Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/
Memaparkan catatan dengan label rencah kehidupan. Papar semua catatan

Remaja Perempuan Berkhalwat Di Dalam Surau Hospital

Label:

Kalau nafsu sudah menguasai diri, semua tempat tidak dipeduli hatta rumah Allah pun mereka sanggup jadikan "port" untuk melepaskan nafsu syahwat mereka....

[METRO] JITRA: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dicekup berkhalwat dengan pengawal keselamatan di surau Hospital Jitra (HJ), di sini, awal pagi Jumaat lalu ketika kedua-duanya nyenyak tidur.

Remaja itu yang sepatutnya berada di sisi bapa tirinya yang nazak di dalam wad hospital berkenaan dikatakan mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan buah hatinya yang baru dikenali sejak sebulan lalu.

Bapa tirinya itu dimasukkan ke HJ kerana menghidap tibi sejak sebulan lalu untuk mendapatkan rawatan berikutan penyakitnya semakin kritikal.

Difahamkan, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu pula baru bertugas di HJ sejak Februari lalu dan mengambil kesempatan menggunakan surau itu untuk mengelak perbuatannya dikesan. Menurut sumber, pasangan itu dicekup jam 1.30 pagi oleh beberapa pengawal keselamatan lain selepas orang awam yang hendak menunaikan solat musafir di surau itu, hairan apabila mendapati pintunya berkunci dari dalam.

“Surau dibuka 24 jam untuk memudahkan ahli keluarga pesakit yang datang ke situ menunaikan solat, jadi apabila pintunya berkunci, pengadu terbabit memaklumkan kepada pengawal keselamatan lain yang berada di situ untuk membukanya.

“Mereka kemudian mengintai melalui cermin di pintu belakang surau itu dan terkejut apabila mendapati pengawal keselamatan terbabit yang masih berpakaian kerja tidur bersebelahan remaja perempuan itu dan mengesyaki mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan dan terus menghubungi Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk menahan mereka,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, pasangan itu masih nyenyak tidur dalam surau dan terkejut apabila mendapati orang ramai berada di situ sebelum mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, pasangan itu memberi alasan hanya tumpang tidur di surau itu dan mendakwa tidak melakukan apa-apa.

Pengawal keselamatan yang masih bujang itu berasal dari Alor Setar, manakala remaja perempuan berkenaan berasal dari daerah ini dan bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak lama lagi.

Sumber berkata, ketika ditahan, pasangan itu berpakaian lengkap dan pengawal keselamatan itu sepatutnya bertugas dalam pondok pengawal yang terletak kira-kira 100 meter dari surau.

“Remaja perempuan berkenaan pula dikatakan bergilir-gilir dengan ibunya untuk menjaga bapa tirinya dan diamanahkan menjaga bapanya itu pada waktu malam, manakala pada petang dia membantu ibunya berniaga.

“Dia yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini mengambil cuti sebulan untuk menjaga bapa tirinya itu, tetapi mengambil kesempatan melakukan maksiat bersama pengawal keselamatan terbabit,” katanya.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pencuri Berhati Mulia, Hantar Pulang Coli dan Seluar Dalam Yang Dicuri...

Label:

(Gambar Hiasan)
Rasanya orang yang buat kerja tu mungkin tinggal di sekitar taman tersebut. Apa tidaknya, pencuri tersebut boleh mengingati rumah yang dimasukinya....

[METRO] KANGAR - Seorang wanita tergamam sebaik melihat seluar dalam dan coli miliknya yang hilang dua minggu lalu, ditinggalkan di atas cermin keretanya yang diletakkan di pinggir jalan sebuah taman perumahan di sini, semalam.

Mangsa berusia 24 tahun yang enggan nama disiarkan berkata, sepasang pakaian dalam itu dilaporkan hilang bersama kamera digital sony DSLR milik majikannya yang disimpan dalam bilik tidur rumahnya pada 8 Jun lalu

"Pagi tadi (semalam) ketika menghidupkan kenderaan untuk ke tempat kerja, saya tergamam selepas mendapati seluar dalam dan coli yang hilang dipulangkan semula pencuri dengan diletakkan di atas cermin depan kereta.

"Saya mengakui ia milik saya yang hilang dan berharap pencuri memulangkan kamera kepunyaan syarikat kerana menyukarkan saya menjalankan tugas harian" katanya yang menafikan menggunakan khidmat bomoh bagi mendapatkan semula barangan terbabit ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia tidak mengetahui punca sebenar pencuri memulangkan semula barangan terbabit dan tidak bercadang menggunakannya semula.

Wakil ATM Tidak Benarkan Bapa Periksa Tubuh Jenazah Mangsa Buli. Mengapa???

Label:

(Gambar Hiasan)

Mengapa bapa mangsa tidak dibenarkan melihat badan jenazah? Apakah ada sesuatu yang ingin dirahsiakan daripada pengetahuan umum?

[METRO] BALING: “Saya dapati ada kesan lebam di bahagian mata kanan arwah ketika mengucupnya buat kali terakhir. Saya juga meminta untuk memeriksa seluruh badannya, tetapi tidak dibenarkan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang hadir mengiringi jenazah ketika itu,” kata Mohd Sobri Mohd Sofian, 41, bapa kepada Mohammad Naim Mustaqim, 16, pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) yang mati dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior, kelmarin.

Menurutnya, dia terpaksa akur dengan keputusan wakil ATM yang tidak membenarkannya memeriksa badan arwah anaknya itu.

“Mereka kata ikut prosedur tak boleh sebab arwah sudah dikapan dan mereka hanya membenarkan bahagian muka saja dibuka untuk kami menatap wajahnya kali terakhir.

“Saya tidak membantah, tetapi mendapati ada kesan lebam di mata kanan arwah ketika mengucupnya kali terakhir.

“Saya mahu mereka yang bertanggungjawab memukul anak saya dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Lalang, Siong di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga menerima kejadian itu sebagai takdir, namun kematian Mohammad Naim tetap memerlukan pembelaan bagi memberi teladan kepada orang lain yang mungkin menerima nasib sama pada masa depan. “Arwah adalah anak harapan saya untuk membantu keluarga kami pada masa depan, namun hari ini (semalam) harapan itu hancur berkecai. Sukar bagi saya menerima kejadian itu yang menyebabkan kehilangannya buat selama-lamanya.

“Saya sentiasa impikan satu hari nanti arwah akan pulang ke rumah dengan pakaian seragam seorang pegawai tentera dan berharap dia akan membantu kami dan adik-adik lain untuk berjaya sepertinya,” katanya Harian Metro semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan empat MTD meninggal dunia di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT), Kem Sungai Besi di sini, awal pagi kelmarin dipercayai akibat dibuli dan didera pelajar senior.

Mohammad Naim Mustaqim dikatakan pengsan selepas didera kumpulan pelajar senior terbabit antara jam 11.30 pagi kelmarin dan 1.20 pagi semalam di asrama MTD sebelum dikejarkan ke PPAT, namun disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, ibu mangsa, Fauziah Abdul Wahab, 45, berkata kali terakhir berjumpa arwah ketika anaknya itu pulang ke rumah sempena cuti sekolah seminggu lalu.

Tabiat Lelaki Mengintai Anak Dara Mandi Berakhir Apabila Ditangkap Polis

Label:

Kalau dah jadi tabiat, memang susah nak ditinggalkan....Tak kisah la apapun tabiatnya....Kalau dah kena cekup macam si mamat ni, tanggunglah sendiri..... Masuk lokap tak pasal-pasal.... Kepada mereka yang mempunyai anak dara yang duduk kat kampung tu, tengok-tengoklah dinding rumah tu.... Kalau ada tanda-tanda kehadiran si pengintai, sediakan apa yang patut....

[METRO] KUANTAN: Dia sudah beristeri dan mempunyai lima anak, namun kerana nafsu seorang lelaki masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruknya mengintai anak dara mandi.

Namun, perbuatan lelaki berusia 44 tahun itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis ketika mengendap remaja perempuan berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, di sini, pada 21 Jun lalu, kira-kira jam 7.30 malam.

Semalam, lelaki berkenaan, Eddy Che Din dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, bagi menghadapi pertuduhan berkenaan dan dia mengaku bersalah.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas tertuduh atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dengan mengintai gadis berkenaan. Jika sabit kesalahan, dikenakan hukuman denda sehingga RM100.

Terdahulu, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mengemukakan rayuan hukuman ke atasnya diringankan memandangkan dia menanggung isteri dan lima anak.

Dalam rayuannya, tertuduh memberitahu mahkamah, dia insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi perbuatan tidak senonoh.

Tertuduh memaklumkan itu kesalahan pertama dilakukannya membabitkan perbuatan mengintai.

Namun, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan T Murugesu mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepadanya dan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan tidak senonoh

Akhirnya Dia Disahkan “Pelakon” Video Lucah Itu....

Label:

Akhirnya si mamat ni disahkan sebagai pelakon video lucah. Maksudnya si mamat ni seorang penzina??

[MSTAR] JAKARTA:
POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.

Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.

“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.

Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).

Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.

Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.

Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.

Kerana Tak Tahan Dipukul Suami, Isteri Lari Keluar Rumah Berbogel

Label:

(Gambar Hiasan)

Ni satu lagi jenis suami yang suka bergusti. Kalau bergusti dengan undertaker tak pelah. Baru buku bertemu ruas. Ni bergusti dengan isteri....

Adui, isteri bukannya tempat untuk disepak terajang. Kalau si isteri buat salah, tegurlah dengan cara yang baik. Isteri perlu dilindungi, bukan untuk dijadikan tempat melepaskan geram...

[SHARIAN] KULIM - Isteri beranak satu, berusia 28 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, dekat sini lari keluar dari rumah dalam keadaan berbogel apabila dikejar dan dipukul suaminya berusia 30-an.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya berkaitan masalah peribadi.

Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali dan menyaksikan kejadian itu berkata, pasangan itu dikatakan berkahwin sejak 10 tahun lalu dan sering bergaduh.

Katanya, mangsa sering dipukul dan dicederakan setiap kali pasangan itu bergaduh dan sehingga kini, mangsa dikatakan tidak membuat sebarang laporan polis terhadap penderaan dialaminya kerana bimbang tindakan undang-undang diambil terhadap suaminya.

”Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya dan berlari keluar daripada rumah dalam keadaan bertelanjang bulat selepas dipukul dan ditendang suaminya.

“Mangsa kemudiannya masuk ke rumah untuk memakai baju dan melarikan diri.

"Pasangan ini memang selalu bergaduh. Mangsa pernah memaklumkan kepada jiran berdekatan bahawa dia akan dipukul suaminya setiap kali bergaduh,” katanya.

Mangsa bimbang dengan keselamatannya, melarikan diri ke rumah jiran berdekatan untuk mendapatkan perlindungan, bagaimanapun suaminya tetap mengekori mangsa.

Ketika berada dalam rumah jiran, suami mangsa lafazkan cerai talak satu kepadanya sebelum keluar.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu dinasihatkan jiran mendapatkan pengesahan status perkahwinan dan lafaz cerai yang dibuat suaminya.

”Suami mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di pusat pemulihan dadah selama dua tahun dan dibebaskan beberapa tahun lalu.

"Suami mangsa tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan mungkin ini mendatang tekanan kepadanya," katanya.

Gadis Keluar Melalui Tingkap Rumah Bertemu Lelaki Akhirnya Dicabul 8 Lelaki

Label:

(Gambar Hiasan)

Gatal & mencari nahas
...Itulah perkataan yang boleh ditulis untuk menggambarkan perangai remaja perempuan ini. Apa tidaknya...keluar rumah melalui tingkap rumah semata-mata ingin bertemu "jantan" yang hanya dikenali melalui telefon...Akhirnya dicabul lapan lelaki secara bergilir-gilir....

[HMETRO] KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja perempuan keluar rumah melalui pintu sulit iaitu tingkap bilik tidurnya akhirnya menghancurkan masa depannya sendiri apabila dia dirogol lapan lelaki dalam tiga kejadian berasingan antara 9 hingga 18 Jun lalu.

Apa yang menyedihkan, semua lelaki itu hanya dikenali melalui telefon sebelum mereka mengajak gadis terbabit menyelinap melalui tingkap bilik pada waktu malam tanpa disedari semua ahli keluarganya yang menetap di sebuah kampung di Ajil.

Selepas dibawa keluar, mangsa kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir hinggakan ada antaranya membabitkan sekumpulan tiga hingga empat lelaki dalam satu-satu masa menyebabkan mangsa yang tidak tahan akibat diperlakukan demikian membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Terengganu, Superintendan Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut dan memberitahu siasatan mengenai kes berkenaan masih dijalankan.

“Kami menerima satu laporan di Balai Polis Wakaf Tapai oleh seorang remaja berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol dan setakat ini kami dapati dia dirogol lapan individu menyebabkan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa dibawa seorang lelaki pada 9 Jun lalu selepas dia menyusup keluar melalui tingkap biliknya kira-kira 10.30 malam dan ketika itu, dia dirogol lelaki berkenaan sebelum dua lagi rakan lelaki terbabit turut berbuat demikian.

Cinta Berahi Pelajar Akhirnya Bertukar Tragedi

Label:

Antara tanda akhir zaman dan tanda awal berlakunya kiamat ialah berleluasanya perzinaan dalam masyarakat Islam. Kerana itulah masyarakat Islam akan rosak akhlak dan musnahnya institusi kekeluargaan. Kes di bawah adalah antara buktinya....

[KOSMO] KOTA BHARU - Telah hampir 20 tahun pantai peranginan terkenal di sini ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Namun semalam, kenangan terhadap nama lama iaitu Pantai Cinta Berahi kembali segar di kalangan penduduk Kelantan apabila seorang pelajar wanita berusia 17 tahun ditemui mati di sebuah pusat peranginan di pantai itu.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas dekat sini mati selepas mengalami pendarahan berlebihan akibat keguguran kandungan.

Sebelum menemui ajalnya, mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik di pusat peranginan itu dengan alasan untuk 'mencari ketenangan' selepas mendakwa mempunyai masalah peribadi.

Pelajar Habiskan Baki Cuti Sekolah Berasmara di Hotel

Label:

(Gambar Hiasan)

Anak-anak muda Islam kalau sudah berani melakukan zina, minum arak, berjudi, dan bermacam lagi kemungkaran, maka apa yang boleh diharapkan daripada mereka? Mampukan mereka ini membela agama, bangsa, dan negara? Di bangku sekolah lagi maruah diri sudah tergadai....

[HMETRO] GEORGETOWN: Ibu hadir kenduri di kampung, anak pula kenduri di hotel. Itu yang berlaku ke atas seorang pelajar sekolah menengah apabila menghabiskan baki cuti sekolah di bilik hotel sebelum dicekup berkhalwat dengan pasangannya di Butterworth, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar itu antara 13 pasangan berusia 18 hingga 30-an yang ditahan atas kesalahan berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam di beberapa lokasi berasingan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Dalam operasi ‘Ops Sayang’ bermula jam 12.30 tengah malam hingga 9 pagi itu, tujuh pasangan ditahan atas kesalahan berkhalwat dan enam pasangan lagi kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam di tepi pantai.

Penolong Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Ibrahim Md Jaki berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, pelajar wanita itu ditemui bersama pasangannya berusia 20-an di dalam bilik hotel di Prai.

Ketika ditahan kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan kepada pegawai penguat kuasa agama.

Beliau berkata, ketika disoal siasat, dia memberi alasan tiada tempat penginapan kerana takut tinggal seorang di rumah disebabkan ibu bapa pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan saudaranya sebelum keluar bertemu teman lelakinya pada jam 9 malam.

Katanya, pada awalnya mereka sekadar keluar untuk menikmati makan malam tetapi atas alasan lewat dan takut, mereka memberi alasan menginap dan tidur di hotel sebelum pulang semula ke Kulim, Kedah pada keesokannya.

“Begitu juga satu lagi tangkapan membabitkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20-an apabila turut ditahan atas kesalahan sama apabila sanggup tidak pulang ke Sungai Petani, Kedah semata-mata untuk bertemu kekasih yang datang dari Perak,” katanya.

“Jarak perjalanan dari Prai ke Sungai Petani hanya mengambil masa kira-kira sejam, namun atas dasar rindu mereka mengambil keputusan menginap di hotel untuk bermadu kasih sebelum ditahan,” katanya ketika ditemui dalam operasi ‘Ops Sayang’ di sini, semalam.

Janda Sembunyi 20 Botol Dadah dalam Coli

Label:

(GambarHiasan)

KUALA TERENGGANU - Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dadah seberat 83 gram bernilai RM28,000 itu dijumpai pada salah seorang daripada wanita itu pada serbuan Khamis lalu, kira-kira jam 6 pagi.

"Kita percaya wanita itu yang juga pengedar dadah berada di situ untuk menunggu pembeli," katanya ketika ditemui di pejabat narkotik IPK di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada wanita itu berumur 43 tahun mempunyai empat orang anak dan cucu, beralamat di Rantau Panjang, Kelantan manakala seorang lagi berumur 30 tahun beranak satu dari Kuala Lumpur.

Roslan berkata, wang RM106 dan mata wang Thailand 1,410 bath turut dirampas daripada wanita itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita yang juga rakan baik itu juga menagih dadah jenis pil WY dan mereka direman Mahkamah Majistret Terengganu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

-SinarHarian

Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Label:

Apek...
Kalau betul la lu hisap ganja tu, berhentilah...Udah-udah la tu...Ingat la kat anak bini lu....Janganlah kerana lu duk rindu dengan nikmat "khayal" lu tu, karier lu hancur.... Lu pikir-pikir la... Ni pesanan ikhlas dari Tok...

