Nah, ambik kau! 5 - 0. Tu la cakap besar sangat. Nak bedil Indonesia konon.
Saya petik:
[kosmo] JAKARTA – Skuad bola sepak kebangsaan menerima tamparan hebat apabila tewas 1-5 di tangan Indonesia pada aksi pertama peringkat Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 semalam. Turun tanpa kelibat beberapa tonggak utama yang terpaksa diketepikan ekoran masalah kecederaan, skuad kendalian K. Rajagobal itu dilihat terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Indonesia.
Bagaimanapun, pada aksi yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno itu, anak-anak buah Rajagobal berjaya membuka tirai jaringan menerusi penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18.
Namun, kegembiraan barisan pemain Malaysia yang diketuai Safiq Rahim tidak bertahan lama apabila Indonesia memperoleh gol penyamaan selepas tonggak pertahanan, Mohd. Asraruddin Putra Omar tertampan bola masuk ke gawang sendiri empat minit kemudian.
Dibantu dengan sokongan daripada ribuan penyokong yang hadir ke stadium, Indonesia terus menghukum kelekaan barisan benteng pertahanan Malaysia apabila meledak gol kedua menerusi Christian Gonzales pada minit ke-33.
Jaringan tersebut membolehkan Indonesia mendahului perlawanan 2-1 sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Sebaik babak kedua bersambung, hasrat anak-anak buah Rajagobal untuk mendapatkan gol penyamaan terbantut apabila dikejutkan dengan gol ketiga daripada pasukan tuan rumah menerusi Muhammad Ridwan pada minit ke-52.
Pemain gantian Indonesia, Arif Suyono meledak gol keempat pada minit ke-77 sebelum Irfan Haarys Bachdim menambah derita Malaysia apabila menjaringkan gol kelima pada lewat babak perlawanan.
Kekalahan tersebut sekali gus menjadikan misi anak-anak buah Rajagobal untuk mara ke saingan peringkat separuh akhir tampak sukar apabila perlu mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan peringkat kumpulan.
Sudah pastinya pertemuan menentang Thailand Sabtu ini bakal menjadi penentu terhadap hala tuju Malaysia dalam saingan kali ini sebelum dijadual pula berdepan Loas pada aksi terakhir peringkat kumpulan Selasa depan. – Agensi
(Gambar hiasan)
"

WASHINGTON: Pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi bimbang terbang merentasi lautan, lebih gemar untuk tinggal di tingkat bawah dan hampir tidak pernah melakukan perjalanan tanpa jururawat kepercayaannya warga Ukraine, seorang ‘wanita montok berambut perang’ menurut dokumen Amerika Syarikat dikeluarkan WikiLeaks kelmarin.
Gaddafi disifatkan mempunyai personaliti pelik dan tidak dapat diramalkan mengikut kabel Jabatan Negara yang disiarkan laman web akhbar New York Times (NYT), sampel kecil daripada lebih 250,000 dokumen yang didedahkan WikiLeaks kelmarin.
Kabel sejak September 2009 menggambarkan bagaimana Gaddafi yang lebih gemar penerbangan pendek dan kemudahan di tingkat bawah yang memberi masalah logistik kepada kakitangannya.
Malah, pemimpin Libya itu tidak pernah melakukan lawatan tanpa seorang jururawat Ukraine di sebelahnya, Galyna Kolotnytska. “Gaddafi memiliki sepasukan jururawat dan bergantung penuh kepada jururawat Ukraine itu yang digambarkan sebagai seorang wanita montok berambut perang,” kata satu kabel rahsia dari Tripoli, 29 September 2009. Satu sumber memberitahu Kedutaan Amerika Syarikat bahawa Gaddafi tidak boleh melakukan lawatan tanpa Kolotnytska kerana dia saja yang tahu rutin pemimpin itu. “Sesetengah pegawai kedutaan mendakwa Gaddafi dan Kolotnytska, 38, memiliki hubungan romantik,” katanya. “Ketika beliau tidak mengulas berhubung khabar angin itu, seorang pegawai politik Ukraine baru-baru ini mengesahkan bahawa jururawat Ukraine itu berkunjung ke mana saja dengan pemimpin berkenaan.” Kabel itu ditulis selepas pihak berkuasa Amerika membincangkan rancangan lawatan pemimpin Libya itu ke New York tahun lalu untuk berucap dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas dokumen perjalanan jururawat berkenaan ditangguhkan, Kerajaan Libya menguruskan satu pesawat peribadi untuk mengambilnya supaya dia dapat menyertai Gaddafi dan rombongannya ke Portugal, yang mana pemimpin itu bermalam dalam perjalanan ke New York, menurut dokumen. Ketika lawatannya yang pertama ke Amerika Syarikat, Gaddafi tidak dibenarkan untuk mendirikan khemah biasanya di Manhattan atau melawat tapak serangan 11 September di Pusat Dagangan Dunia. – AFP -BH
Sebelum ni pun puak-puak ni memang berbalah pun kerana berebut jawatan. Dari jawatan ketua bahagian hinggalah ke jawatan yang tinggi. Saya petik:
[TMI] Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
“Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,” katan Presiden Umno ini.
Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Langkah itu lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya umum pada masa-masa lalu.
Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Najib berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.
“Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa,” katanya.
Kali pertama MT Umno menunda pemilihan parti ialah pada 1999 sebelum pilihan raya umum tahun itu.
“MT juga telah mengambil keputusan secara sebulat suara bahawa pemilihan pada tahun hadapan yang berlangsung di cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan.
“Ini satu peruntukan bawah perlembagaan yang telah digunakan beberapa kali, bukan pertama kali supaya proses pemantapan dapat difokuskan,” katanya.
Pemilihan pusat lalu yang sepatutnya berlangsung Oktober 2008 diadakan Mac 2009.
Pemilihan tahun depan akan menggunakan sistem baru bukan perwakilan dan tidak menggunakan kaedah kuota bagi mendapatkan pencalonan.
Dalam pada itu, Najib juga menangguhkan pengumuman rombakan beberapa barisan kepimpinan negeri sehingga akhir bulan ini.
“Kita tidak mahu tahun depan jadi tahun pergelutan, kita juga tidak mahu keadaan jadi tertekan seperti parti politik lain.
“Penyusunan semula perhubungan negeri, saya dimaklumkan perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini,” katanya.
Tambahnya, beliau perlu sedikit masa untuk membincangkan perkara itu dengan barisan kepimpinan.
“Ini kerana saya perlukan sedikit masa dengan timbalan presiden dan setiausaha agung untuk turun ke negeri-negeri dan berunding tentang apa yang mereka mahukan.
“Ada yang dilantik semula dan ada juga perubahan,” kata Najib yang sebelum ini turut mengumumkan bahawa akan mengadakan kunjungan ke seluruh negara bersama timbalannya.
Najib yang juga Perdana Menteri akan mengumumkan perubahan itu sebelum awal tahun depan.
Ketika menggulung Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Najib berkata bahawa akan melakukan perubahan kepimpinan negeri khususnya melibatkan lima negeri yang disandang oleh presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden.
(Gambar: Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya Fazlina Ahmad diiringi anggota polis selepas perbicraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam)
Kisah yang tragis, zalim, dan bersifat kebinatangan. Kalau nafsu serakah sudah dikuasai syaitan, beginilah jadinya...
Saya petik:
[KS] SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian.
Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009.
Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya.
Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya.
Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini.
“Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat.
Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada Raja-Raja Melayu supaya berhati-hati dengan "Si Kitoll" yang dikhuatiri akan kembali mempergunakan institusi berkenaan demi kepentingan politik. Beliau berkata demikian dengan melihat kepada perkembangan sejak tahun lalu yang menyaksikan golongan berkenaan kembali "bermuka-muka" untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Khalid memberi alasan, Krisis Perlembagaan 1983 yang berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu "melakukan beberapa tindakan di luar Peruntukan Perlembagaan, dalam lain perkataan membelakangi Raja-Raja." Insiden itu juga berlarutan pada tahun 1992 dan 1993, kata Khalid lagi. "Tiba-tiba, sejak awal tahun 2009, setelah 17 tahun berlalu, kini pihak yang berusaha dan berjaya 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu', kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan serta mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu," katanya. Jelasnya, pada masa krisis perlembagaan berlangsung, "para pemimpin utama" negara pada ketika itu "melakukan beberapa tindakan secara rahsia" dengan membuat pindaan ke atas Perkara 66(5) dalam Perlembagaan. Tindakan itu dilakukan tanpa mendapat perkenaan Majlis Raja-Raja, kata Khalid lagi. "Peruntukan asal berbunyi 'Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani'. Pindaan ke atas peruntukan itu kemudiannya, antara lainnya, menyebut bahawa sesebuah Rang Undang-undang itu dianggap telah ditandatangani selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh 15 hari. "Contoh kedua, pindaan ialah pada Perkara 10(1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut," kata Khalid lagi. Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis perasmian wacana 'Kedaulatan Raja-Raja: Institusi Yang Mesti Dipertahankan' di Shah Alam hari ini yang turut dihadiri Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
-Malaysiakini
Anda bersetuju dengan tajuk di atas? Sudah pasti bagi yang mempunyai hutang PTPTN. Ibu bapa yang mempunyai anak mungkin juga berkata ya. Majoriti mahasiswa yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda dan mengambi PTPTN akan menanggung hutang berbelas-belas ribu selepas mereka menamatkan pengajian. Mungkin puluhan ribu ringgit sekiranya menyambung ke peringkat Master atau doktor falsafah.
Saya petik:
[SH] PETALING JAYA: - Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) perlu dihapuskan dan diganti dengan sistem biasiswa yang dinamakan Biasiswa Rakyat Malaysia bagi golongan mahasiswa.
Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yusmadi Yusoff berkata, pendidikan bukan sekadar keperluan biasa, tetapi hak asasi manusia yang harus diberi keutamaan.
“Hak mahasiswa adalah hak asasi manusia. Mahasiswa adalah hasil mahsul negara bukan daripada tawar-menawar oleh pemimpin. Sebab itulah kita mencadangkan agar PTPTN dihapuskan dan digantikan dengan biasiswa.
“Kita mahukan sistem pendidikan mampu membasmi kemiskinan. Kita tidak mahu mahasiswa kita tamat sahaja pengajian, dicap sebagai penghutang kesan daripada pinjaman,” katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam Kongres Nasional Ke-7 Parti Keadilan Rakyat (PKR), di sini, semalam.
Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, mahasiswa berpotensi untuk bergelar penghutang disebabkan pelbagai aspek dan taraf kehidupan yang tinggi.
“Apabila mereka tamat pengajian, mereka telah dicap sebagai penghutang; contohnya hutang untuk melangsungkan perkahwinan dan hutang untuk memulakan perniagaan,” katanya.
“Justeru, kolej universiti bagi orang miskin perlu ditubuhkan seperti usaha kita sebelum ini bagi memberikan keistimewaan kepada golongan miskin,” katanya.
Saya petik:[SH] PETALING JAYA - Konsep Ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia hanya slogan sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk perdaya orang Melayu secara keseluruhan demi kepentingan diri. Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kumpulan kecil Melayu ini adalah mereka yang lakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kesalahan tanpa hiraukan nasib kaum sendiri. Beliau yakin tidak akan ada satu kaum yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sebagai tuan. Katanya, walau dengan adanya Ketuanan Melayu sejak negara capai kemerdekaan 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai. “Mereka dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan serta kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai. “Semua ini membuktikan pemimpin UMNO bukan berjuang untuk bela Melayu. UMNO adalah parti tauke dan jauh sekali berwajah parti rakyat,” katanya dalam ucapan dasar presiden di Kongres PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam. Wan Azizah menyebutpentingnya kaum Melayu tinggalkan konsep ketuanan kerana Islam mengatakan sebaik-baik umat adalah mereka yang paling tinggi takwanya. “Al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan hancurkan kaum yang bermegah konon jadi ‘tuan’ dan pandang rendah kaum lain. “Bangsa dan kaum itu jadi agung dan dipandang tinggi apabila bermaruah. Kalau mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah,” katanya. Tegasnya lagi, dalam tradisi Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi. Dr Wan Azizah menegaskan, isu survival Melayu dan Islam di negara ini tidak akan dapat diselesaikan jika masih dilihat melalui teropong UMNO dan konco-konconya, sebaliknya perlu dilihat dari perspektif dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi. Katanya, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) benar-benar ikhlas, mereka harus hentikan kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini dan menyuburkan iklim demokratik berasaskan Perlembagaan. “Dengan ini, Islam yang murni akan lebih terserlah dan masyarakat bukan Islam akan lebih memahami Islam serta melihatnya secara tepat. “Oleh demikian, kita menyeru kaum Melayu, umat Islam dan masyarakat Malaysia umumnya agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pihak yang mengatakan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika negara diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan dijaga bapa tiri, diri dicabuli...Bapa lahanat!!! Semoga hukuman menjadi pengajaran...
Saya petik:
[KS] ALOR SETAR 28 Nov. — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kepada seorang mekanik atas tuduhan merogol anak tirinya tiga tahun lepas.
Hakim Mohd Sabri Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh, yang berumur 27 tahun.
Tertuduh yang berasal dari Langkawi disabitkan dengan kesalahan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak tirinya, berumur 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah rumah di Kampung Huma Mukim Ayer Hangat, Langkawi pada 20 Nov 2007 kira-kira pukul 6 petang.
Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376B akta sama.
Peguam tertuduh, K. Kartikumar memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan hukuman kerana beliau mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Hakim membenarkan penangguhan hukuman sehingga menunggu rayuan dan menetapkan tertuduh membayar jaminan RM7,000. — Bernama
PETALING JAYA: Empat remaja lelaki yang ditemui selepas selesai menonton filem 2 Alam malu untuk mengakui telah menonton filem yang dikatakan mampu mengutip kutipan RM40 juta.
Menurut mereka, filem terbitan Dr Rozmey Che Din melalui syarikatnya DR Movie Productions itu juga secara tidak langsung telah memberi persepsi buruk kepada filem Melayu lain.
“Kami menonton filem ini kerana ingin mengetahui apa sebenarnya yang orang perkatakan tentang filem ini.
“Namun setelah menonton selama sepuluh minit sahaja kami sudah mengerti apa yang mereka katakan selama ini tentang filem 2 Alam ini.
“Secara jujurnya ia telah memberi tanggapan buruk kepada filem-filem Melayu yang lain,” ujar Azlan, 23, iaitu salah seorang remaja yang enggan nama sebenar mereka didedahkan media.
Bagi Irwan Noh, 25, pula memberitahu filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak bertaraf sebuah filem.
“Apa yang saya dapat tonton sepanjang satu jam setengah ini tidak seperti sebuah filem, malah banyak drama di televisyen lebih baik dari filem ini.
“Saya harap selepas ini pihak yang bertanggungjawab lebih pentingkan kualiti sesebuh filem yang akan ditayangkan bukan sekadar siap dan memenuhi piawaian sahaja,” katanya.
Manakala bagi Aiman Roslin, 28, memberitahu filem ini tidak mungkin mencapai sasaran disebabkan kualiti dan jalan cerita yang terlalu membosankan.
“Saya bukan pengkritik filem tetapi bagi pandangan mata penonton biasa seperti saya filem ini terlalu membosankan.
“Selain terlalu bangak adegan sama yang berulang-ulang, pelakon-pelakon juga kurang memberi lakonan yang baik, saya hairan bagaimana produser filem ini boleh menyasarkan sebanyak RM40 juta,” ujarnya.
Ketika tinjauan dibuat di beberapa pawagam utama sekitar Lembah Kelang iaitu di e-Curve, Mid Valley, One Utama dan Pavillion, tempat duduk di setiap bilik yang menayangkan filem ini hanya dipenuhi kurang dari sepuluh penonton sahaja.
Malah ketika tayangan sedang berlangsung beberapa penonton mengambil keputusan untuk keluar dari pawagam.
Dalam pada itu, maklumat dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kutipan filem tersebut baru mencecah RM230,000 atau RM0.23 juta dan masih terlalu jauh mencapai sasaran seperti yang dilaungkan oleh produsernya iaitu RM40 juta.
-MStar
GAMBAR yang disiarkan akhbar Jawa Pos menunjukkan Nina (kanan) yang hilang ingatan akibat diperkosa dua majikannya di Jeddah, Arab Saudi.
Saya petik:
[KS] KANDARA, Arab Saudi – Seorang pembantu rumah Indonesia hilang ingatan selepas dia berulang kali diseksa dan dirogol dua majikannya di Arab Saudi, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, dia ditemui oleh beberapa amah Indonesia lain dalam keadaan menyedihkan di sebuah jambatan di sini, Jeddah.
Nasib malang yang menimpa pembantu rumah itu dikenali sebagai Nina berumur dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Karawang, Jawa Barat, diceritakan oleh sekumpulan amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan Kandara kepada seorang wartawan akhbar Jawa Pos.
Jambatan tersebut menjadi tempat tinggal amah-amah Indonesia yang senasib dengan Nina.
Menurut seorang amah di jambatan itu, Hani Marsiana, Nina ditemui dua minggu lalu dalam keadaan tidak bermaya dengan tubuhnya mempunyai kesan dipukul.
Hani berkata, Nina ditemui oleh beberapa amah Indonesia yang tinggal di bawah jambatan dan mereka merawatnya sehingga dia kembali waras tapi masih trauma dengan kejadian menimpanya.
Menurutnya, selepas badannya mula bergerak dan mampu duduk, amah-amah Indonesia lain mula bertanya mengenai kisah hidupnya.
Dia berkata, Nina menceritakan pada mulanya dia diperkosa oleh seorang majikan Arab menyebabkannya meninggalkan majikannya itu.
Nani kemudiannya diperkosa oleh seorang oleh warga Mesir selepas terpedaya dengan jaminannya untuk membantunya.
Hani berkata, Nani kemudiannya dibuang oleh warga mesir itu di kawasan Kandara.
“Nina ini diturunkan dari mobil (kereta) Camry oleh orang Mesir itu,” katanya.
“Kasihan sekali amah-amah di sini. Mereka tidak (diberi) gaji selama berbulan-bulan, bahkan ada yang diseksa, diperkosa dan dibuang ke jambatan Kandara,” ujar seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Rokib. – Agensi
KUALA LUMPUR 26 Nov - Sudah tiba masanya negara dibebaskan dengan tanggungan sejarah 12 tahun berhubung isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantui rakyat dengan mendedahkan perkara sebenar dan menghukum pihak yang secara terang memalsukan fakta insiden tersebut.Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pendedahan terbaru oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur SAC II Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Peguam Negara memalsukan bukti seharusnya membawa insiden pada tahun 1998 itu kepada satu garis penamat yang muktamad bagi mengembalikan imej dan kredilibiti pasukan polis di negara ini.Butiran baru tersebut terkandung dalam warkah 19 mukasurat yang ditulis Mat Zain kepada Ismail yang dihantar pada 22 November lalu bertajuk “Lagi Mengenai Insiden Mata Lebam”."Dalam surat beliau kepada KPN, Mat Zain menggesa agar kes mata lebam ini ditutup secara muktamad dan terhormat sambil menawarkan maklumat baru. Baginya tidak perlu diadakan suruhanjaya diraja penyiasatan kerana pihak polis sendiri kompeten untuk menyelesaikan insiden ini. "Pada 9 November apabila saya mengusulkan potongan gaji sebanyak RM10 terhadap Peguam Negara di Parlimen saya telah merujuk kepada dakwaan Mat Zain yang mengatakan Gani Patail memalsukan bukti dalam penyiasatan kes mata lebam Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 tetapi kenyataan saya tidak dicabar," kata Kit Siang dalam kenyataannya di Parlimen Selasa lalu.
Pada perenggan 14 surat Mat Zain, beliau mendakwa keputusan awal di mana Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut telah diterbalikkan oleh Tan Si Abdul Gani Patail yang pada waktu itu menjadi Timbalan Pendakwa Raya Kanan.
"Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah Tan Sri Andul Rahim begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.
"Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau layak membeli 'staff car' Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk 'repair' sedikit-sedikit mana yang rosak.
"Tan Sri Abdul Rahim juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan. Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.
"Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa Tan Sri Abdul Rahim kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah Tan Sri Rahim meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan, dua hari selepas perjumpaan kami itu, bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.
"Begitulah antara suasana dalam bilik Tan Sri Abdul Rahim ketika itu dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di Melaka, saya telah meninggalkan pejabat Tan Sri Abdul Rahim jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan," kata Mat Zain pada perenggan 12 suratnya.
Mat Zain menjelaskan persetujuan untuk menutup sepenuhnya insiden mata lebam itu dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8 Oktober 1998 di antara Abdul Rahim, Norian sebagai timbalannya dan beliau sendiri selaku Pegawai Penyiasat di dalam bilik pejabat KPN.
"Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan Tan Sri Abdul Rahim mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukan sebagai seorang 'gentleman'.
"Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional, mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara 'above board'.
"Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan, termasuk menyediakan faktor-faktor mitigasi yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh dua hari.
"Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12 Oktober 1998, jika ada sebarang rayuan ke atas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22 Oktober 1998," ujar beliau lagi.
Bagaimana semua perancangan yang dibuat telah bertukar apabila Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah serta Abdul Gani bertemu dengan Abdul Rahim di pejabat beliau antara pukul 5.00 petang dan 5.30 petang hari yang sama.
"Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya 'untuk meneruskan siasatan seperti biasa', dan apabila melihat beliau membuat 'gesture' bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.
"Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok," jelas Mat Zain.
Tambah Mat Zain pada keesokan harinya terjadi beberapa keadaan tegang antara beliau dan Abdul Gani berhubung kes tersebut.
"Selanjutnya, tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua daripada beliau, Tan Sri Abful Gani terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.
"Tan Sri Abdul Gani yang sebelum insiden mata lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah, tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya enam dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasakan keterangan, kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri," tegasnya.
Beliau berpendapat jika kes mata lebam dibiarkan tanpa penyelesaian muktamad lebih banyak kesalahan lain mungkin akan timbul.
"Lebih lama kes mata-lebam ini kekal lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus, terutamanya di Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara," ujar Mat Zain.
-SuaraKeadilan
Apakah maksud persediaan 10 peratus oleh DBKL? Sebagai manusia kita tidak boleh bercakap sombong. Tsunami yang melanda beberapa tahun dahulu, adakah mampu dihalang oleh manusia? Kalau jentera hanya mempunyai ketinggian lebih kurang 5 - 6 kaki sahaja, jika banjir melanda melebihi ketinggian tersebut, apakah yang akan terjadi? Bertaubatlah...
Saya petik:[HM] KUALA LUMPUR: Warga kota tidak perlu bimbang dan gusar sekiranya berlaku banjir di sini berikutan persediaan 100 peratus Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilengkapi 300 anggota dengan peralatan bencana mampu berdepan sebarang kemungkinan.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata sejak banjir melanda beberapa negeri di utara Semenanjung, pihaknya sudah mengerah pasukan penyelamat bencana di bawah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan (JKP) DBKL untuk bersiap sedia.
“Saya berpuas hati dengan persiapan dan kelengkapan yang disediakan termasuk pemantauan berterusan terhadap paras air sungai dan bacaan meter amaran banjir yang dilakukan JKP dan Jabatan Meteorologi DBKL.
“Saya juga difahamkan, Jabatan Meteorologi meramalkan keadaan cuaca yang lembap dijangka berterusan sepanjang bulan ini sehingga Disember, malah dua hingga tiga kejadian hujan lebat monsun dijangka melanda negeri pantai timur Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak hujan lebat dijangka berlaku mulai Disember hingga pertengahan Februari tahun depan yang boleh menyebabkan banjir,” katanya ketika lawatan kerja di Bilik Gerakan Bencana DBKL, semalam.
Beliau berkata, semua agensi terbabit bersedia menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas dalam tempoh 24 jam mengikut indeks prestasi utama (KPI) yang ditetapkan.
“Kementerian menerusi DBKL juga bekerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan dan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bagi memastikan mangsa banjir menerima bantuan dalam 24 jam,” katanya.
Kejadian yang menyayat hati kita semua. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada si ibu. Kepada anda semua, sentiasa berhati-hatilah kerana penjenayah ada di mana-mana... Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.
Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.
“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.
“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.
“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
(Gambar sekadar hiasan)
Macam-macam....Niat dah betul tapi cara yang salah. Mengapa si mamat ni sanggup mencuri wang dan barang kemas isteri? Mungkin si mamat ni dikejar ah long kot . Apa salahnya kalau berbincang dengan isteri dengan cara yang baik. Saya pasti isteri sanggup menolong...
Saya petik:
[KS] MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.
Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.
“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.
“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.
(Gambar hiasan)
Kesian si nenek... Biarlah dia berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Selagi umurnya masih ada, biarlah dia memilih pasangan hidupnya demi mencari kebahagiaan hidup bersama pasangan. Doakanlah yang terbaik untuknya.
Saya petik:[SH] KULIM - Gara-gara hasrat untuk berkahwin dengan lelaki dicintai tidak direstui anak-anak, seorang warga emas berumur 75 tahun lari meninggalkan rumah untuk bertemu kekasihnya di Sik, empat hari lalu. Seorang anak wanita itu yang enggan dikenali berkata, ibunya sering dilihat mengelamun dan termenung. Setelah diajukan soalan, dia memberitahu hasratnya mahu berkahwin. Menurutnya, pada mulanya, hasrat si ibu tidak ditentang keluarga, tetapi setelah mendapati umur kekasihnya jauh lebih muda daripadanya, anak-anak tidak bersetuju memandangkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. "Niat mak untuk bernikah semula itu kami setuju, tetapi biarlah dengan lelaki yang seusia dengannya. "Sekarang ini mak berumur 75 tahun manakala kekasihnya 42 tahun. "Sekiranya mereka menikah, ini akan mendatangkan kesulitan kepada anak dan waris untuk memanggilnya bapa. Mendengarkan itu, mak mungkin berkecil hati,” katanya. Menurutnya, setelah mendapati cintanya terhalang, warga emas itu mengambil keputusan membawa diri. Dia dikatakan keluar dari rumah menaiki teksi menuju ke Sik. "Keluarga puas berusaha mencari mak di sana, tetapi gagal dan akhirnya kami membuat laporan polis," katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song :(gambar) :berkata, terdapat beberapa kejadian lari dari rumah yang tidak dilaporkan kepada polis. “Saya meminta kerjasama orang ramai supaya membuat laporan sekiranya ada ahli keluarga mereka lari dari rumah atau hilang. Dengan adanya laporan, polis boleh membantu mencari ahli keluarga yang hilang. "Kita harus peka dan cuba mendalami masalah dialami ahli keluarga,” katanya. Apapaun, kisah cinta nenek ini jika dapat direalisasikan hingga diijab kabul mungkin tidak jauh bezanya dengan cinta Nek Wok, atau nama sebenarnya, Wook Kundur, 108, dari Besut, Terengganu yang juga memilih Mohd Noor, 39, lelaki jauh lebih muda sebagai suami. Kisah cinta unik pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang jauh itu pernah menggemparkan negara dan mendapat perhatian media.
(Gambar sekadar hiasan)