran terbabit sebaliknya mereka diberi upah mengikut jumlah botol minuman keras yang dibuka ketika melayani pelanggan.

Upah bagi setiap botol arak yang dibuka ialah RM2.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Boon Hai berkata, Tumpat kini popular dengan kehadiran GRO Thailand yang bekerja di restoran-restoran.

Katanya, GRO mengghairahkan itu akan memujuk pelanggan supaya menempah arak yang banyak untuk mendapat upah lumayan.

"Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras sekurang-kurangnya 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO," ceritanya.

Menurut beliau, GRO yang berpakaian seksi itu akan memberi layanan istimewa bagi mendapat tips antara RM50 dan RM100.

"GRO itu turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 semalam dan akan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel murah di sini," kata beliau.

Boon Hai memberitahu, secara purata, setiap GRO boleh memperoleh pendapatan antara RM500 dan RM1,000 satu malam.

Pelajar Hilang Telah Dijumpai. Sah Mangsa Rogol dan Bunuh

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Sedih dan terharu apabila membaca kes-kes sebegini. Apa tidaknya, perangai manusia kini lebih zalim daripada binatang. Ibu bapa yang ada anak perempuan perlu risau tentang anak mereka. Pantaulah keselamatan anak-anak kita kerana tragedi sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kepada remaja perempuan, berhati-hatilah. Berjalanlah secara berkumpulan. Janganlah berjalan berseorangan kerana ia mengundang bahaya.

Saya petik:

[SH] TELUK INTAN - Remaja perempuan yang ditemui mati di dalam sebuah parit kecil di ladang milik Sime Darby di sini, kelmarin disahkan dirogol berdasarkan laporan bedah siasat yang dibuat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, selain dirogol, mangsa turut dipukul dengan objek tumpul berdasarkan kecederaan di kepala, muka dan paha.

Menurutnya, kematian mangsa pula disebabkan sesak nafas dan paru-paru mangsa dipenuhi lumpur.

“Kita masih menjejaki suspek dan sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat untuk membantu siasatan.

“Bekas teman lelaki mangsa juga tidak ditahan selepas memberikan keterangan kepada pihak polis, kelmarin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kok Liang berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu polis menjejaki suspek seterusnya menyelesaikan kes itu.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang gadis ditemui mati di dalam sebuah ladang kelapa sawit milik Sime Darby Berhad dan dipercayai dirogol serta dibunuh.

Pada jam 7.30 pagi kelmarin, sekumpulan orang awam menemui satu mayat pelajar tingkatan empat di dalam sebuah parit kecil di Ladang Sabrang, Divisyen Rubana, di sini dalam keadaan bogel.

Mangsa, M Divyaa Barathia tidak pulang ke rumah sejak petang Jumaat lalu selepas pulang dari sekolah.

Ketika siasatan dibuat, pihak polis menemui beg sekolah 10 meter dari tempat kejadian manakala pakaian mangsa ditemui di tepi parit kecil di dalam ladang kelapa sawit itu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat manakala suspek sedang dicari polis untuk membantu siasatan.

Kegiatan Maksiat, Khalwat & Judi: Jais Tunggu Masa untuk Cekup 5 Suspek Terkenal

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Tahniah Jais! Semoga operasi mencegah maksiat ini dijalankan sepanjang masa demi menyedarkan masyarakat tentang bahaya perbuatan maksiat kerana ia mengundang bala dan kemurkaan Allah. Kita juga bertanggungjawab mencegah kemungkaran. Janganlah bala Allah menimpa baru kita sedar akan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar.

Saya petik:

[HM] PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.

“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.

"Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.

Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.

“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.

Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.

Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.

“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.

“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.

Nafsu Serakah!! 5 Kali Rogol Budak Bawah Umur dalam Masa 3 Jam

Label:

Nafsu haiwan sungguh si mamat ni.... Memalukan nama keluarga. Mak ayah berusaha untuk mendapatkan haji Mabrur, si anak pula melakukan perbuatan terkutuk...

Saya petik:

[SH] KUANTAN - Seorang pekerja kilang menghadapi tuduhan merogol seorang remaja bawah umur sebanyak lima kali dalam tempoh tiga jam di bilik sewa, di sini, tahun lalu.

Ahmad Zulhelmi Zulkifli, 24, yang beralamat di RRM 2 Kuala Pahang, Pekan, ditahan pada 12 Oktober lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, di sini, semalam.

Mengikut fakta kes, Ahmad Zulhelmi didakwa merogol mangsa berumur 13 tahun lapan bulan di sebuah bilik sewa di Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 5 Disember tahun lalu.

Kira-kira setengah jam kemudian, tertuduh melakukan perkara sama terhadap mangsa serta mengulangi perbuatan itu pada jam 6 pagi, 6.45 pagi dan 7.30 pagi di tempat dan tarikh sama.

Ketika ditanya Hakim Irwan Suaibon, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon supaya dibicarakan.

Irwan menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 15 November ini selepas diminta Pegawai Pendakwa Raya, Law Chin How.

Tertuduh juga diminta membawa peguam selepas dikenakan ikat jamin keseluruhan RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan seorang penjamin.

Ahmad Zulhelmi, bagaimanapun, gagal membayar ikat jamin dengan alasan bapanya pergi menunaikan haji di Makkah, lalu tertuduh dihantar ke Penjara Penor.

[VIDEO PANAS] Remaja Berpesta Minum Air Kencing Setan

Label:

Astaghfirullahal'azim, zalimnya manusia!! Air kencing syaitan diteguknya seperti air sirap. Begitulah jika nafsu syaitan menguasai diri, ajaran Islam dinodai... Mak bapak dia orang tentu sedih melihat kelakuan anak perempuan mereka ini.

Bonus Setiap Tahun Kepada Kakitangan Kerajaan Jika Pakatan Tawan Putrajaya

Label:

KUALA LUMPUR 18 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap meneruskan amalan memberi bonus kepada kakitangan perkhidmatan awam sekiranya ia diberi kepercayaan menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau membuat pengumuman tersebut semasa berucap dalam Dewan Rakyat pagi tadi berhubung perbahasan Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Anwar berkata alasan Perdana Menteri bahawa kerajaan perlu berjimat apabila diajukan soalan mengenai pemberian bonus kepada lebih 1. 2 juta kakitangan kerajaan tidak boleh diterima kerana pada masa yang sama pentadbiran Najib mampu membazir sejumlah wang yang besar untuk menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti yang bukan keutamaan dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

"Ke mana Perdana Menteri pergi? Ke pertunjukan Islam d Monaco. Ini jawapan yang paling tidak munasabah. Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan busana Islam di Monaco. Seluruh dunia tahu Monaca adalah pusat perjudian yang terkenal. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur, Jakarta, Jeddah atau Istanbul. Apa yang lebih menyedihkan boleh pula menyerahkan derma kepada Prince Albert (pemerintah Monaco). Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan.

"Ini bukan hendak mengambuil hati pegawai-pegawai kerajaan. Ini kerana (semasa saya menjadi Menteri Kewangan) dalam keadaan susah pun kita mampu berikan sebahagian daripada bonus tapi sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit. Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion
tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit.

-SKeadilan

Isteri Curang! Berzina dengan Lelaki yang Baru 4 Hari Dikenalinya

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Dunia akhir zaman!! Seolah-olah perbuatan mungkar ini menjadi trend. Isteri berzina dengan suami orang dan sebaliknya.......Langsung tiada rasa bersalah kepada "pasangan yang halal" mereka... Mengikut hukum Islam, pasangan ini dikenakan hukuman rejam sampai mati!!!

Saya petik:

[HM] ALOR SETAR: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang sanggup menyewa sebuah bilik motel di Jalan Pegawai, di sini, kelmarin semata-mata untuk memuaskan nafsu seksnya dengan seorang lelaki yang baru dikenali empat hari lalu.

Suri rumah berusia 26 tahun itu dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak tetapi berani berduaan-duaan dengan lelaki lain di sebuah bilik motel.

Mereka akhirnya dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan kira-kira jam 3 petang.

Wanita itu dikatakan terkejut apabila mengetahui pasangannya berusia 46 tahun dari Sungai Petani juga adalah suami orang dan mempunyai lima anak kerana sebelum ini, lelaki itu mendakwa masih bujang.

Wanita itu hanya mengetahui perkara itu ketika anggota penguat kuasa menyoal siasat mereka di pejabat agama sejurus selepas tangkapan.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, berdasarkan maklumat diterima, anggotanya bergegas ke motel terbabit dan mendapati sebuah bilik berkunci serta tertutup rapat.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang mendakwa menyewa bersama `isterinya’.

“Selepas menyoal siasat pasangan itu, mereka akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan apabila wanita terbabit mendakwa baru mengenali lelaki yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu empat hari lalu manakala lelaki itu juga mengaku sudah berkeluarga.

“Ketika ditahan, wanita itu hanya sempat memakai tuala kerana terkejut apabila pintu bilik diketuk berkali-kali oleh anggota penguat kuasa dan tidak sempat memakai baju manakala keadaan katil pula berselerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

“Kami akan melakukan pemeriksaan lebih kerap dalam usaha mencegah maksiat,” katanya.

Gadis Ini Hilang Selepas SMS Mendakwa Dia Diekori Dua Lelaki

Label:

Di manakah gadis ini? Semoga selamat dari segala kejahatan manusia.

Saya petik:

[HM] Kemaman: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.

Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Putrajaya "Lubuk Maksiat"

Label:

(Gambar: Lelaki yang ditangkap berkhalwat dengan isteri 0rang baru-baru ini di Putrajaya sedang memeluk isterinya mungkin menyesal atas perbuatannya )

Maksiat ada di mana-mana hatta di sebelah rumah kita tetapi ia boleh diatasi jika kita dan persatuan penduduk sama-sama bertanggungjawab dan prihatian terhadap persekitaran. Sebagai orang Islam kita bertanggungjawab "menjaga tepi kain" saudara kita supaya sama-sama terselamat daripada api neraka.

Saya Petik:

[HM] PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.

Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.

Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.

“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.

Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.

“Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga ‘orang luar’ menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.

“Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu,” katanya.

Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.

Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.

Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.

“Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa ‘menyembunyikan’ diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran,” katanya.

Pelajar Agama Dicekup Berkhalwat

Label:

Beginilah jadinya apabila nafsu syahwat dikuasai oleh syaitan. Walaupun belajar ilmu agama tinggi melangit jika iman di dada senipis kulit bawang, maka mudahlah melakukan perbuatan mungkar dan maksiat...

Saya petik:

[SH] AMPANG - Sepasang kekasih di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Tempatan (IPT) dicekup Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di salah sebuah unit kondominium di Pandan Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan tersebut yang masing-masing berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah bilik sewa milik di kondominium tersebut kira-kira pukul 1.00 pagi.

Operasi dijalankan setelah pihak Masjid Al-Azim menerima maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran gadis terbabit di rumah berkenaan dan sekumpulan anggota penguatkuasa yang diketui oleh Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman bergegas di lokasi berkenaan.

Ahmad Nawi berkata, beliau bersama beberapa anggotanya terus memperkenalkan diri sebaik memasuki rumah tersebut. Pihaknya mendapati beberapa remaja lelaki berada di ruang tamu. Pemeriksaan lanjut turut dilakukan di salah sebuah bilik di unit kondominium itu mendapati pasangan terbabit berada berdua-duaan di bilik tersebut.

“Remaja lelaki itu telah membuka pintu apabila diketuk oleh anggota saya. Kami mendapati remaja berkenaan berpakaian lengkap dan berseluar pendek, manakala remaja perempuan terbabit pula berpakaian lengkap dan sedang berbaring di atas katil,” katanya.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kedua-dua pasangan itu tidak mempunyai apa-apa hubungan suami isteri. Difahamkan alasan yang diberikan oleh gadis itu adalah dia tertidur di dalam bilik berkenaan kerana terpaksa menunggu salah seorang kawan yang telah meminjam motosikal pulang semula ke unit kondominium tersebut.

“Gadis tersebut memberi alasan kehadirannya di unit kondominium itu kerana dia telah memasak lebih makanan kemudian mengambil keputusan untuk menghantar makanan tersebut ke rumah teman lelakinya itu, namun tidak sangka tertidur kerana terpaksa menunggu kepulangan salah seorang kawan yang telah meminjam motosikalnya.

