Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

PARTI POLITIK PERKAUMAN TIADA MASA DEPAN - DATUK CHUA JUI MENG

Label:

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mencatat satu lagi sejarah apabila bekas Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chua Jui Meng (foto) mengisytiharkan menyertai parti itu berkuatkuasa serta merta petang tadi.

Beliau membuat pengumuman itu pada satu forum anjuran PKR yang bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN" di Sunway Resort Hotel & Spa yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi.

Datuk Chua Jui Meng berkata masyarakat Cina di Malaysia yang mengamalkan politik satu kaum tidak mempunyai masa depan di negara ini.

"Orang Cina tidak mempunyai masa depan dalam parti satu kaum, kerana parti satu kaum hanya berlegar- legar dalam pusaran yang semakin mengecil. Orang- orang Cina perlu bersama- sama orang Melayu, India, Kadazan dan Iban kerana halatuju politik masa hadapan adalah parti pelbagai kaum," kata Chua.

"Saya mencari- cari parti yang berbilang kaum dan kini pencarian saya telah tamat. Saya temui impian saya dalam Parti Keadilan Rakyat," ujarnya lagi.

Adakah dengan kemasukan Jui Ming ini akan membocorkan beberapa skandal besar seperti isu PKFZ dan konspirasi menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak? Kita tunggu apa reaksi beliau selepas ini.

KEMATIAN TEOH: PAKATAN RAKYAT DESAK TUBUH SURUHANJAYA BEBAS

Label:

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendesak satu Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan bagi menyiasat segera dan terperinci kes kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock kelmarin.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR kesal terhadap insiden tersebut dan mendesak siasatan dilakukan bagi mengetahui punca sebenarkematian Beng Hock,30.

“Kita mengucapkan takziah ke atas keluarga mendiang Beng Hock dan mahu siasatan telus dilakukan segera, kita tidak mahu kes ditutup begitu sahaja.

“Janganlah pihak berkuasa mengulangi kata kematian tersebut berpunca daripada penderaan sendiri.,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Plaza Masalam di sini, semalam.

Turut bersama Anwar ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Anwar turut meluahkan bantahan keras terhadap insiden itu dan mendakwa cara siasatan SPRM mengikut arahan politik.

“SPRM mesti bertindak secara bebas dan profesional bukanlah bertindak atas perkakas politik,” katanya.

Gesaan sama juga dipersetujui pemimpin sekutu PR, Salahuddin yang mahu satu siasatan rapi dijalankan bagi mencari punca sebenar kematian Beng Hock.

“Oleh kerana beliau meninggal dunia di bawah penjagaan dan di bangunan SPRM, satu Suruhanjaya Bebas Diraja mesti ditubuhkan segera mesti dilakukan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana kes kematian dalam tahanan pihak berkuasa menjadi perkara biasa dan lumrah di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa pegawai SPRM yang terlibat dalam peny:iasatan kematian Beng Hock ditahan bagi membantu siasatan.

Guan Eng turut melahirkan kebimbangan sejauh mana pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), SPRM dan sebagainya bertanggungjawab melindungi rakyat.

“Saya tidak tahu sampai bila kita harus percaya dengan pasukan keselamatan yang melindungi kita kerana apa dilihat, satu demi satu rakyat mati begitu sahaja.

“Dahulu polis bertanggungjawab ke atas kematian rakyat Mongolia tetapi sekarang SPRM mesti bertanggungjawab ke atas kematian rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil membuat kenyataan apakah tindakan kerajaan terhadap pembunuhan zalim yang sungguh memalukan dan membelakangkan undang-undang ini.

“SPRM sudah hilang kewibawaannya lagi, kalau hendak menjalankan apa-apa siasatan, lakukanlah di pejabat Kerajaan Negeri Selangor atau pejabat pembantu masing-masing demi memastikan keselamatan mereka yang disiasat terjamin” katanya. SUMBER di sini.

Berita berkaitan - Majlis Peguam, NGO Turut Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja

BIL ELEKTRIK NAIK BULAN DEPAN?

Label:

Rakyat Malaysia sekali lagi akan "menikmati" kenaikan tarif elektrik jika ia diluluskan oleh Kabinet Rabu depan. Peratus kenaikan masih belum diketahui sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet.

Antara alasan menteri yang bertanggungjawab tentang kenaikan tarif elektrik:

"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan. Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos)."

Semalam kerajaan baru sahaja mengumumkan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam dan jika kabinet meluluskan kenaikan tarif elektrik ini, maka sudah pasti sedikit sebanyak bakal menambah lagi beban rakyat yang berpendapatan rendah.

KEMATIAN TEOH AMAT MENGEJUTKAN - MB SELANGOR

Label:

(Foto:Malaysiakini)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock (foto) merupakan akibat langsung daripada siri siasatan SPRM yang dijalankan secara selektif ke atas pegawai kerajaan, wakil rakyat dan agensi kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor baru-baru ini.

"Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita dalam satu Sidang Media Tergempar jam 8.30 malam di Bangunan Annexe, Shah Alam berhubung kejadian terbabit.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor amat terkejut dengan kematian Teoh yang didapati mati di Bangunan Plaza Masallam dan dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) petang semalam.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock

Katanya beliau turut menghubungi Ketua Polis Selangor dan bersetuju untuk membenarkan pakar patologi yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk membantu siasatan polis.

SETIAUSAHA POLITIK EXCO SELANGOR MATI JATUH DARI PEJABAT SPRM?

Label:

SHAH ALAM, 16 Julai - Teo Beng Hock, 30 Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dekat sini, tengahari tadi. Iklan

Mayat beliau ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat Selangor. Difahamkan beliau disiasat sehingga awal pagi tadi.

Sebelum itu, pejabat Ean yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor diserbu sepasukan anggota SPRM. Ean adalah Adun DAP Seri Kembangan.

Mereka turut merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU), selain menahan Teo.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah Teo terjatuh ataupun terjun dari pejabat SPRM Selangor itu.
Sumber di sini.

GEMPAR: SU POLITIK EXCO SELANGOR MATI JATUH DARI PEJABAT SPRM

Label:

(Teoh bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)

(Foto:Malaysiakini)

SHAH ALAM, 16 Julai - Teoh Beng Hock, 30 Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, dekat sini, tengahari tadi.

Semalam Teoh telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa Adun Pakatan Rakyat Selangor. Difahamkan beliau disiasat sehingga awal pagi tadi.

Mereka turut merampas beberapa dokumen termasuk sebuah komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU), selain menahan Teoh.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan apakah Teoh terjatuh ataupun terjun dari pejabat SPRM Selangor itu.
Sumber di sini.

Apakah sebenarnya berlaku? Kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak polis dan Kerajaan Selangor.

MAHKAMAH BENAR DS ANWAR DAPATKAN DOKUMEN KES LIWAT

Label:

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memperoleh semua dokumen berkaitan kes liwatnya.

Bagaimanapun permohonan Anwar untuk mendapatkan sampel atau spesimen asal yang dikatakan diambil melalui ujian swab ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dibenarkan oleh mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.
Hakim Mohamad Zabidin juga menetapkan sebutan semula bagi perbicaraan kes liwat Anwar dan permohonannya untuk menggugurkan kes berkenaan diadakan pada 24 Julai ini.

CHUA JUI MENG (MCA) AKAN SERTAI PKR?

Label:

(Foto: Malaysiakini)

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng (foto) dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.

Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.

Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.

Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usaha untuk menghubungi Jui Meng sehingga kini tidak berjaya.
Sumber di sini.

JENTERA BN TERKEJUT MAJORITI PAS HANYA 65 UNDI

Label:

Jentera Umno yang ditugaskan dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai terkejut apabila PAS menang dengan majoriti 65 undi dalam persaingan satu lawan satu dalam pilihan raya kecil tersebut.

Petugas dari Umno Wilayah Persekutuan, Abdul Hamid Mayuni yang ditugaskan berkempen sepanjang pilihan raya kecil ini berlangsung memberitahu jangkaan majoriti kemenangan PAS adalah sekitar 500-1000.

Sambil mengakui ia bukan membuktikan kelemahan jentera BN mahpun jentera PAS namun keputusan majoriti 65 undi adalah di luar jangkaan beliau.

“Memang kami akui jentera Umno/ BN menghadapi kesukaran untuk bergerak pada peringkat awal bagaimanapun beberapa hari sebelum menjelang hari pengundian sambutan dari pengundi begitu menggalakkan,” katanya yang juga Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Setiawangsa.

Menurut Abdul Hamid, dalam analisis yang dilakukan oleh bilik gerakan BN menunjukkan peningkatan sokongan undi terhadap calon mereka tetapi tidak sampai ke tahap selesa dan menang.

“Walaupun ada beberapa ramalan yang mengaitkan calon BN menang daripada beberapa peti undi tetapi secara keseluruhan masih disifatkan sedikit kabur terutamanya kepada pengundi luar,” katanya.

Bagaimanapun dia akui sambutan pengundi yang berbeza parti begitu harmoni dan menggalakkan ketika berkempen. "Pengundi sentiasa bersikap terbuka ketika dikunjungi oleh jentera BN mahupun PAS.”

Selain itu, Abdul Hamid juga mengakui ada sedikit unsur provokasi antara jentera yang berkempen tetapi ia tidak menjejaskan keseluruhan pilihan raya kecil ini.

“Malahan kami menerima beberapa pimpinan PAS kampung yang bersedia untuk membantu dan bekerjasama semasa berkempen,” katanya lagi.

Sehubungan itu, dia akui keputusan pilihan raya kecil ini juga sedikit sebanyak menjejaskan wibawa Datuk Nik Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai kebal sehingga tidak boleh disentuh sebarang isu.

“Maklumat balas yang kami terima, pengundi veteran dan lama masih teguh kepada Nik Aziz sementara sudah ada perubahan kepada pengundi muda," katanya lagi. Sumber: MALAYSIAN INSIDER

PRESTASI UMNO MELONJAK KERANA WANG?

Label:

KUALA KRAI - Pada sebelah pagi beberapa pengundi yang pulang mengundi dibayar RM600 setiap seorang oleh petugas Umno di Kampung Manek Urai Baru.

Kemudian pada sebelah tengahari dikurangkan kepada RM500. Dan sebelah petang pula pengundi yang datang menuntut wang tambang pulang mengundi hanya dibayar RM200.

Sebelum itu ketika pulang mengundi mereka sudah dibayar RM200 setiap seorang ketika datang ke rumah Pengerusi Perhubungan Umno di Kuala Lumpur.

Sebuah kereta yang sedia memasang bendera dacing pula dibayar RM400 dan motosikal RM50.

Ada pula pengundi yang diberi wang tunai RM1,000 ketika menerima kunjungan seorang pemimpin Umno ke rumahnya. Baca lanjut di sini.

GAMBAR YANG DISEMBUNYIKAN OLEH MEDIA UMNO

Label:

Di bawah ini adalah sebahagian foto yang menunjukkan penyokong PAS mengalami kecederaan pada hari mengundi di Manek Urai.

Foto - Seorang perempuan berbaju hijau pengsan dan berlumuran darah di tudungnya dan seorang lelaki berdarah di kepala akibat terkena balingan objek keras.

Sumber di sini.

KEMEROSOTAN UNDI PAS, SUATU ANALISIS

Label:

(Foto: Malaysiakini)

Jika diambil kira daripada majoriti yang dimenangi oleh PAS, ia dilihat sebagai satu PETANDA bahawa pengundi yang mempercayai/menyokong PAS pada PRU 12 lepas telah berpindah kepada Umno. Benarkah begitu?

Jika diteliti daripada keputusan PRU 11 (2004), UMNO memenangi kerusi DUN Manek Urai dengan majoriti sekitar 53 undi sahaja. Pada hari ini jumlah yang hampir sama diperolehi PAS iaitu 65 undi majoriti. Maka ini membawa erti bahawa PENGUNDI ATAS PAGAR memainkan peranan yang besar.

Faktor ketidaksepakatan antara PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) yang bercelaru sejak kebelakangan ini juga mempengaruhi undi pada kali ini. Ia menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada PAS.

Kemerosotan majoriti PAS mungkin juga dipengaruhi oleh faktor sentimen calon UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat. Beliau juga disenangi penduduk Manek Urai malah selaku pegawai KESEDAR, pastinya Tuan Aziz dikenali oleh penduduk Manek Urai kerana kawasan tersebut adalah di bawah pembangunan dan pengawasan KESEDAR.

Faktor janji manis yang ditaburkan pucuk pimpinan UMNO juga memberi pengaruh kepada pengundi. Janji untuk membina jambatan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama oleh TanSri Muhyiddin Yasin memberi keyakinan kepada pengundi untuk menyokong UMNO.

Walaupun PAS menang “nyawa-nyawa ikan” di Manek Urai namun apa yang penting ialah PAS sekali lagi telah berjaya mempertahankan kerusi N41 itu meski pun UMNO telah memberikan saingan sengit sehingga berjaya mengurangkan majoriti PAS berbanding PRU 12.

MANEK URAI: TAHNIAH ABE UJI & PAS

Label:

Keputusan Rasmi PRK DUN Manek Urai

PAS - 5,348 undi
BN - 5,283 undi
Majoriti: 65 undi

Syabas dan tahniah kepada calon PAS , Abe Uji dan seluruh penyokong PAS di Manek Urai. Walaupun majoriti amat kecil tetapi menang tetap menang.

MANEK URAI: UMNO "CURAH" DUIT UNTUK PENGUNDI?

Label:

MANEK URAI - Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu. MALAYSIAKINI

PEMUDA GERAKAN SERTAI DEMO ANTI-ISA BULAN DEPAN

Label:

Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan dan akan turut serta dalam demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakkan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan. Baca lanjut di sini.

NIK AZIZ ISYTIHAR KELANTAN CUTI ESOK

Label:

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Perkara itu dinyatakan di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Beliau berkata, "Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan."

BN MENANG DAPAT JAMBATAN BARU - TPM

Label:

MANEK URAI - Semalam (12 Julai) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kejutan dengan menawarkan sebuah jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta kepada penduduk Manek Urai sekiranya mereka memilih BN dalam pilihanraya kecil Selasa ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi, insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad, dan calon BN, Tuan Fauzi.

PAS juga dijangka akan membuat kejutan pada hari ini. Apakah kejutan itu? Adakah PAS juga akan menawarkan jambatan untuk manek Urai? Kita tunggu kenyataan dari pimpinan PAS hari ini.

TRAGEDI NATRAH: BUKTI UMNO TIDAK SERIUS BELA ISLAM

Kebanyakan media cetak, Jumaat (10 Julai) melaporkan kematian Maria 'Bertha' Hertogh yang pernah bergelar Natrah binti Maarof (foto-kanan). Beliau dilaporkan meninggal pada Khamis di rumahnya di Huijberhen, selatan Belanda, akibat leukemia.

Wanita Belanda berusia 72 tahun itu diketahui umum sebagai orang yang pernah menggemparkan negara kita apabila menjadi objek utama konflik agama pada 1950. Namun tidak ramai yang sedia mengakui bahawa kanak-kanak yang dibesarkan sebagai orang Islam itu sebenarnya menjadi mangsa sentimen agama dan perkauman penjajah.

Bahkan tidak ramai yang sedar bahawa nasib seburuk itu menimpa Natrah adalah disebabkan sikap tidak serius penguasa politik Melayu-Islam di negara kita ketika itu, khususnya para pemimpin Umno, dalam membela dan mempertahankan akidah kanak-kanak itu.

Natrah atau nama sebenarnya Huberdina Maria Hertogh ialah anak pasangan Belanda Adelaine dan Adrianus Petrus Hertogh. Orang-orang Belanda memanggilnya Bertha.

Bapanya itu adalah sarjan tentera di dalam Tentera Diraja Hindia Timur Belanda di Indonesia. Adelaine pula memang menetap di Jawa, bersama kedua ibu bapa.

Maria adalah anak ketiga pasangan itu. Dia dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi.

Apabila tentera Jepun menduduki Indonesia pada 15 Februari 1942, sebilangan tentera Belanda menjadi tawanan perang. Antara tawanan itu Adrianus yag ketika itu berusia 37 tahun.

Adelaine yang ketika itu sedang mengandungkan anak keenam mereka akhirnya menyerahkan Maria untuk dijadikan anak angkat kepada Che Aminah Mohamad. Wanita berasal dari Kemaman, Terengganu itu ketika itu menetap di Jawa bersama suaminya, Maarof Haji Abdul, yang memiliki perniagaan emas di Bandung. Kebetulan pula Aminah adalah kenalan agak rapat dengan ibu Adelaine, Louise Winterberg, seorang pelakon opera Melayu di situ.

Sejak itu Maria dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak Islam dan diberi nama Natrah binti Maarof. Sejurus sebelum Belanda kembali merampas semula tanah jajahan daripada Jepun, beliau meninggalkan Bandung dan pulang ke kampung halamannya di Kemaman.

Di situlah Natrah menarik perhatian Pegawai Pentadbir Inggeris(Timur), Sir Arthur Locke. Kedengkian dan perasaan terhinanya melihat seorang anak Belanda dibesarkan sebagai orang Melayu beragama Islam mengubah seluruh kehidupan Natrah selepas itu.

Pentadbir Inggeris itulah yang telah menggunakan tipu muslihat memujuk Aminah supaya membawa Natrah menemui Konsul Belanda di Tanah Jajahan Singapura. Kononnya beliau ikhlas mahu membantu Aminah mendapatkan surat keterangan yang sah tentang pengambilan Natrah sebagai anak angkat.

Setelah termakan pujukan itu, Aminah membawa Natrah ke Singapura. Maka berlakulah apa yang berlaku. Pihak Konsulat Belanda membantu kedua ibu bapa kandung kanak-kanak berusia 13 tahun itu membuat tuntutan mahkamah hak penjagaan ke atas Maria.

Perbicaraan dilakukan di bawah undang-undang Inggeris. Natrah diasingkan daripada Aminah. Sementara menunggu perbicaraan, beliau ditempatkan di bawah pengawasan gereja. Gambar-gambar Natrah dipaksa kembali kepada agama ibu bapanya yang disiarkan akhbar membangkitkan kemarahan umat Islam.

Rujukan-rujukan terhadap ajaran agama Islam secara negatif dan jahat oleh para peguam pembela ibu bapanya di mahkamah juga amat mengguris hati umat Islam yang mengikuti perbicaraan tersebut dan perkembangan kes itu.

Umat Islam bangkit membantah. Akidah Natrah cuba diselamatkan. Maruah Islam mesti dipertahankan.

Jawatankuasa Tindakan Natrah ditubuhkan. Nadi penggeraknya ialah Karim Ghani, Presiden Liga Islam dan Persatuan Dakwah Islam Se-Malaya berpusat di Singapura. Beliau juga editor akhbar India Muslim, Malaya Nanban dan dua akhbar lain.

Karim Ghani dibantu sahabat karibnya, Dr Burhanuddin al-Helmy. Selaku Editor akhbar Melayu Raya, Dr Burhanuddin menghasilkan siri tulisan yang membangkitkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam terhadap konflik dan perebutan hak penjagaan ke atas Natrah. Tidak sedikit peranan beliau dalam membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap mainan kuasa dan penghinaan terhadap Islam oleh penjajah.

Ringkasnya, berlakulah apa yang berlaku. Natrah dikembalikan kepada ibu bapanya. Mereka segera kembali ke Belanda. Rusuhan tercetus dan 18 nyawa terkorban. Beratus lagi ditahan dan dibicarakan.

Apa yang diakui cacatan sejarah, dan amat dikesalkan, peranan Umno selaku parti anak emas penjajah ketika itu hampir tiada di sepanjang pergolakan itu. Jika ada pun sokongan diberikan, ianya sangat minima. Antaranya dari pergerakan kaum ibu Umno bahagian Johor Bahru dan Negeri Sembilan.

Sardon Jubir, seorang aktivis muda Umno ketika itu terlibat secara langsung di atas profesionnya sebagai peguam. Beliau menyertai pasukan pengamal undang-undang memberi khidmat guaman kepada Aminah yang cuba menyelematkan Natrah.

Catatan sejarah mengesahkan Sardon selaku penyokong kuat Umno ada mencuba menyeret Umno ikut serta memainkan peranan sepatutnya dalam pergolakan itu, namun gagal. Umno tidak bersedia campur tangan dan tidak mahu memanfaatkan hubungan baiknya dengan penjajah untuk mencari penyelesaian lebih baik.

Malah ada penulis sejarah menafsirkan bahawa Presiden Umno, Datuk Onn Jaafar sengaja menyisih diri dan mengelak daripada terlibat dengan konflik tersebut. Sedangkan di atas kedudukan beliau sebagai pemimpin utama parti paling rapat dan disayangi penjajah British, Datuk Onn diharap dapat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi penjajah itu.

Banyak pihak beranggapan sikap, pendirian dan tindakan penjajah ketika itu dijangka tidak sekeras apa yang berlaku sekiranya Umno tidak 'mendiamkan diri' dalam menangani kes tersebut.

Peranan Umno hanya muncul selepas tragedi berakhir. Umno hanya cuba memulihkan imej dan reputasi sebagai parti berkuasa di negara selepas Natrah sah dikembalikan kepada ibu bapanya. Datuk Onn sendiri dicatatkan menyertai sepuluh pemimpin Islam menemui Gabenor Singapura untuk mendesak agar Natrah dikembalikan kepada Aminah.

Hanya selepas tragedi selesai juga, Kapten Hussein Onn selaku Setiausaha Agung Umno muncul mengarahkan ahli-ahli parti itu menyumbang kepada 'Tabung Rayuan Natrah'.

Tidak dinafikan Umno memainkan peranan penting dalam merayu dan membela sekumpulan umat Islam yang ditahan ekoran kejadian itu. Mereka yang pada awalnya dijatuhi hukuman mati dan penjara, akhirnya dibebaskan.

Tunku Abdul Rahman yang mengambilalih jawatan Presiden Umno daripada Datuk Onn dalam satu catatannya mendakwa pembebasan mereka itu adalah hasil usaha pihak partinya.

"Semasa saya mengambil alih kepiminan Umno, saya telah bertindak dan menyuruh David Marshall membela nasib mereka yang terlibat. Kami berusaha bersungguh-sungguh dan berhempas pulas supaya hukuman mati dikurangkan kepada penjara seumur hidup.... Setelah 13 tahun dalam penjara, mereka dibebaskan," coret Tunku pada 1988.

Ya, tanpa hipokrasi kita boleh mengakui peranan dimainkan Umno itu. Namun apa yang dikesalkan ia hanya dibuat setelah selesai tragedi tersebut. Sepertimana disebutkan tadi, harapan agak tinggi diletakkan kepada pemimpin Umno sedari awal konflik tercetus.

Dengan pengaruh yang dimiliki parti itu, dijangkakan kesudahan kes tersebut tentu tidak seteruk apa yang berlaku sekiranya Umno mengambil peranan serius dalam membela Natrah. Malangnya hal itu tidak berlaku.

Pembelaan selepas itu hanya terhadap mereka yang menjadi mangsa konflik. Umno berjaya menyelematkan beberapa nyawa dari hukuman mati. Itu kita boleh ucap tahniah dan terima kasih.

Namun perlu diingat, dalam tragedi Natrah, perkara utama yang menjadi pendorong konflik berdarah itu ialah soal akidah anak kecil itu. Umat Islam sanggup berkorban nyawa bukan kerana menyelamat diri mereka dari ditangkap dan dihukum, tetapi kerana mempertahankan kesucian akidah seorang budak yang dipaksa murtad.

Itulah fakta dan hakikat yang cuba dikelirukan Umno, hanya semata-mata bagi mengelakkan ia dipandang tidak memperjuangkan Islam. Sebab itu apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu (8 Julai) lalu mencabar PAS supaya membuktikan bahawa Umno tidak memperjuangkan Islam, ia bagaikan membuka ruang bagi PAS mendedahkan fakta dan catatan sejarah yang sememangnya tidak menguntungkan Umno.

Dalam kenyataannya itu di tengah-tengah kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil Manek Urai, Kelantan, Muhyiddin mendakwa parti ditubuhkan pada 11 Mei 1946 itu terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada PAS.

Memang lah secara logiknya, jika benar Umno ada meletakkan apa-apa agenda Islam dalam perjuangannya, maka Umno boleh mendakwa ia lebih dahulu memperjuangkannya berbanding PAS.

Sebab utamanya ialah kerana Umno ditubuhkan pada 1946, lima tahun lebih dahulu daripada PAS yang ditubuhkan pada 1951. Tapi itu hanya hujah loyar buruk.

Apa yang dipersoalkan ialah sejauh manakah keseriusan Umno dalam memperjuangkan Islam dan mempertahankan akidah umatnya? Senarai bukti-bukti yang boleh dikemukakan bagi memperkukuhkan pertikaian itu amat panjang.

Umno yang ada sekarang mungkin boleh mendabik dada sudah banyak "memperjuangkan syiar Islam", sepertimana didakwa Muhyiddin. Namun, tidak ada mana-mana pemimpinnya yang akan dapat memadamkan catatan sejarah berkaitan tragedi berdarah di Singapura hampir 60 tahun lalu itu. Tragedi Natrah adalah antara bukti paling awal bahawa Umno tidak serius dalam memperjuangkan Islam. Harakahdaily
PARTI POLITIK PERKAUMAN TIADA MASA DEPAN - DATUK CHUA JUI MENG
Sabtu, Julai 18, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Julai 17, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Julai 16, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Julai 15, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Julai 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Keputusan Rasmi PRK DUN Manek Urai

PAS - 5,348 undi
BN - 5,283 undi
Majoriti: 65 undi

Syabas dan tahniah kepada calon PAS , Abe Uji dan seluruh penyokong PAS di Manek Urai. Walaupun majoriti amat kecil tetapi menang tetap menang.
MANEK URAI: UMNO "CURAH" DUIT UNTUK PENGUNDI?
Selasa, Julai 14, 2009 | Author: Tuk Kiyai

MANEK URAI - Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu. MALAYSIAKINI
PEMUDA GERAKAN SERTAI DEMO ANTI-ISA BULAN DEPAN
Isnin, Julai 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan dan akan turut serta dalam demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan depan.

"Pemuda Gerakan akan menggerakkan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.

Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.

Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan. Baca lanjut di sini.
NIK AZIZ ISYTIHAR KELANTAN CUTI ESOK
Isnin, Julai 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan bahawa semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat 'cuti am' esok (14 Julai 2009) yang diambil atas 'Cuti Peristiwa'.

Perkara itu dinyatakan di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Beliau berkata, "Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan."
BN MENANG DAPAT JAMBATAN BARU - TPM
Isnin, Julai 13, 2009 | Author: Tuk Kiyai

MANEK URAI - Semalam (12 Julai) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kejutan dengan menawarkan sebuah jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta kepada penduduk Manek Urai sekiranya mereka memilih BN dalam pilihanraya kecil Selasa ini.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.

"Kita boleh bagi, insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu nak lalu sini, mu kena pangkah BN.

Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad, dan calon BN, Tuan Fauzi.

PAS juga dijangka akan membuat kejutan pada hari ini. Apakah kejutan itu? Adakah PAS juga akan menawarkan jambatan untuk manek Urai? Kita tunggu kenyataan dari pimpinan PAS hari ini.
TRAGEDI NATRAH: BUKTI UMNO TIDAK SERIUS BELA ISLAM
Ahad, Julai 12, 2009 | Author: Tuk Kiyai