Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KOMUNIS TOLAK AGAMA, UMNO ASINGKAN AGAMA - NIK AZIZ

Label:

(Foto-harakahdaily)

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."

"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis.

Laporan tersebut dibuat Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian di Balai Polis Kota Bharu kelmarin.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya salah satu daripada ciri-ciri yang ada pada komunis iaitu tidak mempercayai agama sudah ada pada Umno, maka tidak salah menyamakan mereka dengan komunis.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat di Manek Urai sudah membuktikan mereka mampu mempertahankan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi pada pilihan raya umum 1978.

Katanya, pengundi di Dun terbabit mencatat satu sejarah apabila berjaya menyambung hayat perjuangan PAS ketika parti itu tinggal dua kerusi sahaja di Kelantan pada pilihan raya tersebut.

Pada pilihan raya terbabit PAS hanya mampu bertahan di Dun Manek Urai dan Sering di Pengkalan Chepa. Umno berjaya merampas Kelantan pada pilihan raya tersebut selepas berlaku Mageran.

Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur berkata, pilihan raya pasca Mac 2008 memperlihatkan undi tidak percaya rakyat negara ini terhadap Umno dan BN.

Menurutnya lima pilihan raya kecil sebelum ini memperlihatkan berlaku penolakan rakyat terhadap Umno dan BN secara berterusan.

Malah katanya, Dato' Seri Najib Razak melengkapkan teori RAHMAN yang menggambarkan kehadirannya sebagai perdana menteri terakhir semasa di bawah kerajaan BN.

"Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk mengambil alih kedudukan kerajaan pusat yang ada sekarang," katanya.

Presiden PAS, Dato' seri Abdul Hadi Awang yakin rakyat Kelantan lebih pintar dalam membuat keputusan pilihan raya sebagaimana dibuktikan pada pilihan raya sebelum ini.

Lebih-lebih lagi katanya calon yang ditampilkan bagi mempertahankan Dun Manek Urai, Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang yang dikenali ramai di Manek Urai dan berkeyakinan boleh bekerja untuk rakyat.

"Saya berkeyakinan beliau boleh bekerja untuk rakyat Manek Urai bagi meneruskan usaha yang dilakukan Allahyarham Paksu Wil," katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Marang melahirkan rasa malu apabila Terengganu kaya dengan hasil minyak membuat stadium yang tidak mampu bertahan lama sehingga boleh runtuh dalam masa setahun.

Menurutnya sebagai rakyat Terengganu beliau merasakan malu dengan apa yang berlaku ke atas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau juga berkata, Umno telah merompak royalti minyak ketika negeri itu diperintah PAS pada 1999 sehingga menafikan hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian sebelum ini.

Sedangkan kata beliau setiap menteri-menteri besar telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan Persekutuan di mana apabila terdapat pertemuan minyak dan gas di perairan setiap negeri, mereka akan dibayar royalti sebanyak lima peratus.

Beliau juga memberitahu pernah melihat pelantar minyak di perairan Kelantan ketika melalui kawasan berkenaan sebelum ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa berkata, di perairan Kelantan sekarang terdapat enam pelantar minyak yang sudah dicarigali sejak 2004.

Menurutnya, berdasarkan kepada pengeluaran tersebut negeri ini sepatutnya dibayar royalti hampir RM1 bilion.

DUN MANEK URAI: PENIAGA DIUMUM SEBAGAI CALON PAS

Label:

(Foto-harakahdaily)

Malam tadi Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan bahawa bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan 14 Julai depan.

Fauzi, 50, seorang peniaga merupakan individu yang tidak asing lagi bagi penduduk di situ. Baca lanjut di sini.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan calon tersebut dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada kira-kira jam 11 malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga hadir.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob yang mewakili PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

UMNO pula akan mengumumkan calonnya pada hari esok.

FACEBOOK MILIK YAHUDI?

(Foto-sejarah2u)

Benarkah Facebook milik Yahudi? Jika benar, adakah anda akan memboikotnya?
Sila baca artikel di bawah ini....

Posting kali ini sedikit sebanyak akan menguji tahap kesediaan berkorban dan solidariti kita dengan sahabat-sahabat seaqidah kita di seluruh dunia Islam, khususnya di bumi jihad Gaza, Palestin.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

AEPi stands with Israel

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).