[MS] PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

Janda Tidak Serik Walaupun Sudah 3 kali Ditangkap Khalwat!

Label:

(Gambar hiasan)

Apabila nafsu serakah sudah menguasai diri, maka beginilah jadinya..Bila iman sudah tiada, maka "body" diberikan kepada sesiapa sahaja yang sudi.....

Ingatlah akan azab Allah......

[SH] KUANTAN – Biarpun sebelum ini sudah tiga kali ditahan kerana berkhalwat, seorang janda berusia 30-an, seolah-olah tidak serik melakukan perbuatan terkutuk itu apabila dia ditahan buat kali keempat dalam serbuan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Lorong Bukit Setongkol Perdana 38, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangannya yang berstatus suami orang sedang tidur bersama anak perempuannya dalam bilik, kononnya mahu mengaburi mata Pegawai Penguat Kuasa Jaip.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaip, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, wanita berkenaan memberi alasan pasangannya itu datang ke rumah sekadar menemaninya dan bukan untuk melakukan hubungan seks.

“Kami menerima aduan teman serumahnya sendiri yang baru menyedari kehadiran lelaki berkenaan. Menurut saksi, dia memang sedia maklum rakannya itu berkawan dengan lelaki berkenaan, tetapi tidak menyangka dia bertindak sebegitu nekad.

“Curiga dengan tindakan rakannya itu, saksi berkenaan menghubungi Jaip bagi melakukan serbuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kerana Cemburu Janda Kahwin Lain, Suami Baru Dibelasah

Label:

(Gambar hiasan)

Beginilah perangai manusia. Kalau syaitan sudah menguasai diri. Semua perkara boleh terjadi. Terimalah hakikat jika jodoh tidak berpanjangan. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan itu. Janganlah kerana cemburu dan dendam, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

[HMETRO] KUALA TERENGGANU: Hanya kerana cemburu apabila bekas isteri berkahwin semula dengan lelaki yang jauh lebih tua daripada dirinya, seorang lelaki bukan saja membawa bersama abang, malah kira-kira 17 lagi lelaki lain untuk membelasah suami baru wanita itu.

Pasangan berkenaan diserang ketika sedang berehat di kawasan Pantai Kemasik dekat Kemaman, menyebabkan suami baru wanita terbabit cedera dibahu serta dada dan dua anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, serangan dipercayai bermotifkan cemburu dan siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat perasaan tidak puas hati seorang lelaki berusia 40 tahun apabila jandanya berusia 30 tahun itu berkahwin dengan lelaki berusia 49 tahun.

“Itu saja yang dapat saya katakan kerana kami tidak tahu bila wanita itu bercerai dengan bekas suaminya dan bila pula dia berkahwin, namun yang pasti dia sudah bercerai sebelum berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata, serangan berkenaan bukan hanya menyebabkan suami wanita terbabit cedera, malah dua anggota polis turut menerima nasib sama akibat dilibas dengan kayu ketika meleraikan pergaduhan kumpulan itu.

Kejadian dipercayai bermula ketika kedua-dua anggota dari Balai Polis Air Jernih, Kemaman itu terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu membuat kecoh dan mereka cuba meleraikannya selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Anggota polis terbabit berhenti rehat di gerai dekat pantai Kemasik selepas selesai menjalankan rondaan dan terserempak dengan kumpulan itu sebelum cuba campur tangan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik menghampiri dan memperkenalkan diri, seorang daripada anggota berkenaan dipukul di kaki manakala seorang lagi di lengan.
Manoharan berkata, kumpulan berkenaan kemudian melarikan diri sebelum kedua-dua anggota polis dan pasangan itu membuat laporan di Balai Polis Air Jernih.

“Kedua-dua mereka dihantar ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar kerana luka dan lebam manakala suami wanita yang diserang itu turut mengalami kecederaan di bahu dan dada.

“Kami sudah mencari dua beradik berkenaan di kediaman masing-masing sekitar Kemaman bagi membantu siasatan, namun mereka gagal dikesan setakat ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Cinta Gelap Terbongkar Apabila Dicekup Pihak Berkuasa!!

Label:

Benarlah pepatah orang Melayu, "Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...".

Bila nafsu syahwat tidak disalurkan ke arah yang diredai Allah, maka begitulah jadinya....

[HMETRO] JASIN: Sepasang kekasih layak digelar pasangan durjana apabila menjalin hubungan ‘cinta gelap’ walaupun masing-masing sudah bergelar sebagai isteri dan suami orang. Mereka juga masih menjalinkan hubungan cinta walaupun menyedari diri masing-masing mempunyai batasan dan tanggungjawab, namun kerana tuntutan nafsu, mereka tewas untuk melaksanakannya.

Namun, hubungan cinta terlarang yang dibina pasangan membabitkan wanita berusia 21 tahun serta lelaki berusia 27 tahun itu terbongkar apabila mereka dicekup imam tempatan di daerah ini, awal pagi semalam.

Lebih mengharukan, pasangan terbabit ditahan di rumah lelaki berkenaan dan difahamkan ketika itu ibunya turut berada di rumah berkenaan.

Pasangan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, imam terbabit membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi sebelum menemui pasangan itu dalam keadaan berkurung.

“Soal siasat dilakukan terhadap pasangan terbabit mendapati kedua-dua mereka bukan mahram. Lebih memeranjatkan mereka pula berstatus isteri dan suami orang lalu ditahan untuk diserahkan kepada kami sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak membawa masuk wanita berkenaan ke rumahnya selepas isterinya pulang ke kampung.

Katanya, peluang berikutan ketiadaan isterinya itu diambil lelaki berkenaan bagi melakukan perbuatan terlarang di rumahnya.

“Mereka dikatakan masuk ke rumah itu sejak tengah malam dan terus berkurung sebelum dicekup imam berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat diperoleh juga menyatakan pasangan terbabit sering berada di rumah berkenaan.

Video Seks Tiga Artis Disiasat. Jika Sabit Kesalahan Penjara Maksimun 12 Tahun

Label:

Polis dijadual menyoal-siasat tiga selebriti terbabit, penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Ariel, penyampai berita, Luna Maya dan aktres Cut Tari atas tuduhan melanggar undang-undang anti-pornografi.

Klip video itu menunjukkan Nazril melakukan hubungan seks dengan Luna yang juga teman wanitanya dan bekas teman wanitanya, Cut.

Ketua Polis, Ito Sumardi berkata, mereka bakal disoal bagaimana video itu muncul di Internet.

“Kami akan dapatkan kepastian bagaimana video itu menjadi tontonan umum,” katanya.

Luna adalah duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), duta sabun keluaran Unilever.

Cut pula menjadi duta penghawa dingin keluaran Sharp.

Jurucakap Unilever berkata, iklan sabun itu dibekukan pada minggu ini tapi menafikan keputusan itu dibuat akibat penyebaran video seks itu.

Jika bersalah mereka boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.

Pemimpin Indonesia menegaskan, insiden seperti ini perlu dijadikan alasan kawalan lebih ketat dilaksana terhadap Internet di negara yang didiami 240 juta penduduk itu.

“Hukuman lebih berat perlu dilaksanakan terhadap mereka yang bersalah,” kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Tifatul Sembiring di laman Twitternya.

Skandal itu menjadi antara topik paling hangat dibincangkan di laman Twitter bertajuk Peterporn, mengambil nama sempena kumpulannya.

Beberapa laman menyokong Nazril turut muncul di laman Facebook. - AFP

-metro

Video Lucah: Tatu Di Pinggul Kiri Sebagai Bukti Benar atau Tidak

Label:

Video lucah mirip artis Luna Maya dan Ariel Peter Pan yang tersebar luas di Internet menimbulkan perbincangan hebat dalam kalangan peminat laman Twitter, Facebook dan blog .

Walaupun Luna menafikan wanita yang beraksi di dalam video itu adalah dirinya, pelbagai pihak masih sangsi dengan kenyataan yang diberi oleh Luna kerana wanita di dalam video jelas mirip dengannya dari segenap sudut seperti wajah, rambut dan juga kulit.

Walau bagaimanapun hanya tatu di pinggul kiri wanita dalam gambar itu yang dapat menjawab siapakah wanita itu sebenarnya.

Luna juga berkata kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak mempunyai tatu tetapi ditolak oleh beberapa pihak dan mencabar dia menunjukkan pinggulnya sebagai bukti dia bukan wanita di dalam video panas itu.

Video selama enam minit dan 49 saat itu memperlihatkan seorang lelaki mirip wajah Ariel Peter (vokalis Pan) sedang melakukan hubungan intim dan wajah wanita itu pula jelas menunjukkan wajah seperti Luna Maya.

Walaupun mendapat cemuhan dari beberapa pihak yang masih mempercayai video itu adalah miliknya, ia tidak menghalang peminat tegar Luna dan Ariel memberi semangat kepada mereka.

Malah, dalam kalangan selebriti juga memberi sokongan kepadanya dengan menghantar kata semangat di Twitter Luna, antaranya Tantri ‘Kotak’, Shanti, Titi Kamal, Aming, Meisye Siregar, Widi dan ramai lagi.

-SinarHarian

Berbogel Untuk Keamanan?

Label:

(Gambar: Seorang wanita yang berbogel duduk di atas bumbung sebuah teksi di Westminster Square, London kelmarin.

Apabila sudah tidak ada maruah diri, macam nilah jadinya. Kalau ada kat Malaysia ni, kita pakat ramai-ramai bawa lastik burung. Ada berani?

[KOSMO] LONDON - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an duduk berbogel di bumbung sebuah teksi di sini kelmarin sambil melakukan aksi senaman yoga bagi membantah peperangan di Afghanistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut turut berdiri dan menjerit meminta askar-askar asing keluar dari Afghanistan.

Anggota-anggota polis kemudian menutup tubuh wanita itu dengan kain dan menahannya buat seketika.

Namun aksi wanita itu di Westminster Square telah menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga ada pelancong yang merakamkan gambarnya. - Agensi

-kosmo

ASAM JAWA KEPALA BIAWAK....PERH...

Label:

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

SUMBER di sini.

TUJUH TAHUN DIDERA ISTERI DAN ANAK.....

Label:

(Foto: Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu)

TOK KIYAI: Aduhai dunia sekarang....Dah nak kiamat dah....Si Mamat ni jantan ke apa? Sampai isteri boleh pijak kepala...Mana maruah sebagai suami? Mana maruah seorang isteri? Islam mengajar kita bahawa suami itu ketua untuk membimbing keluarga. Kalau isteri melakukan kesilapan, hendaklah dinasihat dengan cara yang baik, tapi kalau dah isteri pulak boleh memukul dan mendera suami, mana peranan si suami?
.
[KOSMO] MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

SUMBER di sini.

AL-FATIHAH: ASRI RABBANI DIJEMPUT ILAHI

Label:

(Foto: Asri bersama Mawi)
Vokalis utama kumpulan Rabbani Mohamad Asri Ibrahim meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Bagi peminat hiburan nasyid, ketiadaan Asri adalah satu kehilangan besar. Lagu-lagu beliau bersama Rabbani sentiasa menjadi nyanyian kanak-kanak dan golongan dewasa. Alunan zikir dan munajat beliau menjadi santapan halwa telinga, mengagungkan kebesaran Ilahi. Hayati lirik lagu nyanyian beliau....

PERGI TAK KEMBALI

SETIAP INSAN PASTI MERASA
SAAT PERPISAHAN TERAKHIR
DUNIA YANG FANA
AKAN DITINGGALKAN
HANYA AMALAN YANG DIBAWA

SELAMAT TINGGAL KEPADA SEMUA
BERPISAH KITA SELAMANYA...
KITA TAK SAMA NASIB DI SANA
BAIKKAH ATAU SEBALIKNYA...
HANYA AMALAN DAN TAKWA JADI PEGANGAN
Remaja Perempuan Berkhalwat Di Dalam Surau Hospital
Isnin, Jun 28, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Jun 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Jun 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Antara tanda akhir zaman dan tanda awal berlakunya kiamat ialah berleluasanya perzinaan dalam masyarakat Islam. Kerana itulah masyarakat Islam akan rosak akhlak dan musnahnya institusi kekeluargaan. Kes di bawah adalah antara buktinya....

[KOSMO] KOTA BHARU - Telah hampir 20 tahun pantai peranginan terkenal di sini ditukar nama kepada Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Namun semalam, kenangan terhadap nama lama iaitu Pantai Cinta Berahi kembali segar di kalangan penduduk Kelantan apabila seorang pelajar wanita berusia 17 tahun ditemui mati di sebuah pusat peranginan di pantai itu.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Pasir Mas dekat sini mati selepas mengalami pendarahan berlebihan akibat keguguran kandungan.

Sebelum menemui ajalnya, mangsa dikatakan menyewa sebuah bilik di pusat peranginan itu dengan alasan untuk 'mencari ketenangan' selepas mendakwa mempunyai masalah peribadi.

Pelajar Habiskan Baki Cuti Sekolah Berasmara di Hotel
Isnin, Jun 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar Hiasan)

Anak-anak muda Islam kalau sudah berani melakukan zina, minum arak, berjudi, dan bermacam lagi kemungkaran, maka apa yang boleh diharapkan daripada mereka? Mampukan mereka ini membela agama, bangsa, dan negara? Di bangku sekolah lagi maruah diri sudah tergadai....

[HMETRO] GEORGETOWN: Ibu hadir kenduri di kampung, anak pula kenduri di hotel. Itu yang berlaku ke atas seorang pelajar sekolah menengah apabila menghabiskan baki cuti sekolah di bilik hotel sebelum dicekup berkhalwat dengan pasangannya di Butterworth, di sini, awal pagi semalam.

Pelajar itu antara 13 pasangan berusia 18 hingga 30-an yang ditahan atas kesalahan berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam di beberapa lokasi berasingan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Dalam operasi ‘Ops Sayang’ bermula jam 12.30 tengah malam hingga 9 pagi itu, tujuh pasangan ditahan atas kesalahan berkhalwat dan enam pasangan lagi kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam di tepi pantai.

Penolong Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Ibrahim Md Jaki berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, pelajar wanita itu ditemui bersama pasangannya berusia 20-an di dalam bilik hotel di Prai.

Ketika ditahan kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan kepada pegawai penguat kuasa agama.

Beliau berkata, ketika disoal siasat, dia memberi alasan tiada tempat penginapan kerana takut tinggal seorang di rumah disebabkan ibu bapa pulang ke kampung menghadiri majlis perkahwinan saudaranya sebelum keluar bertemu teman lelakinya pada jam 9 malam.

Katanya, pada awalnya mereka sekadar keluar untuk menikmati makan malam tetapi atas alasan lewat dan takut, mereka memberi alasan menginap dan tidur di hotel sebelum pulang semula ke Kulim, Kedah pada keesokannya.

“Begitu juga satu lagi tangkapan membabitkan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berusia 20-an apabila turut ditahan atas kesalahan sama apabila sanggup tidak pulang ke Sungai Petani, Kedah semata-mata untuk bertemu kekasih yang datang dari Perak,” katanya.

“Jarak perjalanan dari Prai ke Sungai Petani hanya mengambil masa kira-kira sejam, namun atas dasar rindu mereka mengambil keputusan menginap di hotel untuk bermadu kasih sebelum ditahan,” katanya ketika ditemui dalam operasi ‘Ops Sayang’ di sini, semalam.

Janda Sembunyi 20 Botol Dadah dalam Coli
Ahad, Jun 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(GambarHiasan)

KUALA TERENGGANU - Dua wanita yang berstatus janda menyembunyikan 20 botol dadah di dalam coli ketika polis membuat serbuan di hadapan tandas awam stesen bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, dadah seberat 83 gram bernilai RM28,000 itu dijumpai pada salah seorang daripada wanita itu pada serbuan Khamis lalu, kira-kira jam 6 pagi.

"Kita percaya wanita itu yang juga pengedar dadah berada di situ untuk menunggu pembeli," katanya ketika ditemui di pejabat narkotik IPK di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada wanita itu berumur 43 tahun mempunyai empat orang anak dan cucu, beralamat di Rantau Panjang, Kelantan manakala seorang lagi berumur 30 tahun beranak satu dari Kuala Lumpur.

Roslan berkata, wang RM106 dan mata wang Thailand 1,410 bath turut dirampas daripada wanita itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita yang juga rakan baik itu juga menagih dadah jenis pil WY dan mereka direman Mahkamah Majistret Terengganu sehingga Rabu ini untuk siasatan lanjut.

-SinarHarian
Saiful Apek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
Khamis, Jun 17, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Apek...
Kalau betul la lu hisap ganja tu, berhentilah...Udah-udah la tu...Ingat la kat anak bini lu....Janganlah kerana lu duk rindu dengan nikmat "khayal" lu tu, karier lu hancur.... Lu pikir-pikir la... Ni pesanan ikhlas dari Tok...

[MS] PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi mStar Online berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

“Pihak polis akan membuat keputusan selepas siasatan selesai sama ada mahu mendakwa mereka atau tidak," katanya.

Semalam, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga hari ini.

Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan.

Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah.

Pada 12 Jun lalu, Saiful dan lima rakannya yang lain ditahan polis dalam satu serbuan di apartmennya di Jalan PJS7 Subang Jaya dekat sini kira-kira pukul 10 malam ketika sedang menyaksikan perlawanan bolasepak Piala Dunia di antara Argentina dan Nigeria.

Apek terkenal dengan lakonannya dalam filem seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).

Dia juga seringkali muncul bersama kumpulan lawak Senario dalam siri komedi Senario di TV3.

