Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[VIDEO] Lihatlah Sendiri, Kereta Polis Rempuh Orang Awam

Label:

[FOTO] Cedera Parah: Seorang Dilanggar Kereta Polis, Seorang lagi Terkena Botol Gas Pemedih Mata

Label:

Haji Habizal (kiri) dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL

[Harakahdaily] 28 Apr 2012 KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.  Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis. Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL. Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu. Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL. Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL. Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya.

[VIDEO] Peserta BERSIH 3.0 Terbalikkan Kereta Polis Selepas Polis Melanggar Peserta hingga Cedera Parah

Label:

Kejadian berlaku di hadapan kompleks membeli belah sogo

[VIDEO/FOTO] BERSIH 3.0: Pukul 1 pagi, Dataran Merdeka sudah dipenuhi peserta demo

Label:

[VIDEO] BERSIH 3.0: Pesanan Anwar Ibrahim

Label:

Aziz Desa masuk ICU

Label:

Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan di ICU Hospital Pakar Perdana

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.
Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.

“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.

“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut.

“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.

Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.

“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.

Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

Gadis Ini Sudah Dua Minggu Hilang...

Label:

Mohon Bantuan Sahabat2 yg ternampak Adik sahabat CMK ni, Nama SYARIFAH NOOR AZMIERA SYED DAUD dari Temerloh yg kini sudah hampir dua minggu hilang. Laporan polis dan bantuan pihak berkaitan sudah diperolehi namun beliau masih gagal dijumpai. So, mana2 pihak yg terjumpa atau nampak kelibat beliau bolehlah hubungi kakaknya IDA (017-9736930) atau hubungi CMK 012-3854400. Mohon sebarkan... -CMK

[TERKINI] Berita 'BAIK' dari Polis untuk Peserta BERSIH 3.0 Esok

Label:

Adakah polis cun ini akan menyambut anda di Dataran esok?

Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi. 

Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.

Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut.

Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.

Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.

Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.

Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif. 

P/s: Tak mengapa...Kita pergi bukan nak buat jenayah...Kita hanya DUDUK dan BANTAH sahaja. 

Jalan ke Dataran Merdeka Dibuka Seperti Biasa Esok

Label:

Saya petik:
[mStar] KUALA LUMPUR: Tidak ada jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutup, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Jumaat.

"Walaupun kita menasihati orang ramai untuk tidak untuk berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia ditutup, mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan," katanya, sambil menambah bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusan yang tidak untuk membenarkan Bersih 3.0 yang dicadangkan Sabtu ini mengadakan perhimpunan di sana.

DBKL juga akan cuba sedaya upaya untuk tidak menutup mana-mana jalan menuju ke Dataran Merdeka pada hari Sabtu, katanya pada sidang akhbar di sini.

"Kami akan memaklumkan kepada pengguna jalan raya jika ada jalan ditutup, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang awam," katanya.

"Nasihat kami ialah tidak berarak di jalan-jalan utama tetapi menggunakan kaki lima."

Sebelum ini dilaporkan bahawa DBKL akan menutup Dataran Merdeka dan jalan-jalan menuju ke situ bermula Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 6 pagi Ahad.

Rakyat Johor ini sudah 38 Tahun Tidak Merasai Air Bersih di bawah umno!!

Label:

Sekadar hiasan

Saya petik:
[HM] SIMPANG RENGGAM: Atap bocor dan berlantaikan tanah liat, namun bagi dua beranak, Zainab Yusuf, 92, dan Mohd Razali Md Zain, 52, pondok usang umpama reban ayam itu adalah kediaman terbaik untuk mereka berteduh sejak lebih 30 tahun lalu.

Lebih malang, dua beranak itu tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih berikutan permohonan mereka mendapatkan geran tanah didakwa ditolak sedangkan keluarga berkenaan antara peneroka pertama Kampung Pisang, Ulu Benut, Simpang Renggam di sini.

Razali berkata, sejak tinggal di kampung itu 38 tahun lalu, mereka tidak pernah menikmati bekalan elektrik dan air bersih.

“Setiap kali membuat permohonan geran tanah, kami bukan saja tidak dilayan, malah permohonan itu ditolak mentah-mentah.

“Ia tidak masuk akal kerana ibu dan bapa saya antara kumpulan pertama meneroka kawasan perkampungan ini dan lebih menghairankan, jiran di kawasan berhampiran mendapat geran tanah disusuli kemudahan elektrik serta bekalan air,” katanya.

Menurut Razali, keluarganya hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zainab sebanyak RM300 sebulan.

Razali pula memaklumkan dia hanya menguruskan kebun kecil di belakang rumah dan tidak boleh bergerak jauh kerana tiada orang menguruskan Zainab.

“Ibu yang uzur hanya boleh bergerak dengan bantuan tongkat dan setiap hari hanya makan cucur tepung dan mi segera.

“Saya pernah maklumkan masalah dihadapi ini kepada pihak berkuasa namun kami tidak pernah dibantu malah ada sekali, pihak berkuasa datang bersama polis seolah-olah kami melakukan kesalahan besar.

“Saya harap ada pihak tampil memberikan bantuan dan bukannya menunggu majlis tertentu untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Zainab berkata, tiada pihak sudi datang menghulurkan bantuan kepada mereka dua beranak dan dia melakukan sendiri kerja rumah mengikut kemampuannya.
P/s: Duk sembang pasal air Kelantan kotor tapi di Johor lagi teruk....Sudah 38 tahun tidak merasai air bersih Kerajaan...Ptui...

DBKL, polis ‘kepung’ Dataran Merdeka, mahasiswa berhujan pagi Tadi

Label:

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dengan dibantu polis ‘mengepung’ Dataran Merdeka dengan menutup semua laluan masuk mulai jam 3.30 pagi ini.

Menggunakan beberapa trak, penguatkuasa DBKL mengosongkan dataran itu dan meletak penghalang (barricade) serta menghalau semua yang berada di lokasi perkhemahan.

“Kami berhujan di dataran sekarang, DBKL mula mengusir kami beredar,” tulis Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang di twitter sekitar jam 4 pagi ini.

Selain itu, kenderaan yang diletak di kawasan berhampiran juga diarah meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, mahasiswa dan orang ramai yang kemudian berkumpul di tengah jalan utama berdepan dataran itu, tidak berganjak biarpun hujan lebat.

Polis Akan Bertindak Jika BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka

Label:

BERSIH 2.0

Saya petik:
[MK] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain... jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," katanya.

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang mungkin dilakukan polis sekiranya perhimpunan itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".

Katanya polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu.

Dalam perkembangan lain, menteri itu berkata dakwaan kononnya organ tiga penjenayah warga Indonesia yang ditembak mati di negara ini telah dijual selepas menjalani bedah siasat adalah tidak benar.

Beliau berkata bagaimanapun polis sedang menyiasat perkara itu dan menurutnya difahamkan delegasi dari Indonesia telah bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

"Jadi biar polis memberikan butiran lanjut dan diharapkan selepas itu juga delegasi tersebut akan menerangkan perkara yang sebenar," katanya.

Ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan parang itu ditembak mati ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mac lepas.

Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas penjenayah cuba menyerang anggota polis apabila menyedari kehadiran polis. Hasil pemeriksaan, polis menemui tiga
bilah parang panjang, pemutar skru, pemotong pagar, sarung tangan dan topeng muka pada penjenayah berkenaan.

- Bernama

Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma

Label:

Saya petik:

[SH] KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.

Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.

“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.

“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.

Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

Sentiasa ketakutan

ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.

Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.

“Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan,” jelas Rohani.

Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.

Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.

Hilang mata pencarian

DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.

“Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.

“Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah,” katanya.

Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.

*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300.

Warga Kemboja Dapat IC Segera. Semuanya Kerja YB umno...

Label:

Klik pada imej untuk baca

P/s: Inilah petualang negara...

[VIDEO] Rupa-rupanya Pengerusi & Timbalan SPR Adalah Ahli umno...

Label:

P/s: Patutlah berat sebelah...

[PANAS] CCTV: Geng 'Tiga Line' rompak kedai kereta

Label:

Malaysiakini

Memang berani!! Perompak yang didakwa dari geng penjenayah 'Tiga Line' menggeledah dan merompak peniaga kereta di Klang pada siang hari pada awal bulan ini, menyebabkan kerugian ratusan ribu. CCTV dah ada, muka penjenayah pun sudah kelihatan, apa lagi tunggu? Semoga PDRM bertindak dengan cekap...

P/s: Selamatkah rakyat Malaysia?

"...Saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri" - Zahida Rafik

Label:

Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

P/s: Kah kah kah...

Pemimpin Umno dan Artis Sudah Berkahwin di Siam?

Label:

Kelmarin semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia.

"Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam.  Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngeng wajahnya.

Semasa di sekolah dia seorang yang smart. Berpakian kemas dan di bawah kolor bajunya terselit tuala kecil untuk mengalas peluh agar tidak terkena kolar. Dia seorang yang kemas dan bersih. Basikalnya juga bersih, kedua rim depan belakang bersinar banar - berkilau.

Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya di situ. Dia datang menenami bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah yang datang untuk mendengar keputusan berhubung samannya terhadap Umno. Bekas Setiausaha itu, Amran menyaman untuk mendapat keadilan atas apa yang berlaku ke atasnya yang dianggap satu ketidakadlilan dan penganiayaan.

Kawan saya itu turun bersama beberapa yang lain untuk menyokong Amran.

Selepas berbual dan suai kenal kembali topik bertukar kepada beberapa hal lain. Sudah pastilah topik yang tidak akan dilepaskan ialah berbual fasal politik. Kawan saya ini tahu akan kecenderongan dan minat saya. Semasa di sekolah dulu saya tidak tahu aliran politiknya, walaupun dia sudah tahu dan kenal aliran politik saya. Saya sejak sekolah lagi sudah gila bercakap dan bermain politik. Sapu tangan saya juga kawan saya ini kenal apa warnanya.

Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.

Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.

Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.

Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.

Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya.

"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.

"Bila mereka kahwin?" soal saya.

"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.

"Zubir tu orang mana," tanya saya.

"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula.  [wm.kl.7:33 pm 25/04/12]

Sumber: MSO

P/s:  Menteri dan artis yang mana satu pulak ni?

Nik Aziz: 'Helo menteri Pusat, jemput ke pejabat saya jika lawat Kelantan'

Label:

Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau kecuali dua anggota Kabinet.

Nik Aziz berkata, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalan pusat mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.

“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.

“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.

“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,” kata beliau dipetik Harakah Daily semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Nik Aziz mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.

Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihan raya semakin hampir, beliau berkata, terpulanglah kerana pilihan raya atau sebaliknya, sebab Pas sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.

“Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir Pas apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,” ujarnya.

Tambah Nik Aziz, perjuangan Pas menarik manusia kembali pada ajaran ALLAH yang sebenar.

Mursyidul Am Pas ini berkata, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.

Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Nik Aziz berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.

Oleh itu jelas beliau, Pas telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.
P/s: Orang sebut 'kurang ajar' jika masuk rumah orang tanpa memberi salam dan meminta izin...

'Zahid, rakyat akan biaya anda ke Paris'

Label:

Saya petik:
[MK] Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.

NONE"Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada."

Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200).

Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.

[PANAS] Skandal Menteri Beri RM1.5J Pada Artis: Saksi Bakal Tampil Buat Pendedahan...

Label:

Saya petik:
[MS] SHAH ALAM 25 APRIL: Saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

MP Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Katanya, beliau juga bersedia dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu yang terlibat.

Zuraida turut menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan terbabit.

“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

PAS Rantau Panjang adakan Mesyuarat pada Hari BERSIH 3.0? Tidak Peka atau Pekak?

Label:

 Notis Mesyuarat Agung Pas Kawasan Rantau Panjang

Dalam orang ghairah bercakap soal himpunan Bersih: Duduk dan Bantah untuk membersih sistem pilihan raya bagi menjamin proses pemilihan kepimpinan negara telus dan berwibawa tetapi masih ada juga orang yang kurang peka terhadap tanggungjawab dan ikhtiar berkenaan. Kalau mereka dari golongan UBN tidak pelik kerana puak-puak UBN akan mempertahankan dengan apa juga sistem pilihan raya yang ada hari ini khasnya daftar mengundi, kerana ia menguntungkan mereka.

Sedihnya ia juga berlaku di sebelah parti Pakatan Rakyat. Tindakan ini kalau pun tidak boleh dikatakan tidak mahu memberi kerjasama atau sebotaj Bersih 3.0, ia boleh dianggap orang yang berbuat demikian bukan saja tidak peka dalam politik sebaliknya 'pekak badak' dalam soal-soal strategi dan juga usaha untuk mengembalikan hak rakyat.

Misalnya apa yang berlaku kepada Pas Rantau Panjang dibawah pimpinan Abdul Fatoh Haron sesuatu yang tidak mahu akal dan menyedihkan apabila beliau mengarahkan supaya mesyuarat agung Pas kawasan itu diadakan pada 28 April 2012 hari di mana berlangsungnya Bersih di Kuala Lumpur.

Kenapa Fatah memilih tarikh yang sama dan tidak menunda atau mempercepatkan mesyuarat Pas kawasan itu. Tindakan atau sikap begini menyebabkan orang mempersoalkan sejauh manakah kecerdikan dan keikhlasan Fatah dalam berpolitik. Kenapa saya kata begitu, kalau beliau cerdik dan mempunyai komitmen tinggi kepada perjuangan beliau tidak akan tergamak untuk memilih tarikh berkenaan.
Apakah signifikennya tarikh itu untuk Fatah. Atau beliau mengira apabila mesyuarat diadakan pada tarikh itu ramai perwakilan peringkat cawanagn dan termasuk pemimpin tidak hadir maka mudah untuk beliau menguruskan mesyuarat. Sebelum ini kedengaran berlaku kepincangan dalam pengurus Pas Rantau Panjang, termasuk membentangkan penyata kewangan yang meragukan.