(sumber-sejarah2u)

VIDEO BURUKKAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR

(Foto-malaysiakini)

Wanita pertama negara, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri Malaysia kini menjadi sasaran kempen negatif dengan tuduhan-tuduhan berat dan label liar "perempuan puaka" di internet (youtube).

Tuduhan terhadap Rosmah kali ini disediakan dengan lebih tersusun dalam bentuk siri dokumentari pendek yang kononnya diterbitkan oleh c4 production.

Ia diolah dalam bentuk wawancara dengan beberapa individu yang didakwa ahli-ahli keluarga terdekat Rosmah dan kenalan dekatnya di kampung lamanya di Negeri Sembilan.

Adik lelaki Rosmah, ibu saudaranya dan sepupu lelakinya mendakwa beliau lupa asal-usulnya termasuk kampung asalnya, selain mengupah samseng dan menggunakan khidmat bomoh.

Beliau juga didakwa mempunyai masalah hubungan kekeluargaan dengan adiknya dan seorang anaknya. Baca lanjut di sini.

Bagi Tok Kiyai, sejauh mana kebenaran tentang isu ini, kita tidak mengetahuinya kecuali yang Maha Esa. Jika perkara tersebut fitnah semata-mata, maka tunggulah balasan di akhirat nanti......

PEMUDA UMNO KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS KENYATAAN NIK AZIZ

Label:

KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.
Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.

-BERNAMA

UMNO ADA PELUANG BESAR UNTUK MENANG DI MANEK URAI - KETUA UMNO KUALA KRAI

Label:

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Umno yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman yakin BN mempunyai peluang besar untuk menang dalam PRK Manek Urai berdasarkan semangat ditunjukkan oleh jentera dan penyokong yang tidak berbelah bagi.

“Kita sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya kecil ini. Segala kerja berjalan lancar dan kita yakin mempunyai peluang menang berdasarkan semangat ditunjukkan BN,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Mengenai kriteria calon yang bakal dipilih, beliau berkata calon yang bakal dipilih adalah terdiri daripada anak tempatan yang mempunyai ciri-ciri mesra rakyat yang boleh diterima semua penduduk. Baca lanjut di sini.

Tok Kiyai "senyum kambing" apabila membaca komen ketua umno Kuala Krai itu. Bagi Tok Kiyai, kalau setakat semangat jentera parti je lebih tidak memadai. Yang penting ciri pemimpin yang bakal menjadi calon umno itu. Kalau setakat mesra kepada orang-orang umno sahaja dan tidak mesra kepada semua penduduk tempatan yang majoritinya petani, rasanya susah untuk umno menang.

Ramalan Tok Kiyai, umno memang sukar untuk menang di Manek Urai. Umno tiada calon yang betul-betul berjiwa rakyat. Berbeza dengan sikap bekas ADUN PAS dulu (Allahyarham Ismail) yang memang seorang yang berjiwa rakyat dan boleh bergaul dengan semua.

TIADA SEBAB GURU DI MANEK URAI TIDAK UNDI PAS…

Label:

Bagi Tok Kiyai, dalam sebuah negara demokrasi, rakyat boleh memilih calon yang mereka suka dalam pilihanraya. Tak kisahlah calon tu calon kerajaan ke atau calon pembangkang. Itu hak mereka…

Setiap orang bebas berkempen untuk meraih sokongan agar mengundi parti pilihan mereka, sama ada PAS atau UMNO. Baca lanjut di sini.

Tok Kiyai teringat kata-kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam rancangan HUJAH di TV9 beberapa minggu lepas mengenai uniknya politik Kelantan.

Beliau menyatakan, dari segi politik, rakyat Kelantan terutamanya orang Islam lebih suka pada parti PAS kerana parti itu boleh menerangkan tentang hal-hal keagamaan (syurga neraka) dan boleh menjanjikan kebahagiaan selepas mati. Sejarah Kelantan juga menunjukkan negeri itu mempunyai tokoh pemimpin dalam kalangan ulama termasuklah Menteri Besar Kelantan sendiri.

Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Menteri Besar Pahang itu, Tok Kiyai merasakan tiada sebab rakyat Kelantan menolak PAS. Dunia dapat, kebahagiaan akhirat pun dapat insya Allah…

Kalau ada orang yang mengatakan Kelantan di bawah PAS mundur dari segi pembangunan, itu adalah tidak tepat malah Kelantan di bawah PAS akan lebih membangun sekiranya Kelantan tidak dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Buktinya dalam isu gas asli di Bachok, mengapakah kerajaan pusat membuat pendaratan gas tersebut di Songkla Thailand sedangkan Kelantan yang lebih dekat dan praktikal. Mengapakah berlaku sedemikian?

Kalau ada orang yang mengatakan rakyat Kelantan di bawah PAS miskin, mengapa pasaraya Tesco di Kota Bharu memperoleh RM1 juta tunai (bukan guna kredit kad)pada hari pembukaannya?

Dari segi kadar kemiskinan pula, Kelantan adalah ke empat terendah di Malaysia berbanding negeri yang diperintah BN.

Bagi Tok Kiyai rakyat Kelantan bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan yang dibuat mestilah tidak menghimpit dan meminggirkan rakyat setempat. Maksudnya rakyat sama-sama dapat merasai pembangunan tersebut, bukannya rakyat tersisih dan hanya mampu melihat sahaja pembangunan tersebut.

Dari segi pembangunan rohani, rakyat Kelantan begitu seronok dengan program-program yang diadakan oleh kerajaan PAS. Ceramah dan tazkirah agama sentiasa penuh dengan audien. Di Kota Bharu, Menteri Besar sendiri menyampaikan tazkirah agama pada setiap pagi Jumaat di samping penduduk setempat dapat berniaga kecil-kecilan. Kalau anda ingin mendengar tazkirah agama yang disampaikan oleh MB Kelantan, jemputlah ke Kelantan.

MANEK URAI: MENANTU PAK LAH MASUK KAMPUNG

Label:

KUALA KRAI - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program `Pemuda Masuk Kampung’ di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, program itu turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri, bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal," katanya.

Mohamad Zaidan berkata, selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah, untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.
-BERNAMA

KERAJAAN PERPADUAN: DATUK NIK AZIZ TARIK BALIK DESAKAN PERLETAKAN JAWATAN NASHARUDDIN

Label:

(Foto-the malaysian insider)

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam telah mengumumkan bahawa beliau menarik balik kenyataannya yang menggesa Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika menyokong idea kerajaan perpaduan (Unity Government) dengan Umno.

Datuk Nik Abdul Aziz menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, petang semalam di Pejabat Agung PAS di ibu negara.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan pimpinan tertinggi PAS.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

KERAJAAN PERPADUAN: TIDAK ADA LAGI PERBINCANGAN DENGAN UMNO - HAJI HADI

Label:

(Foto-harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Sumber-harakahdaily

TAMAT DAN MUKTAMAD.... Begitulah berakhir dan berkuburnya episod kerajaan perpaduan yang didendang oleh umno... Semoga tidak ada lagi pihak yang memukul gendang tentang isu ini.

Tok Kiyai teringat dengan kata-kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, "Perpaduan hendaklah atas dasar Islam, bukannya atas dasar Melayu..."

PERBETULKAN UMNO TERLEBIH DAHULU – NAIB KETUA PEMUDA PAS KELANTAN

Label:

[EDISI MANEK URAI]

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi menasihatkan Pemuda Umno Kelantan supaya tidak mengambil kesempatan mengejar politik murahan dengan mencampuri urusan dalaman PAS sebelum gejala korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam parti umno dapat dibersihkan.

Hisham berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat ekoran pelbagai tekanan yang diterima Presiden PAS dalam isu kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, “Pemuda Umno tidak layak menasihati PAS. Lebih baik mereka beri tumpuan ke arah bagaimana hendak membersihkan imej buruk Umno yang berleluasa dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.” Baca selanjutnya di sini.

LAGI BUKTI PEMIMPIN UMNO KEMARUK KUASA

Label:

[EDISI MANEK URAI]
Umno Kuala Krai berpecah dua. Itulah yang rakyat Manek Urai dapat saksikan terhadap kepimpinan umno Kuala Krai. Umno bahagian itu kini terbahagi kepada dua team. Satu team menyokong Datuk Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian sekarang dan satu team lagi menyokong Datuk Wan Zaid Abdullah, bekas ketua bahagian. Itulah realiti yang berlaku sekarang.

Kedua-dua mereka ini dikatakan mempunyai pengaruh yang sama banyak dan jika mereka tidak bersatu, lagi sekali Umno akan menggigit jari di Manek Urai.

Sebanyak 28 daripada 42 cawangan Umno di Kuala Krai merupakan cawangan yang menyokong Datuk Wan Zaid sejak sekian lama.

Hubungan mereka berdua didakwa renggang sebaik sahaja Datuk Ramzi menjadi ketua bahagian, menggantikan Datuk Wan Zaid pada 2005.

Puncanya kerana ada yang mendakwa Datuk Ramzi telah menyingkirkan semua orang Datuk Zaid sama ada di peringkat bahagian mahupun di cawangan-cawangan. Baca selanjutnya di sini.

Dalam situasi UMNO yang namanya begitu buruk di mata rakyat Kelantan dan ditambah pula dengan perpecahan UMNO Kuala Krai, akan memberi kebaikan kepada PAS malah PAS dijangka dapat mengekalkan kerusi DUN Manek Urai dan menang dengan selesa. Bagi rakyat kelantan, krisis dalaman PAS mengenai kerajaan perpaduan tidak menjadi isu malah tidak timbul sama sekali.

Aduhai pemimpin umno Manek Urai....Mengapakah kalian beriya-ia berebut jawatan? Kalau kalian ingin berjuang kerana ingin membela nasib rakyat jelata yang majoritinya petani, syabas diucapkan tetapi kalau kalian berebut jawatan kerana ingin mengumpulkan kekayaan untuk diri sendiri dan kroni, kalian jawablah sendiri di Padang Mahsyar nanti.

Rakyat Manek Urai pasti akan menghukum kalian pada pilihanraya Julai nanti...
KOMUNIS TOLAK AGAMA, UMNO ASINGKAN AGAMA - NIK AZIZ
Sabtu, Jun 27, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Jun 26, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Jun 25, 2009 | Author: Tuk Kiyai
KOTA BHARU: Pemuda Umno Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung satu kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Laporan itu dibuat oleh ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian, di Balai Polis Kota Bharu pada 10.30 pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu yang membawa beberapa sepanduk mengecam tindakan Pas bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Anuar berkata kenyataan Nik Aziz pada 21 Jun lepas menyamakan perjuangan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan juga menyamakan Umno sebagai komunis dan menolak Islam, adalah tidak berasas.

"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan Umno dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya.

"Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno, dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," katanya.
Anuar berkata kenyataan Nik Aziz itu telah mencetuskan perasaan marah, benci dan kecewa dalam kalangan ahli Umno dan rakyat, dan beliau perlu dikenakan tindakan.

-BERNAMA
Timbalan Pengarah Pilihan Raya Umno yang juga Ketua Umno bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman yakin BN mempunyai peluang besar untuk menang dalam PRK Manek Urai berdasarkan semangat ditunjukkan oleh jentera dan penyokong yang tidak berbelah bagi.

“Kita sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya kecil ini. Segala kerja berjalan lancar dan kita yakin mempunyai peluang menang berdasarkan semangat ditunjukkan BN,” katanya yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Mengenai kriteria calon yang bakal dipilih, beliau berkata calon yang bakal dipilih adalah terdiri daripada anak tempatan yang mempunyai ciri-ciri mesra rakyat yang boleh diterima semua penduduk. Baca lanjut di sini.

Tok Kiyai "senyum kambing" apabila membaca komen ketua umno Kuala Krai itu. Bagi Tok Kiyai, kalau setakat semangat jentera parti je lebih tidak memadai. Yang penting ciri pemimpin yang bakal menjadi calon umno itu. Kalau setakat mesra kepada orang-orang umno sahaja dan tidak mesra kepada semua penduduk tempatan yang majoritinya petani, rasanya susah untuk umno menang.

Ramalan Tok Kiyai, umno memang sukar untuk menang di Manek Urai. Umno tiada calon yang betul-betul berjiwa rakyat. Berbeza dengan sikap bekas ADUN PAS dulu (Allahyarham Ismail) yang memang seorang yang berjiwa rakyat dan boleh bergaul dengan semua.
TIADA SEBAB GURU DI MANEK URAI TIDAK UNDI PAS…
Rabu, Jun 24, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Bagi Tok Kiyai, dalam sebuah negara demokrasi, rakyat boleh memilih calon yang mereka suka dalam pilihanraya. Tak kisahlah calon tu calon kerajaan ke atau calon pembangkang. Itu hak mereka…

Setiap orang bebas berkempen untuk meraih sokongan agar mengundi parti pilihan mereka, sama ada PAS atau UMNO. Baca lanjut di sini.

Tok Kiyai teringat kata-kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dalam rancangan HUJAH di TV9 beberapa minggu lepas mengenai uniknya politik Kelantan.

Beliau menyatakan, dari segi politik, rakyat Kelantan terutamanya orang Islam lebih suka pada parti PAS kerana parti itu boleh menerangkan tentang hal-hal keagamaan (syurga neraka) dan boleh menjanjikan kebahagiaan selepas mati. Sejarah Kelantan juga menunjukkan negeri itu mempunyai tokoh pemimpin dalam kalangan ulama termasuklah Menteri Besar Kelantan sendiri.

Berdasarkan apa yang dijelaskan oleh Menteri Besar Pahang itu, Tok Kiyai merasakan tiada sebab rakyat Kelantan menolak PAS. Dunia dapat, kebahagiaan akhirat pun dapat insya Allah…

Kalau ada orang yang mengatakan Kelantan di bawah PAS mundur dari segi pembangunan, itu adalah tidak tepat malah Kelantan di bawah PAS akan lebih membangun sekiranya Kelantan tidak dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Buktinya dalam isu gas asli di Bachok, mengapakah kerajaan pusat membuat pendaratan gas tersebut di Songkla Thailand sedangkan Kelantan yang lebih dekat dan praktikal. Mengapakah berlaku sedemikian?

Kalau ada orang yang mengatakan rakyat Kelantan di bawah PAS miskin, mengapa pasaraya Tesco di Kota Bharu memperoleh RM1 juta tunai (bukan guna kredit kad)pada hari pembukaannya?

Dari segi kadar kemiskinan pula, Kelantan adalah ke empat terendah di Malaysia berbanding negeri yang diperintah BN.

Bagi Tok Kiyai rakyat Kelantan bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan yang dibuat mestilah tidak menghimpit dan meminggirkan rakyat setempat. Maksudnya rakyat sama-sama dapat merasai pembangunan tersebut, bukannya rakyat tersisih dan hanya mampu melihat sahaja pembangunan tersebut.

Dari segi pembangunan rohani, rakyat Kelantan begitu seronok dengan program-program yang diadakan oleh kerajaan PAS. Ceramah dan tazkirah agama sentiasa penuh dengan audien. Di Kota Bharu, Menteri Besar sendiri menyampaikan tazkirah agama pada setiap pagi Jumaat di samping penduduk setempat dapat berniaga kecil-kecilan. Kalau anda ingin mendengar tazkirah agama yang disampaikan oleh MB Kelantan, jemputlah ke Kelantan.
MANEK URAI: MENANTU PAK LAH MASUK KAMPUNG
Selasa, Jun 23, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KUALA KRAI - Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program `Pemuda Masuk Kampung’ di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata, program itu turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri, bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

“Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal," katanya.

Mohamad Zaidan berkata, selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah, untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

Penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai itu akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian pada 14 Julai.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.
-BERNAMA

(Foto-the malaysian insider)

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam telah mengumumkan bahawa beliau menarik balik kenyataannya yang menggesa Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Bachok jika menyokong idea kerajaan perpaduan (Unity Government) dengan Umno.

Datuk Nik Abdul Aziz menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, petang semalam di Pejabat Agung PAS di ibu negara.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan pimpinan tertinggi PAS.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di Pejabat Agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

(Foto-harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.
Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Sumber-harakahdaily

TAMAT DAN MUKTAMAD.... Begitulah berakhir dan berkuburnya episod kerajaan perpaduan yang didendang oleh umno... Semoga tidak ada lagi pihak yang memukul gendang tentang isu ini.

Tok Kiyai teringat dengan kata-kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, "Perpaduan hendaklah atas dasar Islam, bukannya atas dasar Melayu..."
[EDISI MANEK URAI]

Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Hisham Fauzi menasihatkan Pemuda Umno Kelantan supaya tidak mengambil kesempatan mengejar politik murahan dengan mencampuri urusan dalaman PAS sebelum gejala korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam parti umno dapat dibersihkan.

Hisham berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat ekoran pelbagai tekanan yang diterima Presiden PAS dalam isu kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, “Pemuda Umno tidak layak menasihati PAS. Lebih baik mereka beri tumpuan ke arah bagaimana hendak membersihkan imej buruk Umno yang berleluasa dengan gejala rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.” Baca selanjutnya di sini.
LAGI BUKTI PEMIMPIN UMNO KEMARUK KUASA
Isnin, Jun 22, 2009 | Author: Tuk Kiyai