Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PKFZ I PRK BAGAN PINANG: LAGI PENIPUAN UNDI POS DIBONGKAR!!!

Label:

(Foto: Suhaizan Kayat)

Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.

Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.

Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.

Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.

"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.

Mengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.

Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.

"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.

"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.

Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.

Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.

Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.

"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?

"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.

Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.

Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.

Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.

Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.

"Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan", katanya.
SUMBER di sini.

PRK BAGAN PINANG: RAKYAT KELANTAN TIDAK KEBULURAN SOKONG PAS SELAMA 20 TAHUN - SITI ZAILAH DAUD I PKFZ

Label:

TELUK KEMANG – Ahli Parlimen Wanita PAS bagi Rantau Panjang, Siti Zailah Daud mengajak para pengundi dalam DUN Bagan Pinang membuat perubahan dengan memilih calon PAS, Zulkefli Mohd Omar.

Beliau berkata orang-orang Kelntan telah membuat perubahan sejak 20 tahun yang lalu dan menempa kejayaan demi kejayaan duduk dibawah kerajaan PAS Kelantan.

”Saya minta pengundi-pengundi kita disini, jangan takut buat perubahan, kami di Kelantan sudah 20 tahun menolak UMNO dan Barisan Nasional,

”dan kita buktikan satu kejayaan demi satu kejayaan, dan kita tidak kebuluran kerana berpegang dengan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah di UPU Teluk Kemang dekat sini.

Menurutnya memilih wakil rakyat DUN Bagan Pinang yang baik amat penting kerana ia akan mentadbir lebih 13,000 pengundi di DUN Bagan Pinang sebagaimana kita memilih seorang yang baik untuk mengimamkan solat.

”Kalau kita nak pilih imam di masjid, imam di madrasah untuk kita ikut dibelakangnya semasa solat selama lima minit, kita pilih imam dikalangan orang yang baik akhlaknya, orang yang taqwa,

”sedangkan orang yang nak kita tabalkan menjadi yang berhormat bagi DUN Bagan Pinang ini, bukan lima minit kita nak ikut dibelakangnya,”jelasnya.

Katanya, sanggupkah kita menjadi makmum kepada imam yang rasuah ? Sudah tentu kita tidak sanggup menjadi makmum (pengikut) kepada pmimpin yang tidak amanah!
SUMBER di sini.

PKFZ I PRK BAGAN PINANG: PAS ADA BUKTI UNDI POS TIDAK TELUS - TG HAJI HADI

Label:

[HARAKAHDAILY] Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos.

Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain.

"Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya.

Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas.

Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos di mana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan.

"Kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya.

"Kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan ke dalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar.

"Apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, di situ ada unsur ugutan berlaku,"jelasnya kepada media yang dipetik oleh Buletin Online selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin.

Namun demikian beliau berharap agar para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan membuat pemilihan tepat bagi memilih wakil rakyat terbaik untuk mereka.

Menurutnya, pengundi perlu membuat penilaian dengan sebaik-baiknya bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar memenuhi tuntutan rakyat, sebagaimana negara-negara lain yang mengamalkan demokrasi bersih.

Beliau turut yakin calon PAS, Zulkefly Mohd Omar yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan adalah seorang yang amanah kerana pernah bekerja dengan Pusat Zakat Selangor dan mempunyai rekod bersih dalam mengendalikan kewangan.

"Terpulang kepada BN (Barisan Nasional) nak pilih siap (calon mereka) kerana itu hak mereka, tapi kita yakin calon kita adalah bersih dan amanah serta mampu memikul tanggungjawab untuk memimpin rakyat.

"Insya-Allah,kita telah pilih calon terbaik dari segi khidmat yang mampu diberi kepada masyarakat Bagan Pinang dan sekiranya terpilih menjadi ADUN, kita kita yakin beliau mampu memainkan peranan yang besar,"katanya apabila ditanya pihak media tentang perbezaan antara calon PAS dan BN.

Sehubungan itu, beliau yakin, PAS akan menang dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada 10 Oktober depan berdasarkan prestasi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008.

"Peluang untuk kita (PAS) menang sangat baik kerana kita sudah mencapai kemajuan di kawasan itu, apabila kita mencapai undi 4,000 dan Barisan Nasional 6,000 undi Pos hanya 5,000, menunjukkan undi rakyat kita telah menang di kawasan (Bagan Pinang),"katanya.

Turut hadir mengiringi Abdul Hadi adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali, Penasihat MTD Pengkalan Berangan, Haji Mohd Deraman, dan Pengarah MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah.

IBRAHIM ALI HANYA PENGEMIS POLITIK - DATUK TAKIYUDDIN HASSAN

Label:

Setelah dilucutkan keanggotaannya dari Umno, dunia politik Datuk Ibrahim Ali sekaligus dilihat sudahpun menjunam di lembah kehancuran. Tambahan ketika itu, suaranya juga sudahpun tidak diaminkan orang.

Namun demi mempertahankan karier politiknya agar tidak terkubur bersama keaiban beliau tanpa segan silu membuat permohonan kepada PAS untuk bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum (PRU) 2008.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am pun memberi keizinan kepada Ibrahim. Malangnya selepas menggapai kejayaan, beliau tidak menghargainya lagi.

Bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan, mengesahkan Ibrahim memohon untuk bertanding atas tiket PAS dari PAS Kelantan.

Beliau menyifatkan Ibrahim tidak ubah seperti pengemis politik yang tidak mengenang budi setelah menang dalam PRU 2008 atas tiket PAS apabila sanggup menghentam PAS dan memuji Umno.

Tindakan Ibrahim itu membayangkan beliau seolah-olah kepingin benar untuk meyakinkan Umno agar menerimanya kembali.

Bagi beliau, PAS tidak melarang Ibrahim menyertai Umno kembali, tetapi tindakannya biarlah profesional bukan seperti kebudak-budakkan.

Tegasnya, Ibrahim mesti ingat bagaimana sifatnya, yang merendahkan dirinya semasa menulis surat kepada PAS memohon untuk menggunakan logo PAS pada pertandingan pilihan raya dulu.

“Dia tidak perlu hentam PAS atau Tok Guru dan puji Umno untuk meyakinkan Umno terimanya semula. Kalau rasa perjuangan dia sama dengan Umno, pergilah,” jelasnya selepas menghadiri majlis hari raya bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB – BRI).

Beliau berkata, sebagai seorang pemimpin Melayu yang tinggi nilai budinya, Ibrahim sepatutnya tidak mudah melatah menghentam PAS secara terang-terangan.

Sekiranya ada perkara yang tidak dipersetujui ia boleh diselesaikan melalui perbincangan.

Baru-baru ini Nik Aziz mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ibrahim wajar meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan PAS.

Bagaimanapun ketika menjawab desakan Nik Aziz, Ibrahim bertegas tidak akan meletakkan jawatannya kecuali diminta oleh rakyat Pasir Mas. Sebaliknya beliau berkata Nik Aziz yang harus meletakkan jawatannya memandangkan perkhidmatannya sebagai Mentri Besar sudah lama dan faktor kesihatan serta usia yang sudah lanjut.

Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Mohd Suazhar Abdullah, berkata sepatutnya Ahli Parlimen Pasir Mas itu sedar bahawa jawatan yang disandangnya sekarang adalah melalui sokongan penyokong-penyokong PAS.

Katanya, Ibrahim tidak perlu mendabik dada mengakui kemenangannya itu bukan bersandarkan kepada lambang bulan yang ditumpanginya tetapi kerana kekuatan pengaruhnya, sebab umum sudahpun masak dengan sikapnya yang sebelum ini amat popular dengan gelaran pak katak (tidak tetap pendirian).

Suazhar melihat sikap Ibrahim sebagai satu pengkhianatan yang nyata apabila selepas pilihan raya beliau tiba-tiba menyatakan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Ini satu pengkhianatan yang jelas. Dia (Ibrahim) tidak akan menang tanpa lambang bulan kalau berpandukan kepada rekodnya sebelum ini,” katanya.

Suazhar memberitahu perangai Ibrahim di kecam hebat oleh pengundi Pasir Mas yang mengundinya dulu seraya beranggap lebih baik Ibrahim meletakkan jawatan dengan berhemah sebelum rakyat menghukumnya pada PRU ke 13 nanti dengan lebih mengaibkan lagi.

Ibrahim sebelum ini pernah digugurkan jawatannya sebagai Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 kemudian digantung keanggotaan (ahli) Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon Bebas dalam PRU ke 11 pada Mei 2004.

Beliau juga pernah hilang wang pertaruhan setelah tewas dalam pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada 2005 apabila hanya mendapat 415 undi.

