Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN UMNO

Label:

Itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan krisis dalaman PAS yang berlaku sekarang.

Pandangan ini disepakati di kalangan pemimpin PAS khasnya dari negeri Kelantan.

“Kami tidak mahu memberikan signal yang negatif kepada pengundi dan rakyat negeri ini. Ini kerana rakyat tidak boleh mendengar nama UMNO sekarang, imejnya terlalu buruk,” kata seorang penganalisa politik yang juga aktivis PAS di negeri ini.

Ketika ditanya, apakah asas kepada analisa ini dan sejauh manakah ia akan tepat, beliau berkata, “kejayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri Kelantan adalah bukti analisa ini betul”. Baca selanjutnya di sini.

JANJI PEMBANGUNAN TETAPI YANG MEMBANGUN RUMAH YB UMNO

Label:

(foto-siasahdaily)

[EDISI MANEK URAI]

Penduduk tempatan di Dun Manek Urai sudah muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang oleh Umno dan BN. Apabila ada sahaja pilihanraya, menteri akan datang dan merasmikan sesuatu projek walaupun sudah dirasmikan.

Malah rakyat di Dun terbabit sudah tahu sepanjang empat tahun diterajui Umno pada penggal lalu pembangunan yang dijanji untuk rakyat tidak menjadi kenyataan.

Tetapi pembangunan sebaliknya berlaku. Baru sepenggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membangun banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (foto).

Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat tetapi berjaya membangun mahligai di pucak bukit di Jelawang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira projek-projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini. Baca selanjutnya di sini.

KERAJAAN PERPADUAN: NASHARUDDIN KINI KESEORANGAN?

Label:

Satu analisis yang menarik dan padat. Itu yang Tok Kiyai dapat rumuskan apabila membaca artikel di bawah ini. Malang buat Nasharuddin.... Bagi Tok Kiyai, Nasharuddin sama malangnya dengan Ibrahim Ali kerana "dimarahi" oleh Tok Guru Nik Aziz... Bagi Tok Kiyai, Nasharuddin perlu bersemuka dengan Tok Guru Nik Aziz untuk meleraikan kekusutan yang berlaku. Tok Kiyai juga melihat apa yang berlaku kepada Nasharuddin akan menyebabkan "jangka hayat" beliau dalam memimpin Pas menjadi pendek malah kepercayaan penyokong Pas terhadap beliau sudah tercalar. Nasihat Tok Kiyai kepada Nasharuddin, hentilah bercakap pasal kerajaan perpaduan kerana ia adalah idea "kosong" sahaja.

KUALA LUMPUR Jun 18 - Nasharudin Mat Isa yang baru sahaja meraikan kemenangan sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal ketiga berturut-turut kini keseorangan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Bermula pagi semalam, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali menjelaskan pendirian yang berbeza dengan Nasharudin dalam jawapan kepada Datuk Seri Najib Razak yang berkata PAS ikhlas dalam mewujudkan kerjasama.

Nasharudin dilihat mengalu-alukan kenyataan Najib, yang banyak ditafsirkan sebagai satu perangkap, dengan berkata ia sesuatu yang positif, walaupun tetap menolak pembentukan kerajaan perpaduan.

Kenyataan orang nombor dua PAS itu telah, tanpa disengajakan, meresahkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar semalam, Mustafa pula cuba menutup pintu kerjasama politik PAS-Umno apabila menegaskan pembentukan kerajaan perpaduan hanya boleh dibuat dengan penyertaan PKR dan DAP, namun terus mempertahankan usaha-usaha perbincangan dengan Umno untuk isu-isu kepentingan negara.

Pada waktu yang sama Mustafa memberikan kenyataan itu, di Parlimen wakil Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan isu kerjasama dengan Umno tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat.

Sementara di Kota Baru, hanya beberapa jam selepas sidang akhbar Mustafa, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat kenyataan mengejutkan menyuruh Nasharudin mengosongkan kerusi Bachok.

Sebelum itu, beliau memanggil mereka yang mahu kerajaan perpaduan sebagai boneka Umno, dan di kawasan sekitar Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan Kelantan kain-kain rentang telah dinaikkan untuk menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz dan penolakan kepada usaha kerjasama dengan Umno.

“Tuan Guru, sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, berhak menyuruh Nasharudin meletakkan jawatan,” kata seorang sumber yang rapat dengan pejabat mentri besar Kelantan.

“Seperti Ibrahim Ali yang kini menentang PAS, Tok Guru juga telah suruh dia letak jawatan,” tambahnya merujuk kepada ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket parti Islam itu tetapi kini condong kepada Barisan Nasional.

Mereka yang rapat dengan Nik Aziz percaya kenyataan itu dibuat secara terancang kerana beliau dikenali sebagai ahli politik yang licik.

Hari ini, Nasharudin yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi, kali ini oleh dua naib presiden parti itu.

Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar secara berasingan memberitahu wartawan bahawa Nasharudin mesti bersemuka dengan Nik Aziz sebelum mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat minggu depan untuk meleraikan kekusutan dan keresahan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Jika pertemuan itu dapat dilangsungkan, ini kali kedua dalam setahun pemimpin kanan PAS terpaksa berhadapan dengan Nik Aziz selepas bertikam lidah secara umum.

Tahun lalu, Mustafa, yang ketika itu pengarah pilihanraya, terpaksa menghadap Nik Aziz setelah mengkritik secara terbuka rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Malang bagi Nasharudin tiada siapa yang berani mempertahankannya sementara presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, orang yang mencadangkan idea kerajaan perpaduan itu, kini berada di luar negara dan apabila beliau mempengerusikan mesyuarat khas Isnin depan sudah pasti akan menjarakkan dirinya dari insiden yang memalukan dan memecah-belahkan parti itu.

Tidak mungkin Hadi berani mempertahankan timbalannya secara terbuka. Nasharudin perlu berhadapan dengan Nik Aziz dan penyokongnya secara berseorangan.

Sumber-the malaysian insider

JAMBATAN KETIGA: SULTAN JOHOR TIDAK SETUJU

sumber - malaysianinsider

Johor Sultan says no to third bridge

KUALA LUMPUR, June 18 — The Sultan of Johor has rejected the proposed third bridge linking Malaysia and Singapore, in the latest show of power by the royalty after he was apparently not even consulted by either governments on the proposal.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said recently the government was keen on pursuing the idea of a third bridge near the eastern coast of Johor.

But the proposal has already drawn some criticism from Umno leaders who are concern Malaysia would have to lift the ban on the sale of sand to Singapore before the bridge could be built.

KEMENANGAN ZAMBRY DIRANCANG PIHAK ATASAN?

Label:

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, terdapat dakwaan mengatakan bahawa satu arahan dikeluarkan kepada Hakim Negara supaya mengarahkan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan itu Nizar menggesa supaya satu suruhanjaya bebas dan badan siasatan yang berwibawa diwujudkan secepat mungkin bagi mengkaji perkara yang tidak diadili dengan adil dan telus.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh blogger yang terkenal itu perlu disiasat akan kebenarannya.

Apa yang merunsingkan beliau ialah terdapat satu artikel dalam laman blog yang mengeluarkan tentang keputusan kemenangan supaya berpihak kepada Zambry.

“Keputusan dikatakan dibuat pihak atasan yang boleh menentukan kepada Ketua Hakim dan Ketua Hakim Negara boleh mengarahkan mana-mana Presiden kepada Mahkamah Rayuan untuk memberikan keputusan supaya ianya menyebelahi mana-mana pihak,” katanya. Baca selanjutnya di sini.

Adakah dakwaan Nizar itu benar? Bagi saya, untuk mengetahui dakwaan itu benar atau palsu. maka suruhanjaya bebas patut ditubuhkan. Siasat dakwaan tersebut. Kalau benar, ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Kalau tidak benar, maka bersihlah imej MB Zambry.

KELANTAN TUNTUT ROYALTI MINYAK RM1 BILION

Label:

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

"Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
- malaysiakini

Kita tunggu dan lihat apa respon kerajaan pusat berhubung isu ini. Kalau kerajaan masih menafikan hak rakyat kelantan, maka jelas dan benarlah kerajaan mengamalkan dasar anak tiri kepada kelantan. Sebabnya hanya satu iaitu Kelantan diperintah oleh Pas. Adakah itu dendam politik umno? Janganlah sampai merampas hak rakyat Kelantan. Aduhai begitulah nasib rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu Islam. Persoalannya,di manakah dasar umno untuk membela Melayu? Fikir-fikirkan....

NIK AZIZ GESA "BONEKA UMNO" KELUAR DARI PAS

Label:

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar dari parti itu dan menyertai Umno ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO. Baca selanjutnya di sini.

Perkembangan terbaru ini merupakan tamparan hebat buat Nasharuddin yang mengenepikan pandangan Datuk Nik Aziz yang mahu PAS tidak perlu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Saya melihat gesaan yang agak lantang dari Datuk Nik Aziz itu juga ditujukan kepada semua pemimpin PAS yang setuju dengan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS.

Nasharuddin dan beberapa pemimpin PAS telah masuk "perangkap" UMNO yang mahu melihat PAS berpecah belah malah memberi "modal" untuk pemimpin UMNO bermain dengan isu tersebut.

Bagi saya, kerajaan perpaduan cetusan idea Presiden PAS adalah memecahbelahkan penyokong......

Saya setuju dengan kenyataan Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam supaya pemimpin tinggi PAS "tutup mulut" daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. Hal ini demikian kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh umno.

Malah Khalid berkata, kerajaan perpaduan tidak dibangkit pun dalam ucapan dasar atau usul. Ia timbul dalam sidang akhbar dan telah diperbesar-besarkan.

"Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno. Umno sedar perkara itu, tetapi mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai hala tuju PAS," kata Khalid. Baca selanjutnya di sini.

39 LAMAN BLOG, WEB DIHARAMKAN

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

SAMAN FITNAH - HUSAM AKAN TARIK BALIK

Label:

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (foto) akan menarik balik saman fitnah RM6 juta yang dikemukakannya terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga Mohd Adhan Kecik dan Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah.

Peguam yang mewakili Husam, Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, memberitahu media hari ini bahawa Husam berhasrat menarik balik saman itu selepas kedua-dua Adun Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal bulan ini.

"Kami menjangkakan kes ini akan diselesaikan. Penarikan balik saman itu akan dibuat di hadapan hakim pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Baca lanjut KLIK di sini.

KES MANOHARA-TENGKU TEMENGGONG: SULTAN TIADA KAITAN

Kenyataan Rasmi Istana Kelantan:

Saya dititahkan untuk menarik perhatian mengenai isu perkahwinan YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot dan laporan polis yang dibuat oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan pada 11 Jun 2009 dan disiarkan oleh akhbar-akhbar pada 12 Jun 2009.

Adalah ditegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot adalah merupakan kenyataan peribadi dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Kenyataan-kenyataan tersebut tiada ada kaitan langsung dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan atau Pejabat Sultan.

Memandangkan penyiasatan sedang berjalan saya berharap semua pihak dapat menghormati dan memberi peluang kepada pihak yang berkuasa untuk membuat penyiasatan secara telus dan adil. Perlu ditegaskan isu berkenaan adalah merupakan isu peribadi YAM Tengku Temenggong dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot sebagai suami isteri, oleh itu tidaklah patut dan tidak boleh dikaitkan dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan atau Pejabat Sultan Kelantan.

Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi bahawa KDYMM Tuanku Al-Sultan pada masa ini masih lagi dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sama-samalah kita berdoa semoga KDYMM Tuanku Al-Sultan cepat sembuh dan kembali ke negeri Kelantan.

Seterusnya saya dititahkan untuk memaklumkan bahawa YMM Pemangku Raja atau Pejabat Sultan Kelantan tidak pernah melantik mana-mana orang menjadi jurucakap di mana-mana media. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah bersifat peribadi dan menjadi tanggungjawab peribadi pihak-pihak tersebut. Selanjutnya diharapkan semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana atau membantut penyiasatan supaya isu berkenaan dalam diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil dan saksana.

Sekian, terima kasih.

Nik Mahmud bin Nik Jaffar
Pegawai Tadbir (Pentadbiran)
b.p. Dato' Pengelola Istana Diraja Kelantan

Istana Balai Besar
Kota Bharu, Kelantan
15 Jun 2009

PAS NAFI BAKAR SEMANGAT PENYOKONG DI MANEK URAI

Label:

KOTA BHARU 15 Jun - Pas negeri menolak dakwaan terdapat kalangan pemimpin parti itu cuba mengapi-apikan penyokong melalui ceramah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (foto) mencabar mana-mana pihak yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti sekiranya benar ada pemimpin Pas yang melakukannya.

Beliau menegaskan, Pas akan menjalankan kempen menarik sokongan pengundi di DUN tersebut berlandaskan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed menyelar pemimpin Pas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kerusi itu biarpun terpaksa 'bertumpah darah'.

Dalam laporan tersebut, Mustapa tanpa menyebut nama individu terbabit mendakwa kenyataan dibuat oleh seorang pemimpin Pas ketika berceramah di Manek Urai baru-baru ini. Baca lanjut, KLIK di sini.

LAGI MISTERI KEMATIAN SUSPEK POLIS DALAM LOKAP

Kematian A Gnanapragasam dalam lokap polis menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat apabila wujud dakwaan yang mengatakan bahawa suspek kes pecah rumah itu pernah dipukul dan mengalami kesan lebam di mata kanannya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata isterinya pernah melawat lelaki 52 tahun Jumaat lalu, dua hari sebelum beliau ditemui mati.

"Dalam lawatan isterinya, Gnanapragasam memberitahu bahawa beliau pernah mengadu kepada majistret yang mendengar remannya beliau dibelasah dalam tahanan polis," kata Elizabeth, yang juga ADUN Bukit Lanjan.

"Tambahan lagi, isterinya memberitahu saya bahawa suaminya mengalami kesan lebam di mata kanan sewaktu lawatan tersebut." Baca lanjut KLIK di sini.

PAS BAWA PENDEKATAN POLITIK SAMSENG: PEMUDA BN KELANTAN

Label:

"Kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pendekatan samseng, sebarang bentuk provokasi yang cuba ditimbulkan dalam siri ceramah mereka (PAS) di Manek Urai,” kata Ketua Pemuda UMNO negeri, Annuar Sufian.

Pendirian tegas itu timbul apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan menganggap kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Annuar juga berkata, kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

"Mereka adalah sebuah parti yang dilabel sebagai Islam, tetapi kenyataan yang dikeluarkan ini bertujuan untuk menghuru-harakan pengundi di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda BN negeri di sini semalam.

Annuar berkata, PAS sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.Baca lanjut, KLIK di sini.

FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN KENYATAAN PEMUDA UMNO KELANTAN ITU....

KARPAL YANG PERLU MINTA MAAF, BUKAN SAYA: NAJIB

Label:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah menghunus keris pada tahun 1987 yang ketika itu menerajui Pemuda Umno sambil mencabar masyarakat Cina di negara ini. Sambil menolak dakwaan Karpal Singh di Dewan Rakyat pagi ini, Najib berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian.

"Insiden itu tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu meminta maaf tetapi sebaliknya Karpal yang perlu meminta maaf," katanya menjawab soalan tambahan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini.

Oleh itu kata Najib, beliau tidak perlu memohon maaf kepada masyarakat Cina sebagaimana dituntut oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat hari ini.

Karpal ketika mengemukakan soalan tambahan bertanya Najib, adakah beliau akan memohon maaf kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan memasukkan kembali keris yang dihunus tanpa dibasahi darah masyarakat Cina. Baca lanjut sila KLIK di sini.

ANWAR PERTAHAN TINDAKAN NIZAR DAN RAKAN

Label:

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan,” Kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi.

Anwar juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarahkan tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu.

Dewan Rakyat pagi tadi sedikit kecoh apabila Nizar yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan "Bubar DUN" dan memakai lilitan berkenaan dan dikuti oleh beberapa rakannya yang lain.

“BONEKA UMNO” DALAM PAS?

Label:

KOTA BHARU – Semalam (Ahad), Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa pemimpin dan penyokong PAS yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan disifatkan sebagai ‘boneka UMNO’.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau memanggil ‘boneka UMNO’ kerana beliau mempunyai hujah yang kukuh tetapi dia tidak ingin panjangkan isu tersebut.

Dalam keadaan sekarang, mereka (pemimpin dan penyokong PAS) bukan sahaja didakwa tidak mendengar nasihat dan teguran berhubung isu itu, malah cuba membelakangi kuasanya sebagai Mursyidul Am parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya, di Kota Darul Naim semalam (Ahad).

Pada Jumaat lepas, Datuk Nik Abdul Aziz membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai ‘boneka UMNO’.

LAUNGAN MP NIZAR GEGARKAN DEWAN RAKYAT

Label:

(Foto - The Malaysian Insider)

"HIDUP RAKYAT"
"BUBARKAN DUN PERAK"

Itulah laungan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) sebaik sahaja selesai angkat sumpah sebagai MP pagi tadi. Laungan beliau telah menggegarkan Dewan Rakyat untuk seketika.

Gelagat dan tindakan beliau bersama-sama dengan beberapa MP Pakatan Rakyat menyebabkan speaker Pandikar Amin Mulia "menghalau" mereka dari Dewan Rakyat.

Pada kebiasaanya, Speaker akan mengalu-alukan kedatangan MP yang baru sebaliknya mengarahkan Nizar dan beberapa rakannya keluar dari dewan. Baca lanjut, KLIK di sini.

NIZAR, 4 MP DIGANTUNG DUA HARI

Label:

(Foto-malaysiakini)

Lima ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR), termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Nizar, Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengalami nasib yang sama. Baca lanjut, klik SINI.

SIDANG DEWAN RAKYAT: HISHAMUDDIN JAWAB KEWAJARAN POLIS CEROBOH DUN PERAK

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jawapan bahawa tindakan polis memasuki Dewan Undangan Negeri Perak adalah dengan arahan daripada Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Ganesan sebagai Speaker yang sah.

Dalam soalan tambahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya apakah alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi. Anwar berkata, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikan apa yang berlaku.

Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankan tindakan polis yang baginya adalah permintaan daripada Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kerajaan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu.

SIDANG DEWAN RAKYAT: MP NIZAR DIHALAU KELUAR DEWAN

Label:

(Foto - mstar)

Ekoran daripada tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melaungkan kalimat "Hidup Rakyat" dan "Bubar Dun" serta memakai lilitan "Bubar Dun Perak" membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antara MP yang dihalau keluar ialah YB. Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB. Gobalakrishnan, Dr. Hatta Ramli, Dr. Zulkifli, YB. Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

HIDUP RAKYAT...

USUL PECAT MUSA HASAN : DATO NGEH KOO HAM

Label:

Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen, Dato Ngeh Koo Ham, dalam satu kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa beliau akan membentangkan satu usul di parlimen dalam sidang yang akan bermula hari ini supaya memecat Ketua Polis Negara (KPN) itu kerana melanggar undang-undang.

Usul yang akan dibentangkannya itu adalah ekoran kegagalan kerajaan BN bertindak dengan tegas ke atas salah laku polis terutamanya sewaktu berlakunya krisis politik Perak. Baca lanjut KLIK di sini.

NIZAR ANGKAT SUMPAH MP PAGI INI

Label:

Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga hero Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah sebaik saja bermulanya persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau dijangka mengangkat sumpah pada jam 9.30 pagi ini.

Sebuah bas yang membawa ADUN Pakatan Rakyat Perak telah berangkat dari Ipoh pada jam 6.15 pagi tadi. Mereka akan berada di Bangunan Parlimen untuk sama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Tahniah dan syabas Datuk Seri Nizar...

LEE KUAN YEW TEMUI TOK GURU

Label:

(Foto - kickdefella)

KOTA BHARU - Menteri Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew melakukan kunjungan hormat ke atas Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya hari ini.

Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas. Lawatan ke Kelantan merupakan lawatan kali pertama buat Lee.

Rombongan Menteri Mentor Singapura bersama Menteri Pendidikan & Menteri Kewangan Singapura itu mengadakan perbincangan tertutup selama 75 minit di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim.

Selepas makan tengahari, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Lee mengadakan perbincangan di salah sebuah Hotel di Kota Bharu.

Lee dijangka ke Kuantan bagi jadual lawatan seterusnya.

USUL HARAMKAN SIS: KHALID SAMAD BERI PENJELASAN

Label:

Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, mereka tidak berniat menggalakkan penggunaan kuasa untuk berdakwah "pihak yang berbeza pandangan dengan aliran Islam arus perdana", seperti Sisters in Islam (SIS).

"Memang banyak pendirian SIS yang kita tidak senangi, tidak setuju dan kita rasakan bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri. Tetapi apa yang dimaksudkan di sebalik usul itu, supaya tindakan diambil dan diperbetulkan.

"Dalam perbincangan kita, kita bersetuju, perkataan itu (mengharamkan), menggambarkan kecenderungan dengan penggunaan kekerasan dan kuasa. Dan kalau itu yang dimaksudnya, ia bercanggah degan Islam itu sendiri," katanya dalam sidang media di Shah Alam.

Beliau mengulas usul yang dicadang PAS kawasan itu dalam muktamar PAS lalu yang meminta kerajaan menyiasat dan mengharamkan SIS sekiranya aliran dan pandangannya bertentangan dengan syariat Islam.

Usul PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas oleh muktamar ke-55 PAS minggu lalu. Usul itu berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Dapat bantahan meluas

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan - PKR dan DAP - serta sejumlah NGO dan individu.

Khalid berkata, Islam menggariskan beberapa panduan berdakwah, seperti disebut dalam al-Quran, antaranya, menggunakan pendekatan berhikmat, memberi nasihat dam berhujah dengan cara yang baik dan menarik.

Beliau berkata, kaedah dan pendekatan tersebut telah digunapakai sejak lama dahulu, termasuk oleh tokoh besar Islam Imam al-Ghazali.

Katanya, usul itu asalnya dicadangkan Dewan Muslimat PAS kawasan itu, tetapi tidak dibincangkan dalam mesyuarat kawasan pada 19 April lalu, sebaliknya dibawa ke mesyuarat khas pada 23 April.

Khalid berkata, dalam mesyuarat itu, PAS Shah Alam bersetuju mengubah beberapa perkataan dalam usul itu yang boleh menimbulkan salah faham seperti perkataaan "mengharamkan" dan "pemulihan".

Selepas itu, tambah Khalid, ia diserahkan kembali kepada Dewan Muslimat bagi membetulkannya.

'Saya terlepas pandang'

"Tetapi oleh kerana sibuk dengan pilihanraya kecil Penanti ketika itu dan sibuk merasmikan mesyuarat agung menjelang muktamar, saya terlepas pandang," tambahnya.

PAS Shah Alam akan menulis kepada PAS pusat pada hari ini atau esok, bagi menerangkan pendirian mereka serta melampirkan kronologi kejadian tersebut, katanya.

Bagaimanapun, bekas ahli biro politik PAS itu berkata, mereka tidak perlu meminta maaf kepada SIS.

"Kalau perlu saya akan minta maaf kepada PAS terlebih dahulu. Kalau ikut ayat ini, kita tidak kata apa-apa. Tetapi imej buruk ini bukan kena kepada SIS tetapi PAS. Ia mengukuhkan persepsi salah kepada kaedah dan pendekatan PAS itu sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, tidak timbul juga isu menariknya balik kerana ia bukan usul sebenar yang telah dipinda, dan sepatutnya kepada ibupejabat.

Walaupun menafikan beliau disabotak pihak-pihak tertentu, Khalid mengakui usul tersebut telah mencalarkan sedikit imej PAS.
(malaysiakini)
PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN UMNO
Sabtu, Jun 20, 2009 | Author: Tuk Kiyai
Itulah cara yang terbaik untuk menyelesaikan krisis dalaman PAS yang berlaku sekarang.

Pandangan ini disepakati di kalangan pemimpin PAS khasnya dari negeri Kelantan.

“Kami tidak mahu memberikan signal yang negatif kepada pengundi dan rakyat negeri ini. Ini kerana rakyat tidak boleh mendengar nama UMNO sekarang, imejnya terlalu buruk,” kata seorang penganalisa politik yang juga aktivis PAS di negeri ini.

Ketika ditanya, apakah asas kepada analisa ini dan sejauh manakah ia akan tepat, beliau berkata, “kejayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri Kelantan adalah bukti analisa ini betul”. Baca selanjutnya di sini.
JANJI PEMBANGUNAN TETAPI YANG MEMBANGUN RUMAH YB UMNO
Jumaat, Jun 19, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(foto-siasahdaily)

[EDISI MANEK URAI]

Penduduk tempatan di Dun Manek Urai sudah muak dengan agenda pembangunan yang sering diulang tayang oleh Umno dan BN. Apabila ada sahaja pilihanraya, menteri akan datang dan merasmikan sesuatu projek walaupun sudah dirasmikan.

Malah rakyat di Dun terbabit sudah tahu sepanjang empat tahun diterajui Umno pada penggal lalu pembangunan yang dijanji untuk rakyat tidak menjadi kenyataan.

Tetapi pembangunan sebaliknya berlaku. Baru sepenggal menang, bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah mampu membangun banglow besar yang lengkap dengan dewan dan pejabat di tapak seluas kira-kira dua ekar di cabang tiga Sungai Sok (foto).

Begitu juga bekas Adun Dabong, Datuk Ramzi Abdul Rahman, biar pun sepenggal menjadi wakil rakyat tetapi berjaya membangun mahligai di pucak bukit di Jelawang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, itu belum lagi diambil kira projek-projek terbengkalai yang telah dirasmikan menteri sebelum ini. Baca selanjutnya di sini.
KERAJAAN PERPADUAN: NASHARUDDIN KINI KESEORANGAN?
Jumaat, Jun 19, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Satu analisis yang menarik dan padat. Itu yang Tok Kiyai dapat rumuskan apabila membaca artikel di bawah ini. Malang buat Nasharuddin.... Bagi Tok Kiyai, Nasharuddin sama malangnya dengan Ibrahim Ali kerana "dimarahi" oleh Tok Guru Nik Aziz... Bagi Tok Kiyai, Nasharuddin perlu bersemuka dengan Tok Guru Nik Aziz untuk meleraikan kekusutan yang berlaku. Tok Kiyai juga melihat apa yang berlaku kepada Nasharuddin akan menyebabkan "jangka hayat" beliau dalam memimpin Pas menjadi pendek malah kepercayaan penyokong Pas terhadap beliau sudah tercalar. Nasihat Tok Kiyai kepada Nasharuddin, hentilah bercakap pasal kerajaan perpaduan kerana ia adalah idea "kosong" sahaja.

KUALA LUMPUR Jun 18 - Nasharudin Mat Isa yang baru sahaja meraikan kemenangan sebagai Timbalan Presiden PAS untuk penggal ketiga berturut-turut kini keseorangan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Bermula pagi semalam, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali menjelaskan pendirian yang berbeza dengan Nasharudin dalam jawapan kepada Datuk Seri Najib Razak yang berkata PAS ikhlas dalam mewujudkan kerjasama.

Nasharudin dilihat mengalu-alukan kenyataan Najib, yang banyak ditafsirkan sebagai satu perangkap, dengan berkata ia sesuatu yang positif, walaupun tetap menolak pembentukan kerajaan perpaduan.

Kenyataan orang nombor dua PAS itu telah, tanpa disengajakan, meresahkan pimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam sidang akhbar semalam, Mustafa pula cuba menutup pintu kerjasama politik PAS-Umno apabila menegaskan pembentukan kerajaan perpaduan hanya boleh dibuat dengan penyertaan PKR dan DAP, namun terus mempertahankan usaha-usaha perbincangan dengan Umno untuk isu-isu kepentingan negara.

Pada waktu yang sama Mustafa memberikan kenyataan itu, di Parlimen wakil Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menegaskan isu kerjasama dengan Umno tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat.

Sementara di Kota Baru, hanya beberapa jam selepas sidang akhbar Mustafa, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat kenyataan mengejutkan menyuruh Nasharudin mengosongkan kerusi Bachok.

Sebelum itu, beliau memanggil mereka yang mahu kerajaan perpaduan sebagai boneka Umno, dan di kawasan sekitar Kota Darul Naim, pusat pentadbiran kerajaan Kelantan kain-kain rentang telah dinaikkan untuk menunjukkan sokongan kepada Nik Aziz dan penolakan kepada usaha kerjasama dengan Umno.

“Tuan Guru, sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan, berhak menyuruh Nasharudin meletakkan jawatan,” kata seorang sumber yang rapat dengan pejabat mentri besar Kelantan.

“Seperti Ibrahim Ali yang kini menentang PAS, Tok Guru juga telah suruh dia letak jawatan,” tambahnya merujuk kepada ahli Parlimen Pasir Mas yang bertanding atas tiket parti Islam itu tetapi kini condong kepada Barisan Nasional.

Mereka yang rapat dengan Nik Aziz percaya kenyataan itu dibuat secara terancang kerana beliau dikenali sebagai ahli politik yang licik.

Hari ini, Nasharudin yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi, kali ini oleh dua naib presiden parti itu.

Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar secara berasingan memberitahu wartawan bahawa Nasharudin mesti bersemuka dengan Nik Aziz sebelum mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat minggu depan untuk meleraikan kekusutan dan keresahan dalam isu kerjasama dengan Umno.

Jika pertemuan itu dapat dilangsungkan, ini kali kedua dalam setahun pemimpin kanan PAS terpaksa berhadapan dengan Nik Aziz selepas bertikam lidah secara umum.

Tahun lalu, Mustafa, yang ketika itu pengarah pilihanraya, terpaksa menghadap Nik Aziz setelah mengkritik secara terbuka rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Malang bagi Nasharudin tiada siapa yang berani mempertahankannya sementara presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, orang yang mencadangkan idea kerajaan perpaduan itu, kini berada di luar negara dan apabila beliau mempengerusikan mesyuarat khas Isnin depan sudah pasti akan menjarakkan dirinya dari insiden yang memalukan dan memecah-belahkan parti itu.

Tidak mungkin Hadi berani mempertahankan timbalannya secara terbuka. Nasharudin perlu berhadapan dengan Nik Aziz dan penyokongnya secara berseorangan.

Sumber-the malaysian insider
JAMBATAN KETIGA: SULTAN JOHOR TIDAK SETUJU
Khamis, Jun 18, 2009 | Author: Tuk Kiyai
sumber - malaysianinsider

Johor Sultan says no to third bridge

KUALA LUMPUR, June 18 — The Sultan of Johor has rejected the proposed third bridge linking Malaysia and Singapore, in the latest show of power by the royalty after he was apparently not even consulted by either governments on the proposal.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had said recently the government was keen on pursuing the idea of a third bridge near the eastern coast of Johor.

But the proposal has already drawn some criticism from Umno leaders who are concern Malaysia would have to lift the ban on the sale of sand to Singapore before the bridge could be built.
KEMENANGAN ZAMBRY DIRANCANG PIHAK ATASAN?
Khamis, Jun 18, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, terdapat dakwaan mengatakan bahawa satu arahan dikeluarkan kepada Hakim Negara supaya mengarahkan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Sehubungan itu Nizar menggesa supaya satu suruhanjaya bebas dan badan siasatan yang berwibawa diwujudkan secepat mungkin bagi mengkaji perkara yang tidak diadili dengan adil dan telus.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat oleh blogger yang terkenal itu perlu disiasat akan kebenarannya.

Apa yang merunsingkan beliau ialah terdapat satu artikel dalam laman blog yang mengeluarkan tentang keputusan kemenangan supaya berpihak kepada Zambry.

“Keputusan dikatakan dibuat pihak atasan yang boleh menentukan kepada Ketua Hakim dan Ketua Hakim Negara boleh mengarahkan mana-mana Presiden kepada Mahkamah Rayuan untuk memberikan keputusan supaya ianya menyebelahi mana-mana pihak,” katanya. Baca selanjutnya di sini.

Adakah dakwaan Nizar itu benar? Bagi saya, untuk mengetahui dakwaan itu benar atau palsu. maka suruhanjaya bebas patut ditubuhkan. Siasat dakwaan tersebut. Kalau benar, ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. Kalau tidak benar, maka bersihlah imej MB Zambry.
KELANTAN TUNTUT ROYALTI MINYAK RM1 BILION
Rabu, Jun 17, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kerajaan negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Katanya, menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion, lapor Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco hari ini, Husam berkata, Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Menurutnya, adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Sementara itu, di Kuala Lumpur, ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

"Sekiranya negeri-negeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan...sekiranya Najib benar-benar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.
- malaysiakini

Kita tunggu dan lihat apa respon kerajaan pusat berhubung isu ini. Kalau kerajaan masih menafikan hak rakyat kelantan, maka jelas dan benarlah kerajaan mengamalkan dasar anak tiri kepada kelantan. Sebabnya hanya satu iaitu Kelantan diperintah oleh Pas. Adakah itu dendam politik umno? Janganlah sampai merampas hak rakyat Kelantan. Aduhai begitulah nasib rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu Islam. Persoalannya,di manakah dasar umno untuk membela Melayu? Fikir-fikirkan....
NIK AZIZ GESA "BONEKA UMNO" KELUAR DARI PAS
Rabu, Jun 17, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa keluar dari parti itu dan menyertai Umno ekoran isu perbincangan kerajaan perpaduan PAS dan UMNO. Baca selanjutnya di sini.

Perkembangan terbaru ini merupakan tamparan hebat buat Nasharuddin yang mengenepikan pandangan Datuk Nik Aziz yang mahu PAS tidak perlu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Saya melihat gesaan yang agak lantang dari Datuk Nik Aziz itu juga ditujukan kepada semua pemimpin PAS yang setuju dengan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS.

Nasharuddin dan beberapa pemimpin PAS telah masuk "perangkap" UMNO yang mahu melihat PAS berpecah belah malah memberi "modal" untuk pemimpin UMNO bermain dengan isu tersebut.

Bagi saya, kerajaan perpaduan cetusan idea Presiden PAS adalah memecahbelahkan penyokong......

Saya setuju dengan kenyataan Khalid Samad, ahli parlimen PAS Shah Alam supaya pemimpin tinggi PAS "tutup mulut" daripada bercakap tentang kerajaan perpaduan. Hal ini demikian kerana perkara itu telah diputarbelitkan oleh umno.

Malah Khalid berkata, kerajaan perpaduan tidak dibangkit pun dalam ucapan dasar atau usul. Ia timbul dalam sidang akhbar dan telah diperbesar-besarkan.

"Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno. Umno sedar perkara itu, tetapi mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai hala tuju PAS," kata Khalid. Baca selanjutnya di sini.
39 LAMAN BLOG, WEB DIHARAMKAN
Rabu, Jun 17, 2009 | Author: Tuk Kiyai
Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.
SAMAN FITNAH - HUSAM AKAN TARIK BALIK
Selasa, Jun 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (foto) akan menarik balik saman fitnah RM6 juta yang dikemukakannya terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Bunga Mohd Adhan Kecik dan Adun Paloh Datuk Nozula Mat Diah.

Peguam yang mewakili Husam, Ahmad Shabrimi Mohd Sidek, memberitahu media hari ini bahawa Husam berhasrat menarik balik saman itu selepas kedua-dua Adun Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal bulan ini.

"Kami menjangkakan kes ini akan diselesaikan. Penarikan balik saman itu akan dibuat di hadapan hakim pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Baca lanjut KLIK di sini.
KES MANOHARA-TENGKU TEMENGGONG: SULTAN TIADA KAITAN
Selasa, Jun 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Kenyataan Rasmi Istana Kelantan:

Saya dititahkan untuk menarik perhatian mengenai isu perkahwinan YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot dan laporan polis yang dibuat oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan pada 11 Jun 2009 dan disiarkan oleh akhbar-akhbar pada 12 Jun 2009.

Adalah ditegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot adalah merupakan kenyataan peribadi dalam hubungan mereka sebagai suami isteri. Kenyataan-kenyataan tersebut tiada ada kaitan langsung dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan atau Pejabat Sultan.

Memandangkan penyiasatan sedang berjalan saya berharap semua pihak dapat menghormati dan memberi peluang kepada pihak yang berkuasa untuk membuat penyiasatan secara telus dan adil. Perlu ditegaskan isu berkenaan adalah merupakan isu peribadi YAM Tengku Temenggong dan Cik Puan Manohara Odelia Pinot sebagai suami isteri, oleh itu tidaklah patut dan tidak boleh dikaitkan dengan KDYMM Tuanku Al-Sultan atau Pejabat Sultan Kelantan.

Saya juga ingin memaklumkan sekali lagi bahawa KDYMM Tuanku Al-Sultan pada masa ini masih lagi dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Sama-samalah kita berdoa semoga KDYMM Tuanku Al-Sultan cepat sembuh dan kembali ke negeri Kelantan.

Seterusnya saya dititahkan untuk memaklumkan bahawa YMM Pemangku Raja atau Pejabat Sultan Kelantan tidak pernah melantik mana-mana orang menjadi jurucakap di mana-mana media. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak adalah bersifat peribadi dan menjadi tanggungjawab peribadi pihak-pihak tersebut. Selanjutnya diharapkan semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan suasana atau membantut penyiasatan supaya isu berkenaan dalam diselesaikan melalui proses undang-undang dengan adil dan saksana.

Sekian, terima kasih.

Nik Mahmud bin Nik Jaffar
Pegawai Tadbir (Pentadbiran)
b.p. Dato' Pengelola Istana Diraja Kelantan

Istana Balai Besar
Kota Bharu, Kelantan
15 Jun 2009
PAS NAFI BAKAR SEMANGAT PENYOKONG DI MANEK URAI
Selasa, Jun 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU 15 Jun - Pas negeri menolak dakwaan terdapat kalangan pemimpin parti itu cuba mengapi-apikan penyokong melalui ceramah untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (foto) mencabar mana-mana pihak yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti sekiranya benar ada pemimpin Pas yang melakukannya.

Beliau menegaskan, Pas akan menjalankan kempen menarik sokongan pengundi di DUN tersebut berlandaskan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustapa Mohamed menyelar pemimpin Pas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi kerusi itu biarpun terpaksa 'bertumpah darah'.

Dalam laporan tersebut, Mustapa tanpa menyebut nama individu terbabit mendakwa kenyataan dibuat oleh seorang pemimpin Pas ketika berceramah di Manek Urai baru-baru ini. Baca lanjut, KLIK di sini.
LAGI MISTERI KEMATIAN SUSPEK POLIS DALAM LOKAP
Selasa, Jun 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai
Kematian A Gnanapragasam dalam lokap polis menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat apabila wujud dakwaan yang mengatakan bahawa suspek kes pecah rumah itu pernah dipukul dan mengalami kesan lebam di mata kanannya.

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata isterinya pernah melawat lelaki 52 tahun Jumaat lalu, dua hari sebelum beliau ditemui mati.

"Dalam lawatan isterinya, Gnanapragasam memberitahu bahawa beliau pernah mengadu kepada majistret yang mendengar remannya beliau dibelasah dalam tahanan polis," kata Elizabeth, yang juga ADUN Bukit Lanjan.

"Tambahan lagi, isterinya memberitahu saya bahawa suaminya mengalami kesan lebam di mata kanan sewaktu lawatan tersebut." Baca lanjut KLIK di sini.
PAS BAWA PENDEKATAN POLITIK SAMSENG: PEMUDA BN KELANTAN
Selasa, Jun 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

"Kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pendekatan samseng, sebarang bentuk provokasi yang cuba ditimbulkan dalam siri ceramah mereka (PAS) di Manek Urai,” kata Ketua Pemuda UMNO negeri, Annuar Sufian.

Pendirian tegas itu timbul apabila Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan menganggap kandungan ceramah pemimpin PAS yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Annuar juga berkata, kenyataan seumpama itu merupakan satu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.

"Mereka adalah sebuah parti yang dilabel sebagai Islam, tetapi kenyataan yang dikeluarkan ini bertujuan untuk menghuru-harakan pengundi di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda BN negeri di sini semalam.

Annuar berkata, PAS sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.Baca lanjut, KLIK di sini.

FIKIR-FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN KENYATAAN PEMUDA UMNO KELANTAN ITU....
KARPAL YANG PERLU MINTA MAAF, BUKAN SAYA: NAJIB
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak pernah menghunus keris pada tahun 1987 yang ketika itu menerajui Pemuda Umno sambil mencabar masyarakat Cina di negara ini. Sambil menolak dakwaan Karpal Singh di Dewan Rakyat pagi ini, Najib berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian.

"Insiden itu tidak pernah berlaku dan saya tidak perlu meminta maaf tetapi sebaliknya Karpal yang perlu meminta maaf," katanya menjawab soalan tambahan Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor hari ini.

Oleh itu kata Najib, beliau tidak perlu memohon maaf kepada masyarakat Cina sebagaimana dituntut oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh di Dewan Rakyat hari ini.

Karpal ketika mengemukakan soalan tambahan bertanya Najib, adakah beliau akan memohon maaf kerana didakwa pernah mengeluarkan kenyataan tidak akan memasukkan kembali keris yang dihunus tanpa dibasahi darah masyarakat Cina. Baca lanjut sila KLIK di sini.
ANWAR PERTAHAN TINDAKAN NIZAR DAN RAKAN
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa wakil pembangkang lain memakai lilitan bertulis "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan,” Kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen sebentar tadi.

Anwar juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarahkan tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu.

Dewan Rakyat pagi tadi sedikit kecoh apabila Nizar yang baru selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan "Bubar DUN" dan memakai lilitan berkenaan dan dikuti oleh beberapa rakannya yang lain.
“BONEKA UMNO” DALAM PAS?
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU – Semalam (Ahad), Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menegaskan bahawa pemimpin dan penyokong PAS yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan disifatkan sebagai ‘boneka UMNO’.

Datuk Nik Abdul Aziz berkata, beliau memanggil ‘boneka UMNO’ kerana beliau mempunyai hujah yang kukuh tetapi dia tidak ingin panjangkan isu tersebut.

Dalam keadaan sekarang, mereka (pemimpin dan penyokong PAS) bukan sahaja didakwa tidak mendengar nasihat dan teguran berhubung isu itu, malah cuba membelakangi kuasanya sebagai Mursyidul Am parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew di pejabatnya, di Kota Darul Naim semalam (Ahad).

Pada Jumaat lepas, Datuk Nik Abdul Aziz membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai ‘boneka UMNO’.
LAUNGAN MP NIZAR GEGARKAN DEWAN RAKYAT
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto - The Malaysian Insider)

"HIDUP RAKYAT"
"BUBARKAN DUN PERAK"

Itulah laungan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) sebaik sahaja selesai angkat sumpah sebagai MP pagi tadi. Laungan beliau telah menggegarkan Dewan Rakyat untuk seketika.

Gelagat dan tindakan beliau bersama-sama dengan beberapa MP Pakatan Rakyat menyebabkan speaker Pandikar Amin Mulia "menghalau" mereka dari Dewan Rakyat.

Pada kebiasaanya, Speaker akan mengalu-alukan kedatangan MP yang baru sebaliknya mengarahkan Nizar dan beberapa rakannya keluar dari dewan. Baca lanjut, KLIK di sini.
NIZAR, 4 MP DIGANTUNG DUA HARI
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto-malaysiakini)

Lima ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR), termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Nizar, Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mengalami nasib yang sama. Baca lanjut, klik SINI.

SIDANG DEWAN RAKYAT: HISHAMUDDIN JAWAB KEWAJARAN POLIS CEROBOH DUN PERAK

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberi jawapan bahawa tindakan polis memasuki Dewan Undangan Negeri Perak adalah dengan arahan daripada Speaker Ganesan yang kononnya ada kekecohan dalam dewan, yang padanya menyifatkan Ganesan sebagai Speaker yang sah.

Dalam soalan tambahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanya apakah alasan pihak polis mengambil sikap diskriminasi. Anwar berkata, Menteri Dalam Negeri boleh menjawab tetapi jutaan rakyat menyaksikan apa yang berlaku.

Dalam jawapan tambahan, Hishamuddin tetap mempertahankan tindakan polis yang baginya adalah permintaan daripada Speaker dan beliau berkata ambillah tindakan mahkamah kepada kerajaan jika tidak berpuas hati dengan tindakan polis itu.
SIDANG DEWAN RAKYAT: MP NIZAR DIHALAU KELUAR DEWAN
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

(Foto - mstar)

Ekoran daripada tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melaungkan kalimat "Hidup Rakyat" dan "Bubar Dun" serta memakai lilitan "Bubar Dun Perak" membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antara MP yang dihalau keluar ialah YB. Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB. Gobalakrishnan, Dr. Hatta Ramli, Dr. Zulkifli, YB. Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diarah keluar dari Dewan Rakyat tidak sampai lima minit selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

HIDUP RAKYAT...
USUL PECAT MUSA HASAN : DATO NGEH KOO HAM
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Pengerusi DAP Perak yang juga Ahli Parlimen, Dato Ngeh Koo Ham, dalam satu kenyataan akhbarnya menyatakan bahawa beliau akan membentangkan satu usul di parlimen dalam sidang yang akan bermula hari ini supaya memecat Ketua Polis Negara (KPN) itu kerana melanggar undang-undang.

Usul yang akan dibentangkannya itu adalah ekoran kegagalan kerajaan BN bertindak dengan tegas ke atas salah laku polis terutamanya sewaktu berlakunya krisis politik Perak. Baca lanjut KLIK di sini.
NIZAR ANGKAT SUMPAH MP PAGI INI
Isnin, Jun 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga hero Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah sebaik saja bermulanya persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau dijangka mengangkat sumpah pada jam 9.30 pagi ini.

Sebuah bas yang membawa ADUN Pakatan Rakyat Perak telah berangkat dari Ipoh pada jam 6.15 pagi tadi. Mereka akan berada di Bangunan Parlimen untuk sama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Tahniah dan syabas Datuk Seri Nizar...
LEE KUAN YEW TEMUI TOK GURU
Ahad, Jun 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai