Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

PANAS!! Ahli PERKASA Kata Sultan Kelantan adalah Sultan Haram

Label:

Ini dia ahli PERKASA yang menghina Sultan Kelantan. Kita tengok apa kata Ibrahim Ali yang beriya-iya membela Melayu dan Raja-raja Melayu.

Sila klik untuk besarkan imej.

Sumber di sini.
Kredit untuk KetuaPolisOnline

"Bajet Seluar Dalam" - Mahfuz Omar

Label:

KUALA LUMPUR 16 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Belanjawan 2011 merupakan bajet retorik dan hanya mementingkan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan seawal tahun depan.

Beliau berkata melalui bacaan awalnya sepatutnya PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun, tetapi melihat kepada bajet yang dibentangkan, ianya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak boleh menunggu lebih lama dari itu dan jika tidak ianya pasti memberikan tamparan hebat khususnya Umno-Barisan Nasional.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ianya memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, perkara itu dianggap sebagai perkara yang amat menarik pada sesi pembentangan belanjawan pada kali ini.

Apa yang dikesalkan kata beliau, di sebalik kerajaan memberikan jaminan untuk tidak menaikkan bayaran tol selama 5 tahun, kerajaan juga sepatutnya turut memberikan jaminan bahawa semua jenis subsidi khususnya petrol, barang makanan dan keperluan asas juga tidak akan dinaikkan. -SKeadilan

Tahniah kepada semua Tok Batin kerana mendapat elaun RM800 sebulan manakala Tok-tok Iman pula mendapat RM750 sebulan. Elaun Tok Batin lagi mahal daripada Imam...

Didenda Kerana Berbogel di Rumah. Macam-macam...

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Kah kah kah... Kalau nak berbogel pun tutuplah apa yang patut....Ni yang kau buka pintu tu apasal? Tak pasal-pasal naik mahkamah. Nasib baik tak ada orang yang melastik "burung" kau!! Maluuu....

Saya petik:

[SH] AYER KEROH - Gara-gara berbogel tanpa menutup pintu kediamannya, seorang pemuda didenda Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mempamerkan tubuh badannya kepada seorang pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT), bulan lalu.

Tertuduh, Teh Zhi Yong, 28, mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.

Berdasarkan pertuduhan, Zhi Yong yang tinggal di rumah sewanya di Apartment Jayamuda dengan sengaja mempamerkan tubuh badan dalam keadaan berbogel kepada Hasliza Mokhtar, 23, pada 27 September lalu, kira-kira jam 8 pagi.

Zhi Yong didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang boleh didenda tidak lebih daripada RM100 jika sabit kesalahan.

Mohd Fairuz sebelum menjatuhkan hukuman meminta tertuduh mengubah sikap dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan memalukan itu.

“Kenapa awak nak bogel, tak boleh ke pakai seluar pendek atau sekurang-kurangnya tuala walaupun di dalam rumah dan kenapa awak tak tutup pintu, tak malu ke dengan orang yang lalu-lalang di hadapan rumah awak?” katanya.

Jawapan ‘lupa menutup pintu’ yang keluar daripada mulut tertuduh menyebabkan orang ramai termasuk majistret tersenyum dan ketawa.

Mohd Fairuz kemudian menjatuhkan hukuman denda maksimum RM100 terhadap tertuduh atau satu bulan penjara jika tidak membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, pengadu (Hasliza) yang mahu ke kelas melihat tertuduh baring dalam keadaan bogel di lantai rumahnya.

Pengadu mendakwa perkara sama sering berlaku dan tertuduh sengaja membuka pintu rumahnya apabila dia dan rakan lain melalui pintu hadapan rumah.

Guru Sukan Berzina dengan Pelajar 18 Tahun. Siap Rakam Lagi...

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Guru lahanat!! Sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan pelajar sendiri . Bukan itu saja, guru tersebut merakamkan setiap aksi bersama pasangan itu. Guru lahanat ini patut dibuang kerja, dipenjara dan disebat sebagai balasan atas perbuatannya.

Saya petik:

[BH] BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Mengaku Beragama Kristian Elak Dicekup Jabatan Agama

Label:

Berani betul si mamat ni mengaku Kristian. Tahu takut tapi kenapa berjudi? Oooo...nak kaya cepat...Kaya sekejap di dunia muflis di akhirat....

Saya petik:

[SH] SEREMBAN – Seorang lelaki sanggup mengaku beragama Kristian bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam ‘Ops Judi’ yang dijalankan di premis perjudian, sekitar bandar Seremban dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit yang juga warganegara asing, berumur 30-an dan beragama Islam itu berjaya dibongkar sepasukan penguat kuasa JHEAINS yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah.

Dalam operasi yang bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang itu, penguat kuasa turut berjaya membawa penangkapan enam lagi lelaki berumur lingkungan 40-an hingga 60-an di premis berasingan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antara mereka ditahan kerana berada di dalam premis perjudian.

“Malah, ada juga antara ‘kaki judi’ yang ditahan dalam operasi ini menunjukkan ‘sikap sedikit hormat’ apabila mengenakan topi keledar ketika masuk membeli nombor ekor bagi mengelak identiti mereka daripada dikenali.

“Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya. Mereka tidak serik walaupun mengetahui aktiviti perjudian salah di sisi agama," katanya.

Menurutnya, mereka semua dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut.

“Mereka akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, menurutnya, seorang daripada lelaki yang ditahan itu akan didakwa atas satu kesalahan lain iaitu dengan mendakwa diri sebagai bukan Islam untuk mengelak daripada diambil tindakan dan akan disiasat di bawah Seksyen 48 Enakmen yang sama.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, operasi seumpama itu akan dijalankan dari masa ke semasa sepanjang tempoh ‘Kempen 1Malaysia 1Halal’ sebagai usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.

Nurul Izzah Layak Bertanding - Saifuddin Nasution

Label:

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu November ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di sini pada Khamis.

Izzah layak selepas dua pencalonan daripada Cabang Keningau dan Semporna.

KONSPIRASI II: Wow, Sayfool Dakwa Diliwat Beberapa Kali Tanpa Kondom!!

Label:

Skrip untuk episod kali ini semakin panas dengan "pengakuan" yang dibuat sayfool.

Saya petik:

[MK] Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan dijangkakan lebih banyak pendedahan yang mengemparkan bukan sahaja daripada soal-balas ke atas doktor yang merawat pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merawatnya selepas diliwat tetapi juga dengan beberapa perkembangan terbaru.

Antaranya, seorang lagi pembantu ketua pembangkang itu, - Rahimi Osman yang mendakwa bahawa dia dipaksa membuat akuan bersumpah yang tidak benar serta memalitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tuduhan liwat berkenaan.

Beberapa pemimpin PKR telah menolak pendedahan Rahimi itu adalah hanya sebagai kempen memburuk-burukkan PKR dan Anwar menjelang dua pilihan raya kecil yang akan datang.

Peguam Karpal Singh sebelum ini berkata beliau akan membawa isu Rahimi dalam perbicaraan hari ini, dalam usaha pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi yang masih gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Seorang lagi peguam Anwar - Sankara Nair menerusi e-mail semalam berkata pihaknya kemungkinan besar akan memfailkan prosiding menghina mahkamah ke atas Rahimi.

Perbicaraan ini juga menarik minat usahawan Britain, Sir Richard Branson, yang pada bulan lalu ketika di Kuala Lumpur berkata, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Malaysia dan menghindarkan pelabur asing daripada datang ke negara ini.

Sebelum ini, Anwar juga gagal menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif seorang daripada peguam yang mewakili pihak pendakwaan mempunyai hubungan intim dengan Saiful Bukhari .

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

LAPORAN LANGSUNG

9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.

9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.

"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.

"Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan,” kata Karpal.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.

Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.

Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”

Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.

10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.

Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.

10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.

Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.

Mahkamah berehat selama 10 minit.

Gadis Seksi ini, Penggodam Komputer

Label:

Saya petik:

[KS] NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.

Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.

Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.

Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.

Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.

Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. - Agensi

Jangan Sebut "Peace" kerana...

Label:

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Sumber di sini.

Ada Maklumat Peribadi Guru di Selangor Didedah Kerana Yuran RM5. Siapa Tak Marah?

Label:

Apakah rasional tindakan mendedahkan maklumat peribadi dan sulit hanya kerana tidak membayar yuran RM3 dan Rm5? Adakah hendak memalukan guru?Atau motif di sebalik pendedahan ini?

Bagi saya satu tindakan yang tidak wajar dan bijak. Pihak bankpun tidak mendedahkan maklumat sulit pelanggannya yang meminjam beratus-ratus ribu ringgit, inikan yuran Rm5 setahun...Pejabat Pelajaran Selangor perlu memberikan penjelasan yang tepat kepada semua sekolah dalam isu ini supaya tidak ada guru yang "rajin" dalam perkara ini

Saya petik:

[Mstar] KUALA LUMPUR: Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pelajaran akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.

Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).

Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.

Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pelajaran untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.

Dirogol Selepas Solat. Memang Jantan Sial!!

Label:

(Gambar hiasan)

Geram betul selepas membaca berita di bawah. Mahu je bagi kayu hoki kat kepala. Jantan lahanat!!

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.

Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Cerita Anak Hantu...Mesti Baca!!

Label:

(Gambar hiasan)

Kalaulah anda mendapat anak dan menantu berperangai macam cerita di bawah, apakah yang anda akan lakukan?

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.

Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini.

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik melihat wajah anak lelaki dan menantunya bergembira mengeluarkan wang menggunakan kad ATM miliknya, wanita terbabit menangis teresak-esak, menggeletar seluruh tubuhnya dan hampir pengsan.

“Wanita itu beristighfar panjang dan menjadi tidak keruan apabila rakaman terbabit menunjukkan anak dan menantunya berulang kali mengeluarkan wang simpanannya menerusi ATM daripada RM117,000 hingga tinggal RM15.44 sen,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa sedih dan kecewa dengan perbuatan anak serta menantunya dan hasratnya untuk membeli rumah menggunakan wang KWSP itu tidak kesampaian.

“Ketika mangsa membuat laporan, polis sudah mengesyaki kemungkinan keluarga terdekat melakukan perbuatan itu.

“Ini disebabkan dia kehilangan kad ATM yang disimpan di dalam tas tangannya. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan menerima kemungkinan itu kerana menganggap anak tunggal kesayangannya itu tidak akan mengkhianatinya ,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis terpaksa meminta bantuan pihak bank untuk melihat rakaman CCTV pada tarikh pengeluaran wang berkenaan dilakukan.

Sumber itu berkata, berdasarkan rekod dan rakaman CCTV bank berkenaan, anak lelaki dan menantu mangsa membuat pengeluaran melalui ATM sebanyak 52 kali dan 16 kali transaksi pindahan bank dalam tempoh sebulan dengan jumlah transaksi maksimum RM5,000 sehari.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an terbabit kini menyembunyikan diri dengan membawa isteri dan tiga anak selepas menyedari rahsia kemungkaran dan tindakan derhaka itu diketahui ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Adakah kerana Menderhaka gelaran "Datuk" untuk Ibrahim Ali Ditarik Balik?

Label:

Mengapakah si fulan ini dilucutkan gelaran tersebut? Adakah kerana si fulan ini seorang penderhaka?
Adakah kerana si fulan ini mengkhianati amanah pengundi Parlimen Pasir Mas, melompat menjadi MP bebas?

Saya petik:

[MK] Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya
Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Kita Akan Buat Siasatan secara Terperinci

Label:

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menyiasat terperinci dakwaan wujud individu dan kumpulan yang menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat India berhubung pengagihan bazar sempena Deepavali di sekitar bandar Klang.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, siasatan dibuat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi keadilan kepada peniaga kecil keturunan India yang mahu mencari rezeki halal.

“Kita dimaklumkan beberapa individu yang datang ke Pejabat Menteri Besar minggu lalu bahawa mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak.

“Kita mengambil berat dakwaan itu dan akan membuat siasatan lanjut mengenainya,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Katanya, pihaknya telah memanggil MMPK untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu ini.

“Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi.

“Saya mahu menegaskan bahawa saya tidak pernah dalam sepanjang masa yang material menuduh masyarakat India sebagai samseng atau gengster seperti yang cuba dibangkitkan dan didakwa pihak-pihak tertentu.

“Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum,” katanya.

Katanya, Kerajaan PR di Selangor sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama.

“Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan Barisan Nasional (BN) dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum.

“Jika rakyat Malaysia masih ingat, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pernah menuduh penyokong Parti Keadilan Rakyat dari keturunan India sebagai samseng kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam MIC.

“Tetapi, kita tegas menolak dakwaan tersebut dan menyatakan masyarakat India dengan terang menyokong PR kerana setelah sekian lama tertipu dengan corak pentadbiran MIC,” katanya.

-SH

Seorang Penyokong Pasukan Bola Sepak Kelantan Maut di Stadium Shah Alam Malam Tadi

Label:

Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan meninggal dunia di Stadium Shah Alam malam tadi. Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak-sesak keluar dari stadium tersebut selepas perlawanan suku akhir pertama antara Selangor dengan Kelantan.

Dalam pada itu perlawanan malam tadi menyaksikan Selangor dan Kelantan sama handal apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di hadapan 50,000 penonton di Stadium Shah Alam.

Komen pembaca:

Otaklunyai berkata,

Yang lain2 ambillah Iktibar... minat bersukan tu tak salah, yang menjadi salah bila melampaui batas... "sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang melampaui batas".

Mati tengok bola??? sempat mengucap ke ... atau ada tak kawan2 baik yang sama2 bersorak sakan tu ajarkan mengucap dua kalimah syahadah semasa nazak dalam kesesakan tu... tepuk dada tanya Iman... pilihan ditangan kita.

Semoga Allah S.W.T., memberi Rahmat dan KeampunanNya kepada arwah dan kita semua...,

Jom Baca Apa Amoi Ini Mahu Kasi Tau

Label:

SHAH ALAM - Untuk membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di Selangor, Kerajaan Negeri melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim ‘10:10 Selangor’, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, tunjang utama kempen ‘10:10 Selangor’ adalah senarai 10 langkah mudah yang boleh diambil setiap individu untuk menangani perubahan iklim sedunia.

Menurutnya, antara langkah disyorkan adalah mengelakkan pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah Celsius.

“Ini sebagai langkah permulaan mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil.

“Perubahan iklim sedunia merupakan cabaran terpenting untuk generasi kini.

“Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita semua sedar akan hubungan di antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegas bahawa kempen ‘10:10 Selangor’ berkenaan hanya merupakan langkah pertama.

Elizabeth berkata, kesedaran mesti diikuti dengan tindakan, baik dari pihak kerajaan, swasta ataupun individu.

Beliau berkata, 10 langkah yang disyorkan bukanlah memerlukan perubahan yang besar kepada cara hidup kita, tetapi ia dapat menjana kesan yang ketara jika kita semua berusaha bersama-sama.

Orang ramai dijemput membuat deklarasi awam penyokongan kempen ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula akan dihadiahkan kepada 500 penyertaan pertama.

-sinarharian

Anak Rakan Setugas Dirogolnya....

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Malu dapat sakitpun dapat....Menyesal sudah tidak berguna lagi. Kalau sudah buat jenayah dengan manusia, itulah habuannya...

Saya petik:

[HM] MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu.

Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.

Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis.

Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

“Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya.

Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.

Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya.

Saya Bukan Calon Galas

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Kalau dah Ku Li menafikan yang beliau bukan calon di Galas maka siapakah gelaran yang akan mewakili umnoapco?

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon.

Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang.

“Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan untuk mengetuai jentera BN dan akan memobilisasikan jentera kami untuk memastikan kemenangan BN.

“Saya juga memberi jaminan bahawa jentera nasional akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Najib berkata, dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu, beliau meminta supaya jentera UMNO dan BN Pusat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengundi ialah pada 4 November.

Percikan Darah Panas di Muka & Kepala Hancur

Label:

SEREMBAN - "Badan saya menggigil apabila terasa darah panas memercik ke muka saya sebelum saya ternampak pula beberapa kepala penumpang hancur akibat dihempap bas yang dinaiki.

"Beberapa penumpang lain pula menjerit-jerit kesakitan akibat tersepit dicelah-celah serpihan bas."

Demikian cerita detik-detik ngeri yang dialami oleh seorang penumpang bas Ekspres Delima, Tew Chi Ling, 18, yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan 12 nyawa dan 38 lagi cedera di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka kelmarin.

Dalam tragedi pada pukul 6.40 petang itu, bas Ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van, tiga buah kereta serta sebuah bas lain.

Menurut Chi Ling, kejadian itu sangat menakutkan dan dia sendiri turut menangis.

"Bukan setakat muka saya dipenuhi darah malah dinding bas yang kami naik juga terpercik darah," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.

Kata remaja itu lagi, dia terperangkap selama beberapa minit di dalam bas sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

"Sehingga hari ini saya seolah-olah masih terdengar suara-suara tangisan meminta tolong dan lebih menakutkan apabila saya kerap terbayangkan mangsa-mangsa yang maut di depan mata saya," katanya.

-kosmo

Pembunuhan Ngeri: Muka Ditoreh & Tangan Putus. Angkara Dendam?

Label:

(Gambar Mangsa)

Adakah pembunuhan ini angkara dendam? Mungkin ya. Jika dilihat pada perbuatan pelaku kepada mangsa, sungguh kejam sekali...

Saya petik:

[HM] KAJANG: Mengerikan apabila muka seorang duda ditoreh hingga sukar dikenali, manakala tangan kanannya putus dipercayai ditetak sebelum mayatnya ditemui orang ramai di satu kawasan lapang di Taman Kajang Utama, di sini, pagi semalam.

Keadaan mayat yang ngeri menunjukkan pelakunya berdendam dengan mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Rashid Abdullah, 31, dijumpai dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di sebuah kawasan lapang di taman berkenaan pada kira-kira jam 9 pagi oleh orang awam yang kebetulan beriadah di situ.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood berkata, dia tidak menolak kemungkinan angkara dendam penyebab kematian mangsa.

“Kejadian ini bukan kerana samun berikutan dompet milik mangsa masih berisi wang RM320 dan dalam keadaan baik, malah tidak dikeluarkan dari poket mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Mangsa yang juga penyelia syarikat keselamatan di sini dipercayai ditetak dan mukanya ditoreh menggunakan senjata tajam berdasarkan keadaan mayatnya yang cedera teruk.

“Dia yang berasal dari Perak juga dikenali penduduk di situ.

“Malah, kami juga mengesan bekas isterinya yang dicerai tiga tahun lalu untuk membantu siasatan,” katanya. Katanya, polis masih menyiasat kenapa mangsa berada di kawasan perumahan itu kerana tinggal di sebuah apartmen di daerah ini.

“Dianggarkan masa kematian mangsa adalah kira-kira jam 3 pagi ketika penduduk kawasan perumahan berkenaan sedang nyenyak tidur.

“Kami kini giat mengesan senjata pembunuhan dan mengenal pasti motif pembunuhan,” katanya.

Katanya, berdasarkan kecederaan mangsa, polis tidak menolak kemungkinan lebih daripada seorang suspek terbabit dalam kes itu.

Katanya, melihatkan muka mangsa hancur dipercayai ditoreh menggunakan senjata tajam, polis hanya dapat mengenal pasti identiti mangsa menggunakan pengenalan diri di dalam dompetnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Kepada Mereka yang Bergelar PEREMPUAN SIMPANAN. Sila Baca ini

Label:

(Gambar sekadar hiasan)

Mencari kemewahan dengan menjual "body" bukan hanya mendapat kutukan manusia di dunia tetapi apa yang lebih ngeri lagi adalah kutukan dan azab seksa di akhirat. Apalah guna kemewahan yang dikecapi jika api neraka yang dimakannya. Silap-silap haribulan, penyakit kelamin yang dapat.
Bertaubatlah...

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Wanita yang mahu mencari kesenangan cara mudah dengan menjadi perempuan simpanan bukan saja melakukan dosa, malah perbuatan itu boleh diumpamakan ‘bermain api’ kerana mereka berdepan pelbagai risiko.

Apabila wanita itu bertindak meninggalkan lelaki yang ‘menyara’ mereka selepas kehabisan wang dan mencari lelaki lain, mereka berdepan pelbagai ancaman sama ada dibunuh atau dicurah asid kerana sakit hati.

Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, perkara berkenaan pernah berlaku dan perbuatan mencari wang dengan cara mudah sedemikian tidak lebih daripada berdepan masalah lebih besar di kemudian hari.

“Mereka terdedah kepada Aids atau penyakit kelamin lain malah saya pernah merawat seorang pelajar IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) yang disihir sehingga mengalami kegatalan di muka akibat dendam salah seorang lelaki yang menyimpannya sebelum ini kerana ditinggalkan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai pengakuan seorang wanita yang disimpan tiga lelaki dalam satu masa kerana lebih mudah mencari kesenangan.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Niza, 27, berkata sekarang menjadi satu trend wanita disimpan lebih seorang lelaki. Hanafi berkata, berdasarkan pengalamannya, kes seumpama itu bukan perkara baru kerana wanita terutama pelajar IPT yang sanggup menggadai tubuh badan demi mencari kemewahan dengan cara pantas.

Kemalangan Ngeri: 12 Maut 40 Cedera. Mayat Bergelimbangan

Label:

Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk. -hmetro

Berita Berkaitan: Bas Dipandu Laju Terbabas
PANAS!! Ahli PERKASA Kata Sultan Kelantan adalah Sultan Haram
Sabtu, Oktober 16, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ini dia ahli PERKASA yang menghina Sultan Kelantan. Kita tengok apa kata Ibrahim Ali yang beriya-iya membela Melayu dan Raja-raja Melayu.

Sila klik untuk besarkan imej.

Sumber di sini.
Kredit untuk KetuaPolisOnline
Links to this post
"Bajet Seluar Dalam" - Mahfuz Omar
Sabtu, Oktober 16, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR 16 Okt - Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Belanjawan 2011 merupakan bajet retorik dan hanya mementingkan Pilihan Raya Umum yang akan diadakan seawal tahun depan.

Beliau berkata melalui bacaan awalnya sepatutnya PRU-13 akan diadakan pada bulan Mac atau Jun, tetapi melihat kepada bajet yang dibentangkan, ianya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan.

"Berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak boleh menunggu lebih lama dari itu dan jika tidak ianya pasti memberikan tamparan hebat khususnya Umno-Barisan Nasional.

"Jadi, nampaknya tidak apa yang menarik daripada pembentangan tersebut dan lebih bersifatkan retorik. Saya sifatkan sebagai bajet 'seluar dalam' di mana ianya memainkan yang penting untuk kerajaan mencapai matlamat Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) dan pertumbuhan 7 peratus yang bergantung kepada 'seluar dalam' dan juga 'kelambu'," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Tambahnya, perkara itu dianggap sebagai perkara yang amat menarik pada sesi pembentangan belanjawan pada kali ini.

Apa yang dikesalkan kata beliau, di sebalik kerajaan memberikan jaminan untuk tidak menaikkan bayaran tol selama 5 tahun, kerajaan juga sepatutnya turut memberikan jaminan bahawa semua jenis subsidi khususnya petrol, barang makanan dan keperluan asas juga tidak akan dinaikkan. -SKeadilan

Tahniah kepada semua Tok Batin kerana mendapat elaun RM800 sebulan manakala Tok-tok Iman pula mendapat RM750 sebulan. Elaun Tok Batin lagi mahal daripada Imam...
Links to this post
Didenda Kerana Berbogel di Rumah. Macam-macam...
Jumaat, Oktober 15, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Kah kah kah... Kalau nak berbogel pun tutuplah apa yang patut....Ni yang kau buka pintu tu apasal? Tak pasal-pasal naik mahkamah. Nasib baik tak ada orang yang melastik "burung" kau!! Maluuu....

Saya petik:

[SH] AYER KEROH - Gara-gara berbogel tanpa menutup pintu kediamannya, seorang pemuda didenda Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mempamerkan tubuh badannya kepada seorang pelajar perempuan institut pengajian tinggi (IPT), bulan lalu.

Tertuduh, Teh Zhi Yong, 28, mengaku bersalah selepas faham pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fairuz Johari.

Berdasarkan pertuduhan, Zhi Yong yang tinggal di rumah sewanya di Apartment Jayamuda dengan sengaja mempamerkan tubuh badan dalam keadaan berbogel kepada Hasliza Mokhtar, 23, pada 27 September lalu, kira-kira jam 8 pagi.

Zhi Yong didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil yang boleh didenda tidak lebih daripada RM100 jika sabit kesalahan.

Mohd Fairuz sebelum menjatuhkan hukuman meminta tertuduh mengubah sikap dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan memalukan itu.

“Kenapa awak nak bogel, tak boleh ke pakai seluar pendek atau sekurang-kurangnya tuala walaupun di dalam rumah dan kenapa awak tak tutup pintu, tak malu ke dengan orang yang lalu-lalang di hadapan rumah awak?” katanya.

Jawapan ‘lupa menutup pintu’ yang keluar daripada mulut tertuduh menyebabkan orang ramai termasuk majistret tersenyum dan ketawa.

Mohd Fairuz kemudian menjatuhkan hukuman denda maksimum RM100 terhadap tertuduh atau satu bulan penjara jika tidak membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, pengadu (Hasliza) yang mahu ke kelas melihat tertuduh baring dalam keadaan bogel di lantai rumahnya.

Pengadu mendakwa perkara sama sering berlaku dan tertuduh sengaja membuka pintu rumahnya apabila dia dan rakan lain melalui pintu hadapan rumah.
Links to this post
Guru Sukan Berzina dengan Pelajar 18 Tahun. Siap Rakam Lagi...
Khamis, Oktober 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Guru lahanat!! Sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan pelajar sendiri . Bukan itu saja, guru tersebut merakamkan setiap aksi bersama pasangan itu. Guru lahanat ini patut dibuang kerja, dipenjara dan disebat sebagai balasan atas perbuatannya.

Saya petik:

[BH] BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.

“Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Links to this post
Mengaku Beragama Kristian Elak Dicekup Jabatan Agama
Khamis, Oktober 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Berani betul si mamat ni mengaku Kristian. Tahu takut tapi kenapa berjudi? Oooo...nak kaya cepat...Kaya sekejap di dunia muflis di akhirat....

Saya petik:

[SH] SEREMBAN – Seorang lelaki sanggup mengaku beragama Kristian bagi mengelak daripada ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam ‘Ops Judi’ yang dijalankan di premis perjudian, sekitar bandar Seremban dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, identiti lelaki terbabit yang juga warganegara asing, berumur 30-an dan beragama Islam itu berjaya dibongkar sepasukan penguat kuasa JHEAINS yang diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah.

Dalam operasi yang bermula jam 12 tengah hari dan berakhir jam 3 petang itu, penguat kuasa turut berjaya membawa penangkapan enam lagi lelaki berumur lingkungan 40-an hingga 60-an di premis berasingan.

Jurucakap JHEAINS berkata, semua mereka ditahan ketika leka membeli nombor ekor dan ada antara mereka ditahan kerana berada di dalam premis perjudian.

“Malah, ada juga antara ‘kaki judi’ yang ditahan dalam operasi ini menunjukkan ‘sikap sedikit hormat’ apabila mengenakan topi keledar ketika masuk membeli nombor ekor bagi mengelak identiti mereka daripada dikenali.

“Bagaimanapun, taktik mereka tidak berjaya. Mereka tidak serik walaupun mengetahui aktiviti perjudian salah di sisi agama," katanya.

Menurutnya, mereka semua dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk siasatan lanjut.

“Mereka akan didakwa di bawah kesalahan berjudi Seksyen 79 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1992 Pindaan 2003.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, menurutnya, seorang daripada lelaki yang ditahan itu akan didakwa atas satu kesalahan lain iaitu dengan mendakwa diri sebagai bukan Islam untuk mengelak daripada diambil tindakan dan akan disiasat di bawah Seksyen 48 Enakmen yang sama.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, operasi seumpama itu akan dijalankan dari masa ke semasa sepanjang tempoh ‘Kempen 1Malaysia 1Halal’ sebagai usaha membanteras aktiviti perjudian di negeri ini.
Links to this post
Nurul Izzah Layak Bertanding - Saifuddin Nasution
Khamis, Oktober 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu November ini.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di sini pada Khamis.

Izzah layak selepas dua pencalonan daripada Cabang Keningau dan Semporna.

Links to this post
KONSPIRASI II: Wow, Sayfool Dakwa Diliwat Beberapa Kali Tanpa Kondom!!
Khamis, Oktober 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Skrip untuk episod kali ini semakin panas dengan "pengakuan" yang dibuat sayfool.

Saya petik:

[MK] Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan dijangkakan lebih banyak pendedahan yang mengemparkan bukan sahaja daripada soal-balas ke atas doktor yang merawat pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang merawatnya selepas diliwat tetapi juga dengan beberapa perkembangan terbaru.

Antaranya, seorang lagi pembantu ketua pembangkang itu, - Rahimi Osman yang mendakwa bahawa dia dipaksa membuat akuan bersumpah yang tidak benar serta memalitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan tuduhan liwat berkenaan.

Beberapa pemimpin PKR telah menolak pendedahan Rahimi itu adalah hanya sebagai kempen memburuk-burukkan PKR dan Anwar menjelang dua pilihan raya kecil yang akan datang.

Peguam Karpal Singh sebelum ini berkata beliau akan membawa isu Rahimi dalam perbicaraan hari ini, dalam usaha pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi yang masih gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Seorang lagi peguam Anwar - Sankara Nair menerusi e-mail semalam berkata pihaknya kemungkinan besar akan memfailkan prosiding menghina mahkamah ke atas Rahimi.

Perbicaraan ini juga menarik minat usahawan Britain, Sir Richard Branson, yang pada bulan lalu ketika di Kuala Lumpur berkata, ia sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi Malaysia dan menghindarkan pelabur asing daripada datang ke negara ini.

Sebelum ini, Anwar juga gagal menggugurkan tuduhan liwat terhadapnya, berdasarkan dakwaannya bahawa DPP Farah Azlina Latif seorang daripada peguam yang mewakili pihak pendakwaan mempunyai hubungan intim dengan Saiful Bukhari .

Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, bekas pembantu beliau di unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

LAPORAN LANGSUNG

9:41am Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya.

9:47am: Karpal berkata tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Rahimi berhubung kenytaannya kepada media.

"Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah.

"Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan,” kata Karpal.

Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau memandang berat perkara berkenaan.

Hakim Zabidin membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu.

Mahkamah bersambung dengan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng.

9.58am: Dr Siew, 40, berkata beliau telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat.

Katanya, dia merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun tahun lalu di jabatan kecemasan hospital berkenaan.

10.06am: Dr Siew berkata polis memberi taklimat kepada mereka berhubung kes berkenaan.

Ketiga-tiga doktor itu - Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali - kemudian membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes.

"Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa,” katanya.

"Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen.”

Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi - kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008.

"Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom.”

Karpal kemudian memohon jumlah kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

10.15am: Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan.

10.35am: Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal.

Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful.

10.39am: Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan.

Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

10.49am: Dr Siew berkata sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

10.54am: Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor dari HKL kemudian hari nanti.

Mahkamah berehat selama 10 minit.

Links to this post
Gadis Seksi ini, Penggodam Komputer
Khamis, Oktober 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[KS] NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.

Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.

Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.

Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.

Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.

Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. - Agensi

Links to this post
Jangan Sebut "Peace" kerana...
Khamis, Oktober 14, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

Sumber di sini.
Links to this post
Apakah rasional tindakan mendedahkan maklumat peribadi dan sulit hanya kerana tidak membayar yuran RM3 dan Rm5? Adakah hendak memalukan guru?Atau motif di sebalik pendedahan ini?

