Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

GUGURKAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM - KESATUAN INTER-PARLIMEN

Label:

Kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Anwar Ibrahim kini mendapat perhatian Kesatuan Inter-Parlimen (Inter-Parliament Union, IPU), yang mengusulkan tujuh resolusi, termasuk menggugurkan kes ini dan melantik pemantau untuk menghadiri perbicaraan seterusnya.

Jawatankuasa Hak-hak Asasi Manusia dari Perhimpunan Antara Ahli-Ahli Parlimen Sedunia membuat pengumuman dalam perhimpunan yang diadakan di Bangkok, Thailand semalam, bahawa mereka sebulat suara mengusulkan resolusi ini kepada Governing Council.
.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, iaitu Ketua Pembangkang Dewan Senat Filipina, Senator Aquilino Q Pimentel, Jr berkata, "Memandangkan kes liwat Anwar baru-baru ini dikritik secara umum sebagai cubaan untuk memusnahkan kerjaya politiknya", maka jawatankuasa ini mengusulkan:

Pertama, memberi prihatin terhadap tuduhan dan perbicaraan kes liwat yang baru, yang mana kelihatan sarat dengan "kecacatan" sebagaimana yang berlaku dalam kes liwat pertamanya beberapa tahun lalu, namun beliau telah dibebaskan kerana tidak bersalah;

Keduanya, dalam keadaan di mana dua laporan perubatan telah menunjukkan bahawa tiada kesan "tusukan" (penetration), maka ia tidak seharusnya dituduh sebermulanya, dan harus digugurkan sekarang;
.
Ketiganya, anggota barisan pendakwa raya dalam kes liwat yang pertama, iaitu Abdul Gani Patail yang dituduh mereka bukti palsu untuk menganiaya Anwar, kini terlibat dalam kes liwat yang kedua. Malah, barisan peguam pembela Anwar Ibrahim dilarang untuk mendapatkan bahan bukti, menyebabkan mereka gagal membuat persediaan untuk pembelaan;

Keempatnya, dalam kes ini, kedua-dua pihak mempunyai hak yang sama rata. Pembelaan dalam perbicaraan yang adil amat penting. Seandainya pembela tidak diberi ruang untuk menggunakan haknya, maka apa-apapun penghakiman adalah cacat.
.
Kelimanya, meminta agar Setiausaha mengaturkan agar pemantau menghadiri perbicaraan seterusnya.

Keenam, meminta agar Setiausaha menghubungi pihak parlimen Malaysia;
.
Ketujuh, menyeru agar jawatankuasa ini meneruskan siasatan kes ini, malah mengemukakan laporan dalam persidangan mesyuarat ke-123 yang akan diadakan pada Oktober tahun ini.

Tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menghadiri mesyuarat ke-122 ini adalah Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan-PKR), Sim Tong Him (Kota Melaka-DAP) dan Senator Mumtaz bt Md.Nawi (PAS). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabat Hee Loy Sian, kesemua perwakilan meluluskan resolusi yang diusulkan di atas, dengan pendirian "reserved" Malaysia turut dicatatkan.
.
IPU ditubuhkan pada tahun 1889, adalah sebuah badan antarabangsa yang berpusat di Geneva, Switzerland, dengan matlamat untuk menjalin hubungan antara parlimen sedunia ke arah demokrasi dan keamanan. MR

Projek BN untuk Orang Hulu Selangor Sudah Tiba...

Label:

TPM Muhyiddin Yassin mengumumkan para pengundi Hulu Selangor akan mendapat empat buah sekolah baru dan projek pengurusan banjir.

Beliau berkata sebuah sekolah rendah sedang dibina, manakala dua sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah akan dilaksanakan.

Manakala projek pengurusan banjir akan dibina di Batang Kali, dan dianggarkan mencecah RM2 juta.

Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak yang sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Baguslah kalau umno betul-betul buat.
Lepas ni pasti ada gula-gula pilihanraya yang lain pula. Tentunya basikal untuk anak-anak sekolah, mesin jahit untuk ibu-ibu tunggal, dan macam-macam lagi.

PELAJAR SEKOLAH KINI GILAKAN SMS/VIDEO LUCAH?

Label:

“Hi, saya HAMINAH Nikmati Koleksi video peribadiku yang hebat dan panas! sila hantar mesej HW ke **********(nombor penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan). Notice! Hanya untuk umur 18 ke atas sahaja.”

