Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

“Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional,” ujar persatuan itu dalam satu kenyataan.

PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

“Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau,” tambah kenyataan itu.

Berikut kenyataan penuh PKA UIAM

Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.

Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistem pendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifat professional.

Tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Professor Abdul Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.

Professor Abdul Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Al Qur’an: Surah al-Anbiya’ (21:7): “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan beberapa orang-laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui”.

Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbuka kerana proses konstruktif sebegini Ini akan meningkatkan tahap pemikiran masyarakat di negara tercinta ini. Peringatan ini jelas berkait rapat dengan ayat Al Qur’an dalam Surah al-Baqarah (2:111):

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanya angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Professor Abdul Aziz Bari sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara. Beliau bagaimanapun tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.

Sebagai seorang ahli akademik, Professor Abdul Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik. Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini.

Kami tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu 'precedence' pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggap sensitif atau sebaliknya.

Sebarang tafsiran dan pandangan yang dibuat dari hasil kepakaran seseorang ahli akademik sewajarnya disambut secara lapang dada oleh mana-mana pihak.

Kritikan inteletek adalah sangat penting di dalam dunia akademik kerana dengannya budaya keilmuan di sesebuah universiti itu boleh berkembang dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan anak bangsa dan negara.

Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukan dalam “Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel” yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11 November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: “the right to contribute to social change through freely expressing their opinion of state policies and of policies affecting higher education”.

PKA UIAM menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik. Keprihatinan pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders) dalam perkara ini amat perlu untuk memertabatkan Malaysia sebagai hub pendidikan tinggi antarabangsa dengan universiti-universitinya bertaraf dunia.

Sekian. Terima kasih.

Nak buang sial, tapi kena perkosa

Label:

Gambar sekadar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.

“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.

“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.

Sumber berkata, akibat takut mangsa bersetuju mengikut suspek ke sebuah hotel bagi menjalani rawatan.

“Sebaik tiba di hotel, suspek merogol mangsa dan mendakwa kaedah itu mampu membuang sial dan sihir yang ada pada tubuhnya,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis berhampiran kediamannya untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.
P/s: Mudahnya ditipu...

[VIDEO] Pemimpin Libya Muammar Gaddafi terbunuh

Label:

KUBU...seorang pegawai NTC menunjukkan saluran pembetungan tempat Gaddafi bersembunyi. 

---

Saya petik:

[TMI] TRIPOLI, 20 Okt – Bekas pemimpin Libya Kol Muammar Gaddafi, yang memerintah negara itu selama 42 tahun, ditemui terbunuh di lokasi beliau bersembunyi di Sirte hari ini.

Dalam pada itu, seorang anak Muammar, Mo’tassim dibunuh oleh pejuang-pejuang dari Majlis Peralihan Nasional (NTC) manakala seorang lagi Saif al-Islam, yang cuba melepaskan diri dari bandar terbaru yang jatuh, Sirte telah dikepung, demikian menurut pegawai majlis itu hari ini.

“Mo’tassim dibunuh oleh pejuang-pejuang,” kata pegawai NTC Abdel Majid Mlegta kepada Reuters.

“Saif al-Islam cuba untuk meninggalkan Sirte dalam kovoi yang kecil. Tentera kami telah mengepung dia,” katanya.

Perdana Menteri NTC Mahmoud Jibril berkata pengerusi majlis itu akan mengisytiharkan negara itu telah bebas daripada penguasaan dan kepimpinan Muammar secara rasmi sama ada hari ini ataupun esok.

“Mustafa Abdel Jalil akan tampil hari ini atau selewat-lewatnya esok, untuk mengisytiharkan kebebasan negara (Libya) dan akan memberikan butiran khusus mengenai pembunuhan Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media hari ini.

Libya jatuh ke tangan pejuang anti-Muammar dua bulan lalu selepas kebangkitan rakyat sejak awal tahun ini. - Reuters

Ilmu pengasih asap rokok

Label:

Saya petik:
 
[HM] JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.

Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.

Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.

“Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.

“Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.

Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri.

“Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.

“Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.

“Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek.

“Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.

Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.

Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.

“Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya.

Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya. 
 
Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.

Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.

Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.

“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.

“Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.

Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.

Beri RM20,000 untuk 'beli bini orang'

Label:

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak.

Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang’ namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah.

Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami.

Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.

“Suami saya sekarang tidak kisah mengeluarkan RM20,000 sebagai bayaran tebus talak asal kami dapat bersama,” katanya yang berkahwin buat kali kedua hanya selepas empat bulan dicerai suami pertama.

Wanita ini disuntik jarum HIV kerana putuskan hubungan

Label:

Saya petik:
[SH] JOHOR BAHRU – Setelah 18 tahun menjalin cinta, seorang eksekutif jualan memutuskan hubungan dengan kekasih kerana didera.

Akibatnya, Fanny, 37, mendakwa telah disuntik dengan jarum HIV positif yang didakwanya didalangi bekas teman lelakinya, Jerry, 40.

“Hubungan kami berjalan lancar sepanjang 17 tahun lalu sehingga akhir tahun lalu, apabila Jerry memberitahu dia sakit teruk, jadi saya berhenti kerja dan berpindah ke kediamannya untuk menjaganya,” katanya pada sidang media di sini yang dianjurkan pembantu khas Menteri Besar Johor, Loh Teh Hian.

Fanny berkata, teman lelakinya mula berubah menjadi seorang yang baran, malah mendera secara lisan dan memukulnya beberapa kali.

“Setiap kali saya memberitahunya saya akan tinggalkannya, dia akan ancam mahu menyuntik saya dengan jarum HIV positif, membuatkan saya terus tinggal di sisinya.

“Dia mula kehilangan berat badan dan mengadu sakit kaki dan dada tetapi dia tidak pernah membenarkan saya menemaninya untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Akibat tidak mampu bersabar dengan sikap teman lelakinya, Fanny nekad keluar dari rumah tersebut Selasa lalu.

“Beliau cuba menghubungi saya banyak kali dan merayu agar saya kembali kepadanya, jadi kami mengadakan pertemuan di sebuah pusat beli belah 16 Oktober lalu.

“Semasa duduk di restoran makanan segera di situ, ada seseorang berlari ke arah kami dari belakang saya dan ketika itu saya rasakan ada sesuatu yang mencucuk belakang saya,” katanya.

Sejurus kejadian, teman lelakinya bangun lalu mengutip jarum suntikan yang terjatuh ke lantai, lalu memberitahu saya telah disuntik jarum HIV positif.

“Beliau berkata kepada saya dengan cara itu, saya akan kembali ke pangkuannya,” katanya.

Jelas Fanny, biarpun pemeriksaan kesihatan telah dibuat dan dia disahkan bebas HIV, namun doktor menyarankan enam bulan untuk pemantauan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner, Zainuddin Yaakob mengesahkan menerima laporan tersebut.

“Polis sedang menyiasat kes ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Bolehkah lelaki ini menjadi contoh terbaik kepada remaja?

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 19 Okt: Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang telah membuat tuduhan melalui twitter yang menyatakan "mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada" adalah satu fitnah jahat.

"Kami mahu Khairy meminta maaf kepada anak lelaki Guan Eng dan juga kepada Guan Eng sendiri malah seluruh rakyat Pulau Pinang atas tuduhan tersebut.

"Selain itu juga kami berharap peringkat tertinggi Umno dapat mengambil tindakan tegas dengan apa yang telah dilakukan oleh Khairy itu," tegas Tony lagi.

Beliau juga berpendapat Khairy sepatutnya menjadi contoh kepada remaja-remaja di luar perlu menunjukkan contoh yang baik bukannya mengamalkan budaya fitnah jahat sedemikian dan ini akan menimbulkan satu budaya yang tidak sihat jika kelakuannya itu menjadi ikutan.

"Jawatankuasa Disiplin Umno jangan pandang rendah atas apa yang telah dilakukan, tindakkan perlu diambil dan hanya meletakkan itu sebagai kes terpencil.

"Sikap sambil lewa atau lepas tangan akan merosakkan kesejahteraan negara ini serta menjadi ikutan remaja yang lain," sambungnya lagi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan tuduhan mencabul yang dilakukan oleh blog pro Umno terhadap anak lelaki Lim Guan Eng hanyalah satu fitnah dan juga pembohongan.

Tony Pua yang menjawab tuduhan tersebut pada satu sidang media di parlimen menjelaskan segala apa yang dilakukan oleh blog papagomo dan juga mediapermatangpauh itu jelas satu fitnah yang jahat dan palsu.

"Kita melihat Umno semakin terdesak sehingga sanggup melemparkan fitnah kepada Guan Eng dengan menggunakan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

"Melalui siasatan yang telah kami lakukan, kami dapati remaja perempuan yang dikatakan telah dicabul itu bukannya warganegara Malaysia. Gambar yang diambil juga merupakan dari sumber internet bukanya dari sumber asal," jelasnya.

Tambah Tony lagi, tuduhan politik kotor Umno ini semakin jelas pembohongannya apabila setelah gambar remaja perempuan itu diperolehi DAP Pulau Pinang telah pergi ke sekolah di mana tempat anak Ketua Menteri Belajar dan dari tinjau yang diperolehi pelajar dan guru termasuk penguins di sekolah tersebut tidak mengenali remaja perempuan itu.

"Jawapan yang diperolehi jelas penipuan yang dilakukan oleh Umno dan ini sebagai usaha mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Dalam pada itu penyelidikan telah dilakukan oleh Pengurus IT DAP, Goh Kheng Teong dan pengesahan diperolehi mendapat remaja perempuan yang bernama Anya Corke berusia 21 tahun bukannya warganegara Malaysia.

"Remaja tersebut merupakan pemain catur peringkat antarabangsa dan tidak pernah memasuki negara ini, malah beliau merupakan seorang pelajar di sebuah kolej di Amerika Syarikat," jelasnya lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut serta pada sidang media itu juga sekali lagi menekankan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak tegas ke atas blog pro Umno itu serta mengambil tindakan kepada Ketua Pemuda kerana tuduhan liar yang menpunyai niat jahat serta berkepentingan politik Umno.

Ketua UMNO Cawangan ditangkap ketika leka bermain mesin kuda!

Label:

KUANTAN, 19 Okt - Para penduduk Felda Sg.Panching Utara dekat sini gempar apabila dimaklumkan seorang pemimpin peneroka di situ telah ditangkap oleh pihak polis ketika sibuk berjudi di sebuah pusat siber haram Jalan Air Putih dekat sini. Pemimpin terbabit yang dikenali sebagai Che Mamat Abdullah, adalah merupakan Ketua UMNO Cawangan B Felda terbabit. Beliau ditangkap ketika sedang asyik bermain "mesin kuda" di premis berkenaan. Menurut sumber, kejadian itu sudah berlaku sejak beberapa hari yang lalu sebenarnya. Namun, dek kerana takut mendapat aib dan malu terhadap beliau serta parti yang dipimpinnya (UMNO) maka kes tersebut sengaja disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Namun, atas sikap prihatin beberapa orang saksi pada hari kejadian maka perkara ini akhirnya didedahkan. Sementara itu, beberapa orang penduduk yang ditemui terkejut dengan insiden berkenaan. "Sungguh memalukan, beliau yang disanjung sebagai pemimpin masyarakat peneroka di sini tiba-tiba menconteng arang ke muka kami. Jika inilah sikap pemimpin yang kami pilih, maka sia-sia sahaja harapan yang diberikan kepada beliau selama ini. Tergamak dia berjudi, sedangkan dia tau perbuatan itu haram di sisi agama. Malah, tindakan berjudi mesin kuda itu juga jelas membuktikan sikap sebenar pemimpin berkenaan", kata mereka.
Sumber: pahangdaily

Pelajar lahir & kelar bayi dalam bilik asrama

Label:

Saya petik:

[HM] BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

Wanita dipaksa serah tubuh syarat bebas suami

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.

Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.

“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.

Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.

“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.

Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya.

[VIDEO] Tragis: Budak dilanggar van, dibiarkan begitu saja....

Label:

25,000 buku 'kemewahan' Rosmah diedarkan

Label:

Saya petik:

[MK] Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Buku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.

Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.

"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR.

P/s: Sesiapa yang ada buku tu, bolehlah scan dan masukkan dalam Facebook...

Guru dari KL dicekup khalwat di Teluk Intan

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] TELUK INTAN: Seorang guru wanita sanggup mengharungi perjalanan dari Setapak, Kuala Lumpur ke rumah kekasihnya di Kampung Baru Batu 9, Changkat Jong, di sini, semata-mata mahu memadu kasih.

Paling mengejutkan, guru berusia 25 tahun dari Terengganu itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah bakal mentuanya ketika ibu bapa pasangannya tiada di rumah.

Bagaimanapun, tembelang pasangan itu dikesan penduduk kampung apabila mereka dicekup dalam serbuan dilakukan beberapa Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir (PAIDHP) selain dibantu anggota polis pada malam Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, serbuan yang turut disertai imam, pegawai masjid serta beberapa Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menemui pasangan itu di dalam rumah berkenaan.

Difahamkan, pasangan itu enggan membuka pintu menyebabkan penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu hadapan rumah itu.

Sumber berkata, sebaik berjaya masuk ke dalam rumah, pasangan itu dilihat sedang berbaring di atas tilam di dalam sebuah bilik.

Katanya, pihaknya mendapati wanita berkenaan yang kini mengajar di sebuah sekolah di Setapak ditemui berselimut di katil, manakala pasangannya yang juga seorang kontraktor dari Changkat Jong hanya memakai tuala mandi.

“Mereka gagal menunjukkan dokumen untuk mengesahkan mereka sudah menjadi suami isteri apabila pegawai PAIDHP meminta berbuat demikian,” katanya.

Katanya, pihaknya sudah lama mengintai aksi tidak bermoral pasangan itu sejak dua minggu lalu sebelum mengambil keputusan untuk membuat serbuan.

Difahamkan, pasangan itu sering berdolak-dalik apabila diminta menyegerakan perkahwinan.

Sumber itu berkata, serbuan itu susulan intipan dua minggu dilakukan penduduk terhadap gerak geri pasangan itu yang dikatakan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat bermadu kasih.

“Difahamkan ibu bapa lelaki itu sering menasihatkan anak lelaki mereka segera bernikah, tetapi tidak mendapat tindak balas. Ketika serbuan dilakukan ibu bapa lelaki itu tidak ada di rumah,” katanya.

Ketua kampung, Ahmad Noor Selamat kesal dengan kejadian itu dan mengucapkan terima kasih kepada pegawai PAIDHP dan polis kerana mencegah perkara mungkar itu.

“Ini kes khalwat pertama berlaku di kampung ini dan saya harap ia tidak akan berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Mohd Kamal Mohd Noor yang dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas guru dan pasangannya kerana berkhalwat.

Suami bakar isteri hidup-hidup

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.

Kakitangan akademik UIA sokong Aziz Bari
Jumaat, Oktober 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post

Khamis, Oktober 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai
 
Rabu, Oktober 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Oktober 18, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Oktober 17, 2011 | Author: Tuk Kiyai