Bagi saya satu tindakan yang tidak wajar dan bijak. Pihak bankpun tidak mendedahkan maklumat sulit pelanggannya yang meminjam beratus-ratus ribu ringgit, inikan yuran Rm5 setahun...Pejabat Pelajaran Selangor perlu memberikan penjelasan yang tepat kepada semua sekolah dalam isu ini supaya tidak ada guru yang "rajin" dalam perkara ini

Saya petik:

[Mstar] KUALA LUMPUR: Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran.

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pelajaran akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.

Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).

Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.

Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.

Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.

"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.

Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.

Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.

"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pelajaran untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.

Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.

Links to this post
Dirogol Selepas Solat. Memang Jantan Sial!!
Rabu, Oktober 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Geram betul selepas membaca berita di bawah. Mahu je bagi kayu hoki kat kepala. Jantan lahanat!!

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin.

Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di sebuah rumah di Setapak, di sini, bermula apabila pelajar terbabit ke rumah rakannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Menurut sumber, selepas lebih 30 minit mereka mengulangkaji mata pelajaran, mangsa yang belum menunaikan solat meminta keizinan rakannya bersembahyang.

“Rakan perempuan sekelasnya itu memintanya masuk ke bilik tidur ibunya menunaikan solat,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu kepada suspek dan rakan sekelas mangsa itu belum pulang dari bekerja.

Sumber berkata, sebaik selesai menunaikan solat, pelajar terbabit mengangkat tangan untuk berdoa, namun perbuatannya terhenti apabila abang kepada rakan sekelasnya menyelinap masuk ke bilik berkenaan.

“Suspek yang hanya memakai tuala menarik tangan mangsa sebelum menolaknya ke atas katil.

“Mangsa yang ketakutan cuba menjerit mendapatkan pertolongan rakan sekelasnya, namun mulutnya ditutup suspek,” katanya.

Sumber berkata, suspek memukul mangsa sebelum menanggalkan pakaiannya dan merogolnya.

“Suspek mengugut mangsa merahsiakan perkara berkenaan selain mendakwa akan mencederakan pelajar itu sekiranya dia membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa memberitahu kejadian berkenaan kepada rakan sekelas sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Links to this post
Cerita Anak Hantu...Mesti Baca!!
Rabu, Oktober 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar hiasan)

Kalaulah anda mendapat anak dan menantu berperangai macam cerita di bawah, apakah yang anda akan lakukan?

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.

Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini.

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini.

Menurut sumber, sebaik melihat wajah anak lelaki dan menantunya bergembira mengeluarkan wang menggunakan kad ATM miliknya, wanita terbabit menangis teresak-esak, menggeletar seluruh tubuhnya dan hampir pengsan.

“Wanita itu beristighfar panjang dan menjadi tidak keruan apabila rakaman terbabit menunjukkan anak dan menantunya berulang kali mengeluarkan wang simpanannya menerusi ATM daripada RM117,000 hingga tinggal RM15.44 sen,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa sedih dan kecewa dengan perbuatan anak serta menantunya dan hasratnya untuk membeli rumah menggunakan wang KWSP itu tidak kesampaian.

“Ketika mangsa membuat laporan, polis sudah mengesyaki kemungkinan keluarga terdekat melakukan perbuatan itu.

“Ini disebabkan dia kehilangan kad ATM yang disimpan di dalam tas tangannya. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan menerima kemungkinan itu kerana menganggap anak tunggal kesayangannya itu tidak akan mengkhianatinya ,” katanya.

Berikutan itu, katanya, polis terpaksa meminta bantuan pihak bank untuk melihat rakaman CCTV pada tarikh pengeluaran wang berkenaan dilakukan.

Sumber itu berkata, berdasarkan rekod dan rakaman CCTV bank berkenaan, anak lelaki dan menantu mangsa membuat pengeluaran melalui ATM sebanyak 52 kali dan 16 kali transaksi pindahan bank dalam tempoh sebulan dengan jumlah transaksi maksimum RM5,000 sehari.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an terbabit kini menyembunyikan diri dengan membawa isteri dan tiga anak selepas menyedari rahsia kemungkaran dan tindakan derhaka itu diketahui ibunya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Links to this post
Mengapakah si fulan ini dilucutkan gelaran tersebut? Adakah kerana si fulan ini seorang penderhaka?
Adakah kerana si fulan ini mengkhianati amanah pengundi Parlimen Pasir Mas, melompat menjadi MP bebas?

Saya petik:

[MK] Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.

Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

“Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

“Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya
Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih bergelar 'datuk' kerana mempunyai dua lagi darjah - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

Links to this post
Kita Akan Buat Siasatan secara Terperinci
Rabu, Oktober 13, 2010 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menyiasat terperinci dakwaan wujud individu dan kumpulan yang menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat India berhubung pengagihan bazar sempena Deepavali di sekitar bandar Klang.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, siasatan dibuat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi keadilan kepada peniaga kecil keturunan India yang mahu mencari rezeki halal.

“Kita dimaklumkan beberapa individu yang datang ke Pejabat Menteri Besar minggu lalu bahawa mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak.

“Kita mengambil berat dakwaan itu dan akan membuat siasatan lanjut mengenainya,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Katanya, pihaknya telah memanggil MMPK untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu ini.

“Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi.

“Saya mahu menegaskan bahawa saya tidak pernah dalam sepanjang masa yang material menuduh masyarakat India sebagai samseng atau gengster seperti yang cuba dibangkitkan dan didakwa pihak-pihak tertentu.

“Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum,” katanya.

Katanya, Kerajaan PR di Selangor sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama.

“Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan Barisan Nasional (BN) dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum.

“Jika rakyat Malaysia masih ingat, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pernah menuduh penyokong Parti Keadilan Rakyat dari keturunan India sebagai samseng kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam MIC.

“Tetapi, kita tegas menolak dakwaan tersebut dan menyatakan masyarakat India dengan terang menyokong PR kerana setelah sekian lama tertipu dengan corak pentadbiran MIC,” katanya.

-SH
Links to this post

Seorang penyokong pasukan bola sepak Kelantan meninggal dunia di Stadium Shah Alam malam tadi. Mangsa meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak-sesak keluar dari stadium tersebut selepas perlawanan suku akhir pertama antara Selangor dengan Kelantan.

Dalam pada itu perlawanan malam tadi menyaksikan Selangor dan Kelantan sama handal apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di hadapan 50,000 penonton di Stadium Shah Alam.

Komen pembaca:

Otaklunyai berkata,

Yang lain2 ambillah Iktibar... minat bersukan tu tak salah, yang menjadi salah bila melampaui batas... "sesungguhnya Allah tidak menyukai orang2 yang melampaui batas".

Mati tengok bola??? sempat mengucap ke ... atau ada tak kawan2 baik yang sama2 bersorak sakan tu ajarkan mengucap dua kalimah syahadah semasa nazak dalam kesesakan tu... tepuk dada tanya Iman... pilihan ditangan kita.

Semoga Allah S.W.T., memberi Rahmat dan KeampunanNya kepada arwah dan kita semua...,

Links to this post
Jom Baca Apa Amoi Ini Mahu Kasi Tau
Selasa, Oktober 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM - Untuk membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di Selangor, Kerajaan Negeri melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim ‘10:10 Selangor’, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, tunjang utama kempen ‘10:10 Selangor’ adalah senarai 10 langkah mudah yang boleh diambil setiap individu untuk menangani perubahan iklim sedunia.

Menurutnya, antara langkah disyorkan adalah mengelakkan pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah Celsius.

“Ini sebagai langkah permulaan mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil.

“Perubahan iklim sedunia merupakan cabaran terpenting untuk generasi kini.

“Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita semua sedar akan hubungan di antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegas bahawa kempen ‘10:10 Selangor’ berkenaan hanya merupakan langkah pertama.

Elizabeth berkata, kesedaran mesti diikuti dengan tindakan, baik dari pihak kerajaan, swasta ataupun individu.

Beliau berkata, 10 langkah yang disyorkan bukanlah memerlukan perubahan yang besar kepada cara hidup kita, tetapi ia dapat menjana kesan yang ketara jika kita semua berusaha bersama-sama.

Orang ramai dijemput membuat deklarasi awam penyokongan kempen ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad diperbuat daripada bahan plastik yang dikitar semula akan dihadiahkan kepada 500 penyertaan pertama.

-sinarharian
Links to this post
Anak Rakan Setugas Dirogolnya....
Selasa, Oktober 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Malu dapat sakitpun dapat....Menyesal sudah tidak berguna lagi. Kalau sudah buat jenayah dengan manusia, itulah habuannya...

Saya petik:

[HM] MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu.

Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya.

Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis.

Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

“Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya.

Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.

Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya.

Links to this post
Saya Bukan Calon Galas
Selasa, Oktober 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai
(Gambar sekadar hiasan)

Kalau dah Ku Li menafikan yang beliau bukan calon di Galas maka siapakah gelaran yang akan mewakili umnoapco?

Saya petik:

[SH] KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.

Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.

“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.

Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon.

Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang.

“Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan untuk mengetuai jentera BN dan akan memobilisasikan jentera kami untuk memastikan kemenangan BN.

“Saya juga memberi jaminan bahawa jentera nasional akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Najib berkata, dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu, beliau meminta supaya jentera UMNO dan BN Pusat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengundi ialah pada 4 November.
Links to this post
Percikan Darah Panas di Muka & Kepala Hancur
Selasa, Oktober 12, 2010 | Author: Tuk Kiyai

SEREMBAN - "Badan saya menggigil apabila terasa darah panas memercik ke muka saya sebelum saya ternampak pula beberapa kepala penumpang hancur akibat dihempap bas yang dinaiki.

"Beberapa penumpang lain pula menjerit-jerit kesakitan akibat tersepit dicelah-celah serpihan bas."

Demikian cerita detik-detik ngeri yang dialami oleh seorang penumpang bas Ekspres Delima, Tew Chi Ling, 18, yang terselamat dalam kemalangan yang mengorbankan 12 nyawa dan 38 lagi cedera di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka kelmarin.

Dalam tragedi pada pukul 6.40 petang itu, bas Ekspres Delima yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur terbabas lalu merempuh pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah van, tiga buah kereta serta sebuah bas lain.

Menurut Chi Ling, kejadian itu sangat menakutkan dan dia sendiri turut menangis.

"Bukan setakat muka saya dipenuhi darah malah dinding bas yang kami naik juga terpercik darah," ceritanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini semalam.

Kata remaja itu lagi, dia terperangkap selama beberapa minit di dalam bas sebelum dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

"Sehingga hari ini saya seolah-olah masih terdengar suara-suara tangisan meminta tolong dan lebih menakutkan apabila saya kerap terbayangkan mangsa-mangsa yang maut di depan mata saya," katanya.

-kosmo

Links to this post
Pembunuhan Ngeri: Muka Ditoreh & Tangan Putus. Angkara Dendam?
Isnin, Oktober 11, 2010 | Author: Tuk Kiyai