Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

102 "AHLI PAS" SERTAI UMNO. PETANDA YANG BAIK KATA DATUK PA

Label:

Satu petanda yang baik untuk umno Kelantan dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Kemasukan 102 “ahli PAS” itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Kelantan sudah bosan dan kecewa dengan pentadbiran Pas Kelantan.

Itulah komen Datuk Pa ekoran 102 orang penduduk Pasir Mas yang menyertai umno.

Bagi Tok Kiyai, kenyataan Datuk Pa itu hanyalah perasaan “ss” beliau sahaja. Perasaan Syok Sendiri.

Bagaimana pulak dengan umno bahagian Rantau Panjang yang sesama merekapun bermasalah dan "berperang" antara satu dengan yang lain? Datuk Pa dikatakan gagal mendamaikan mereka.

[BERNAMA] PASIR MAS, Jan 8 - Kelantan Umno liaison chief Datuk Mustapa Mohamed regards the 102 PAS members from Kampung Binjal, Pohon Tar, here joining Umno as a good sign for the party in the next general election.

He said their joining Umno also showed that the people in the state were fed up with the PAS administration, which had become increasingly chaotic of late due to several arising issues.

"I am thankful that the 102 PAS members chose to join Umno and would treat this as a motivation to undertake a comprehensive effort to return Kelantan to Umno," he told reporters at a "Function with Tok Pa (Mustapa)", here, on Friday.

At the function, Mustapa who is also International Trade and Industry Minister, also received 102 Umno membership forms which were handed over by former Kampung Binjal PAS branch secretary, Tuan Roni Raja Sulaiman.

Mustapa said the effort was not a fantasy because in 2004, the "Selamat Tinggal PAS" (Goodbye PAS) drive proved effective when the Barisan Nasional (BN) won big although it failed to capture Kelantan.

"It is up to the people in Kelantan now to decide whether they want a chaotic government or us (BN)," he said.

Tuan Roni, who joined PAS 15 years ago, said he decided to quit PAS and join Umno as he was disappointed and felt cheated by PAS rule.

"PAS has failed to implement many of its promises. It fact, its state administration is now in turmoil as they are caught up in political polemics to the extent of neglecting the people's interests.

"PAS tries to cover up its many weaknesses and the people are neglected. We are disappointed because of this, and we believe only Umno can look after our interests," he said.

ISU KALIMAH ALLAH: UMNO TERLALU AGRESIF DAN PROV0KATIF

Label:

(Foto: P Sugumaran)

Kemarahan umat Islam terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan majalah mingguan “Herald The Catholic Weekly” menggunakan kalimah “Allah” boleh diterima dengan fikiran yang terbuka dan berlapang dada.

“Tetapi tindakan Umno yang terlalu agresif dan memprovokasi keputusan mahkamah itu mungkin timbul dari rasa benci kepada bukan Islam,” kata Setiausaha DAP Ipoh Barat, P Sugumaran kepada Free Malaysia Today, hari ini.

Sugumaran berkata, beliau ingin mengajak seluruh umat Islam untuk melihat perkara ini dari beberapa sudut pandangan seperti mana yang dikatakan oleh pemimpin PAS.

Katanya, “keharmonian negara amat penting dan kesejahteraan rakyat harus dijadikan agenda utama pentadbiran kerajaan.
Saya cukup menghormati para pemimpin PAS yang mengambil pendirian untuk tidak mahu bertindak secara agresif dan provokatif dalam isu ini.”

“Saya pasti bahawa PAS mempunyai prinsip perjuangan dan pembelaan yang berbeza dalam konteks ini bila mana mereka berinteraksi dengan semua golongan secara rasional,” tambahnya.

SUMBER di sini.

DUA PEGUAM BALA TERPAKSA HILANGKAN DIRI

Label:

Kematian tragis warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan kehilangan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menyebabkan rakyat semakin sangsi dan tidak yakin sama ada nyawa dan keselamatan mereka mampu dijamin pihak berkuasa.

Terbaru dua peguam yang mewakili dan membantu Bala berhubung akuan bersumpah yang dibuat beliau pada Julai 2008 kini terpaksa menghilangkan diri akibat menerima ancaman kepada nyawa mereka.

Menurut Americk Singh Sidhu (gambar) beliau berasa dirinya tidak lagi selamat berada di negara sendiri berikutan pendedahan temuramah Bala yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today November lalu.

"Saya berada di luar negara sejak November kerana saya tidak yakin keselamatan saya terjamin," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan di Indonesia.

Tambahnya lagi seorang lagi peguam, Amarjit Singh Sidhu juga terpaksa ke luar negara kerana mendakwa mendapat tekanan daripada anggota Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia.

Americk berkata Amarjit adalah bekas anggota Cawangan Khas sebelum menjadi peguam.

"Beliau juga meninggalkan Malaysia kerana sentiasa diikuti dan diganggu oleh ‘Special Branch’.

"Malah pemandunya juga pernah didatangi oleh anggota ‘SB’ yang bertanyakan dimana bosnya berada," kata Americk.

Seorang lagi peguam, Manjeet Singh Dhillon yang juga bekas presiden Badan Peguam Malaysia mengalami pengalaman menakutkan apabila rumah beliau dibaling beberapa bom petrol tidak lama setelah video temuramah Bala disiarkan dalam Youtube.

Ditanya mengenai perkembangan emel yang dihantar olehnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 4 Disember lalu, Americk berkata Manjeet Singh Dhillon sebagai peguamnya akan berurusan dengan SPRM bagi pihaknya.

Tambahnya Manjeet telah menghantar surat kepada SPRM selepas perayaan Krismas lalu memaklumkan kesediaan Bala untuk bekerjasama dengan SPRM tertakluk kepada beberapa syarat.

Antaranya Bala bersetuju untuk ditemuramah SPRM hanya di Singapura atau London kerana bimbangkan keselamatannya.

"Saya berhubung dengan Bala hampir setiap hari dan beliau hanya menunggu arahan daripada saya apabila sahaja SPRM bersetuju dengan syarat yang dikenakan.

"Bala tidak akan pulang ke Malaysia dalam apa juga keadaan kerana risiko kepada nyawanya amat tinggi," tegas Americk lagi.

SUMBER di sini.

GEREJA DI DESA MELAWATI DIBAKAR. KERJA ADIK BERADIK "KEPALA LEMBU"

Label:

(Foto: themalaysianinsider)

Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati di Setapak dibakar kira-kira jam 12 tengah malam tadi dipercayai oleh beberapa lelaki.

Ia tiada kaitan dengan Gereja Roman Katolik yang mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan 'Allah' pada tahun 2007.

Bagaimanapun, pihak polis belum mengenalpasti mereka yang melakukan perbuatan itu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Beberapa saksi mendakwa mereka melihat atau empat orang menaiki dua motosikal dan berhenti di hadapan gereja.

"Kemudian mereka memecahkan cermin tingkat bawah bangunan gereja sebelum membaling cecair yang dikatakan mengakibatkan kebakaran di gereja itu," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan gereja.

Gereja itu terletak di bangunan kedai tiga tingkat dengan ruang pejabat di bahagian bawah.

Pengurusan gereja sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Berita Berkaitan: KL CHURCH TORCHED
Klik di sini.

500 RIBU RAKYAT BERDEMO ESOK KERANA GULA

Label:

Apakah reaksi Menteri Dalam Negeri jika tajuk berita di atas adalah benar?

Apa yang pasti beliau akan berkata,
"Demonstrasi bukanlah jalan penyelesaian. Jadi, kita beri amaran kepada sesiapa yang berhasrat untuk menyertai demonstrasi tersebut. Kita akan tangkap sesiapa yang menyertainya. Negara kita ada undang-undang. Kita boleh berbincang. Demonstrasi itu adalah haram kerana tidak ada permit...."

Tetapi lain pula nada yang disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri itu. Dalam Bernama hari ini,

[BERNAMA] PUTRAJAYA, Jan 6 - Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said on Wednesday the government does not prohibit the people from expressing their views on the issue over the use of the word "Allah" by the Catholic weekly magazine Herald, but on condition that their actions do not undermine national security.

"I will take action if it affects security," he told reporters after chairing a post-Cabinet meeting at his ministry, here.He said the ministry would monitor Internet blogsites on the matter and would act if national security was threatened.

"It is our duty to ensure that their actions do not undermine security, and to take action before anything untoward happens," he said.Hishammuddin was responding to reporters' questions on plans by several organisations to stage a demonstration on Friday to protest against the use of the word "Allah" by other religions.

Begitulah sikap "double standard" yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri itu. Bagi Tok Kiyai mudah sahaja, kerajaan BN akan menghalalkan demonstrasi jika menguntungkan politik mereka....

Tinggalkan komen/ulasan anda terhadap berita/cerita yang diutarakan.

SAYA TIDAK PERCAYA PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM

Label:

"Pas hanyalah parti politik. Saya tidak percaya Pas memperjuangkan Islam sekiranya anda dapat apa yang saya maksudkan."

Itulah kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz berikutan isu penggunaan kalimah Allah. Malah beliau "mengejek" Pas dalam keputusannya untuk membenarkan penggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Baca selanjutnya di sini.

Tok Kiyai: Tinggalkan komen/ulasan anda untuk cerita/berita yang diutarakan.

KEMENTERIAN PERTAHANAN "LUBUK EMAS"?

Label:

Oleh: Tok Pepijat

Ketika bapa PM Najib jadi PM dulu, Kementerian Pertahanan pernah hampir dipegang oleh Al Marhum Tun Mustapa mantan KM Sabah sebelum Datuk Haris Salleh.

Punca Tun Mustapa menolaknya kerana impian beliau untuk menjadikan Malaysia terkuat dari segi persenjataan dan disegani di rantau ini dan dapat mempertahankan kedaulatan negara sendiri tanpa bantuan asing. Malangnya tidak dipersetujui oleh Tun Razak. Mungkin kerana Tun Razak takut Malaysia bertambah musuh terutama Komunis atau mahu jadikan rantau ini bebas dari perlumbaan senjata atau mungkin juga beliau iri hati dengan otak geliga Tun Mustapa. Wa Allahua'lam.

Walaupun Tun Musthapa jamin dapatkan pinjaman fulus dari Negara Arab tetapi Tun Razak tetap menolaknya. Sebab itulah Tun Musthapa menolak menjadi Menteri Pertahanan. Beliau punyai pandangan yang jauh untuk pertahanan negara. Almarhum punya semangat pahlawan dan patrotik untuk negara.

Kini hampir 45 tahun peristiwa itu berlalu, Kementerian Pertahanan tetap menjadi tumpuan. Kalau dulu Tun Musthapa beria-ia untuk kuatkan pertahanan negara , kini peneraju Kementerian Pertahanan (Menterilah tu!) berlumba-lumba bolot "emas" yang ada di Kementerian tersebut. Berebut-rebut bolot komisen. Biarpun jet yang dibelinya "besi terbang" buruk. Jatuh menjunam seperti Skywak, Tebuan dan Nuri. Yang penting "perut kenyang" weeh! Biarpun ramai anggota keluarga TUDM menjadi janda dan yatim!

Dulu Tun Musthapa nak beli senjata canggih untuk pertahanan negara, kini Pak Menteri asyik nak tukar senjata untuk bolot komisen. Beli Submarine dapat komisen RM550 juta, beli MiG 29N dapat komisen. Kini nak tukar MiG pula. Komisen lagi. Tukar je Kementerian Pertahanan kepada Kementerian Komisen!

Dalam suasana negara jiran bicara untuk kuatkan pertahanan canggih, tiba-tiba kita bicara tentang enjin jet kita yang hilang dibawa ke Uruguay. Kelakar kan?

Opps! Nak tanya, "prebet lapok" yang kena bicara kerana jual enjin jet tak pakai ke topeng dalam Mahkamah macam anggota UTK kes Altahtunya?

PERANG PSI INFO: GERAKAN RAMPAS SELANGOR FOKUS 2010

Label:

Pemimpin gagasan bulatan dan barisan khususnya di Selangor terus menggunakan media menawan hati Rakyat demi kemenangan di PRU 13 kelak.

Di satu pihak, gerakan merampas Selangor. Di pihak lain kekalkan Selangor dikuasai rakyat.

Menurut para penganalisis politik, kedudukan skor sokongan pada 2009 ialah 58 peratus Pakatan Rakyat dan 42 peratus Barisan Nasional.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Puchong, Md Nizam Iskandar, menyifatkan kenyataan berkaitan isu 150 ahli dan bekas penyokong kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti adalah sandiwara UMNO.

Katanya, UMNO usah berbohong mengenai dakwaan angka ratusan keluar bulatan sertai barisan, sedangkan sekitar 20 orang sahaja yang keluar.

SUMBER di sini.

BUKU DALAM TAHANAN LARIS DI SINGAPURA

Label:

(Foto: merdekareview)

[MERDEKAREVIEW] Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam "tahanan" Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.

Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum, termasuklah bagaimana bekas Perdana Menteri ini pernah dipujuk oleh Allahyarham Putera Negeri Sembilan untuk minum arak dan menari.

Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini, MerdekaReview mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.

Kedai buku Prologue yang terletak di pusat beli belah ION, Orchard Road memberitahu wartawan MerdekaReview melalui telefon, bahawa buku berjudul Malaysian Maverick yang dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh dua minggu. Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya. Mereka mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.

Kedai buku berangkai seperti MPH, Borders pula telah habis stoknya. Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang masih ada stok sekarang adalah Kinokuniya. Bagaimanapun, kedai ini enggan memaklumkan jumlah jualan Malaysian Maverick atas alasan "maklumat sulit komersial". Baca ulasan buku tersebut di sini.

HALAU BN DARI SELANGOR BUKAN DI HULU SELANGOR SAHAJA

Label:

Bagi Tok Kiyai, tiada yang biadab dengan kenyataan Adun Bukit Lanjan itu. Takkan Mohd Isa dah kecut perut dengan kenyataan Adun PKR itu.

Kalau rakyat nak halau BN dari Malaysia pun tak apa. Rakyat tidak rugi apa-apapun.

[SINAR HARIAN] Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim memberi amaran keras kepada Exco Selangor, Elizabeth Wong yang mahu menghalau Barisan Nasional (BN) dari Hulu Selangor.

Mohd Isa yang marah dengan kenyataan biadab itu, turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu supaya menilai dirinya dahulu sebelum berkata demikian.

“Saya minta Elizabeth cermin diri dahulu dan jangan bercakap ikut sedap mulut.

“Saya cabar dia supaya turun bertanding di kawasan saya atau di mana-mana DUN (Dewan Undangan Negeri) di Parlimen Hulu Selangor ini kalau benar dia mahu halau BN,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian sebuah program rakyat di sini semalam. Baca selanjutnya di sini.

BUKAN ISLAM BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH - PAS

Label:

PAS mengambil pendirian “terbuka” dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Bagaimanapun parti itu menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

“Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan dikeluarkan tengah malam tadi.

Kenyataan itu dibacakan oleh ketua penerangan PAS Pusat Idris Ahmad di ibu pejabat parti itu di sini.

Pendirian itu diputuskan dalam mesyuarat khas Lajnah Politik yang diadakan di sini malam tadi ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik, “The Herald” menggunakan perkataan itu, Khamis lalu.

Pertemuan yang bermula 9 malam berakhir 11.45 malam tadi. Ia dihadiri oleh 25 wakil dengan sebahagian besar ahli jawatankuasa pusat parti itu.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu.

Keputusan itu mencetuskan polemik sejak Khamis lalu dengan ada yang mengadakan protes dan membantahnya.

Malah ada juga pihak yang menyifatkannya sebagai amalan biasa penganut Kristian menggunakan kalimah “Allah”.

Kementerian Dalam Negeri telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan semalam.

Dalam kenyataan itu, Hadi menambah PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

Oleh itu kata beliau PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan dijamin oleh Islam.

Hadi juga berkata PAS sebagai parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

“Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

“Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

“PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi,” katanya.

Pendirian PAS itu hampir sama dengan kenyataan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Baru, kelmarin.

Menurut Nik Aziz, penggunaan kalimah “Allah” pada penerbitan Herald mengikut hukum pengamal agama samawi tidak menjadi satu kesalahan, kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Cuma beliau bimbang perkataan “Allah” kemungkinan boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Bagaimanapun Nik Aziz tidak hadir pada mesyuarat malam tadi.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Nik Aziz berkata, pandangan beliau di Kota Baru kelmarin telah “dimanfaatkan” dalam menyediakan pendirian mereka.

Sementara itu Naib Presidennya Salahuddin Ayub memberitahu pihaknya kemungkinan akan membincangkan isu berkenaan sekali lagi jika memerlukan apabila jawatankuasa pusat PAS bertemu Ahad ini.

“Ini pendirian rasmi kami dan jika ada keperluan kami akan membincangkan lagi,” katanya.
SUMBER di sini.

UMNO PERTAHAN KALIMAH ALLAH TAPI BERAMAL DENGAN RASUAH

Label:

Saya terkejut bila melihat gelagat politik umno dalam isu kalimah Allah. Persoalan pertama, kenapa Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Naib Presiden UMNO lambat mengemukakan rayuan dalam kes ini ke mahkamah rayuan. Walhal dalam kes politik Perak, Mahkamah Tinggi buat keputusan Dato'Seri Nizar sebagai MB yang sah manakala UMNO dan BN terus buat rayuan dan mahkamah rayuan terus bersidang serta buat keputusan menggantung keputusan mahkamah tinggi.

Ini menunjukan umno ingin mengambil kesempatan atas isu ini untuk meniupkan sentimen mengapikan umat Islam untuk bersatu dan melihat UMNO sebagai juara membela dan mempertahankan Islam. Lagi lambat KDN membuat rayuan lagi banyak keuntungan politik pada perkiraan umno. Baca selanjutnya di sini.

DIALOG BERSAMA PEMIMIPIN KRISTIAN - TG NIK AZIZ

Label:

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.

Menteri Besar Kelantan itu melahirkan rasa bimbang kalimah Allah kemungkinan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau berkata, biar pun penggunaan kalimah Allah mengikut hukum bagi pengamal agama Samawi, ia tidak menjadi satu kesalahan.

“Namun saya takut ia disalahgunakan, itu yang menjadi kebimbangan sebenarnya,” katanya selepas majlis perasmian pejabat Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan di Jalan Telipot, hari ini.

Khamis lalu Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh penerbitan akhbar mingguan Herald – The Catolic weekly.

Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.

Ekoran keputusan itu menyebabkan timbul bantahan di kalangan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharom pula dilaporkan akan merayu keputusan kes terbabit ke Mahkamah Rayuan bagi memastikan kesucian agama Islam kekal terpelihara.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berharap pihak berwajib seperti persatuan ulama menganjurkan dialog bersama pemimpin agama Kristian bagi mencari penyelesaian isu tersebut.

“Melalui perbincangan terbabit diharap dapat meredakan kekeliruan masyarakat. Selain itu falsafah Islam dapat dikembangkan melalui majlis-majlis seumpama itu,” katanya.

Beliau juga tidak menolak hadir pada majlis seumpama itu sekiranya ada jemputan bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai Islam.

sumber di sini.
102 "AHLI PAS" SERTAI UMNO. PETANDA YANG BAIK KATA DATUK PA
Sabtu, Januari 09, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Januari 08, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Januari 07, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Januari 06, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Januari 05, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, Januari 04, 2010 | Author: Tuk Kiyai