Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Pensyarah IPTA cabul siswi

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Pensyarah miang. Itulah gelaran buat seorang lelaki yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang berusia 50-an apabila mencabul seorang pelajar perempuan dalam biliknya di universiti berkenaan, kelmarin.

Lebih keji, pensyarah itu didakwa cuba memaksa pelajar berusia 23 tahun berkenaan melakukan aksi ringan-ringan dengan mengumpan untuk meluluskan pelajar itu dalam peperiksaan selepas mangsa enggan melayani kehendak seksualnya.

Bagaimanapun, keengganan mangsa memenuhi permintaannya menyebabkan pensyarah itu mula bertindak kasar dengan meraba serta mencium gadis terbabit menyebabkan berlaku pergelutan dalam bilik berkenaan.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa bernasib baik apabila berjaya keluar dari bilik pensyarah berkenaan sebelum membuat aduan kepada pensyarah lain dan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini.

Sumber berkata, kejadian bermula ketika mangsa mahu ke bilik pensyarah berkenaan bagi menghantar tugasan yang diberikan.

“Namun, dia terserempak lelaki itu di luar bilik sebelum mangsa diberikan kunci dan diarah menunggu di dalam bilik itu.

“Pensyarah itu muncul kira-kira 10 minit kemudian. Sebaik masuk ke biliknya, pensyarah berkenaan terus memegang pipi mangsa sebelum duduk di kerusinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bingung dengan tindakan itu memberitahu mahu menghantar tugasan.

“Bagaimanapun, pensyarah itu mendakwa tidak mahukan tugasan berkenaan sebaliknya memberitahu mahukan benda lain,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang tidak faham kemudian bertanya apa yang dimahukan pensyarahnya itu.

“Dengan bersahaja, pensyarah itu bangun dan mengunci pintu bilik sebelum menarik tangan mangsa serta memeluknya. Lelaki terbabit kemudian memberitahu mahu mencium mangsa.

“Mangsa cuba menolak dengan baik, namun lelaki itu terus meraba badannya walaupun dia merayu tidak diperlakukan demikian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bengang dengan tindakan itu memarahi pensyarah terbabit.

“Difahamkan, lelaki itu dengan bersahaja mengumpan untuk meluluskan mangsa jika memenuhi kehendak seksualnya,” katanya.

Biarpun diumpan dengan keputusan cemerlang, mangsa masih berkeras menolak pelawaan lelaki itu menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka. Pelajar terbabit bernasib baik kerana berjaya keluar dari bilik sebelum membuat aduan kepada pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan. Mangsa yang trauma dengan insiden itu kemudian tampil membuat laporan di IPK Kuala Lumpur, selepas dinasihatkan rakan, pensyarah lain dan keluarganya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Suami dihalau isteri kerana miskin

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] GOMBAK: Hanya kerana tidak mampu memberi kemewahan selepas enam tahun berkahwin, seorang isteri menghalau suaminya dari rumah mereka di Taman Seri Gombak, di sini dua hari sebelum sambutan Deepavali lalu.

Lebih menyedihkan, teksi yang menjadi sumber rezeki suaminya turut dirampas.

Sebaik dihalau, mangsa yang berusia 40 tahun terpaksa menumpang tidur di perhentian bas di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, lelaki itu pulang semula ke rumahnya untuk berbincang dengan isterinya secara baik namun dia dipukul adik iparnya yang berang sebaik mendapati mangsa pulang ke rumah itu, kelmarin.

Mangsa yang sedih dan buntu dengan insiden itu terpaksa memberitahu ibunya sendiri untuk meminta bantuan.

Sumber berkata, mangsa dipujuk pulang ke rumah ibunya di Selayang, namun dia sekali lagi diserang keluarga isterinya di depan rumah keluarganya itu dan diminta menceraikan isterinya kerana tidak mampu memberi kemewahan.

“Dalam kejadian yang berlaku jam 10 pagi itu, mangsa dikejutkan dengan kehadiran isteri, ibu mentua dan adik ipar yang menjerit dari luar rumah meminta mangsa menceraikan isterinya.

“Ibu mangsa dikatakan mententeramkan ketiga-tiga mereka namun dimaki-hamun selain diugut akan dicederakan dengan kayu dan cangkul yang dipegang adik ipar mangsa,” katanya.

Difahamkan, mangsa tidak mahu berbuat demikian kerana mereka mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil walaupun sering dihalau isterinya beberapa kali.

Menurutnya, beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu mententeramkan keadaan dan menasihati keluarga isterinya beredar.

“Isteri dan adik ipar mangsa dikatakan turut merampas telefon bimbit mangsa.

“Adik ipar mangsa dikatakan turut mengugut mahu mencederakan mangsa sekiranya masih berdegil tidak mahu menceraikan kakaknya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Amil larikan wang zakat diburu polis

Label:

Saya petik:

[kosmo] JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penipuan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan merupakan seorang imam di sebuah masjid di Kulaijaya dekat sini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

Menurut beliau, lelaki berkenaan mempunyai kad pengenalan bernombor 830803-01-5859 dengan alamat terakhirnya ialah di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulaijaya.

“Suspek telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai Amil Fitrah bagi kawasan Kulaijaya dan difahamkan dia telah berjaya mengutip wang zakat sebanyak RM18,000 pada tahun lepas.

“Bagaimanapun, sehingga kini suspek gagal menyerahkan kembali wang zakat kutipan tersebut,” kata Mohd. Luthfi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.

Kosmo! difahamkan, laporan telah dibuat oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Kulaijaya sebaik menyedari suspek gagal menyerahkan wang kutipan dan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan semua kutipan zakat tersebut.
 
Lelaki ini 7 tahun terseksa batin kerana 'dikunci' amah

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Sudah hampir tujuh tahun saya tidak ‘bersama’ isteri. Setiap kali ingin melakukannya, nafsu saya seperti disekat dan saya jadi tak bermaya, namun keadaan jauh berbeza apabila saya melihat perempuan lain.”

Itulah keluhan seorang lelaki mahu dikenali sebagai Zakry, 33, yang percaya masalah dialaminya itu angkara pembantu rumah yang sengaja ingin merosakkan rumah tangganya. Eksekutif sebuah syarikat swasta itu percaya dia tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya memiliki beberapa petunjuk atau bukti yang dirasakan berasas.

“Pada mulanya, saya menyangka saya ada masalah seksual atau lemah tenaga batin. Hasil perbincangan dengan isteri, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan doktor mengesahkan saya tidak mengalami masalah seksual,” katanya kepada Harian Metro.

Berikutan itu, Zakry bersama isteri berbincang dengan keluarga dan mereka dicadangkan berubat secara Islam kerana mungkin ada pihak menggunakan cara halus merosakkan rumah tangganya.

“Kami pergi berubat dengan seorang ustaz di Perak dan terkejut apabila ustaz itu memberitahu saya terkena sihir dipercayai dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Suami saya tak bersalah

“Suami ada menyatakan kepada saya supaya menuntut fasakh kerana kasihan terhadap nasib saya. Namun, saya tetap bertegas untuk bersamanya kerana saya percaya dia tidak akan curang,” kata Farrah, 31, isteri kepada Zakry.

Menurutnya, walaupun hampir tujuh tahun suami gagal memenuhi kehendak batinnya, dia masih mampu bersabar kerana percaya bahawa setiap dugaan atau masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaian.

“Suami saya tak bersalah, jadi kami berdua perlu tabah menghadapi dugaan ini dan bukannya tergesa-gesa untuk berpisah,” katanya.

Farrah berkata, dia mengenali suaminya sejak di bangku sekolah dan pasangannya itu sentiasa memenuhi tuntutan agama dan tidak pernah menyakitkan hatinya dengan perkataan kasar. “Saya mula menyedari perubahan suami ketika dalam pantang selepas melahirkan anak sulung dan ketika itu kami mempunyai pembantu rumah. “Memang saya syak pembantu rumah itu ada menaruh perasaan kepada suami dan sebab itulah saya memujuk suami supaya memberhentikan wanita itu,” katanya.

Menurutnya, selepas wanita itu berhenti kerja, perubahan ketara berlaku kepada suami apabila dia bersikap dingin di kamar tidur dan gagal memenuhi tanggungjawabnya.

“Selepas ustaz yang merawatnya menerangkan segala masalah dihadapi suami, perasaan sayang saya kepadanya bertambah kuat dan saya akan terus di sisinya kerana itulah tempat sebagai seorang isteri,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari berkata, bukan mustahil Zakry terkena sihir penghalang nafsu kerana ilmu iblis tidak kira batasan.
 
P/s: Beramallah dengan ayat-ayat suci al-Quran khususnya ayat ruqyah sebagai pendinding diri daripada sihir... 

Bapa Altantuya rayu segerakan kes saman

Label:

Saya petik:

[MK] Setelah tergendala sekian lama, bapa kepada warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam, merayu kepada mahkamah di negara ini agar mempercepatkan perbicaraan sivil RM100 juta yang difailkannya terhadap kerajaan.

Setev Shaariibuu (kiri), yang memfailkan saman itu pada 4 Jun, 2007, menyaman kerajaan Malaysia dan mereka yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan kejam Altantuya di sebuah hutan di Shah Alam pada 19 Oktober, 2006.

Dalam sepucuk surat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh peguam Mukhsaruul Mijiddorj, Shaariibuu berkata beliau telah membayar sejumlah besar wang kepada mahkamah Malaysia pada tahun lalu.

Wang, berjumlah RM60,000 itu sebagai bon keselamatan, dibayar oleh kerajaan Mongolia bagi pihak Shariibuu.

Walau bagaimanapun, setahun sudah berlalu tetapi beliau masih belum menerima sebarang berita mengenai tarikh kesnya itu akan dibicarakan.
Kesan buruk

"Hakikat bahawa kerajaan anda tidak mengambil sebarang langkah positif terhadap isu yang dibangkitkan oleh Mongolia mungkin (menimbulkan) kesan buruk terhadap ratusan warga Mongolia yang belajar dan tinggal di Malaysia," katanya.

"Sedangkan kerajaan Mongolia telah mencadangkan isu ini dibincangkan dengan melantik dan menghantar wakilnya ke Malaysia, namun satu tahun sudah berlalu tanpa sebarang maklum balas," katanya.

Shaariibuu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai siapa dan bila perwakilan yang dimaksudkannya itu telah datang ke negara ini bagi membincangkan perkara ini.

Adalah difahamkan bahawa surat itu, yang sesalinannya diberikan kepada Malaysiakini, pada masa ini, dalam simpanan peguam Karpal Singh, yang mewakili Shariibuu dalam kes berkenaan secara pro-bono (percuma).

Awal bulan ini, Karpal melahirkan kekecewaannya, kes saman itu telah ditangguhkan kerana kedua-dua anggota polis yang didapati bersalah berhubung pembunuhan berkenaan telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Karpal berkata beliau telah berulang-kali menulis mahkamah untuk memohon pengurusan kes saman itu, tetapi masih belum menerima jawapan.

Jom tengok harga beg tangan Rosmah

Label:

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

“Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja.

“Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri.

Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin.

Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan.

Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan.

“Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?,” soal Teo.

Janda Perlis fobia bersolek. Mengapa?

Label:

Saya petik:

[kosmo] KANGAR – Sebahagian besar golongan janda di negeri ini yang berjumlah 5,400 orang menghadapi sindrom kemurungan selepas berlaku perceraian sekali gus mengakibatkan mereka langsung tidak berminat untuk bersolek selepas perceraian.

Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) Perlis, Muhamad Hazimin Jamaludin berkata, golongan tersebut sama ada dicerai atau ditinggalkan suami mempunyai persepsi negatif bahawa mereka sudah tidak laku lagi untuk dipinang oleh mana-mana lelaki selepas menjadi janda.

Beliau berkata, paling memberi tamparan yang hebat kepada golongan tersebut ialah apabila mendapati suami meninggalkan mereka gara-gara berkahwin dengan wanita dari negara jiran yang dikatakan lebih cantik.

“Justeru tidak hairan tabiat golongan itu yang sebelum ini suka bersolek tiba-tiba berubah sehingga mereka trauma untuk bergincu atau berbedak kerana menganggap diri mereka tidak laku lagi.

“Situasi ini menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi masalah kemurungan ekoran malu dan perasaan rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya selepas dialog Memperkasakan Wanita dan Ibu Tunggal 2011 di sini semalam.

Majlis tersebut yang disertai lebih 100 ibu tunggal itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keluarga dan Masyarakat negeri, Mansor Jusoh.

Muhamad Hazimin berkata, berikutan itu, golongan tersebut lebih suka mengurung diri dalam rumah kerana bimbang pandangan serong masyarakat kononnya mereka sudah tidak cantik lagi.

Katanya, berdasarkan statistik sehingga September lalu, seramai 5,400 ibu tunggal di Perlis berdaftar dengan JPWN.

Ibu tunggal yang paling muda dikesan baru berusia 24 tahun dan menyara seorang anak.

Jururawat dibakar suami meninggal dunia

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] SHAH ALAM - Seorang jururawat yang melecur lebih 80 peratus pada tubuhnya setelah dibakar suaminya sendiri, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), awal pagi semalam.

Suriani Yahaya, 28, meninggal dunia selepas koma selama 10 hari akibat kecederaan teruk itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubu-ngi, mengesahkan wanita berkenaan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 pagi.

:Beliau berkata, bagaimanapun, bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan dan laporan tersebut dijangka diperoleh hari ini.

Katanya, tempoh reman terhadap suami mangsa yang ditahan atas kesalahan mendatangkan kecederaan, juga berakhir hari ini.

“Kita akan mohon kepada mahkamah untuk sambung perintah reman selama seminggu, sebelum kertas siasatan kes dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Setelah laporan bedah siasat keluar, kita akan lihat sama ada terdapat keperluan untuk menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam kejadian itu, wanita malang tersebut dikatakan masuk ke dalam bilik air rumahnya di Kampung Baru untuk mandi, sebelum suaminya didakwa bertindak mencampak puntung rokok ke dalam bilik air itu yang disimbah petrol.

Tindakan itu diikuti dengan letupan sehingga menyebabkan mangsa melecur teruk di seluruh badan

Tragis: Suami isteri meronta dalam kereta terbakar

Label:

Saya petik:

[HM] REMBAU: “Pasangan suami isteri itu meronta dalam kereta yang sedang terbakar, namun kami gagal menyelamatkan mereka kerana kaki kedua-dua mangsa tersepit,” kata saksi kejadian kemalangan ngeri menyebabkan pasangan suami isteri rentung di Kilometer 16, Jalan Seremban-Tampin berhampiran Ladang Perhentian Tinggi, Pedas dekat sini, semalam.

K Anbarasu, 24, berkata, ketika kejadian, dia bersama rakannya berada di kuil berhampiran dan terkejut mendengar dentuman kuat.

“Saya dan rakan meluru keluar ke arah dua kereta yang terbakar serta cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di dalamnya. “Kami cuba membantu pasangan suami isteri berkenaan yang ketika itu meronta-ronta meminta tolong, namun gagal kerana kaki mereka tersepit selain api mula marak,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Dalam kejadian jam 8.50 pagi semalam, K Jothi, 35 dan suaminya, P Mugunthan, 42, rentung apabila Honda City dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain.

Dua anak mereka M Vasigaran, 14, dan M Sreekanthan, 10, sempat diselamatkan orang ramai yang memecahkan cermin kereta.

Seorang lelaki berusia 20-an iaitu pemandu Proton Iswara yang turut terbakar dapat diselamatkan orang ramai, manakala pemandu Toyota Camry yang turut terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.

Anbarasu berkata, dia terkejut apabila Honda City dinaiki mangsa dan Proton Iswara hangus terbakar, sekali gus gagal menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Namun, sebelum saya tiba, orang ramai berjaya menyelamatkan dua anak lelaki mangsa dengan memecahkan cermin kereta itu.

Menteri Besar Dua Isteri Ditangkap Khalwat?

Label:

BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. -MSO

Isu UIA: Najib takut temu mahasiswa, dakwa wakil pelajar

Label:

Saya petik:

[MK] Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di universiti itu malam ini.

"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.

Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan.

KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM.

SMM: Najib takut mahasiswa

Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak.

Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA.

NONEBagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu.

Sementara itu, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (atas, berucap) menyifatkan pembatalan lawatan perdana menteri sebegai "takut" untuk berdepan dengan mahasiswa.

Katanya, penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung dan pihaknya menjangkakan Hishamuddin akan menerima memorandum mereka selaku wakil perdana menteri.

Perhimpunan malam ini dijadual bermula pada jam 7 petang di depan pintu utama UIA di Gombak.

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium

Label:

Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir.

Menyamar "Adik-beradik" takut DICEKUP Khalwat

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran Bagi Program Orang Miskin

Label:

Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 24 OKT: Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini

Siar kartun Nabi Nuh, RTM mohon maaf

Label:

SENSITIF...gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.

Hamil 3 bulan angkara abang

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.

Kelab Wanita Cantik untuk lelaki hidung belang

Label:

Saya petik:

[HM] SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu

Pakcik ini bersilat 20 minit halau penyamun bersenjata

Label:

Saya petik:

[HM] JERTIH: Seorang warga emas terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum berjaya membuatkan penyamun bersenjatakan parang yang memecah masuk ke rumahnya melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, Abdul Ghani Jusoh, 65, bersama isterinya berusia 68 tahun yang nyenyak tidur dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah lalu keluar dari bilik tidur untuk memeriksa.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya mengejar tikus sebelum terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya.

“Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam saya dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan saya cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.

“Walaupun uzur saya tetap bersemangat untuk melawan lelaki itu dan menggunakan pengalaman ketika aktif bersilat pada zaman remaja untuk melawannya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut (IPD) Besut di Kampung Raja, di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki terbabit melarikan diri manakala dia dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, bagaimanapun dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi semalam.

Abd Ghani yang luka di dada dan bahu akibat pergelutan itu menerima 10 jahitan di bahagian terbabit.

“Saya dan isteri yang menghidap penyakit lumpuh tidak menyangka penyamun sanggup memecah masuk rumah kerana kami tidak memiliki barang berharga,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, polis yang dimaklumkan kejadian berkenaan bertindak pantas berusaha mengesan suspek sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada jam 8 pagi semalam.

“Suspek yang dalam keadaan keletihan ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian, bersama dua bilah parang dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah itu,” katanya.

P/s: Hebat sungguh pakcik! Tapi janganlah ditiru 'aksi' pakcik ini jika anda berada dalam situasi tersebut. Bukan apa, jika penyamun memiliki senjata, ia akan membahayakan anda. Nyawa lebih penting dari segala-galanya...
Pensyarah IPTA cabul siswi
Sabtu, Oktober 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Oktober 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Oktober 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Oktober 26, 2011 | Author: Tuk Kiyai
BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. -MSO
Isu UIA: Najib takut temu mahasiswa, dakwa wakil pelajar
Selasa, Oktober 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[MK] Walaupun penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik semalam, kumpulan mahasiswa tetap mahu meneruskan perhimpunan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dekat ibu negara malam ini.

Perhimpunan anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga akan berlangsung tanpa kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di universiti itu malam ini.

"Kami bersetuju meneruskan bantahan terhadap isu itu kerana SMM cuba mengangkat isu kebebasan akademik dan bukan hanya kes Aziz Bari semata-mata," kata Penyelaras Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) Khalid Mohd Ismath.

Katanya, mereka insaf bahawa banyak lagi kes dalam bidang pengetahuan di mana kebebasan menyampaikan maklumat akademik ditahan.

KAMI antara kumpulan bergabung dalam SMM.

SMM: Najib takut mahasiswa

Peguam Aziz semalam memberitahu, UIA menarik balik penggantungan itu berkuatkuasa serta merta dan dipercayai ekoran tekanan pelbagai pihak.

Najib dijadual hadir ke pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri antara institusi pengajian tinggi di UIA.

NONEBagaimanapun, jadual terkini yang dikeluarkan agensi berita nasional Bernama menyatakan, teks ucapannya akan dibacakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, bantahan itu bertujuan menggesa UIA menghentikan siasatan terhadap Aziz susulan penarikan balik penggantungan itu.

Sementara itu, Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (atas, berucap) menyifatkan pembatalan lawatan perdana menteri sebegai "takut" untuk berdepan dengan mahasiswa.

Katanya, penyerahan memorandum pada malam ini tetap akan berlangsung dan pihaknya menjangkakan Hishamuddin akan menerima memorandum mereka selaku wakil perdana menteri.

Perhimpunan malam ini dijadual bermula pada jam 7 petang di depan pintu utama UIA di Gombak.
Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium
Selasa, Oktober 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:

[HD] KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan, meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir.
Menyamar "Adik-beradik" takut DICEKUP Khalwat
Selasa, Oktober 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
 Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
Saya petik:
[TVS] KUALA LUMPUR 24 OKT: Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan, dipetik portal Malaysia Kini
Siar kartun Nabi Nuh, RTM mohon maaf
Selasa, Oktober 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
SENSITIF...gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam.

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tiba.
Hamil 3 bulan angkara abang
Selasa, Oktober 25, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] PADANG BESAR: Seorang lelaki bertindak rakus apabila sanggup merogol adik perempuannya sendiri beberapa kali sejak Julai lalu menyebabkannya mengandung.

Malah, remaja perempuan berusia 15 tahun itu turut diugut supaya menutup mulut berhubung kegiatan sumbang mahram yang berpunca akibat nafsu buas abangnya berusia 21 tahun.

Namun, tindakan kejam abangnya itu terbongkar apabila ibu saudara gadis berkenaan menyedari perubahan ke atas anak saudaranya yang kelihatan seperti orang mengandung pada Sabtu lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal bersama bapa dan suspek yang bekerja sendiri di rumah mereka di Batu 18, Kaki Bukit, di sini, mendakwa dirogol berulang kali sehingga mengandung tiga bulan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros berkata, mangsa dipercayai dirogol buat kali pertama oleh abang kandungnya sejak Julai lalu dan perbuatan itu dilakukan berulang kali selepas itu.
Kelab Wanita Cantik untuk lelaki hidung belang
Isnin, Oktober 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai