Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

ZAMBRY MB PERAK YANG SAH!!

Baru sekejap tadi (3.50 pm), Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan Zambry sebagai MB Perak yang sah. Keputusan tersebut mengenepikan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah. Zambry menang dengan 3-0.

Bagi penulis, keputusan yang dibuat oleh mahkamah hari ini terselit hikmah yang amat besar, iaitu rakyat Malaysia kini lebih matang dalam menilai prinsip sesebuah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Penulis juga berharap rakyat Malaysia matang dalam memilih parti pilihan mereka yang dapat membawa Malaysia ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan juga di akhirat.

MANEK URAI: PAS HARAP BN TIDAK BERTANDING

Label:

KUALA LUMPUR: PAS berharap Barisan Nasional (BN) yang tidak meletakkan calonnya di Penanti, akan turut mengambil langkah serupa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil.
Pilihan raya kecil Manek Urai merupakan yang ketujuh sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008.
BN bertanding di lima pilihan raya kecil kecuali Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang penamaan calonnya diadakan esok dan jika ada pertandingan pengundian berlangsung 31 Mei.
"Saya mencadangkan Umno tidak tanding, tidak masuk... kalau masuk pun akan kalah.
"Saya rasa akan kalah, insya-Allah akan kalah, bukan saya cakap besar," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali di sini hari ini.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Malek Urai, Kelantan akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Ismail Yaacob awal pagi tadi.
Mustafa berkata, PAS tetap akan meletakkan calonnya di Manek Urai untuk mempertahankan kerusi itu.
Bagaimanapun katanya terlalu untuk menyebut tentang bakal calon kerana tarikh pilihan raya kecil belum ditetapkan.
Isnin lalu BN memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti, tindakan pertama sejak 8 Mac lalu.
Selain menjimatkan kos, kata beliau, keputusan pilihan raya Manek Urai tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri. Pilihan raya kecil Manek Urai perlu diadakan dalam tempoh 60 hari sejak kekosongan wujud.
Kerusi itu disandang oleh Ismail selama lima penggal kecuali tahun 2004 hingga 2008.

(mstar online)

PENULIS TERGELAK SENDIRI APABILA MEMBACA KOMEN DATOK MUSTAFA ALI. LAWAKKK... BAGI PENULIS, KOMEN MUSTAFA SUPAYA BN TIDAK MELETAKKAN CALON DI MANEK URAI MERUPAKAN SINDIRAN SINIS BUAT BN. MAKLUMLAH KELANTAN JUGA ADALAH KUBU KUAT PAKATAN RAKYAT. JIKA DITAKDIRKAN BN MENANG PUN, IA TIDAK MENGUBAH APA-APA, SAMA SEPERTI DI PENANTI.
BAGI PENULIS, BN WAJAR MELETAKKAN CALON BAGI MERAIKAN SERTA MENYUBURKAN AMALAN DEMOKRASI DI NEGARA KITA. KALAH MENANG ADALAH ADAT PERTANDINGAN......

ADUN PAS MENINGGAL DUNIA

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

kecuali tahun 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.

Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

Sumber: Malaysiakini

PENULIS:

اِنَّ لِلَّهِ وَِاِنَّا اِلَيْهِ رَاجِعُون

Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali. Semoga rohnya termasuk dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.....

ISU MB PERAK: DS NIZAR AKAN MENANG?

Hari ini, 22 Mei 2009 jam 3.30 petang adalah keputusan siapa MB Perak yang sah. Rasanya semua rakyat sudah dapat menjangka akan keputusannya, sebab keputusannya hanyalah dua iaitu sah atau tidak sah. Penulis juga ada jangkaan sendiri.

Katakan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini memberi keputusan bahawa DS Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Maka Zambry terpaksa memberi laluan untuk DS Nizar masuk semula ke pejabatnya di SUK Negeri. Ini bermakna Zambry secara automatik adalah MB kudeta.

Sekiranya perkara di atas berlaku, apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan menyusul? Adakah krisis perundangan di Perak akan berlanjutan? Adakah pilihanraya DUN Perak akan diadakan?

Bagi Penulis, bubarkan DUN Perak. Biarlah rakyat yang menentukan pemimpin mereka. Kalah atau menang soal kedua. Kalah di medan tempur adalah bermaruah daripada menang dek mainan politik kotor. Yang penting, demokrasi perlu ditegakkan segera di Perak. Istilah GILA KUASA perlu dilenyapkan daripada setiap parti. Yang penting kepentingan rakyat diutamakan...

PRU KE-13 AWAL, PAS YAKIN 3 NEGERI LAGI DIKUASAI PAKATAN?

Label:

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau menjangka tiga lagi negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan kemenangan Pakatan pada siri pilihan raya kecil sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
"Ia menandakan lonjakan dan sokongan kepada kita dan ia akan menjalar pada pilihan raya umum ke-13.
"Saya dah nampak-nampak Johor mungkin jatuh, Negeri Sembilan mungkin jatuh dan Melaka akan jatuh. Ini adalah mimpi ngeri kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya semasa sidang media berhubung Muktamar PAS ke-55 di sini.
Muktamar Tahunan PAS ke-55 yang bakal menyaksikan pemilihan bagi kepimpinan pusat dan sayap parti akan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun di Stadium Malawati di sini.
Hasan berkata, beliau menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal daripada tahun 2013 atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pasti mahukan mandat baru daripada rakyat selepas mengambil alih kepimpinan negara April lalu.
"Kita menjangka pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal sebab saya rasa Perdana Menteri baru mahukan mandat baru kerana kalau beliau jadi Perdana Menteri dengan mandat Datuk Abdullah, saya rasa tidak mantap.
"Beliau perlu dapat mandat sendiri daripada rakyat tentang kepimpinannya," katanya.
Hasan berkata, isu pilihan raya umum ke-13 akan disentuh dalam perdebatan pada Muktamar bulan depan termasuk persediaan dan strategi yang akan dilakukan PAS sama ada dalam parti serta kerjasama dengan dua lagi parti sekutu dalam Pakatan iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Selain itu katanya, antara isu lain yang mungkin akan diperdebatkan adalah pencapaian ahli-ahli PAS yang diberi tanggungjawab dalam pentadbiran terutama di lima negeri yang dikuasai Pakatan iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.(mstar online)

BAGI PENULIS, TIDAK MUSTAHIL BAGI PAKATAN RAKYAT UNTUK MENGUASAI 3 BUAH NEGERI LAGI BERDASARKAN SENARIO DAN KEHENDAK RAKYAT KINI. JANGKAAN PESURUHJAYA PAS SELANGOR ITU AKAN MENJADI REALITI SEKIRANYA PILIHANRAYA DIADAKAN DENGAN BEBAS, TELUS, DAN ADIL. UNSUR-UNSUR PENIPUAN SEPERTI PENGUNDI HANTU, INDIVIDU YANG BOLEH MENGUNDI LEBIH DARIPADA SEKALI DAN SEBAGAINYA PERLULAH DISELESAIKAN. SPR JUGA PERLU LEBIH TELUS DAN BEBAS DARIPADA TEKANAN PIHAK TERTENTU DENGAN MELAKUKAN PELBAGI PERATURAN DAN KEKANGAN KEPADA PARTI POLITIK.
BAGI PENULIS, PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA PAS PERLU BERKERAS KERAS UNTUK MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT. TARBIAH UNTUK MENGUATKAN AKIDAH, MENTAL, DAN FIZIKAL AHLI PERLU DIADAKAN SECARA KONSISTEN. PENYOKONG BUKAN MELAYU JUGA PERLU DIJELASKAN TENTANG PRINSIP PARTI SUPAYA ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS SENTIASA DEKAT DI HATI MEREKA.

PENULIS JUGA INGIN MELIHAT PILIHANRAYA DI MALAYSIA BERKELAS "WORLD" ATAU GLOKAL.

UMNO BERGOLAK?

Penulis tertarik dengan satu artikel daripada harakahdaily.net yang memetik pendapat Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar tentang konsep “Satu Malaysia” dan umno. Penulis tidak mahu mengulas artikel tersebut tetapi hanya ingin mengutarakan beberapa persoalan. Mengapakah umno bersifat/bertindak sedemikian rupa? Adakah kerana orang-orang umno sudah tidak lagi memperjuangkan prinsip parti dan lebih membela kepentingan peribadi?

Sila baca artikel di bawah ini

SATU UMNO PUN GAGAL, JANGAN CAKAP SATU MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) - Penindasan sesama Umno sehingga menyebabkan ramai yang bertindak keluar dari parti itu adalah bukti awal yang jelas tentang kegagalan hasil mengelamun Perdana Menteri yang diriuh-riuhkan sebagai konsep Satu Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Dalam Umno pun (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) gagal mewujudkan Satu Umno, tidak perlu cakaplah tentang Satu Malaysia," katanya mengulas tindakan ahli-ahli Umno di Perlis yang bertindak keluar dari parti itu dan menyertai pembangkang.
Dengan apa yang berlaku itu, Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa rakyat segera sedar tentang sifat sebenar Umno.
"Sesama Umno, sesama Melayu pun ditindas, dipecat dan dizalimi, tidak ada lagi keadilan yang boleh diharapkan dari Umno yang kelihatan semakin bersungguh-sungguh mempelopori penindasan ke atas sesiapa sahaja yang tidak disukainya," kata beliau.
Mahfuz mengalu-alukan kebijaksanaan ahli-ahli Umno yang keluar dari parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat (PR).
"Dengan penuh ketulusan kita menghulurkan tangan kepada mereka dan saya yakin tindakan mereka itu pasti mengukuhkan lagi tali silaturrahim antara sesama umat Islam dan rakyat Malaysia," kata beliau.
Mengulas apa yang berlaku itu, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, mereka yang keluar Umno itu termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan parti itu di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).
Menurut beliau, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.
"Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati.
"Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebut.
"Pembangkang pula telah mengambil kesempatan daripada perkara tersebut," katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.
"Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.
"Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.
Hashim juga sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.
"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.
"Takkan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.
"Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian Padang Besar, ketika dihubungi Malaysiakini, juga mengakui ramai ahli Umno di bahagian itu yang keluar parti.
Bagaimanapun pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu tidak dapat memberi angka sebenar ahli Umno yang keluar parti.
Katanya, mereka bertindak demikian kerana marah kepada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.
"Mana boleh pemimpin MCA memecat ahli JKKK yang terdiri daripada ahli-ahli Umno," katanya.

MB PERAK: SIAPA MB HARAM?

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pagi ini mula mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan mahkamah itu yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.40 pagi tadi dan kini sedang mendengar hujah daripada peguam kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Cecil Abraham.
Dr Zambry telah membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei lalu dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga rayuan Dr Zambry terhadap keputusan itu selesai.
Barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.
Mohammad Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.
Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.
Isu perundangan melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.
Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.
Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dr Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Dr Zambry selesai.
Mohammad Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu.
(mstar online)

MENJELANG MUKTAMAR PAS KE-55

Label:

KEPIMPINAN PAS: “KUMPULAN ULAMA” VS “KUMPULAN ERDOGAN”?

Membaca pelbagai penulisan serta ‘analisa politik dalaman Pas’ yang begitu rancak di sebarkan di media perdana sejak beberapa hari lalu amat menarik untuk di ulas. Ini ditambah pula dengan kerancakan mesyuarat kawasan-kawasan Pas yang sedang berlangsung di seluruh negara. Pokok utama perbincangan adalah mengenai pemilihan pucuk pimpinan parti yang bakal menerajui pimpinan Pas menjelang muktamar Pas yang ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada awal Jun ini.

Gambaran yang di paparkan adalah pertarungan sebenar aliran-aliran utama di dalam Pas, khususnya golongan pro-muzakarah yang di labelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’. Isu ini kian hangat diperkatakan apabila adanya beberapa pertandingan di peringkat kawasan serta pencalonan untuk menerajui jawatan tertinggi didalam Pas.

Dua persoalan utama yang sering diperdebatkan serta dilemparkan kepada umum adalah: Pertama, apakah Pas telah menggadaikan prinsip perjuangannya setelah menjalinkan kerjasama di dalam Pakatan bersama PKR dan DAP?
Kedua, apakah benar-benar wujud golongan pro-muzakarah yang dilabelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’?

Namun saya lebih berminat untuk mengulas kenyataan dua orang ‘tokoh akademik’ yang bergelar Profesor yang sering diberi liputan meluas untuk menyerang Pas terutama di saat adanya pilihanraya umum, pilihanraya kecil mahupun pemilihan parti Pas. Saya ingin merujuk kenyataan Prof. Dato' Dr. Zainal Kling, mantan pensyarah Antropologi dan Sosiologi di Universiti Malaya dan Prof. Dr. Mohamad Mustafa, pensyarah Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian minggu lepas.

Pertamanya Dr. Zainal Kling, seorang profesor yang terkenal dengan sikap ultra nasionalis serta sentiasa dilihat sebagai pembela Melayu/UMNO sejak sekian lama beliau menjadi pensyarah di Univeristi Malaya lagi. Beliau menyatakan bahawa keadaan kontradiksi antara dua puak di dalam Pas iaitu golongan ulama dan golongan professional menjadikan suasana dalaman Pas sentiasa ‘tegang’ demi memenuhi cita-cita masing-masing.

Beliau menambah lagi bahawa “Pas terpaksa berlagak sekular dengan mengenepikan ideologi ketuhanan dalam Islam. Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah akui akan kerjasama dengan syaitan. Ini dapat dibuktikan dengan jelas. Pas tidak lagi bercakap tentang negara islam tetapi hanya mempertahankan gagasan kemanusiaan dan kebajikan”.

Bagi beliau disebabkan pertentangan dalaman ini, Pas terpaksa berhadapan dengan tuduhan ‘hamba kepada idealogi sekular’ di semping terpaksa berkorban untuk mencairkan ideologi Islam pada asalnya. Malah beliau menyatakan lagi bahawa; “Jika golongan ulama gagal menerajui kepimpinan tertinggi Pas bermakna ia akan merubah parti tersebut menjadi semakin sekular. Pas juga akan dilihat sebagai sebuah parti ‘pelakon politik’ yang menggunakan islam sahaja”.

Manakala pandangan seorang lagi pensyarah, Dr. Mohamad Mustafa seorang profesor Undang-undang dan Sains Politik Universiti Utara Malaysia (UUM) juga dirujuk. Beliau juga terkenal sebagai seorang penganalisis politik tanahair yang lebih barsifat menjadi pembela Melayu/UMNO. Beliau menyatakan bahawa Pas akan mudah mengikut telunjuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) satelah kumpulan yang menyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim berjaya menyingkirkan kumpulan Presidan Pas Datuk Sri Abdul Hadi Awang. Tambahnya lagi kewujudan puak yang menyokong Anwar ini akan menyebabkan Pas terbahagi kepada dua kumpulan dan berpuak-puak.

Malah beliau menyatakan bahawa, “Mereka (PKR) telahpun menguasai Mursyidul Am Pas, Datuk Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan menjatuhkan Hadi Awang dan Timbalannya Nasharuddin Mat Isa kerana tidak bersependapat dalam isu gabungan Pas-UMNO pada muktamar nanti. Tujuan utama golongan tersebut adalah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Pas dan PKR, golongan itu berusaha untuk menguasai Pas demi kepentingan PKR dan seterusnya menuruti telunjuk PKR.”

Bagi saya adalah tidak mengejutkan sama sekali apabila kenyataan terbuka Datuk Dr. Zainal Kling seakan-akan senada dengan Dr. Mohamad Mustafa terhadap Pas. Bagi saya, memberi pendapat kedua-dua tokoh akademik pro-UMNO ini adalah lebih berbentuk kecaman negatif terhadap Pas. Adalah tidak sedikitpun menghairankan kerana mereka ini sudah sejak sekian lama membuat pelbagai ‘analisa akademik’ (?) dan melihat peranan Pas di dalam kancah politik tanahair dengan penuh sinis dan negatif. Kedua-duanya terkenal dengan sikap ‘ultra nasionalis’ dan sentiasa berpandangan ‘pro-UMNO’ hatta di dalam kajian akademik mereka sendiri.

Namum bagi saya adalah amat memualkan apabila kedua-duanya ada bergelar profesor boleh membuat kenyataan sedemikian rupa. Di manakah etika akademik yang mereka pakai apabila pandangan mereka ini lebih berbentuk ‘emosi kebencian’ terhadap Pas, begitu cetek dan tidak mempunyai daya akademik (scholarly) langsung. Apakah mereka mahu meletakkan daya pemikiran politik mereka setaraf dengan JKKK kampung dan tidak dihormati oleh masyarakat umum?

Amat malang jika seseorang profesor masih dalam kotak pemikiran lamanya mengenai perkembangan semasa dan gagal memahami perubahan politik tanah air. Maka terfikir juga saya di manakah daya pemikiran mahasiswa yang mereka pimpin di menara gading selama ini yang sejak sekian lama di kongkong bagaikan anak-anak sekolah oleh AUKU dan pentadbir universiti sendiri?

Yang nyata, Pas bukan sebuah parti politik murahan yang boleh diperkudakan oleh mana-mana pihak. Pas mempunyai organisasinya yang tersendiri dan setiap kepimpinan perlu patuh kepada disiplin dan adab-adab parti. Tidak timbul soal golongan pro-muzakarah yang dilabelkan sebagai ‘kumpulan ulama’ dan pro-Pakatan Rakyat yang di labelkan sebagai ‘kumpulan Erdogan’.
(drsyedazman)

BN TAK TANDING DUN PENANTI

Label:

Kekosongan kerusi kerana 'permainan' pembangkang: PM

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam membuat keputusan tidak meletakkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei ini kerana tidak mahu terjerumus dalam permainan politik pembangkang.

Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu dicapai sebulat suara kerana Dewan Tertinggi BN berpendapat kekosongan kerusi DUN berkenaan bukan berasaskan peruntukan Perlembagaan, sebaliknya disebabkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) mahu menyelesaikan masalah dalamannya.
(berita harian online)

Komen: Mungkinkah juga BN tidak mahu bertanding di DUN Penanti disebabkan ada ura-ura yang menyatakan bapa Altantuya akan datang ke Malaysia untuk turun di Penanti? Atau nama calon bebas adalah sama dengan nama Islam Altantuya iaitu Aminah?
Atau BN tidak mahu sekali lagi dimalukan oleh pembangkang?

Semua persoalan di atas berlegar-legar dalam fikiran rakyat kerana BN menyerah kalah sebelum bertanding.....fikir-fikirkan.

BERAPA RAMAIKAH ORANG ISLAM YANG TIDAK MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN?

Label:

Hari ini saya nak sembang-sembang pasal salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan. Rukun Islam yang saya maksudkan ialah zakat. Zakat ni terbahagi kepada dua jenis, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat firah juga dikenali sebagai zakat badan/diri yang kita duk bayar dalam bulan Ramadan atau sebelum hari Raya Fitrah tu. Harga zakat fitrah untuk seorang lebih kurang RM5 jer….

Zakat harta pula terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
- zakat pendapatan
- zakat perniagaan
- zakat wang simpanan
- zakat saham
- zakat harta rikaz
- zakat binatang ternakan
- zakat pertanian
- zakat emas dan perak

MAKSUD GAJI/PENDAPATAN
Yang saya nak sembang-sembang kat anda semua ni ialah pasal zakat pendapatan. Pendapatan bermaksud perolehan yang merangkum pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun, perolehan hasil harta yang tidak mempunyai struktur zakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun juga diserapkan dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yang menjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.

Gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh:
• Gaji tahunan
• Tunggakan gaji
• Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat)
• Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian.

Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh:
• Khidmat guaman
• Khidmat nasihat
• Juru perunding
• Rawatan perubatan
• Kejuruteraan
• Seniman
• Lain-lain

DALIL WAJIB ZAKAT PENDAPATAN

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah al-Baqarah: ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah SAW:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".

SYARAT WAJIB ZAKAT PENDAPATAN
1. Islam.
2. Merdeka.
3. Sempurna Milik.
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.
5. Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas. (Harga emas pada 4 Mei 2009 ialah RM103.65 untuk 1 gram. Contoh untuk mengetahui nisab ialah RM103.65x85g = RM8810.25)
6. Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT PENDAPATAN

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1
2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

CONTOH:
Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

KAEDAH 2
Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dikenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan)

KAEDAH 3
Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3
A. Pendapatan dari Semua Sumber (setahun)
Gaji RM24,000
Elaun RM5,800
Bonus RM4,000
Lain-lain RM5,000
JUMLAH PENDAPATAN RM38,800

B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun)
Diri RM8,000
Isteri RM3,000
Anak-anak (1,000 x 4 orang) RM4,000
Pemberian IbuBapa RM2,400
Caruman KWSP RM2,400
Caruman Tabung Haji RM600
Caruman kepada institusi/koperasi yang telah memberi zakat bagi
pihak ahli RM1,200
JUMLAH TOLAKAN RM21,600

C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B)
RM38,800 - RM21,600 = RM17,200

Nilai melebihi paras nizab. contoh: nisab bagi
tahun 2009 (Mei) ialah RM8,810.25)

D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RM17,200.00 x 2.5% = RM430.00

NOTA:
1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).
2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri, dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal.
3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

Saya harap anda mendapat serba sedikit maklumat dari artikel ni....
ZAMBRY MB PERAK YANG SAH!!
Jumaat, Mei 22, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Mei 21, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Mei 19, 2009 | Author: Tuk Kiyai