Dalam mesyuarat tahun lalu kecoh apabila sejumlah wang yang didermakan kepada Pas Rantau Panjang menerusi ahli Parlimen Siti Zailah Yusuf tidak dicatat dalam penyataan kewangan periode itu atas alasan bendahari terlupa. Macam mana boleh terlupa kerana jumlahnya bukan sepuluh dua tetapi puluh ribu?

Ada janji untuk memperbetukan penyata itu dan ia sudah tentu akan dibentangkan pada mesyuarat kali ini. Apakah tektik Fatah agar pernyata yang dikatakan hendak diperbetulkan itu akan diluluskan dengan mudah apabila ada mesyuarat bakal diadakan itu tidak dihadiri semua perwakilan kerana terlibat dengan Bersih?

Sekiranya mesyuarat yang akan dirasmikan oleh bendahari agung Pas, Abdul Halim Abdul Rahman (rakan Fatah dalam geng tiga Abdul) diteruskan juga maka jelas Pas Rantau Panjang tidak mengendahkan arahan Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membuat pernyataan hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Sepatutnya perkiara ini tidak berlaku kerana Pas Pusat katanya telah memaklumkan mengenai Bersih dan meminta semua pemimpin dan ahlinya datang menyertai himpunan berkenaan.

Sebaiknya Fatah menangguhkan mesyuarat Pas Rantau Panjang itu ke tarikh lain dan mengerahkan anak buahnya agar datang ke Bersih. Dalam konteks hari ini perjuangan untuk menawan Putrajaya lebih penting daripada apa-apa usaha dan strategi untuk mengekalkan seseorang di kerusi Dun atau memimpin parti.  Sekiranya takdir menghendakkan Fatah perlu keluar Pas bagi menjamin Putrajaya baru boleh ditawan, Fatah perlu berbuat membuat kurban demikian, keluar.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya kira-kira 100 ahli Pas di Dewan Undangan Negeri Gual Periok (kampung saya) sedang menimbang untuk menyertai Umno. Mereka dikatakan kecewa dengan sikap dan kepimpinan Fatah sebagai ketua kawasan. Fatah dikatakan tidak pedulikan kepada masalah mereka sementara Adun Gual Periok Ahmad Awang pula tidak berkeupayaan untuk menyejukkan hati mereka itu agar membatalkan hasrat menyertai Umno.

Ahli Pas itu katakan akan menyerah borang ke masukan dalam Umno kepada Mustapa Mohamed dalam tempoh terdekat. [wm.kl.11:41 am 25/04/12]
-MSO 

P/s: Jika tidak mahu hadir pun, biarlah diadakan sebelum ada selepas BERSIH 3.0... 

Mak nyah lari kerana dipaksa kahwin

Label:

Saya petik:
[SH] KULIM - Seorang mak nyah warga Filipina sanggup lari ke Malaysia gara-gara pernah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun, namun menyerah diri ke Balai Polis Kulim kira-kira jam 7.20 petang semalam, setelah menyedari kedatangannya ke negara ini tanpa dokumen sah.

Menurutnya, yang hanya mahu dikenali dengan nama Telani, 26, sebelum ini dia memasuki Malaysia menggunakan jalan laut untuk cuba mengubah nasib dengan bekerja di negara ini.

“Bagaimanapun, setelah enam bulan berada di negara ini, saya takut kerana pihak polis dan Jabatan Imigresen sering membuat serbuan.

“Atas nasihat rakan, akhirnya saya menyerahkan diri ke balai polis dan berharap dapat dihantar balik ke negara asal,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pendandan rambut di sebuah salon di pekan kecil di Filipina.

Telani berkata, untuk masuk ke negara ini secara sah dia harus mempunyai modal sekurangnya RM10,000, namun dengan pendapatan yang tidak seberapa memaksanya mengupah tekong bot nelayan untuk masuk ke Malaysia.

“Di negara ini, saya cuba bekerja mengikut kemahiran yang saya ada, tetapi tiada majikan yang mahu mengajikan saya kerana tiada permit sah.

“Justeru, saya minta nasihat rakan senegara yang saya temui. Mereka kata hanya industri pembinaan saja yang mengambil pekerja asing seperti saya,” katanya.

Katanya, dalam keadaannya dirinya seperti itu tidak sesuai untuk bekerja sebagai buruh binaan dan dalam masa sama dia berkenalan dengan seorang warga tempatan.

“Dia memperkenalkan saya sebuah pusat hiburan yang mengambil pekerja asing sebagai pelayan di Pulau Pinang.

“Hari pertama saya berjumpa pengurus pusat hiburan itu, tempat berkenaan telah diserbu pihak berkuasa. Saya takut dan berjaya melarikan diri,” katanya.

Telani berkata, apabila sampai ke daerah ini, dia dapati tidak banyak pusat hiburan dan wang simpanannya juga semakin berkurangan.

“Daripada terus jadi pelarian, lebih baik saya serahkan diri dan balik ke Filipina,” katanya.
P/s: Macam-macam...

Isu 'Skandal' Tidak Menghalang Menteri ini Berkhidmat untuk Rakyat

Label:

SHAFIE menunggang motosikal bersama para belia di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh semalam.

Saya petik:
[kosmo] TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan segala bentuk fitnah yang dilemparkan terhadapnya tidak akan menghalang beliau daripada terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Menurut beliau, laporan yang mengaitkan beliau membayar wang sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis iaitu Zahida Mohamed Rafik adalah semata-mata bermotifkan politik.

Malah, beliau percaya fitnah seperti itu akan terus direka oleh pihak-pihak berkenaan.

"Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik, namun, mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab," katanya.

[VIDEO] Chegubard: Kiraan Mudah Pakatan Rakyat Kuasai Putrajaya Pada PRU13

Label:

Bekas Imam dipenjara kerana Merogol

Saya petik:
[Bernama] JOHOR BAHRU - "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian.

"Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.

Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira 3 petang, 21 Feb 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud.

[VIDEO] Hujah Menarik dari Chegubard

Label:

Qazaf: Jamil Khir Fail Notis Ketepi Permohonan Semakan Anwar. Adakah Guna Duit Zakat lagi?

Label:

Saya petik:
[Bernama] KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi pada Selasa memfailkan permohonan bagi mengetepikan permohonan semakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan dalam prosiding rayuan pertuduhan qazaf melibatkan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jamil Khir, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, memfailkan permohonan itu melalui peguam Roslizam Rahim dan Abdul Halim Bahari dari Tetuan Nailah Ramli & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah.

Ketiga-tiga mereka selaku pemohon menamakan Anwar sebagai responden dalam permohonan itu.

Mereka memfailkan permohonan bagi mengetepikan permohonan semakan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah, yang menolak permohonan peguam yang mewakili Anwar, Kamar Ainiah Kamaruzaman supaya Jamil Khir dan dua lagi memfailkan permohonan kebenaran bagi mengetepikan notis rayuan yang difailkan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak pertuduhan qazaf oleh Anwar.

Pada 30 Januari lepas, panel tiga anggota mahkamah itu iaitu Hakim Datuk Zohdi Toha, Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Hasan menolak permohonan Kamar Ainiah dengan alasan mereka (Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat) tidak perlu membuat permohonan berkenaan kerana ia tidak relevan dan sia-sia.

Jamil Khir, Shamsuddin dan Che Mat dalam permohonan mereka berkata permohonan semakan Anwar itu bertentangan dengan hukum syarak dan tiada sebarang peruntukan undang-undang mahkamah untuk menyemak semula keputusan seperti yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Mereka turut mendakwa permohonan semakan itu telah menghakis kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang telah memperkenankan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi dengan kuasa-kuasa khusus sebagaimana termaktub di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993.

Selain itu, mereka mendakwa bahawa tiada mahkamah yang layak mendengar dan memutuskan permohonan semakan itu sehinggalah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 dipinda dengan mewajudkan satu lapisan mahkamah baru yang lebih tinggi daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

Sementara itu, seorang lagi peguam yang mewakili Anwar, Dorina Abdullah ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan afidavit jawapan berhubung kes itu pada 24 Mei ini.  

P/s: Harap-harap tak guna duit zakat...

PKR Bongkar 4 Lagi Hartanah Milik NFC

Label:

Saya petik:
[MS] SHAH ALAM 24 APRIL : PKR berjaya membongkar satu lagi aset Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang didakwa menggunakan dana rakyat untuk membeli dua unit hartanah di Mont Kiara.

Berdasarkan carian rasmi dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata dua premis utama itu ialah pejabat di alamat L-3A, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara dan restoran mewah Meatworks di alamat 2G 3A, Jalan Solaris 5, Solaris Month Kiara.

Difahamkan, empat unit ruang pejabat yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutu di Tingkat 3A, Jalan Solaris dimiliki bersama oleh Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anaknya Wan Izanur Izran.

Manakala salah satu unit iaitu Unit L-3A-3A berjaya dipadankan dengan carian harta di JPPH atas nama Mohamad Salleh yang dibeli pada harga RM814,550.

Jelasnya, semakan pembayaran dari rekod kewangan NFC menunjukkan bahawa setiap bulan NFC akan membuat dua pembayaran sewa pejabat itu sebanyak RM28,000 kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 kepada Mohamad Salleh.

Tambah Rafizi, hal ini menimbulkan beberapa kesimpulan dan persoalan besar.

Antaranya dua orang pengarah NFC itu menyalahgunakan wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman bank bagi hartanah yang kemudiannya disewakan kembali kepada syarikat.

Bayaran sewa yang dikutip oleh Mohamad Salleh iaitu RM8,240 sebulan bagi ruang pejabat bernilai RM814,550 adalah terlalu tinggi.

“Jika pembelian ini dibiayai dengan pinjaman selama 25 tahun pada kadar faedah semasa, bayaran bulanan dianggarkan sekitar RM4,800 sebulan. Ini bermakna Dato’ Seri Salleh Ismail membuat keuntungan 72% setiap bulan iaitu kadar keuntungan yang terlalu tinggi dari wang rakyat.

“Jika ini keadaannya dengan unit L-3A-3A yang dimiliki oleh Mohamad Salleh, sudah tentu kadar keuntungan serupa juga dibayar oleh NFC kepada Wan Shahinur Izran bagi ruang-ruang pejabat lain yang dimiliki beliau,” katanya.
Jelas Rafizi kaedah membeli hartanah atas milikan peribadi dan dibiayai oleh bayaran sewa oleh NFC dan syarikat bersekutu turut digunapakai dalam hartanah-hartanah lain.

“Carian rasmi di JPPH menunjukkan beliau mempunyai dua ruang kedai iaitu unit 2 dan 3. Unit 2 berharga RM8.4 juta sementara unit 2 berharga RM5.7 juta.

“Ruang ini disewakan kepada NFC yang membayar sewa bulanan kepada Wan Shahinur Izran menggunakan dana RM250 juta yang dibiayai oleh rakyat.

“Adakah urusniaga pembelian hartanah atas nama peribadi tetapi dibayar menggunakan kutipan sewa dari NFC dan syarikat bersekutu ini mendapat kelulusan Lembaga Pengarah? Jika tidak, Mohamad Salleh dan Wan Shahinur Izran perlu disiasat atas kemungkinan pecah amanah wang syarikat,” katanya.

Katanya, walaupun beliau tidak mempunyai rekod kewangan terperinci bagi syarikat-syarikat bersekutu yang lain, beliau percaya Wan Shahinur Izran turut mendapat bayaran sewa yang lumayan dari dua ruang restoran yang dimilikinya.

“Di anggarkan beliau memperolehi pendapatan sewa RM150,000 sebulan dari dua unit hartanah bernilai RM14.1 juta ini, mengambil kira kadar keuntungan sama yang diperolehi Mohamad Salleh,” katanya.

Justeru katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghentikan penyelewengan wang rakyat walaupun pelbagai pendedahan dibuat dalam skandal NFC yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Katanya, Najib hanya berharap dengan pengunduran sementara Shahrizat dari jawatan kabinet, skandal ini akan reda sementara, sedangkan beliau membiarkan keluarga Shahrizat terus bermewah dengan wang rakyat sebanyak RM250 juta.

“Walaupun Najib mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan, hakikatnya keluarga Shahrizat masih lagi mendapat bayaran bulanan yang lumayan dari harta-harta yang dibeli menggunakan dana NFC.

“Selain dari pelbagai kondominium yang didedahkan, kini keluarga Shahrizat juga mendapat kutipan sewa dari hartanah-hartanah yang dibeli dengan dana NFC serta kemudiannya disewakan kembali kepada NFC dan syarikat-syarikat bersekutu yang lain,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis susulan berikutan pendedahan ini agar Wan Shahinur Izran dan Mohamad Salleh disiasat atas kemungkinan pecah amanah dalam urusan sewa beli hartanah-hartanah yang digunakan oleh NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.

FOTO Terkini di Dataran Merdeka

Label:

 Suasana Dataran Merdeka selepas peserta perhimpunan menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berkhemah diusir pagi tadi.
 Dataran Merdeka telah dipagar oleh pegawai penguatkuasa DBKL dan khemah peserta turut dirampas.

[VIDEO] Lihatlah Sendiri, Kereta Polis Rempuh Orang Awam
Sabtu, April 28, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Haji Habizal (kiri) dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL

[Harakahdaily] 28 Apr 2012 KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera parah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur petang tadi.  Haji Habizal bin Nadzir cedera pada kepalanya akibat terkena tembakan botol gas pemedih mata yang dilepaskan oleh polis. Beliau dikatakan parah dan ditempatkan ke wad kecemasan HKL. Seorang lagi, Su Kwang Hong cedera akibat dilanggar oleh kereta polis ketika bersama-sama orang ramai dalam perhimpunan itu. Beliau juga dilaporkan parah dan sedang dirawat di wad kecemasan HKL. Menurut sumber, ramai lagi yang cedera semasa perhimpunan kali ini sedang dirawat di HKL. Mereka ditempatkan di wad bersebelahan dengan wad kecemasan dan tidak dibenarkan orang awam melawatnya.

Kejadian berlaku di hadapan kompleks membeli belah sogo

[VIDEO] BERSIH 3.0: Pesanan Anwar Ibrahim
Jumaat, April 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Aziz Desa masuk ICU
Jumaat, April 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan di ICU Hospital Pakar Perdana

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU - Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.
Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.

