Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

KU LI TETAP SETIA DENGAN UMNO

Label:

Ku Li tetap setia dengan umno walaupun beliau berbeza pendapat dengan pemimpin umno dalam banyak isu terutamanya isu royalti minyak Kelantan....

Itu lah Ku Li, insan berdarah raja tetapi berjiwa rakyat.

Beliau tidak rela menjadi pengkhianat kepada rakyat Kelantan seperti pemimpin umno Kelantan yang lain. Fakta dan kebenaran tentang royalti perlu dijelaskan kepada rakyat walaupun di atas pentas PAS.

Ku Li,
Umno sudah busuk....

MANGSA TEMBAKAN POLIS AKAN SERAH MEMO KEPADA MENTERI KDN

Label:

Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh (gambar) gagal menyerahkan memorandum menuntut penjelasan berhubung isu tembak itu daripada Kementeri Dalam Negeri kerana menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu pun timbalannya enggan menemui mangsa.

Sebaliknya hanya Setiausaha kanan kementerian berkenaan datang menemui mangsa sebagai wakil kepada menteri itu untuk menerima memorandum.
Tindakan itu ditolak Norizan dan akhirnya memutuskan untuk menghantar memorandum berkenaan di Parlimen 15 Mac ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, ADUN Teratai, Jenice Lee dan beberapa NGO.
SUMBER di sini.

Dari "Mahathir vs Abdullah" ke "Muhyiddin vs Najib"

Label:

Khabar mula tersebar bahawa Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddn Yassin sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melawan ketuanya, Najib Razak. Malah, analisis ahli akademik Greg Lopez menjangkakan bahawa "Najib yang baru memegang tampuk kuasa mulai April 2009, kini dalam bahaya gagal menyempurnakan tempoh satu penggal sebagai Perdana Menteri".

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang menghangatkan "bahang" apabila mencabar dan mendesak Muhyiddin (gambar kanan) untuk menyatakan pendirian sama ada mendukung gagasan "1Malaysia" oleh Najib, ataupun mewarisi legasi Mahathir Mohamad. Lantas Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan media, malah setiap gerak-gerinya bakal diteliti di bawah kanta pembesar, termasuk berapa kali beliau menyebut "1Malaysia" dalam ucapan selepas ini.

Kisah tikam-menikam antara ketua dengan timbalannya bukanlah sesuatu yang baru dalam politik. Ketua akan sentiasa mengawasi dan menyekat pengaruh timbalannya, di samping timbalannya pula akan menunggu dan mencari kesempatan untuk mengorak satu lagi langkah ke depan...

Persepsi terhadap Najib terlalu negatif

Sebelum Najib menjangkau kemuncak kuasa, tidak kurang desas-desus yang mengatakan bahawa beliau tidak akan dilantik sebagai PM Malaysia. Dari perhitungan politik Abdullah Ahmad Badawi, beliau tidak yakin bahawa Najib akan melindungi kepentingannya. Untuk sesetengah anggota UMNO pula, mereka khuatir bahawa Najib yang terjerat dengan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif mudah terdedah kepada serangan pembangkang. Dari segi moral, Najib dikaitkan oleh pembangkang dengan isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu; dari segi integriti pula, beliau tercalit dengan isu komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi.
Sekali imbas, zaman "reformasi" menjadikan Mahathir Mohamad sebagai ikon "zalim", "rasuah"; dan Abdullah Badawi pula disifatkan sebagai "lemah", "lambat" sebelum PRU ke-12. Pemimpin akar umbi mendapati diri mereka sukar untuk menangkis serangan sedemikian yang dilontarkan oleh pembangkang dalam ceramah politik. Maka, Najib yang sudah terpaut dengan persepsi negatif sebelum menjadi PM ini sebenarnya adalah beban dari kaca mata mereka.
Muhyiddin puas sekadar TPM?

Dalam situasi sedemikian, Muhyiddin Yassin menjadi calon PM yang boleh "dipertimbangkan." Lebih-lebih lagi, apabila Mahathir Mohamad sudah tidak sabar dengan Najib yang masih keraguan untuk mencabar Abdullah Badawi seketika dahulu, nama Muhyiddin pula digilap berkali-kali olehnya.

Gandingan pimpinan "Najib-Muhyiddin" hari ini sebenarnya terhasil daripada keberanian Muhyiddin Yassin untuk mendesak agar Abdullah Badawi berundur. Dari sudut ini, Najib boleh dikatakan mengecapi hasil daripada "risiko" yang ditanggung Muhyiddin setahun yang lalu.

Ironinya, jikalau dihitung dari segi umur pula, Najib menjadi tanda noktah kepada riwayat politik Muhyiddin Yassin di sebaliknya. Muhyiddin Yassin, 63, enam tahun lebih tua daripada Najib Razak. Dengan kata lain, semakin lama Najib kekal sebagai PM, semakin tipis peluang Muhyiddin menjadi penggantinya.

