Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Siapa sangka guru wanita 3 anak rupanya penagih dadah tegar

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:

[SH] DUNGUN – Siapa sangka seorang cikgu wanita yang selama ini dilihat seperti tidak ada cacat cela, diberi amanah untuk mendidik anak bangsa, rupa-rupanya penagih dadah tegar.

Dia sendiri bukan anak remaja, malah sudah punya tiga cahaya mata.

Namun, di sebalik semua ciri-ciri yang ‘tidak disangka’ itulah, dia bijak menyembunyikan rahsia diri yang sebenar, penagih dadah yang tegar.

Segalanya terdedah dalam satu ujian saringan yang menyaksikan cikgu berusia 30-an itu ‘terkantoi’ apabila air kencingnya positif dadah jenis methapethamine.

Hasil ujian itu sememangnya mengejutkan semua warga sekolah tempat dia mengajar di sini kerana melihat penampilannya, tiada siapa pun yang sangka dia seorang penagih dadah, apa lagi penagih yang tegar.

Keputusan ujian itu bukan sahaja menyebabkan si cikgu terpaksa bermalam di lokap, malah turut membongkar satu lagi rahsia rumahtangganya iaitu suaminya, seorang kakitangan kerajaan juga disyaki penagih dadah.

Guru itu kini ditahan dan akan menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tahniah!! Nabil Raja Lawak kini bergelar suami

Label:

Saya petik:
[HM] PUTRAJAYA: Selepas terbabit pelbagai kontroversi, akhirnya juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad, 28, menemui kebahagiaan apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nazirah Ayub, 23, di Masjid Sultan Mizan, di sini pada jam 5.15, petang semalam.

Pasangan yang sudah berkenalan enam tahun dan rapat sejak enam bulan lalu itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad dengan berwali bapa pengantin perempuan, Ayub Hassan, 60. Selepas dua kali lafaz, Nabil sah menjadi suami Nazirah.

Pada majlis pernikahan itu, Nazirah menerima wang hantaran RM15,000, mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran daripada Nabil.

Selain sebentuk cincin berlian dan mas kahwin, Nazirah menerima set wangian, al-Quran, telekung dan tasbih, kasut jenama Stuart Weitzman , set solekan Channel, tepak sirih dan peralatan komunikasi, BlackBerry Playbook.

Sementara itu, pengantin perempuan membalas sembilan dulang kepada pihak lelaki iaitu sebentuk cincin, coklat, kasut, peralatan permainan siber Play Station 3 (PS3), iPad 2, sejadah/al-Quran, sirih junjung, buah-buahan dan kek.

Ketika ditemui selepas majlis pernikahannya selesai, Nabil berkata, dia sangat bersyukur dan gembira kerana hasrat mendirikan rumah tangga dan bergelar suami kepada Nazirah dimakbulkan.

“Saya memilih Nazirah sebagai teman hidup kerana terpikat dengan sikapnya yang lemah lembut, ramah, penyayang dan dia juga boleh `masuk' dalam kehidupan saya. Nazirah tak cemburu dan sangat memahami kerjaya saya sebagai artis.

“Biarpun, hubungan kami boleh dikatakan baru rapat, saya berkahwin dengan Nazirah kerana ikhlas. Sekian lama menunggu, seru mendirikan rumah tangga akhirnya tiba. Malah, bukan juga niat saya berkahwin untuk menutup kontroversi.

“Sebagai insan seni, saya tahu lumrah hidup artis yang tidak boleh lari daripada kontroversi. Namun, saya percaya dan yakin Nazirah memahaminya. Bahkan, saya akui sememangnya memilih pasangan hidup bukan di kalangan artis kerana lebih selesa,” katanya.

Hadir sama di majlis pernikahan itu, bapa Nabil, Ahmad Ismail, 60 dan ibunya, Rohizah Abdul Latif, 60. Majlis resepsi persandingan pasangan pengantin akan berlangsung di Digital Park I-City, Seksyen 7, Shah Alam, Ahad ini.

[VIDEO] Namewee sifatkan Utusan Malaysia SAMPAH!!!

Label:

Penyanyi rap yang kini pembikin filem, Namewee membidas akhbar Utusan Malaysia  yang disifatkannya sebagai “sampah” selepas tersinggung dengan ulasan akhbar tersebut yang mengkritik filem sulungnya, Nasi Lemak 2.0 .

Cinta mereka berputik dari kuih tart keju

Label:

Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Kisah cinta Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, 43, dan bilal bebas dari Singapura, Jeffri Hudi, 52, yang bermula dengan kuih tart keju dan berputik sejak lebih setahun lalu membawa pasangan itu ke jenjang pelamin.

Mengimbau kenangan indah itu, Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani berkata, cinta mereka bermula dengan kuih tart tradisional yang dijual di gerai milik adiknya di bazar Ramadan di bandar raya ini pada 2010.

“Saya tidak tahu Jeffri tidak menggemari keju dan saya menawarkan kuih tart keju kepadanya, biar pun tidak menggemari tart keju, Jeffri tertarik dengan cara saya mempromosikan kuih berkenaan ketika itu.

“Secara kebetulan, saya berpeluang bertemunya buat kali kedua ketika menyerahkan wang jualan amal di sebuah masjid di bandar raya ini pada Ramadan lalu,” katanya, semalam.

Menurut Noraniza, sejak itu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) malah Jeffri sering memberi doa serta surah al-Quran untuk amalan harian.

Noraniza berkata, sikap Jeffri yang peramah, merendah diri serta penyayang membuka hatinya untuk menerima duda empat anak itu.

“Kami meluahkan rasa cinta masing-masing sebelum mengikat tali pertunangan pada 22 April lalu.

“Saya bersyukur kerana dua anak saya serta empat anak Jeffri bersikap terbuka dan merestui perkahwinan kami,” katanya.

Semalam, Noraniza dan Jeffri diijabkabulkan oleh juru nikah merangkap Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak di tapak ‘Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia’ di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana di sini.

Gadis 12 Tahun Dirogol 5 Kali Selepas Dipaksa Hisap Rokok Berisi Dadah

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, awal Julai lalu.

Mangsa iaitu murid berusia 12 tahun diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu.

Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an pada hujung Ogos lalu, namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya.

Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang awal Julai lalu, mangsa yang bersendirian ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat tujuh flat itu terserempak dengan abang angkatnya.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya pulang ke rumah. Lelaki terbabit seterusnya memaksa mangsa menghisap sebatang rokok menyebabkan dia pengsan.

“Sebaik tersedar mangsa menyedari dia dirogol. Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirogol suspek lebih lima kali dan dipercayai dipaksa menghisap rokok sebelum dinodai.

Kembar siam di Terengganu

Label:

Saya petik:
 
[HM] KUALA TERENGGANU: “Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada,” kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.

Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.

“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.

774 wanita kita gersang cinta cair

Label:

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka

20 ahli Umno masuk PKR

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU – Seramai 20 orang ahli Umno termasuk bekas pemimpin veteran parti itu di negeri ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas kecewa dengan sikap kerajaan yang didakwa mengabaikan generasi kedua Felda.

Bekas Setiausaha Veteran Umno Bahagian Setiu, Alias Zainal mengaku mengambil tindakan sedemikian berkata, beliau kini bergantung harap kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu generasi kedua tersebut.

Beliau mendakwa, kerajaan tidak membela nasib generasi kedua walaupun perkara itu pernah disuarakan pelbagai pihak sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya memang kecewa dengan kepimpinan sekarang kerana tidak ambil berat dengan kawasan luar bandar dan kita melihat peluang terbuka apabila PR akan membuka ladang Felda untuk kebajikan dan kepentingan generasi kedua.

“Kalau ditakdirkan Datuk Seri Najib mengambil pendekatan sedemikian, beliau tidak akan melakukannya dalam masa terdekat ini, tidak sempat kerana pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian.

Alias atau lebih dikenal sebagai Cikgu Alias menjelaskan beliau akan menjadi penggerak untuk mencari ahli bagi menyokong parti yang baru disertainya itu.

“Generasi kedua boleh ditempatkan di Felda Setiu 1 dan Felda Setiu 2. Sekarang ini, tiada peneroka di kawasan itu sebaliknya pendatang Indonesia.

“Kalau tidak panggil penduduk (generasi kedua Felda), keadaan penduduk di Bandar Permaisuri tidak bertambah sedangkan kedai tumbuh bak cendawan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan untuk menolak semula parti itu sekiranya gagal melaksanakan janji kepada rakyat.

Alias bersama 20 ahli Umno menyerahkan borang keanggotaan PKR ketika kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke daerah Setiu sempena siri jelajah beliau ke daerah itu, 23 September lalu.

Penyertaan tersebut berikutan rasa tertarik dengan tawaran dalam Buku Jingga PR melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Sebelumnya, beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee pada 19 September lalu dan telah menjelaskan kepada pihak tersebut berhubung peletakan jawatan terbabit.

Alias sebelum ini pernah bertanding sebagai calon parti Semangat 46 (S46) di Dun Permaisuri dan Dun Langkap, masing-masing pada 1990 dan 1995 tetapi gagal memperoleh kerusi di kedua-dua Dun terbabit.

Kenyataan Najib yang menolak hudud sukarkan pemimpin Umno Kelantan

Label:

Saya petik:
[SH] SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri yang menolak hudud daripada dilaksanakan, akan lebih menyukarkan pemimpin Umno Kelantan untuk menyaingi Pas memenangi hati rakyat negeri itu.

Penganalisis Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pas sudah melakukan apa yang mereka perlu lakukan mengenai hudud.

“Mereka memerlukan laluan dan kuncinya berada di tangan Umno (sebagai Kerajaan Pusat). Apabila pemimpin Umno sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengatakan hudud tak akan dilaksanakan, Pas sudah boleh lepas tangan. Rakyat tidak akan salahkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan ini, kata Abdul Aziz, pemimpin Umno Kelantan berada dalam kedudukan paling sukar kerana mereka dilihat sebagai penghalang hudud dilaksanakan.

“Kita harus ingat, permintaan hudud di Kelantan disal:urkan melalui proses demokrasi. Pas terus diberi mandat untuk memerintah Kelantan sejak 1990. Ini sudah cukup bagi rakyat Kelantan untuk menunjukkan kehendak mereka,” katanya.

Bagi Abdul Aziz, Umno dilihatnya tidak bersedia untuk melaksanakan hudud walaupun mereka mengaku menerimanya.

Ini kerana, Kerajaan Pusat yang diterajui parti itu tidak pernah memberi laluan kepada hudud untuk dilaksanakan.

“Saya melihat Umno menentang dan mensabotaj pe-laksanaan hudud. Ini akan menyebabkan parti itu menghadapi masalah dalam kalangan orang Islam,” katanya.

Mengenai orang bukan Islam, Abdul Aziz berkata, bukan semua mereka menolak hudud.

“Presiden Majlis Ketua-ketua Gereja Katolik Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing pun berkata, tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan melaksanakan hudud. Biarlah mereka laksanakan apa yang mereka mahu kerana undang-undang itu hanya untuk orang Islam saja, tidak melibatkan orang bukan Islam,” katanya.

Abdul Aziz berkata, keny:ataan Najib secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud menyebabkan Umno di negeri ini sudah boleh dianggap ‘gulung tikar’.

Ahli akademik yang dianggap pakar perlembagaan itu berkata, Umno seharusnya membantu Pas, bukan menghalang parti itu.

“Jika tidak, parti itu akan terus kehilangan undi orang Islam kerana dianggap sebagai penghalang satu pelaksanaan undang-undang tuhan. Ini kerana, pelaksanaan hudud tak dapat tidak perlu dengan kerjasama Umno,” katanya. Abdul Aziz berkata, selain Umno, semua kumpulan yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga harus menyokong hudud

PM Thailand ini miliki aset AS$17 juta. Berapakah pula aset PM Malaysia?

Label:

Yingluck Shinawatra

Saya petik:
[BH] BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bersih bernilai 541 juta baht (AS$17 juta), jumlah yang jauh jika dibandingkan dengan kekayaan dimiliki abangnya, Takhsin yang hidup dalam buangan.

