Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

[VIDEO] Anak 'Dara' Ini PUAS Menibai Anwar & Anak-Beranak

Label:

Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Manusia ini sajakah pejuang umno yang ada? Kesian...
Memang mulut 'jamban'. Kah kah  kah...

[VIDEO] Santai Petang...

GERAM 01 Tuntut Md Isa Sabu Letak Jawatan sebagai MB Perlis

Gerakan Anak Muda (GERAM) Menuntut Menteri Besar Perlis, YAB Dato Seri Md Isa Sabu Meletak Jawatan Sebagai Menteri Besar Perlis.
Puak-puak umno pun dah meluat dengan pemimpin umno. kah kah kah...

 Terima kasih kepada pembaca blog yang memberikan link video ini...

[VIDEO] Konsert Wasatiyyah di Himpunan Jutaan Belia

Dengarkan anak-anak muda 'menyalak' macam terkena histeria....Kah kah kah...

 Anda bandingkan pula dengan konsert ini...Kah kah kah...

[FOTO] Hanya di Kelantan?

Foto: Rakan FB

Inilah pemimpin Islam. Dihormati dan disayangi oleh semua kaum. Program MB bersama masyarakat Siam di Tumpat Kelantan..

FOTO:: Debat Najib dan Anwar Bermula...

Foto: Malaysian Gag's

Terbaik....

[VIDEO] PAS Berdemo Di Depan NST

[VIDEO] Samhuri: Hidup Umno! Hidup DAP!

Inilah Shahrul, lelaki yang menyerang rumah Ambiga

[HD] KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.

Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.

"Dia ni dajjal, mempertahankan orang murtad, LGBT (lesbians, gays, bisexuals and transgenders)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.

Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.

Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.
(Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)

Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Program yang dibuat pada tahun  2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.

Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.

Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.

Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.

Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu.

[Kantoi] Kerabat Diraja Selangor Sahkan Bubu BUKAN Cucu Sultan Selangor

[SH] SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.

Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.

"Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj," katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.

Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.

“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.

“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu.

[VIDEO] Orang Umno Tentu Suka Tengok Ceramah Malaun Ini

Label:

Umno upah samseng RM20 untuk maki, serang ceramah Anwar

Label:

[KD] KUALA LUMPUR 25 Mei: Tindakan terdesak Umno Barisan Nasional (BN) yang sangggup mengupah anak-anak muda sebagai samseng membuktikan budaya memalukan itu akan berterusan selagi Umno memerintah.

“Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.

Provokasi yang sengaja dicetuskan Umno malam tadi bukan sahaja mengganggu penyokong tetapi turut mensasarkan Anwar kerana baru 30 minit beliau berucap, insiden baling objek mula berlaku.

Akibatnya, seorang warga emas dilempar batu menyebabkan kepalanya berdarah diusung penyokong lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Malah, ceramah Umno yang sengaja diadakan lebih kurang 20 meter daripada tapak ceramah KEADILAN itu juga antara usaha Umno mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).

“Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?” soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.

Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.

“Ingat, dia ambik RM200 juta, dia bayar anak muda RM20 sahaja, ini keadaan sekarang.

“Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20,” kata beliau disambut sorokan gemuruh penyokong.

Sepanjang ceramah itu juga, Anwar sempat menenangkan penyokong daripada terjebak provokasi oleh samseng Umno.

“Saudara jangan lupa bahawa malam ini adalah saksi, ini cara Umno dan Pemudanya, tiada akhlak, sabar-sabar…,” katanya yang tidak takut dengan ancaman samseng upahan itu yang disifatkan seperti cicak mengkarung.

Seawal 8.00 malam lagi, pelbagai usaha provokasi dirancang Umno dengan mengupah samseng-samsengnya menyekat jalan dan mengibarkan kain rentang mengutuk Pakatan Rakyat dan Anwar.

Sekumpulan samseng kira-kira 30 orang itu memakai baju merah dengan mengibarkan bendera selain sengaja menjerit dan memaki hamun orang ramai yang mahu ke ceramah anjuran Parlimen Lembah Pantai itu.

Lebih daripada itu, kumpulan penceramah anjuran Umno tanpa segan silu memaki, mencarut dan memfitnah Anwar.

Antara panel jemputannya, Ummi Hafilda Ali yang sinonim dengan sikap jeliknya apabila menyampaikan ceramah dengan mengaitkan isu liwat, seks dan sebagainya.

Ceramah PKR Lembah Pantai Kena Baling Batu, Telur, Letrik Dipotong

Label:

KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.

Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.

Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR.
 
Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.

Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.

Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar.

Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.
 
Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan.

“Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini.
“Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, ” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka.

“Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap.

“Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas),” Shamsul Iskandar berkata.

Ceramah PKR yang bertemakan “Halatuju Politik dan Ekonomi Negara” turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu.

Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.

Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.

Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno.
-Selangorku

Ciri Suami Terbaik Mengikut Ustaz Azhar Idrus

Label:

Foto: FB

Zina: Hukuman di Dunia dan di Akhirat

Label:

Sekadar hiasan

Tazkirah Ringkas Malam Jumaat
Di dunia, hukuman bagi orang yang berzina ialah dikenakan seratus kali sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin.

Orang yang berzina juga akan dikenakan tiga musibah di dunia dan tiga lagi di akhirat.
Di dunia:
- Dikurangkan oleh Allah S. W.T rezekinya yang halal.
- Dihilangkan keberkatan pada umurnya.
- Apabila keluar rohnya daripada jasad terlindung daripada pandangan Allah S.W.T. dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat Zabaniyah.

Di akhirat:
- Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan yang murka.
- Mendapat seksaan yang amat berat.
- Akan diseksa dengan rantai api neraka di mana jika diturunkan ke bumi, hancurlah seluruh bumi.

“Barangsiapa yang mengisi pandangan dengan pandangan yang haram, Allah S.W.T akan mengisi matanya dengan api neraka jahanam. Barangsiapa yang berzina dengan seorang perempuan akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T daripada kuburnya dalam keadaan dahaga, telanjang, menangis duka cita, dan hitam mukanya. Pada lehernya digantung rantai daripada api neraka dan pakaiannya pula daripada percikan api neraka. Terdapat juga ular dan kala jengking yang berlengkar pada kemaluan orang yang berzina. Barangsiapa yang berjabat tangan dengan perempuan yang haram, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada lehernya rantai api neraka. Jika ia mencium hidung perempuan itu, nescaya bibirnya dan hidung akan digunting oleh malaikat Zabaniyah dengan gunting api neraka.”

Sumber: Buku ‘Peringatan kepada orang yang lalai karya Haji Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie’

P/s: Ramai orang Islam di luar sana yang sudah berkahwin tetapi masih lagi mencari kepuasan 'seks haram' dengan kekasih gelap atau pelacur. Tidakkah mereka tidak tahu akan azab Allah? Bertaubatlah!!

Mengaku Sebagai Cucu Sultan Selangor, Lelaki Ini Disiasat Kerajaan Selangor

Label:

Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.

Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.

Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."

Tambahnya lagi, keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.

"Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini, Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media.

"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu. -e.yahoo

Berita berkaitan di sini.

[Wajib Baca] Isu Artis Sertai PAS: Hairie Othman Bidas Mustapa Mohamed

Sumber: FB

Isteri Dibelasah Suami Kerana Disyaki Jalin Hubungan Sulit Melalui Facebook

Label:

Sekadar hiasan

Pengajaran kepada yang ada kekasih gelap dan berhasrat untuk curang terhadap pasangan dan yang seumpama dengannya....Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya...Bertaubatlah...

[HM] GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.

Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.

“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang.

Hutang bank: Kes 154 peneroka selesai

Label:

[HD] KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh.

"Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut,” katanya.

[Gambar: Harris (tiga, kanan) sedang mendengar penjelasan Mazlan selepas mahkamah selesai memberi keputusan.]

Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli ‘blue form’ untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh.

Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada FGVHB kerana  kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh.

“Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan.

“Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya.

Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba’ yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar.

Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia.

Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya  PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka.

Isu Fitnah Minta RM10 Juta: S Manikavasagam Akan Saman Khir Toyo

[KD] SUBANG JAYA 22 Mei: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta.

Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.

“Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan!

“Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.

“Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini.

Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu.

“Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk ‘MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR’ ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com.

“Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.

“Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.

“Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat.

“Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya.

“Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada,” jelas beliau lagi.

Muzakarah Dengan Umno, Bukan Dengan NGO - Nik Abdul Aziz

[mStar] KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya untuk mengadakan muzakarah dengan Umno dan bukan dengan badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Besar Kelantan itu berkata walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak bersetuju dengan pendiriannya itu namun beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya.

"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam. Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Kota Jembal, di sini, Rabu.

Abdul Hadi, pada Isnin lepas, dilaporkan berkata PAS tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno sebagaimana yang dilaporkan oleh media sebelum ini, sebaliknya sedia berbincang dengan NGO.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata Umno sedia bermuzakarah dengan mana-mana NGO yang berasaskan Islam dan Melayu, sekiranya PAS tidak bersedia berbuat demikian.

Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS. - BERNAMA

Apakah Pendirian Majlis Fatwa Dalam Isu Gangguan di Rumah Ambiga?

[mStar] KUALA LUMPUR: PAS menggesa Majlis Fatwa menyatakan pendirian tegas mereka sama tindakan menggangu keselamatan dan ketenteraman awam merupakan satu tindakan yang dibenarkan dalam Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata jawatankuasa tersebut perlu menyatakan dengan tegas bahawa tindakan seperti ini tidak dibenarkan kerana ia membawa persepsi negatif terhadap Islam.

"Kita mahu isu ini diselesaikan dengan baik dengan tidak mencemarkan imej umat Islam di negara ini," katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan kepada Ambiga di rumahnya pada Rabu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad menyifatkan tindakan melakukan ‘senamanan punggung’ yang dilakukan oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PVTM) tersebut sebagai perbuatan yang jijik dan memalukan imej umat Islam serta orang Melayu di negara ini.

"Tindakan seperti ini sangat memalukan umat Islam dan orang Melayu dan tindakan tersebut tidak mengambarkan ajaran Islam yang sebenar. Hal ini kerana Islam adalah sebuah agama yang bertolak ansur, menghormati kebebasan bersuara serta perbezaan pendapat terhadap polisi negara.

"Kita melihat Bersih 3.0 merupakan himpunan aman yang menuntut sistem pilihan raya bersih dan adil dan ia merupakan satu tindakan yang baik dan mereka yang terlibat dengan himpunan tersebut di lihat sebagai melakukan amal soleh," katanya.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata perbuatan melakukan senaman ‘punggung’ dan membuka gerai burger di hadapan rumah Ambiga telah menggangu ruang privasi individu berkenaan.

"Ini bukan sahaja ganggu kehidupan peribadi Ambiga dan keluarganya. Kita boleh membangkang, walaupun mereka tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan mereka bolehlah lakukan dengan cara yang beradab.

"Jika merasakan Ambiga telah melakukan kesalahan bawa beliau ke mahkamah bukan dengan menggangu gugat dihadapan kediamannya dan menimbulkan ketakutan kepada beliau dan keluarganya," katanya.

Minggu lalu, Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan (PVTM) mengadakan demonstrasi di luar rumah Ambiga.

Kira-kira 10 ahli PVTM membuat senaman 'punggung' pada pukul 8.30 pagi sambil menggelarkan Ambiga dengan 'musuh negara' yang telah merosakkan imej Malaysia.

Ini merupakan demonstrasi kedua yang dibuat di rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga mengadakan 'protes burger' di luar rumahnya kerana kecewa pendapatan mereka didakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 kerana Perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan, 28 April lalu .

Umno Bawa Masuk K-Pop Sempena Hari Belia Negara 2012

Label:

Kumpulan k-pop Dal Shabet akan membuat persembahan sempena Hari Belia Negara 2012 pada 26/5, tarikh asal program Ustaz Azhar Idrus di PICC, Putrajaya
Putera-putera UMNO pastinya gembira sakan melihat aksi berahi kumpulan ini. Lihatlah gambar di bawah, antara tarian bontot daripada kumpulan ini kah kah kah...

Rafizi dan KJ berdebat, Najib yang Berpeluh. Kah kah kah

Label:

[HD] KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

[TRAGIS] Pekerja Salun Dipukul, Disamun, Diikat, Dirogol dan Melarikan Seluar Dalam oleh Lelaki Gila Seks

Label:

Sekadar hiasan

[HM] KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM4,000, malah seorang lelaki berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di Setapak, di sini, selepas merogolnya, kelmarin.

Difahamkan, lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai untuk dijadikan koleksi peribadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit dilaporkan mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali selepas merogolnya.

Mangsa yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Menceritakan kejadian itu, sumber berkata, lelaki itu datang ke kedai mangsa dengan berpura-pura mahu membuat rawatan muka.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki terbabit mengarahkannya masuk ke bilik rawatan,” katanya memberitahu ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedai berkenaan.

Sumber berkata, lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum mengugut untuk membunuhnya.

“Mangsa yang cuba melawan dipukul. Ketika itu, mangsa menangis dan merayu dikasihani.

“Rayuan mangsa tidak diendahkan sebaliknya diarah menanggalkan pakaian sebelum merogolnya,” katanya.

Katanya, selepas merogol mangsa, lelaki terbabit mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali sebelum menggeledah kedai berkenaan.

“Selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki itu kembali kepada mangsa dan mengambil seluar dalamnya.

“Lelaki itu mendakwa mahu menjadikan seluar dalam mangsa sebagai koleksi peribadi,” katanya.

Sejam kemudian, majikan mangsa pulang ke kedai berkenaan sebelum mendapati pekerjanya itu berada dalam keadaan bogel dan terikat.

Mangsa menceritakan kejadian terbabit sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

Sumber berkata, antara barangan berharga dilarikan ialah wang RM500, komputer riba dan cincin emas.

Difahamkan, sehingga kini, polis belum menahan suspek, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

Musa Hasan dipelawa Sertai Parti Pembangkang? Siapakah yang Mempelawanya?

Label:

 Benarkah dakwaan Musa Hasan ini? Jika benar, Presiden parti pembangkang yang manakah satukah yang 'tertarik' untuk mempelawa beliau? Yang satu tahu hanya dua parti pembangkang yang mempunyai presiden iaitu PKR dan PAS.

Profil Pemilik Sekinchan Ikan Bakar

Label:

Selepas Khairy Jamaluddin, ikon baru pemuda umno ini kini muncul. Kah kah kah...

Sumber

[VIDEO] Malaon Perkasa dan Umno Mengganas di Melaka

Label:

Kerja bodoh!! Malaon umno dan Perkasa begitu bangga kerana dapat membaling kereta pemimpin Pakatan dengan telur dan batu. Lihatlah apa yang polis buat...Sekadar tengok sahaja. Mengapa tak tangkap? Kalaulah penyokong Pakatan yang membaling kereta Najib Wastiyyah sudah tentu kena tangkap.
 Melayu bingai sebeginikah yang dibanggakan umno dan Perkasa? Inilah jadinya apabila orang muda gagal memahami apa itu politik yang bersih. Mereka tahu hanyalah habuan....Kah kah kah

[MK] Insiden membaling telur dan batu dalam acara melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga di Melaka Sabtu lalu cubaan untuk mensabotaj PERKASA dan Umno, kata Datuk Ibrahim Ali.

Presiden kumpulan pendesak Melayu itu memberitahu Malaysiakini, ia mungkin usaha sesetengah pihak memburukkan imej PERKASA yang tidak akan sesekali melakukan tindakan ganas itu.

"Kadang-kadang ada orang beli baju-T PERKASA atau uniform dan pakai.

"Kemudian, apabila sesuatu terjadi, orang ramai terus menyalahkan PERKASA," kata Ibrahim selepas sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Diminta menjelaskan siapa yang dimaksudkannya, Ibrahim berkata beliau tidak tahu tetapi ia mungkin atas tujuan politik.

PERKASA Melaka dan Umno Jasin sebelum ini menafikan terlibat dalam insiden di Merlimau itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Malah yang dipertua PERKASA negeri Abd Rahim Osman berkata, mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan menyerang dan merosakkan kereta dua wakil rakyat DAP kerana ia dianggap perbuatan jenayah.

Bekas isteri Sultan jadi selebriti TV

Label:

AZRINAZ ketika mengiringi Sultan Hassanal Bolkiah pada satu majlis di Bandar Seri Begawan, Brunei pada Julai 2008.

[kosmo] KUALA LUMPUR – Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, 33, bakal membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai juri jemputan program realiti mencari pengacara On Air di Astro Ria pada pukul 10 malam esok.

Ia merupakan kemunculan pertama Azrinaz di kaca televisyen selepas dia berhenti sebagai pengacara di TV3 pada bulan Mei 2005.

Pengurus Program Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata, Azrinaz akan muncul sebagai juri jemputan dan salah seorang tenaga pengajar bagi program tersebut.

“Azrinaz menerima pelawaan kami untuk muncul sebagai juri jemputan episod pertama program On Air pada Khamis ini.

“Selain menjadi juri jemputan, Azrinaz juga akan menjadi salah seorang tenaga pengajar untuk cabaran stand upper (melaporkan secara langsung dari lokasi),” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

[VIDEO] Debat Penuh Isu PTPTN: Rafizi VS Khairy

Video streaming by Ustream

Video streaming by Ustream

Ada yang tak kena dalam kes Khalwat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah P.Pinang?

Label:

[HM] GEORGETOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) semalam, membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang untuk semakan semula keputusan melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Adam Tumiran dan isterinya, Nurul Ezani Mat Isa atas tuduhan berkhalwat pada 17 Mei lalu.

Rayuan itu dibuat Ketua Pendakwa Syarie, Mohammad Zulkhairi Aziz di pejabat pendaftar jam 12 tengah hari.

Pada 17 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membebas dan melepaskan Adam serta Nurul Ezani atas tuduhan berkhalwat di kuarters kerajaan pada 5 Disember 2010.

Hakim Syarie, Othman Ibrahim berkata, mahkamah terpaksa menolak pertuduhan khalwat terhadap mereka berikutan tiada asas relevan kerana Mahkamah Syariah Daerah Kota Tinggi, Johor sudah mengesahkan status perkahwinan Adam, 44, dan Nurul, 35, adalah sah mengikut hukum syarak.

[VIDEO] Naib Ketua Pemuda Umno Kampar Nafi Telefon Nizar semasa dia meroyan. Anda Lihatlah Buktinya....

Label:

Kah kah  kah...memang layak si malaon ini duduk dalam umno. Memang pandai berbohong dan berlakon....Dia mendakwa tidak menghubungi DS Nizar melalui telefon untuk mendapatkan sokongan setelah kecewa dengan pejabat tanah dan pemimpin UMNO yang terlibat dengan projek pasir.

Video ketika malaon sedang meroyan di sini

Melayu Ini Jual Nasi Lemak Dekat Jalan TAR Tapi Sambut Hari Jadi di Hotel 5 Bintang

"Kami terdiri daripada peniaga-peniaga. Saya menjual nasi lemak. Jangan kacau periuk nasi kami, Kami mengalami kerugian yang amat besar semasa berlangsung Bersih 1, 2, 3. Siapa yang mahu menanggung kerugian yang kami alami?"

Kah kah kah

Selamat menyambut hari lahir kepada Dato' Jamal, kami doakan supaya Dato' dipanjangkan umur, murah rezeki, diberikan kesihatan, gembira disamping org tersayang

Majlis diadakan pada 4 Ogos yg lepas di Concorde Hotel KL, Kawan-kawan Dato' dari M'sia Ferrari owner Club turut sama meraikan majlis

Majlis dikendalikan oleh Roslan Shah, antara artis&selebriti yg hadir ialah Ekin Mawi, Nur syela, Datin Noniswara, Pian cecupak, shahera (halimah jongang),Nurul Syuhada (majalah3), Teh Shuhaida (MHI)

[FOTO] Artis pun Tumpang Glamour Ustaz Azhar Idrus. Kah kah kah...

Label:

Artis yang 'berhijrah' seperti Irma Hasmie, Yatt, Diana Amir, Heliza Helmi dan rakan-rakan bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus.
[VIDEO] Anak 'Dara' Ini PUAS Menibai Anwar & Anak-Beranak
Sabtu, Mei 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Manusia ini sajakah pejuang umno yang ada? Kesian...
Memang mulut 'jamban'. Kah kah  kah...
[VIDEO] Santai Petang...
Sabtu, Mei 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
GERAM 01 Tuntut Md Isa Sabu Letak Jawatan sebagai MB Perlis
Sabtu, Mei 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Gerakan Anak Muda (GERAM) Menuntut Menteri Besar Perlis, YAB Dato Seri Md Isa Sabu Meletak Jawatan Sebagai Menteri Besar Perlis.
Puak-puak umno pun dah meluat dengan pemimpin umno. kah kah kah...