Justeru tidak hairanlah jika mutakhir ini ramai yang mengatakan sikap Ibrahim bagai kacang lupakan kulit, umpama ayam gilakan sangkar, sanggup mencarik adat teratak yang pernah ditumpanginya semata-mata untuk kembali ke sangkar lama yang sebelum ini sudahpun meminggirkannya secara terhina.

PRK BAGAN PINANG: ISA CALON KORUP. NAK UNDI LAGI?

Label:

Kenyataan Tan Sri Isa Samad selaku calon Bn di PRK Bagan Pinang jelas menunjukkan sikapnya yang sombong dan tidak pernah rasa bersalah dalam amalan politik wang apabila dia berkata, “beliau juga bukannya melakukan satu kesalahan jenayah”.

Baginya, mungkin juga sebahagian pemimpin-pemimpin Umno bahawa amalan politik wang bukan suatu kesalahan jenayah, apalagi kalau kita nak bercakap tentang moral seorang yang berstatus pemimpin. Sebaliknya ia hanya suatu kesalahan di dalam kod etika pemilihan Umno semata-mata. Pada hal seluruh rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa Isa adalah di antara pengamal politik wang dari Umno yang merupakan parti Bumiputera berfahaman kebangsaan tersebut berada di dalam suasana yang cukup tenat dan menanti rebah ke bumi.

Isa begitu bangga apabila menyatakan bahawa amalan politik wang yang melibatkan dirinya sudah selesai (tidak berbangkit) semata-mata kerana telah menjalani hukuman selama tiga tahun. Isa fakir dengan menjalani hukuman tersebut ia telah menjadi insan yang bersih dalam kerjaya politiknya serta rakyat di Bagan Pinang akan memilihnya di hari pembuangan undi kelak.. Jika ini yang diyakini oleh Isa maupun parti Umno, saya rasa mereka telah membuat perhitungan yang silap.

Umno perlu sedar ialah rakyat kini samada di Bagan Pinang maupun di mana-mana lokaliti pengundi khususnya di Semenanjung sudah semakin muak dan mengerti tentang pelbagai kelemahan, kesilapan, kesalahan dan kecurangan yang telah mereka lakukan setelah di beri mandat (kuasa) oleh rakyat pada setiap kali pilihan raya.

Keputusan Umno meletakkan Isa sebagai calon di situ adalah gambaran jelas bahawa Umno kini berada dalam keadaan yang tersepit dan menjadi parti desperado. Ia secara juga bukan sahaja tidak menghormati pandangan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohammed yang mereka kagumi selama ini yang mahu parti tersebut meletakkan calon yang tidak terlibat dengan amalan rasuah. Pencalonan Isa di Bagan Pinang juga menyerlahkan kepada rakyat bahawa Umno juga tidak lagi mampu untuk menampil calon mereka yang benar-benar bersih samada dari segi rasuah, skandal, moral dan kewibawaan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat. Laungan pemimpin Umno untuk memerangi amalan politik wang hanyalah retorik semat-mata untuk memberi keyakinan kepada ahli-ahli di peringkat umbi supaya mereka terus setia bersama Umno.

Ringkasnya, Isa adalah wajah sebenar pemimpin Umno. Isa juga merupakan gambaran sikap pemimpin Umno yang pandai berlakon. Isa pula adalah laibiliti Umno yang menanggung biawak hidup hidup di atas belakang rakyat. Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh para pengundi dalam PRK Bagan Pinang mengambil peluang keemasan ini menolak calon Umno, bukan sekadar memprotes calon yang terpalit dengan isu rasuah, sebaliknya untuk menghukumnya kerana menjadi pelaku rasuah. Rasuah atas nama politik wang adalah sama dengan amalan rasuah kotemporari yang diletakkan sebagai musuh nombor 1 di negara ini. Dari segi hukum agama ia tetap berdosa besar kerana ia adalah amalan yang haram.
SUMBER di sini.

SKANDAL PKFZ: JANGAN JADIKAN OSA "JAKET KALIS PELURU"

Label:

PAS meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan jaket kalis peluru iaitu Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dalam projek Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang (PKFZ).

Sehubungan itu, Najib diminta agar menyiasat kes penyelewengan itu secara telus dan bukan bertindak ke atas mereka yang mendedahkannya.

Demikian kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Yusof Embong, kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini sebuah portal berita dalam talian, Malaysia Today yang di bawah kendalian Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan dalam laman webnya sebuah dokumen kertas kabinet setebal 18 muka surat berupa memorandum daripada Menteri Kewangan berhubung dengan skandal PKFZ.

Memorandum ini dikeluarkan dengan nombor rujukan KK/BPKA/D5(Y)/540/1/1, bertarikh 22 Jun 2007 dan diklasifikasikan rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Akibat dari pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam reaksi balasnya telah mengarahkan polis membuat siasatan dan jika benar dokumen itu adalah kertas kabinet yang tulen maka mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah OSA.

Ketua Polis Negara, Musa Hassan pula dalam kenyataannya berkata akan memanggil beberapa individu termasuk tokoh tertentu bagi membantu siasatan kes pendedahan kertas kabinet tersebut.

Mengulas perkembangan ini, Yusof berkata, jika benar kertas kabinet yang didedahkan Malaysia Today itu adalah tulen, jelas wujudnya unsur penyelewengan dan salah laku yang membabitkan pemimpin dari parti pemerintah.

Raja Petra terpaksa bersembunyi untuk mendedahkan segala kebejatan ini. Andaikata tiada siapa pun berani ke hadapan membuat pendedahan semata-mata kerana takutkan OSA, maka berbilion wang rakyat dan harta negara berisiko untuk diseleweng sesuka hati tanpa diketahui sesiapa pun, ujar Yusof.

Yusof mencabar Najib supaya menunjukkan sikap yang jelas terhadap penyelewengan yang telah berlaku dalam skandal PKFZ.

Untuk itu, Yusof menyeru kerajaan yang dikuasai Barisan Nasional pimpinan Najib supaya tidak menggunakan OSA bagi menyembunyikan salah laku dan penyelewengan wang kerajaan membabitkan pemimpin politik seperti yang berlaku dalam isu PKFZ ini.

PAS juga, jelas Yusof mendesak kerajaan yang diteraju Najib tidak selamanya menjadikan OSA sebagai jaket kalis peluru buat melindungi pemimpin-pemimpin tertentu dari diheret ke muka pengadilan akibat dari penyelewengan.

Skandal PKFZ telah menjadi minat awam, kerana sebagaimana diterangkan oleh Yusof yang kos perlaksanaannya telah meningkat dengan begitu tinggi dari RM2.5 bilion kepada RM4.6 bilion.

SUMBER di sini.

JOM KITA MEMBELI SAHAM AKHIRAT BERSAMA TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

Label:

Pada petang Sabtu lepas (26 September) semasa Tok Kiyai sedang menunggu ketibaan flight Firefly untuk ke Subang Airport selepas seminggu bercuti raya di kampung, muncul Tuan Guru Nik Razi Nik Mat, adik kepada menteri besar Kelantan. Tak sangka Tok Kiyai berjumpa beliau sekali lagi. Pertama kali kami berjumpa di Subang Airport (18 September) semasa menunggu flight ke Kota Bharu untuk pulang beraya.

Tok Kiyai menyapa Tuan Guru. Kami bersembang ringkas. Perbualan ringkas kami berlegar mengenai Mahad Tahfiz & Pengajian Islam Nikmatillah, Pulau Melaka, di Kota Bharu, Kelantan. Tuan Guru bertanya kepada Tok kiyai, “Doh ado ko akaun Mahad Tahfiz?

Tok Kiyai jawab, “Doh ado Ustaz.”

Tuan Guru Nik Razi selalu berulang alik dari Kelantan ke Lembah Kelang untuk mencari dana Mahad Tahfiz di Pulau Melaka. Begitulah kesungguhan dan iltizam Tuan Guru untuk mengembang syiar Islam di negeri Serambi Mekah itu.

Maka, terdetik di hati Tok Kiyai untuk membantu Tuan Guru Nik Razi mencari dana untuk pembangunan mahad tahfiz di Pulau Melaka itu. Ingin juga Tok Kiyai menambah saham akhirat. Para pembaca pasti begitu juga.....

Jadi kepada pembaca blog Tok Kiyai, sudi-sudikanlah menderma untuk pembangunan Mahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.

Bagi berhajat menderma, bolehlah bank in wang ke akaun di bawah:

(1) BANK ISLAM - 03036010004548 - DANA MODAL KEWANGAN AIN

(2) BANK ISLAM - 03036010014361 – AKADEMI NUN BERHAD

(3) BANK ISLAM – 03018020377202 - untuk wang yang diragui kehalalannya sahaja (riba/faedah/syubhat)

Atau boleh berhubung terus dengan Tuan Guru Nik Razi Nik Mat di talian 019-9103049 untuk sebarang pertanyaan.

PRK BAGAN PINANG: BIODATA CALON PAS

Label:

NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR

PROFESION: AHLI PERNIAGAAN

UMUR: 45 TAHUN

TARIKH LAHIR: 14/5/1964

KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)

NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI

ANAK:6 ORANG

JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 HINGGA SEKARANG)

TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN – 1 PENGGAL – (2005 – 2007)

SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005)

EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 – 2005)

PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 – 2005)

TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 – 2004)

KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 – 2001)

BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 – 1999)

LAIN-LAIN JAWATAN:

1. PENGERUSI ‘NO INCINERATOR’ BROGA

2. TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN

PENGALAMAN KERJA:

1. PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD.

2. PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD.

3. PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD.

4. EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR.

5. PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD.

6. PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA.

TAHNIAH!!! JABATAN PENJARA SUDAH ADA PEGAWAI UNTUK SEBAT KARTIKA

Label:

Jabatan Penjara Malaysia kini sudah mempunyai pegawai terlatih dan bersedia untuk menjalankan hukuman sebat pada bila-bila masa terhadap bekas model pelancongan Kartika Sari Dewi Shukarnor kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata hukuman itu akan dilaksanakan selepas Jabatan Penjara memperoleh perintah daripada Mahkamah Syariah.

“Bagi Jabatan Penjara, apa sahaja hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah oleh mahkamah kita akan laksanakan, cuma tarikh dan waktu hukuman itu dilaksanakan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perbarisan tamat latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara di sini hari ini.

Kartika, 32 tahun, dari Sungai Siput, Perak didenda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas setelah mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11.40 malam 11 Julai tahun lepas.

Pada 25 Ogos lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata hukuman itu ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran dan pegawai terlatih untuk melaksanakan hukuman sebat itu mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan oleh syariat.-Bernama

BAGAN PINANG: PENGUNDI BUKAN MELAYU AKAN TOLAK BN?

Label:

BAGAN PINANG, 29 Sept: Rakyat perlu membuat perubahan setelah 52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara khususnya di Negeri Sembilan.

Masyarakat tionghua dan India pula telah bersedia membuat perubahan dan diharapkan para pengundi Melayu turut serta menolak Umno-BN dalam pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang, 11 Oktober ini.

Setiausaha Politik Khas kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Encik Yau Con Seng berkata 52 tahun BN memerintah gagal membela rakyat.

Katanya, pengundi bukan Melayu terutama masyarakat tionghua akan membuat perubahan memilih Pakatan Rakyat.

"Kita (tionghua) sudah faham dengan perjuangan PAS melalui slogan 'PAS For All' dan akan terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

"52 tahun Umno dan kerajaan Barisan Nasional memerintah Negara dan taraf kehidupan rakyat tidak banyak berubah," ujarnya yang dipetik Buletin Online ketika ditemui, semalam.

Beliau melahirkan rasa kebimbangan terhadap pengundi Melayu yang masih disifatkan tidak banyak berubah.

"Masa untuk kita (rakyat) berubah telah tiba dan saya harap pengundi tionghua seramai 1,500 orang semua mengundi PAS.

"Kita (tionghua) jangan beri satu undi pun kepada calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini.

"Saya harap pengundi Melayu pun sedia untuk buat perubahan kerana pengundi Cina dan India sudah 'berani' (berubah),"jelasnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua kini tidak takut lagi dengan �hudud� kerana telah diberi penjelasan.

Katanya, undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di Negara ini.

SUMBER di sini.

KES TEOH: SPRM GAGAL DALAM CUBAAN TANGGUH INKUES

Label:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal dalam cubaannya untuk menangguhkan prosiding inkues kematian seorang setiausaha politik, Teoh Beng Hock, selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan supaya ia diteruskan.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, yang mengetuai panel yang terdiri daripada Datuk K.N. Segara dan Datuk Ramly Ali berkata mahkamah tidak berhasrat untuk mengganggu prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan SPRM boleh terus memanggil lain-lain saksi.

Terdahulu timbalan pendakwa raya C.K. Wong yang mewakili SPRM memohon penangguhan sementara inkues itu sementara menunggu keputusan rayuan SPRM terhadap keengganan Mahkamah Tinggi Petaling Jaya membenarkan permohonannya bagi mengenepikan keterangan seorang saksi T. Sivanesan, yang mendakwa beliau didera dan diseksa oleh pegawai-pegawai SPRM semasa disoal siasat tahun lepas.

Low berkata, mahkamah juga akan mendengar kedua-dua perkara bersama memandangkan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi Petaling Jaya masih belum disiapkan.

“Pendaftar mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar kedua-dua perkara bersama. Pendaftar juga akan menulis kepada setiausaha Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi untuk kenyataan sebab penghakiman, supaya ia disediakan dengan kadar segera,” katanya. -Bernama

BILA PEMIMPIN UMNO SOKONG TINDAKAN DATUK HASAN ALI

Label:

[BERNAMA] Para pemimpin dan penyokong parti pembangkang yang sering melaung-laungkan kebebasan bersuara sepatutnya bersikap terbuka apabila Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau hairan apabila ada yang mahukan tindakan diambil terhadap Dr Hasan sedangkan sebagai wakil rakyat dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pandangan yang diberikannya adalah betul.

Tindakan sehingga menyuruh Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri itu dipecat adalah membelakangi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh parti pembangkang selama ini, katanya kepada pemberita ri Rumah Terbuka Umno Bahagian Tanjung Karang yang diterajuinya di sini pada hari Ahad.

Sebelum ini, Dr Hasan telah menegur kaedah para pegawai daerah yang disiasat bagi mengetahui kemanakah wang peruntukan Anggota Dewan Undangan Negeri sebelum Pilihan Raya Umum 2008 dibelanjakan yang didakwa menghina dan memperkotak-katikkan maruah pegawai-pegawai kerajaan.

"Jadi kalau pegawai daerah ini disoal siasat secara terbuka, ini bagi saya menghina dan mempersoalkan kerja-kerja yang dibuat oleh pegawai dalam negeri Selangor kerana bagi kita semasa Barisan Nasional memerintah, pegawai-pegawai kerajaan negeri telah terbukti membantu kerajaan Barisan Nasional membangunkan negeri Selangor," katanya.

TINDAKAN SAYA PERTIKAI SELCAT ADALAH WAJAR - HASAN ALI

Label:

SHAH ALAM: Sambil memperoleh mandat daripada Badan Perhubungan Negeri petang tadi, Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menegaskan, kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) adalah satu tindakan wajar.

"Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor di sini.

Ia merupakan pertemuan kedua dalam tempoh 24 oleh pemimpin PAS negeri Selangor. Ia diadakan sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas tiga penjuru.

Mesyuarat tiga penjuru itu akan berlangsung di sini malam esok.

Hasan berkata, Badan Perhubungan PAS negeri telah meluluskan enam resolusi termasuk yang berkaitan dengan kritikan terhadap cara beliau mempertikaikan tatacara Selcat dua minggu lalu.

Resolusi pertama diluluskan untuk memperakui dan menyokong beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri.

"Kedudukan sebagai Pesurujhaya negeri dibuat oleh Presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar," kata beliau sambil menambah, tiada pihak yang harus mempersoalkan kedua-dua jawatan itu.

Kata Hasan, PAS Selangor juga menerima cadangan beliau untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.

Hasan berkata, PAS Selangor akan meminta kerajaan negeri agar mengkaji jentera operasi Selcat untuk menerima penghormatan di kalangan rakyat.

Katanya, PAS negeri juga meluluskan resolusi bahawa ia akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor.

"Kami tidak akan meninggalkan Pakatan," katanya.

Satu lagi resolusi yang diluluskan berkaitan dengan saraan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam.

"Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri," katanya.
SUMBER di sini.

TG NIK AZIZ GESA IBRAHIM ALI LETAK JAWATAN

Label:

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut.

“Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.

Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua UMNO Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam UMNO seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat

Ketika ditemui di kediamannya semalam, Menteri Besar Kelantan itu berkata, dalam keadaan kini, tiada guna Ibrahim mengekalkan jawatan itu jika masyarakat memandang lekeh kepada beliau.

“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.

Selain itu katanya, beliau tidak peduli sekiranya Ibrahim kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon bebas dan Pas akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya tersebut.

Terdahulu, Nik Aziz berkata, beliau tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

SUMBER di sini.
PKFZ I PRK BAGAN PINANG: LAGI PENIPUAN UNDI POS DIBONGKAR!!!
Sabtu, Oktober 03, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Oktober 02, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Oktober 01, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, September 30, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, September 29, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, September 28, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahad, September 27, 2009 | Author: Tuk Kiyai