“Teman lelakinya pula mengakui kira-kira hampir sejam gadis berkenaan berada di unit kondominium itu,” katanya.

Tambahnya, difahamkan gadis tersebut merupakan penuntut di salah sebuah IPT yang mengambil jurusan Syariah, manakala teman lelakinya mengambil jurusan akaun yang juga menuntut di IPT sama.

“Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Pandan Indah Ampang untuk pihak kami membuat laporan dan seterusnya mengarahkan pasangan terbabit hadir ke pejabat Jais untuk tindakan lanjut. Kami menjalankan operasi ini di bawah Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah JAIS 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Pada masa yang sama, Operasi Cegah Maksiat bersama-sama Jais yang bermula jam 12.30 malam dan berakhir kira-kira 5 pagi itu turut memberi fokus di beberapa kawasan tumpuan memadu kasih seperti di Bukit Langat, Bukit Permai selian turut memantau beberapa kawasan sekitar Pandan Indah, Pandan Jaya dan Ampang.

“Hampir 76 remaja yang ditahan di dalam operasi berkenaan yang turut dijalankan di beberapa lokasi berasingan seperti Bukit Langat dan Bukit Permai,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, pihaknya telah mengambil maklumat kesemua remaja terbabit, dalam masa yang sama mereka juga harus menghadiri sesi kaunseling di Masjid Al-Azim Pandan Indah.

Katanya, tindakan tegas akan diberikan jika mereka ingkar dan tidak menghadiri sesi kaunseling tersebut.

“Operasi dijalankan di bawah Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, disabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara. Kami tidak teragak-agak menyerahkan mereka kepada Jais untuk tindakan lanjut apabila didapati melakukan perbuatan sama berulang serta ingkar hadir sesi kaunseling tanpa alasan kukuh. Sesi kaunseling dijangka diadakan 24 Oktober ini, saya berharap mereka dapat kerjasama atau berhadapan tindakan tegas Jais,” katanya.

Tambahnya, dalam masa sama pihaknya berjaya menahan empat individu, dua didapati minum minumanan yang memabukkan ketika operasi di sekitar Bukit Langat.

“Individu berkenaan telah memohon budi bicara, pihak saya individu terbabit hadir sesi kaunseling. Jika kami dapati dia ditangkap atas perkara sama, kami tidak teragak-agak menyerahkannya kepada Jais untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika didapati bersalah boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.
Malaysia bukan harta pusaka umno-apco
Sabtu, Oktober 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno yang hendak mempertahankan kemenangan Umno BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain dipadang yang tidak sama dan mengubah tiang gol.

Ucapan beliau di perasmian persidangan agung Umno di PWTC , yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"

PAS berpendapat ucapan ini membayangkan mimpi ngeri pemimpin Umno untuk menghadapi kebangkitan rakyat dalam pilhanraya akan datang. Mereka membayangkan apa akan terjadi kepada rumah banglo mewah mereka, kereta mewah mereka dan perniagaan mereka jika kerajaan BN jatuh.

Sebenarnya mereka bukan takut rakyat tidak boleh makan, bukan takut hak Melayu akan hilang. Kerana selama ini pun mereka tidak pedulikan rakyat. Banyak perwakilan Umno telah membangkitkan bagaiamana pemimpin Umno yang tidak memperdulikan rakyat selama ini. Turun berjumpa rakyat hanya ketika hendak pilihanraya.

PAS mengharapkan supaya Umno belajar menjadi orang kalah, kerana dalam negara demokrasi ada masa turun naik. PAS hendak tahu juga apa maksud ucapan Presiden umno “walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!. Apakah kalau BN tidak mendapat suara majoriti adakah mereka tidak mahu menyerah kuasa juga? Demokrasi apakah ini. Belajarlah daripada PAS yang pandai menghormati demokrasi di negara ini.

PAS pernah memerintah Kelantan pada tahun 1959 , tapi tewas pada tahun 1978 walaupun dengan tektik undang-undang dharurat, namun PAS menyerahkan kuasa kepada Umno, kemudian kembali memerintah pada tahun 1990 hingga kini.

PAS juga pernah menang 1959 dan kalah di Terengganu pada tahun 1961 melalui tektik kotor. Kemudian menang pada tahun 1999 dan tewas pada tahun 2004. Walaupun pada ketika itu emosi penyokong PAS tidak boleh menerima kekalahan ini, namun kebijaksanaan pemimpin PAS telah berjaya menenangkan rakyat supaya menghormati suara rakyat.

Begitu juga dengan peristiwa jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak walaupun dengan cara tidak demokratik, namun PAS dan Pakatan Rakyat terus bersabar dan akur dengan keputusan ini.

Datuk Seri Najib Razak kena sedar bahawa Malaysia ini bukan harta pusaka Umno BN yang telah diwasiatkan melalui Amanah Raya, tetapi ia adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan di negara ini melalui pilihanraya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sumber: misabah.blogspot

Links to this post
Gadis setuju dirogol elak motosikal dirosakkan
Sabtu, Oktober 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Jantan lahanat!! Ambil kesempatan daripada kelemahan wanita...Semoga berubah selepas enam tahun dipenjara....

Saya petik:

[SH] Klang - Kerana takut motosikalnya dirosakkan, seorang gadis bersetuju membiarkan dirinya dirogol abang angkatnya di kebun kelapa sawit di Sabak Bernam, dua tahun lalu. Mangsa terpaksa bersetuju dirogol apabila lelaki itu mengugut mencabut tayar motosikal mangsa.

Pekerja ladang itu merogol remaja itu kira-kira jam 3 petang, 18 Disember 2008, dalam kereta.

Bagaimanapun, lelaki itu ditangkap empat jam selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah.

Pekerja ladang, Hamiruddin Abd Haris, 27, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana merogol adik angkatnya yang ketika kejadian berusia 15 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yong Zarida Sazali memerintah hukuman kuatkuasa semalam.

Dalam rayuannya, Hamiruddin, memohon mahkamah mengambil kira keadaannya yang miskin dan ayahnya yang sakit.

Hamiruddin disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.
Links to this post
Serangan pertama oleh Pencacai umno berjaya dipatahkan...
Jumaat, Oktober 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Sebelum ini blogger umno-apco seperti umno-online dan blogger ini yang mendakwa calon PAS bagi Dun Galas pernah ditangkap khalwat.

Hari ini tuan punya badan menafikan dan mengatakan ia adalah fitnah semata-mata. Jadi, blogger umno telah melakukan FITNAH atau penyambung bagi rangkaian fitnah.
...Mungkin mereka akan kata ia cuma dakwaan. Dakwaan atau fitnah sama sahaja. Bunyinya sahaja yang berbeza. Semua orang Islam tahu bahawa fitnah adalah antara dosa besar yang membawa kemurkaan Allah...

Saya petik:

[MK] Tidak sampai 24 jam selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu. Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah ibunya.

Dr Zulkefli, sebaliknya menjelaskan isterinya bernama Zainab Jalar.

"Fitnah semata-mata, - boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Selain mendakwa Dr Zulkefli pernah ditangkap berkhalwat, Umno Online juga memperlekehkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mengenakan syarat untuk menjadi calon adalah bukan perokok dengan memberikan gambaran seolah-olan beliau adalah perokok.

"Saya tidak merokok. Semoga Allah mengampuni dosa mereka yang membuat fitnah," kata Dr Zulkefli.

Dr Zulkefli diumumkan sebagai calon PAS oleh Nik Aziz di Gua Musang malam semalam.

Beliau adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas. Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992. Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang. Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.

Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.

Selain Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, turut hadir di majlis pengumuman calon tersebut ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang atau 16.35 peratus.
Links to this post
Bakal Pengantin ini sudah seminggu hilang...
Jumaat, Oktober 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Siti Sakinah)

Saya petik:

[BH] Pokok Sena: Seorang gadis berusia 25 tahun yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 20 November ini dilaporkan hilang selepas keluar ke tempat kerja di Jalan Pegawai, Alor Setar, pagi Sabtu lalu.

Siti Sakinah Ismail, kerani di sebuah syarikat kuari keluar dari rumahnya di Kampung Kolam, di sini, kira-kira jam 7 pagi untuk bekerja tetapi dia tidak datang ke pejabatnya.

Ibunya, Zaiton Abdul Halim, 58, berkata Siti Sakinah yang memakai baju kurung biru dan tudung merah memandu kereta Perodua Viva miliknya dengan nombor pendaftaran KCB 7249.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu bertunang dengan seorang pemuda berusia 24 tahun dari Kuala Sanglang, Perlis seminggu sebelum Ramadan lalu hasil pilihan keluarga.

“Kedua-dua pihak sudah menyediakan pelbagai persiapan, termasuk bunga telur, pakaian pengantin dan kad jemputan.

“Keluarga kami juga sudah menerima wang hantaran daripada pihak lelaki sebanyak RM8,284 tetapi ketika tarikh berkenaan semakin hampir dia pula menghilangkan diri tanpa khabar berita,” katanya.

Zaiton berkata, dia menyedari kehilangan anaknya apabila pengurus tempat anaknya bekerja menelefon pada jam 9.30 pagi Sabtu lalu bertanyakan mengapa dia tidak hadir ke pejabat.

Katanya, dia ada menghubungi telefon bimbit anaknya tetapi tidak berjawab dan pada sebelah petang hari yang sama mereka cuba menghubunginya sekali lagi tetapi gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.

“Tiada perselisihan antara kami sekeluarga dengannya, malah kami gembira kerana dia bakal berkahwin.

“Dia juga tidak membantah calon pilihan keluarga itu. Kami bimbang keadaannya kerana dia memakai barangan kemas,” katanya.

Zaiton berkata, Siti Sakinah seorang anak yang baik kerana tidak suka berpeleseran dan tidak pernah meninggalkan solat.

Katanya, dia mengesyaki anaknya itu dilarikan pihak tertentu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena selepas kehilangannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Sakinah diminta menghubungi talian 019-4649104 atau 019-4783421 atau balai polis terdekat.
Links to this post
Gara-gara Video Porno, Si Perempuan ini Bimbang Diheret Ke Mahkamah
Jumaat, Oktober 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Cut Tari)

Tahu takut... Sesungguhnya Allah akan campakkan perasaan gelisah kepada pelaku maksiat....Kalau mahkamah manusia pun sudah takut apatah lagi mahkamah Allah...

Saya petik:

[Mstar] JAKARTA: Artis yang dikaitkan mempunyai hubungan terlarang dengan Ariel, Peterpan iaitu Cut Tari berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di sebuah hospital di Jakarta sejak 17 Oktober lalu.

Cut Tari dilaporkan mengalami gangguan di perut sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital oleh suamnya untuk mendapatkan rawatan segera.

“Keadaannya semakin pulih. Kalau tak ada masalah dia boleh pulang hari ini (Khamis) atau esok. Bagaimanapun ia bergantung kepada nasihat doktor,” kata jurucakap aktres itu, Ina seperti dipetik portal Inilah.Com, Khamis.

Katanya, selepas mendapatkan suntikan sejak dimasukkan ke hospital, Cut Tari hanya diberikan pil dan juga ubat minum oleh doktor.

“Pada awalnya dia hanya banyak tidur tetapi sekarang dia sudah boleh berjalan dan berbual,” katanya.

Sementara itu portal berkenaan melaporkan Cut Tari turut bimbang mengenai hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap Ariel selepas penyanyi itu dipindahkan dari penjara di Jakarta ke Bandung, Rabu lalu.

Cut Tari dikatakan berdebar kerana takut turut diheret ke penjara sama seperti penyanyi lelaki itu selepas dia tidak mengaku terlibat sebagai individu yang melakukan adegan seks dengan Ariel.

Links to this post
Polis Ini Berperangai Gangster?
Jumaat, Oktober 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Rosaklah imej polis Malaysia kalau ada anggotanya berperangai sedemikian. Menggunakan pistol sesuka hati....Mujurlah peluru terkena di punggung. Kalau terbunuh?

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Gara-gara tidak berpuas hati kenderaan dinaiki dipotong kenderaan lain, seorang anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan berkenaan hingga terkena punggung kiri seorang penumpangnya dalam kejadian di Batu 2, Jalan Kuala Krai, dekat Bunut Payung, semalam.

Kejadian jam 1 tengah malam menyebabkan mangsa berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) oleh dua rakannya sebelum menerima rawatan pesakit luar.

Difahamkan, sebelum kejadian, kereta Perodua Kancil dinaiki mangsa bersama dua rakannya dalam perjalanan dari Machang menuju bandar ini untuk menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Bunut Payung.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, kenderaan berkenaan memotong Perodua Kelisa dinaiki dua anggota polis di laluan sama.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi berkata, sejurus kemudian kereta dinaiki anggota terbabit bertindak mengekori kenderaan mangsa bersama rakannya hingga ke Bunut Payung.

Menurutnya, anggota polis terbabit melepaskan beberapa das tembakan ke arah Perodua Kancil itu sebelum terkena seorang penumpang hingga memaksa pemandunya memberhentikan kenderaan di kawasan berkenaan.

“Selepas kedua-dua kenderaan berhenti, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum kedua-dua kenderaan termasuk kenderaan mangsa beredar dari kawasan itu.

“Selepas kejadian itu, rakan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan, Perodua Kelisa itu milik seorang anggota polis,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Katanya, berikutan kejadian itu, mangsa dihantar dua rakannya ke hospital akibat cedera di punggung kiri dipercayai terkena tembakan dilepaskan anggota polis itu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat, anggota polis berkenaan dan rakannya dikatakan datang ke bandar ini kerana terbabit dalam satu kes perbicaraan.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya mengenal pasti seorang daripada anggota terbabit berusia 28 tahun manakala seorang lagi belum dikenal pasti dan mereka bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang.

“Berikutan kes itu, kami menghubungi Ketua Polis Pahang mengambil tindakan disiplin terhadap anggota terbabit. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya
Links to this post
Kenapa Tak Rogol Saya?
Khamis, Oktober 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on thatnight even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hamba-Nya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hamba-Nya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..." [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...

sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Sumber di sini.
Links to this post

Dulu bangunan umno Kota Bharu kini menjadi Asy-Syabab Point milik Dewan Pemuda Pas Kelantan...

Sumber di sini.
Links to this post
Iklan Hari Raya Hina Islam: TV3 Didenda RM50 Ribu
Khamis, Oktober 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MK] Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) telah dikenakan denda maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyiarkan iklan kontroversinya berhubung sambutan Aidilfitri yang lalu.

Iklan yang disiarkan oleh stesen televisyen swasta pertama itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum memaklumkan kepada Dewan Rakyat hari, siasatan SKMM mendapati iklan berkenaan “menghina dan mengapi-apikan”.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen bebas yang mewakili Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang ingin tahu mengenai tindakan kerajaan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan “Sinari Lebran”.

Zulkifli dalam soalannya mendakwa iklan tersebut “menghina dan menjatuhkan martabat Islam”.

“Sinari Lebaran oleh TV3, disiasat oleh Akta SKMM 1998 mengikut Seksyen 206 (3) yang memperuntukkan kompaun maksimum RM50,000 yang dikenakan kepada TV3,” kata Salang.

TV3 semasa bulan Ramadan lalu menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Ia dilihat seperti menyamakan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Kos penerbitan iklan itu dikatakan mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI).

Sementara itu, berhubung soalan Zulkifli mengenai usaha pemantauan dan penguatkuasaan berhubung penularan “fitnah perkauman dan agama” menerusi media siber dan elektronik, Salang berkata mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta SKMM ia tidak terhad kepada artikel yang dimuatnaik dalam laman berkenaan tetapi juga membabitkan interaksi serta komen yang dianggap memfitnah mana-mana agama ataupun kaum.

“Bagi kesilapan yang lebih serius, sebagai contoh menghina Islam dan agama lain yang boleh mencetuskan ketegangan kaum serta mengancam keselamatan negara, kita boleh rujuk kepada Akta Hasutan 1948 dan akta Keselamaatn Dalam Negara,” katanya.
Links to this post
(Gambar hiasan)

Saya petik:

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan aman sebagai membantah tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w. pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Himpunan tersebut akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.

"DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. apabila salah satu fesyen mereka melukis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Pada festival tersebut, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi pakaian wanita jalang dan jahiliah.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu katanya, DPPP menggesa seluruh ummat Islam bangkit membantah tindakan Rosmah dan mendesak isteri Perdana Menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

-Harakahdaily

Links to this post

Kepada semua remaja, jangan tiru perangai si gadis ini. Menyusahkan ibu bapa....Kalau tak setuju atau tidak bersedia untuk kahwin lagi, beritahu perkara sebenarnya. Orang tua pastinya memahami...

Saya petik:

[HM] KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.

Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.

“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.

“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.

Terdahulu, Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.

Difahamkan, penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.

Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rozaliya, 20, seorang jurujual di kedai menjual telefon milik bapa saudaranya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu dilaporkan hilang sejak 13 Oktober lalu.

Sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Cheneh Baru dengan berpakaian blaus hitam dan seluar denim gelap bersama tunangnya, kira-kira jam 11 pagi untuk membeli persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 12 November depan.

Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan di sini, tunang wanita itu bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya, kira-kira jam 3 petang hari sama.

Bagaimanapun, Mohd Helmi gagal menemui Rozaliya di tempat dijanjikan dan terus mencarinya hingga jam 6 petang sebelum menghubungi keluarga wanita itu.

Kelmarin, akhbar melaporkan ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, sebagai berkata dia mengesyaki ada yang tidak kena dalam perhubungan anaknya dan Mohd Helmi.

Wanita itu mendakwa, Rozaliya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya.

Semalam, akhbar melaporkan Mohd Helmi tampil di IPD Kuantan untuk menafikan andaian dia terbabit dalam kehilangan tunangnya itu.

Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, turut menafikan anaknya membawa lari dan menyembunyikan Rozaliya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berharap kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu.

“Siasatan mendapati kejadian ini bebas unsur jenayah dan lebih kepada masalah peribadi atau keluarga,” katanya sambil memaklumkan polis turut mengambil keterangan Rozaliya selepas ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangannya.

Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.

“Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,” katanya

BERITA BERKAITAN: Reka Cerita Elak Kahwin
Links to this post
Mudahnya Mereka Menukar Agama
Rabu, Oktober 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Foto: Rianti Rhiannon Cartwright)

Saya petik

[HM] SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah. Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.
Links to this post
Links to this post
Umno-BN Rancang Salur RM75 Bilion Dana KWSP Dalam Syarikat Kroni
Rabu, Oktober 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR 20 Okt - Pengumuman Perdana Menteri membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja meningkatkan pelaburan luar negaranya sehingga mencecah 20 peratus didakwa merupakan perancangan Umno-Barisan Nasional untuk menyalur keluar dana milik rakyat berjumlah RM75 bilion ke dalam sebuah syarikat misteri milik kerajaan yang disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE).

Sehingga kini Datuk Seri Najib Razak di dalam pembentangan Belanjawan 2011 Jumaat lalu gagal mendedahkan kepada umum identiti syarikat terbabit atau kaunter saham syarikat yang bakal menerima suntikan besar dari dana KWSP lantas menimbul kesangsian bahawa langkah tersebut adalah sebahagian daripada pelan licik Umno-Barisan Nasional untuk 'melarikan' aset negara.

Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail adalah suatu yang tidak masuk akal kerana dana berjumlah RM75 bilion itu akan digunakan untuk pelaburan yang tidak diketahui porfolionya dengan tepat tetapi cuma dikenali sebagai 'foreign portfolio' (portfolio asing).

"Kita tidak tahu portfolio yang mana tapi apa yang saya jangkakan ianya mempunyai kaitan dengan Bursa Saham New York di mana kerajaan mempunyai satu syarikat milik kerajaan yang tersenarai dalam bursa tersebut tetapi sehingga kini syarikat tersebut adalah misteri yang belum terjawab.

"Kita bimbang, dana KWSP akan disuntik ke dalam syarikat tersebut bagi menyelamatkannya kerana jika syarikat itu tidak mempunyai daya tahan maka kerajaan terpaksa menanggung denda yang dikenakan terhadapnya oleh Bursa Saham New York. Saya bimbang sudah wujud saluran yang disediakan di Bursa Saham New York dan pengumuman Najib sebagai persediaan untuk mengalirkan wang milik rakyat kepada syarikat misteri tersebut.

"Saya jangka duit KWSP ini akan digunakan dalam suntikan modal bagi mempertahankan syarikat kaitan kroni itu untuk terus disenaraikan dalam bursa tersebut," dedah Azan kepada Suara Keadilan.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempertikaikan dasar kerajaan yang memperbesarkan peranan portfolio asing sedangkan Najib dalam pembentangan bajet kali ini menyatakan kerajaan mahu menggalakkan pelaburan swasta atau pelaburan dalam negara.

Tindakan itu katanya bercanggah dengan hasrat untuk mendaya kembali pelaburan swasta bagi mencapai ekonomi negara berpendapatan tinggi.

Apa yang membimbangkan kata Azan lagi, di samping perbelanjaan defisit yang menokok, hutang negara juga meningkat 18 peratus daripada RM378 bilion pada 2009 kepada RM441 bilion tahun ini.

"Daripada jumlah tersebut, kerajaan memperuntukan 5 peratus daripada belanjawan tersebut untuk melunaskan hutang, bermakna daripada RM212 bilion hanya RM10 bilion untuk tujuan pembayaran hutang.

"Ini bermakna daripada RM441 bilion, kita membayar hutang negara kurang daripada 2 peratus dan ini menunjukkan pengurusan hutang yang begitu lemah sekali.

"Keputusan ini adalah tidak munasabah sama sekali apabila kerajaan mencadangkan satu rang undang-undang perbekalan yang bersifat melunaskan hutang negara serendah 2-3 peratus sahaja.

"Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan sanggup menggunakan wang KWSP untuk meningkat pelaburan di luar negara daripada 7 peratus kepada 20 peratus," tegas beliau.

Tambah Azan sikap ini menunjukkan kerajaan lebih rela menggunakan dana awam untuk melabur di luar negara daripada melunaskan hutang.

Azan juga menjelaskan hutang negara terdiri daripada empat kategori akaun iaitu penyata hutang awam luar negara, penyata hutang awam dalam negara, penyata jaminan dalam negara serta penyata jaminan luar negara.

-Skeadilan
Links to this post
Kelantan Perlu Bersih daripada Aktiviti GRO & Aktiviti Maksiat
Rabu, Oktober 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Di mana-manapun perbuatan maksiat seperti aktiviti GRO/pelacuran berlaku hatta di Kelantan. Perbuatan tersebut sedikit banyak menjejaskan imej negeri. Kegiatan maksiat yang didalangi warga asing khasnya dari Thailand perlu dibanteras habis-habisan oleh semua pihak termasuk penduduk tempatan. Kita tidak mahu negeri Serambi Mekah ini dicemari oleh mereka yang bernafsu syaitan dan tidak berperanan menjaga nama baik negeri.

Saya petik:

[KS] TUMPAT - Gadis berahi pembuka botol arak. Itulah gelaran popular kepada pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO) warga asing yang berkhidmat di berpuluh-puluh restoran Thai yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di daerah ini.

Kebanyakan GRO itu tidak dibayar gaji oleh pengusaha restoran terbabit sebaliknya mereka diberi upah mengikut jumlah botol minuman keras yang dibuka ketika melayani pelanggan.

Upah bagi setiap botol arak yang dibuka ialah RM2.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Boon Hai berkata, Tumpat kini popular dengan kehadiran GRO Thailand yang bekerja di restoran-restoran.

Katanya, GRO mengghairahkan itu akan memujuk pelanggan supaya menempah arak yang banyak untuk mendapat upah lumayan.

"Kebiasaannya pelanggan akan menempah minuman keras sekurang-kurangnya 24 botol untuk diminum bersama rakan sambil ditemani GRO," ceritanya.

Menurut beliau, GRO yang berpakaian seksi itu akan memberi layanan istimewa bagi mendapat tips antara RM50 dan RM100.

"GRO itu turut menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM100 semalam dan akan melakukan aktiviti maksiat di hotel-hotel murah di sini," kata beliau.

Boon Hai memberitahu, secara purata, setiap GRO boleh memperoleh pendapatan antara RM500 dan RM1,000 satu malam.

Links to this post
Pelajar Hilang Telah Dijumpai. Sah Mangsa Rogol dan Bunuh
Rabu, Oktober 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Sedih dan terharu apabila membaca kes-kes sebegini. Apa tidaknya, perangai manusia kini lebih zalim daripada binatang. Ibu bapa yang ada anak perempuan perlu risau tentang anak mereka. Pantaulah keselamatan anak-anak kita kerana tragedi sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kepada remaja perempuan, berhati-hatilah. Berjalanlah secara berkumpulan. Janganlah berjalan berseorangan kerana ia mengundang bahaya.

Saya petik:

[SH] TELUK INTAN - Remaja perempuan yang ditemui mati di dalam sebuah parit kecil di ladang milik Sime Darby di sini, kelmarin disahkan dirogol berdasarkan laporan bedah siasat yang dibuat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, selain dirogol, mangsa turut dipukul dengan objek tumpul berdasarkan kecederaan di kepala, muka dan paha.

Menurutnya, kematian mangsa pula disebabkan sesak nafas dan paru-paru mangsa dipenuhi lumpur.

“Kita masih menjejaki suspek dan sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat untuk membantu siasatan.

“Bekas teman lelaki mangsa juga tidak ditahan selepas memberikan keterangan kepada pihak polis, kelmarin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Kok Liang berkata, pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil bagi membantu polis menjejaki suspek seterusnya menyelesaikan kes itu.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang gadis ditemui mati di dalam sebuah ladang kelapa sawit milik Sime Darby Berhad dan dipercayai dirogol serta dibunuh.

Pada jam 7.30 pagi kelmarin, sekumpulan orang awam menemui satu mayat pelajar tingkatan empat di dalam sebuah parit kecil di Ladang Sabrang, Divisyen Rubana, di sini dalam keadaan bogel.

Mangsa, M Divyaa Barathia tidak pulang ke rumah sejak petang Jumaat lalu selepas pulang dari sekolah.

Ketika siasatan dibuat, pihak polis menemui beg sekolah 10 meter dari tempat kejadian manakala pakaian mangsa ditemui di tepi parit kecil di dalam ladang kelapa sawit itu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat manakala suspek sedang dicari polis untuk membantu siasatan.
Links to this post

(Gambar sekadar hiasan)

Tahniah Jais! Semoga operasi mencegah maksiat ini dijalankan sepanjang masa demi menyedarkan masyarakat tentang bahaya perbuatan maksiat kerana ia mengundang bala dan kemurkaan Allah. Kita juga bertanggungjawab mencegah kemungkaran. Janganlah bala Allah menimpa baru kita sedar akan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar.

Saya petik:

[HM] PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.

“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.

"Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.

Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.

“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.

Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.

Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.

“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.

“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.

Links to this post
Nafsu Serakah!! 5 Kali Rogol Budak Bawah Umur dalam Masa 3 Jam
Selasa, Oktober 19, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Nafsu haiwan sungguh si mamat ni.... Memalukan nama keluarga. Mak ayah berusaha untuk mendapatkan haji Mabrur, si anak pula melakukan perbuatan terkutuk...

Saya petik:

[SH] KUANTAN - Seorang pekerja kilang menghadapi tuduhan merogol seorang remaja bawah umur sebanyak lima kali dalam tempoh tiga jam di bilik sewa, di sini, tahun lalu.

Ahmad Zulhelmi Zulkifli, 24, yang beralamat di RRM 2 Kuala Pahang, Pekan, ditahan pada 12 Oktober lalu dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 4, di sini, semalam.

Mengikut fakta kes, Ahmad Zulhelmi didakwa merogol mangsa berumur 13 tahun lapan bulan di sebuah bilik sewa di Lorong Tun Ismail 6, di sini, kira-kira jam 4 pagi pada 5 Disember tahun lalu.

Kira-kira setengah jam kemudian, tertuduh melakukan perkara sama terhadap mangsa serta mengulangi perbuatan itu pada jam 6 pagi, 6.45 pagi dan 7.30 pagi di tempat dan tarikh sama.

Ketika ditanya Hakim Irwan Suaibon, tertuduh tidak mengaku salah dan memohon supaya dibicarakan.

Irwan menetapkan tarikh perbicaraan semula pada 15 November ini selepas diminta Pegawai Pendakwa Raya, Law Chin How.

Tertuduh juga diminta membawa peguam selepas dikenakan ikat jamin keseluruhan RM14,000 bagi kesemua pertuduhan dan seorang penjamin.

Ahmad Zulhelmi, bagaimanapun, gagal membayar ikat jamin dengan alasan bapanya pergi menunaikan haji di Makkah, lalu tertuduh dihantar ke Penjara Penor.
Links to this post
[VIDEO PANAS] Remaja Berpesta Minum Air Kencing Setan
Isnin, Oktober 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Astaghfirullahal'azim, zalimnya manusia!! Air kencing syaitan diteguknya seperti air sirap. Begitulah jika nafsu syaitan menguasai diri, ajaran Islam dinodai... Mak bapak dia orang tentu sedih melihat kelakuan anak perempuan mereka ini.
Links to this post

KUALA LUMPUR 18 Okt - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap meneruskan amalan memberi bonus kepada kakitangan perkhidmatan awam sekiranya ia diberi kepercayaan menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Beliau membuat pengumuman tersebut semasa berucap dalam Dewan Rakyat pagi tadi berhubung perbahasan Belanjawan 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.

Anwar berkata alasan Perdana Menteri bahawa kerajaan perlu berjimat apabila diajukan soalan mengenai pemberian bonus kepada lebih 1. 2 juta kakitangan kerajaan tidak boleh diterima kerana pada masa yang sama pentadbiran Najib mampu membazir sejumlah wang yang besar untuk menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti yang bukan keutamaan dan tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat.

"Ke mana Perdana Menteri pergi? Ke pertunjukan Islam d Monaco. Ini jawapan yang paling tidak munasabah. Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan busana Islam di Monaco. Seluruh dunia tahu Monaca adalah pusat perjudian yang terkenal. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur, Jakarta, Jeddah atau Istanbul. Apa yang lebih menyedihkan boleh pula menyerahkan derma kepada Prince Albert (pemerintah Monaco). Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan.

"Ini bukan hendak mengambuil hati pegawai-pegawai kerajaan. Ini kerana (semasa saya menjadi Menteri Kewangan) dalam keadaan susah pun kita mampu berikan sebahagian daripada bonus tapi sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit. Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion
tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit.

-SKeadilan
Links to this post
Isteri Curang! Berzina dengan Lelaki yang Baru 4 Hari Dikenalinya
Isnin, Oktober 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Dunia akhir zaman!! Seolah-olah perbuatan mungkar ini menjadi trend. Isteri berzina dengan suami orang dan sebaliknya.......Langsung tiada rasa bersalah kepada "pasangan yang halal" mereka... Mengikut hukum Islam, pasangan ini dikenakan hukuman rejam sampai mati!!!

Saya petik:

[HM] ALOR SETAR: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang sanggup menyewa sebuah bilik motel di Jalan Pegawai, di sini, kelmarin semata-mata untuk memuaskan nafsu seksnya dengan seorang lelaki yang baru dikenali empat hari lalu.

Suri rumah berusia 26 tahun itu dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak tetapi berani berduaan-duaan dengan lelaki lain di sebuah bilik motel.

Mereka akhirnya dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan kira-kira jam 3 petang.

Wanita itu dikatakan terkejut apabila mengetahui pasangannya berusia 46 tahun dari Sungai Petani juga adalah suami orang dan mempunyai lima anak kerana sebelum ini, lelaki itu mendakwa masih bujang.

Wanita itu hanya mengetahui perkara itu ketika anggota penguat kuasa menyoal siasat mereka di pejabat agama sejurus selepas tangkapan.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, berdasarkan maklumat diterima, anggotanya bergegas ke motel terbabit dan mendapati sebuah bilik berkunci serta tertutup rapat.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang mendakwa menyewa bersama `isterinya’.

“Selepas menyoal siasat pasangan itu, mereka akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan apabila wanita terbabit mendakwa baru mengenali lelaki yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu empat hari lalu manakala lelaki itu juga mengaku sudah berkeluarga.

“Ketika ditahan, wanita itu hanya sempat memakai tuala kerana terkejut apabila pintu bilik diketuk berkali-kali oleh anggota penguat kuasa dan tidak sempat memakai baju manakala keadaan katil pula berselerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

“Kami akan melakukan pemeriksaan lebih kerap dalam usaha mencegah maksiat,” katanya.

Links to this post
Gadis Ini Hilang Selepas SMS Mendakwa Dia Diekori Dua Lelaki
Isnin, Oktober 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Di manakah gadis ini? Semoga selamat dari segala kejahatan manusia.

Saya petik:

[HM] Kemaman: “Sebelum itu mereka berdua sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’,” kata Sabariah Mansor, 42, menceritakan kehilangan anaknya ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu.

Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.

Gadis terbabit, Rozaliya Mat Lazim, 20, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di sini, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.

Sabariah ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.

Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.

Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.

Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.

Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.

“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.

Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.

Sehubungan itu, Sabariah merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana Rozaliya berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Links to this post
Putrajaya "Lubuk Maksiat"
Isnin, Oktober 18, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Lelaki yang ditangkap berkhalwat dengan isteri 0rang baru-baru ini di Putrajaya sedang memeluk isterinya mungkin menyesal atas perbuatannya )

Maksiat ada di mana-mana hatta di sebelah rumah kita tetapi ia boleh diatasi jika kita dan persatuan penduduk sama-sama bertanggungjawab dan prihatian terhadap persekitaran. Sebagai orang Islam kita bertanggungjawab "menjaga tepi kain" saudara kita supaya sama-sama terselamat daripada api neraka.

Saya Petik:

[HM] PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang kemaruk melakukan maksiat.

Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan ‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan maksiat berleluasa.

Pengerusi Komuniti Presint 11, Carlos Basri, berkata dia pernah ditanya rakan dari luar Putrajaya yang mahu mengetahui tempat menarik di Putrajaya untuk melakukan maksiat bersama pasangan mereka.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat termasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan kerajaan banyak dan kerap berlaku.

“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Carlos yang mendiami Presint 11, kira-kira 10 tahun lalu, berkata dia yakin kegiatan maksiat itu dilakukan kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah psikologi dan terbawa-bawa ke pejabat sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain.

Oleh itu, katanya, tidak hairan jika kakitangan terbabit dikesan turut menghadapi masalah moral termasuk melakukan maksiat dengan pasangan yang juga kakitangan kerajaan.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui sedih dengan sikap penghuni Putrajaya yang tidak mengenali jiran sehingga mengundang kegiatan tidak bermoral di rumah jiran mereka.

Menurutnya, kebanyakan tangkapan khalwat dilakukan selepas pihak berkuasa agama memperoleh maklumat pihak ketiga dan bukan daripada jiran di kawasan berkenaan.

“Sikap ini boleh menimbulkan keadaan yang tidak sihat kepada suasana bermasyarakat di kawasan berkenaan sehingga ‘orang luar’ menganggap Putrajaya tempat melakukan maksiat.

“Jadi, bukan satu yang pelik apabila wujudnya gejala maksiat termasuk khalwat membabitkan suami dan isteri orang yang semakin membimbangkan walaupun penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjalankan operasi membanteras gejala itu,” katanya.

Carlos berkata, walaupun hampir 99 peratus penghuni di Putrajaya beragama Islam, mereka tidak memiliki semangat kejiranan yang kukuh bagi membantu penguat kuasa Jawi menangani gejala tidak bermoral terbabit.

Malah, katanya, sikap itu semakin memburukkan keadaan apabila premis milik kerajaan itu digunakan pemiliknya untuk melakukan maksiat.

Tanpa berselindung, Carlos berkata, walaupun pelbagai aktiviti kemasyarakatan dianjurkan, tetapi kehadiran penghuni amat mengecewakan seolah-olah mereka bukan penghuni di kawasan itu.

“Bukan itu saja, penghuni juga tidak menggunakan surau untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi lebih selesa ‘menyembunyikan’ diri di dalam rumah dan tidak mempedulikan jiran berhampiran,” katanya.

Links to this post
Pelajar Agama Dicekup Berkhalwat
Ahad, Oktober 17, 2010 | Author: Tuk Kiyai