 Terima kasih kepada pembaca blog yang memberikan link video ini...

[VIDEO] Konsert Wasatiyyah di Himpunan Jutaan Belia
Sabtu, Mei 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Dengarkan anak-anak muda 'menyalak' macam terkena histeria....Kah kah kah...

 Anda bandingkan pula dengan konsert ini...Kah kah kah...

[FOTO] Hanya di Kelantan?
Sabtu, Mei 26, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Foto: Rakan FB

Inilah pemimpin Islam. Dihormati dan disayangi oleh semua kaum. Program MB bersama masyarakat Siam di Tumpat Kelantan..
FOTO:: Debat Najib dan Anwar Bermula...
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Foto: Malaysian Gag's

Terbaik....
[VIDEO] PAS Berdemo Di Depan NST
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[VIDEO] Samhuri: Hidup Umno! Hidup DAP!
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Inilah Shahrul, lelaki yang menyerang rumah Ambiga
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[HD] KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya pemimpin utama anak muda yang menyerang rumah Datuk S Ambiga semalam adalah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.

Shahrul Nasrun Kamarudin yang memimpin sekumpulan remaja ke rumah Ambiga semalam, sebelum ini pernah dilaporkan keluar dengan pelakon yang juga janda anak bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Nora Danish.

"Dia ni dajjal, mempertahankan orang murtad, LGBT (lesbians, gays, bisexuals and transgenders)," Shahrul didengar bertempik di depan rumah S Ambiga, Pengerusi bersama Bersih semalam sebelum menyerahkan memorandum.

Sebelum ini, satu persatu Harakahdaily mendedahkan siapakah di belakang penyerang rumah Ambiga.

Antaranya pemimpin 'senaman punggung', Datuk (palsu) Mohd. Ali Baharom yang mengaku membeli gelaran datuk dengan harga RM250,000 manakala Datuk Jamal Md Yunus adalah tauke Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang menghadapi masalah dengan restorannya itu.
(Kelantan Fiesta 2010 yang gagal selepas diserang ribut)

Nama Shahrul Nasrum yang memimpin satu NGO yang bernama 'Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia' mula timbul selepas 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' gagal dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Program yang dibuat pada tahun  2010 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke 1V itu gagal sepenuhnya sehingga Pengerusi Umno Kelantan terpaksa menggunakan 'loud heller' untuk bercakap dengan beberapa tetamu yang hadir selepas kawasan perhimpunan di serang ribut.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dilarang oleh pihak penganjur dari menyertai majlis itu.

Lebih menjijikkan lagi, sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk menjayakan program itu dihantar kembali oleh pihak penganjur.

Tuanku Sultan Kelantan juga telah membatalkan penyertaannya ke majlis itu selepas 'gagal mematuhi protokol' yang ditetapkan istana.

Program yang sepatutnya disiar secara langsung oleh RTM itu dibatalkan begitu sahaja.

Kini Shahrul datang dan memekik perkataan yang tidak sewajarnya diucapkan kepada seorang bukan Islam di negara ini di samping membuat bising di kawasan yang dianggap elit itu.
[SH] SHAH ALAM – Kerabat Diraja Selangor mengesahkan Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid, kekasih artis Indonesia Syahrini bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti didakwa.

Tengku Seri Wangsa Diraja, Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj berkata, dakwaan tersebut tidak benar memandangkan Sultan Sharafuddin dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah serta seorang putera iaitu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang hampir sebaya Raja Mohammad Syazni.

"Saya mengesahkan bahawa Raja Mohammad Syazni Raja Mohammad Rashid bukan cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj," katanya kepada Sinar Harian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Terdahulu, Syahrini melalui portal hiburan Indonesia, detikhot. com mendakwa menjalinkan hubungan dengan seorang Kerabat Diraja Selangor, iaitu Raja Mohammad Syazni atau lebih dikenali sebagai Bubu.

Beliau berkata, mereka bercinta sejak dua tahun lalu selepas berkenalan ketika bertemu sempena sambutan tahun baru di Kuala Lumpur pada Disember 2010. Manakala Bubu pula mengesahkan dirinya merupakan Kerabat Diraja Selangor dan bukan berasal dari Bogor dan berketurunan Batak sebagai mana yang dihebohkan media Indonesia sebelum ini.

“Saya ada dengar berita yang tidak menarik mengenai saya. Saya bukan orang Bogor atau Batak. Berita yang anda dengar itu adalah tidak benar.

“Saya keturunan raja, saya adalah cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, tak semua orang di Malaysia boleh menggunakan nama itu,” kata Bubu.

[VIDEO] Orang Umno Tentu Suka Tengok Ceramah Malaun Ini
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Umno upah samseng RM20 untuk maki, serang ceramah Anwar
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai

[KD] KUALA LUMPUR 25 Mei: Tindakan terdesak Umno Barisan Nasional (BN) yang sangggup mengupah anak-anak muda sebagai samseng membuktikan budaya memalukan itu akan berterusan selagi Umno memerintah.

“Dengan upah RM20 kepada samseng-samseng didikan Umno itu membuktikan mereka sanggup mempergunakan anak-anak muda demi politik kotor mereka,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di hadapan lebih 1,000 penyokong di perkarangan Flat Pantai Permai, Lembah Pantai malam tadi.

Provokasi yang sengaja dicetuskan Umno malam tadi bukan sahaja mengganggu penyokong tetapi turut mensasarkan Anwar kerana baru 30 minit beliau berucap, insiden baling objek mula berlaku.

Akibatnya, seorang warga emas dilempar batu menyebabkan kepalanya berdarah diusung penyokong lain dari tapak ceramah dan dibawa ke hospital dalam keadaan separa sedar.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan sewaktu Anwar berucap.

Malah, ceramah Umno yang sengaja diadakan lebih kurang 20 meter daripada tapak ceramah KEADILAN itu juga antara usaha Umno mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Apa yang dia boleh buat, dia ada wang. Dia boleh bayar RM20 untuk pemuda jadi seperti itu. (sambil menunjuk ke arah samseng Umno).

“Dia ugut, kalau dia ingat dia nak baling batu, baling telur, dia ingat nak bagi kita lari semua?” soal Anwar disambut jawapan tidak oleh penyokong.

Tambah Anwar, sepatutnya anak muda harus sedar mereka semua hanya diperalatkan Umno.

“Ingat, dia ambik RM200 juta, dia bayar anak muda RM20 sahaja, ini keadaan sekarang.

“Kalau nak jadi pemimpin negara, jadikan anak Cina, India juga seperti anak kamu. Ini anak Najib, anak dia, anak lain anak 1Malaysia. Maka jeritlah kamu dah dapat RM20,” kata beliau disambut sorokan gemuruh penyokong.

Sepanjang ceramah itu juga, Anwar sempat menenangkan penyokong daripada terjebak provokasi oleh samseng Umno.

“Saudara jangan lupa bahawa malam ini adalah saksi, ini cara Umno dan Pemudanya, tiada akhlak, sabar-sabar…,” katanya yang tidak takut dengan ancaman samseng upahan itu yang disifatkan seperti cicak mengkarung.

Seawal 8.00 malam lagi, pelbagai usaha provokasi dirancang Umno dengan mengupah samseng-samsengnya menyekat jalan dan mengibarkan kain rentang mengutuk Pakatan Rakyat dan Anwar.

Sekumpulan samseng kira-kira 30 orang itu memakai baju merah dengan mengibarkan bendera selain sengaja menjerit dan memaki hamun orang ramai yang mahu ke ceramah anjuran Parlimen Lembah Pantai itu.

Lebih daripada itu, kumpulan penceramah anjuran Umno tanpa segan silu memaki, mencarut dan memfitnah Anwar.

Antara panel jemputannya, Ummi Hafilda Ali yang sinonim dengan sikap jeliknya apabila menyampaikan ceramah dengan mengaitkan isu liwat, seks dan sebagainya.
KUALA LUMPUR 24 Mei : Ceramah PKR di perkarangan pangsapuri di Lembah Pantai di sini menjadi kecoh apabila beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah hadirin yang berkumpul untuk mendengar ucapan daripada pemimpin kanan parti itu.

Seorang penonton ceramah yang diadakan di dalam perkarangan flat Pantai Permai, cedera selepas terkena batu yang dilemparkan daripada arah yang tidak diketahui.

Beliau dikejarkan ke hospital oleh petugas PKR.
 
Beberapa penonton lain terkena lemparan telur sejurus selepas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memulakan ucapannya pada kira-kira pukul 10.30 malam.

Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada khemah ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap.

Peralatan Krew TVSelangor yang berada dilokasi tersebut untuk tujuan siaran langsung juga terkena serpihan telur yang dilemparkan.

Nurul Izzah, yang juga MP Lembah Pantai, dilihat memujuk beberapa penonton ceramah yang memaki hamun Umno kerana tindakan sabotaj tersebut, supaya bertenang dan bersabar.

Setelah beberapa minit, bekalan elektrik ceramah itu dapat disambung semula.
 
Nurul Izzah di dalam ucapannya berkata provokasi tersebut diadakan kerana Umno-BN takut akan kehadiran Pakatan.

“Masa saya berkempen dulu, tidak pernah seteruk ini, mereka boleh buat jahat tetapi ingatlah, rakyat akan bangkit lawan kejahatan ini.
“Umno-BN patut malu kerana melakukan provokasi sebegini, kita tidak akan takut tetapi mereka yang takut, ” katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Atkin juga menyeru individu-individu yang membaling batu dan telur tersebut agar memberhentikan tindakan mereka.

“Saya mintak Pemuda Umno supaya jangan bertindak sedemikian. Hormati hak kita untuk berucap seperti kita hormati hak kamu untuk berucap.

“Berucaplah sekuat-kuat hati tetapi jangan sampai buat macam ini (bertindak ganas),” Shamsul Iskandar berkata.

Ceramah PKR yang bertemakan “Halatuju Politik dan Ekonomi Negara” turut memuatkan majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menegah Rendah oleh Nurul Izzah.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PKR Tian Chua turut memberi ucapan pada malam itu.

Suasana bermula tegang dari pukul 8 malam ekoran sebuah lagi ceramah Umno-BN yang telah diadakan berhampiran tapak ceramah PKR.

Wartawan TVSelangor berkata beberapa kumpulan mat rempit yang berkeliaran di jalan ke flat tersebut bertindak membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan.

Jalan ke flat Pantai Permai juga dikepong oleh pemuda yang dipercayai aktivis Umno-BN berbaju merah yang cuba menakut-nakutkan pengguna kenderaan dengan mengajukan banner perkataan kesat dan mengibar bendera Umno.
-Selangorku
Ciri Suami Terbaik Mengikut Ustaz Azhar Idrus
Jumaat, Mei 25, 2012 | Author: Tuk Kiyai

Foto: FB
Zina: Hukuman di Dunia dan di Akhirat
Khamis, Mei 24, 2012 | Author: Tuk Kiyai
Sekadar hiasan

Tazkirah Ringkas Malam Jumaat
Di dunia, hukuman bagi orang yang berzina ialah dikenakan seratus kali sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin.

Orang yang berzina juga akan dikenakan tiga musibah di dunia dan tiga lagi di akhirat.
Di dunia:
- Dikurangkan oleh Allah S. W.T rezekinya yang halal.
- Dihilangkan keberkatan pada umurnya.
- Apabila keluar rohnya daripada jasad terlindung daripada pandangan Allah S.W.T. dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat Zabaniyah.

Di akhirat:
- Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan yang murka.
- Mendapat seksaan yang amat berat.
- Akan diseksa dengan rantai api neraka di mana jika diturunkan ke bumi, hancurlah seluruh bumi.

“Barangsiapa yang mengisi pandangan dengan pandangan yang haram, Allah S.W.T akan mengisi matanya dengan api neraka jahanam. Barangsiapa yang berzina dengan seorang perempuan akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T daripada kuburnya dalam keadaan dahaga, telanjang, menangis duka cita, dan hitam mukanya. Pada lehernya digantung rantai daripada api neraka dan pakaiannya pula daripada percikan api neraka. Terdapat juga ular dan kala jengking yang berlengkar pada kemaluan orang yang berzina. Barangsiapa yang berjabat tangan dengan perempuan yang haram, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada lehernya rantai api neraka. Jika ia mencium hidung perempuan itu, nescaya bibirnya dan hidung akan digunting oleh malaikat Zabaniyah dengan gunting api neraka.”

Sumber: Buku ‘Peringatan kepada orang yang lalai karya Haji Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie’

P/s: Ramai orang Islam di luar sana yang sudah berkahwin tetapi masih lagi mencari kepuasan 'seks haram' dengan kekasih gelap atau pelacur. Tidakkah mereka tidak tahu akan azab Allah? Bertaubatlah!!
Mahu menjadi terkenal dengan publisiti murahan. Itulah yang boleh dikatakan tentang kekasih kepada selebriti jelita negara seberang, Syahrini, Bubu apabila dia mengakui bahawa dia adalah keluarga kerabat diraja Selangor.

Pengakuan yang dibuat Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni secara terbuka itu telah sampai ke pengetahuan DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dan ia telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang kemudiannya telah mengarahkan pihak kerajaan Selangor untuk menyiasat identiti sebenar Bubu.

Menurut satu sumber kepada laman detikHot, "Kerajaan Selangor sangat marah dengan kenyataan Bubu. Mereka sedang mencari dan akan menyiasat identiti sebenar Bubu."

Tambahnya lagi, keluarga kerabat diraja Selangor menggunakan gelaran 'Tengku' dan bukannya 'Raja' seperti yang didakwa oleh Bubu sebelum ini. Penggunaan 'Raja' biasanya dipakai oleh keluarga kerabat diraja Perak.

"Kerajaan Selangor telah mengesahkan bahawa Bubu bukanlah cucu Raja Selangor," jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini, Bubu yang ditemui pada minggu lepas di Hotel Royal, Bogor telah menafikan bahawa dia bukan berasal dari Bogor seperti yang didakwa sesetengah pihak media.

"Saya keturunan raja, saya cucu Raja Selangor. Nama saya Raja, jadi tak semua orang di Malaysia boleh memakai nama itu," kata Bubu ketika itu. -e.yahoo

Berita berkaitan di sini.
Sumber: FB

Sekadar hiasan

Pengajaran kepada yang ada kekasih gelap dan berhasrat untuk curang terhadap pasangan dan yang seumpama dengannya....Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya...Bertaubatlah...

[HM] GOMBAK: Gara-gara sering melayari laman sosial, seorang isteri menerima nasib malang apabila dibelasah suami kerana disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain ketika melayari Internet berkenaan di rumah mereka di Selayang, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 29 tahun baru terjaga daripada tidur sebelum mendapati suaminya berusia 30-an tiada di bilik.

Mangsa mencarinya di ruang tamu dan terkejut apabila mendapati suaminya itu sedang mengasah parang.

Menurut sumber, mangsa yang pelik dengan sikap suaminya itu cuba menegur namun dimarahi dan dihambur kata-kata kesat, malah dituduh berlaku curang.

“Terkejut dengan sikap suaminya, mangsa cuba menenangkan lelaki itu dan memberitahu dia tidak pernah berlaku curang.
Hutang bank: Kes 154 peneroka selesai
Khamis, Mei 24, 2012 | Author: Tuk Kiyai
[HD] KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh.

"Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut,” katanya.

[Gambar: Harris (tiga, kanan) sedang mendengar penjelasan Mazlan selepas mahkamah selesai memberi keputusan.]

Baru-baru ini peneroka di seluruh negara telah dikejutkan apabila mereka diminta menandatangani dokumen pinjaman bank bagi membeli ‘blue form’ untuk saham FGVH, malangnya mereka dipaksa kerana digambarkan bakal mendapat durian runtuh.

Pada 16 Mei lalu 154 orang peneroka sekitar negeri Pahang telah memohon injunksi mahkamah dengan ‘inter parte’ bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada FGVHB kerana  kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Harris berkata, borang dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris dan majoriti peneroka tidak faham sedangkan kakitangan Felda memberitahu dokumen tersebut untuk mendapat durian runtuh.

“Tidak ada pegawai atau peguam bank yang hadir untuk memberi taklimat dan penerangan. Bahkan mereka juga dilarang membawa balik borang bagi tujuan diteliti atau mendapatkan nasihat daripada pihak-pihak yang berkenaan.

“Tempoh masa yang diberikan singkat dan kena diisi depan pegawai Felda. Jadi proses yang seumpama itu menimbulkan banyak kemusykilan sehingga peneroka-peneroka terasa mereka tertipu...", jelasnya.

Difahamkan, ramai peneroka yang marah kerana purata usia mereka sudah melebihi setengah abad dan berusia lanjut jadi sepatutnya mereka tidak diheret dengan hutang bank dan riba’ yang tidak dinyatakan jumlahnya, apa cagarannya serta tempoh masa yang mereka kena bayar.

Dalam pada itu Harris mengatatakan durian runtuh yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8 baru-baru ini tidak ada kena mengena dengan saham kerana FGVH belum disenarai di Bursa Malaysia.

Sementar itu turut hadir memberi sokongan di mahkamah hari ini ialah Presiden ANAK Mazlan Aliman, Timbalannya Aris Faizul Ismail, Timbalan Pesuruhjaya  PAS Pahang Ustaz Yusof Embong serta beberapa orang pimpinan PAS Kawasan aktivis peneroka.
[KD] SUBANG JAYA 22 Mei: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam mahu mantan Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo mendedahkan bukti berhubung dakwaan tawaran RM10 juta.

Katanya, jika Khir berani, beliau sepatutnya tampil mendedahkan bukti, bukannya sengaja memburukkan namanya.

“Dia boleh cakap dia ada bukti, tunjukkan kepada saya, buktikan bahawa saya yang panggil dia untuk jumpa. Buktikan!

“Tapi kenapa lepas empat tahun, dia (Khir) cakap dalam akhbar Sinar Harian (17 Mei lalu), bahawa BN tidak mengamalkan cara begini.

“Kalau betul, kenapa tak buat laporan ke atas saya. Kamu (Khir) boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di sini hari ini.

Hadir sama, Gwo Burne dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tegas Manikavasagam, bagi membuktikan laporan itu berniat jahat, beliau akan membuat laporan polis dan memanjangkannya bagi menyaman penyebar berita itu.

“Dalam kes ini, saya akan buat laporan polis berdasarkan laporan bertajuk ‘MP Kapar Minta RM10 Juta Dari Khir Toyo Untuk Keluar PKR’ ditulis oleh M Zakrul Adam daripada blog Sel13.com.

“Kemudian saya akan lantik peguam bagi menyaman mereka, saya sudah rancang untuk memfailkan saman itu dalam masa terdekat,” katanya.

Mengimbas kembali kejadian yang didakwa beliau bertemu dengan Khir untuk meminta wang RM10 juta, Manikavasagam memberitahu, beliau sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.

“Dia (Khir) yang cakap dengan saya begini: YB, jika kamu tidak gembira, datanglah kepada kami, kami akan jaga kamu. Kami akan beri kamu duit RM10 juta.

“Bukan dari mulut saya, semuanya dari mulut dia. Kemudian saya cakap, tengoklah…tidak sampai lima minit, dia (Khir) terus jalan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pujukan dan tawaran untuk keluar parti turut dialaminya sejak beberapa tahun dahulu tetapi pendiriannya tetap utuh bersama Pakatan Rakyat.

“Sejak 2008, saya sudah senaraikan beberapa orang yang mahu saya keluar parti, sehingga sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah saya. Mereka letak kereta di depan rumah saya.

“Hari ini, Exco Kerajaan Negeri Perak seorang wanita, saya tidak mahu beritahu namanya, tapi jika dia cabar saya, saya akan sebut semua nama dalam senarai saya yang datang ke rumah dan pejabat saya di Kapar. Semua saya ada,” jelas beliau lagi.
Muzakarah Dengan Umno, Bukan Dengan NGO - Nik Abdul Aziz
Rabu, Mei 23, 2012 | Author: Tuk Kiyai