Anak lelaki Yingluck berusia sembilan tahun mempunyai aset bernilai 4.4 juta baht manakala suami Yingluck diisytiharkan mempunyai aset sebanyak 76.8 juta baht selain hutang bernilai 369.7 juta baht.

Aset Yingluck termasuk hartanah dan pelaburan lain, bukanlah orang terkaya dalam Kabinetnya yang ketika ini ialah Menteri Sains dan Teknologi, Suraswadi dengan kekayaan 963 juta baht.

Pada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas aset bernilai AS$1.4 bilion milik Thaksin — lebih separuh daripada kekayaan kerana penyalahgunaan kuasa. - AFP

Warga emas didenda kerana miliki ubat perangsang seks. Mengapa?

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU – Seumpama tidak serik hukuman yang dikenakan sebelum ini, seorang peniaga sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memiliki pelbagai jenis ubat perangsang seksual tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (SKM).

Warga emas berusia 67 tahun itu dikenakan denda RM3,000 mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana kesalahan kali ketiganya itu.

Sebelum ini, tertuduh, Sidi Nik pernah didenda RM1,000 dan RM1,500 kerana dua kesalahan sama.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dijalankan anggota Cawangan Penguat kuasa Farmasi Kelantan di Jalan Hilir Pasar, di sini pada jam 11.30 pagi, 18 Februari lalu, Sidi mengaku sebagai pemilik gerai yang diserbu.

Mengikut fakta itu lagi, pemeriksaan menjumpai 10 keluaran tidak berdaftar milik tertuduh termasuk empat kotak From USA Playboy, sekotak Power and Power dan lima kotak Max Man serta lima Max Man Best yang kemudiannya dirampas untuk tindakan lanjut.

Pada prosiding kelmarin, tertuduh mengaku bersalah pada pertuduhan itu dan Majistret Mohamad Hafiz Mohd Noor mengenakan denda berkenaan.

Sidi kemudiannya dilihat menjelaskan denda tersebut. Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Cawangan Farmasi Kelantan, Mohd Azreen Mustapa.

Letupan di Pusat Beli Belah Empire Gallery, Subang Jaya, Empat Cedera

Label:

Sumber foto: blog.galvintan.com

Saya petik:

[Mstar] KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.

Anak mati dibelasah 10 warden penjara: Ibu dapat ganti rugi

Label:

 Gambar hiasan

Saya petik:

Ibu dapat ganti rugi RM600,000

[BH] KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan Penguasa Penjara Penor dan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM600,000 kepada seorang ibu yang kehilangan anak akibat dibelasah 10 warden di Penjara Penor tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas meneliti rumusan hujahan dikemukakan peguam plaintif, G Visvanathan Nair yang mewakili Rohani Mohamed, 53, dan suaminya, Mohamed Mat Diah, 64.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata perbuatan dilakukan defendan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian Mohd Shukri Mohamed Yusof.

Beliau berkata perbuatan itu tidak adil serta tidak boleh dikompromi.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan 10 warden terbabit, Penguasa Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia membayar sejumlah RM500,000 sebagai ganti rugi teruk; ganti rugi kehilangan tanggungan (RM86,400); kos urusan pengebumian (RM3,000) dan kos mengeluarkan surat kuasa mentadbir (RM1,500) kepada kedua-dua plaintif.

Selain Visvanathan, plaintif turut diwakili G Subramanian Nair dan Ebrina Zubir, manakala defendan diwakili RS Pani dan Peguam Kanan Persekutuan, Kamal Azira Hassan mewakili Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia.

Sepuluh defendan terbabit ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan Mohd Yaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris (diwakili Amanah Raya Berhad sebagai pentadbir harta pusaka), Hamdan Mohamad, Mohd Rozi Abdul Hamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.
Plaintif turut menamakan Penguasa Penjara Penor, Kuantan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 1 Mac 2004, Mohd Shukri yang ditahan reman di Penjara Penor kerana disyaki terbabit dengan kes berkaitan dadah, dikatakan cuba melarikan diri dari penjara tetapi berjaya ditangkap semula pihak defendan pada jam 4.45 petang.

Berikutan itu, Mohd Shukri dipukul pihak defendan ketika dibawa ke Zon Nenas berdekatan kuaters penjara, padang bola, pintu besar penjara dan lokap di bilik
Unit Keselamatan Penjara (UKP).

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 10 Mac 2004, jam 7.44 pagi.

Hasil laporan perubatan menunjukkan Mohd Shukri mengalami 25 kesan kecederaan pada seluruh anggota tubuhnya dan pendarahan dalaman termasuk otak, keretakan tulang muka dan abdomen.

Sementara itu, Rohani yang ditemui di luar pekarangan mahkamah bersyukur dengan keputusan itu walaupun terpaksa menunggu lebih tujuh tahun.

Saya bukan inginkan ganti rugi ini kerana nyawa anak saya tidak dapat diganti dengan wang ringgit tetapi apa yang lebih penting ialah keadilan berjaya ditegakkan.

Apa yang berlaku seharusnya menjadi teladan kepada pihak penjara bahawa mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Saya reda dengan apa yang berlaku tetapi kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab dengan baik, katanya.

Rohani yang juga seorang suri rumah berkata, dia sanggup mengambil risiko menyaman kerajaan kerana percaya kepada sistem perundangan negara yang memberi keadilan kepada yang teraniaya

Gadis derita dijual & dilacurkan ibu tiri

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Terseksa akibat dilacurkan ibu tiri sendiri, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menderita kesakitan di kemaluannya hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan merayu doktor agar menyelamatkannya.

Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan mangsa ditahan di wad hospital berkenaan untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, belum sempat pihak berkuasa merakamkan percakapannya, mangsa menghilangkan diri, dipercayai dilarikan ibu tirinya.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal bersama ibu tirinya berusia lewat 30-an selepas kematian bapa enam bulan lalu mendakwa dia dipaksa wanita itu melayan nafsu buas puluhan lelaki sejak lebih sebulan lalu.

Menurutnya, mangsa dipaksa melayan lelaki sama ada di rumahnya atau di hotel sekitar Lembah Klang mengikut permintaan pelanggan hingga dia menderita kesakitan di kemaluan

Apa Beza Mismah dan Cheng Eng Hock?

Label:

Saya petik: 
[TVS] SHAH ALAM 26 SEPT: PAS mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu Nismah Naim atau "Mismah" yang didakwa mendapat status Penduduk Tetap (PR) dalam masa kurang daripada satu tahun.

Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia beserta anak-anak berusia bawah enam (6) tahun dan telah menetap lima (5) tahun di negara ini secara berterusan bermula tarikh kelulusan Pas Lawatan (Sosial) layak memohon taraf penduduk tetap atau diistilahkan Permit Masuk mengikut Akta Imigresen.

Dalam kes seorang individu bernama Cheng Eng Hock pula, beliau terpaksa menunggu sehingga 40 tahun sehingga Januari 2011 untuk bergelar warganegara Malaysia.

Seorang lagi lelaki Ismail Baginda Enak dari Padang, Indonesia pernah memohon tiga kali untuk menjadi warganegara.

Beliau mengalami kesukaran untuk menghantar anak ke sekolah dan mendapat lesen memandu kerana tiada kad pengenalan biru.

Persoalan wujud tentang bagaimana Jabatan Imigresen Malaysia mematuhi peruntukan undang-undang memberi kerakyatan kepada warganegara asing.

Berdasarkan isu "Mismah", Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dalam kenyataan media berkata wanita yang berasal dari kepulauan Bawean, Indonesia itu masuk ke Malaysia pada tahun 1982.

Walaubagaimana pun beliau didakwa memperolehi status PR pada 17 Julai tahun yang sama.

"Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR," beliau dipetik.

Nama Mismah hangat diperkatakan di seluruh negara apabila dikesan sebagai individu layak mengundi dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun memegang status PR.

Namun begitu selepas beberapa jam perkara tersebut didedahkan media, status Mismah di laman web JPN bertukar kepada warganegara dengan serta merta.

Perkara tersebut menjadi pertikaian apabila lebih ramai rakyat asing yang memegang status PR dikesan berdaftar sebagai pengundi.

Pelbagai respon yang diberikan JPN dan SPR yang rata-ratanya mengatakan data dalam sistem tidak dikemaskini termasuk "kesilapan teknikal".

Wujud dakwaan bahawa kerajaan dengan mudah memberi kerakyataan kepada warganegara asing untuk memelihara kesinambungan parti itu untuk terus memerintah.

Sehubungan dengan itu Suhaizan berkata "Mismah" secara jelas melanggar peraturan Akta Imigresen 1963 dan mendesak kesemua agensi kerajaan melibatkan pendaftaran warga asing diperjelaskan demi kepentingan negara.

Pelajar 16 tahun diperkosa 8 lelaki bergilir-gilir

Label:

Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

P/s: Betul ke dipukau? atau...

Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati

Label:

Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.

Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.

Gambar peragut dibelasah orang ramai

Label:

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.

Ingat kisah gadis ini yang mencuri duit bapa untuk joli? Ini cerita terbaru

Label:

Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Walaupun menyedari bapa tirinya hanya bekerja sebagai nelayan dan tidak memiliki banyak wang, namun seorang gadis masih sanggup mencuri duit milik bapa tirinya semata-mata untuk ‘berjoli’ dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, tindakan gadis itu terbalas setelah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Fieda Azwa Anual, 19, dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu mengaku bersalah mencuri wang tunai sejumlah RM1,900 milik bapa tirinya, Marzuki Rani, 50, pada 24 September lalu kira-kira jam 11 malam di rumahnya di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu.

Mengikut fakta kes, bapa tirinya hanya menyedari wang tunai RM1,900 yang disimpan di dalam rumah berkenaan hilang pada 21 September lalu kira-kira jam 11 malam, namun pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa.

Keesokan harinya iaitu 22 September, kira-kira jam 12.30 tengah hari, bapa tiri bersama ibu tertuduh telah keluar dari rumah dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati tiga anaknya iaitu adik tiri tertuduh yang masih kecil ditinggalkan di rumah sepupunya.

Sepupunya memberitahu yang tertuduh telah lari dari rumah dan bapa tirinya mengesyaki tertuduh yang mencuri wangnya sejumlah RM1,900 itu.

Pada 24 September lalu, kira-kira jam 8 pagi, bapa tiri tertuduh bersama anggota polis telah membuat serbuan di tingkat tiga Hotel Terengganu, dan mendapati tertuduh ada bersama dengan seorang lelaki tidak dikenali, dipercayai teman lelakinya.

Setelah disiasat, didapati tertuduh telah menyewa hotel berkenaan dari 22 September hingga 23 September lalu dan apabila disoal siasat, dia mengakui telah mencuri wang tunai milik bapa tirinya itu.

Dengan itu, Fieda Azwa didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Murid tahun 4 ketua penyamun

Label:

Gambar hiasan 

Saya petik:
[HM] BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.

Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. “Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat ‘berkelah’ di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga,” katanya.

Menurutnya, sebaik mangsa pulang dari bercuti, mereka terkejut apabila mendapati dapur rumah berselerak dengan bijirin serta coklat sebelum melakukan pemeriksaan.

“Pasangan terbabit kemudian memeriksa bahagian atas dan mendapati laci almari terbuka, manakala barang kemas serta barangan berharga lain hilang sebelum mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 7.30 malam.

“Susulan laporan itu, polis menggerakkan operasi bagi memburu anggota kumpulan terbabit dan berjaya menahan seorang suspek berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam kemudian dan lima lagi rakannya pada keesokan hari,” katanya.

Sumber itu berkata, berikutan penahanan itu, polis menemui semula barangan berharga seperti rantai, gelang, cincin dan subang dicuri suspek.

“Kita turut mendapat maklumat mengenai gerak-geri kumpulan terbabit melalui penduduk yang kebetulan terserempak kelibat mereka di sekitar rumah berkenaan pada hari kejadian,” katanya.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ibu bapa remaja terbabit sudah dimaklumkan mengenai penahanan anak mereka.

Ibu ajar dua anak gadis urut batin, jual tubuh

Label:

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.

Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.

“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.

Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.

P/s: Malang bagi anak gadis mendapat ibu seperti itu. 
Siapa sangka guru wanita 3 anak rupanya penagih dadah tegar
Sabtu, Oktober 01, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, September 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Penyanyi rap yang kini pembikin filem, Namewee membidas akhbar Utusan Malaysia  yang disifatkannya sebagai “sampah” selepas tersinggung dengan ulasan akhbar tersebut yang mengkritik filem sulungnya, Nasi Lemak 2.0 .

Cinta mereka berputik dari kuih tart keju
Jumaat, September 30, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: Kisah cinta Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, 43, dan bilal bebas dari Singapura, Jeffri Hudi, 52, yang bermula dengan kuih tart keju dan berputik sejak lebih setahun lalu membawa pasangan itu ke jenjang pelamin.

Mengimbau kenangan indah itu, Noraniza atau mesra dengan panggilan Kak Ani berkata, cinta mereka bermula dengan kuih tart tradisional yang dijual di gerai milik adiknya di bazar Ramadan di bandar raya ini pada 2010.

“Saya tidak tahu Jeffri tidak menggemari keju dan saya menawarkan kuih tart keju kepadanya, biar pun tidak menggemari tart keju, Jeffri tertarik dengan cara saya mempromosikan kuih berkenaan ketika itu.

“Secara kebetulan, saya berpeluang bertemunya buat kali kedua ketika menyerahkan wang jualan amal di sebuah masjid di bandar raya ini pada Ramadan lalu,” katanya, semalam.

Menurut Noraniza, sejak itu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) malah Jeffri sering memberi doa serta surah al-Quran untuk amalan harian.

Noraniza berkata, sikap Jeffri yang peramah, merendah diri serta penyayang membuka hatinya untuk menerima duda empat anak itu.

“Kami meluahkan rasa cinta masing-masing sebelum mengikat tali pertunangan pada 22 April lalu.

“Saya bersyukur kerana dua anak saya serta empat anak Jeffri bersikap terbuka dan merestui perkahwinan kami,” katanya.

Semalam, Noraniza dan Jeffri diijabkabulkan oleh juru nikah merangkap Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak di tapak ‘Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia’ di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana di sini.
Gadis 12 Tahun Dirogol 5 Kali Selepas Dipaksa Hisap Rokok Berisi Dadah
Khamis, September 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai
 Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang gadis sunti dipaksa menghisap sebatang rokok yang dipercayai mengandungi dadah sebelum pengsan dan dirogol seorang lelaki berusia 20 tahun yang juga abang angkatnya di sebuah flat di Pantai Dalam, di sini, awal Julai lalu.

Mangsa iaitu murid berusia 12 tahun diugut supaya merahsiakan kejadian itu. Disebabkan takut, mangsa mendiamkan diri menyebabkan dia terus dinodai suspek dan dipercayai dirogol lebih lima kali dalam tempoh hampir dua bulan lalu.

Tidak tahan dengan kejadian itu, mangsa mengadu kepada sepupu suspek berusia awal 20-an pada hujung Ogos lalu, namun aduannya itu sia-sia apabila lelaki terbabit pula merogolnya.

Bagi mengakhiri penderitaannya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, sumber polis berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 2 petang awal Julai lalu, mangsa yang bersendirian ketika menaiki lif untuk pulang ke rumahnya di tingkat tujuh flat itu terserempak dengan abang angkatnya.

“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya pulang ke rumah. Lelaki terbabit seterusnya memaksa mangsa menghisap sebatang rokok menyebabkan dia pengsan.

“Sebaik tersedar mangsa menyedari dia dirogol. Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa jika memberitahu kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirogol suspek lebih lima kali dan dipercayai dipaksa menghisap rokok sebelum dinodai.
Kembar siam di Terengganu
Khamis, September 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
 
[HM] KUALA TERENGGANU: “Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada,” kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.

Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.

“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.
774 wanita kita gersang cinta cair
Khamis, September 29, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak, antara bahan ditemui polis dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan mereka untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mencatatkan sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata siasatan polis mendapati sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan terutama mereka yang kesepian dan ketandusan kasih sayang.

“Taktik atau cara yang mereka lakukan ialah menghantar e-mel atau mesej melalui laman sembang sosial di Internet seperti facebook, Tagged dan Wayn kepada ratusan mangsa dalam sehari,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan pada komputer riba yang digunakan seorang ahli sindiket terbabit, pihaknya menemui skrip berkenaan bersama fail lain yang siap disusun atur dalam pelbagai versi bagi menjayakan rancangan mereka
20 ahli Umno masuk PKR
Rabu, September 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU – Seramai 20 orang ahli Umno termasuk bekas pemimpin veteran parti itu di negeri ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas kecewa dengan sikap kerajaan yang didakwa mengabaikan generasi kedua Felda.

Bekas Setiausaha Veteran Umno Bahagian Setiu, Alias Zainal mengaku mengambil tindakan sedemikian berkata, beliau kini bergantung harap kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu generasi kedua tersebut.

Beliau mendakwa, kerajaan tidak membela nasib generasi kedua walaupun perkara itu pernah disuarakan pelbagai pihak sejak zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya memang kecewa dengan kepimpinan sekarang kerana tidak ambil berat dengan kawasan luar bandar dan kita melihat peluang terbuka apabila PR akan membuka ladang Felda untuk kebajikan dan kepentingan generasi kedua.

“Kalau ditakdirkan Datuk Seri Najib mengambil pendekatan sedemikian, beliau tidak akan melakukannya dalam masa terdekat ini, tidak sempat kerana pilihan raya akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya kepada Sinar Harian.

Alias atau lebih dikenal sebagai Cikgu Alias menjelaskan beliau akan menjadi penggerak untuk mencari ahli bagi menyokong parti yang baru disertainya itu.

“Generasi kedua boleh ditempatkan di Felda Setiu 1 dan Felda Setiu 2. Sekarang ini, tiada peneroka di kawasan itu sebaliknya pendatang Indonesia.

“Kalau tidak panggil penduduk (generasi kedua Felda), keadaan penduduk di Bandar Permaisuri tidak bertambah sedangkan kedai tumbuh bak cendawan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan untuk menolak semula parti itu sekiranya gagal melaksanakan janji kepada rakyat.

Alias bersama 20 ahli Umno menyerahkan borang keanggotaan PKR ketika kedatangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ke daerah Setiu sempena siri jelajah beliau ke daerah itu, 23 September lalu.

Penyertaan tersebut berikutan rasa tertarik dengan tawaran dalam Buku Jingga PR melalui Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang akan membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Sebelumnya, beliau menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee pada 19 September lalu dan telah menjelaskan kepada pihak tersebut berhubung peletakan jawatan terbabit.

Alias sebelum ini pernah bertanding sebagai calon parti Semangat 46 (S46) di Dun Permaisuri dan Dun Langkap, masing-masing pada 1990 dan 1995 tetapi gagal memperoleh kerusi di kedua-dua Dun terbabit.
Kenyataan Najib yang menolak hudud sukarkan pemimpin Umno Kelantan
Rabu, September 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[SH] SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri yang menolak hudud daripada dilaksanakan, akan lebih menyukarkan pemimpin Umno Kelantan untuk menyaingi Pas memenangi hati rakyat negeri itu.

Penganalisis Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pas sudah melakukan apa yang mereka perlu lakukan mengenai hudud.

“Mereka memerlukan laluan dan kuncinya berada di tangan Umno (sebagai Kerajaan Pusat). Apabila pemimpin Umno sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengatakan hudud tak akan dilaksanakan, Pas sudah boleh lepas tangan. Rakyat tidak akan salahkan mereka,” katanya.

Dalam keadaan ini, kata Abdul Aziz, pemimpin Umno Kelantan berada dalam kedudukan paling sukar kerana mereka dilihat sebagai penghalang hudud dilaksanakan.

“Kita harus ingat, permintaan hudud di Kelantan disal:urkan melalui proses demokrasi. Pas terus diberi mandat untuk memerintah Kelantan sejak 1990. Ini sudah cukup bagi rakyat Kelantan untuk menunjukkan kehendak mereka,” katanya.

Bagi Abdul Aziz, Umno dilihatnya tidak bersedia untuk melaksanakan hudud walaupun mereka mengaku menerimanya.

Ini kerana, Kerajaan Pusat yang diterajui parti itu tidak pernah memberi laluan kepada hudud untuk dilaksanakan.

“Saya melihat Umno menentang dan mensabotaj pe-laksanaan hudud. Ini akan menyebabkan parti itu menghadapi masalah dalam kalangan orang Islam,” katanya.

Mengenai orang bukan Islam, Abdul Aziz berkata, bukan semua mereka menolak hudud.

“Presiden Majlis Ketua-ketua Gereja Katolik Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing pun berkata, tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan melaksanakan hudud. Biarlah mereka laksanakan apa yang mereka mahu kerana undang-undang itu hanya untuk orang Islam saja, tidak melibatkan orang bukan Islam,” katanya.

Abdul Aziz berkata, keny:ataan Najib secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud menyebabkan Umno di negeri ini sudah boleh dianggap ‘gulung tikar’.

Ahli akademik yang dianggap pakar perlembagaan itu berkata, Umno seharusnya membantu Pas, bukan menghalang parti itu.

“Jika tidak, parti itu akan terus kehilangan undi orang Islam kerana dianggap sebagai penghalang satu pelaksanaan undang-undang tuhan. Ini kerana, pelaksanaan hudud tak dapat tidak perlu dengan kerjasama Umno,” katanya. Abdul Aziz berkata, selain Umno, semua kumpulan yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga harus menyokong hudud
Yingluck Shinawatra

Saya petik:
[BH] BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mempunyai aset bersih bernilai 541 juta baht (AS$17 juta), jumlah yang jauh jika dibandingkan dengan kekayaan dimiliki abangnya, Takhsin yang hidup dalam buangan.

Anak lelaki Yingluck berusia sembilan tahun mempunyai aset bernilai 4.4 juta baht manakala suami Yingluck diisytiharkan mempunyai aset sebanyak 76.8 juta baht selain hutang bernilai 369.7 juta baht.

Aset Yingluck termasuk hartanah dan pelaburan lain, bukanlah orang terkaya dalam Kabinetnya yang ketika ini ialah Menteri Sains dan Teknologi, Suraswadi dengan kekayaan 963 juta baht.

Pada Februari 2010, Mahkamah Agung Thailand merampas aset bernilai AS$1.4 bilion milik Thaksin — lebih separuh daripada kekayaan kerana penyalahgunaan kuasa. - AFP
Warga emas didenda kerana miliki ubat perangsang seks. Mengapa?
Rabu, September 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai
 Gambar hiasan

Saya petik:
[SH] KOTA BHARU – Seumpama tidak serik hukuman yang dikenakan sebelum ini, seorang peniaga sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana memiliki pelbagai jenis ubat perangsang seksual tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (SKM).

Warga emas berusia 67 tahun itu dikenakan denda RM3,000 mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana kesalahan kali ketiganya itu.

Sebelum ini, tertuduh, Sidi Nik pernah didenda RM1,000 dan RM1,500 kerana dua kesalahan sama.

Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dijalankan anggota Cawangan Penguat kuasa Farmasi Kelantan di Jalan Hilir Pasar, di sini pada jam 11.30 pagi, 18 Februari lalu, Sidi mengaku sebagai pemilik gerai yang diserbu.

Mengikut fakta itu lagi, pemeriksaan menjumpai 10 keluaran tidak berdaftar milik tertuduh termasuk empat kotak From USA Playboy, sekotak Power and Power dan lima kotak Max Man serta lima Max Man Best yang kemudiannya dirampas untuk tindakan lanjut.

Pada prosiding kelmarin, tertuduh mengaku bersalah pada pertuduhan itu dan Majistret Mohamad Hafiz Mohd Noor mengenakan denda berkenaan.

Sidi kemudiannya dilihat menjelaskan denda tersebut. Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Cawangan Farmasi Kelantan, Mohd Azreen Mustapa.
Letupan di Pusat Beli Belah Empire Gallery, Subang Jaya, Empat Cedera
Rabu, September 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Sumber foto: blog.galvintan.com

Saya petik:

[Mstar] KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi Rabu menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.45 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk di beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Mohd Khairi Daud berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Siasatan awal mendapati letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil.

Dua lagi yang tercedera adalah orang awam yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.
Anak mati dibelasah 10 warden penjara: Ibu dapat ganti rugi
Rabu, September 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai
 Gambar hiasan

Saya petik:

Ibu dapat ganti rugi RM600,000

[BH] KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengarahkan Penguasa Penjara Penor dan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM600,000 kepada seorang ibu yang kehilangan anak akibat dibelasah 10 warden di Penjara Penor tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas meneliti rumusan hujahan dikemukakan peguam plaintif, G Visvanathan Nair yang mewakili Rohani Mohamed, 53, dan suaminya, Mohamed Mat Diah, 64.

Dalam penghakimannya, Mariana berkata perbuatan dilakukan defendan adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga menyebabkan kematian Mohd Shukri Mohamed Yusof.

Beliau berkata perbuatan itu tidak adil serta tidak boleh dikompromi.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan 10 warden terbabit, Penguasa Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia membayar sejumlah RM500,000 sebagai ganti rugi teruk; ganti rugi kehilangan tanggungan (RM86,400); kos urusan pengebumian (RM3,000) dan kos mengeluarkan surat kuasa mentadbir (RM1,500) kepada kedua-dua plaintif.

Selain Visvanathan, plaintif turut diwakili G Subramanian Nair dan Ebrina Zubir, manakala defendan diwakili RS Pani dan Peguam Kanan Persekutuan, Kamal Azira Hassan mewakili Penjara Penor dan Kerajaan Malaysia.

Sepuluh defendan terbabit ialah Azhar Che Wil, Teyun Thian Em, Suhaimi Nordin, Mohamad Hamdan Mohd Yaakob, Ahmad Rizal Ab Halim, Ismail@Mat Daud Ideris (diwakili Amanah Raya Berhad sebagai pentadbir harta pusaka), Hamdan Mohamad, Mohd Rozi Abdul Hamid, Baharin Ab Ghani dan Zamarul Hafiz Shahbudin.
Plaintif turut menamakan Penguasa Penjara Penor, Kuantan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam kejadian pada 1 Mac 2004, Mohd Shukri yang ditahan reman di Penjara Penor kerana disyaki terbabit dengan kes berkaitan dadah, dikatakan cuba melarikan diri dari penjara tetapi berjaya ditangkap semula pihak defendan pada jam 4.45 petang.

Berikutan itu, Mohd Shukri dipukul pihak defendan ketika dibawa ke Zon Nenas berdekatan kuaters penjara, padang bola, pintu besar penjara dan lokap di bilik
Unit Keselamatan Penjara (UKP).

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke wad rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada 10 Mac 2004, jam 7.44 pagi.

Hasil laporan perubatan menunjukkan Mohd Shukri mengalami 25 kesan kecederaan pada seluruh anggota tubuhnya dan pendarahan dalaman termasuk otak, keretakan tulang muka dan abdomen.

Sementara itu, Rohani yang ditemui di luar pekarangan mahkamah bersyukur dengan keputusan itu walaupun terpaksa menunggu lebih tujuh tahun.

Saya bukan inginkan ganti rugi ini kerana nyawa anak saya tidak dapat diganti dengan wang ringgit tetapi apa yang lebih penting ialah keadilan berjaya ditegakkan.

Apa yang berlaku seharusnya menjadi teladan kepada pihak penjara bahawa mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Saya reda dengan apa yang berlaku tetapi kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan jika semua pihak menjalankan tanggungjawab dengan baik, katanya.

Rohani yang juga seorang suri rumah berkata, dia sanggup mengambil risiko menyaman kerajaan kerana percaya kepada sistem perundangan negara yang memberi keadilan kepada yang teraniaya
Gadis derita dijual & dilacurkan ibu tiri
Rabu, September 28, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Terseksa akibat dilacurkan ibu tiri sendiri, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menderita kesakitan di kemaluannya hingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan merayu doktor agar menyelamatkannya.

Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan mangsa ditahan di wad hospital berkenaan untuk rawatan susulan.

Bagaimanapun, belum sempat pihak berkuasa merakamkan percakapannya, mangsa menghilangkan diri, dipercayai dilarikan ibu tirinya.

Sumber polis berkata, mangsa yang tinggal bersama ibu tirinya berusia lewat 30-an selepas kematian bapa enam bulan lalu mendakwa dia dipaksa wanita itu melayan nafsu buas puluhan lelaki sejak lebih sebulan lalu.

Menurutnya, mangsa dipaksa melayan lelaki sama ada di rumahnya atau di hotel sekitar Lembah Klang mengikut permintaan pelanggan hingga dia menderita kesakitan di kemaluan
Apa Beza Mismah dan Cheng Eng Hock?
Selasa, September 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik: 
[TVS] SHAH ALAM 26 SEPT: PAS mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu Nismah Naim atau "Mismah" yang didakwa mendapat status Penduduk Tetap (PR) dalam masa kurang daripada satu tahun.

Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia beserta anak-anak berusia bawah enam (6) tahun dan telah menetap lima (5) tahun di negara ini secara berterusan bermula tarikh kelulusan Pas Lawatan (Sosial) layak memohon taraf penduduk tetap atau diistilahkan Permit Masuk mengikut Akta Imigresen.

Dalam kes seorang individu bernama Cheng Eng Hock pula, beliau terpaksa menunggu sehingga 40 tahun sehingga Januari 2011 untuk bergelar warganegara Malaysia.

Seorang lagi lelaki Ismail Baginda Enak dari Padang, Indonesia pernah memohon tiga kali untuk menjadi warganegara.

Beliau mengalami kesukaran untuk menghantar anak ke sekolah dan mendapat lesen memandu kerana tiada kad pengenalan biru.

Persoalan wujud tentang bagaimana Jabatan Imigresen Malaysia mematuhi peruntukan undang-undang memberi kerakyatan kepada warganegara asing.

Berdasarkan isu "Mismah", Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat dalam kenyataan media berkata wanita yang berasal dari kepulauan Bawean, Indonesia itu masuk ke Malaysia pada tahun 1982.

Walaubagaimana pun beliau didakwa memperolehi status PR pada 17 Julai tahun yang sama.

"Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR," beliau dipetik.

Nama Mismah hangat diperkatakan di seluruh negara apabila dikesan sebagai individu layak mengundi dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun memegang status PR.

Namun begitu selepas beberapa jam perkara tersebut didedahkan media, status Mismah di laman web JPN bertukar kepada warganegara dengan serta merta.

Perkara tersebut menjadi pertikaian apabila lebih ramai rakyat asing yang memegang status PR dikesan berdaftar sebagai pengundi.

Pelbagai respon yang diberikan JPN dan SPR yang rata-ratanya mengatakan data dalam sistem tidak dikemaskini termasuk "kesilapan teknikal".

Wujud dakwaan bahawa kerajaan dengan mudah memberi kerakyataan kepada warganegara asing untuk memelihara kesinambungan parti itu untuk terus memerintah.

Sehubungan dengan itu Suhaizan berkata "Mismah" secara jelas melanggar peraturan Akta Imigresen 1963 dan mendesak kesemua agensi kerajaan melibatkan pendaftaran warga asing diperjelaskan demi kepentingan negara.
Pelajar 16 tahun diperkosa 8 lelaki bergilir-gilir
Selasa, September 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai
Gambar hiasan

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelajar berusia 16 tahun berdepan detik ngeri apabila dirogol lapan lelaki tidak dikenali secara bergilir-gilir di Kampung Nelayan, Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalan pulang ke rumahnya selepas bersiar-siar seorang diri sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya menunggang motosikal.

Menurut sumber polis, mangsa bagai dipukau apabila hanya mengikut kehendak lelaki itu dan kemudian dibawa ke sebuah kedai makan. Sebaik selesai menikmati makan malam, mangsa dibawa ke sebuah rumah di kawasan berhampiran.

“Ketika itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar. Mangsa terkejut apabila melihat lapan lelaki mengelilinginya sebelum menyuruhnya membuka pakaian.

“Mangsa pada mulanya menolak pelawaan itu, namun akhirnya mengalah selepas diugut akan dicederakan,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir.

“Selepas selesai, salah seorang daripada mereka menghantar mangsa ke sebuah stesen minyak di Pendamar Indah Dua, kira-kira jam 2 pagi,” katanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian membuat laporan di Balai Polis Klang sejurus kejadian. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

P/s: Betul ke dipukau? atau...
Isu 'Hantu Bonceng' Selesai, Pemuda PAS Puas Hati
Selasa, September 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:
[Mstar] PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.

Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.
Gambar peragut dibelasah orang ramai
Selasa, September 27, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Saya petik:

[HM] JOHOR BAHRU: “Menyedari tindakan peragut saya memecut motosikal mengejarnya sebelum menendang motosikal lelaki itu dari belakang menyebabkan kami berdua jatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, peragut terbabit gagal bergerak kerana dihempap motosikalnya lalu saya mencapai beg tangan dan lari ke restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan,” kata mangsa ragut, Cindy Tan, 52, di Jalan Maju, Taman Pelangi, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang itu, Cindy menunggang motosikal Yamaha Ego berseorangan dalam perjalanan ke sebuah premis percetakan kad nama di lokasi berkenaan apabila menyedari diekori seorang lelaki yang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Menurut Cindy, setiba di lokasi kejadian lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri dan meragut beg tangannya yang diletak di dalam raga motosikal sebelum cuba melarikan diri.

“Saya tidak rela membiarkan wang diperoleh hasil kerja keras dirampas begitu saja oleh peragut dan kerana itu saya memberanikan diri melawan,” katanya yang bertugas sebagai jurujual barangan perubatan di sebuah syarikat swasta di Singapura.

Orang ramai yang melihat kejadian serta pelanggan restoran segera keluar dan menahan pemuda itu sebelum diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, sebelum itu, orang ramai yang berang dengan peragut terbabit bukan setakat mengikatnya malah turut ditumbuk serta ditendang hingga berdarah, Polis yang tiba tidak lama kemudian menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut.

Menurut Cindy, ia adalah pengalaman ragut kedua berlaku terhadapnya dengan kali pertama pada 2005 di Taman Megah Ria.

“Pengalaman pernah diragut ketika menunggang motosikal enam tahun lalu menyebabkan saya nekad mengejar peragut terbabit,” katanya.
Saya petik:
[SH] KUALA TERENGGANU - Walaupun menyedari bapa tirinya hanya bekerja sebagai nelayan dan tidak memiliki banyak wang, namun seorang gadis masih sanggup mencuri duit milik bapa tirinya semata-mata untuk ‘berjoli’ dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, tindakan gadis itu terbalas setelah dijatuhi hukuman tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Fieda Azwa Anual, 19, dari Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu mengaku bersalah mencuri wang tunai sejumlah RM1,900 milik bapa tirinya, Marzuki Rani, 50, pada 24 September lalu kira-kira jam 11 malam di rumahnya di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu.

Mengikut fakta kes, bapa tirinya hanya menyedari wang tunai RM1,900 yang disimpan di dalam rumah berkenaan hilang pada 21 September lalu kira-kira jam 11 malam, namun pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa.

Keesokan harinya iaitu 22 September, kira-kira jam 12.30 tengah hari, bapa tiri bersama ibu tertuduh telah keluar dari rumah dan pulang semula ke rumah kira-kira jam 1.30 petang dan mendapati tiga anaknya iaitu adik tiri tertuduh yang masih kecil ditinggalkan di rumah sepupunya.

Sepupunya memberitahu yang tertuduh telah lari dari rumah dan bapa tirinya mengesyaki tertuduh yang mencuri wangnya sejumlah RM1,900 itu.

Pada 24 September lalu, kira-kira jam 8 pagi, bapa tiri tertuduh bersama anggota polis telah membuat serbuan di tingkat tiga Hotel Terengganu, dan mendapati tertuduh ada bersama dengan seorang lelaki tidak dikenali, dipercayai teman lelakinya.

Setelah disiasat, didapati tertuduh telah menyewa hotel berkenaan dari 22 September hingga 23 September lalu dan apabila disoal siasat, dia mengakui telah mencuri wang tunai milik bapa tirinya itu.

Dengan itu, Fieda Azwa didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau kemudiannya hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Anak Dustan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Murid tahun 4 ketua penyamun
Isnin, September 26, 2011 | Author: Tuk Kiyai