Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

[VIDEO] Budaya jijik umno didedah oleh orang umno

Label:

P/s: Memang jijik

Khalid Jawab 9 ALASAN Hasan Ali Tidak Buat Rayuan Pemecatan

Label:

Tinggal kenangan...

Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad menjawab satu per satu sembilan alasan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tentang keputusannya tidak mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya daripada PAS.

Khalid berkata, sembilan alasan Hasan hanya mendedahkan kebuntuan dirinya sendiri yang akhirnya dapat disimpulkan alasan tersebut sebagai alasan semata-mata.

"Lebih banyak yang dicakap, lagi banyak yang terdedah.

"Bagi saya semua alasan yang diberi hanya alasan semata-mata," katanya yang dipetik dari laman webnya, Jumaat.

Menurut Khalid, tulisan di laman webnya itu juga diharapkan menjadi tulisan terakhir berhubung Hasan dan episod keluarnya beliau dari PAS.

"Kalau masih tidak kenal perangainya selepas membaca ulasan ini dan apa yang saya tulis sebelum ini, saya sudah tidak boleh kata apa," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam ini turut bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Hasan sepatutnya meletak jawatan sebagai ADUN Seri Gombak memandangkan beliau menang kerusi tersebut di atas tiket PAS.

"Kemenangan ini datang bersama penat lelah dan pengorbanan ahli PAS dan penyokong yang sekarang ini dipandangnya dengan penuh hina dan jelik," katanya.

Berikut merupakan sembilan jawaban Khalid terhadap Hasan dan alasan beliau keluar dari PAS:

ALASAN HASAN YANG PERTAMA

Ahli mesyuarat PAS Pusat adalah pimpinan parti dari sudut eksekutifnya (pelaksanaan). Mereka dipilih oleh perwakilan di muktamar. Dengan menyatakan mesyuarat PAS Pusat dikuasai ‘golongan parasit’ bermakna:

a) Perwakilan muktamar tidak pandai membuat pilihan dan adalah pro parasit. Ini merupakan satu kenyataan yang menghina pihak perwakilan dan keputusan yang telah mereka buat. Oleh kerana dianggap dirinya lebih bijak, maka keputusan mesyuarat tidak dihormati Hassan Ali.

b) DS Presiden dan ulama’ lain yang juga merupakan ahli mesyuarat tidak mampu menangani hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh ‘golongan parasit’. Mereka terpaksa akur kepada kehendak golongan ini. Ini satu penghinaan kepada DS Presiden dan ulama’ lain yang merupakan ahli mesyuarat.

c) Beliau mengakui bahawa dirinya sendiri tidak mampu berhujah untuk meyakinkan mesyuarat akan kebenaran pendiriannya.

Sekiranya itulah pandangan beliau terhadap perwakilan dan pimpinan PAS, maka amat wajar beliau tidak bersama PAS. Lebih baik beliau tubuh organisasi sendiri dan menjadi Presidennya. Sekiranya khuatir ianya akan dianggotai orang-orang yang tidak mampu beliau berhujah, maka lantiklah diri juga sebagai Timbalan, Naib dan Setiausahanya.

ALASAN HASAN YANG KEDUA

Surat dan sebagainya adalah hanyalah formaliti. Hasan Ali tidak hadir mesyuarat bulanan untuk beberapa bulan selepas tidak dilantik sebagai Pesuruh Jaya PAS Selangor. Namun beliau dihubungi oleh pimpinan Pusat dan Negeri. Sebahagian beliau layan, sebahagian beliau buat tidak endah seperti Dato Dr. Mahfuz, Ahli Majlis Syura Ulama’ dan PJ Johor yang saya difahamkan telah datang ke rumahnya bersama isterinya tetapi tidak dibuka pintu. Beliau turut dinasihati TGNA dan pimpinan yang lain. Hakikatnya amaran keras yang pernah diberi dalam kes sebelum ini sudah memadai sebagai alasan memecat kerana beliau melanggarnya secara terang-terangan.

ALASAN HASAN YANG KETIGA

Selepas pertemuan dengan TGNA di mana TGNA telah menyebut semua isu telah pun selesai, mengapa Hassan Ali tuduh pula Harakahdaily menipu dan memutar-belit kenyataan TGNA? Sikap menyerang PAS, termasuk media PAS, adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan. Kredibiliti media PAS perlu diusahakan dan dipertahankan, bukan disanggah begitu sahaja! Tindakan sedemikian hanya menguntungkan pihak musuh. Itu bukti masalahnya belum selesai dan permintaan maafnya tidak bermakna. Hanya manis di mulut.

ALASAN HASAN YANG KEEMPAT

PAS tidak tersasar. Dasar PAS Islam. Islam mampu melindungi hak Melayu dan kaum lain dan juga institusi Raja. Tidak perlu diletak Melayu dan Raja setaraf dengan Islam sehingga dasar PAS menjadi 3. Islam sempurna dan tidak perlu ditokok tambah.

Soal istilah ‘Negara Berkebajikan’ tidak merupakan masalah kerana konsep ini tetap tertakluk kepada definasi yang berpaksikan perlembagaan PAS iaitu Islam. Ianya hanya istilah untuk menjelaskan bahawa Negara yang ingin dibentuk oleh PAS berdasarkan Islam bersifat berkebajikan, bukan kejam dan zalim seperti yang didakwa UMNO.

Soal kepimpinan ulama, ini juga tidak diubah oleh PAS. PAS menginstitusikan kedudukan ulama’ dalam parti dengan tertubuhnya ‘Majlis Syura Ulama’ yang kesemua ahlinya adalah ulama’. Bagi seorang yang mendakwa ingin mengikut kepimpinan ulama, Hasan Ali sepatutnya membuktikan apa yang didakwanya. Ini sebaliknya! Majlis Syura Ulama tidak kata apa-apa, Hassan Ali pula yang pandai-pandai mengeluarkan fatwa bahawa PAS telah terkeluar dari landasan asalnya. Ini bukan hendak ikut ulama’ tetapi ingin ulama’ ikut cakapnya! Atau adakah ulama’ juga dianggapnya sebagai parasit?

Soal ukhuwah Islamiyah dan akhlak Islam yang kononnya tidak lagi menjadi amalan dalam PAS; saya tidak nampak pimpinan PAS menghina pimpinan lain dengan gelaran seperti parasit atau sebagainya kecuali Hasan Ali sendiri! Sepatutnya Hassan Ali menunjukkan contoh ukhuwwah dan akhlak Islam yang kononnya diingin-inginkan.

ALASAN HASAN YANG KELIMA

Bagi saya alasan ini merupakan pengakuan yang saya tunggu selama ini. Hasan Ali mengaku bahawa dia sememangnya tidak mahu pada PR dan kerap kali mencadangkan kedudukan PAS dalam PR dikaji semula. Sedangkan keputusan untuk bersama dengan PR dan mengukuhkan PR adalah keputusan muktamar, bukan mana-mana golongan dalam PAS. Maka beliau sendiri apabila diamanahkan dengan apa-apa jawatan dalam PAS sepatutnya memahami jawatan itu perlu dimanfaatkan untuk mencapai matlamat dan strategi yang dipersetujui PAS, bukan agenda dirinya sendiri! Sekiranya beliau tidak setuju, sepatutnya beliau melepaskan jawatan-jawatan ini dan benarkan orang lain berusaha untuk mencapai kehendak parti.

Tetapi berlaku sebaliknya; jawatan hendak tetapi guna ikut kepala sendiri. Ini yang dikatakan tidak amanah. Ini yang dikatakan khianat. Parti suruh kukuhkan PR, tetapi beliau berkali-kali berusaha untuk membawa PAS keluar PR! “Kaji semula kedudukan dalam PR” cara cakap penuh diplomatik. Maknanya keluarlah tu. Tetapi apabila sudah keluar hendak buat apa? Gabung dengan UMNO lah pula!

Empat tahun terbuang kerana Hasan Ali mengejar agenda sendiri.

ALASAN HASAN YANG KEENAM

Alasan ini juga merupakan satu pengakuan yang saya tunggu-tunggu. Hassan Ali mengaku beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Dia mengakui bahawa dia “menghadapi kesukaran dan suasana serba salah” bukan kerana kekurangan pada orang lain tetapi kekurangan dirinya sendiri. Hassan Ali tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan kerjanya dalam suasana berbilang kaum dan berbilang bangsa serta fahaman. Dia hanya mampu buat kerja apabila semua sudah setuju dengan dirinya dan ikut sahaja cakapnya.

Yang saya hairan, mengapa dia keluarkan pengakuan ini setelah dipecat? Kalau dia memahami jawatan dia adalah suatu amanah dan dia memang menghadapi kesukaran dan serba salah, sepatutnya dari awal lagi dia beritahu pimpinan; “Saya tidak mampu. Tunggu semua sudah setuju untuk ikut saya baru beri balik jawatan dan tanggung-jawab ini kepada saya. Saya tidak mampu untuk berhujjah dengan mereka yang tidak setuju dengan apa yang saya cuba lakukan”. Serah sahaja kepada mereka yang sanggup dan mampu berhujjah”.

Sebenarnya, inilah di antara cabaran yang mesti dihadapi oleh gerakan Islam. Samada dengan orang Islam mahupun yang bukan Islam, iaitu kemampuan untuk berhujjah untuk membuktikan kebenaran Islam dan ketepatan pendekatannya. Bukan hanya dengan ‘bull-doze’ sahaja.

ALASAN HASAN YANG KETUJUH

Soal pimpinan, yang Hasan Ali gemar menggelar sebagai ‘parasit dalam PAS’, lebih suka mendengar pandangan dari DAP dan PKR adalah kerana mereka memahami bahawa kita berada dalam kerajaan campuran. Maka pandangan semua pihak mesti didengari. Kalau ada yang tidak setuju, maka perlu dibincang dan dibahaskan.

Yang malangnya Hasan Ali hanya ingin dengar pandangannya sendiri dan sanggup memutar-belit fakta dalam usaha memenangkan pandangan sendiri.

ALASAN HASAN YANG KELAPAN

Hasan Ali merasakan dia tidak dapat buat kerja nahi mungkar dalam pentadbiran Selangor. Apa itu ‘mungkar’ ini ada yang dipersetujui bersama, ada yang tidak dipersetujui bersama. Bagi yang dipersetujui bersama, seperti rasuah dan penyelewengan, kronisma dan pecah amanah, boleh dicegahi bersama atas nama PR. Bagi yang tidak dipersetujui bersama pula boleh mencegahnya dengan kaedah ‘bil lisan’ atau dengan lidah atas nama PAS.

Dalam beberapa perkara, seperti penjualan beer dalam kawasan majoriti Islam, PAS boleh berhujjah dengan bijak dan lancar supaya mendapat persetujuan rakan-rakan di dalam PR supaya ianya dilarang walaupun ianya tidak dilihat sebagai sesuatu kemungkaran dari sudut perspektif orang bukan Islam. Ini telahpun bejaya dilaksanakan dan mendapat persetujuan semua pihak.

Pada masa yang sama, PAS boleh juga melancarkan kempen anti-arak yang melibatkan semua, Islam dan bukan Islam. Konsep hak asasi manusia, kebebasan individu, hak untuk memilih adalah perkara yang terdapat dalam ajaran Islam. Itulah sebabnya Islam tidak dipaksa ke atas masyarakat. Kita sebagai ummat Islam mesti menghayati perintah Allah yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah, serta contoh dan nasihat yang baik dan berhujjah dengan mereka melalui cara yang terbaik”. Amat malanglah jika Hassan Ali menganggap bahawa Islam tidak mengiktiraf bahawa manusia itu mempunyai hak asasi dan tidak boleh diperlakukan sesuka hati atau bahawa Islam itu perlu dipaksa ke atas masyarakat tanpa mengakui adanya hak memilih dan kebebasan individu.

ALASAN HASAN YANG KESEMBILAN

Hasan mengadu dia sering diserang oleh pimpinan ‘parasit PAS’ apabila dia melakukan sesuatu melalui jabatan yang di bawah penguasaannya seperti MAIS, JAIS dan LZS. Perkara ini mungkin perlu beliau tanya dirinya sendiri mengapa ianya berlaku. Mungkin dia sendiri tidak berbincang dengan pimpinan PAS Pusat dan Negeri mengenai keutamaan atau awlawiyyat yang perlu diusahakan terlebih dahulu. Maklumlah, untuk berbincang dengan manusia yang beliau lihat sebagai ‘parasit’ apa gunanya.

Setahu saya beliau tidak pernah berbincang persoalan ini di dalam mesyuarat PAS Negeri yang diadakan sebelum ini. Saya berasa pelik mengapa semua ini diluahkan hanya selepas dia dipecat. Kedua, adakah benar MAIS, JAIS dan LZS di bawah ‘penguasaannya’? Itu perlu tanya, MAIS, JAIS, LZS dan Hasan Ali sendiri.

Skandal pasir di Selangor. Ini komen Tan Sri Khalid

Label:

Saya petik:
[MK] Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap isu pasir di negeri itu 'cerita lama' yang tidak sepatutnya dibangkitkan berikutan operasi syarikat mengendali pasir dipantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pegawai SPRM telah dibenarkan memasuki pejabat syarikat pengendali pasir di negeri itu Kumpulan Semesta Sdn Bhd sejak 2009 untuk menjalankan sebarang siasatan sekiranya perlu.

"Semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency
International dan dua pengarah bebas badan itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Shah Alam semalam.

Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri dan anak-anak syarikat malah bersedia memberikan kerjasama, katanya.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu kerajaan negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Laporan polisSementara itu, Pemuda Umno dan Pemuda Umno Selangor masing-masing membuat laporan polis berhubung isu dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa dua ADUN PKR didakwa terlibat dalam skandal pasir di negeri itu.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Selangor Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal dan Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 9 di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Ungku Md Salleh berkata dalam laporan itu, mereka turut mengemukakan salinan daripada artikel Raja Petra yang disiarkan dalam portal berita Malaysia Today.

Beliau berkata Pemuda Umno mahu pihak polis menyiasat sama ada wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh dua ADUN PKR seperti didakwa Raja Petra.

Ungku Md Salleh turut meminta polis menjalankan siasatan segera kes pembunuhan bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia Datuk Patrick Wong pada 2009, yang dikatakan mempunyai unsur jenayah seperti didakwa Raja Petra.

- Bernama

Gadis ini murtad kerana kekasih

Label:

  INSAF...seorang daripada tiga gadis terbabit ditemu ramah wartawan Harian Metro.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Kemaruk cinta keterlaluan, bukan saja menyebabkan segelintir gadis Melayu tanpa berfikir panjang menyerahkan tubuh kepada teman lelaki, malah lebih menyedihkan ada yang sampai tahap keluar daripada agama Islam atau murtad.

Fenomena itu berlaku selepas mereka yang masih muda dan mentah, kurang kawalan ibu bapa serta cetek didikan agama, bercinta dengan lelaki bukan Islam lalu dengan mudah terpengaruh anutan agama kekasih masing-masing.

Ikuti pengalaman tiga gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Rina, Azlin dan Laili kepada Harian Metro mengenai keterlanjuran mereka sebelum diselamatkan dan kini diberi bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.

RINA, 20, dari Melaka

“Saya bersekolah sehingga Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan tinggal bersama ibu selepas dia dan ayah bercerai ketika saya kecil. Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, saya dimanjakan dan segala kemahuan dituruti.

Kerana tidak minat belajar, saya mengambil keputusan untuk bekerja pada usia masih muda dan daripada situ mula bergaul dengan rakan termasuk yang bukan Islam.

Hampir setiap malam saya keluar berhibur di kelab malam dan arak menjadi minuman biasa. Saya gembira dengan kebebasan dimiliki terutama selepas hidup menyewa dengan rakan.

P/s: Alahai...Begitulah jadinya apabila agama 'dibuang' dari hidup. Ibu bapa pula hanya pandai buat anak tetapi gagal mendidik...

Politik kepala babi: Siapakah dalangnya?

Label:

Sekali lagi kepala babi menjadi mangsa diletakkan di pagar hadapan masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. Sebelum ini kepala haiwan yang sama pernah diletakkan di beberapa masjid dan surau. Rakyat Malaysia tertanya-tanya mengenai motif perbuatan yang menghina umat Islam itu.

Jika kepala babi diletakkan oleh masyarakat Cina setempat (kerana haiwan itu dijadikan makanan) untuk membalas perbuatan orang Islam, tidak ditemui bukti di kawasan berhampiran masjid atau surau berkenaan masyarakat Cina bermusuhan dengan masyarakat Islam, begitu juga sebaliknya.

Di Sentul masyarakat Cina bebas melakukan apa sahaja aktiviti harian. Di sekitar masjid itu terdapat tokong Cina, kuil Hindu dan gereja Kristian. Tidak pernah berlaku salah tanggapan antara pentadbir masjid dan rumah ibadat. Juga tidak pernah berlaku perselisihan kaum di kawasan kejiranan.

Malah pusat khidmat ahli palimen Batu, Tian Chua sekilometer dari masjid itu dikunjungi semua kaum. Oleh yang demikian dari mana datangnya kepala babi tersebut?

Diupah

Kerja bodoh seperti itu tidak akan dilakukan secara sukarela. Kerja berisiko hanya dilakukan jika diupah. Manusia sanggup melakukan kerja-kerja hina demi mendapatkan wang yang banyak dalam tempoh segera.

Apakah tujuan dilakukan? Tidak lain untuk menekan psikologi rakyat. Bagaimanapun, untuk mewujudkan rusuhan agak mustahil. Sebelum ini, tunjuk perasaan isu pemindahan kuil di Shah Alam dengan memijak kepala lembu, haiwan suci penganut Hindu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) tidak menghadapi tindak balas kaum India, apatah lagi kepala babi di luar pagar masjid.

Tangkapan polis kemudiannya jelas menunjukkan para demostran itu majoritinya ahli Umno. Begitu juga pembakaran Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati pada 2009, remaja Melayu diupah melakukannya. Apa pun, dua peristiwa yang sekiranya berlaku dalam zaman kekurangan maklumat 1960-1980an lalu akan mengakibatkan rusuhan antara agama amat mengecewakan pihak pengajur kerana penduduk berbilang kaum bersikap matang dan sabar.

Persoalannya, mengapakah kepala babi terus-menerus dilempar ke masjid? Matlamatnya untuk membuat orang Melayu menyerah kalah kepada kerajaan BN. Setiap hari mereka disumbat dengan keburukan pembangkang, kerugian hak Ketuanan Melayu dan ketiadaan bantuan diberikan PR.

Maka apabila bukan Melayu berani melempar kepala babi maka tibalah masanya Melayu bersatu di dalam Umno menghadapi musuh

Kaum Melayu cuba diimbau keselesaan hidup yang dinikmati ketika Umno kuat tanpa pembangkang. Tiada kepala babi di masjid, tiada tunjuk perasaan dan hiruk-pikuk ceramah PR. Malaysia seolah-olah syurga.

Bagaimanapun kejahilan orang Melayu ada hadnya. Cukuplah mereka ditipu selama 50 tahun. Keselesaan yang diberi terbukti terpaksa dibayar dengan harga mahal. Berpuluh-puluh billion ringgit dirompak setiap tahun oleh pemimpin BN. Pakar-pakar ekonomi meramalkan Malaysia akan bankrap pada 2019 akibat hutang yang berterusan sedangkan pertambahan hasil negara hampir terhenti sebaik sahaja Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Menteri Kewangan pada 1998.

Rusuhan

Siapakah yang berani menjamin BN mampu mengekalkan keamanan? Rusuhan di Taman Dato’ Harun dan Taman Medan di Petaling Jaya, Selangor pada 2001 menjadi bukti nyata pergaduhan boleh tercetus secara tiba-tiba kerana BN tidak menghiraukan ketidak puasan hati antara kaum. Sebanyak 6 orang terbunuh dan 30 lagi cedera dalam peristiwa itu. BN tidak berani mengeluarkan kertas putih siasatan siapakah yang bersalah dalam tragedi tersebut.

Hari ini, dua taman perumahan yang terjejas teruk di Selangor itu tidak lagi mempercayai BN. Setiap lorong dan jalan dinaikkan bendera KEADILAN dan PAS walaupun PRU tidak diketahui bilakah akan berlangsung. Bagi penduduknya, BN gagal menyelesaikan buruk sangka antara kaum menyebabkan mereka bergaduh sesama jiran tetangga. Pakatan Rakyat walaupun mempunyai kelemahan namun berusaha keras dalam masa 4 tahun menyatukan masyarakat berbilang kaum
dalam pemerintahan mereka di Selangor.

Sekiranya BN mengimpikan rusuhan maka ia tidak akan berlaku, tetapi gabungan berbilang kaum menggulingkan pemerintahan BN dalam PRU ke 13. 
 
Sumber: Keadilan Daily

NFC bebas guna pinjaman RM250 juta w/pun beli kereta mewah?

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 10 Feb: Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFC yang mendakwa bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta yang dimeterai NFC dan Kerajaan Malaysia tidak menetapkan syarat bagaimana wang tersebut boleh digunakan meletakkan kabinet Malaysia dalam serbasalah.

Ini kerana, pengakuan Wan Shahinur Izmir Salleh ini membangkitkan banyak persoalan seolah-olah kerajaan meluluskan pinjaman sebanyak RM250 juta untuk dibelanjakan sesukahati oleh NFC.

Demikian dibangkitkan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.

Bagi Rafizi, NFC menggunakan alasan itu untuk menggunakan wang tersebut bagi tujuan peribadi termasuklah mengumpulkan harta yang mahal seperti kondominium, tanah dan kereta mewah.

Pengakuan ini, katanya, menimbulkan seribu satu persoalan baru:

1. Apakah hak menteri-menteri terbabit meluluskan pemberian wang sejumlah RM250 juta kepada keluarga menteri untuk dibelanjakan sesuka hati mereka?

2. Bagaimanakah dasar memberikan pinjaman yang longgar begini boleh menjamin projek negara seperti Pusat Fidlot Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan berkesan?

3. Berapa banyak lagi perjanjian-perjanjian pinjaman seperti ini yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada peminjam membelanjakan wang rakyat telah diberikan kepada syarikat-syarikat dan orang peribadi yang ada kaitan dengan pimpinan kerajaan?

4. Apakah pemilik dan pengurusan NFC yang terdiri dari kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil memberikan jaminan peribadi (personal guarantee) dan mencagarkan harta peribadi mereka sebagai sebahagian dari syarat perjanjian pinjaman?

"Untuk merungkai segala persoalan ini, saya mengesyorkan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC mendedahkan sepenuhnya perjanjian pinjaman RM250 juta itu kepada umum supaya rakyat dapat menghakimi kewajaran kerajaan meluluskan pinjaman dengan syarat yang sebegitu longgar," kata Rafizi.

Pendedahan ini juga, katanya, mengukuhkan lagi gesaan Pakatan Rakyat bahawa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan untuk menyiasat skandal NFC kerana penyelewengan dan kecuaian yang berlaku melibatkan pimpinan tertinggi negara.

Siapakah sebenarnya terlibat dalam skandal pasir di Selangor? Umno BN atau Pakatan?

Label:

 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafie (dua dari kiri) dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari (tiga dari kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Jumaat. Kedua-dua mereka menafikan terlibat dalam dakwaan skandal rasuah pasir di Selangor

 Saya petik:
2 Adun PKR Nafi Terlibat Skandal Pasir Selangor

[Mstar] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafie dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari pada Jumaat menafikan dakwaan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa mereka terlibat dalam skandal perlombongan pasir di Selangor.

Mendakwa bahawa tuduhan terhadap mereka bersifat fitnah dan berniat jahat, kedua-dua Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjelaskan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd di mana mereka dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah tidak pernah terlibat dalam kerja pembersihan pasir dengan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Bagaimanapun Mat Suhaimi mengakui pernah menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pemilik syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd, Adnan Abd Mokhtar pada 30 September 2009.

"Saya mengesahkan bahawa saya ada memohon sumbangan derma kepada aktiviti jamuan hari raya yang diadakan di kawasan saya dari Adnan. Di peringkat awal beliau menawarkan membantu kerana kami adalah rakan perniagaan bersama.

"Saya juga mengesahkan bahawa saya ada menerima RM10,000 bagi tujuan tersebut melalui pegawai pejabat saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pada Jumaat.

Mat Suhaimi juga membuat penjelasan berhubung dakwaan Raja Petra bahawa beliau beberapa kali meminta wang daripada Adnan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010 sebagai dorongan untuk membantu syarikat baru itu mendapat tender pasir daripada KSSB.