Janda Tidak Serik Walaupun Sudah 3 kali Ditangkap Khalwat!
Rabu, Jun 16, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Apabila nafsu serakah sudah menguasai diri, maka beginilah jadinya..Bila iman sudah tiada, maka "body" diberikan kepada sesiapa sahaja yang sudi.....

Ingatlah akan azab Allah......

[SH] KUANTAN – Biarpun sebelum ini sudah tiga kali ditahan kerana berkhalwat, seorang janda berusia 30-an, seolah-olah tidak serik melakukan perbuatan terkutuk itu apabila dia ditahan buat kali keempat dalam serbuan yang dijalankan Pegawai Penguat Kuasa, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Lorong Bukit Setongkol Perdana 38, baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pasangannya yang berstatus suami orang sedang tidur bersama anak perempuannya dalam bilik, kononnya mahu mengaburi mata Pegawai Penguat Kuasa Jaip.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaip, Badaruddin Ahmad Bustami berkata, wanita berkenaan memberi alasan pasangannya itu datang ke rumah sekadar menemaninya dan bukan untuk melakukan hubungan seks.

“Kami menerima aduan teman serumahnya sendiri yang baru menyedari kehadiran lelaki berkenaan. Menurut saksi, dia memang sedia maklum rakannya itu berkawan dengan lelaki berkenaan, tetapi tidak menyangka dia bertindak sebegitu nekad.

“Curiga dengan tindakan rakannya itu, saksi berkenaan menghubungi Jaip bagi melakukan serbuan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Kerana Cemburu Janda Kahwin Lain, Suami Baru Dibelasah
Selasa, Jun 15, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Beginilah perangai manusia. Kalau syaitan sudah menguasai diri. Semua perkara boleh terjadi. Terimalah hakikat jika jodoh tidak berpanjangan. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan itu. Janganlah kerana cemburu dan dendam, orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.

[HMETRO] KUALA TERENGGANU: Hanya kerana cemburu apabila bekas isteri berkahwin semula dengan lelaki yang jauh lebih tua daripada dirinya, seorang lelaki bukan saja membawa bersama abang, malah kira-kira 17 lagi lelaki lain untuk membelasah suami baru wanita itu.

Pasangan berkenaan diserang ketika sedang berehat di kawasan Pantai Kemasik dekat Kemaman, menyebabkan suami baru wanita terbabit cedera dibahu serta dada dan dua anggota polis yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Superintendan K Manoharan berkata, serangan dipercayai bermotifkan cemburu dan siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca akibat perasaan tidak puas hati seorang lelaki berusia 40 tahun apabila jandanya berusia 30 tahun itu berkahwin dengan lelaki berusia 49 tahun.

“Itu saja yang dapat saya katakan kerana kami tidak tahu bila wanita itu bercerai dengan bekas suaminya dan bila pula dia berkahwin, namun yang pasti dia sudah bercerai sebelum berkahwin kali kedua,” katanya.

Beliau berkata, serangan berkenaan bukan hanya menyebabkan suami wanita terbabit cedera, malah dua anggota polis turut menerima nasib sama akibat dilibas dengan kayu ketika meleraikan pergaduhan kumpulan itu.

Kejadian dipercayai bermula ketika kedua-dua anggota dari Balai Polis Air Jernih, Kemaman itu terserempak dengan sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu membuat kecoh dan mereka cuba meleraikannya selepas memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Anggota polis terbabit berhenti rehat di gerai dekat pantai Kemasik selepas selesai menjalankan rondaan dan terserempak dengan kumpulan itu sebelum cuba campur tangan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik menghampiri dan memperkenalkan diri, seorang daripada anggota berkenaan dipukul di kaki manakala seorang lagi di lengan.
Manoharan berkata, kumpulan berkenaan kemudian melarikan diri sebelum kedua-dua anggota polis dan pasangan itu membuat laporan di Balai Polis Air Jernih.

“Kedua-dua mereka dihantar ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar kerana luka dan lebam manakala suami wanita yang diserang itu turut mengalami kecederaan di bahu dan dada.

“Kami sudah mencari dua beradik berkenaan di kediaman masing-masing sekitar Kemaman bagi membantu siasatan, namun mereka gagal dikesan setakat ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit menghubungi pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Cinta Gelap Terbongkar Apabila Dicekup Pihak Berkuasa!!
Isnin, Jun 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Benarlah pepatah orang Melayu, "Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua...".

Bila nafsu syahwat tidak disalurkan ke arah yang diredai Allah, maka begitulah jadinya....

[HMETRO] JASIN: Sepasang kekasih layak digelar pasangan durjana apabila menjalin hubungan ‘cinta gelap’ walaupun masing-masing sudah bergelar sebagai isteri dan suami orang. Mereka juga masih menjalinkan hubungan cinta walaupun menyedari diri masing-masing mempunyai batasan dan tanggungjawab, namun kerana tuntutan nafsu, mereka tewas untuk melaksanakannya.

Namun, hubungan cinta terlarang yang dibina pasangan membabitkan wanita berusia 21 tahun serta lelaki berusia 27 tahun itu terbongkar apabila mereka dicekup imam tempatan di daerah ini, awal pagi semalam.

Lebih mengharukan, pasangan terbabit ditahan di rumah lelaki berkenaan dan difahamkan ketika itu ibunya turut berada di rumah berkenaan.

Pasangan terbabit kemudian diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat yang diterima, imam terbabit membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 5 pagi sebelum menemui pasangan itu dalam keadaan berkurung.

“Soal siasat dilakukan terhadap pasangan terbabit mendapati kedua-dua mereka bukan mahram. Lebih memeranjatkan mereka pula berstatus isteri dan suami orang lalu ditahan untuk diserahkan kepada kami sebelum siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Rahimin berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak membawa masuk wanita berkenaan ke rumahnya selepas isterinya pulang ke kampung.

Katanya, peluang berikutan ketiadaan isterinya itu diambil lelaki berkenaan bagi melakukan perbuatan terlarang di rumahnya.

“Mereka dikatakan masuk ke rumah itu sejak tengah malam dan terus berkurung sebelum dicekup imam berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, maklumat diperoleh juga menyatakan pasangan terbabit sering berada di rumah berkenaan.

Polis dijadual menyoal-siasat tiga selebriti terbabit, penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Ariel, penyampai berita, Luna Maya dan aktres Cut Tari atas tuduhan melanggar undang-undang anti-pornografi.

Klip video itu menunjukkan Nazril melakukan hubungan seks dengan Luna yang juga teman wanitanya dan bekas teman wanitanya, Cut.

Ketua Polis, Ito Sumardi berkata, mereka bakal disoal bagaimana video itu muncul di Internet.

“Kami akan dapatkan kepastian bagaimana video itu menjadi tontonan umum,” katanya.

Luna adalah duta Program Bantuan Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), duta sabun keluaran Unilever.

Cut pula menjadi duta penghawa dingin keluaran Sharp.

Jurucakap Unilever berkata, iklan sabun itu dibekukan pada minggu ini tapi menafikan keputusan itu dibuat akibat penyebaran video seks itu.

Jika bersalah mereka boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.

Pemimpin Indonesia menegaskan, insiden seperti ini perlu dijadikan alasan kawalan lebih ketat dilaksana terhadap Internet di negara yang didiami 240 juta penduduk itu.

“Hukuman lebih berat perlu dilaksanakan terhadap mereka yang bersalah,” kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Tifatul Sembiring di laman Twitternya.

Skandal itu menjadi antara topik paling hangat dibincangkan di laman Twitter bertajuk Peterporn, mengambil nama sempena kumpulannya.

Beberapa laman menyokong Nazril turut muncul di laman Facebook. - AFP

-metro

Video lucah mirip artis Luna Maya dan Ariel Peter Pan yang tersebar luas di Internet menimbulkan perbincangan hebat dalam kalangan peminat laman Twitter, Facebook dan blog .

Walaupun Luna menafikan wanita yang beraksi di dalam video itu adalah dirinya, pelbagai pihak masih sangsi dengan kenyataan yang diberi oleh Luna kerana wanita di dalam video jelas mirip dengannya dari segenap sudut seperti wajah, rambut dan juga kulit.

Walau bagaimanapun hanya tatu di pinggul kiri wanita dalam gambar itu yang dapat menjawab siapakah wanita itu sebenarnya.

Luna juga berkata kepada rakan-rakannya bahawa dia tidak mempunyai tatu tetapi ditolak oleh beberapa pihak dan mencabar dia menunjukkan pinggulnya sebagai bukti dia bukan wanita di dalam video panas itu.

Video selama enam minit dan 49 saat itu memperlihatkan seorang lelaki mirip wajah Ariel Peter (vokalis Pan) sedang melakukan hubungan intim dan wajah wanita itu pula jelas menunjukkan wajah seperti Luna Maya.

Walaupun mendapat cemuhan dari beberapa pihak yang masih mempercayai video itu adalah miliknya, ia tidak menghalang peminat tegar Luna dan Ariel memberi semangat kepada mereka.

Malah, dalam kalangan selebriti juga memberi sokongan kepadanya dengan menghantar kata semangat di Twitter Luna, antaranya Tantri ‘Kotak’, Shanti, Titi Kamal, Aming, Meisye Siregar, Widi dan ramai lagi.

-SinarHarian
Berbogel Untuk Keamanan?
Khamis, Mei 20, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar: Seorang wanita yang berbogel duduk di atas bumbung sebuah teksi di Westminster Square, London kelmarin.

Apabila sudah tidak ada maruah diri, macam nilah jadinya. Kalau ada kat Malaysia ni, kita pakat ramai-ramai bawa lastik burung. Ada berani?

[KOSMO] LONDON - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an duduk berbogel di bumbung sebuah teksi di sini kelmarin sambil melakukan aksi senaman yoga bagi membantah peperangan di Afghanistan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut turut berdiri dan menjerit meminta askar-askar asing keluar dari Afghanistan.

Anggota-anggota polis kemudian menutup tubuh wanita itu dengan kain dan menahannya buat seketika.

Namun aksi wanita itu di Westminster Square telah menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga ada pelancong yang merakamkan gambarnya. - Agensi

-kosmo

ASAM JAWA KEPALA BIAWAK....PERH...
Rabu, Februari 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

SUMBER di sini.
TUJUH TAHUN DIDERA ISTERI DAN ANAK.....
Rabu, Februari 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Foto: Inilah kesan kecederaan dialami Sham selepas mendakwa menjadi mangsa dera isteri dan dua anaknya di Selayang Rabu lalu)

TOK KIYAI: Aduhai dunia sekarang....Dah nak kiamat dah....Si Mamat ni jantan ke apa? Sampai isteri boleh pijak kepala...Mana maruah sebagai suami? Mana maruah seorang isteri? Islam mengajar kita bahawa suami itu ketua untuk membimbing keluarga. Kalau isteri melakukan kesilapan, hendaklah dinasihat dengan cara yang baik, tapi kalau dah isteri pulak boleh memukul dan mendera suami, mana peranan si suami?
.
[KOSMO] MELAKA - Jika kisah isteri didera suami ia perkara biasa. Namun jika suami mendakwa dia menjadi mangsa dera isteri ia agak pelik.

Begitulah dakwaan seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Sham, 47, dari Selayang, Selangor yang memberitahu dia telah tujuh tahun menanggung nasib malang didera isteri berusia 43 tahun.

Bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 juga didakwa turut mengikut perangai ibu mereka apabila bersubahat memukulnya jika si isteri naik angin.

Sham yang bekerja di sini hanya pulang sekali seminggu ke rumahnya di Selayang dan mendakwa setiap kali pulang ke pangkuan isterinya itu dia akan menjadi mangsa dera.

"Saya bekerja di Melaka dan hanya pulang pada hujung minggu manakala isteri tinggal bersama anak-anak di Selayang," cerita Sham ketika ditemui di Merlimau di sini semalam.

SUMBER di sini.
AL-FATIHAH: ASRI RABBANI DIJEMPUT ILAHI
Khamis, Ogos 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai