Klik "LIKE" jika suka TUK KIYAI: ISU SEMASA

Klik "IKUT" untuk teman TUK KIYAI

Sembang & Pesanan

http://tokkiyai.freeshoutbox.net/

Berita susulan wanita dirogol, disamun dan disimbah asid

Label:

Angkara bekas suami?

KUALA LUMPUR: Lelaki bertopeng yang merogol, menyamun dan menyimbah sejenis cecair ke atas seorang wanita ketika hendak berbuka puasa di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, dua hari lalu, disyaki bekas suami mangsa sendiri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam berkata, bekas suami mangsa ditahan ketika menziarahi bekas isterinya itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa jam selepas kejadian.

Katanya, hasil soal siasat, lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dipercayai bermotifkan dendam akibat masalah rumah tangga mereka. Pasangan itu bercerai setahun lalu.

“Wanita berusia 32 tahun itu tinggal bersendirian dan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia tiga hingga 11 tahun yang berada dalam jagaan bekas suaminya.

“Siasatan lanjut ke atas cecair yang digunakan untuk menyimbah muka mangsa didapati sejenis bahan peluntur,” katanya.

Katanya, polis turut menjumpai rantai leher milik mangsa yang dicuri lelaki terbabit ketika dia ditahan.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita yang baru pulang ke rumahnya selepas membeli juadah berbuka di bazar Ramadan di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, dirogol, disamun dan disimbah sejenis cecair oleh seorang lelaki bertopeng.

Difahamkan, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki sudah menceroboh masuk dan bersembunyi.

Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya. Selepas ditinggalkan dalam keadaan kesakitan mangsa menjerit meminta pertolongan dan jeritannya didengari jiran yang kemudian membawanya ke HKL. -hmetro

Yusry KRU, Lisa naik pelamin 2012

Label:

Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.  -BH
Tahniah!!! Sama cantik sama padan...

Bekas komando TUDM pula dedah cara penipuan undi pos. BN patut malu...

Label:

BUTTERWORTH, 12 Ogos: "Saya berani tanggung risiko kerana menegakkan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar (gambar) yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.

Najib, Rosmah muncul di mahkamah secara senyap dan sembunyi, tapi enggan jadi saksi

Label:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akhirnya hadir ke mahkamah tetapi enggan memberikan kerjasama untuk ditemubual peguam Anwar.

Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

“Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

“Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi),” kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.

Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.

“Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.

“Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual,” kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.

Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.

Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.

Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.

“Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian,” kata Karpal. - keadilanDaily

P/s: Mengapa takut sangat jadi saksi? Adakah mereka takut  untuk menjawab soalan-soalan MAUT daripada peguam Anwar? 

Pelajar tidak tahan diliwat guru lapor polis

Label:

GURU sebuah sekolah berasrama di Batu Rakit ketika di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Mangsa tinggal di asrama sering diajak ke kuarters

KUALA TERENGGANU: Tidak tahan terus menjadi mangsa liwat gurunya sejak beberapa bulan lalu, seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah berasrama di Batu Rakit di sini, membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit di sini, petang kelmarin.

Pelajar berusia 13 tahun yang tinggal di asrama sekolah itu dikatakan sering diajak guru berusia 41 tahun itu ke rumahnya di kuarters guru dalam kawasan sekolah untuk diliwat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata pelajar itu mendakwa menjadi mangsa liwat guru yang berasal dari bandar raya ini antara Mac hingga Jun lalu.

“Mangsa mendakwa diliwat tiga kali oleh guru itu antara Mac hingga Jun lalu di rumah guru itu yang terletak dalam kawasan sekolah.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa, polis menahan suspek yang sudah berkahwin di rumahnya jam 4 pagi semalam dan kini direman empat hari.

“Kita menyiasat kemungkinan ada pelajar lain menjadi mangsa kerakusan nafsu guru itu,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Manoharan berkata, pelajar itu yang dikatakan berasal dari bandar raya ini dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377 C kerana melakukan seks luar tabii yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mismah akhirnya ditemui media

Label:

Seorang warganegara baru Mismah - yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam - akhirnya ditemui media.

Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita asal Bawaen, Indonesia yang pada mulanya keberatan untuk ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan mendapat kerakyatan pintu belakang itu.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu menunjukkannya mempunyai kewarganegaraan negara ini. -m'kini

Warga emas dituduh perkosa kanak-kanak: Insaflah pak cik

Label:

(Gambar hiasan)

KOTA BHARU: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang mengalami masalah kesihatan, termasuk darah tinggi, bernasib baik tidak menghabiskan bulan Ramadan ini di penjara apabila dibenarkan diikat jamin selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, 27 Julai lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal L Saleh, membenarkan tertuduh, Mat Amin Hussin yang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan, diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selepas mengambil kira faktor usia tertuduh.

Dalam prosiding semalam, Zainal berkata, tertuduh dan ahli keluarga serta rakannya tidak dibenarkan menghampiri atau mengganggu mangsa.

“Dalam kebanyakan kes rogol, saya jarang membenarkan orang yang kena tuduh dikenakan jaminan, namun mengambil kira kepada fakta usia, saya membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula 15 September depan.

“(Bagaimanapun), jika ada sebarang gangguan terhadap mangsa yang tinggal sekampung dengan tertuduh, jaminan itu akan dibatalkan serta-merta dan tertuduh akan ditempatkan di penjara sehingga kes ini selesai,” katanya.

Zainal berkata, sepatutnya dalam usia lanjut, tertuduh perlu sentiasa menginsafi diri dengan banyak melakukan kerja amal, bukan masih terbabit kesalahan seperti itu.

“Sepatutnya pada peringkat usia pak cik, harus sentiasa berada di surau atau di masjid, tidak sesuai berada dalam kandang orang salah seperti hari ini (semalam),” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada kira-kira jam 2 petang 22 Julai lalu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, Bachok, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan. -hmetro

Tragis: Gadis disamun, diperkosa, disimbah asid sebelum berbuka

Label:

KUALA LUMPUR: Bukan saja dirogol dan disamun, malah wajahnya turut disimbah sejenis cecair dipercayai asid menyebabkan mangsa berdepan risiko kemungkinan buta dan kini terlantar menerima rawatan di hospital.

Itu nasib yang menimpa seorang wanita bujang dan tinggal bersendirian selepasnya rumahnya dicerobohi seorang penjenayah bertopeng, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun baru pulang ke rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, selepas membeli juadah untuk berbuka puasa di bazar Ramadan berhampiran.

Menurut sumber polis, sebaik tiba di rumah, mangsa membuka kunci pintu rumahnya tanpa menyedari seorang lelaki menceroboh masuk dan bersembunyi.

“Selepas meletakkan juadah berbuka di dapur, mangsa masuk ke bilik untuk menukar pakaian sementara menunggu waktu berbuka dan ketika itu lelaki terbabit yang bertopeng menghampiri mangsa dan merogolnya,” katanya. -hmetro

P/s: Malang sungguh wanita ini....Penceroboh pastinya tinggal di sekitar rumah mangsa kerana dia sudah mengetahui wanita itu  tinggal berseorangan... 

Wan Ahmad bukti SPR TALI BARUT Umno

Label:

KUALA LUMPUR 11 Ogos: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.

Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini.

Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita.

“(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” kata Fuziah.

Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa 200,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi. Manakala kerajaan Pulau Pinang pula mengesan 30,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan dalam daftar pemilih SPR.

SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian.

Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR. -harakah

Mengejutkan: Najib ada 11 pegawai media

Label:

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).

Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi. -harakahdaily

Gambar masakan BABI pada artikel juadah Ramadan The Star

Label:

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.

"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.- Bernama

P/s: Editor The Star ni orang Malaysia ke orang asing sampai tidak tahu sensitiviti agama Islam? Kalau orang Malaysia, sudah berapa lama hidup di Malaysia?

Lelaki dibelasah, teman wanita diperkosa. Malang atau cari nahas?

Label:

REMBAU – Perselisihan faham antara sepasang kekasih berakhir dengan tragedi apabila teman wanitanya dirogol, manakala teman lelakinya pula dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Chembong, dekat sini, 6 Ogos lalu.

Sinar Harian difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, sepasang kekasih berkenaan yang menaiki sebuah motosikal ketika itu dalam perjalanan dari Kota sebelum memberhentikan kenderaan berdekatan lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, dipercayai ketika pasangan berkenaan bertengkar, mereka didatangi sekumpulan lelaki seramai kira-kira empat ke lima orang berusia lingkungan 17 tahun hingga awal 20-an.

“Dipercayai teman wanita atau mangsa wanita mengenali salah seorang daripada kumpulan berkenaan. Bagaimanapun, tanpa diduga salah seorang dari kumpulan berkenaan menarik tangan mangsa wanita dan membawanya ke dalam ladang berdekatan, lalu merogol mangsa.

“Teman lelakinya yang ketika itu cuba menyelamatkan mangsa tidak berjaya kerana dibelasah oleh kumpulan lelaki berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Difahamkan, pasangan berkenaan juga dipercayai disamun apabila dompet milik salah seorang mangsa hilang termasuk wang tunai berjumlah RM20 turut dikebas kumpulan berkenaan.

Mizan berkata, mangsa wanita akhirnya berjaya melarikan diri dan meminta bantuan di sebuah rumah berhampiran ladang berkenaan.

“Mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis. Pihak polis kini sedang mempergiatkan lagi gerakan memburu suspek utama yang dipercayai melarikan diri.

“Bagaimanapun, tiga individu telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut seksyen 376 dan 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan samun,” katanya. -SH 
P/s: Memang cari nahas. Bertengkar dalam ladang pada waktu malam tu apa hal?

Najib, Rosmah lambatkan perbicaraan - Peguam

Label:

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terpaksa ditangguhkan lagi jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih enggan ditemubual peguambela Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, perkara itu secara tidak langsung akan terus melambat-lambatkan lagi bicara kes itu yang sepatutnya memasuki peringkat pembelaan minggu hadapan.

“Jika mereka (pendakwa raya) tidak menyediakan semua saksi seperti dipersetujui sebelum hari Jumaat ini maka, perbicaraan tidak boleh diteruskan pada hari Isnin (depan),” kata Sankara Nair dalam satu Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Keadilandaily.

Najib dan Rosmah termasuk dalam senarai saksi-saksi yang mahu ditemubual pasukan peguam Anwar sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

Isnin lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan semua saksi yang ditawarkan pendakwa raya kepada peguam Anwar perlu hadir untuk ditemubual peguam Anwar.

Termasuk di dalam senarai itu adalah Najib dan Rosmah serta bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof.

Selasa lalu merupakan percubaan pertama pendakwa raya untuk melengah-lengahkan perbicaraan apabila enggan meneruskan sesi temubual peguam Anwar bersama Musa Hassan dan Rodhwan Yusof atas alasan Anwar turut sama hadir.

Hakim Zabidin pada hari Rabu kemudian memutuskan Anwar berhak hadir dalam temubual yang berlangsung namun tidak dibenarkan bertanya soalan kepada saksi-saksi. Sehingga ke hari ini, Najib dan Rosmah masih lagi belum muncul untuk ditemubual peguam.

Peguam mahu memanggil Najib sebagai saksi kerana penglibatannya dalam kes tersebut, apabila mengaku berjumpa dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum pemuda itu membuat laporan polis terhadap Anwar.

Saiful juga bertemu dengan pembantu khas Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar dan beberapa tokoh lain.

Pegawai Penyiasat kes itu, DSP Jude Pereira dalam keterangan di mahkamah pada Mac lalu mengaku mengambil keterangan Najib dan Rosmah berhubung kes berkenaan. Ia sekaligus mewajarkan Najib dan Rosmah untuk ditemubual sebagai saksi dalam kes itu. -tvs news

Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosmah

Label:

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Tiga hari telah berlalu, namun belum ada petunjuk bila pasukan peguam bela, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menembual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, kata peguam Karpal Singh.

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan Anwar menemubual 15 saksi sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes fitnah liwat ke atasnya pada 15 Ogos ini.

“Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat,” kata Karpal.

Hari ini, dua lagi saksi dalam kes fitnah liwat Anwar ditemubual oleh peguam Karpal dan Sankara Nair.

Mereka ialah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Temubual itu berlangsung selama sejam lamanya,

Dalam pada itu Karpal memberitahu, dua lagi saksi akan dipanggil esok.

Mereka adalah pemilik kondominium, lokasi kejadian di mana Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid. -tvs news

Putrajaya arah GLC, Danaharta gugur kes saman Tajuddin Ramli

Label:

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.

The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.

Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hasfarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.

Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.

Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.

Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.

Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu, berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.

Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.

Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.

Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang. -TMI

Kerana tuntut hutang, peniaga maut dilibas gergaji besi

Label:

PASIR PUTEH - Seorang peniaga ikan di Tok Bali, di sini maut selepas kepalanya dilibas dengan senjata tajam dipercayai gergaji besi ketika menuntut hutang daripada seorang lelaki yang dikenalinya dalam satu pergaduhan di sini, kelmarin.

Mangsa, Che Hassan Che Noh, 50, yang berasal dari Kuala Besut, Terengganu itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Cherang Ruku, beberapa minit selepas terbabit dalam pertengkaran dengan lelaki yang merupakan seorang peraih ikan.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang ketika mangsa cuba menuntut hutang lamanya dengan suspek yang berusia 49 tahun.

Namun, permintaan mangsa itu langsung tidak diendahkan menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara peniaga ikan tersebut dengan suspek terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Senior Assisten Komisioner, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bengang dengan permintaan mangsa, suspek tiba-tiba `naik minyak’ sebelum mencapai satu senjata tajam dipercayai sebilah gergaji besi lalu melibas kepala suspek.

Beliau berkata, tindakan drastik suspek itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak menyebabkan kepalanya cedera parah akibat dilibas dengan gergaji tajam itu yang dipercayai digunakan untuk memotong ketulan ais.

“Sebaik melihat mangsa rebah, suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota polis dengan bantuan penduduk kampung.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, namun, disahkan meninggal dunia ketika sedang cuba mendapatkan rawatan,” katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh untuk siasatan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, adik mangsa, Che Omar, 46, berkata, dia yang tinggal di Kuala Besut mengetahui tentang kejadian tersebut kira-kira jam 4.30 petang dan terus datang ke Cherang Ruku.

”Arwah merupakan abang sulung saya, dan mempunyai empat orang anak dengan isteri pertama dan seorang anak dengan isteri keduanya,’’ katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Anis, di sini.

Menurutnya, abangnya itu sudah berniaga ikan di Tok Bali lebih daripada 15 tahun dan kejadian ini mengejutkan mereka sekeluarga. -SH 
P/s: Memang 'perangai' manusia, hanya pandai berhutang tapi liat  membayar... 

5,000 keturunan Myanmar didaftar sebagai pengundi di Terengganu

Label:

DUNGUN - Pas Terengganu melalui Jabatan Pilihan Raya parti itu berjaya mengesan ribuan warga asing yang memiliki kad pengenalan difahamkan dikeluarkan di Kedah mendaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pihaknya berjaya mengesan 5,006 bangsa asing kebanyakannya berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan utama di negeri ini.

Beliau berkata, daripada 5006 pengundi terbabit yang berjaya dikesan pihaknya, 1,239 terdapat di kawasan DUN Kijal dan 529 di Air Putih khususnya di Cheneh Baru serta beberapa kawasan lain.

“Kita mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat secara terperinci kemasukan terancang ini, jumlah pengundi asing yang begitu ramai dimasukkan dalam satu-satu DUN dipercayai bagi memenangkan UMNO dan Barisan Nasional.-SH
P/s: Satu lagi projek petualang negara?

Mengamuk lihat bekas isteri bersama kekasih baru

Label:

KULIM - Gara-gara hilang sabar melihat bekas isteri dan teman lelakinya berdua-duaan di ruang tamu rumah, seorang duda nekad mengambil parang sebelum ‘menetak’ motosikal teman lelaki bekas isterinya itu.

Dalam kejadian di Kampung Padang Tembak dekat sini, jam 5.30 petang semalam, bekas isterinya turut pengsan akibat terkena hulu parang ketika cuba meleraikan pergaduhan antara kedua lelaki itu.

Menurut ibu mangsa, suspek dan mangsa telah bercerai beberapa bulan lalu tetapi masih datang ke rumah untuk berjumpa anak mereka.

“Ketika kejadian, saya sedang memasak di dapur manakala anak saya (mangsa) sedang berbual dengan teman lelakinya di ruang tamu rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi orang bertengkar.

“Saya cuma dengar bunyi suara mereka bertengkar sebelum menjenguk untuk melihat apa yang berlaku dan ketika itu nampak bekas suami anak saya menetak motosikal teman lelakinya dengan parang panjang. Saya hanya sempat ambil cucu kerana takut tercedera atau terjatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum ini dia tinggal di Rumah Orang Tua di Sungai Petani namun berpindah ke rumah anaknya untuk menjaga cucu.

Sementara itu, suspek ketika ditemui menyatakan sebelum kejadian mangsa telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya dan meminta dia datang ke rumah untuk berjumpa anak mereka.

“Pada Februari tahun ini, bekas isteri saya telah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan teman lelakinya.

“Pada bulan April kami bercerai dengan talak satu. Sepanjang tempoh penceraian saya masih memberikan duit kepada bekas isteri dan membeli susu untuk anak-anak. Pada bulan Jun lalu saya nampak bekas isteri saya keluar bersama teman lelakinya. Saya telah menghentikan penghantaran wang kepadanya tetapi masih membeli keperluan untuk anak-anak.

“Saya mempunyai dua anak. Seorang bersama saya manakala seorang lagi bersama ibunya. Bekas isteri saya telah menghantar SMS kepada saya meminta saya menghantar anak ke rumahnya untuk mereka bermain.

“Tapi setelah sampai di rumahnya saya nampak motosikal kekasihnya berada di luar rumah. Saya memanggil mereka turun dan teman lelaki bekas isteri saya menyatakan bahawa anak saya adalah anak haram. Saya berang lalu merosakkan motosikalnya,” katanya sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut manakala teman lelaki bekas isterinya melarikan diri.

Susulan berita murid maut selepas makan juadah berbuka puasa

Label:

Bukan kuman taun

KLANG: Pemeriksaan terhadap sampel najis dan muntah berhubung kes keracunan makanan dipercayai turut menyebabkan seorang mangsa daripada sebuah keluarga meninggal dunia di Meru, pada Isnin lalu, disebabkan kuman lain bukannya kolera atau taun.

Sampel berkenaan membabitkan dua keluarga terdiri daripada 11 individu dan lapan daripadanya masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Semua mereka didapati makan juadah otak-otak dan air batu campur (ABC) dibeli daripada bazar Ramadan sama.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata, ujian dilakukan mendapati negatif kolera.

“Bagaimanapun, kita tidak melakukan bedah siasat terhadap mangsa yang meninggal dunia iaitu Nurdini Mohamad Ali berusia 11 tahun. -hmetro

Drama Liwat II: Mengapa Najib wajib ke mahkamah?

Label:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor wajib hadir ke mahkamah untuk ditemubual oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terlibat secara langsung dalam kes fitnah 2.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mengulangi bahawa pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menemui sendiri Najib pada 2008 yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau sendiri yang berjumpa dengan pengadu sebelum laporan polis dibuat, maka sudah ada kaitan yang jelas. Ini termasuklah pertemuan lain dengan pegawai-pegawai Perdana Menteri,” kata Nurul Izzah.

Beliau memberikan reaksi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes Fitnah yang sedang dihadapinya.

“Sepatutnya Najib ada keberanian untuk menjawab soalan yang dibangkitkan. Kalau tidak ada apa yang mahu disembunyikan oleh Najib dan isterinya, maka sepatutnya tidak ada masalah untuk ditemuramah,” kata Nurul Izzah kepada Keadilandaily.

Ketika kes ini pertama kali mendapat liputan meluas media, Najib menafikan beliau berjumpa dengan Saiful sebelum mengakui ada bertemu pemuda itu menerusi pegawai khasnya, Khairul Anas Yusof.

Pada mulanya, Najib memberikan alasan Saiful datang memohon biasiswa bagi membiayai pengajian dalam kursus latihan penerbangan meskipun umum mengetahui saiful tidak menghabiskan pendidikan di kolej.

Kemudian Najib memberitahu bertemu saiful dua hari sebelum pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diasak soalan wartawan pada Julai 2008, Najib berkata dia melihat muka Saiful pucat, ketakutan dan tangannya seram sejuk ketika bersalaman dengan pemuda itu pada waktu itu.

Najib malahan dilaporkan berkata Saiful datang menemuinya kerana mahukan pertolongan beliau.

Selain Najib, Saiful juga bertemu dengan Datuk Mumtaz Jaafar, pembantu khas kepada Rosmah sebelum membuat laporan polis.

Pada perbicaraan Mac lalu, pegawai penyiasat Supt Jude Pereira mengakui telah mengambil rekod dan keterangan dari Rosmah dan Najib. Bukti-bukti itu secara tidak langsung mewajarkan mereka menjadi saksi dalam kes perbicaraan tersebut. -KeadilanDaily

Drama liwat II: Lima "Ekor Katak Politik" sedia jadi saksi

Label:

Ezam antara bekas orang kanan mahu jadikan mahkamah medan jawab segala fitnah

KUALA LUMPUR: Beberapa bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi saksi pembelaan bagi kes liwat yang sedang dihadapi ketua pembangkang itu.

Antara mereka ialah bekas Setiausaha Politik Anwar yang juga Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Noor; bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari; bekas pegawai khas, Rahimi Osman; bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
Ezam, yang juga Ahli Dewan Negara, berkata ini memang masa yang ditunggu-tunggu kerana mahkamah adalah medan menjawab segala fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dan beberapa rakan seangkatan yang sudah meninggalkan Anwar.

“Sebelum ini ramai yang beranggapan kami meninggalkan Anwar kerana disogok dengan habuan tertentu dan pelbagai tohmahan lain, hakikatnya kami meninggalkan Anwar disebabkan kami tahu adalah haram bertuankan seorang yang rendah moral,” katanya ketika dihubungi semalam.

Anuar berkata, beliau menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kerana beliau cukup tahu minat dan kecenderungan Anwar.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak relevan untuk dipanggil peguam bela kerana mereka tidak ada kena mengena dengan kes liwat itu. Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini dengan menggunakan media.

“Anwar mahu menemu ramah Najib dan Rosmah supaya beliau dapat mempolitikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara dan pasti akan memburukkan sistem kehakiman negara jika ia tidak memihak kepadanya,” katanya.
Rahimi berpendapat tujuan Anwar mahu menemubual Najib dan Rosmah adalah cubaan untuk mempolitikkan isu dan perbicaraan liwat yang dihadapinya.

Katanya, Anwar hanya mahu memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan beliau tidak akan sekali-kali menyalahkan kerakusan nafsu songsangnya dalam hal itu.

Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, berkata beliau juga bersedia menjadi saksi kepada pasukan pembela berbanding Najib dan Rosmah.

“Saya cukup mengenali Anwar dan Saiful Bukhari, malah saya mengenalinya lebih daripada Najib dan Rosmah dan melalui saya banyak yang mahkamah boleh dapatkan,” katanya.

Choo Keong pula berkata, beliau juga mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu dan bersedia menjadi saksi pembelaan.

“Saya juga menjadi saksi ketika Rahimi diarahkan untuk menandatangani pengakuan bersumpah pada 29 Jun 2008 dan saya tidak perlu rasa takut,” katanya. -bharian

Kamera tersorok dalam tandas pelajar perempuan

Label:

KEMAMAN – Kes kamera yang dijumpai dipasang dalam tandas pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini pada 31 Julai lalu dipercayai didalangi pelajar sekolah terbabit sendiri.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat Salat berkata, polis percaya suspek yang memasang kamera berbentuk penyangkut baju itu terdiri dalam kalangan pelajar dan ia dipercayai baru dipasang pada hari ia dijumpai oleh seorang pelajar berbangsa Cina.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini sebarang tangkapan masih belum dibuat dan polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci.

Menurutnya, kad memori kamera itu telah dihantar untuk dianalisis di makmal forensik polis di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh sebulan. -SH

Murid mati selepas makan juadah berbuka

Label:

 Gambar sekadar hiasan

Enam turut alami muntah, cirit birit
 MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.

“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.
Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. -bharian

P/s: Takziah buat keluarga mangsa. Semua itu adalah ketentuan Allah. Kepada pembaca semua, berhati-hatilah ketika membeli juadah berbuka puasa kerana mungkin makanan yang anda beli sudah beracun...  

Nor Arlene Tan Buat Laporan Polis terhadap GaySec, nafi dia pemilik MakCik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Label:

Kredit: milosuam

P/s: Kita tunggu apa yang berlaku selepas ini. Kemungkaran pasti akan terbongkar...

Remaja koma akibat dibaling objek oleh polis

Label:

Mohd Solihin, 14 tahun

ALOR SETAR: “Saya memang tak puas hati. Jika dia terbabas, pasti tubuhnya ada kesan calar dan luka, tetapi apa yang berlaku terdapat benjol besar di belakang kepala dan amat ketara dia dibaling sesuatu,” kata Che Kassim Darus, 47, bapa kepada Mohd Solihin, 14, yang koma selepas didakwa terkena topi keledar dibaling dua anggota polis peronda di Jalan Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dikatakan keluar bersama dua rakannya yang menunggang berasingan dan melalui jalan kampung itu untuk ke kedai berhampiran.

Bagaimanapun, mangsa tidak bernasib baik apabila tiba-tiba motosikal ditungganginya terbabas dan dua rakannya mendakwa ternampak seorang anggota polis membaling objek dipercayai topi keledar dan terkena mangsa.

Akibat kejadian itu, Mohd Solihin mengalami kecederaan serius di bahagian belakang kepala apabila ia membengkak serta berlumuran darah dan mangsa berada dalam keadaan separuh sedar.

Mohd Solihin kemudian dibawa ke Hospital Tunku Fauziah, Kangar untuk mendapatkan rawatan tetapi dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, tidak lama kemudian selepas doktor mendapati keadaan mangsa parah dan masih tidak sedarkan diri.

Che Kassim berkata, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya di Felcra Lubuk Sireh sebelum didatangi dua rakan anaknya memberitahu Mohd Solihin terjatuh dari motosikal selepas dibaling objek oleh dua anggota polis yang bertugas di kawasan itu.

Beliau berkata, dia kemudian bergegas ke tempat kejadian tidak jauh dari rumahnya dan mendapati anaknya dalam keadaan separuh sedar manakala kepalanya mengalami bengkak sebesar piring dan berlumuran darah.

“Rakan anak saya memberitahu mereka menunggang dua motosikal dalam perjalanan ke kedai berhampiran dengan anak saya menunggang seorang diri. Sebaik tiba di lokasi, secara tiba-tiba Mohd Solihin yang ketika itu menunggang di hadapan terjatuh dan rakannya ternampak seorang daripada anggota polis yang ada di situ membaling sesuatu dipercayai topi keledar.

“Saya difahamkan, anggota polis terbabit tersilap sasaran dan mereka dipercayai cuba membaling ke arah remaja lain tetapi anak saya yang terkena sasarannya, malah ada beberapa saksi yang berada di tempat kejadian turut memberitahu mereka nampak apa yang berlaku.

“Jalan kampung biasanya kurang kenderaan dan saya pelik apabila polis memberitahu anak saya terbabas menyebabkan kemalangan dan bukannya dibaling objek seperti dimaklumkan rakannya,” katanya ketika ditemui di perkarangan HSB, di sini, semalam.

Mohd Solihin yang juga anak kedua daripada sembilan beradik itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan masih dalam keadaan koma. Che Kassim berkata, berikutan kejadian itu dia membuat dua laporan di Balai Polis Kaki Bukit dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar. Dalam pada itu, dia menafikan anaknya terbabit dalam lumba haram atau lari dari sekatan polis berikutan lokasi kejadian adalah jalan kampung, tetapi mengakui anaknya memang tidak memakai topi keledar.

“Kalau anak saya salah, tahan dia atau saman, saya boleh bayar saman itu tapi jangan membabitkan sebarang insiden yang boleh mengancam nyawanya hinggakan sampai sekarang dia masih tidak sedarkan diri.

“Doktor memaklumkan yang anak saya akan menjalani pembedahan membuang air dalam kepalanya disebabkan kecederaan yang dialami selain bahagian otaknya turut mengalami kecederaan,” katanya.

Mangsa dikatakan sudah berhenti sekolah sejak tahun enam disebabkan kemiskinan menyebabkan dia banyak menghabiskan masa membantu bapanya mengambil upah melakukan kerja di sawah serta menghantar dan mengambil adik-adiknya dari sekolah setiap hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, ketika dihubungi, berkata mangsa dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan terjatuh.

Menurutnya, ketika kejadian dua anggotanya dari Balai Polis Kaki Bukit sedang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Felcra Lubuk Sireh selepas mendapat aduan mengenai aktiviti bermain mercun di situ.

Che Man berkata, dua anggota berkenaan sedang memeriksa seorang remaja di dalam kawasan masjid di situ sebelum melihat dua motosikal ditunggang dengan laju.

“Salah seorang anggota berkenaan memberi isyarat menyuruh mereka menghentikan motosikal masing-masing, namun mereka menunggang dengan laju bagi melepasi anggota polis tadi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Che Man, rakan mangsa yang menaiki sebuah lagi motosikal di belakang mangsa tidak memberhentikan motosikalnya dan melarikan diri.

“Polis membantu mengangkat mangsa sambil dibantu orang ramai yang berada di dalam masjid yang tidak jauh daripada tempat kemalangan,” katanya.

Che Man juga mengesahkan laporan yang dibuat bapa mangsa dan akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -hmetro

Bungkusan nasi dalam bonet kereta untuk dijual kepada kaki ponteng puasa?

Label:

KANGAR - Sungguh licik. Itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang peniaga makanan bersama anak perempuannya yang menjadikan bonet kenderaan sebagai tempat menyimpan makanan yang sudah dibungkus sebelum ia dijual kepada golongan yang ponteng puasa.

Malah, tindakan itu sekaligus bertujuan untuk mengaburi mata penguat kuasa yang sering melakukan rondaan serta pemantauan dan orang ramai yang sering lalu lalang di kawasan berdekatan bangunan kedai di Seriab, semalam.

Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Perlis (Jaips), Suhaimi Ahmad berkata, dalam serbuan pagi semalam, pihaknya telah merampas berpuluh-puluh bungkusan makanan milik seorang peniaga berkenderaan di Seriab.

Menurutnya, rampasan itu dibuat selepas peniaga terbabit didapati melanggar arahan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) iaitu peniaga hanya dibenarkan menjual makanan selepas jam 2.30 petang sepanjang bulan Ramadan.

Bagaimanapun katanya, makanan yang dirampas itu boleh dituntut semula peniaga selepas jam 2.30 petang di Jaips.

“Kita sudah merampas bungkusan makanan milik peniaga ini selepas dia didapati telah melanggar peraturan yang dikuatkuasakan MPK kerana menjual makanan sebelum jam 2.30 petang.

“Selain peniaga berkenderaan, turut dirampas ialah beberapa periuk berisi makanan di sebuah restoran yang dikesan melakukan kesalahan yang sama dan makanan itu hanya akan dikembalikan selepas waktu perniagaan yang dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Ops ramadan bersama MPK, semalam.

Operasi Ramadan membabitkan Jaips, MPK dan Jabatan Kesihatan itu dijalankan sepanjang bulan Ramadan meliputi kawasan Kangar, Arau dan Padang Besar untuk memastikan peniaga-peniaga menghormati perintah dan arahan yang ditetapkan sebagai menghormati bulan Ramadan sebagai bulan mulia.

Suhaimi berkata, kes disiasat di bawah seksyen 25 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991. Jika sabit kesalahan boleh boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.-SH

Isu murtad: Bukti ditemui dalam tong sampah

Label:

PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.

FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.

Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.

Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.

Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.

Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.

Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?

Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.

Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.

“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.

Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.

“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.

“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.

Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar ”

Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.

Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.

Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.

“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).

Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.

“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?

“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.

Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. -FMT
Berita susulan wanita dirogol, disamun dan disimbah asid
Sabtu, Ogos 13, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Jumaat, Ogos 12, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Khamis, Ogos 11, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Rabu, Ogos 10, 2011 | Author: Tuk Kiyai

Selasa, Ogos 09, 2011 | Author: Tuk Kiyai