Seandainya Muhyiddin tidak puas sekadar menjadi TPM, maka beliau perlu bertindak untuk menyekat Najib, sekurang-kurangnya dalam tempoh tidak melebihi dua penggal. Dalam sistem politik Malaysia (buat setakat ini), sesiapa yang bertekad untuk menjadi PM wajib meraih sokongan UMNO terlebih dahulu.

Gelanggang silat politik di UMNO

Dan di situlah gelanggang silat politik antara Muhyiddin dengan Najib. Muhyiddin memiliki kelebihan dalam UMNO apabila tampil dengan imej pemimpin yang lantang bersuara dalam isu kepentingan Melayu dan Islam. Sebaliknya, Najib berada dalam gelanggang politik yang lebih luas, perlu mengambil kira tuntutan dan keperluan semua pihak.

Bertitik tolak daripada itu, "1Malaysia" dilaungkan untuk memikat undi semua kaum. Najib memainkan peranan untuk menunjukkan kepada masyarakat bukan Melayu-Islam dan pengundi bandar bahawa UMNO sedia berubah. Muhyiddin pula, sebaliknya memainkan peranan untuk meyakinkan masyarakat Melayu-Islam dan penyokong UMNO bahawa kepentingan Melayu dan Islam tidak terjejas berikutan "perubahan UMNO".

Pendekatan yang digunakan kedua-dua mereka sebenarnya tidak selari dan saling bercanggah. Dan di celah-celah inilah Lim Kit Siang menusuk jarumnya. Persoalannya mudah, apakah Muhyiddin sudah bersedia untuk menggulingkan Najib?

Proses menggulingkan Pak Lah

Persoalan ini semestinya mencungkil minat orang ramai jikalau dilontarkan. Tetapi, seandainya diimbas kembali proses menggulingkan PM kelima, Abdullah Badawi yang berakhir belum genap setahun, kita akan mendapati bahawa syarat yang ada pada Muhyiddin sebenarnya belum matang.

Mahathir melemparkan kritikan terbukanya terhadap Abdullah buat kali pertama pada 7 Jun 2006. Sekiranya dikira dari tarikh tersebut, proses penggulingan Abdullah Badawi sebenarnya mengambil masa lebih daripada dua tahun. Malah, mustahil Abdullah mengundur diri seandainya tidak berlaku tsunami politik pada 8 Mac 2008.

Dalam tempoh lebih daripada dua tahun ini, Mahathir menggunakan segala kritikan tajamnya, sindiran sinisnya, malah mengambil langkah drastik untuk keluar parti sebagai desakan terhadap Abdullah. Bahkan, rombakan semula puak-puak berkepentingan dalam UMNO, misalnya beberapa puak "anti-Pak Lah" bersatu untuk menyerang bersama Abdullah-Khairy, menjurus kepada pencapaian matlamat itu.

Kedudukan Abdullah tidak goyah seandainya hanya tekanan dari dalam parti. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan melalui media internet terhadap saham dan harta yang dimiliki keluarganya, serangan Mahathir sehabis-habisnya gagal menjatuhkan Abdullah dari tempatnya, sebelum PRU ke-12.

Hanya apabila tsunami politik mengombak pada 8 Mac 2008, barulah arus tekanan dalam parti semakin menderas. Biarpun begitu, Abdullah (gambar kanan) masih mampu bertahan pada tempatnya, sehingga kekalahan besar UMNO-BN dalam PRK Permatang Pauh pada Ogos 2008.

Natijah pergelutan UMNO

Melaga-lagakan musuh politik bukanlah taktik baru, malah sudah berkali-kali pemimpin PAS dilagakan apabila pemimpin PKR mahupun DAP mengambil pendekatan yang kelihatan tidak selari dengan apa yang dihujahkan PAS secara tradisionalnya. Jelas, Muhyiddin belum memiliki syarat-syarat seperti di atas untuk menamatkan riwayat politik Najib.

Namun, persoalan yang lebih penting, apakah natijahnya daripada pergelutan kuasa dalam UMNO? Apakah masyarakat Malaysia perlu mengulangi satu proses yang sama, kembali kepada titik asal setelah habisnya satu putaran di bulatan politik?

Ketika Mahathir melawan Abdullah Badawi melalui Najib, Abdullah ditampilkan oleh pembangkang sebagai pemimpin yang cuba membawa perubahan kepada UMNO, sementara Najib ditonjolkan pula sebagai pendukung Mahathirisme.

Tetapi, apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa, beliau pula ditonjolkan sebagai pemimpin yang bertekad membawa perubahan kepada UMNO, di samping Muhyiddin Yassin memainkan peranan sebagai batu penghalang perubahan, kini dituduh sebagai pewaris legasi Mahathir.

Mungkin ada yang mendakwa bahawa "perubahan" yang dibawa oleh Abdullah Badawi, walaupun tidak mendatangkan hasil yang jelas, tetapi setidak-tidaknya membuka sedikit ruang, yang akhirnya menjurus kepada tsunami politik. Pertarungan antara Mahathir dengan Abdullah, walaupun berkisarkan perebutan kuasa dan kepentingan, tetapi membuka ruang kebebasan bersuara secara tidak sengaja. Pertarungan itu memperlihatkan bagaimana Mahathir yang mencabul kebebasan bersuara semasa pemerintahannya, akhirnya memilih media internet untuk membalas serangan daripada media arus perdana yang dikuasai Abdullah.

Namun demikian, jika dilihat kepada "pergelutan" yang ada sekarang, masyarakat kita sebenarnya tidak dimanfaatkan. Menjuarai isu perkauman dan agama telah memberi laluan kepada pencerobohan rumah ibadat, peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam tempoh puluhan tahun kebelakangan.

Malah, apakah ruang kebebasan dan demokrasi terbuka luas kerana "pergelutan", atau "ketidak-selarian" antara orang nombor pertama dan kedua dalam negara ini? Apakah "rasuah", "kebebasan", "demokrasi", "keadilan" dibangkitkan sebagai isu, untuk menyelesaikan masalah Malaysia pada hari ini?

Jawapannya amatlah jelas. Cuma, mengapa ghairah sangat untuk berputar-putar di bulatan politik yang sama?

SUMBER di sini.

ASAM JAWA KEPALA BIAWAK....PERH...

Label:

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

SUMBER di sini.

KOPITIAM CAMPURKAN ARAK UNTUK SEDAPKAN MASAKAN

Label:

TOK KIYAI: Kepada sesiapa yang suka sangat menjamu selera dekat kopitiam, sendiri mau ingatlah dengan berita di bawah ini. Takut-takut masakan yang anda makan dicampur dengan air setan walaupun ada logo halal di premis mereka. Na'uzubillah...

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopitiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.

“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.

“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo!.

SUMBER di sini.

MASYARAKAT ANTARABANGSA TOLAK KONSPIRASI KE-2 TERHADAP ANWAR IBRAHIM

Label:

GELOMBANG antarabangsa untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka semakin rancak apabila lebih ramai ahli parlimen negara luar membantah secara rasmi pertuduhan fitnah liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Setakat ini, ulama tersohor antarabangsa, pemimpin kerajaan di Turki dan beberapa negara Islam lain serta wakil parlimen di Australia dan senator Amerika Syarikat telah menyuarakan rasa kesal atas perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Australia, Michael Danby yang mengetuai petisen 50 wakil parlimen, yakin lebih banyak negara dan pertubuhan antarabangsa akan membuat pendirian terbuka menyokong Anwar.

"Saya maklum Jabatan Negara Amerika telah melahirkan kebimbangan mereka… dan ramai lagi wakil badan legislatif di rantau ini yang telah menyatakan minat untuk mengikut langkah ahli Parlimen Australia," beliau memberitahu Suara Keadilan.

Danby berkata, masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya amat mengambil berat dan bimbang terhadap tuduhan tidak berasas ke atas Anwar yang beliau sifatkan sebagai seorang tokoh dunia yang penting.

Danby berkata, bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengadakan pertemuan dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis adalah cukup untuk sesiapa sahaja mencurigai kewibawaan pertuduhan
terhadap Anwar.

Di Jakarta, pejuang hak asasi dan bekas Penasihat Presiden Indonesia Dr Adnan Buyong Nasution akan menerajui kempen ‘Keadilan Untuk Anwar’ peringkat Asia Tenggara.

Antara lain kempen itu akan mengumpulkan satu juta tanda tangan bagi mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan fitnah terhadap Anwar.

"Pilihan Dr Adnan Buyong Nasution untuk mempelopori inisiatif ini pada peringkat ASEAN, adalah tepat kerana beliau merupakan peguam hak asasi manusia yang terkemuka," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin.

Dr Adnan akan dibantu oleh kumpulan anak muda dan golongan belia Indonesia yang aktif dalam perjuangan hak asasi.

"Beliau yakin umat Islam Indonesia seramai 220 juta akan teguh berdiri di belakang Datuk Seri Anwar kerana mereka percaya tuduhan ke atas beliau adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali," kata Shamsul.

Shamsul berkata, kempen ‘Keadilan Bagi Anwar’ akan diperhebatkan lagi sempena lawatan rasmi Presiden Barack Obama ke Indonesia pada Mac depan bagi mengeratkan hubungan dua hala AS-Indonesia.

Ini termasuk menyampaikan petisen kepada Presiden Obama bagi mendesak agar pentadbiran Amerika memberi tekanan kepada Malaysia supaya pertuduhan jahat terhadap Anwar digugurkan.

SUMBER di sini.

HARGA MINYAK AKAN NAIK LAGI MAC INI?

Label:

Dikatakan pada 1 Mei ini, dua harga berbeza bagi minyak petrol akan diumumkan, tetapi belum sempat ke tarikh tersebut, akan keluar satu pengumuman yang mengatakan harga minyak di Malaysia akan naik pada Mac 2010 ini.

Adakah kerajaan ada bertanya golongan berpendapatan rendah tentang hasrat kerajaan untuk menaikkan harga petrol selepas ini?

Golongan manakah yang bersetuju dengan tindakan kerajaan ini?

Kalau negara Congo yang kering minyak, sangat munasabah jika harga minyak di sana mesti mengikut harga minyak dunia. Suka atau tidak. Itulah realitinya. Bagaimana pula dengan Malaysia? Negara yang basah dengan hasil kekayaan minyak, teruk sangatkah terkesannya?

Mungkinkah kerajaan Malaysia sudah kekurangan dana sekarang ini?

Apabila berlaku kenaikan, Kerajaan pasti akan memberikan alasan kononnya untuk menampung subsidi. Pelik bin ajaib……Sepatutnya setiap satu dollar yang naik bagi harga setong minyak dunia, Malaysia akan mampu mendapat pulangan ratusan juta ringgit. Ini, terbalik pula, kerajaan rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak dunia.

[The Sun] KUALA LUMPUR : The government is expected to announce a price increase of 10sen a litre for RON95 petrol and diesel when the new fuel price mechanism is revealed in mid-March. The price of RON97 will also be increased but there is no decision yet on the quantum.
RON95 is currently retailed at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively.

Finance Ministry sources said the government has decided to raise fuel prices as it cannot provide more subsidy needed to maintain fuel prices at current levels following a spike in global crude oil prices.

The government believes an increase of 10sen a litre is acceptable to the public.

The sources also told the daily the government has yet to come up with a fuel price mechanism that is acceptable to all quarters, and as a result it may put off or may even be forced to abandon some new measures that are already in the pipeline.

“Plans were afoot for the registration of vehicle owners and their MyKad through Maybank and petrol kiosks to begin in April under the proposed ‘one vehicle owner, one subsidy’ fuel subsidy mechanism. It looks like the plan may not take off.”

The sources said the cap on selling 20 litres of petrol to foreign cars near Malaysian borders will continue to be implemented.

Meanwhile, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman believes that foreign car owners will pay the market price when the new fuel price mechanism is introduced next month.

He said the government’s main intention is to provide subsidy to those who qualify for it, to protect the interest of the lower and middle-income groups as well as save on expenditures.

INGKAR PERINTAH: RAJA PEREMPUAN KELANTAN DIPERINTAH HADIR KE MAHKAMAH

Label:

KOTA BHARU - Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid adalah antara tiga responden yang diperintahkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 7 Mac depan.

Perintah tersebut dibuat atas alasan tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah yang membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.

Dalam perintah tersebut, isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, telah mendapat perintah hak giliran eksklusif bersama Sultan Kelantan selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul tujuh pagi sehingga Isnin waktu yang sama.
Bagaimanapun, perintah tersebut didakwa tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama iaitu Raja Perempuan Kelantan.

Hakim Mahkamah Syariah, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar mahkamah selepas mendengar permohonan interlokutori atau permohonan dalam permohonan oleh Elia Suhana bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini semalam.

SUMBER di sini.

ISTERI ADUN PELABUHAN KLANG TUNTUT FASAKH

Label:

Ramizah Mazlan, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujui bersama.

Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman. Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan

Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.

Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan. Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.

Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN).
SUMBER di sini.

SAYA AKAN BAWA NAJIB DAN ROSMAH KE MAHKAMAH - ANWAR IBRAHIM

Label:

Machang Bubuk, Bukit Mertajam- Sewaktu berucap dalam majlis jamuan Gong Xi Fa Chai di bawah ADUN Machang Bubuk YB Tan Hogk Leong, DSAI berkata bahawa beliau akan membawa Najib dan Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kerana mungkin beliau mengetahui banyak perkara mengenai Saiful.

"Saya sedang berbincang dengan peguam saya Karpal Singh dan kita akan membawa perkara ini ke mahkamah" demikian jelas beliau dalam ceramah di majlis tersebut. Kenyataan beliau kemudiannya di sambut dengan tepukan lebih 3000 hadirin yang meraikan sambutan tahun baru cina tersebut.

Sementara itu, majlis yang dihadiri semua wakil Pakatan Rakyat termasuk YB Sallehman itu juga, menerima kunjungan YB Lim Guan Eng dan sempat berucap.
Anwar dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa selagi rakyat di belakang Pakatan Rakyat, kerajaan BN akan tumbang.
"Jika rakyat bersama kita (PR) BN tidak akan berupaya untuk mengambilalih negeri yang kita jaga, dan rakyat tahu apa yang wakil kita lakukan. Biarkan mereka melakukan apa sahaja fitnah, namun yang pentingnya rakyat mesti tahu apa yang kita buat dan tidak menganiaya rakyat yang selama ini di tindas mereka. Sama ada saya berada di luar penjara atau saya berada di dalam penjara, perjuangan kita membantu rakyat harus di teruskan" demikian jelas beliau dengan tepukan dan laungan sokongan dari hadirin yang hadir.

Beliau juga menjelaskan bahawa ekonomi Malaysia kini berada jauh terkebelakang berbanding jiran-jiran Asean yang lain. "Kita lebih bawah dari Singapura, Thailand, kita terkebelakang dari Indonesia dan Vietnam. Yang sama dengan kita ialah Bura dan Zimbabwe." disambut gelak ketawa orang ramai yang hadir.

Umno kata beliau akan tetap ditolak rakyat selagi masalah korupsi dan juga onar yang mereka sering lakukan. Mereka banyak bermain dengan isu yang tidak benar dan inilah yang akan memerangkap mereka. Jika perkara benar mereka tipu, maka jangan percaya kepada perkara lain yang jiga akan mereka tipu rakyat.

"Saya percaya bahawa selagi wakil kita telus dan berkhidmat untuk membantu rakyat, dan biarlah yang lainnya lari meninggalkan kita, saya percaya kita akan tetap menjadi pilihan rakyat. BN dan umno akhirnya akan di tolak rakyat yang kini hanya menunggu masa yang sesuai. Biar saya terpenjara sekali pun jika rakyat menyatakan bahwa mereka tidak mahukan umno, maka kita akan ke Putarajaya juga" demikian jelas beliau lagi.

DSAI dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang dan menghadiri jamuan tahun baru cina dan juga melawat beberapa program yang dianjurkan rakyat di sekitar Bukit Mertajam.

SUMBER di sini.

PEMUDA UMNO SEMAKIN KABUR HALA TUJU, PEMIMPIN KAYA-RAYA JUAL PROJEK

Label:

KUALA TERENGGANU – Halatuju Pemuda UMNO negeri Terengganu semakin kabur kerana didakwa semakin hilang sokongan dari anak-anak muda negeri ini.

Manakala pemimpinnya sibuk meraih laba jutaan ringgit dengan melobi tender kerajaan, dan menjual tender tersebut

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu, Fariz Musa berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin.

”Sebenarnya halatuju Pemuda UMNO yang semakin kabur dan memperlihatkan kelembapan dan kecelaruan halatuju yang sudah kehilangan sokongan anak-anak muda Terengganu, sehingga terpaksa menggunakan wang untuk meraih sokongan,”Ujar Fariz dalam satu sidang media, disini, hari ini 20 Februari.

Menurutnya, kenyataan Saiful membuktikan Pemuda UMNO semakin tertekan dengan peningkatan sokongan anak-anak muda Terengganu kepada parti-parti Pakatan Rakyat.

Katanya, dalam keadaan rakyat menghadapi masalah kehidupan seharian yang semakin rumit, pemimpin pemuda Umno sibuk mengumpul harta.

”Rakyat menghadapi masalah kenaikan harga barang keperluan harian, harga gula, harga sayur, beras dan roti naik,

”yuran sekolah meningkat, dan ahli-ahli pemuda Umno sendiri ramai yang menganggur, samada dibuang kerja atau gagal mendapat sebarang pekerjaan,” kata Fariz.

Dalam masa yang sama, pemimpin Umno terus hidup bermewah-mewah, meraih laba dengan mendapat tender kerajaan, dan ‘untung atas angin’ jutaan ringgit dengan menjual tender tersebut.

”Hala tuju apa yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO? Adakah hala tuju mendapatkan projek-projek bernilai ratusan jutaan ringgit ? adakah hala tuju sekadar mengula-gula atau merasuah anak-anak muda Terengganu dengan Dana Remaja RM200 – RM300?,

”Halatuju apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO apabila laporan Ketua Audit Negara 2008 membuktikan penyelewengan wang rakyat , pembaziran wang rakyat dan salah guna kuasa pentadbiran kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu?,” soal Fariz.

Justeru, beliau mendesak Ketua Pemuda Umno Terengganu, menjelaskan kepentingannya dalam syarikat MZ Hakujaya Sdn. Bhd. yang mendapat dua projek kerajaan bernilai ratusan juta.

”Saya mencabar Saudara Saiful Bahari, Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu menjelaskan kepentingan beliau dalam MZ Hakujaya Sdn. Bhd. terhadap projek runding terus membina jalan dari Kampun Jeram ke Bukit Guntung dan projek membina sekolah di kampong Tok Jiring, Kuala Nerus,” tegas Fariz.

Beliau menolak kenyataan Saiful, yang mendakwa AMK tidak ada halatuju yang jelas dan turut mencabar untuk menyelesaikannya diantas pentas debat, supaya rakyat terbanyak dapat membuat penilaian.

“Saya juga mencabar Saiful Bahari, untuk berdebat atas pentas, secara terbuka atas tajuk yang didakwa beliau, samada AMK atau Pemuda Umno yang perlu dibubarkan,

”biar rakyat menilai, siapa sebenarnya yang telah hilang halatuju dan siapa yang menjadi pengkhianat kepada orang Melayu Terengganu,” kata Fariz yang menyatakan kesediaannya, pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja.

Fariz berkata beliau memberikan tempoh selama 7 hari kepada Saiful untuk menjawab dan menyahut cabarannya .

”Sekiranya beliau tidak menjawab dan meyahut cabaran saya , saya akan meyediakan gelanggang pedebatan dan akan menetapkan tarikh dan masanya untuk beliau hadir,” katanya lagi.

SUMBER di sini.
KU LI TETAP SETIA DENGAN UMNO
Sabtu, Februari 27, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Ku Li tetap setia dengan umno walaupun beliau berbeza pendapat dengan pemimpin umno dalam banyak isu terutamanya isu royalti minyak Kelantan....

Itu lah Ku Li, insan berdarah raja tetapi berjiwa rakyat.

Beliau tidak rela menjadi pengkhianat kepada rakyat Kelantan seperti pemimpin umno Kelantan yang lain. Fakta dan kebenaran tentang royalti perlu dijelaskan kepada rakyat walaupun di atas pentas PAS.

Ku Li,
Umno sudah busuk....

MANGSA TEMBAKAN POLIS AKAN SERAH MEMO KEPADA MENTERI KDN
Khamis, Februari 25, 2010 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Februari 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai

JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi, ibu kepada dua anak itu, Noraizun Razali, 24, terkejut apabila asam jawa yang diramas dalam bekas plastik mengandungi objek keras dan kasar.

Menurut Noraizun, dia langsung tidak menyangka ketulan asam jawa itu adalah kepala haiwan berkenaan yang sepanjang lima sentimeter kerana ketika mengeluarkannya daripada plastik ia diambil dalam bentuk ketulan seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya, ketika menggaul dan meramas asam jawa yang dicampur dengan air, baru dia perasan objek itu keras dan tidak dapat dipisahkan.

“Sekali lihat ia mempunyai muncung tajam dan saya ingatkan ia kepala ular kerana melihat keadaan kulitnya bersisik dan kelihatan giginya yang halus.

“Saya terus melepaskan objek itu dan memanggil jiran bagi memastikan apa benda yang ada dalam asam jawa berkenaan.

“Apabila mereka datang, kebanyakannya mengandaikan ia kepala ular kerana bentuk kepalanya leper dan mempunyai muncung tajam dan bentuk fizikalnya kelihatan jelas walaupun berlumuran dengan asam jawa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Kemendor, dekat sini, semalam.

Noraizun berkata, kepala haiwan berkenaan hanya dapat dilihat dengan jelas apabila ia dibasuh oleh seorang jirannya dan ketika itulah ia baru kelihatan menyerupai biawak.

Dakwanya, kulit binatang itu masih kelihatan elok walaupun bola matanya tiada lagi dan lebihan bahagian dalaman badan haiwan berkenaan yang terputus masih lagi ada.

Katanya, berdasarkan alamat pengeluar bahan makanan mentah itu ia dikeluarkan sebuah syarikat tempatan di Ipoh, Perak.

“Saya juga akan buat laporan kepada Jabatan Kesihatan (negeri) dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat yang mengeluarkan asam jawa berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, wanita terbabit perlu membuat aduan kepada pihaknya bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

SUMBER di sini.
KOPITIAM CAMPURKAN ARAK UNTUK SEDAPKAN MASAKAN
Rabu, Februari 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai
TOK KIYAI: Kepada sesiapa yang suka sangat menjamu selera dekat kopitiam, sendiri mau ingatlah dengan berita di bawah ini. Takut-takut masakan yang anda makan dicampur dengan air setan walaupun ada logo halal di premis mereka. Na'uzubillah...

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopitiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.

“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.

“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo!.

SUMBER di sini.

MASYARAKAT ANTARABANGSA TOLAK KONSPIRASI KE-2 TERHADAP ANWAR IBRAHIM
Rabu, Februari 24, 2010 | Author: Tuk Kiyai
GELOMBANG antarabangsa untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka semakin rancak apabila lebih ramai ahli parlimen negara luar membantah secara rasmi pertuduhan fitnah liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Setakat ini, ulama tersohor antarabangsa, pemimpin kerajaan di Turki dan beberapa negara Islam lain serta wakil parlimen di Australia dan senator Amerika Syarikat telah menyuarakan rasa kesal atas perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Australia, Michael Danby yang mengetuai petisen 50 wakil parlimen, yakin lebih banyak negara dan pertubuhan antarabangsa akan membuat pendirian terbuka menyokong Anwar.

"Saya maklum Jabatan Negara Amerika telah melahirkan kebimbangan mereka… dan ramai lagi wakil badan legislatif di rantau ini yang telah menyatakan minat untuk mengikut langkah ahli Parlimen Australia," beliau memberitahu Suara Keadilan.

Danby berkata, masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya amat mengambil berat dan bimbang terhadap tuduhan tidak berasas ke atas Anwar yang beliau sifatkan sebagai seorang tokoh dunia yang penting.

Danby berkata, bukti bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengadakan pertemuan dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis adalah cukup untuk sesiapa sahaja mencurigai kewibawaan pertuduhan
terhadap Anwar.

Di Jakarta, pejuang hak asasi dan bekas Penasihat Presiden Indonesia Dr Adnan Buyong Nasution akan menerajui kempen ‘Keadilan Untuk Anwar’ peringkat Asia Tenggara.

Antara lain kempen itu akan mengumpulkan satu juta tanda tangan bagi mendesak Kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan fitnah terhadap Anwar.

"Pilihan Dr Adnan Buyong Nasution untuk mempelopori inisiatif ini pada peringkat ASEAN, adalah tepat kerana beliau merupakan peguam hak asasi manusia yang terkemuka," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin.

Dr Adnan akan dibantu oleh kumpulan anak muda dan golongan belia Indonesia yang aktif dalam perjuangan hak asasi.

"Beliau yakin umat Islam Indonesia seramai 220 juta akan teguh berdiri di belakang Datuk Seri Anwar kerana mereka percaya tuduhan ke atas beliau adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali," kata Shamsul.

Shamsul berkata, kempen ‘Keadilan Bagi Anwar’ akan diperhebatkan lagi sempena lawatan rasmi Presiden Barack Obama ke Indonesia pada Mac depan bagi mengeratkan hubungan dua hala AS-Indonesia.

Ini termasuk menyampaikan petisen kepada Presiden Obama bagi mendesak agar pentadbiran Amerika memberi tekanan kepada Malaysia supaya pertuduhan jahat terhadap Anwar digugurkan.

SUMBER di sini.

HARGA MINYAK AKAN NAIK LAGI MAC INI?
Selasa, Februari 23, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Dikatakan pada 1 Mei ini, dua harga berbeza bagi minyak petrol akan diumumkan, tetapi belum sempat ke tarikh tersebut, akan keluar satu pengumuman yang mengatakan harga minyak di Malaysia akan naik pada Mac 2010 ini.

Adakah kerajaan ada bertanya golongan berpendapatan rendah tentang hasrat kerajaan untuk menaikkan harga petrol selepas ini?

Golongan manakah yang bersetuju dengan tindakan kerajaan ini?

Kalau negara Congo yang kering minyak, sangat munasabah jika harga minyak di sana mesti mengikut harga minyak dunia. Suka atau tidak. Itulah realitinya. Bagaimana pula dengan Malaysia? Negara yang basah dengan hasil kekayaan minyak, teruk sangatkah terkesannya?

Mungkinkah kerajaan Malaysia sudah kekurangan dana sekarang ini?

Apabila berlaku kenaikan, Kerajaan pasti akan memberikan alasan kononnya untuk menampung subsidi. Pelik bin ajaib……Sepatutnya setiap satu dollar yang naik bagi harga setong minyak dunia, Malaysia akan mampu mendapat pulangan ratusan juta ringgit. Ini, terbalik pula, kerajaan rasa tertekan dengan kenaikan harga minyak dunia.

[The Sun] KUALA LUMPUR : The government is expected to announce a price increase of 10sen a litre for RON95 petrol and diesel when the new fuel price mechanism is revealed in mid-March. The price of RON97 will also be increased but there is no decision yet on the quantum.
RON95 is currently retailed at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively.

Finance Ministry sources said the government has decided to raise fuel prices as it cannot provide more subsidy needed to maintain fuel prices at current levels following a spike in global crude oil prices.

The government believes an increase of 10sen a litre is acceptable to the public.

The sources also told the daily the government has yet to come up with a fuel price mechanism that is acceptable to all quarters, and as a result it may put off or may even be forced to abandon some new measures that are already in the pipeline.

“Plans were afoot for the registration of vehicle owners and their MyKad through Maybank and petrol kiosks to begin in April under the proposed ‘one vehicle owner, one subsidy’ fuel subsidy mechanism. It looks like the plan may not take off.”

The sources said the cap on selling 20 litres of petrol to foreign cars near Malaysian borders will continue to be implemented.

Meanwhile, Petrol Dealers Association of Malaysia president Datuk Hashim Othman believes that foreign car owners will pay the market price when the new fuel price mechanism is introduced next month.

He said the government’s main intention is to provide subsidy to those who qualify for it, to protect the interest of the lower and middle-income groups as well as save on expenditures.
INGKAR PERINTAH: RAJA PEREMPUAN KELANTAN DIPERINTAH HADIR KE MAHKAMAH
Isnin, Februari 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
KOTA BHARU - Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid adalah antara tiga responden yang diperintahkan hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 7 Mac depan.

Perintah tersebut dibuat atas alasan tunjuk sebab kerana mengingkari perintah mahkamah yang membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.

Dalam perintah tersebut, isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana Ahmad, 31, telah mendapat perintah hak giliran eksklusif bersama Sultan Kelantan selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul tujuh pagi sehingga Isnin waktu yang sama.
Bagaimanapun, perintah tersebut didakwa tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama iaitu Raja Perempuan Kelantan.

Hakim Mahkamah Syariah, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar mahkamah selepas mendengar permohonan interlokutori atau permohonan dalam permohonan oleh Elia Suhana bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini semalam.

SUMBER di sini.
ISTERI ADUN PELABUHAN KLANG TUNTUT FASAKH
Isnin, Februari 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Ramizah Mazlan, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujui bersama.

Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman. Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan

Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.

Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan. Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.

Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN).
SUMBER di sini.
SAYA AKAN BAWA NAJIB DAN ROSMAH KE MAHKAMAH - ANWAR IBRAHIM
Isnin, Februari 22, 2010 | Author: Tuk Kiyai
Machang Bubuk, Bukit Mertajam- Sewaktu berucap dalam majlis jamuan Gong Xi Fa Chai di bawah ADUN Machang Bubuk YB Tan Hogk Leong, DSAI berkata bahawa beliau akan membawa Najib dan Rosmah ke mahkamah sebagai saksi kerana mungkin beliau mengetahui banyak perkara mengenai Saiful.

"Saya sedang berbincang dengan peguam saya Karpal Singh dan kita akan membawa perkara ini ke mahkamah" demikian jelas beliau dalam ceramah di majlis tersebut. Kenyataan beliau kemudiannya di sambut dengan tepukan lebih 3000 hadirin yang meraikan sambutan tahun baru cina tersebut.

Sementara itu, majlis yang dihadiri semua wakil Pakatan Rakyat termasuk YB Sallehman itu juga, menerima kunjungan YB Lim Guan Eng dan sempat berucap.
Anwar dalam masa yang sama juga menjelaskan bahawa selagi rakyat di belakang Pakatan Rakyat, kerajaan BN akan tumbang.
"Jika rakyat bersama kita (PR) BN tidak akan berupaya untuk mengambilalih negeri yang kita jaga, dan rakyat tahu apa yang wakil kita lakukan. Biarkan mereka melakukan apa sahaja fitnah, namun yang pentingnya rakyat mesti tahu apa yang kita buat dan tidak menganiaya rakyat yang selama ini di tindas mereka. Sama ada saya berada di luar penjara atau saya berada di dalam penjara, perjuangan kita membantu rakyat harus di teruskan" demikian jelas beliau dengan tepukan dan laungan sokongan dari hadirin yang hadir.

Beliau juga menjelaskan bahawa ekonomi Malaysia kini berada jauh terkebelakang berbanding jiran-jiran Asean yang lain. "Kita lebih bawah dari Singapura, Thailand, kita terkebelakang dari Indonesia dan Vietnam. Yang sama dengan kita ialah Bura dan Zimbabwe." disambut gelak ketawa orang ramai yang hadir.

Umno kata beliau akan tetap ditolak rakyat selagi masalah korupsi dan juga onar yang mereka sering lakukan. Mereka banyak bermain dengan isu yang tidak benar dan inilah yang akan memerangkap mereka. Jika perkara benar mereka tipu, maka jangan percaya kepada perkara lain yang jiga akan mereka tipu rakyat.

"Saya percaya bahawa selagi wakil kita telus dan berkhidmat untuk membantu rakyat, dan biarlah yang lainnya lari meninggalkan kita, saya percaya kita akan tetap menjadi pilihan rakyat. BN dan umno akhirnya akan di tolak rakyat yang kini hanya menunggu masa yang sesuai. Biar saya terpenjara sekali pun jika rakyat menyatakan bahwa mereka tidak mahukan umno, maka kita akan ke Putarajaya juga" demikian jelas beliau lagi.

DSAI dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang dan menghadiri jamuan tahun baru cina dan juga melawat beberapa program yang dianjurkan rakyat di sekitar Bukit Mertajam.

SUMBER di sini.
PEMUDA UMNO SEMAKIN KABUR HALA TUJU, PEMIMPIN KAYA-RAYA JUAL PROJEK
Ahad, Februari 21, 2010 | Author: Tuk Kiyai