Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

CERITA/BERITA TERKINI

Gadis yang hilang selama 6 bulan ditemui bapanya di pusat penamaan calon bersama pemuda BN?

PANASSS!!!!!!... GADIS YANG HILANG SELAMA 6 BULAN AKHIRNYA DITEMUI DITEMPAT PENAMAAN CALON OLEH BAPANYA SENDIRI BERSAMA PEMUDA BN!!!

Telah berlaku satu kekecohan kecil antara anak dan kedua ibu bapanya apabila anak perempuannya baru dijumpai di tempat penamaan calon bersama teman lelakinya pemuda BN setelah beliau 6 bulan tidak dijumpai oleh keluarganya. 
Sumber: FB Pakatan Rakyat Election News 

P/s: Kah kah kah...Semua rembat....

[VIDEO] Puluhan ribu iringi calon PAS di Putrajaya

Ibrahim Ali lawan anak Nik Aziz, calon BN tarik diri

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN. -malaysiakini

Foto Calon Pakatan Rakyat Parlimen Subang

Lokasi: Pusat Penamaan Calon di Bandar utama

Tahniah kepada calon Pakatan Rakyat Parlimen Subang....
Parlimen Subang - Sivarasa (PKR)
Dun Bkt Lanjan - Elizabeth Wong (PKR)
Dun Kota Damansara - Dr Nasir (PSM)
Dun paya Jaras - Wakil PAS  

Dua Saksi yang terlibat dalam pembikinan video lucah mirip Anwar ditahan polis

KUALA LUMPUR 19 APRIL: Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi berkenaan terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut. Sumber: Fb keadilan daily

Lagi bekas Adun umno bertanding atas tiket bebas

Fadzil (tiga, kiri) menunjukkan borang permohonan calon Bebas yang siap diisi.

ALOR SETAR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Fadzil Hanafi mengisytiharkan akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Dun Alor Mengkudu kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon wanita kurang dikenali.

Bekas Adun Alor Mengkudu itu bukanlah muka baru dalam politik kerana memenangi kerusi itu dua penggal dan pernah menentang Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor di kerusi Dun Bukit Raya pada pilihan raya umum 1995.

Dakwanya, calon Dun Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah kurang popular dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan harapan untuk menang amat tipis kerana perlu berdepan calon muda yang lebih berpengaruh, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya bertanding tiket Bebas bukan kerana tidak mendapat jawatan tetapi, sayang pada partiUmno dan BN dan terkilan sikap kepimpinan negeri menafikan hak calon boleh menang.

“Mereka bercakap soal calon ‘winnable candidate’ tetapi dalam masa sama tidak mempedulikan suara akar umbi yang mahu calon disukai rakyat dengan meletakkan calon pilihan sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di Kampung Kelumpang, Jalan Tok Keling, semalam.

Fadzil berkata, pucuk pimpinan tidak mengambil pengajaran terhadap tsunami politik yang melanda Kedah pada 2008 gara-gara pemimpin rakus mahu mempertahankan kedudukan tanpa mengambil kira suara akar umbi.

“Jika diikutkan pada pilihan raya umum kali ini, peluang untuk BN menawan semula Kedah cukup cerah namun, jika tersilap letak calon mungkin akan merumitkan lagi keadaan,” katanya.

Fadzil memilih untuk bertanding Bebas kerana mahu menjadi penyelamat parti dan kehendak akar umbi supaya dapat merampas semula kerusi Dun Alor Mengkudu daripada pembangkang.

“Saya tidak akan keluar dari Umno, jika ditakdirkan menang atas tiket Bebas saya akan kembalikan semula kerusi itu kepada Umno. Penyokong tidak perlu ragu-ragu untuk memberi undi mereka pada calon Bebas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau sedia menarik balik semula borang permohonan calon Bebas jika pucuk pimpinan membuat keputusan untuk menukar calon di kerusi itu pada saat akhir sebelum hari penamaan calon. -sinarharian

Sah!! DAP guna logo PAS dan PKR

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. -malaysiakini

P/s: Berkubur umno BN kali ni...Ini kalilah!! Manusia merancang Allah merancang tetapi Allah Maha Hebat perancangan-Nya

Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Parlimen Pengerang

PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut.

“Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru,” katanya. -sinarharian

PAS sudah bersiap mengeluarkan surat kuasa bagi calon DAP bertanding atas tiket PAS

KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.

Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri.

Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.

"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.

"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.

Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.

Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini.
-harakahdaily

Lagi Wanita Umno kecewa dengan Najib

Aishah (kanan) bersama sebahagian daripada 40 ahli wanita yang hadir menghantar memorandum kepada MB semalam.

'Di mana slogan wanita disanjung?'

IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar.

Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab.

“Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

“Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan,” katanya.

Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan.

Tanda-tanda umno bakal berkubur di Pulau Pinang

(Rumah Datuk Helmi berkunci rapat)

TASEK GELUGOR: Akibat penolakan beberapa nama calon untuk Pilihan Umum Ke 13 banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka.

Di peringkat akar umbi mereka mahu individu yang sering kerja kuat dan turun padang bukan individu yang berpeluk tubuh serta tidak seaktif mana yang diangkat sebagai calon oleh BN.

Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor.

Di sini mereka membuat protes apabila calon piihan mereka di Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar tidak disenaraikan sebagai calon walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yakcob telah digugurkan.

Beberapa alon bebas dikatakan akan muncul di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akibat desakan rakyat bawahan tidak diendahkan oleh Umno Negeri.

Di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar sudah ada yang telah mengistiharkan diri. Mereka ialah Azmi Alang dan Datuk Mustaffa Idrus.

Manakala di Parlimen Kepala Batas walaupun tidak sehebat Parlimen Tasek Gelugor, suara ketidak puasan hati tetap merebak bagaikan 'api dalam sekam'.

Anak buah Datuk Ahmad Darus yang disebut-sebut sebagai calon Bertam atau Datuk Helmi Abdul Rashid. Ini kerana yang terpilih ialah peguam muda, Sariful Azhar Othman.

Sampai sekarang rumah Helmi yang terletak di Permatang Manggis, Kepala Batas berkunci rapat.

Hanya perkarangan pejabat Umno Bahagian Kepala Batas berhadapan Masjid Jamidul Badawi sahaja yang masih hidup.

Keadaan ini sebenarnya merungsingkan kepimpinan diperingkat negeri bimbang Umno akan hilang lagi kerusi tradisi mereka.

Antaranya Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Permatang Berangan, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong. -harakahdaily

[PANAS] PAS Bakal Menang di Dun Johol. Sila baca

Nuri antara lapan PDM yang ditutup sebagai tanda protes.

Lapan PDM Johol tutup operasi
JOHOL – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun Johol, Mohd Fadzil Abu Kassim, 48, kelmarin mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.

Sinar Harian difahamkan, lapan PDM tutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa. Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.

Sebagai rekod, sebelum pengumuman calon BN seluruh Negeri Sembilan kelmarin, satu bantahan calon Dun Johol telah diadakan di PDM Air Mawang pada 10 April lalu selepas desas-desus menyatakan calon Dun Johol 'turun dari langit'.

Seramai 120 jentera PDM telah sebulat suara menentang calon berkenaan kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun calon berasal dari Kampung Simpang Air Mawang kerana tuntutan kerja.

Bagaimanapun, suara jentera PDM tidak mampu mempertahankan calon yang mereka kehendaki dan Mohd Fadzil diangkat sebagai calon Dun Johol menentang calon Pas, Nor Azman Mohamad.

Naib Ketua Wanita Umno ini pula kecewa

SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya. “Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. -sinarharian

Calon umno Parlimen Putrajaya miliki Saham Judi?

Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125 Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya semakin parah.

Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2 tahun yang lepas.

Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan).

Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.

Ku Nan juga pernah mencatatkan kisah pilu buat umat Islam apabila berusaha bersama Kerajaan Negeri Pahang untuk memeliki saham dalam Bukit Tinggi resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat aktif dalam kegiatan berjudi “mesin”.

Ini juga termasuklah cadangan jahil yang dilontarkan oleh Ku Nan kepada kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menambah tempoh masa operasi Pusat hiburan hingga jam 5 pagi.

Sampai masanya untuk Ku Nan berundur. 

Senarai penuh calon PAS Kelantan

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-

Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Kota Bharu

Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)

Pasir Mas

Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Rantau Panjang

Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)

Kubang Kerian

Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)

Bachok

Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir

Ketereh

Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

Tanah Merah

Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

Pasir Puteh

Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

Machang

Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)

Jeli

Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob

Kuala Krai

Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman

Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).

Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Sumber: FB Nik Abdul Aziz Nik Mat

Punca Calon BN in Menarik Diri Tersebar...

AYER KEROH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab Karim Sulaiman menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Ab Karim berbuat demikian atas faktor kesihatan.

Surat penarikan diri diserahkan tengah hari Rabu sebelum dipanjangkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Mohd Ali turut mengumumkan bekas guru yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud, 60 sebagai calon BN di DUN berkenaan.

Watikah calon akan diserahkan kepada Md Rawi lewat petang ini.-mstar

 P/s: Apa lagi Datuk Berahim Ali....Elok diganti dengan Berahim....Kah kah kah...Ini kalilah!!!

Kelantan Isytihar 5 Mei Cuti Peristiwa

KOTA BHARU -  Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan 5 Mei ini cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya, cuti itu diluluskan bagi memudahkan kakitangan awam, swasta serta seluruh rakyat yang layak mengundi keluar mengundi pada hari tersebut.

“Mereka tidak perlu lagi memohon cuti atau keluar sementara untuk mengundi dan sebagainya.

“Negeri lain khususnya tidak perlu isytihar cuti memandangkan hari Ahad jatuh pada hari minggu, jadi untuk memberi keadilan pada semua, kita istihar cuti,” kata beliau dipetik Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyarat exco, di Kota Darulnaim di sini. -sinarharian

Pensyarah uitm diarah batal kuliah, siswa wajib tonton 'Tanda Putera'

Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor diarahkan membatalkan kuliah masing-masing bagi memberi laluan kepada tayangan wajib hadir filem kontroversi Tanda Putera untuk mahasiswa.

Dalam memo bertajuk “Program Wajib Hadir untuk Pelajar Sarjana Muda: Program Tayangan Perdana Filem Tanda Putera” kepada pensyarah semalam, dinyatakan bahawa universiti meluluskan pengecualian kuliah ketika acara itu.

Ia dijadual berlangsung hari ini dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

“...dan diharapkan kerjasama pensyarah untuk sama-sama membantu pihak HEP (Hal Ehwal Pelajar) bagi menjayakan program tersebut,” memo itu dipetik.

Bagaimanapun, pensyarah diminta memberi maklum balas berhubung pelajar yang perlu membuat pembentangan, kuiz dan ujian.

Memo itu didedahkan oleh Ketua DAP Segamat Pang Hok Liong dalam ceramah di Buloh Kasap malam tadi. -Malaysiakini
P/s: Memang terdesak...Ini kalilah!!!

[PANAS] Tiga bilik gerakan umno Shah Alam TUTUP kerana calon transformasi ini....

KUALA LUMPUR: Sejak semalam lagi, tiga bilik gerakan Umno Shah Alam telah ditutup apabila tersebar khabar Datuk Zulkifli Nordin menjadi calon Barisan Nasional (BN) di situ.

"Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

"Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang akan mempertahankan kerusi Shah Alam menyifatkan pemimpin Umno mempunyai persepsi yang unik apabila mencalonkan Zulkifli di situ.

"Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," The Malaysian Insider memetik beliau.

Menurut Khalid, kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan tidak bersifat pelampau, dan Zulkifli yang merupakan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak mewakili nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka.

Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai Khalid isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dicalonkan di kawasan idamannya, Pasir Mas, mempersoalkan mengapa beliau tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli dipilih menjadi calon BN.

Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan mengapa tidak dicalonkan sedangkan Zulkifli yang menjadi Naib Presidennya dalam Perkasa dipilih menjadi calon BN bagi kerusi parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya," laman Astro Awani memetik beliau berkata. -harakahdaily

P/s: Kah kah kah...memang bawa petaka....Ini kalilah...

Ini dia muka-muka bakal MB Selangor jika umno Menang

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor sudah mengenal pasti empat calon yang bakal mengisi kerusi menteri besar sekiranya parti itu berjaya mengembalikan kuasanya di Selangor.

Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bagaimana berkata, senarai ke empat-empat calon itu enggan didedahkan demi kebaikan dan kepentingan semua pihak.

Menurutnya, dengan senarai calon yang diumumkan, semua pihak mungkin sudah boleh meneka siapa bakal memegang jawatan tersebut dengan melihat kepada semua aspek.

“Kita senarai pendekkan empat daripada calon yang diumumkan tadi (semalam) adalah menteri besar. Kita mencari seorang menteri besar berketerampilan dan dinamik, berkelayakan, berpengalaman, boleh menguruskan organisasi.

“Kita letak calon ini supaya dia boleh menang di kawasan dia, kita tidak mahu sebut secara spesifik sebab kita tidak nak mereka menghadapi tekanan,” katanya dalam sidang media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan calon

BN Selangor yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di sini semalam.

Mohd Zin juga tidak memberikan maklumat terperinci ketika ditanya pemberita sama ada calon menteri besar yang disenarai pendek itu melibatkan muka baru atau lama.

Mengulas mengenai calon yang terpilih katanya, ia membuktikan bahawa BN tidak kering untuk mengetengahkan calon yang dinamik dan trampil.

Katanya, senarai calon yang diumumkan Mohd Najib itu sudah membolehkan BN membentuk kerajaan di Selangor.

Malah katanya, calon ‘come back’ juga dipilih berdasarkan prestasi kerja dan khidmat bakti di kawasan masing-masing walaupun tidak diberikan jawatan penting.

“Ini merupakan calon pasukan transformasi. Proses hendak mengenal pasti calon bukan boleh dibuat dalam waktu singkat, ia melalui bermacam-macam proses. Ini pasukan terbaik untuk Selangor. Saya yakin rakyat akan terima pasukan transformasi ini,” katanya. -sinarharian

[PANAS] MCA, MIC Berdemo Bantah Calon BN di Johor

Bantahan yang diadakan di hadapan pejabat MCA Bahagian Tanjong Piai di Kota Emas, semalam.
PONTIAN - Meskipun pengumuman rasmi siapa calon daripada Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tanjong Piai belum diumumkan oleh Pengerusi BN Negeri, Datuk Abdul Ghani Othman semalam, namun sudah ada bantahan yang dilakukan beberapa individu.

Pagi semalam, kira-kira 300 individu termasuk beberapa pemimpin utama MCA Bahagian Tanjong Piai dan parti komponen itu mengadakan satu bantahan aman di hadapan pejabat MCA Bahagian Tanjong Piai di Kota Emas, di sini.

Terlibat sama dalam bantahan itu ialah Timbalan Ketua MCA Bahagian Tanjong Piai, Wiliam Tan Soo; Ketua MIC, Krishnan Kumar dan ketua-ketua Umno cawangan.

Ketua Pemuda MCA, Wong Kim Leong berkata, keputusan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek mengumumkan Timbalan Ketua Wanita MCA Negeri Johor, Wong You Song sebagai calon Parlimen di situ nyata tidak disenangi barisan kepimpinan MCA di situ.

Jelasnya, mereka mahu Datuk Wee Jeck Seng dikekalkan bertanding di Tanjong Piai dan menganggap bekas wakil rakyat itu sudah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang perkhidmatannya selama lima tahun.

“Kami tak pernah menolak MCA dan BN, kami sayangkan parti, tapi jika calon yang diletakkan di sini tak memenuhi kehendak rakyat tak mustahil undi besar yang dimenangi BN pada PRU lalu akan berkurangan pada PRU kali ini,” katanya.

Malah, beliau juga memberi gambaran calon bebas akan bertanding di situ sekiranya Jeck Seng tidak dikekalkan sebagai calon ahli parlimen di situ.

“Saya tidak menolak kemungkinan akan ada calon Bebas bertanding di sini.

“Ini berdasarkan kepada maklumat yang didengar di peringkat akar umbi sebaik saja pengumuman calon dibuat yang menyaksikan muka baru diumumkan sebagai calon di sini,” katanya.
Menurutnya, pengundi di Parlimen Tanjong Piai tidak mengenali You Song meskipun dia berjawatan di dalam parti.

“Dia bukan orang sini, kenapa perlu pilih dia untuk jadi wakil yang akan menyampaikan suara rakyat di sini sedangkan kami ada calon tempatan yang sudah terbukti telah menjalankan tugas dengan baik sebagai wakil rakyat.

“Kami mahukan wakil rakyat orang tempatan dan ingin tegaskan Tanjong Piai adalah untuk rakyat di sini dan bukannya calon luar,” katanya.

Sementara itu, Jeck Seng ketika dihubungi Sinar Harian, semalam berkata, beliau tidak mahu komen perkara itu kerana belum ada sebarang keputusan yang jelas dibuat pucuk pimpinan mengenai calon yang akan bertanding kerusi Parlimen tersebut.

Beliau menegaskan tidak tahu menahu mengenai sekumpulan individu yang berkumpul di hadapan pejabat MCA Tanjong Piai bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan yang dibuat kepimpinan MCA.

Pada tahun 2004 hingga 2008, Jeck Seng merupakan Adun Pekan Nenas sebelum dipilih sebagai calon Parlimen Tanjong Piai pada PRU12 bagi menggantikan tempat Tan Sri Ong Ka Ting yang berpindah ke Kulaijaya ketika itu.

BN yang diwakili Jeck Seng menang dengan majoriti 12,371 kepada calon DAP Ahmad Ton.

Parlimen Tanjong Piai mempunyai dua kawasan Dun iaitu Pekan Nenas dan Kukup dengan komposisi lebih 50 peratus Melayu, Cina (48%) dan India (1%). -sinarharian

[VIDEO] Helah Najib Letak Zulkifli Noordin di Shah Alam

[PANAS] Kecewa dengan umno, bekas ahli Parlimen Tasik Gelugor bertanding atas tiket bebas yang mesra Pakatan Rakyat

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008

GEORGE TOWN, 17 April — Bekas ahli parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengumumkan malam tadi beliau akan bertanding di kerusi tersebut walaupun Barisan Nasional (BN) telah memilih calon lain untuk pilihan raya 5 Mei.

Shariff telah menjangkakan untuk mendapat kerusi tersebut selepas Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bersetuju untuk tidak bertanding walaupun menang di situ pada Pilihan Raya 2008. Ia merupakan salah satu daripada dua kerusi parlimen dimenangi oleh BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum tersebut.

Bekas timbalan menteri yang mempunyai ramai penyokong di Tasek Gelugor itu mengkritik kepimpinan BN kerana memilih calon yang tidak dimahukan oleh penduduk setempat.

“Saya akan menjadi calon mesra Pakatan Rakyat untuk kerusi ini,” kata lelaki berusia 65 tahun itu kepada pemberita selepas perhimpunan spontan lebih 2,000 penyokong di luar rumahnya di sini.

“Saya boleh jadi calon bebas, atau di bawah tiket DAP, saya boleh bertanding di bawah PKR dan PAS kerana semua pemimpin mereka adalah kawan saya,” tambah beliau beberapa jam selepas BN mengumumkan Shahbudin Yahya akan bertanding di kerusi Tasek Gelugor.

Shariff menjangkakan mungkin berlaku perlawanan beberapa penjuru di kerusi Tasek Gelugor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan tersebut. -TheMalaysianInsider

P/s: Kah kah kah....berpecah la puak-puak umno Tasik Gelugoq...Ini kalilah!!!

PANASSS!!!!!!... GADIS YANG HILANG SELAMA 6 BULAN AKHIRNYA DITEMUI DITEMPAT PENAMAAN CALON OLEH BAPANYA SENDIRI BERSAMA PEMUDA BN!!!

Telah berlaku satu kekecohan kecil antara anak dan kedua ibu bapanya apabila anak perempuannya baru dijumpai di tempat penamaan calon bersama teman lelakinya pemuda BN setelah beliau 6 bulan tidak dijumpai oleh keluarganya. 
Sumber: FB Pakatan Rakyat Election News 

P/s: Kah kah kah...Semua rembat....
Links to this post
[VIDEO] Puluhan ribu iringi calon PAS di Putrajaya
Sabtu, April 20, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Links to this post
Ibrahim Ali lawan anak Nik Aziz, calon BN tarik diri
Sabtu, April 20, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan.

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut.

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN. -malaysiakini
Links to this post
Foto Calon Pakatan Rakyat Parlimen Subang
Sabtu, April 20, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Lokasi: Pusat Penamaan Calon di Bandar utama

Tahniah kepada calon Pakatan Rakyat Parlimen Subang....
Parlimen Subang - Sivarasa (PKR)
Dun Bkt Lanjan - Elizabeth Wong (PKR)
Dun Kota Damansara - Dr Nasir (PSM)
Dun paya Jaras - Wakil PAS  
Links to this post

KUALA LUMPUR 19 APRIL: Wakil Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimie Sidek ditahan polis bersama dua saksi yang mahu mendedahkan penerbitan video fitnah lucah.

Mereka ditahan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sebentar tadi.

Dua saksi berkenaan terlibat dalam pembikinan video lucah berkenaan tetapi berpaling tadah dan sedia membuat pendedahan sebenar.

Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu Hitam.

"Ini adalah tangkapan bermotif politik," kata Chegu Bard.

Menurut Chegu Bard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh malam ini, dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka dalam pembikinan video tersebut.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dijangka turut menyampaikan ucapan.

Keadilan Daily sedang mengikuti perkembangan terkini berhubung tangkapan tersebut. Sumber: Fb keadilan daily

Links to this post
Lagi bekas Adun umno bertanding atas tiket bebas
Jumaat, April 19, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Fadzil (tiga, kiri) menunjukkan borang permohonan calon Bebas yang siap diisi.

ALOR SETAR - Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, Fadzil Hanafi mengisytiharkan akan bertanding calon Bebas untuk merebut kerusi Dun Alor Mengkudu kerana kecewa dengan pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon wanita kurang dikenali.

Bekas Adun Alor Mengkudu itu bukanlah muka baru dalam politik kerana memenangi kerusi itu dua penggal dan pernah menentang Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor di kerusi Dun Bukit Raya pada pilihan raya umum 1995.

Dakwanya, calon Dun Alor Mengkudu, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah kurang popular dalam kalangan masyarakat dan kemungkinan harapan untuk menang amat tipis kerana perlu berdepan calon muda yang lebih berpengaruh, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.

“Saya bertanding tiket Bebas bukan kerana tidak mendapat jawatan tetapi, sayang pada partiUmno dan BN dan terkilan sikap kepimpinan negeri menafikan hak calon boleh menang.

“Mereka bercakap soal calon ‘winnable candidate’ tetapi dalam masa sama tidak mempedulikan suara akar umbi yang mahu calon disukai rakyat dengan meletakkan calon pilihan sendiri,” katanya kepada Sinar Harian, di Kampung Kelumpang, Jalan Tok Keling, semalam.

Fadzil berkata, pucuk pimpinan tidak mengambil pengajaran terhadap tsunami politik yang melanda Kedah pada 2008 gara-gara pemimpin rakus mahu mempertahankan kedudukan tanpa mengambil kira suara akar umbi.

“Jika diikutkan pada pilihan raya umum kali ini, peluang untuk BN menawan semula Kedah cukup cerah namun, jika tersilap letak calon mungkin akan merumitkan lagi keadaan,” katanya.

Fadzil memilih untuk bertanding Bebas kerana mahu menjadi penyelamat parti dan kehendak akar umbi supaya dapat merampas semula kerusi Dun Alor Mengkudu daripada pembangkang.

“Saya tidak akan keluar dari Umno, jika ditakdirkan menang atas tiket Bebas saya akan kembalikan semula kerusi itu kepada Umno. Penyokong tidak perlu ragu-ragu untuk memberi undi mereka pada calon Bebas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau sedia menarik balik semula borang permohonan calon Bebas jika pucuk pimpinan membuat keputusan untuk menukar calon di kerusi itu pada saat akhir sebelum hari penamaan calon. -sinarharian
Links to this post
Sah!! DAP guna logo PAS dan PKR
Jumaat, April 19, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini. -malaysiakini

P/s: Berkubur umno BN kali ni...Ini kalilah!! Manusia merancang Allah merancang tetapi Allah Maha Hebat perancangan-Nya
Links to this post
Dayangku Intan 'lawan' Azalina di Parlimen Pengerang
Jumaat, April 19, 2013 | Author: Tuk Kiyai

PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut.

“Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru,” katanya. -sinarharian
Links to this post

KUALA LUMPUR: DAP memberikan masa sehingga jam 3 petang esok kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik suratnya yang menyatakan kepimpinan DAP tidak sah.

Jika gagal berbuat demikian, kesemua calon DAP akan bertanding di atas tiket PAS di Semenanjung dan di atas tiket PKR di Sabah dan Sarawak.

Keputusan ini dicapai DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) mereka malam ini.

Petang semalam DAP menerima surat dari ROS menyatakan kepimpinan DAP yang ada tidak diiktiraf oleh mereka.

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar itu.

Bagi beliau, adalah tidak berguna untuk bergantung di atas jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan simbol DAP iaitu roket ketika SPR mempunyai rekod buruk dalam mematuhi janjinya sendiri.

Bagi beliau, surat ROS yang dikeluarkan 48 jam sebelum hari penamaan calon yang jatuh pada 20 April adalah satu usaha untuk membunuh DAP dengan memaksa kesemua calonnya menjadi calon bebas.

"Jelas ROS berniat untuk menculik Roket untuk memenuhi grand design BN untuk mengeluarkan DAP dari bertanding dalam pilihan raya umum.

"Sehubungan itu, CEC DAP menyeru semua pemimpin, ahli serta penyokong DAP bertenang dan biarlah rasa marah kita diterjemahkan dalam kotak undi pada 5 Mei 2013 nanti," kata Lim Guan Eng.

Sementara itu, Pejabat Agung PAS sudah bersiap sepenuhnya untuk mengeluarkan surat kuasa bagi membolehkan calon-calon DAP bertanding atas tiket PAS dengan mengguanakan simbul PAS.

Ia disiapkan oleh kakitangan ibu pejabat PAS itu bagi membolehkan semua calon DAP di Semenanjung menggunakan simbol PAS dalam pilihan raya ini.
-harakahdaily
Links to this post
Lagi Wanita Umno kecewa dengan Najib
Jumaat, April 19, 2013 | Author: Tuk Kiyai
Aishah (kanan) bersama sebahagian daripada 40 ahli wanita yang hadir menghantar memorandum kepada MB semalam.

'Di mana slogan wanita disanjung?'

IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar.

Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab.

“Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

“Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan,” katanya.

Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan.
Links to this post
Tanda-tanda umno bakal berkubur di Pulau Pinang
Khamis, April 18, 2013 | Author: Tuk Kiyai
(Rumah Datuk Helmi berkunci rapat)

TASEK GELUGOR: Akibat penolakan beberapa nama calon untuk Pilihan Umum Ke 13 banyak bilik Gerakan Umno ditutup kerana tidak puas hati dengan pilihan calon mereka.

Di peringkat akar umbi mereka mahu individu yang sering kerja kuat dan turun padang bukan individu yang berpeluk tubuh serta tidak seaktif mana yang diangkat sebagai calon oleh BN.

Ia dapat dilihat di Taman Desa Murni Sungai Dua, Merbau Kudung, Simpang Empat dan satu dua lagi tempat di Parlimen Tasek Gelugor.

Di sini mereka membuat protes apabila calon piihan mereka di Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Shariff Omar tidak disenaraikan sebagai calon walaupun Tan Sri Nor Mohamed Yakcob telah digugurkan.

Beberapa alon bebas dikatakan akan muncul di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akibat desakan rakyat bawahan tidak diendahkan oleh Umno Negeri.

Di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar sudah ada yang telah mengistiharkan diri. Mereka ialah Azmi Alang dan Datuk Mustaffa Idrus.

Manakala di Parlimen Kepala Batas walaupun tidak sehebat Parlimen Tasek Gelugor, suara ketidak puasan hati tetap merebak bagaikan 'api dalam sekam'.

Anak buah Datuk Ahmad Darus yang disebut-sebut sebagai calon Bertam atau Datuk Helmi Abdul Rashid. Ini kerana yang terpilih ialah peguam muda, Sariful Azhar Othman.

Sampai sekarang rumah Helmi yang terletak di Permatang Manggis, Kepala Batas berkunci rapat.

Hanya perkarangan pejabat Umno Bahagian Kepala Batas berhadapan Masjid Jamidul Badawi sahaja yang masih hidup.

Keadaan ini sebenarnya merungsingkan kepimpinan diperingkat negeri bimbang Umno akan hilang lagi kerusi tradisi mereka.

Antaranya Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Permatang Berangan, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Teluk Bahang dan Pulau Betong. -harakahdaily
Links to this post
[PANAS] PAS Bakal Menang di Dun Johol. Sila baca
Khamis, April 18, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Nuri antara lapan PDM yang ditutup sebagai tanda protes.

Lapan PDM Johol tutup operasi
JOHOL – Pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun Johol, Mohd Fadzil Abu Kassim, 48, kelmarin mendapat bantahan hampir keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Johol.

Sinar Harian difahamkan, lapan PDM tutup operasi, manakala dua PDM iaitu Dangi dan Inas beroperasi seperti biasa. Lapan PDM itu ialah, Malan Baru, Selaru, Kuala Johol, Padang Jual, Inas, Pekan Johol, Air Mawang, Nuri dan Kepis.

Lebih merumitkan keadaan, bilik gerakan kecil PDM Kepis bertempat di Kampung Sri Kepis ditutup dan bendera Umno dan BN diturun sebagai tanda protes di atas pengumuman tersebut.

Sebagai rekod, sebelum pengumuman calon BN seluruh Negeri Sembilan kelmarin, satu bantahan calon Dun Johol telah diadakan di PDM Air Mawang pada 10 April lalu selepas desas-desus menyatakan calon Dun Johol 'turun dari langit'.

Seramai 120 jentera PDM telah sebulat suara menentang calon berkenaan kerana tidak dikenali dan jarang berada di Johol meskipun calon berasal dari Kampung Simpang Air Mawang kerana tuntutan kerja.

Bagaimanapun, suara jentera PDM tidak mampu mempertahankan calon yang mereka kehendaki dan Mohd Fadzil diangkat sebagai calon Dun Johol menentang calon Pas, Nor Azman Mohamad.
Links to this post
Naib Ketua Wanita Umno ini pula kecewa
Khamis, April 18, 2013 | Author: Tuk Kiyai

SHAH ALAM – Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya. “Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut. -sinarharian
Links to this post
Calon umno Parlimen Putrajaya miliki Saham Judi?
Khamis, April 18, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Setelah Presiden PAS mengumumkan calon untuk kerusi Parlimen P125 Putrajaya ialah Datuk Husam Musa, keretakan Umno Bahagian Putrajaya semakin parah.

Bukan sahaja dengan ketokohan yang ada pada Husam, tetapi Umno Putrajaya sendiri mengalami pertembungan yang cukup kuat sejak 2 tahun yang lepas.

Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan).

Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto.

Ku Nan juga pernah mencatatkan kisah pilu buat umat Islam apabila berusaha bersama Kerajaan Negeri Pahang untuk memeliki saham dalam Bukit Tinggi resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat aktif dalam kegiatan berjudi “mesin”.

Ini juga termasuklah cadangan jahil yang dilontarkan oleh Ku Nan kepada kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menambah tempoh masa operasi Pusat hiburan hingga jam 5 pagi.

Sampai masanya untuk Ku Nan berundur. 
Links to this post
Senarai penuh calon PAS Kelantan
Khamis, April 18, 2013 | Author: Tuk Kiyai

Senarai penuh calon PAS Kelantan yang diumumkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob bagi kerusi parlimen dan Datuk Mohd Amar Abdullah bagi kerusi Dun seperti berikut:-

Tumpat

Parlimen - Datuk Kamarudin Jaffar
Kelaboran – Mohd Zaki Ibrahim
Pasir Pekan – Datuk Ahmad Yakob
Wakaf Bharu – Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Pengkalan Chepa

Parlimen – Dr Mohd Izani Hussin (baru)
Kijang – Wan Ubaidah Omar
Chempaka – Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Panchor – Datuk Mohd Amar Abdullah

Kota Bharu

Parlimen – Datuk Takiyuddin Hassan (pindah)
Tanjong Mas – Rohani Ibrahim
Kota Lama – Datuk Anuar Tan Abdullah
Bunut Payong – Dr Ramli Mamat (baru)

Pasir Mas

Parlimen – Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (baru)
Tendong – Mohd Rozi Muhammad (baru)
Pengkalan Pasir – Hanifa Ahmad
Chetok – Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman

Rantau Panjang

Parlimen – Siti Zailah Mohd Yusoff
Meranti – Datuk Nasuruddin Daud
Gual Periuk – Ustaz Mohamad Awang
Bukit Tuku – Abdul Rasul Mohamad (baru)

Kubang Kerian

Parlimen – Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah (pindah)
Salor – Datuk Husam Musa
Pasir Tumbuh – Ustaz Abdul Rahman Yunus (baru)
Demit – Mumtaz Mohd Nawi (baru)

Bachok

Parlimen – Ustaz Ahmad Marzuk Saari (baru)
Tawang – Ustaz Hassan Mohamood
Perupuk – Huzaimi Che Hussin (baru)
Jelawat – Abdul Aziz Kadir

Ketereh

Melor – Dr Yusnan Mohd Yusoff (baru)
Kadok – Haji Azamin Mohd Noor
Kok Lanas – Ustaz Nik Mahadi Nik Mahmud (baru)

Tanah Merah

Bukit Panau – Datuk Abdul Fattah Mahmood
Gual Ipoh – Wan Yusoff Wan Mustafa
Kemahang – Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman

Pasir Puteh

Parlimen – Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (pindah)
Selising – Drs Saipul Bahrin Mohamad
Limbongan – Ustaz Nazlan Mohamad (baru)
Semerak – Wan Hassan Wan Ibrahim
Gaal – Tuan Mazlan Tuan Mat (baru)

Machang

Pulai Chondong – Zulkifli Mamat
Temangan – Datuk Dr Mohammed Fadzli Hassan
Kemuning – Ustaz Rosli Ismail (baru)

Jeli

Parlimen – Mohd Apandi Mohamad
Bukit Bunga – Sufely Abdul Razak
Air Lanas – Ustaz Abdullah Ya’kob

Kuala Krai

Parlimen – Dr Mohd Hatta Ramli
Mengkebang – Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman

Calon PKR untuk parlimen dan Dun juga diumumkan iaitu Parlimen Ketereh, Ab Aziz Kadir, Dr Zawawi Wan Ismail (Machang) dan Nik Mahmud Nik Ab Aziz (Tanah Merah).

Bagi Dun pula ialah Mohd Azihan Che Seman (Nenggiri), Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubur) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).
Sumber: FB Nik Abdul Aziz Nik Mat
Links to this post
Punca Calon BN in Menarik Diri Tersebar...
Rabu, April 17, 2013 | Author: Tuk Kiyai