Menurut beliau, sebahagian besar bayaran-bayaran yang dibuat kepadanya seperti yang dinyatakan Raja Petra merupakan bayaran elaun Ahli Lembaga Pengarah sebanyak RM5,000 sebulan seperti yang ditawarkan oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Kata Mat Suhaimi, pada 15 dan 25 Ogos 2009, beliau menerima bayaran bernilai RM3,000 dan RM2,000 sebagai elaun bagi bulan Jun tahun berkenaan.

Malah beliau turut mengakui menerima bayaran elaun bernilai RM10,000 pada 9 September 2009 bagi bulan Julai dan Ogos 2009.

"Tapi tuduhan bahawa saya menuntut dan menerima bayaran RM35,000 pada tarikh tersebut adalah pembohongan semata-mata.

"Tuduhan bahawa saya menuntut bayaran untuk menampung perbelanjaan aktiviti Ramadan juga adalah pembohongan," katanya.

Selain itu Mat Suhaimi turut menafikan bahawa beliau mengarahkan Adnan mengadakan majlis berbuka puasa pada 16 dan 17 September 2009.

"Saya dan YB Amirudin dijemput menghadiri majlis berbuka puasa syarikat atas kapasiti sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

"Malah bayaran yang diberikan kepada kami sebanyak RM5,000 pada tarikh tersebut adalah elaun bagi bulan September yang dibayar awal," katanya.

Dalam pada itu Mat Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Raja Petra bahawa beliau sekali lagi menuntut bayaran RM50,000 daripada syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd.

Jelas Mat Suhaimi, beliau meminjam RM50,000 daripada Adnan bagi pihak kenalan rapatnya yang hanya mahu dikenali sebagai 'A'.

"Tidak ada satu sen pun dari wang tersebut diberikan kepada saya, ia adalah satu urusan berhutang peribadi biasa di antara seorang ahli perniagaan kepada seorang rakan lain.

"Saya hanyalah pemimjam dan penjamin yang menjadi orang tengah dan kini menjadi mangsa fitnah apabila urusan peribadi ini diputar belitkan," katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai transkrip perbualan telefon antara beliau dan Adnan seperti yang dimuatkan dalam portal Malaysia Today, Mat Suhaimi mendakwa ia adalah rekaan pihak yang mahu memfitnahnya.

"Saya menafikan perbualan telefon yang disiarkan oleh Raja Petra. Saya yakin seperti juga pembohongan yang dibuat mengenai permohonan kontrak oleh Double Dignity (M) Sdn Bhd yang tidak wujud dan bayaran-bayaran yang tidak wujud.

"Perbualan telefon itu juga adalah rekaan putar belit dialog yang diselang-seli dengan perbualan sebenar yang mungkin dirakam," katanya.

Tuan Guru Nik Aziz suka tidur atas riba isteri

Label:

Saya petik:
[HM] KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.

“Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah.

“Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini selepas melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Beliau turut dipilih sebagai Ikon Keluarga Mawaddah Peringkat Kelantan 2012 manakala lima pasangan lagi turut menerima Hadiah Pasangan Terpilih pada majlis berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz berkata, statistik menunjukkan terdapat lebih 234,000 anak tidak sah taraf, 81,000 daripadanya Melayu yang direkodkan di negara ini sejak 2006 hingga 2010 di seluruh negara amat mengejutkan.

Katanya, semua masalah itu timbul akibat tiada lagi wujud rasa takwa kepada Allah S.W.T.

“Masalah ini menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja bagi membina pusat perlindungan kepada anak ini (anak tidak sah taraf).

“Akibat tidak menjaga agama dan pergaulan terlalu bebas seperti sering ke kelab malam dan minum arak, maka ia boleh menjurus kepada zina,” katanya.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz turut mencadangkan sambutan Hari Valentine yang biasa disambut dengan pelbagai acara yang penuh maksiat diganti dengan Sambutan Hari Suami Isteri oleh umat Islam.

Ratusan Foto Berahi Hubungan Terlarang Artis dengan Pemimpin Tempatan Dikemukakan Sebagai Bukti

Label:

Saya petik:
[HM] JAKARTA: Ratusan foto tersimpan dalam telefon bimbit Peni Farnita akan menjadi bukti kukuh untuk suaminya, Bernaldi Kadir Djemat atau Aldi untuk mengheret artis dan ketua daerah, Zumi Zola ke penjara.

Menurut peguam Aldi, Humprey Djemat, ada ratusan gambar yang berkait dengan kecurangan Peni bersama Zumi.

“Ada lebih 100 foto dan semua itu kami simpan sebagai bukti,” katanya ketika ditemui di balai polis Jakarta Selatan, semalam.

Peguam Aldi turut mendedahkan foto-foto Zumi dan Peni kerana kesal dengan sikap Zumi.

Dalam foto itu, Peni dilihat dalam keadaan separuh bogel sama seperti foto Zumi. Foto itu adalah hasil hubungan seks kedua-duanya melalui telefon. Peni juga sudah mengakui mengenai foto itu.

“Isteri Aldi sudah mengakui semuanya. Jadi, sekarang kami menunggu tindakan lanjut pihak polis,” katanya.

Babi boleh disamak, Zina wajib hudud - Exco

Label:

Perbuatan zina membawa kehancuran umat

Saya petik:
[SH] SHAH ALAM – Perkara utama yang wajib diambil kira dan ditolak oleh umat Islam adalah perbuatan syirik, rasuah, zina dan fitnah kerana penyakit masyarakat ini jelas adalah haram dalam Islam.

Sehubungan itu kata Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari, babi boleh disamak, tetapi hukuman kepada penzina, wajib hudud.

“Umat Islam cukup takut dengan babi ni, haram kata mereka tetapi mengapa amalan mengambil rasuah, berzina, dan buat fitnah dianggap biasa dalam masyarakat sedangkan itu juga haram.

“Dalam keadaan darurat, babi masih boleh dimakan sekadar untuk hidup tetapi, mereka yang syirik kepada Allah, menolak ayat al-Quran, melakukan zina dan membuat fitnah wajib dikenakan hukuman,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, perbuatan zina boleh memberi kesan langsung dalam masyarakat dan meruntuhkan institusi masyarakat apabila anak tidak sah taraf ini dipinggirkan dan dibuang.

“Ini jelas bertentangan dengan tujuan sebenar untuk berzuriat sebagaimana termaktub dalam maqasid syariah yang mengangkat kedudukan penjagaan keturunan dalam Islam.

“Namun, mengapa program-program yang mendekatkan anak remaja kepada zina dan sebaran-sebaran fitnah menerusi media massa masih dibiarkan berleluasa mengambil tempat dalam masyarakat?

“Selain itu, fitnah terhadap individu atau kumpulan juga boleh memecah-belahkan masyarakat. Termasuk amalan rasuah yang dilihat semakin membarah dalam masyarakat,” katanya.

Beliau menambah, budaya ini pastinya akan menjejaskan integriti pentadbiran sekali gus merosakkan ekonomi negara dan gejala ini mampu menjatuhkkan mana-mana pemimpin walau banyak manapun sumbangan mereka.

Yaakob berkata, tumbangnya bekas presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon dalam kes ‘scandal watergate’ juga kerana rasuah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyentuh penemuan kepala babi di dua masjid dalam tempoh kurang seminggu baru-baru ini menyebabkan umat Islam resah sambil menyifatkan ia tindakan pengecut sesetengah pihak.

Beliau menyifatkan perbuatan individu terbabit menggunakan kepala babi sebagai bahan provokatif bertujuan untuk mengapi-apikan semangat perkauman di negara ini

Ada bukti Syarikat Johor berdagang dengan ISRAEL- Chegu Bard

Label:

Saya petik:
[KD] JOHOR 8 Feb: Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Menurut Chegu Bard, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, lapor Malaysiakini.com.

KEADILAN sebelum ini mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun. Sehingga kini, Najib juga didakwa masih mengupah bekas Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media yang c

[Video] Pekerja KFC tumbuk pelanggan

Label:

Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan, seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh seorang kakitangan KFC dalam satu kes pergaduhan baru-baru ini.

Kejadian tersebut yang didakwa berlaku di salah sebuah cawangan restoran makanan segera tersebut di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai.

Rakaman pergaduhan selama 28 minit itu kemudian dimuat turun ke laman perkongsian video, YouTube yang juga disiarkan di beberapa laman blog.

Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.

Pelanggan tersebut yang marah telah meminta pihak KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: “Kalau mau makan, buat sendiri lah.”

Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.

Sementara itu, KFC Holdings (Malaysia) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Februari lalu.

Lelaki kemaruk raba dan cium lelaki!!

Label:

TUMPUAN...pengunjung beratur untuk memasuki kelab malam terbabit.

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.

Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain.

[Tragis] Lelaki ini maut dalam mesin sampah

Label:

Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: “Selepas mendengar seorang rakan menjerit, saya segera mematikan enjin dan bergegas ke belakang lori. Saya terkejut apabila melihat seorang pekerja tersepit sebahagian badan di mesin pemampat sampah dalam keadaan tidak sedar,” kata pemandu lori syarikat Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Osman, 39.

Dia menceritakan kejadian rakan sekerjanya yang maut di bahagian belakang lori ketika memunggah sampah di Apartmen Fasa 4, Presint 9, semalam.

Ketika kejadian pada jam 11 pagi itu, Kamarudin Hussin, 41, berada di bahagian kanan belakang lori pengangkut sampah sebelum dia terjatuh ketika mesin itu sedang bergerak memampatkan sampah dalam lori berkenaan.

Seorang rakan yang berada di sebelah kiri belakang lori bersama mangsa menjerit meminta enjin dimatikan.

Mohd berkata, dia menghubungi penyelia sebelum mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan.

“Kejadian ini memang tidak terduga, malah mangsa juga seorang yang rajin bekerja. Kami tidak bersarapan bersama sebelum melakukan tugasan kerana mangsa membawa bekal sendiri.

“Cuma apa yang saya perasan mangsa kelihatan berpakaian lebih kemas, berbanding sebelum ini. Biasanya, jaket dipakai dibiar terbuka, tetapi kali ini zipnya ditarik dengan kemas," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan sudah mengambil keterangan pemandu dan pekerja Alam Flora yang lain.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, tetapi punca kejadian masih disiasat. Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan,” katanya.

Jurucakap Alam Flora ketika dihubungi berkata, pihaknya bersimpati atas kemalangan yang menimpa pekerja itu dan berharap kejadian tidak berulang.

“Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu. Pada masa sama kami menasihati pekerja lain supaya utamakan keselamatan kerana nyawa lebih penting daripada segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Azuan Abdul Rahman, 32, berkata, dia sekeluarga terkejut dan trauma dengan kejadian tragis itu.

Menurutnya, dia menerima berita mengenai kejadian itu pada jam 11.20 pagi dan menelefon beberapa ahli keluarga termasuk adiknya yang juga isteri mangsa, Noraziah Abdul Rahman, 30, untuk mengesahkan kejadian itu.

“Selepas adik ke Hospital Putrajaya, baru saya betul-betul percaya adik ipar sudah tiada.

“Apa penting sekarang, kami sekeluarga perlu memberi semangat kepada adik dan dua anaknya yang kehilangan orang tersayang,” katanya.

Mohd Azuan berkata, arwah bekerja lebih lima tahun dengan Alam Flora dan kali terakhir mereka berjumpa arwah dua minggu lalu.

Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, dekat Kuala Lumpur.

[VIDEO] Sharizat dapat hidayah ketika di Makkah

Label:

[Tragis] Budak pecah kepala digilis bapa

Label:

Saya petik:
Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundur

[BH] KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.
Bapanya, Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk melihatnya.

Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar pacuan empat roda berkenaan.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya.

Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan.

“Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini.

“Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut.

“Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Apek dikaitkan pula dengan Nora Danish

Label:

Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.

Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.

Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.

Lelaki putus cinta gantung diri

Label:

Saya petik:
[SH] AL MUKHTAFI BILLAH SHAH (AMBS) – “Saya tergamam, badan saya menggeletar ketika melihat dirinya dalam keadaan tergantung dengan lidahnya terjelir, keadaannya amat menakutkan,” kata Mohd Helmi Anwar, 26, rakan karib kepada arwah Mohd Alif Yusof, 23, tukang paip yang ditemui mati dalam keadaan tergantung, awal pagi semalam.

Mayat mangsa ditemui di sebuah rumah kuarters Jabatan Bekalan Air Ketengah, di Bandar AMBS, di sini.

Menceritakan detik sebelum kejadian, Helmi berkata, pada kira-kira jam 11.30 malam, beberapa jam sebelum mayat rakannya itu ditemui, arwah Mohd Alif serta beberapa lagi rakannya yang lain sedang lepak di rumah rakan mereka dan sempat makan burger yang dibeli di pasar malam berdekatan.

Mohd Helmi berkata, ketika itu, air muka arwah kelihatan agak murung berbanding biasa, daripada reaksi yang ditunjukkan arwah, dia dapat mengagak rakan karibnya itu pasti ditimpa kesusahan.

Bagaimanapun setelah pulang dari rumah kira-kira jam 3 pagi, adik lelakinya, Mustaqim memaklumkan dia ternampak mangsa mati dalam keadaan tergantung di sebuah rumah kosong, tidak jauh dari rumahnya lalu terus bergegas ke situ untuk melihat keadaan mangsa.

Mohd Helmi yang terkejut dan menggeletar melihat mangsa dalam keadaan lehernya tergantung berusaha menurunkan mayat mangsa bersama adiknya sebelum membuka ikatan tali pada lehernya.

“Saya macam tidak percaya dia mati dalam keadaan begitu kerana baru beberapa jam kami bersama.

“Kami tahu dia ada masalah kerana baru putus cinta dan cuba menasihatinya susupaya bersabar, tapi tak sangka pula dia sanggup bertindak sedemikian,” katanya.

Mohd Helmi, berkata selepas melonggarkan ikatan tali yang terjerut di leher rakannya itu mereka membuat laporan di Balai Polis AMBS.

Menurutnya, sebelum kejadian itu, mangsa ada menceritakan kepadanya dia menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dan berhasrat memperisterikan gadis yang dikenalinya sejak di bangku sekolah itu.

Bagaimanapun dua minggu sebelum kejadian itu, mangsa memaklumkan kepada Mohd Helmi bahawa dia kecewa kerana putus cinta setelah gadis yang dicintainya itu dikatakan mempunyai kekasih baru.

“Sejak putus cinta, tingkahlakunya berubah, lebih banyak berdiam diri dan sentiasa murung biarpun sebelum ini dia agak periang.

“Namun saya tidak menyangka dia akan pergi dalam keadaan sedemikian, sungguh menyayat hati,” kata Mohd Helmi yang masih trauma dengan kejadian menimpa sahabat karibnya itu.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan oleh kakitangan perubatan mendapati mangsa mati akibat kecederaan pada leher.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan .
[VIDEO] Budaya jijik umno didedah oleh orang umno
Sabtu, Februari 11, 2012 | Author: Tuk Kiyai

P/s: Memang jijik
Links to this post

Jumaat, Februari 10, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Februari 09, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Februari 08, 2012 | Author: Tuk Kiyai