Itu merupakan kata-kata promosi agar pengguna telefon bimbit melanggan perkhidmatan lucah yang disediakan menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang kini berleluasa kembali.

Tindakan golongan tidak bertanggungjawab ini lebih berani apabila mereka mengirim SMS promosi menggunakan nombor telefon bimbit yang tertera dengan jelas.

Golongan tersebut ternyata hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata menerusi kegiatan yang tidak sihat sedemikian.

Beberapa minggu lalu, gara-gara gilakan koleksi klip video lucah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Jerteh sanggup menjadi dalang berpakat membenarkan rakan mereka untuk memecah rumah keluarga sendiri!

Puncanya kerana tidak mampu melunaskan hutang membeli klip video itu yang berjumlah kira-kira RM1,000.

Lebih mengejutkan, kedua-dua pembekal klip video lucah itu juga merupakan pelajar perempuan.

Pada 4 Mac lalu, Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap sebuah premis jualan telefon bimbit di Pulau Pinang yang didakwanya membenarkan kegiatan penjualan video lucah.

Anggota Lembaga UNGGAS Mohd Hafiz Nordin mendakwa lambakan video lucah tempatan dan luar negara semakin menjadi trend dan ia memberi kesan terutama masalah sosial kepada masyarakat khususnya remaja.

“Melalui pemerhatian yang dijalankan, kebanyakan pembeli video lucah ini adalah terdiri daripada remaja sekolah… video lucah dijual dengan harga berpatutan,” katanya.

Mohd Hafiz berkata pihak berkuasa perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai yang menjual video pornografi termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka

Difahamkan, antara kaedah mereka ialah bekerjasama dengan kedai yang menjual isian semula dengan mengarahkan pembeli menulis nombor telefon mereka di kedai tersebut yang biasanya menjual antara RM3 hingga RM 10 melalui Sistem Pesanan Ringkas (sms).
- EP

MEB: FOMCA, MTUC BANTAH PENGGUNAAN DANA KWSP

Label:

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) mahu kerajaan memberi jaminan sebarang pelaburan melibatkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara, selamat dan terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman dan Pengerusi MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud senada dalam isu melibatkan MEB yang dicadang Perdana Menteri yang seakan-akan mempertaruhkan setiap sen simpanan wang rakyat.

Kedua-dua pemimpin itu bimbang pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada pencarum, bahkan sebaliknya menghakis dana sedia ada.

"Perlu ada jaminan sekiranya kerajaan membenarkan KWSP melabur di luar negara, maka kerajaan perlu memastikan ia adalah pelaburan yang selamat."Sebab, kita dapati banyak pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi manfaat kepada pengguna dari segi pulangan umpamanya pelaburan dalam sektor berisiko tinggi," kata kepada TV Selangor, hari ini.

Mohd Yusof juga menyatakan Fomca bimbang dengan sikap Jawatankuasa Pelaburan yang sering melabur tanpa memaklumkan Lembaga Pengarah KWSP seperti yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC). "Masalahnya jawatankuasa pelaburan tidak dianggotai oleh wakil pekerja, sebaliknya dianggotai pihak profesional dari segi pelaburan.

"Dari segi pemantauan dan 'check and balance', kita dapati masih kurang. Malah, apa juga yang dilaburkan kadang kala tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah," kata Mohd Yusof lagi.

Syed Shahir pula tidak menolak kemungkinan kekaburan fakta berkaitan MEB mungkin bertujuan menutup kelemahan dasar itu yang hanya menguntungkan golongan atasan sebaliknya meminggirkan masyarakat bawahan.

“Kita tak nampak jelas apakah tumpuannya terhadap golongan bawahan. Seolah-olah wujud andaian bahawa apabila selesai masalah ekonomi, maka selesailah masalah pekerja atau orang bawahan,” katanya.

Beliau menganggap cakap-cakap kerajaan mahu meningkatkan pendapatan rakyat hanya omong kosong, sebaliknya bimbang amalan penswastaan menyebabkan pemerintah terpaksa menampung kerugian syarikat dengan menggunakan wang rakyat.

“Kita mendapati banyak kelemahan dalam hal berkaitan penswastaan. Malah ada yang terpaksa diambil balik oleh pemerintah. Misalnya, syarikat penerbangan Malaysia yang suatu waktu dulu diswasta tapi terpaksa ditampung balik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa pelaburan menggunakan dana KWSP perlu dilakukan secara penuh waspada dengan mempertimbangkan setiap risiko.

“KWSP kena berhati-hati betul, cermat berhemat untuk memastikan wang pencarum yang untuk simpanan hari tua itu, selamat dan memberi pulangan munasabah,” katanya. TVS

JABATAN KEHAKIMAN AS BUKTI APCO BEKERJA UNTUK ISRAEL

Label:

Tindakan syarikat perunding antarabangsa Yahudi APCO Worldwide menafikan ia pernah diupah oleh kerajaan Israel terbukti tidak benar.

Pengesahan bahawa APCO menabur fitnah mengenai hubungannya dengan kerajaan Zionis itu dikesan menerusi kenyataan yang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Akhbar Straits Times Singapore menegaskan pegawai- pegawai tertinggi syarikat APCO mengesahkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Israel pada tahun 1992.

Antara lain, APCO mengesahkan ia menjalankan kerja-kerja berhubung dengan sektor perumahan di Israel yang membabitkan kewangan Amerika.

Kenyataan APCO yang difailkan dengan jabatan kehakiman Amerika syarikat itu sekali gus menempelak penafian syarikat itu kononnya ia tidak pernah tidak menjalankan sebarang urusan untuk kerajaan Israel.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas Umno- Barisan Nasional kerana mengupah APCO walaupun syarikat itu jelas mengikat pelbagai perjanjian dengan Israel serta pemimpin diktator negara lain.

Selain itu syarikat itu juga di pimpin oleh pegawai- pegawai yang pernah berkhidmat dalam agensi perisikan Israel dan tentera negara itu.

Keadaan itu mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan.

APCO diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak untuk untuk menggubal strategi dan pendekatan bagi memulihkan imej Najib dan kerajaan yang tercalar dengan pelbagai skandal peribadi dan kewangan.

SUMBER: TVS

ADUN PR KELUAR DEWAN BANTAH BN LANGGAR PERATURAN

Label:

IPOH 31 Mac - Seperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung bagi hari kedua tidak selancar yang dirancangkan hasil kegagalan Menteri Besar 'Mahkamah' dan Speaker "Haram' yang enggan bermesyuarat dengan anggota Dewan Pakatan Rakyat sehari sebelum sidang bermula.

Keadaan kecoh timbul apabila Ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat bertikam lidah dengan ADUN Barisan Nasional berhubung beberapa aspek perjalanan sidang yang dianggap melanggar peraturan Dewan oleh Pakatan Rakyat.

Pertelingkahan bermula dengan dakwaan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh daripada 216 soalan yang dihantar oleh 28 ADUN Pakatan Rakyat kepada Setiausaha Dewan sehinggalah pertikaian mengenai keabsahan Ganesan sendiri sebagai Speaker.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara 'unilateral' membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan yang disokong sepenuhnya oleh ADUN BN sementara kesemua ADUN Pakatan Rakyat menolak sebulat suara.

Malah mikrofon pada meja ADUN Pakatan Rakyat dipadamkan untuk menghalang mereka daripada bercakap.

Semua ADUN Pakatan Rakyat juga bersepakat mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda bahawa demokrasi telah mati di negeri Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan apabila Ganesan tidak menghiraukan bantahan beliau mengenai peraturan mesyuarat.

Ini diikuti pula oleh ADUN Pakatan Rakyat lain sebagai membantah perjalanan sidang yang dikongkong serta disalahgunakan oleh Ganesan dan BN.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi Speaker. Walaupun beliau tidak menghormati kita namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 pagi hingga 10.49 pagi habis, ini tidak pernah berlaku.

"Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah Tuanku dan dibantah oleh Speaker Sivakumar. Saya dengan Datuk Ngeh bantah dan tidak ada jawapan.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut.

"Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. Malangnya selepas keluar tidak dapat disahkan samada Zambry ada usulkan titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat," tegas Nizar pada sidang media selepas keluar dari Dewan.

Media juga dihalang daripada membuat liputan sepenuhnya dengan ditempatkan dalam bilik khas bercermin gelap.Nizar memohon maaf kepada media dia atas tindakan keterlaluan BN terhadap petugas media.

"Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada semua rakan media yang telah dinafikan hak untuk membuat liputan secara bebas sepanjang sidang DUN kali ini.
"Sedangkan sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah kita telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakan media , malahan mengadakan siaran langsung setiap kali sidang berlangsung," kata Nizar lagi.

Beliau juga berkata semua talian internet dan pengunaan talipon untuk mengakses twitter, facebook dan pautan internet yang lain telah disekat .

SUMBER: SK

PERJANJIAN DENGAN APCO DIBUAT SEBELUM GAGASAN 1MALAYSIA DILANCARKAN - ANWAR

Label:

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat.

Ia disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad.

Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.

APAKAH GAGASAN 1ISRAEL?

Label:

oleh: AIB

1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

- 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

- Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

- Platform 1Israel
menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

- Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

- Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

-Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

- Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.
- Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

ANWAR DEDAH MENGENAI APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN

Label:

Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat Mind Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar juga mendedahkan perkaitan antara Apco Worldwide dengan Perdana Menteri jelas berikutan antara yang menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha kepada Datuk Seri Najib Razak.
SUMBER: TVS

TUAN GURU TERIMA ANUGERAH DARI PEMANGKU SULTAN KELANTAN

Label:

KOTA BHARU 30 MAC: Datuk Nik Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah, bintang dan pingat daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Menteri Besar Kelantan itu menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia membawa gelaran Datuk, bersama tiga individu lain. Seramai 70 pula menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK), juga membawa gelaran Datuk, antaranya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Pelbagai darjah kebesaran lain turut dikurniakan dalam majlis yang dijadual bermula esok di Istana Balai Besar.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengurniaan itu tidak ada kaitan dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan seperti kelaziman.

Katanya, Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung esok.

SUMBER: tvs

LAGI BANGUNAN RUNTUH DI TERENGGANU: SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BN?

Label:

Tepoh, KUALA NERUS – Polis dan bomba dikejarkan ke kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disini setelah menerima panggilan kecemasan memberitahu terdapat sebahagian bangunan dalam pembinaan disini runtuh jam 5.15 petang ini 29 Mac.

Menurut seorang jurucakap pelajar kumpulan Pro-Mahasiswa UMT berkata, bangunan yang runtuh itu masih dalam pembinaan dan dicadangkan untuk digunakan sebagai Institut Oseanigrafi universiti tersebut.

“Laporan awal memaklumkan kepada saya, sekurang-kurangnya tiga orang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan salah seorang dari mereka terhempap,” katanya ketika dihubungi pada jam 6.30 petang.

Sebntar tadi, kira-kira jam 7.20 malam, beliau berkata, jumlah mangsa yang terlibat dalam runtuhan bangunan tersebut (Gambar) meningkat kepada angka 5 orang.

Katanya, seorang maut dan yang yang lain cedera parah.

"lima orang disahkan terlibat dalam kemalangan bangunan runtuh, seorang maut kerana terhempap dan tertimbus dengan runtuhan, seorang kritikal dan tiga yang lain dikejarkan ke hospital,

"semua yang terlibat adalah pekerja binaan warga Bangladesh,"jelas Haizat.

SUMBER: Buletin

DR HALILI CALON PKR HULU SELANGOR?

Label:

PKR cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi. Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Datuk Dr Halili Rahmat. Seorang lagi calon masih belum ditentukan.

Seorang pemimpin kanan cabang tersebut memberitahu Malaysiakini, nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi. “Kedua-duanya (Razali dan Dr Halili) sama-sama kuat, terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya,” kata sumber tersebut. Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan kelahiran Batang Kali.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya. Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.

SUMBER: M'kini

RM52 BILION SAHAM BUMIPUTERA HILANG - LIM GUAN ENG

Label:

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa saham-saham bumiputera bernilai kira-kira RM52 bilion di Bursa Malaysia yang dilaporkan hilang disiasat segera.

Dengan merujuk kepada satu laporan oleh agensi berita Bernama hari ini, Guan Eng berkata kehilangan saham-saham bumiputera itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Najib, dipetik Bernama sebagai berkata bumiputera hanya memiliki RM2 bilion saham dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

Beliau berpandangan bahawa saham-saham yang hilang ini diagih-agihkan kepada kroni-kroni BN, dan Guan Eng kesal kerajaan masih belum bertindak keatas kebocoran ini.

Guan Eng menjelaskan jika saham-saham ini diagihkan secara telus dan adil, sasaran ekuiti 30 peratus sudah pasti akan tercapai.
SUMBER: TVS

PEMIMPIN MELAYU JUGA SOKONG JUDI, ARAK?

Label:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perkasa, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zahrin Mohd Hashim dan Awang Selamat antara watak dan pihak yang dikecam hebat berikutan berleluasanya amalan judi dan arak di negara ini.
.
"Anda semua masih bisu, pekak dan buta. Saya cabar SPRM siasat salahlaku dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, empat nombor ekor Magnum, Toto dan Damacai. Dalam seminggu ada tujuh hari, cabutan empat nombor ekor ada 12 cabutan.
.
"Kelulusan lesen-lesen ini sungguh mudah dan dalam jumlah yang besar. Apakah wujud unsur sogokan di sini?""Menteri kewangan, Duli Raja-Raja Melayu Islam, mufti-mufti dan semua Melayu Islam tetap tidak malu dan takut ke atas kemungkaran ini yang mungkin akan mengundang kemurkaan Allah," kata Pengerusi Demi Negara, Agama dan Bangsa (D' Nab) Mohd Basir Abdullah.
.
Dalam perkembangan lain, beliau menyelar pihak tertentu yang memperalat isu kalimah Allah, hingga sanggup lompat parti dengan alasan parti dahulu tidak berusaha mempertahan Islam."Seolah-olah hanya dia yang mempertahan kalimah Allah. Apakah apabila dia lompat, dia boleh pertahankan kalimah Allah bersendirian? Allah juga yang maha tahu," katanya.
.
Mohd Basir dalam suatu kenyataannya di sini, turut mengecam Zahrin, Nordin, Mohsin, Ibrahim Pasir Mas dan Awang Selamat."Secara umum anda semua mendabik dada dan melaungkan kononnya anda pejuang agama dan hak istimewa orang Melayu. Tetapi, kenapa maksiat, pelacuran, judi dan arak tidak pernah anda semua sentuh dalam hujah-hujah atau usulkan di parlimen?
.
"Salahguna kuasa dan rasuah dalam kelulusan lesen-lesen judi, arak dan pusat hiburan dan pelacuran? Anda pekak, bisu dan buta. Ini semua menghancurkan bangsa anda, Melayu anda, dan sedikit demi sedikit Islam anda. Anda semua buat-buat tidak nampak, buat buat pekak, buat-buat bisu. Pembangkang sudah tentu tiada kuasa terhadap kelulusan lesen-lesen ini.
.
"Tapi ahli parlimen Melayu Islam mesti bertanggungjawab. Kepada SPRM, saya ingin nasihat sikit. Cuba siasat dalam kalangan menteri BN yang terlibat dalam meluluskan lesen-lesen judi empat nombor ekor," tambah beliau lagi.
.
Di samping itu, beliau turut mencabar Ibrahim Ali dan ahli parlimen Bebas lain untuk merujuk hal yang diharamkan Islam. "Perkasakah anda untuk katakan hal ini semua tidak salah, tidak haram. Perkasanya anda cuma untuk memperkasa Ibrahim Ali. Jangan tertipu dengan kata-kata Ibrahim Ali.
.
"Melayu Islam jangan jadi pekak, bisu dan buta terhadap kemungkaran ini. Anda semua berebut kuasa dan kedudukan dan mengaku sebagai penjaga agama Islam dan hak Istimewa orang Melayu. "Akhirat nanti kita tidak boleh bisu, pekak dan buta kerana yang menjawab pertanyaan Allah nanti adalah bukan mulut atau lidah kita, takut dan malulah kepada Allah," kata beliau.
.
Sebagai pengerusi badan D' Nab, beliau menasihat pihak-pihak di atas agar tidak bertindak memusnahkan agama, negara dan rakyat Islam ini. "Cukup-cukuplah dengan kemajuan duniawi. Majulah dan insaflah diri sendiri selamatkan negara Islam ini dari kehancuran dan kemusnahan. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan ikatan silaturrahim sesama kita, walaupun kita mempunyai pendapat yang berbeza," tambahnya.
.
Pengerusi badan itu, Mohamad Basir Abdullah boleh dihubungi termasuk melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) 019-6824198 ataupun melalui mel-e mohamad.basir@yahoo.com.
.
SUMBER: EP
GUGURKAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM - KESATUAN INTER-PARLIMEN
Sabtu, April 03, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, April 02, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, April 01, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Tindakan syarikat perunding antarabangsa Yahudi APCO Worldwide menafikan ia pernah diupah oleh kerajaan Israel terbukti tidak benar.