“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.

“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut.

“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.

Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.

“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.

Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.
Gadis Ini Sudah Dua Minggu Hilang...
Jumaat, April 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Mohon Bantuan Sahabat2 yg ternampak Adik sahabat CMK ni, Nama SYARIFAH NOOR AZMIERA SYED DAUD dari Temerloh yg kini sudah hampir dua minggu hilang. Laporan polis dan bantuan pihak berkaitan sudah diperolehi namun beliau masih gagal dijumpai. So, mana2 pihak yg terjumpa atau nampak kelibat beliau bolehlah hubungi kakaknya IDA (017-9736930) atau hubungi CMK 012-3854400. Mohon sebarkan... -CMK
[TERKINI] Berita 'BAIK' dari Polis untuk Peserta BERSIH 3.0 Esok
Jumaat, April 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Adakah polis cun ini akan menyambut anda di Dataran esok?

Saya petik:
[SH] KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi. 

Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.

Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.

Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut.

Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.

Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.

Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.

Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif. 

P/s: Tak mengapa...Kita pergi bukan nak buat jenayah...Kita hanya DUDUK dan BANTAH sahaja. 
Jalan ke Dataran Merdeka Dibuka Seperti Biasa Esok
Jumaat, April 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[mStar] KUALA LUMPUR: Tidak ada jalan menuju ke Dataran Merdeka ditutup, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, Jumaat.

"Walaupun kita menasihati orang ramai untuk tidak untuk berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia ditutup, mereka yang merancang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut perlu mematuhi peraturan," katanya, sambil menambah bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengekalkan keputusan yang tidak untuk membenarkan Bersih 3.0 yang dicadangkan Sabtu ini mengadakan perhimpunan di sana.

DBKL juga akan cuba sedaya upaya untuk tidak menutup mana-mana jalan menuju ke Dataran Merdeka pada hari Sabtu, katanya pada sidang akhbar di sini.

"Kami akan memaklumkan kepada pengguna jalan raya jika ada jalan ditutup, dan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan orang awam," katanya.

"Nasihat kami ialah tidak berarak di jalan-jalan utama tetapi menggunakan kaki lima."

Sebelum ini dilaporkan bahawa DBKL akan menutup Dataran Merdeka dan jalan-jalan menuju ke situ bermula Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 6 pagi Ahad.
Sekadar hiasan

Saya petik:
[HM] SIMPANG RENGGAM: Atap bocor dan berlantaikan tanah liat, namun bagi dua beranak, Zainab Yusuf, 92, dan Mohd Razali Md Zain, 52, pondok usang umpama reban ayam itu adalah kediaman terbaik untuk mereka berteduh sejak lebih 30 tahun lalu.

Lebih malang, dua beranak itu tidak mendapat bekalan elektrik dan air bersih berikutan permohonan mereka mendapatkan geran tanah didakwa ditolak sedangkan keluarga berkenaan antara peneroka pertama Kampung Pisang, Ulu Benut, Simpang Renggam di sini.

Razali berkata, sejak tinggal di kampung itu 38 tahun lalu, mereka tidak pernah menikmati bekalan elektrik dan air bersih.

“Setiap kali membuat permohonan geran tanah, kami bukan saja tidak dilayan, malah permohonan itu ditolak mentah-mentah.

“Ia tidak masuk akal kerana ibu dan bapa saya antara kumpulan pertama meneroka kawasan perkampungan ini dan lebih menghairankan, jiran di kawasan berhampiran mendapat geran tanah disusuli kemudahan elektrik serta bekalan air,” katanya.

Menurut Razali, keluarganya hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Zainab sebanyak RM300 sebulan.

Razali pula memaklumkan dia hanya menguruskan kebun kecil di belakang rumah dan tidak boleh bergerak jauh kerana tiada orang menguruskan Zainab.

“Ibu yang uzur hanya boleh bergerak dengan bantuan tongkat dan setiap hari hanya makan cucur tepung dan mi segera.

“Saya pernah maklumkan masalah dihadapi ini kepada pihak berkuasa namun kami tidak pernah dibantu malah ada sekali, pihak berkuasa datang bersama polis seolah-olah kami melakukan kesalahan besar.

“Saya harap ada pihak tampil memberikan bantuan dan bukannya menunggu majlis tertentu untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Zainab berkata, tiada pihak sudi datang menghulurkan bantuan kepada mereka dua beranak dan dia melakukan sendiri kerja rumah mengikut kemampuannya.
P/s: Duk sembang pasal air Kelantan kotor tapi di Johor lagi teruk....Sudah 38 tahun tidak merasai air bersih Kerajaan...Ptui...

Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dengan dibantu polis ‘mengepung’ Dataran Merdeka dengan menutup semua laluan masuk mulai jam 3.30 pagi ini.

Menggunakan beberapa trak, penguatkuasa DBKL mengosongkan dataran itu dan meletak penghalang (barricade) serta menghalau semua yang berada di lokasi perkhemahan.

“Kami berhujan di dataran sekarang, DBKL mula mengusir kami beredar,” tulis Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang di twitter sekitar jam 4 pagi ini.

Selain itu, kenderaan yang diletak di kawasan berhampiran juga diarah meninggalkan kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, mahasiswa dan orang ramai yang kemudian berkumpul di tengah jalan utama berdepan dataran itu, tidak berganjak biarpun hujan lebat.
Polis Akan Bertindak Jika BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka
Jumaat, April 27, 2012 | Author: Tuk Kiyai
BERSIH 2.0

Saya petik:
[MK] Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain... jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," katanya.

Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ditanya apakah tindakan yang mungkin dilakukan polis sekiranya perhimpunan itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".

Katanya polis juga sudah diarahkan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan berdasarkan kepada pengalaman berdepan perhimpunan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu.

Dalam perkembangan lain, menteri itu berkata dakwaan kononnya organ tiga penjenayah warga Indonesia yang ditembak mati di negara ini telah dijual selepas menjalani bedah siasat adalah tidak benar.

Beliau berkata bagaimanapun polis sedang menyiasat perkara itu dan menurutnya difahamkan delegasi dari Indonesia telah bertemu dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung perkara itu.

"Jadi biar polis memberikan butiran lanjut dan diharapkan selepas itu juga delegasi tersebut akan menerangkan perkara yang sebenar," katanya.

Ketiga-tiga penjenayah bersenjatakan parang itu ditembak mati ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 24 Mac lepas.

Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas penjenayah cuba menyerang anggota polis apabila menyedari kehadiran polis. Hasil pemeriksaan, polis menemui tiga
bilah parang panjang, pemutar skru, pemotong pagar, sarung tangan dan topeng muka pada penjenayah berkenaan.

- Bernama
Remaja diekori harimau meninggal kerana trauma
Khamis, April 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[SH] KUALA KANGSAR - Peristiwa diekori harimau hampir tiga jam di kawasan Padang Ragut Changkat Jambu, di sini, mengakibatkan kehidupan Mastura Kamaruddin, 16, diselubungi trauma sehingga dia menghembus nafas terakhir pada jam 5 petang kelmarin, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Kisah Mastura bersama ibunya, Rohani Osman, 50, diekori harimau ketika menoreh getah pada 15 Januari lalu pernah menggemparkan negara apabila tersiar di dada akhbar.

Menurut Rohani, selepas peristiwa itu, kesihatan Mastura sering terganggu termasuk mengalami demam panas dan pernah dimasukkan ke wad Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut.

Katanya, kesihatan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati itu semakin teruk dari sehari ke sehari sehingga hilang kemampuan berjalan pada 7 April lalu.

“Keadaannya sangat lemah ketika itu sehingga perlu didukung oleh bapanya untuk ke bilik air dan memerlukan jagaan sepanjang masa.

“Mastura dipindahkan ke HRPB pada 13 April lalu kerana keadaannya semakin teruk sehingga tidak mampu bercakap,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Chuar Hilir, di sini, semalam.

Laporan hospital mengatakan kematian Mastura berpunca daripada jangkitan kuman dalam darah dan Sinar Harian difahamkan selepas peristiwa diekori harimau, kehidupan remaja itu sering dihantui insiden berkenaan.

Sentiasa ketakutan

ROHANI mengakui Mastura mengalami trauma dan sentiasa berada dalam ketakutan selepas peristiwa itu, sehingga tidurnya sering terganggu.

Katanya, selain mendapatkan rawatan di hospital, keluarganya turut mendapatkan rawatan alternatif daripada pengamal perubatan tradisional dan pernah dibekalkan limau nipis untuk mandi.

“Hanya saya sahaja mandi menggunakan limau nipis itu sedangkan Mastura tidak mahu melalui proses berkenaan,” jelas Rohani.

Rohani juga memaklumkan anaknya itu mengalami luka di bahagian kaki dan pinggang serta sedikit kecederaan semasa melarikan diri daripada harimau berkenaan.

Menurutnya, luka berkenaan semakin teruk sehingga kaki Mastura menjadi lemah menyebabkan remaja itu tidak mampu berjalan dan kini mereka sekeluarga reda dengan pemergiannya walaupun di selubungi kesedihan.

Hilang mata pencarian

DALAM pada itu, Rohani menceritakan, Mastura sempat berpesan agar dia tidak lagi menoreh di kawasan kejadian beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu turut memberi pesanan sama kepada ayahnya kerana bimbang mereka akan jatuh sakit sepertinya.

“Kerana menghormati pesanan akhir Mastura, saya dan suami tidak lagi menoreh di kawasan padang ragut itu demi mengelak kejadian sama berulang.

“Sekarang kami tidak tahu di mana mahu mencari rezeki kerana selama ini pendapatan kami sekeluarga hanya bergantung kepada kerja menoreh getah,” katanya.

Dalam keadaan sedih serta muram, Rohani mengakui dia sendiri tidak dapat melupakan kejadian tersebut dan akan berpegang kepada pesanan Mastura sungguhpun tertekan memikirkan cara mencari sumber pendapatan keluarga.

*Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi sendiri keluarga ini di talian 012-5825300.
Warga Kemboja Dapat IC Segera. Semuanya Kerja YB umno...
Khamis, April 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Klik pada imej untuk baca

P/s: Inilah petualang negara...
[VIDEO] Rupa-rupanya Pengerusi & Timbalan SPR Adalah Ahli umno...
Khamis, April 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai

P/s: Patutlah berat sebelah...
[PANAS] CCTV: Geng 'Tiga Line' rompak kedai kereta
Khamis, April 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Malaysiakini

Memang berani!! Perompak yang didakwa dari geng penjenayah 'Tiga Line' menggeledah dan merompak peniaga kereta di Klang pada siang hari pada awal bulan ini, menyebabkan kerugian ratusan ribu. CCTV dah ada, muka penjenayah pun sudah kelihatan, apa lagi tunggu? Semoga PDRM bertindak dengan cekap...

P/s: Selamatkah rakyat Malaysia?

Saya petik:
[kosmo] KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.

“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.

“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam.

Zahida sendiri hairan apabila namanya telah dikaitkan dengan kontroversi tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia turut bermotifkan politik.

P/s: Kah kah kah...
Pemimpin Umno dan Artis Sudah Berkahwin di Siam?
Khamis, April 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Kelmarin semasa minum di kantin Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur saya terjumpa kawan lama semasa belajar di sekolah menengah Rantau Panjang tahun 1977 lampau. Sudah 30 tahun kami tidak berjumpa. Semasa di tingkatan lima dulu saya satu kelas dengan dia.

"Ingat dak saya,?" sapa dia sambil menghulur salam.  Cara dia bertanya begitu yakin menunjukkan dia masih ingat saya. Saya sambut dan bersalaman dengannya. Dia banyak berubah menyebabkan saya hampir tidak kenal. Selepas dia memberi tahu namanya baru saya terperasaan itu pun sambil mengimbau masa lalu mengenang-ngeng wajahnya.

Semasa di sekolah dia seorang yang smart. Berpakian kemas dan di bawah kolor bajunya terselit tuala kecil untuk mengalas peluh agar tidak terkena kolar. Dia seorang yang kemas dan bersih. Basikalnya juga bersih, kedua rim depan belakang bersinar banar - berkilau.

Sungguh tidak sangka berjumpa dengannya di situ. Dia datang menenami bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah yang datang untuk mendengar keputusan berhubung samannya terhadap Umno. Bekas Setiausaha itu, Amran menyaman untuk mendapat keadilan atas apa yang berlaku ke atasnya yang dianggap satu ketidakadlilan dan penganiayaan.

Kawan saya itu turun bersama beberapa yang lain untuk menyokong Amran.

Selepas berbual dan suai kenal kembali topik bertukar kepada beberapa hal lain. Sudah pastilah topik yang tidak akan dilepaskan ialah berbual fasal politik. Kawan saya ini tahu akan kecenderongan dan minat saya. Semasa di sekolah dulu saya tidak tahu aliran politiknya, walaupun dia sudah tahu dan kenal aliran politik saya. Saya sejak sekolah lagi sudah gila bercakap dan bermain politik. Sapu tangan saya juga kawan saya ini kenal apa warnanya.

Bual punya bual maka sampailah kepada soal-soal peribadi pemimpin Umno parti yang dianutinya termasuklah mengenai seorang pemimpin Umno yang sehari dua ini dikaitkan dengan seorang artis. Menurut kawan saya itu dia tahu atau mendapat maklumat mengenai pemimpin kanan Umno berkenaan memang ada hubungan dengan artis berkenaan.

Dia menafikan yang pemimpin kanan menteri itu memberi wang sampai mencecah jutaan ringgit kepada artis berkenan. "Setahu saya dia tidak memberi wang sebanyak itu. Sebaliknya apa yang saya tahu, artis itu mendapat wang dari pihak lain..," katanya perlahan-lahan dan selamba. Agak kekok juga untuk dia memberi tahu 'rahsia' itu.

Pihak yang memberi wang atau diterima diterima oleh artis itu dari mereka yang ingin mendapat sokongan atau projek dari pemimpin Umno berkenaan. "Saya tahu sebab saya dan kawan ada berhajat untuk mendapatkan projek dari pemimpin Umno berkenaan, dan saya juga bercadang memberikan wang kepada artis itu.." katanya.

