Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

BN kena selaraskan serangan terhadap Mat Sabu, sindir Pakatan

Label:

Saya petik:
[HD] KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu.

Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung.

"Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar)

"BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya.

Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.

Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.

Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.

Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.

Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno.

Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.

Pelakon tambahan & model iklan sanggup 'cina buta ' kerana kemaruk seks

Label:

 BUKTI...Datuk berkenaan menunjukkan surat akuan sah perkahwinan dengan wanita terbabit. 
Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk, 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

MCA akan keluar BN jika Umno laksana hudud

Label:

Saya petik:
[TMI] PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

“Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah,” kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.

“Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar,” kata beliau (gambar) lagi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.

“Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: “Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas.”

“PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza,” katanya.

Dr Chua juga berkata beliau mahu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana bertegas mahu melaksanakan hukum hudud.

“Saya mahu mengucapkan beliau terima kasih sebab beliau akan menyedarkan semua rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh ada konsensus dan pendirian yang sama, bahawa itu adalah penting, yang akan memberi kesan ke atas rakyat Malaysia,” katanya lagi.

“Belumpun berkuasa lagi, mereka tidak boleh mencapai agenda yang sangat penting, yang mana PAS berhasrat mahu melaksanakan iaitu hudud,” katanya.

Jurutari dibogel, dicampak ke dalam tali air

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KOTA BHARU: Seorang jurutari lelaki berusia 20-an bukan saja melalui pengalaman hidup paling memalukan apabila dibogelkan sebelum diikat dua lelaki yang tidak berpuas hati terhadapnya, tetapi turut dicampak ke dalam tali air di Jalan Dewan, dekat Salor, Khamis lalu.

Tidak setakat itu, mangsa yang di bawa dari Tanah Merah ke sebuah rumah tumpangan di Wakaf Bharu, kira-kira jam 11 malam turut ditutup mukanya oleh pemuda berkenaan menggunakan pakaian.

Tidak tahu motif perbuatan itu, rambut mangsa turut digunting ketika berada di rumah tumpangan berkenaan, selain telefon bimbitnya dirampas suspek.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang berasal dari Tanah Merah diajak dua pemuda berkenaan ke sebuah rumah tumpangan, namun berlaku kejadian tidak diduga apabila diaibkan ketika berada dalam rumah berkenaan.

Selepas puas melakukan ‘khianat’ terhadap mangsa, dua pemuda berkenaan mengarahkan mangsa dalam keadaan bogel masuk ke dalam kereta dan dibuang ke dalam tali air dekat Salor, yang jaraknya kira-kira 15 kilometer dari Wakaf Bharu.

Sebaik suspek meninggalkannya, mangsa menyelamatkan diri.

Dia bernasib baik kerana lambaiannya disedari orang awam, sebelum kereta peronda melalui kawasan berkenaan memberhentikan kenderaan dan membawanya ke Balai Polis Kota Bharu, dekat sini, untuk membuat laporan.

Selepas sesi laporan polis selesai jam 3.50 pagi, polis menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ‘aib’ yang dilakukan dua pemuda berkenaan terhadap mangsa.

Berikutan kejadian itu katanya dua suspek masing-masing berusia 22 dan 24 tahun yang disyaki terbabit dengan kejadian berkenaan ditahan pada 19 September lalu jam 12 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan kedua-dua suspek terbabit sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan dan dua sebatan,” katanya, semalam.

Gadis dibunuh sebab tolak ajakan seks

Label:

Saya petik:

[kosmo] SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.

Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.

“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.

Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.

Lelaki maut dalam lubang emas

Label:

Saya petik:
[BH] MERSING: Laungan ‘Allahu Akbar’ di bawah timbusan tanah membawa kepada penemuan mayat seorang pemuda yang mati tertimbus ketika mendulang emas untuk menambah pendapatan sebagai persediaan meraikan kelahiran anak kedua tiga bulan lagi, dalam kejadian di sebuah ladang sawit di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian di ladang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM), dekat Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing itu, Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, dari Kampung Hubung, terbunuh apabila bahagian dasar lubang lebih lima meter dalam yang dimasuki runtuh. 

Sebelum kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, Afandi memberitahu bapa mentuanya, Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barangan keperluan harian. 

Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani Kassim, 43, dia keluar rumah untuk membeli barang keperluan harian.

Bagaimanapun, kegagalannya pulang ke rumah sehingga jam 9 malam menyebabkan Mohd Khamsani bersama seorang ipar mangsa, keluar mencarinya di sekitar kampung serta kawasan ladang berkenaan.

“Hati saya berat menelah Afandi pergi mendulang kerana sebelum ini dia pernah ke situ, walaupun saya melarangnya melakukan kerja bahaya itu. Sebaik tiba, saya terlihat motosikalnya, beg serta peralatan mendulang berhampiran lubang yang digali. Ketika itu, di bawah timbusan tanah, saya terdengar laungan ‘Allahu Akbar’ sebelum dengusan nafasnya berakhir.

“Apabila meninjau lubang yang membentuk terowong itu, saya yakin dia tertimbus dan berusaha menggali, namun tidak terdaya. Kami kemudian mengambil keputusan menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan,” katanya. 

Beliau berkata, ladang itu menjadi tumpuan pendulang emas, termasuk menantunya yang menjalankan kerja itu secara sambilan kerana percaya tanah di situ mengandungi emas.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Ramli Harun, berkata beliau bersama 13 anggota dari Mersing dan Endau bergegas ke lokasi.

“Kami sukar mengesan mangsa yang terperangkap jauh dalam tanah. Sebuah jengkaut terpaksa dibawa masuk untuk menggali kawasan itu bagi mengeluarkan mayat yang tertimbus. Operasi bermula jam 12 tengah malam yang turut dibantu orang awam akhirnya berjaya mengeluarkan mayat pada jam 2.40 pagi,” katanya.

Ibu mentua mangsa, Ayati Othman, 43, menyifatkan kejadian itu amat menyedihkan ketika isterinya, Nurul Saufeqah, 20, sarat mengandung enam bulan, selepas memperoleh anak sulung, Mohd Adam Haikal, yang kini berusia 18 bulan.

“Dia tinggal bersama kami sejak mendirikan rumah tangga. Afandi sering bercerita mengenai hajatnya mendulang emas kerana ada rakan memberitahunya mereka boleh dapat hasil lumayan. Suami saya sering menasihatkan dia tidak meneruskan usaha itu, namun selepas mendulang buat pertama kali sebelum ini, dia seolah-olah seronok, walaupun risikonya tinggi,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semaloi, petang semalam selepas dibedah siasat di Hospital Mersing

60 % Remaja Perempuan Malaysia Hilang DARA Menjelang Umur 18 Tahun

Label:

Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2010 dengan portal YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 peratus daripada mereka mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengan lima kekasih.

Ini merupakan kenyataan yang harus kita hadapi dan kenyataan yang begitu memalukan bagi rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam.Sepatutnya semasa usia remaja inilah mereka harus gunakan sebaik mungkin untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaatkan mereka tetapi lain yang diharap,lain yang dibuatnya.

Kerosakan akhlak remaja dewasa ini memang sukar dibendung dan masalah sosial seumpana ini,seks bebas sudah begitu menular dikalangan remaja terutama di peringkat sekolah menengah.

Berita mengenai perkara ini juga pernah didedahkan oleh Hmetro.

Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.

Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.

“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.

Itu kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang baru berusia 16 tahun.Itu cerita yang kita ketahui @ yang telah didedah,bagaimana pun kisah beratus ribu pelajar remaja diluar sana?Tentu lagi banyakkan?

Ini pula kisah yang diceritakan oleh seorang remaja yang berusia 20 tahun yang hamil setelah melakukan hubungan dengan teman lelakinya:-

“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang melahirkan anak, 24 April lalu.

Itu satu hal,bagaimana pula dengan dosa yang kita tidak dapat lihat itu?Keseronakan yang dicari tetapi dosa yang berlimpah-limpah yang akan datang kepada mereka.Itu nasib baik mereka tidak buang bayi berkenaan ataupun membunuh bayi berkenaan.

Masalah keruntuhan akhlak ini begitu teruk dialami di negara kita.Didalam ibubapa @ orang tua-tua sibuk bergaduh kerana mempertahankan perjuangan politik mereka,mereka lupa tentang keruntuhan akhlak anak-anak muda mereka.

Tindakan yang lebih agresif daripada semua pihak amat diperlukan terutamanya daripada ibubapa supaya kita dapat membendung gejala sosial ini.Bila kita fikirkan masa depan @ masa-masa yang mendatang,kita rasa takut dengan situasi yang membelengu kita ini.Bagaimana kita nak besarkan anak-anak kita satu hari nanti.

Hanya Allah yang faham apa yang terbuku dihati.Astagfirullah.

Kredit: 2dayblogger

Luluh hati ibu temui KONDOM dalam beg sekolah anak gadis

Label:

Saya petik:
[HM] HULU SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

Rogol anak saudara di bangsal

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.

Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama ‘Boyeng’ di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu.

LIWAT II: Najib, Rosmah akan mohon ketepi sepina

Label:

Saya petik:
[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka untuk tampil sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.

Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sedang mendengar kes itu, membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah, untuk dijadikan saksi pembelaan.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tragis: Gadis 16 tahun dikurung, diberi dadah & dirogol di hari lebaran

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.

Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.

Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.

Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah ‘neraka’ itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

“Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” kata sumber itu.

Remaja cabul ibu tiri ditahan

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] SUBANG JAYA: Seorang remaja lelaki bukan saja mengamuk malah bertindak lebih keji hingga sanggup mencabul kehormatan ibu tirinya sendiri selepas mengheret wanita terbabit ke belakang rumah mereka di Taman Bukit Pelangi, di sini, malam kelmarin.

Remaja terbabit bagaimanapun ditahan di rumahnya selepas mangsa membuat laporan polis dengan ditemani suaminya.

Dalam kejadian yang berpunca daripada sedikit perselisihan faham antara mereka kira-kira jam 8 malam itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan bertikam lidah dengan anak tirinya itu sebelum suspek naik angin dan memecahkan pasu dalam rumah berkenaan.

Sumber berkata, remaja berusia 17 tahun itu menarik tangan ibu tirinya dan mengheretnya ke belakang kediaman mereka sebelum meraba seluruh badannya.

“Mangsa hanya mampu merayu supaya dilepaskan, tetapi tidak diendahkan anak tirinya itu menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Suspek yang terkejut menghentikan perbuatan itu sebelum mengarahkan mangsa tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu,” katanya.

Bom dalam serban Taliban bunuh bekas presiden Afghan Burhanuddin

Label:

Saya petik:
[TMI] KABUL, 21 Sept — Bekas Presiden Afghanistan Burhanuddin Rabbani (gambar), yang dilantik mengetuai rundingan damai dengan Taliban tahun lalu, maut dalam serangan berani mati yang dilancarkan ke atas rumahnya di Kabul semalam.

Taliban dalam kenyataannya berkata mereka telah menang dalam usaha membunuh pemimpin itu dan mencetuskan kebimbangan baru mengenai kestabilan negara itu.

Laporan Reuters memetik penganalisis berkata perkembangan itu satu lagi tamparan kepada usaha damai yang hendak dibawa di negara itu, yang dibebaskan daripada penguasaan Taliban kira-kira satu dekad lalu selepas peristiwa 11 September 2001.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid berkata pihaknya bertanggungjawab atas kejadian itu dan pembunuh telah pergi ke rumah Burhanuddin untuk mengadakan perbincangan.

“Sebaik sahaja Burhanuddin datang dengan tiga langkah untuk memeluk Mohammad Masoom, dia meletupkan bom lalu membunuh Burhanuddin, seorang lagi militan Taliban Wahid Yar dan empat pengawal keselamatan yang berada di dalam rumah,” katanya kepada Reuters.

Ketua polis Kabul dalam satu kenyataan berkata, bahan letupan diletakkan dalam serban pengebom berani mati itu.

Burhanuddin menjadi presiden dari 1992 sehingga 1996 dan dilantik menjadi ketua Majlis Perdamaian Tertinggi oleh Presiden Hamid Karzai tahun lalu.

Bomoh rogol remaja histeria

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
 
[SH] SHAH ALAM – Bomoh dari Indonesia dihukum penjara lapan tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memperkosa seorang remaja.

Budi Tukul, 35, mengaku bersalah merogol pelajar berusia 16 tahun, di rumah sewanya di Jalan Telipot, Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

Pada hari kejadian, mangsa datang ke rumah bomoh ‘miang’ dari Jawa Timur itu, kira-kira jam 1 pagi untuk mendapatkan rawatan selepas diserang histeria.

Dipercayai ketika rawatan dilakukan, bomoh terbabit telah menindihkan badannya dengan mangsa lalu menodai remaja malang itu.

Hakim Slamat Yahya memerintahkan Budi menjalani hukuman penjara secara serentak, atas kesalahan merogol bermula dari tarikh tangkapan, 19 Julai lalu dan kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah tinggal di Malaysia.

Terdahulu, kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Dalira Din manakala Budi tidak diwakili peguam

Husam saman Kickdefella RM5 juta

Label:

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU -Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa memfailkan saman fitnah RM5 juta terhadap blogger Kickdefella berhubung penyiaran tiga artikel didakwa memfitnah Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Writ saman terhadap Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz, 41, itu difailkan peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini pada jam 2.30 petang, semalam.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan membayar ganti rugi RM5 juta bagi perbuatan fitnah yang disiarkan di blognya.

Defendan juga dituntut memohon maaf secara bertulis kepada plaintif yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu tanpa syarat dan diiklankan di akhbar.

Plaintif juga memohon defendan menyiarkan permohonan maaf terbuka terhadapnya dalam blog Kickdefella dan memadam ketiga-tiga artikel ‘Husam Telah Menipu Rakyat dan Sahabat’ pada 27 Januari 2011, ‘Sebelum Kita Lupa Normala Sudirman’ pada 3 Februari 2011 dan ‘Husam Itu Pembohong pada 3 Julai 2011.

Dalam artikel pertama, defendan didakwa menulis berita tidak benar mengenai kerugian dialami Kelantan berikutan pemberian tanah hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa Kerajaan Negeri menerima pulangan setimpal selama 99 tahun.

Selain itu, pembelian semula Bazar Tok Guru daripada pemaju bernilai RM23 juta dan kerugian Kerajaan Negeri yang terpaksa membayar pampasan pada jumlah yang belum disebut kepada UDA Holdings Berhad.

Bagi artikel ‘Sebelum Kita Lupa Normala Sudirman’ ia didakwa menjatuhkan maruah plaintif apabila defendan menulis: Husam Musa, bekas Naib Presiden Pas contoh hipokrasi Pas. Double standard dalam banyak sebab dan keadaan. Tidak seperti seorang lagi Exco Pas Kelantan, Takiyuddin Hassan yang dari pengalaman saya, bak kata orang ‘what you see is what you get’.

Dalam artikel ketiga pula, defendan menulis “Penyokong Pas yang mulanya senyap sunyi terus melompat-lompat setelah mendengar jawapan Husam. Husam sebenarnya berbohong. Dia adalah pembohong. Macamana hendak dipercayai kata-kata Husam.”

Ketiga-tiga artikel berkenaan didakwa, tidak benar dan tidak berasas yang disiarkan dalam blog kickdefella.wordpress.com.

Hina Rasulullah: Hentikan tayangan Filem Hantu Bonceng

Label:

Saya petik:

[SH] SHAH ALAM - Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.

Beliau berkata, kalimah syahadah bukan perkataan boleh dijenakakan atau dipersendakan kerana ia boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran salah masyarakat terhadap Islam, lebih berisiko apabila ia turut merosakkan aqidah masyarakat.

“Kami mempersoalkan panel penapisan di LPF dan Finas kerana membenarkan filem yang ditayangkan untuk tontonan umum wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Lebih malang, pihak berkuasa agama mengambil sikap berdiam diri, malah kini terdapat lambakkan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di televisyen tanpa sebarang tindakan berkesan oleh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Idham yang dihubungi Sinar Harian baru-baru ini, menyifatkan isu berkenaan hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencari publisiti atas kejayaan filemnya.

“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Finas dan LPF.

“Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,” katanya.

Nasrudin berkata, kerajaan harus meneliti perkara ini, jangan dibiarkan filem menjadi medium untuk menghina agama, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.

P/s: Janganlah kerana hanya inginkan penonton ketawa, akidah kita melayang.... 

Hakim terkedu penjenayah rayu agar dirinya dihukum gantung

Label:

Saya petik:
[BH] SUNGAI PETANI: Kebiasaannya pesalah jenayah akan memohon hukuman ringan tetapi lain pula berlaku kepada seorang tukang gunting di Mahkamah Sesyen semalam.

Tertuduh K Pasupathy, 26, bukan saja mengaku bersalah atas tuduhan menetak ibu kandungnya, S Krishnamah, 49, malah meminta Hakim Norsalha Hamzah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya.

Norsalha yang terkejut dengan permintaan itu meminta jurubahasa menerangkan hukuman terhadap tuduhan dikenakan terhadapnya tidak membawa hukuman gantung.
Selepas diberi penjelasan, Norsalha menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan terhadap tertuduh.

Mengikut fakta kes, Pasupathy didakwa menetak ibunya dengan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan parah di rumah No 1739, Lorong 36, Taman Ria, di sini, jam 8 pagi, 6 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda dan sebatan atau kedua-duanya.

Pasupathy yang tidak diwakili peguam mengangguk memahami dan mengaku bersalah ketika tuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Bagaimanapun, Norsalha memberi peluang kepada tertuduh untuk mengemukakan rayuan sebelum memutuskan hukuman.

Melalui jurubahasa, dia berkata: “Yang Arif saya memohon hukum gantung sampai mati” dan selepas dijelaskan kesalahan itu hanya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, beliau terdiam seketika.

“Kalau macam itu saya minta hukuman penjara 20 hingga 30 tahun. Hukumlah penjara maksimum sebab saya ada banyak masalah peribadi, ” katanya. – BERNAMA

3 murid dikurung ketika UPSR. Mengapa?

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:
[BH] KUCHING: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, dalam Bahagian Sarikei, tidak dibenarkan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejas prestasi keseluruhan sekolah itu.

Ketiga-tiga murid lelaki terbabit, Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi dikurung di bilik pemulihan sekolah, sementara rakan sekelas lain menduduki peperiksaan berkenaan pada 13 dan 14 September lalu.
Mereka hanya dibenarkan menduduki peperiksaan pada 15 September, iaitu pada hari terakhir UPSR, selepas ibu bapa mereka membuat aduan kepada polis.

Difahamkan ketiga-tiga murid terbabit dikunci di dalam bilik pemulihan mulai jam 8 pagi hingga tengah hari pada kedua-dua hari berkenaan. Pasukan polis yang tiba di sekolah itu pada 15 September menemui murid terbabit dikurung dalam bilik berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Bintangor, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Hafifi Mohd Salim, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada ibu bapa murid terbabit.

“Kita mendapati ketiga-tiga murid itu dikunci dalam bilik untuk mengelak mereka daripada menduduki peperiksaan kerana pihak sekolah mendakwa murid terbabit lemah dalam pelajaran dan boleh menjejas pencapaian sekolah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kes itu sudah ditutup kerana ibu bapa murid terbabit bersetuju menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Pihak Jabatan Pelajaran juga sudah dimaklumkan. Kami dimaklumkan tindakan akan diambil terhadap guru besar sekolah terbabit,” katanya.

Mengulas perkembangan sama, Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, kesal dengan tindakan pengurusan sekolah terbabit.

“Saya belum menerima laporan secara rasmi. Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat. Bagaimanapun, kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana semua murid Tahun Enam berhak menduduki UPSR, tak kira sama ada mereka bijak atau lemah,” katanya.

Guru besar sekolah itu dan Jabatan Pelajaran Sarawak bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk komen.

Bapa buat laporan polis anak gadis suka mencuri duitnya

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
 
[HM] GOMBAK: Seorang bapa yang tidak tahan anak gadisnya berusia 20-an yang sering mencuri wangnya lebih 10 kali dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Nakhoda, di sini bertindak membuat laporan polis, semalam.

Bapa malang berusia 80 tahun itu nekad membuat laporan polis selepas anak perempuannya yang juga anak bongsu sering mencuri wangnya.

Menurut sumber polis, sudah lebih 10 kali anak perempuan bekas pesara kerajaan itu mencuri wang milik bapanya itu hingga mangsa hilang sabar dan membuat laporan polis untuk memberi pengajaran.

Katanya, anak gadis mangsa tidak bekerja dan mengambil wang bapanya semata-mata untuk bersuka ria walaupun tahu bapanya hidup dalam kesusahan memandangkan usia lanjut.

“Mangsa cuba menegur sikap anak gadisnya itu, namun tidak diendahkan dan semakin kerap wang dalam simpanannya hilang,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, sekiranya mangsa menegur sikap buruk anak gadisnya itu, pasti mereka akan bertengkar dan anaknya itu akan merajuk serta keluar rumah.

“Laporan polis itu dibuat kerana mangsa mahu polis mengambil tindakan kepada anaknya itu dengan memberi nasihat supaya dia tidak mencuri dan berubah sikap,” katanya mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gombak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan.

Beg sampah bergerak rupa-rupanya ada...

Label:

Saya petik:
[HM] GEORGETOWN: “Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya.

“Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya,” kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang petang kelmarin, wanita berusia 64 tahun yang enggan dikenali dan bertugas sebagai penyelia sebuah asrama berhampiran menitiskan air mata melihat keadaan bayi itu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.

“Sebelum itu saya tidak mengendahkannya kerana menyangka ia hanya sampah.

“Nasib baik saya terasa mahu menjenguknya. Memang Tuhan sudah takdirkan umur bayi itu masih panjang dengan menggerakkan hati saya menemui dan menyelamatkannya.

“Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar,” katanya.

Dia kemudian membawa bayi malang itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum membuat laporan di Balai Polis Datuk Keramat.

Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.

Sementara itu Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL), Deputi Superintendan Shahurinain Jais mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, bayi berkenaan kini ditempatkan di Wad Bersalin HPP buat sementara waktu dan pihaknya turut mengambil keterangan saksi yang menemuinya bagi menjalankan siasatan serta mengesan pihak yang meninggalkannya di kawasan terbabit.

“Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Forensik turut dihantar ke kawasan bayi itu ditemui bagi menjalankan siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 bagi membantu mengesan waris bayi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang, Zulkiffli Ismail berkata, beliau belum menerima laporan mengenai penemuan bayi berkenaan.

Menurutnya, pihaknya akan membantu mendapatkan perintah penjagaan daripada mahkamah sementara polis menjalankan siasatan mengesan warisnya.
BN kena selaraskan serangan terhadap Mat Sabu, sindir Pakatan
Sabtu, September 24, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, September 23, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, September 22, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, September 21, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, September 20, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Isnin, September 19, 2011 | Author: Tuk Kiyai