Pengesahan bahawa APCO menabur fitnah mengenai hubungannya dengan kerajaan Zionis itu dikesan menerusi kenyataan yang difailkan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Akhbar Straits Times Singapore menegaskan pegawai- pegawai tertinggi syarikat APCO mengesahkan syarikat itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Israel pada tahun 1992.

Antara lain, APCO mengesahkan ia menjalankan kerja-kerja berhubung dengan sektor perumahan di Israel yang membabitkan kewangan Amerika.

Kenyataan APCO yang difailkan dengan jabatan kehakiman Amerika syarikat itu sekali gus menempelak penafian syarikat itu kononnya ia tidak pernah tidak menjalankan sebarang urusan untuk kerajaan Israel.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini membidas Umno- Barisan Nasional kerana mengupah APCO walaupun syarikat itu jelas mengikat pelbagai perjanjian dengan Israel serta pemimpin diktator negara lain.

Selain itu syarikat itu juga di pimpin oleh pegawai- pegawai yang pernah berkhidmat dalam agensi perisikan Israel dan tentera negara itu.

Keadaan itu mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan.

APCO diupah oleh kerajaan pimpinan Najib Razak untuk untuk menggubal strategi dan pendekatan bagi memulihkan imej Najib dan kerajaan yang tercalar dengan pelbagai skandal peribadi dan kewangan.

SUMBER: TVS
ADUN PR KELUAR DEWAN BANTAH BN LANGGAR PERATURAN
Rabu, Mac 31, 2010 | Author: Tuk Kiyai

IPOH 31 Mac - Seperti yang dijangka perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung bagi hari kedua tidak selancar yang dirancangkan hasil kegagalan Menteri Besar 'Mahkamah' dan Speaker "Haram' yang enggan bermesyuarat dengan anggota Dewan Pakatan Rakyat sehari sebelum sidang bermula.

Keadaan kecoh timbul apabila Ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat bertikam lidah dengan ADUN Barisan Nasional berhubung beberapa aspek perjalanan sidang yang dianggap melanggar peraturan Dewan oleh Pakatan Rakyat.

Pertelingkahan bermula dengan dakwaan Speaker 'haram', Datuk R. Ganesan yang mendakwa menerima hanya tujuh daripada 216 soalan yang dihantar oleh 28 ADUN Pakatan Rakyat kepada Setiausaha Dewan sehinggalah pertikaian mengenai keabsahan Ganesan sendiri sebagai Speaker.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir secara 'unilateral' membentangkan usul kepercayaan kepada Ganesan yang disokong sepenuhnya oleh ADUN BN sementara kesemua ADUN Pakatan Rakyat menolak sebulat suara.

Malah mikrofon pada meja ADUN Pakatan Rakyat dipadamkan untuk menghalang mereka daripada bercakap.

Semua ADUN Pakatan Rakyat juga bersepakat mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda bahawa demokrasi telah mati di negeri Perak.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bertindak keluar Dewan apabila Ganesan tidak menghiraukan bantahan beliau mengenai peraturan mesyuarat.

Ini diikuti pula oleh ADUN Pakatan Rakyat lain sebagai membantah perjalanan sidang yang dikongkong serta disalahgunakan oleh Ganesan dan BN.

"Kita telah bertegang leher kerana kita ingin jelaskan bahawa Ganesan tidak layak menjadi Speaker. Walaupun beliau tidak menghormati kita namun kita cuba beri kerjasama. Selain itu sesi soal jawab hanya dari jam 10.10 pagi hingga 10.49 pagi habis, ini tidak pernah berlaku.

"Sebab lain kami keluar ialah dalam agenda tidak ada perbahasan titah Tuanku dan dibantah oleh Speaker Sivakumar. Saya dengan Datuk Ngeh bantah dan tidak ada jawapan.

"Maka kami ambil keputusan keluar dewan kerana dengan beberapa alasan kuat tersebut.

"Kami mencabar Zambry dan Ganesan, kalau ada perbahasan kami akan hadir esok. Malangnya selepas keluar tidak dapat disahkan samada Zambry ada usulkan titah ucapan, namun sudah tersangat terlewat. Kalau ada sekarang itu sudah terlewat," tegas Nizar pada sidang media selepas keluar dari Dewan.

Media juga dihalang daripada membuat liputan sepenuhnya dengan ditempatkan dalam bilik khas bercermin gelap.Nizar memohon maaf kepada media dia atas tindakan keterlaluan BN terhadap petugas media.

"Saya merasa kesal dan memohon maaf kepada semua rakan media yang telah dinafikan hak untuk membuat liputan secara bebas sepanjang sidang DUN kali ini.
"Sedangkan sebelum ini semasa Pakatan Rakyat memerintah kita telah memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakan media , malahan mengadakan siaran langsung setiap kali sidang berlangsung," kata Nizar lagi.

Beliau juga berkata semua talian internet dan pengunaan talipon untuk mengakses twitter, facebook dan pautan internet yang lain telah disekat .

SUMBER: SK

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.

Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

"Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat.

Ia disaksikan setiausaha akhbarnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad.

Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.
APAKAH GAGASAN 1ISRAEL?
Rabu, Mac 31, 2010 | Author: Tuk Kiyai
oleh: AIB

1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

- 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

- Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

- Platform 1Israel
menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

- Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

- Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

-Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

- Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.
- Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

ANWAR DEDAH MENGENAI APCO WORLDWIDE DI PARLIMEN
Selasa, Mac 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Peranan Apco Worldwide di Malaysia sudah bermula sebelum firma perunding antarabangsa itu menandatangani perjanjian dengan kerajaan Umno Barisan Nasional, melalui syarikat Mind Team Sdn Bhd.

Pendedahan tersebut dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat pagi ini secara panjang lebar, lengkap dengan dokumen sokongan termasuk salinan perjanjian.

Ketua Pembangkang itu menganggap penglibatan Apco Worldwide yang didalangi ramai individu Israel termasuk pakar perisikan, di Malaysia sebagai ancaman nasional dan berbahaya kepada negara serta rakyat keseluruhan.

Anwar juga mendedahkan perkaitan antara Apco Worldwide dengan Perdana Menteri jelas berikutan antara yang menandatangani perjanjian itu ialah Setiausaha kepada Datuk Seri Najib Razak.
SUMBER: TVS
TUAN GURU TERIMA ANUGERAH DARI PEMANGKU SULTAN KELANTAN
Selasa, Mac 30, 2010 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU 30 MAC: Datuk Nik Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah, bintang dan pingat daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Menteri Besar Kelantan itu menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia membawa gelaran Datuk, bersama tiga individu lain. Seramai 70 pula menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK), juga membawa gelaran Datuk, antaranya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Pelbagai darjah kebesaran lain turut dikurniakan dalam majlis yang dijadual bermula esok di Istana Balai Besar.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengurniaan itu tidak ada kaitan dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan seperti kelaziman.

Katanya, Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung esok.

SUMBER: tvs

Tepoh, KUALA NERUS – Polis dan bomba dikejarkan ke kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disini setelah menerima panggilan kecemasan memberitahu terdapat sebahagian bangunan dalam pembinaan disini runtuh jam 5.15 petang ini 29 Mac.

Menurut seorang jurucakap pelajar kumpulan Pro-Mahasiswa UMT berkata, bangunan yang runtuh itu masih dalam pembinaan dan dicadangkan untuk digunakan sebagai Institut Oseanigrafi universiti tersebut.

“Laporan awal memaklumkan kepada saya, sekurang-kurangnya tiga orang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan salah seorang dari mereka terhempap,” katanya ketika dihubungi pada jam 6.30 petang.

Sebntar tadi, kira-kira jam 7.20 malam, beliau berkata, jumlah mangsa yang terlibat dalam runtuhan bangunan tersebut (Gambar) meningkat kepada angka 5 orang.

Katanya, seorang maut dan yang yang lain cedera parah.

"lima orang disahkan terlibat dalam kemalangan bangunan runtuh, seorang maut kerana terhempap dan tertimbus dengan runtuhan, seorang kritikal dan tiga yang lain dikejarkan ke hospital,

"semua yang terlibat adalah pekerja binaan warga Bangladesh,"jelas Haizat.

SUMBER: Buletin
DR HALILI CALON PKR HULU SELANGOR?
Isnin, Mac 29, 2010 | Author: Tuk Kiyai