Di sini saya tertegun dengan kata-kata itu. Kenapa harus memberi wang kepadanya (artis)? "Demo tidak tahu ke, pemimpon Umno itu sudah kahwin dengan artis berkenaan. Kawan tahu ini sebab puak-puak kita di Tanah Merah yang mengaturkan perkahwinannya di Siam, Puak Tanah Merah hampir-hampir ikut menjadi saksi.

Saya lagi tertegun dan mendekatkan telinga dengannya. Percakapan saya dengan kawan itu tidak diberi perhatian oleh kawan-kawan lain yang duduk semeja panjang yang dicantum menjadi dua."Perkahwinan itu bagaimana pun tidak didaftarkan, tetapi ada orang tahu..." tambahnya.

"Ini sedap ceritanya ni," kata saya menarik perhatian. Kawan itu terus bercerita dan bercerita sehingga dia minta saya merujukkan kepad orang bernama Zubir... "Demo tanya Zubir dia tahu sebab dia yang membawa pemimpin kanan Umno dan artis itu berkahwin." Sambungnya.

"Bila mereka kahwin?" soal saya.

"Lama dah, tahun lepas lagi..." jawabnya selamba dan bersahaja seperti mana lagaknya sebelum ini.

"Zubir tu orang mana," tanya saya.

"Dia orang kita juga...." balasnya. Sayang perbualan itu tidak sampai habis sebab masa untuk dia bersama kawannya ke kamar hakim sudah tiba. Kawan itu memberi jaminan dia akan bercerita lagi apabila kami bertemu semula.  [wm.kl.7:33 pm 25/04/12]

Sumber: MSO

P/s:  Menteri dan artis yang mana satu pulak ni?
Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau kecuali dua anggota Kabinet.

Nik Aziz berkata, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalan pusat mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.

“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.

“Sejak saya menjadi menteri besar hampir 22 tahun ini, hanya ada dua orang menteri sahaja yang bersedia datang bertemu saya, baik dia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nazri Aziz.

“Seorang lagi yang sempat bertemu saya bekas Menteri Pertanian, kalau tak silap saya bekas Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin, orang lain tak datang,” kata beliau dipetik Harakah Daily semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Nik Aziz mengetuai Kerajaan Negeri Kelantan sejak 1990.

Ketika ditanya adakah lawatan itu ada kaitan dengan pilihan raya semakin hampir, beliau berkata, terpulanglah kerana pilihan raya atau sebaliknya, sebab Pas sendiri turun ke seluruh negara khususnya sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.

“Tetapi soalnya sekarang rakyat mesti faham untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang ditadbir Pas apa dosa yang telah dilakukan oleh parti Islam ini,” ujarnya.

Tambah Nik Aziz, perjuangan Pas menarik manusia kembali pada ajaran ALLAH yang sebenar.

Mursyidul Am Pas ini berkata, selepas manusia mati sudah pasti akan dibangkitkan semula sama ada mahu atau sebaliknya tetap akan dihidupkan semula.

Sambil merujuk surah Yaasin ayat 51 dan 52, Nik Aziz berkata, setiap manusia yang mati akan dihidupkan semua untuk menerima pembalasan di akhirat.

Oleh itu jelas beliau, Pas telah membawa ajaran yang selari dengan Islam kerana ianya menjadi tanggungjawab perjuangan umat Islam.
P/s: Orang sebut 'kurang ajar' jika masuk rumah orang tanpa memberi salam dan meminta izin...
'Zahid, rakyat akan biaya anda ke Paris'
Rabu, April 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[MK] Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.

NONE"Iltizam kepada kebenaran sepatutnya menjadi alasan pertama dan paling penting untuk menjadi saksi dalam kes ini, bukan wang," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Tambahan pula, beliau memungkiri kata-katanya sendiri. Sebelum ini, beliau berkata sanggup memberi keterangan, kemudian beliau tukar fikiran. Kami mahu tahu apa yang telah berlaku yang menyebabkannya bertukar nada."

Gabriel berkata, paling banyak, peruntukan yang diperlukan sebanyak RM10,000 semalam, meliputi tiket pergi balik bukan Malaysia Airlines (RM5,500), tempat tinggal (RM600 semalam) dan makan di restoran (RM200).

Zahid sebelum ini dilaporkan tidak akan hadir atau menghantar wakil ke perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung kes bayaran komisen tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan kapal selam pada 2002.

Katanya, tiada sebab untuk beliau hadir kerana bukan menjadi saksi dan beliau tidak akan menggunakan wang kerajaan atau duit poket sendiri bagi membiayai kehadiran ke sana, lapor Sin Chew.
Saya petik:
[MS] SHAH ALAM 25 APRIL: Saksi yang dikaitkan dengan dakwaan pemberian wang RM1.5 juta oleh menteri kabinet kepada seorang pelakon wanita akan diketengahkan kepada umum tidak lama lagi.

MP Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata selain dari saksi utama, saksi-saksi yang terlibat juga akan ditampilkan beserta dengan bukti lain dan pihaknya akan melaporkan dakwaan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu depan.

Katanya, beliau juga bersedia dengan tindakan undang-undang yang bakal dihadapi beliau oleh individu yang terlibat.

Zuraida turut menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung dakwaan terbabit.

“Kita rancang akan bawa saksi utama dan beberapa saksi terlibat termasuklah kenalan pelakon wanita berkenaan.

“Saya tunggu sekiranya mereka mahu saman. Kita yakin dengan bukti yang ada. Kita dan kaji setiap maklumat yang diperolehi,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini, Zuraida ketika sesi parlimen minggu lalu mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada artis yang dikenali melalui filem Anak Mami, Zahida Mohd Rafik hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya sebanyak RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononnya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
 Notis Mesyuarat Agung Pas Kawasan Rantau Panjang

Dalam orang ghairah bercakap soal himpunan Bersih: Duduk dan Bantah untuk membersih sistem pilihan raya bagi menjamin proses pemilihan kepimpinan negara telus dan berwibawa tetapi masih ada juga orang yang kurang peka terhadap tanggungjawab dan ikhtiar berkenaan. Kalau mereka dari golongan UBN tidak pelik kerana puak-puak UBN akan mempertahankan dengan apa juga sistem pilihan raya yang ada hari ini khasnya daftar mengundi, kerana ia menguntungkan mereka.

Sedihnya ia juga berlaku di sebelah parti Pakatan Rakyat. Tindakan ini kalau pun tidak boleh dikatakan tidak mahu memberi kerjasama atau sebotaj Bersih 3.0, ia boleh dianggap orang yang berbuat demikian bukan saja tidak peka dalam politik sebaliknya 'pekak badak' dalam soal-soal strategi dan juga usaha untuk mengembalikan hak rakyat.

Misalnya apa yang berlaku kepada Pas Rantau Panjang dibawah pimpinan Abdul Fatoh Haron sesuatu yang tidak mahu akal dan menyedihkan apabila beliau mengarahkan supaya mesyuarat agung Pas kawasan itu diadakan pada 28 April 2012 hari di mana berlangsungnya Bersih di Kuala Lumpur.

Kenapa Fatah memilih tarikh yang sama dan tidak menunda atau mempercepatkan mesyuarat Pas kawasan itu. Tindakan atau sikap begini menyebabkan orang mempersoalkan sejauh manakah kecerdikan dan keikhlasan Fatah dalam berpolitik. Kenapa saya kata begitu, kalau beliau cerdik dan mempunyai komitmen tinggi kepada perjuangan beliau tidak akan tergamak untuk memilih tarikh berkenaan.
Apakah signifikennya tarikh itu untuk Fatah. Atau beliau mengira apabila mesyuarat diadakan pada tarikh itu ramai perwakilan peringkat cawanagn dan termasuk pemimpin tidak hadir maka mudah untuk beliau menguruskan mesyuarat. Sebelum ini kedengaran berlaku kepincangan dalam pengurus Pas Rantau Panjang, termasuk membentangkan penyata kewangan yang meragukan.

Dalam mesyuarat tahun lalu kecoh apabila sejumlah wang yang didermakan kepada Pas Rantau Panjang menerusi ahli Parlimen Siti Zailah Yusuf tidak dicatat dalam penyataan kewangan periode itu atas alasan bendahari terlupa. Macam mana boleh terlupa kerana jumlahnya bukan sepuluh dua tetapi puluh ribu?

Ada janji untuk memperbetukan penyata itu dan ia sudah tentu akan dibentangkan pada mesyuarat kali ini. Apakah tektik Fatah agar pernyata yang dikatakan hendak diperbetulkan itu akan diluluskan dengan mudah apabila ada mesyuarat bakal diadakan itu tidak dihadiri semua perwakilan kerana terlibat dengan Bersih?

Sekiranya mesyuarat yang akan dirasmikan oleh bendahari agung Pas, Abdul Halim Abdul Rahman (rakan Fatah dalam geng tiga Abdul) diteruskan juga maka jelas Pas Rantau Panjang tidak mengendahkan arahan Pesuruhjaya Pas Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah membuat pernyataan hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Sepatutnya perkiara ini tidak berlaku kerana Pas Pusat katanya telah memaklumkan mengenai Bersih dan meminta semua pemimpin dan ahlinya datang menyertai himpunan berkenaan.

Sebaiknya Fatah menangguhkan mesyuarat Pas Rantau Panjang itu ke tarikh lain dan mengerahkan anak buahnya agar datang ke Bersih. Dalam konteks hari ini perjuangan untuk menawan Putrajaya lebih penting daripada apa-apa usaha dan strategi untuk mengekalkan seseorang di kerusi Dun atau memimpin parti.  Sekiranya takdir menghendakkan Fatah perlu keluar Pas bagi menjamin Putrajaya baru boleh ditawan, Fatah perlu berbuat membuat kurban demikian, keluar.

Sementara itu dalam perkembangan lain katanya kira-kira 100 ahli Pas di Dewan Undangan Negeri Gual Periok (kampung saya) sedang menimbang untuk menyertai Umno. Mereka dikatakan kecewa dengan sikap dan kepimpinan Fatah sebagai ketua kawasan. Fatah dikatakan tidak pedulikan kepada masalah mereka sementara Adun Gual Periok Ahmad Awang pula tidak berkeupayaan untuk menyejukkan hati mereka itu agar membatalkan hasrat menyertai Umno.

Ahli Pas itu katakan akan menyerah borang ke masukan dalam Umno kepada Mustapa Mohamed dalam tempoh terdekat. [wm.kl.11:41 am 25/04/12]
-MSO 

P/s: Jika tidak mahu hadir pun, biarlah diadakan sebelum ada selepas BERSIH 3.0... 
Mak nyah lari kerana dipaksa kahwin
Rabu, April 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] KULIM - Seorang mak nyah warga Filipina sanggup lari ke Malaysia gara-gara pernah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun, namun menyerah diri ke Balai Polis Kulim kira-kira jam 7.20 petang semalam, setelah menyedari kedatangannya ke negara ini tanpa dokumen sah.

Menurutnya, yang hanya mahu dikenali dengan nama Telani, 26, sebelum ini dia memasuki Malaysia menggunakan jalan laut untuk cuba mengubah nasib dengan bekerja di negara ini.

“Bagaimanapun, setelah enam bulan berada di negara ini, saya takut kerana pihak polis dan Jabatan Imigresen sering membuat serbuan.

“Atas nasihat rakan, akhirnya saya menyerahkan diri ke balai polis dan berharap dapat dihantar balik ke negara asal,” katanya yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pendandan rambut di sebuah salon di pekan kecil di Filipina.

Telani berkata, untuk masuk ke negara ini secara sah dia harus mempunyai modal sekurangnya RM10,000, namun dengan pendapatan yang tidak seberapa memaksanya mengupah tekong bot nelayan untuk masuk ke Malaysia.

“Di negara ini, saya cuba bekerja mengikut kemahiran yang saya ada, tetapi tiada majikan yang mahu mengajikan saya kerana tiada permit sah.

“Justeru, saya minta nasihat rakan senegara yang saya temui. Mereka kata hanya industri pembinaan saja yang mengambil pekerja asing seperti saya,” katanya.

Katanya, dalam keadaannya dirinya seperti itu tidak sesuai untuk bekerja sebagai buruh binaan dan dalam masa sama dia berkenalan dengan seorang warga tempatan.

“Dia memperkenalkan saya sebuah pusat hiburan yang mengambil pekerja asing sebagai pelayan di Pulau Pinang.

“Hari pertama saya berjumpa pengurus pusat hiburan itu, tempat berkenaan telah diserbu pihak berkuasa. Saya takut dan berjaya melarikan diri,” katanya.

Telani berkata, apabila sampai ke daerah ini, dia dapati tidak banyak pusat hiburan dan wang simpanannya juga semakin berkurangan.

“Daripada terus jadi pelarian, lebih baik saya serahkan diri dan balik ke Filipina,” katanya.
P/s: Macam-macam...

SHAFIE menunggang motosikal bersama para belia di Kampung Bangau Tanjung, Temerloh semalam.

Saya petik:
[kosmo] TEMERLOH - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan segala bentuk fitnah yang dilemparkan terhadapnya tidak akan menghalang beliau daripada terus menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Menurut beliau, laporan yang mengaitkan beliau membayar wang sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis iaitu Zahida Mohamed Rafik adalah semata-mata bermotifkan politik.

Malah, beliau percaya fitnah seperti itu akan terus direka oleh pihak-pihak berkenaan.

"Saya sudah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung hal itu semalam, sudah cukup. Ia ada motif politik, namun, mereka akan tetap mereka cipta bermacam-macam cerita tetapi yakinlah kita akan tetap tunaikan tanggungjawab," katanya.

Bekas Imam dipenjara kerana Merogol
Rabu, April 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[Bernama] JOHOR BAHRU - "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian.

"Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.

Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira 3 petang, 21 Feb 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud.
[VIDEO] Hujah Menarik dari Chegubard
Selasa, April 24, 2012 | Author: Tuk Kiyai